Klik2 My Heartbeat Yaa.. :)

Wednesday, February 29, 2012

Koleksi Bola MU (2008 - 2012) !

As Salam,

ini salah satu hobi Papa Zaquan & Ziqry iaitu mengumpul koleksi bola saiz comel pasukan Bola Manchester United. (Peminat Pasukan MU)

Hobi & koleksi bola MU papa ni kiranya jadi koleksi Zaquan & Ziqry jugak. Selalunya setiap kali papa beli mesti papa akan cakap bertambah koleksi bola MU Zaquan, yang koleksi utk thn 2012 tu baru jerk papa beli hari Isnin, bila dah sampai rumah tgk 2 beradik ni main, papa pun cakap bertambah koleksi Bola MU Abg & Adik (Zaquan&Ziqry)..^_^..


semua bola original ni tau
RM49 sebiji

Papa mula beli tahun 2008, masa tu Zaquan baru lahir terus beli bola dengan harapan Zaquan jd pemain bola mcm Zaquan Adha..huhu. (nak tanamkan minat anak pada bola dari kecil). Masa zaquan baby baru2 nak belajar meniarap & menendang dia ada gak tunjuk minat dengan bola, tp skrg ni bila dah besar dah pandai tengok tv, Zaquan x minat pun bola, yang kami nmpk dia cukup suka kan kereta & motor, siap boleh layan F1 kat tv. jangan sesiapa cuba alih siaran tv, marah tu..(minat kalau kena pada caranya xpe ye syg, jgn jd mat rempit sudah..minta dijauhkn)

Lately ni baru nmpk minat Zaquan dh datang untuk main bola, maybe sbbnya skrg dia ada kawan bermain, Adik Ziqry..wah bukan main masing2 tunjuk skill, Ziqry buat masa ni mama perasan mmg cukup minat dengan bola, yg kelakarnya pandai pulak tu pilih bola baru.


pose 2 beradik dgn koleksi bola mereka




 Pose Comey Abg dgn Koleksi Bola2nya


Adik pun nak pose sorang dengan bola..


Ingat lagi, koleksi bola MU 2011 kami beli di butik Nike Genting Highland,
hahahaa jauh tu nak dapatkan koleksi bola MU ni
kebetulan pulak ada, terus beli..

 pose cun mama & Zaquan masa holiday di GH pada 20 -21 Jan 2011
masa ni Zaquan baru berusia 2 tahun 7 bulan,
mama pulak tgh preggy 4 bulan, 
skrg Ziqry dah pun berusia 9 bulan++ dan Zaquan 3 tahun 8 bulan
sekejap jerk rasanya masa berlalu...

alahai comey nye pose Zaquan dgn bola time ni
hehee..mama dia ni mmg suka puji anaknya comey..


Selain pengumpul tegar bola MU, Papa juga peminat HotWheels..ada la jugak kumpul koleksi HotWheels..tp xde la byk..x dapat kalahkan kawan Papa yg penuh la 2 almari kaca Ikea tu HotWheels dia..

apa ek koleksi2 yg kawan2 suka kumpul/simpan..?

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Kejam Gilerrr!

As Salam,

Mama dah perasan video ni mlm semalam di FB my friends, kebetulan malam semalam mama tgk video ni dengan Zaquan lagi, Zaquan yg umur baru 4 tahun pun paham  ckp kesiannye baby kena selimut ketat2 & kena tampal mulut..

Pagi ni bila buka Muka Buku dah ramai kawan2 FB yg kongsi kes ni dan dh kuar akhbar harian metro pun

Memang tak berhati perut btol la perbuatan pengasuh taska ni w/pun berita harian metro ni ckp diorang buat sebab sengaja nak sabotaj majikan pusat asuhan kanak2 tersebut. Yang jadi mangsanya kanak2 yg x berdosa pulak..Moga perbuatan mereka kepada kanak2 x berdosa ni dapat pembalasan yg sewajarnya.

sumber : youtube

Rupanye yang jadi mangsa tampal mulut tu anak pemilik pusat asuhan sendiri tu sendiri. Laporan polis telah pun dibuat oleh ibu mangsa kanak2 berkenaan.

sumber : Harian Metro

KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.
KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.
JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.
Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.

Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya. 

“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.



“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.



p/s: semalam masa tgk video ni bertambah kecut perut rasa nak hantar anak ke Taska, tapi itula risiko ibu yg bekerjaya ni, setakat ni mama masih beruntung sebab duduk dekat dgn family dan mak mertua sudi jaga anak2 kami, bila mak mertua ada hal, mama akan minta tolong pada keluarga mama, tp iye la thn depan Zaquan dh mula school dan mak mertua pun dh pencen jaga budak..risau juga memikirkan masalah taska  skrg ni.., ni pun skrg kami dah mula survey pusat asuhan nak hantar Zaquan & Ziqry thn depan..minta dijauhkan perkara2 begini terjadi pada keluarga kita semua kan..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, February 28, 2012

Hadiah Kemenangan Pertama Papa | Hamper Sabah Tea bernilai RM50

As Salam

Sebelum ni sweetmama pernah story tentang kemenangan pertama papa join contest FB (Games Contest). Hadiahnya sudah pun selamat diterima semalam.


Ini la Hadiahnya ..Sabah Tea Bernilai RM50


wah byk juga dengan nilai RM50 ni, mmg berbaloi2, dah selamat pun dibahagi2kan kepada family..

Papa dalam x minat joint contest tu, tp part nak dapat hadiah excitednya, berapa kali dia asik tanye bile nak dapat hadiah sabah tea ni..., dh dapat srnok kan papa, to papa:- joint2 ler contest yg ado...especially contest FB..like n share jerk..mana tau sangkut lagi...huhu (budget mcm papa baca jerk blog mama ni, tp papa kata kadang2 dia baca juga blog mama ni..)

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Jalan2@Karnival WOW 2012 Putrajaya!

As Salam,


ini citer jumaat lepas ttg Mama bawa Zaquan g jalan2@Karnival WOW Putrajaya. Alang2 Karnival Wow ni berlangsung depan opis mama jerk &kebetulan Zaquan berada seharian di opis mama, so bawa la Zaquan terjah tapak karnival ni di waktu lunch hour yg panjang.


Pergi waktu tengahari dengan cuaca yg sangat terik, nasib baik la zaquan x meragam sangat, dah nak balik masa nak cari makanan baru zaquan meragam sbb x tahan panas. Mama offer nak belikan ayam KFC pun dia xnk ajak balik cepat sbb x thn panas..huhu..

Pose Zaquan dgn kereta antik ni

Terus ke Booth Upin Ipin lagi..
Adeiii waktu ni Upin Ipin Rehat la..
x kesampaian nak bawa Zaquan jumpe Upin & Ipin


Bergambar dengan Background Upin Ipin jerk la nmpknye..



time ni Zaquan sporting jerk nak bergmbar sbb nmpk x plastik kat tgn dia tu..
dia dapat paw mama beli Buku Upin Ipin..

ini la dia buku Upin Ipin nye
bkn main happy lagi dia dapat buku

Sebelum tu ada sweetmama citer di n3 sebelum ni ttg mama nak tukar baju pyjamas Angry Bird pink tu kan, boleh pulak mama lupe nak bawa, ermmm..sudahnya papa ckp bg jerk la Ziqry pakai.., kawan mama pun x jd nak beli, dia dh beli yg lain utk anak dia..


yg ini terbeli untuk Mama..:P
Baju kurung Moden PolkaDot Warna Warni gitew..& Brooch


Xde la jalan2 sangat sebanarnya, just bawa Zaquan jalan2 kat booth Upin Ipin dan Zaquan teman mama jalan2 kat kedai jualan, byk aktiviti menarik yg ada, tp waktu tgh tu byk yg rest..Belon panas pun start petang. Jadi la daripada Zaquan terperap jerk dok opis...dapat gak dia jalan2 kat luar..


sampai2 opis semula Zaquan dh x sabar nak main Ping Pong dgn Karom,  tp papehal pun mama tetap kena isi perut dulu, makan mee udang yg beli di tapak karnival, Zaquan cuma nak makan Udang nye jerk (Zaquan mmg hantu udang). Lepas makan kena la mama layan Zaquan main..dah pukul 3.00 ptg org lain tgh bermesyuarat kat belakang, mama layan Zaquan main karom..hehe..sib baik bos baik2 belaka.., yg x thn tu pukul 5 tepat Zaquan dh terpacak kat meja pingpong, smpai x nk balik nak main pingpong..terpaksa tipu ckp papa dh tunggu br dia nak berhenti main..


p/s: semalam seharian berkursus, kursus yg sangat menarik tentang SOLAT, hari ni kalau sempat nak kongsi info ttg ilmu yg telah diperolehi.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, February 24, 2012

Zaquan ke Opis Mama Lagi

As Salam

Hari ni Nenek Zaquan & Ziqry ada check-up bulanan, selalunya if nenek Zaquan  & Ziqry ada check-up Zaquan & Ziqry kami pos ke Cheras minta tolong my mom yg jaga, tp lately ni my mom dh x larat nak jg budak2, awal2 dia bgtau kalau nak hantar boleh, tapi hantar Ziqry jerk, dia x sanggup nak jaga dua2 sekali sbb Zaquan suka kaco adik dia..

ermmm, nasib baik mama blom mula kuar audit lagi, so boleh la mama bawa Zaquan g opis, Hari ni Zaquan seharian bersama mama di opis mama..

Sepanjang perjalanan pagi td dr rumah ke opis Zaquan tido smpai dia x sedar yg adiknya kami hantar kat rumah Wan Ummi sbbnya bila my friend tanya " Zaquan, Adik mana?, jawapan Zaquan, ' Adik ada dekat Papa'. Tergelak mama dgr, eh mana ada adik dekat Papa, Adik kat umah Wan Ummi la. Lepastu terus dia teringat nak call Papa, call2 Papa terus tanya "Papa , Adik Mane"? . Terharu tau bila dengar Zaquan cakap camtu..itu tandanye Dia Sangat Sayangkan Adik Dia, lebih2 lagi semalam Papa ada cakap, mesti esok dia tanye adik dia, btol rupanye gerak hati Papa..

Akceli pagi ni Zaquan mcm x berapa sihat, badannye dedar2..mlm td tetiba mcm panas badan dia, puncanya malam semalam dia terjatuh masa kat kedai makan, terjatuh smpai luka kaki, masa dia jatuh terus nangis & bgtau sakit serta bgtau sbbnya 'seluarnya kecik itu sbb abg jatuh'...dalam pada masa yg sama dia malu sbnrnya tgh lari2 tetiba jatuh tersungkur.. disebabkan dia terbawa2 yg dia jatuh & maybe dia terkejut jgk..terus suhu badan dia naik..sblm kejadian jatuh tu dia mmg sihat walafiat..

Alhamdullillah pagi ni w/pun badan dedar2, Zaquan ceria jerk, x nangis & x susahkan mama. Siap pagi td masa nak belikan sarapan , dia x kisah tinggal di opis sorang, katanya 'Mama beli jerk la sarapan..Abg nak buat keje sekolah.." hehehe..dia main komputer sbnrnya.., kalau dh bertapa di opis mama ni main komputer layan you tube jerkla Zaquan..


Layan You tube..Kartun Mr. Bean..



Peace !


Kejap lagi kita pegi karnival Wow ye..^_^..Lebih2 lagi Zaquan sgt behave hari ni. Ini kali ketiga ler Zaquan lepak opis Mama, Mama pernah story ttg Zaquan@Opis Mama Disini & Disini.

Zaquan bukan main suka lagi Hadiah botol air upin ipin yg mama dapat bila register ahli kelab upin ipin di karnival wow semalam


p/s: sedey tinggal kan adik hari ni w/pun sbnrnya setiap hari tinggalkan adik sbb kena g keje, tp pagi tadi adik wat muka cembeng & nangis, dh pandai nak ikut mama & papa g keje.., maybe adik pun ada perasaan yg abgnya xde bersama hari ni.. :(

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, February 23, 2012

Karnival WOW Putrajaya 2012! | Terjebak jadi Ahli Kelab Upin&Ipin

As Salam,

Hari ni berlangsungnya Kanival Wow Putrajaya 2012 bermula dari 23 Feb hingga 26 Feb 2012. 

Pelbagai aturcara menarik ada seperti yg tertulis dlm banner promo kat bawah ni. Info lanjut boleh la terjah Facebook Perbadanan Putrajaya


Sweetmama dh terjah waktu lunch hour tadi...
hari ni 1st day xde la byk sgt booth2 yg dh buka tp boleh la setakat nak cuci2 mata, tapi biasalah niat mula2 nak cuci2 mata tp terjebak jugak membeli, lebih2 lagi hari ni dh gaji kan..huhu

Paling lama td tersekat di booth upin ipin, tersekat bkn sebab org ramai, tp terjebak jadi Ahli Kelab Upin Ipin..Mcm budak2 pulak mama ni, memikirkan bayarannya cuma RM15 seumur hidup, Mama pun daftar la ahli atas nama Zaquan, lgpun Zaquan peminat Upin Ipin


Ada hadiah menarik?
Yup kalau uols daftar time ni dapat botol air Upin Ipin & Discount Voucher KFC


Bole baca ke ni?


Ini antara barang yang terdapat di Booth Upin Ipin yg mama terbeli :p
Ye mari belajar bersama Upin & Ipin
bagi semangat kat Zaquan nak belajar..tahun depan dh nak masuk school..


Yg ini pulak untuk Adik Ziqry, Pyjamas Baby GAP (Angry Bird)
tp bukan di booth Upin Ipin,
di Booth yg menjual pakaian baby..


Adeiii..disebabkan keterujaan mama pada Agry Bird, pink pun pink ler, ok jerk baby boy pakai pink kan..
cuma...bila mama nak edit pic ni letak watermark baru mama perasan...Ohhh tidak Angry Bird tu pakai headband, mmg pyjamas untuk baby gegirl...

Nak tukar dgn baju lain petang ni, tp malas sgt nak berjalan ke depan nun lagi, So hopefully dapat la tukar pyjamas ni esok, kalau x boleh tukar...my friend sanggup beli..tp harga second hand ler..huhu

mama beli pyjamas ni td RM22, kalau jual balik RM15.., tp xpe la dari rugi terus kan...

Kawan2 yg free tu..boleh la weekend nnti terjah Karnival Wow Putrajaya ni ..^_^..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Dapat Jugak 1 BE | Kimberly Clarke Huggies Dry Comfort

As Salam,

Biler tgk ramai yg update ttg BE, sweetmama pun sibuk2 tgk akaun nuff mama, dah perasan minggu lepas lagi & alhamdullillah dapat juga 1 BE yg tengah running diblog sweetmama-  Kimberly Clarke Huggies Dry Comfort


Terima Kasih Nuffang ♥


*BE ke-3 utk thn 2012

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, February 22, 2012

Doll & Bag Cuti-Cuti Satu Malaysia

As Salam,

Hadiah ni diterima daripada Fanpages Cuti2 1 Malaysia, sweetmama salah seorang yg bertuah menerima Doll & Bag Cuti2 1 Malaysia ni dan kalau tak silap sweetmama majoriti yg like Fanpages Cuti2 1 Malaysia akan dapat hadiah Doll & Bag ni.

Hadiah ni diterima minggu lepas, cepat btol dapatnye 2 hari lepas reply email terus terima.

Dalam banyak2 doll 1 Malaysia ni, Mama dapat Minachi ni, Papa siap ckp kenapa x dapat yg melayu, patutnya kalau dh tau penerimanya melayu, bg la yg melayu?

Jawapannya Pa, dh kata 1 Malaysia..terima jerk la..


Zaquan & Ziqry x minat pun dgn Doll ni
So jd koleksi doll mama jerk la..


Ziqry cuma suka ngutai jerk, abis tanda merah tu dia nak ngutai..

*Kemenangan Ketiga Thn 2012
**Total Menang Contest FB (10)
2011(7)
2012(3)

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, February 21, 2012

Family Trip Holiday 2012 - Cuti2 Freser Hills 5-7 Feb 2012 | Family Pic | Allan's Water & The Paddock, Fraser Hill's.

As Salam,

Sambung story Holiday Fraser Hill's kami yg dh basi rasanye ni..huhu. Yo la dah 2 minggu berlalu, Sila la jgn jemu membaca ye kawan2 bloggersku..♥

Kali ni Full Aktiviti kami pada hari Kedua. 

pembuka gambar..tuan blog..^_^..


pic depan pagar umah..(resort)

ini hari kedua kami, sebelum keluar jalan beramai2, wajib amik gmbar kenangan satu trip family kami..berlatarbelakangkan pokok pine yg cantik..berhadapan jerk dgn resort yg kami duduk..(The Pines Resort )


nmpk x bkn main manje lagi anak bujang mama dgn anak dara k.sue..huhu

Family Trip kami ni kira ada 4 family:-

Ketua Rombangan - Keluarga Mertua (Mak, Ayah & 2 Adik Ipar Sweetmama + BF Adik yg bongsu pun joint sekali)
Keluarga Sweetmama ( Papa, Mama, Zaquan & Ziqry)
Keluarga Cute MuM ( Adik ipar sweetmama 1 family - Daddy Dania, Mummy Dania & Dania)
Keluarga Kak Sue ( K. Sue & Suami serta 3 org anak dara K.Sue [Anak2 K.Sue MIL yang jaga] )





Allan's Water Fraser Hills


selesai bergambar..kami terus ke aktiviti pertama..ke Allan's Water Fraser Hills


Di Allan's Water ni terdapat aktiviti Paddle Bot & memberi ikan makan..n boleh la kalau nak cuci2 mata melihat keindahan alam...


Untuk Aktiviti Paddle Bot - Bayaran yang dikenakan RM6 untuk 15 Minit.
Syaratnye mstilah melepasi ukuran ketinggian 107 cm dan ke atas..

Bagi mereka yang ingin memberi ikan makan, makanan ikan dijual..RM1 jerk 1 bungkus.

Sesampai jerk kami disini..
Gelagat bdk 2 orang ni awal2 dh usha paddle bot tu dari luar sbnrnya..


 masuk dalam kawasan Allan's Water ni layan dulu ikan2 kat sini..
beso2 sumenya..ye la org ramai dok bg ikan makan..


  Time ni Mood Zaquan Ok lagi, teruja tgk ikan..


Adik pulak memang tido dengan lenanya


Time ni Zaquan dh mula Bad Mood,
Masa ni kami terjah kaunter Paddle Bot
Nmpknye Zaquan x melepasi ukuran ketinggian yg ditetapkan 107cm, 
Tinggi Zaquan baru 100cm


Yang berjaya melepasi ketinggian & akan memaiki Paddle Bot
Termasuk ler girlfriend Zaquan Kak Moon..itu yg wat Zaquan lagi angin time ni..nmpk monyok jerk muka hero mama tu..


Nenek Ziqry menawarkan diri menjaga Ziqry yg tido,
Nenek suruh Papa & Mama Layan Zaquan yg dh mula nak merengek
nenek tunjuk..tu haaaa..g jalan2 kat hujung situ...:D


Kami pun meneruskan perjalanan
dengan berbekalkan sepeket makanan ikan..huhu






Hati dia ada sejuk sikit laa, tp alamak ikan x byk ler kat sini
yg ado pun halus2,
yang byknye kat kawasan depan tu jerk 


Acara Kemuncaknya...hati dia x thn dah bila tgk Acik Aima dia beraksi ngan Paddle Bot
Masam jerk muka Zaquan, dh ada salakan ajak Papa balik..


Kami pun patah balik ke depan
Nampak pulak Kak Moon dengan Acik Eiya dia tgh dok melambai2 
Adeii time ni Zaquan mmg spoilkan mood Papa & Mama
Menyalak satu Allan's Water boleh dengar..
Pastu Atok Janji nak bawa g Naik Kuda, Tapi kenala tunggu acik2 & kakak2 abis main dulu...
Tapi biasala my son dia jenis x paham, dia nak , dia nak ler juga..selagi x dapat selagi tu dia salak..


Dalam pada Zaquan ngamuk, sempat lagi kami posing bertiga dgn adik yg sporting ni..


Selesai sume mereka2 yg menaiki Paddle Bot, Agenda diteruskan ke tempat yg Atok jnji ngan Zaquan nk g naik kuda, tp On the way nak ke The Paddock, lalu Taman Awam Fraser Hills dulu, So atok pun berhenti kat Taman Awam dulu, lgpun semalam Atok x sampai Taman Awam ni, kami adik beradik jerk yg lepak minum & bw anak2 main. Nasib baik ler Zaquan ok bile dia dh nmpk mainan.

The Paddock, Fraser Hill's

Family Kami
tetap nak amik w/pun Zaquan bkn seorang yg sporting utk bergambar


Kanak2 Ceria :D


Adik dah pandai melambai tau..


Motif : nak tunjuk harga tiket sbnrnya:-

Harga Tiket menunggang kuda:- 
Kanak2 Sahaja - RM4.00
Dewasa Sahaja - RM5.00
Dewasa bersama Kanak2 - RM8.00


Bukan main  manis lagi Zaquan bila hajat dihati dipenuhi
time ni baru keluar mood sporting bergambar dia..
Peace Yo!



Adik Ziqry pun x melepaskan peluang beraksi atas kuda
Aksi posing jerk ye..
Adik kecik lg x leh naik..
Ni atok yg excited bg peluang cucu kecik dia merasa naik kuda..



Lepas ni kami kemana pulak?
balik umah ler dh kuar dr pagi ke petang, waktu ni dh menghampiri Jam 3 petang
Mama ada request kat Papa nak g bergambar di menara jam Fraser Hills, Zaquan dulu ada kenangan bergmbar disini, Nak juga bg kenangan utk Adik pulak.
Papa kata petang sikit baru kita pegi..
Ok Mama pegang pada jnji Papa ^_^

p/s: kelakar la bila igtkan zaquan skrg ni, bila makan jerk msti cakap, abg kena mkn byk, abg nak tinggi mcm cik ma baru boleh naik bot kan? setiap kali nak makan msti ayat tu jerk kuar dr mulut dia skrg..



Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails