Klik2 My Heartbeat Yaa.. :)

Saturday, March 31, 2012

Zaquan Bercuti Dengan Atok & Nenek Lagi | Seminggu Merindu!

As Salam,

Wah srnok betol anak Mama Zaquan, Atok & Nenek bawa bercuti lagi, Ini kali kedua la Atok bawa Zaquan bercuti ke tempat yg jauh dan lama tanpa kami. Kali pertama dulu Atok bawa g Johor dan terus ke Singapura (27 Mei hingga 1 Jun 2011 - Sakan Betol Zaquan Jalan2 Singapore). Time tu mama tengah berpantang (Rindu Dekat Papa & Zaquankalau x boleh mama joint sekali...heheh

Kali ni Atok & Nenek bawa Zaquan bercuti ke Kedah dan Langkawi (30 Mac hingga 3 April 2012). Ada Kenduri Kawin Keluarga di Kulim, Kedah dan slps itu Atok & Nenek bercuti ke Langkawi lagi. Masa mula2 Atok offer Zaquan nak ikut x Atok g berjalan tido hotel, terus Zaquan bg jawapan "NAK  - Abg nak ikut tido hotel, Abg suka tido hotel". Anak Mama dah cerdik skrg ni, dia tau kalau tido hotel msti ada swimming pool sbb tu dia sndiri beriye nak ikut.., Atok pun beriye mengajak..siap pesan "nnti siapkan beg baju kita pergi hari Jumaat tau".

Hari Jumaat pagi (30 Mac 2012) seawal jam 8.30pagi Atok dah smpai rumah nak jemput Zaquan untuk bertolak ke Kedah. Mama bercuti pada 30hb berkenaan sbb tiada siapa nak jaga Ziqry, My Mum pun x berapa sihat lagi. Papa pergi keje seperti biasa, sebelum pergi ke tempat keje, Papa la yang mandi & siapkan Zaquan serta sempat pergi belikan sarapan bersama2 Zaquan untuk kami.

Pagi masa Zaquan nak bertolak tu terasa sedey sangat sbbnya Mama x sempat bersarapan sama dengan Zaquan, Nasi Lemak yg Papa belikan untuk kami x sempat kami nak mkn berdua. Sebabnya Mama selesaikan urusan menyidai pakaian dulu baru nak makan sama, baru jerk siapkan susu adik dan nak panggil Zaquan turun makan sama2(Zaquan sedang melayan kartun di atas), pintu dah diketuk, tgk2 Atok & Nenek dah sampai & bersedia untuk bawa Zaquan pergi.

Beg Pakaian sume mama dah siapkan sehari sblm bertolak, Zaquan pun dah siap bergaya ensem dgn Beg Silang Angry Birdnya (Papa siap tinggalkan Tab papa untuk Zaquan) jadi terus Mama panggil Zaquan turun Atok dah sampai. Dia pun excited jerk turun dan terus nak pakai kasut. (mmg ensem bergaya betul anak mama tp mama x sempat pulak nak amik gambar time tu..sibuk mendukong Ziqry lg time tu).

Mama pun bgtau Atok ni Nasi Lemak Zaquan sempat beli pagi td tp x sempat nak mkn lagi ni.. siap bekalkan Air Milo 6 Kotak dan Air Milo Sejuk 3in1 (Zaquan dah x minum susu lagi). Rasanya Atok mmg nak bawa g sarapan dulu pun. Terasa masa tu berlalu dgn pantas sgt tau, nasib la malam sebelum  tu Zaquan mmg abiskan masa bersama dgn Mama lebih (Sedey lebih sbb 2-6 April Mama pulak kena outastion ke Penang - Maknanya seminggu x jumpa Zaquan)

Sebelum pergi tu harus la sesi cium tgn & peluk2..mmg sayu sgt, bertambah sayu bila masa Zaquan dah pergi & melambai2 tanda ucap selamat tinggal. Zaquan pergi jerk terus Mama call Papa bgtau Zaquan dah selamat bertolak dah Atok & Nenek dia amik..Call Papa pun terasa suara bergetar tau sedey nak nangis.Hhahahaha..mm gitewla naluri kita sbg IbuBapa kan..baru jerk beberapa minit dia xde depan mata dh terasa syahdu, time dia ada depan mata asik jadi kawan gaduh jerk.

Malam Semalam Zaquan ada call bgtau betapa seronoknya dia, bgtau dia dah mandi kolam, makan kat hotel..dgr suara atok kat belakang..besh katil sorang satu..hehhee. Lega dengar mereka dah selamat sampai dan terubat rindu dgr suara Zaquan, Nenek kata nak send MMS gambar Zaquan kat kolam, tp x taula knpe x berjaya terima pun..Ermmm..xpela yg penting Anak Mama Zaquan Happy bersama Atok & Nenek nya bercuti.


Atok ckp kalau perangai baik masa bercuti kali ni, insyaallah boleh Atok bawa bercuti naik kapalterbang pulak..(bulan 5 Atok nak g Medan, Indonesia). Zaquan sekarang ni dah tak pakai pampers dan dah tak menyusu botol lagi, makan pun dah pandai minta, tido pula dah pandai tido sendiri, jadi mmg senang la kalau nak dibawa berjalan, cuma masalahnya kalau Zaquan bad mod minta berdukong..itu yg letih kita dibuatnya. Hope kelakuan Zaquan x menyusahkan Atok & Nenek sepanjang percutian mereka kali ini.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!iqr

Thursday, March 29, 2012

JJCM@Sekinchan Ikan Bakar Reko Sentral.

As Salam,

Selamat ptg sume, baru berkesempatan nak update blog, td mama kena hadiri hi tea (paksa rela okey..nak makan pun kena paksa..huhu). Tapi n3 ni bkn nak citer pasal Hi tea ptg td, ni citer masal dinner isnin lepas, asik citer pasal makan jerk mama ni kan..kalau berkongsi risepi tu seronok gak la kawan2 nak baca kan, ni asik citer JJCM jerk..huhu. 

Adeii, Mama mmg jarang sangat memasak di rumah, lately ni lg la x memasak sbb dah semakin balik lewat, Mr. Papa overtime, selalunya kol 7.30 malam baru smpai rumah MIL untuk amik anak2, itu baru smpai umah MIL blom smpai umah sndiri lagi, wpun rumah kami bersebelahan taman jerk tp selalunya gitu gini layan slot Akasia dulu kadang2 layan Berita pun kat umah MIL..heheh, smpai rumah dh nak kol 9 mlm. So mmg Mr. Papa sndiri ckp x pyh masak, tp seriously dah smpai tahap bosan makan kat luar..ada gak ckp ngan Papa bila la dapat balik umah awal pastu dapat masak2 kat umah sndiri. Papa kata boleh tp kena g keje asing2 la, ermm..camtu lebih baik x payah sama gak kosnya nnti, nak elak kos makan diluar, tp kena byr kos minyak 2 kali ganda, sedangkan kami pnye arah jalan hala yg sama nak menuju ke tempat kerja.

Mak Aihh..panjang pulak membebel, Biarlah Gmbar yg bercerita pulak..

Menu kami..Ikan Bakar Talapia Merah dan Udang + Sotong Goreng Tepung


Kalau dulu di Sekinchan Ikan Bakar ni dia cuma buat bakar ngan kuah asam dia tu jerk kan (Pengalaman Pertama Makan di Sekinchan Ikan Bakar), Sekarang ni dah ada mcm2 pilihan..nak masak 3 rasa ke, pedas ke , goreng tepung ke dia dh boleh buat. 

Akceli Udang Goreng Tepung ni Papa order khas untuk Zaquan. Antara makanan kegemaran Zaquan adalah Udang..mmg peminat tegar Udang, kalau ada Udang disebalik Mee pun mmg dia akan kuis amik la..kalau masak lemak Udang pun dia boleh ratah Udang sampai berpuluh2.


Nasi Lemak ni pun Zaquan pnyer menu


X menahan tgn Adik cuba menggapai Nasi,
Ziqry sgt kuat makan tau..skrg ni ape yg kita makan dia nak makan sama..

Si Abg w/pun dah besar masih lagi nak duduk di baby chair
Adiknye pulak bkn main lasak kalau letak dalam baby chair, duduknya boleh thn 10 minit jerk, lepas tu panas punggung nak bangun..

Adik yg boleh tahan lasak
Papa siap ckp Abg masa kecik2 dulu x pernah pun cuba bangun dari baby chair tp adik Mak Aihh..bkn main cargas lagi..
Mama pun perasan, Ziqry ni nmpk lembut tp sejak dah pandai memanjat ni mmg lebih lasak dari abgnya. 

Alhamdullillah, kenyang..tgk pinggan la..licin..hehhee


 Bilnya..mmg boleh tahan mahal..nak makan selalu xde lah,
tapi 3 bulan sekali boleh lah..heheh..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, March 28, 2012

Happy Sunday Bertutti Fruitti Dalam Kereta!

As Salam,

Ini citer hujung minggu lepas (25 Mac 2012), happy sunday dengan bertrutti frutti, tp beli bungkus jerk makan dalam kereta. Time ni nak makan kat sana (Trutti Fruitti Bandar Baru Bangi) Ziqry pulak dah tertido dalam kereta.

Mama Punye ♥ Flavour Colat & Kiwi♥
Adeii masam betul la rasa flavour kiwi dia..

Zaquan punyer x sempat nak snap dia dah x sabar nak makan (Zaquannya Flavour Coklat semata2). Zaquan ni pelik sikit makan aiskrim tau..dia kalau boleh nak tunggu Aiskrim tu cair baru dia nak mkn mcm minum milo gitew..sbb tu Zaquan x suka Aiskrim batang, selalunya kalau nak belikan Aiskrim mmg belikan Aiskrim Cup untuk dia..

Layan mkn Trutti Fruitti ni..mmg sedap..cuma harganye la yg x larat..kalau dah teringin sgt boleh la nak mkn, tp suka2 nak mkn xdela..huhu.. 
 Gambar kami berdua jerk, Papa sedang memandu, Adik pulak lena tido di belakang mama tu..

Akceli ni kali kedua kami makan Trutti Frutti ni, 
Kali Pertama makan masa mama 2 bulan baru abis pantang..
Adik time ni umur baru 4 bulan, rambut pun halus lagi, la ni dah nak masuk 11 bulan, rambut dah lebat dan panjang..

Trutti Fruitti Bandar Baru Bangi ~ 3 Oktober 2011~

Tengahari tu lepas lunch & Bertutti Frutti Mama terus berdesup drive sndiri balik Bt 10, Adik Ziqry sbg peneman 
mata berair baru lepas nangis, ngamuk xmo duduk car seat baby
sib baik masa nak g, dia nangis 5 minit jerk pastu terus tertido, tp masa nak balik adusss dia nangis sepanjang perjalanan..mama terpaksa la biar dia nangis sbb mama mmg x berani nak drive sambil pegang anak, Papa berani la memandu smbil pangku baby.


Zaquan peneman Papa, Papa nak cover tido . Mama pulak nak balik Bt 10 rumah my parents nak pulangkan pakaian2 yg dah dibasuh dan juga barang2 penting my mum yg mama simpan (kes rumah my parents yg ditenggalami banjir x selesai2 lagi mmbasuh pakaian hingga kini). 

Pada 25hb tu Abah g ke IKBN untuk urusan bantuan mangsa banjir disampaikan sndiri oleh PM kita, Abah pergi seawal jam 7.30 pagi sampai ke malam baru selesai, Mama & Ziqry pun x sempat jumpe Abah nak tanya ttg bantuan yg diterima, sempat berselilih jerk sbb Mama x berani nak drive malam, kol 7 mlm terus pecut balik umah balik.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, March 27, 2012

Leisure Time @AEON Cheras Selatan |Yeay2 Abg Dapat Beg Silang Angry Bird :D

As Salam

Sekarang ni semua Jaya Jusco(JJ) dah tak pakai nama JJ lagi dah, guna nama AEON. So kad JJ pun dah bertukar jadi AEON MEMBER. Akceli x plan pun nak menghabiskan masa hujung minggu lepas kesini, tp Papa bgtau yg dia terima SMS minta tukar JJ Card kepada AEON Card. So lepas sarapan, Papa terus bawa kami ke sini. Boleh pulak dah sampai AEON Cheras Selatan, baru sedar yg Papa tertinggal JJ Card dalam poket seluar kerja(dengan I/C sekali tertinggal). Tapi dah sampai kan..redah jerk la mana tau boleh tukar tanpa bawa kad, suruh dia check thru no. i/c jerk..Sekali x boleh daa..dia nak suruh bawa kad lama juga. Alang2 dah beratur..Mama jerk la register jd AEON Member, selama ni dok tumpang Papa nye kad jerk..huhu

AEON MEMBER
Yuran RM12 masih sama
nama kad jerk yg berubah 

lepas selesai urusan register card member
mcm biasa dah sampai AEON, msti ke tempat pusat hiburan sekeluarga (tempat mainan)..
Kali ni Ziqry dah pandai duduk dan berdiri dia sama sibuk menjointkan diri main mainan sama2 ngan abg nya


Santai jerk adik duduk layan mainan ni


Games ni kami suka main..Baling Ball dekat skrin tu ikut  arahan dia 

Letak Adik kat tengah2
 See, Adik mmg suka ball, kita sibuk nak baling dia pun sama sibuk..

Haa..Adik suka ball sgt kan..
ni mama letak adik dalam bakul ball..

Lepas Zaquan & Ziqry dah puas main
Zaquan pun dah dapat apa yg dihajati..
kami isi perut pulak

 Sizzling Yee Mee
Kongsi berdua ngan Papa
Zaquan nye menu Nugget Mc'D

Dah kenyang balik ler, tapi kami x terus balik rumah, balik Bt 10, Cheras singgah rumah my mum dulu...melawat Wan Ummi Zaquan & Ziqry yg x sihat. Cian Wan Ummi balik dari umrah demam selsema & batuk

Troli x penuh dengan barang pun sbb mmg x berniat nak shopping..tp penuh dengan anak2 jerk..hahaha..

w/pun x berniat nak shopping tp 1 beg plastik juga membeli..
1 beg plastik tu barang anak2 jerk..

Zaquan la yg paling srnok 
Papa offer Beg silang Angry Bird (sbb Papa pun skrg ni kan asik dgn beg silang dia..x lepas sejak pakai Tab ni)
mula2 x nak pastu haa amik kaw bkn beg jerk yg dia nak sume stationery lain pun dia nak
dah la skrg dia cukup suka botol air
pantang nmpk botol air msti dia suruh beli
padahal bulan lepas mama dh belikan dia botol air Mickey Mouse Brand Tupperware
ermm sib baik sume ni Papa yg belanja..hehehe


 ni sume abg yg punye! 
(Beg Angry Bird, Puzzle Angry Bird, Botol Air Marvel & Set Stationary Marvel)


Ecehhh..bergaya dengan Beg silang Agry Bird dia
mama rasa mahal harga beg ni RM49
tp sbb Papa yg offer nak belikan..ok la..

Adik dapat gak 1 barang..Sepasang baju tido jenama Tenderly
adik x sempat nak posing2 sama ngan abg sbbnya balik dari Bt.10 dia terlelap sepanjang perjalanan.



Sekian, n3 leisure time kami pada hari Sabtu yang lepas ..^_^..


pic selingan
Botol air  Brand Tupperware yg mama beli bulan lepas..yg kaler hijau tu Mama nye, Mickey Mouse tu Zaquan nye..
Mama ni ye2 la ari tu x mo main kutu tupperware kunun xde kitchen cabinet nak letak barang2 tupperwere..tp setiap kali opismate tunjuk brg2 tupperware msti mama tergoda & terbeli jgk..huhu

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, March 26, 2012

Projek Main Bowling | Geng Main Bowling Dah Bertambah ♥

As Salam,

Sebelum ni mama ada citer projek main bowling kami(Geng Opismate) yang diadakan for fun sambil mengasah skill pada  setiap bulan sekali selepas dapat gaji(Lunch Hour Hari Jumaat).Kali pertama projek main bowling kami berdua pun jadik. Kali kedua ni dah semakin ramai menjointkan diri, barula besh..,Hope projek main bowling ni akan berterusan dan berjalan dengan lancar.

Geng Bowling Opismate
Projek Main Bowling Kedua Thn 2012 : 23 Mac 2012 (Jumaat)
ARL Bowling Alamanda, Putrajaya
Kali ni kami main redah pakai baju kurung jerk main, malas nak tukar bila tgk masa kali pertama main ramai jerk yg main pakai baju kurung.  Masa main berdua dapat main 4 frames, bila dah ramai ni main 2 frames jerk sempat, tp xpe tetap enjoy..^_^..

Hehheee..kelaparan sume, dah main waktu lunch kan..
Makan sambil berbowling

Menu mama..tekak western..Spagetthi Bolognise

Point Bowling? Tunggu dah dapat skill n maintain point 120 ke atas br nak tunjuk..boleh x gitew..hahaa

*Projek Main Bowling:-
Pertama (2 Mac 2012)- 2 orang
Kedua - (23 Mac 2012) - 6 Orang

P/S: hari ni seharian Mama ada kerja opis yg perlu diselesaikan, so mmg tak on langsung pun Blog/FB time keje, sbb tu jerk cara supaya mama dapat tumpukan perhatian pada kerja, kalau On, msti Mama akan curi2 jg baca/update..ehhehee,So sorry x dapat BW blog kawan2...ada masa Mama melawat..Terima kasih sudi baca my blog yg x seberapa ni..:))

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, March 23, 2012

Pink Mata Hitamku | Dah Redeem CL Hadiah Kemenangan Promo Lisa/Blincon

As Salam


Hari ni pink mata hitamku..hehee..dah rasmi Contact Lens (CL) yang dimenangi dari Majalah Lisa ~ Promosi Lisa/Blincon ~ 


 Amacam ok ke scary kawan2 tgk mama nya mata ni..???

Ini Vaucer Blincon yg Mama menang dari Majalah Lisa. Vaucer ini lah yang perlu diambil sendiri di Pejabat Lisa di Damansara. Terima kasih pada kawan Mama yg tolong amikkan Vaucer Blincon ni.

Vaucer ni perlu di reedem di pejabat Blincon pula, Pejabat Blincon ni terletak di Puchong. Nasib baik Mr. Papa sudi untuk tolong amikkan.
Mama reedem Vaucer ni pada hari khamis (22 Mac 2012).  Hari ni 23 Mac 2012 dah terus rasmi..g pejabat pula tu dengan Mata Pink..^_^..

Kita diberi pilihan untuk pilih 2 kaler Lens, Dalam byk2 kaler lens yg ada, mama pilih sepasang kaler pink dan sepasang lagi kaler brown.
nmpak tak BB Merah Jambu tu (pertama di Malaysia). Disebabkan itu Mama berani mencuba kununnya nak juga jadi antara pengguna CL yg mencuba CL pertama dimalaysia ni..huhu (tetiba plak berani nak expose kan diri)

Inila barang2 yg mama terima dengan Vaucer bernilai RM200
4 barang kesemuanya ( 2 Pasang CL - Blincon BB Pink & Brown, Blincon Multi Purpose Solution 360ml, Blincon Contact Lens Case & Shopping Bag - Gold & Round )


Shopping Bag - Gold & Round ni pun cantik..Bling2 gitew..sesuai la dgn nama Blincon..



Gambar anak2 yg sibuk nak ngacau Mama nye snap pic hadiah kemenangan..

Ada yg kata Ok, Ada yg kata menakutkan jerk Mama pakai CL kaler Pink ni..Tapi pada Mama, Mama puas hati ler dgn pilihan kaler Lens Mama ni, Akceli kalau tenung dalam2 mmg la nmpk lain macam jerk, tp dari jauh nmpk mcm kaler brown..kaler dia mmg blend n selesa dipakai. 


boolatnye muka mama..huhu

Oh ye..Untuk Pengetahuan kawan2 yg memakai CL Blincon ni, Blincon ada buat peraduan tau..boleh la cuba nasib masuk..

info : FB Blincon

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Dua2 Tak Sihat Demam Selsema

As Salam,

Hari ni lewat Mama & Papa ke opis sebab Zaquan & Ziqry tak sihat. Akceli semalam lagi kedua2nya demam dedar2, Zaquan pulak selsema. (nenek bg ubat yg sedia ada dlm simpanan). Pagi ni rasa mcm panas badan Ziqry tinggi, air liur dia pun rasa panas sgt, itu yg OTW nak g keje, Papa wat keputusan terus ke klinik..Nasib baik klinik Zalfah berdekatan area rumah ni buka 24/7. 

Bila anak2 sakit mmg kita sbg IbuBapa x senang duduk/ x senang hati kan. Hasil pemeriksaan sbnrnya Zaquan & Ziqry demam biasa jerk (suhu 37), check tekak pun xde bengkak/ulser.(Ziqry 2-3 hari ni air liur meleleh jerk - gigi x tumbuh2 jgk). Tadi Doktor bagi Ubat Demam & Selsema untuk setiap sorang.

Pagi jam 7.30 a.m @Klinik Zalfah, BBB
muka anak2 yg x sihat
muka Zaquan monyok jerk sbb tidonya diganggu 


fresh pic mama & anak2 pagi td
Zaquan dh dapat Tab papa terus segar..huhu 

Moga anak2 Mama Cepat Sembuh ye..Jgn Nakal2. Anak2 mama bila demam jenis meragam, nenek ngadu Adik asik meragam jerk 2-3 hari ni, asik nak ngadap dia jerk. Mmg mama perasan anak2 mama kalau demam mmg manja sume..time ni kalau boleh dia nak kita dakap dia jerk.., Iye la kita yg dah dewasa ni pun kalau sakit inginkan perhatian & belaian..heheheee..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, March 21, 2012

Terjah Wayang Pertama Untuk 2012 | Sokong Filem Pertama Animasi 3D Malaysia ~ SeeFood ~

As Salam,

Lamanye x tengok wayang, harga tiket wayang pun mahal sekarang (masa kami tgk movie ni dewasa RM13.00, kanak2 RM7). Lagipun kalau nak tgk wayang skrg ni kena tengok filem yang bersesuaian untuk bawa anak2, selalunya filem pilihan kami mestilah animasi.  Kebetulan keluar filem animasi 3D pertama hasil anak tempatan Malaysia iaitu filem SeeFood, apalagi teruja gak nak tengok hasilnya.

Kami tengok wayang di Mid Valley pada 10 mac 2012. Akceli tujuan utama ke Mid valley time ni nak terjah Maternity & Children Expo (mmg dh rancang awal booked date ni ngan Papa). Tak sangka pulak bila saje2 ajak Papa g tgk wayang, Papa setuju nak belanja kami tgk wayang..ramai tau penuh panggung time ni..sib baik kami booked tiket wayang online.

 SeeFood ♥ GSC Mid Valley♥ 10 Mac 2012 ♥ 1.15 p.m 



Pandangan Mama tentang filem SeeFood ni:- Keseluruhannya ok, grafik dia mmg cantik ..colourful, siap ending nya ada gak la paparan ttg wau dan batik yg menggambarkan Malaysia. cuma jalan cerita awalnye agak slow, dipertengahan cerita baru ada unsur lawak, mama rasa geng2 ayam tu yg byk mghidupkan cerita ni jd lawak., aksi ketam dgn pokok kelapanya pun mencuit hati.  Kreatif gak sbnrnya citer ni sbb mana nak sangka alat yg Julius (Jerung) gunakan untuk misi menyelematkan Pub (anak ikan) di daratan sgt canggih.. yang penting jalan ceritanya mudah difahami dan ada mesej yang jelas. Antaranya mesej semangat/nilai persahabatan.

Yang kelakarnya Mama & Papa yg betul2 layan cerita ni, x sangka pulak Zaquan x minat rupanya, igtkan sume filem animasi dia minat..huhu, Tapi jgn x tau adik (Ziqry) layan movie ni (tekun memandang skrin maybe tertarik dgn warna /hidupan laut yg colourful & cantik) tp setengah jam pertama jerk la..selebihnya dia tido. Yang buatkan kami perasan Zaquan mcm x layan citer ni bila setengah jam terakhir dia mcm bosan mulala nak tukar2 tempat duduk antara kami dan sibuk nak berdiri. Dua tiga kali papa ckp ngan Zaquan suh dok diam2, movie x abis lagi.., ermm..xpela yg penting dua2 anak x meragam/buat hal yg mmbuatkan kami nye mood spoil. Hari tu mmg kami enjoy la dapat abiskan masa bersama :D

*Aktiviti Tengok Wayang yg pertama untuk tahun 2012 ni buat kami berempat. Pengalaman Keempat Zaquan tengok wayang dan pengalaman kedua Ziqry tengok wayang.

p/s: kalau ikutkan hari ni my friend offer 2 tiket wayang tayangan perdana movie Hunger Games yg dia menang dr peraduan Majalah Lisa, tp sedeynya x dapat nak g xde sape nak jaga anak2..huk2


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!! 

Tuesday, March 20, 2012

Alhamdullillah..Ada 4 BE Bertambah | TQ Nuffnang!

As Salam,

Alhamdullillah pagi td check akaun nuff ada 4 BE tengah running, walaupun ciput tapi hope dapat kumpul dan merasa untuk cash-out suatu hari nnti, x pernah lagi merasa duit hasil nuff..huhu..




4 BE yg tgh running :- 2 BE (Jacobs Peraduan Ibuku Inspirasiku & SCA Drypers Master) di blog utama sweetmama. 2 BE berkenaan adalah promo untuk contest..apalagi jom la joint kawan2. Contest Jacobs Peraduan Ibuku Inspirasiku tu mama rasa mcm nak cuba masuk, tp Contest Drypers tu malas nak masuk sbb kena raih undi..bab nak meraih undi ni letih kita dibuatnya kan..

2 BE lagi (Maxis Hotlink Bagus Starter Pack & Red FM Relaunch) di blog contest mama (sweetmama conway). Moga dapat terus menjana income..w/pun blog contest mama dh suam2 kuku..

1 BE Kimberly Clarke Huggies Dry Comfort dah ME. 


TQ Nuffnang ♥


*Jumlah BE 2012 :- 7


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, March 19, 2012

Menang Promosi Lisa/Blincon | 1st time menang Contest Majalah

As Salam,

Alhamdullillah setelah 3 bulan berjinak2 dengan contest majalah (mula bulan Jan 2012) akhirnya rezeki tiba juga untuk mama menang, 1st time menang contest majalah ni..


Mama menang dari contest Majalah Lisa Malaysia (Isu 5 bertarikh 15 Jan 2012), Mama menang promosi Lisa/Blincon. Blincon ni jenama Contact Lens. 


sms ni mama terima pada 12/3/2012
seminggu dah berlalu
tp hari ni baru berkesempatan untuk update..

ini la promosinya/hadiah yg bakal mama dapat
Mama menang vaucer produk BB bernilai RM200



Hadiahnya kena amik sendiri di Pejabat Lisa Malaysia di Bukit Damansara. Mama ada minta tolong dekat adik ipar mama tolong amik kan (Cute MuM yg memang sangat bertuah dengan contest Majalah Lisa ni). Kebetulan pulak Cute MuM pun menang promosi yg sama). Tapi itu la x berkesempatan nak jumpe Cute MuM bg salinan i/c.


Sekarang ni mama dah bg Aura Contest Montest ni dekat opis, selalunya mama kalau beli Majalah akan bawa ke opis untuk isi form/sms contest, kalau nak buat kat umah mmg x berkesempatan sbbnya bila nak buka/baca majalah jerk, pasti ada sikecik yg sama2 nak baca majalah (Zaquan & Ziqry).


Akhirnya Aura yg mama bg kat opis ni berjaya tarik minat slh seorang my friend untuk mencuba. Alhamdullillah dengan sekali cuba sms, my friend ni berjaya menang promosi lisa yg terbaru (Isu 8 Bertarikh 1 Mac 2012). My friend menang Promosi Premium Hunger Games . Yang bestnya Mama terus tumpang minta tolong dia amikkan hadiah yg mama menangi. (kebetulan Asben dia keje KL, boleh la minta tolong asben dia amikkan..heheh)

My Friends menang hadiah utama lagi:- dapat T-shirt, Beg, Topi  dan 4 pas tayangan perdana filem Hunger Games

The Moral of Story :- x rugi pun kita war2kan contest yg kita masuk/kongsikan bersama contest yg ada, see now my friend menang, dengan rela hati dia tolong mama amikkan hadiah vaucer yg mama menangi :D

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Alhamdullillah, Sesi Membasuh Dalam Rumah Dah Selesai Tinggal Sesi Membasuh Pakaian Yang Tak Selesai2 Lagi

As Salam,

Alhamdullillah akhirnya selesai juga misi kami adik beradik nak selesaikan sesi membasuh & mengemas dalam rumah sebelum my mum balik dari menunaikan Umrah, Insyaallah hari ni my mum pulang ke tanahair. (Tunaikan Umrah 8 - 19 Mac 2012)

Hari ni masuk hari ke 12 telah berlalu kes rumah parents mama ditenggalami banjir . Risau jerk air naik lagi sebab 2 minggu ni hujan jerk, kalau x silap sabtu lepas Kg. Sg. Serai, Hulu Langat dinaiki air banjir lagi paras pinggang. Minta dijauhkan dari terkena di tempat kami lagi. 

Sebelum ni mama ada citer ttg progres Sesi Mengemas Rumah yang Ditenggelami Banjir selepas 5 hari berlalu. Hari ni nak story progres mengemas setelah 12 hari berlalu. Hari Jumaat lepas mama amik cuti rehat bawa Zaquan sebagai peneman (almaklumla adik beradik yang lain masing2 keje)  untuk mempercepatkan lagi misi mengemas rumah.

Rajin tak, mmg rajin tau dia w/pun hakikatnya dalam masa yg sama tensen gak sbb ape yg kita nak buat dia nak buat sama..


Mesin jahit Singer..Antik ni w/pun ala2 dah tinggal rangka..
Mesin Jahit ni boleh dijadikan hiasan atas tu boleh la tempah cermin buat tempat letak barang kan..


bersungguh sgt tolong mama sampai luka tgn kena kaca..
lepas tgn luka, terus mama ckp "abg rilex jerk ye, x payah tolong mama lagi"
yg kelakar nye dia igt sgt..bila tgn dia terluka, terus dia teringatkan tgn papa dia yg terluka minggu lepas, siap igt baldi mane yg buatkan tgn papanye terluka.
lepas tu mlm nye tgn mama pulak yg luka..
Adeiii..tiga beranak tinggalkan kesan luka kat jari..huhu..


Pagi hari Jumaat tu terkezut gak mama dah ada tempat buang sampah ni..sbbnye hari Khamis sebelum tu mama x singgah umah untuk mengemas, tempat buang sampah ni sampai hari khamis , kalau ikutkan jumaat petang tu dia dah nak angkut dah.. SO pagi jumaat tu Abah & adik lelaki mama yg masuk keje kol 1.00 tgh bertungkus lumus mengemas barang kat luar rumah yg boleh dibuang.

Tapi x sempat pun nak selesaikan seme dgn kudrat 2 orang, Mama n Zaquan sibuk membasuh lagi. Hari Sabtu tengahari mama sampai tgk dah clear sume barang2 yg ada kat luar rumah. Rupanya ada wakil dari PKR( Adun kawasan kami PKR) yg hantar sukarelawan lebih dari 10 orang utk tolong mengangkat2 barang. Amik ko mmg clear kawasan rumah kami. Tempat Sampah ni pun mmg Adun yg minta disediakan utk penduduk setempat yg kena banjir.

Hari Sabtu pukul 2.45 ptg pula wakil dari BN pulak yg dapatkan bantuan dari Bank Rakyat utk penduduk setempat yg kena Banjir, Dapatla duit bantuan RM300 untuk mangsa banjir. Dgr citer Adun Hulu Langat (BN) nak bg tilam dkt semua penduduk daerah Hulu langat yg kena banjir, Alhamdullillah kami pun akan dapat sbb dah isi borang tp barangnya (tilam) blom dapat lagi , dgr cerita 25hb sesi nak bg tilamnya.. Harap betulllah dapat sbbnya tilam2 kami tu sumenya mmg x boleh digunakan dah selamat buang pun..huhu..

Sebelum tu mama ada citer kan yg tinggal ruang dapur dan 2 bilik di belakang yg masih belum berkemas, Alhamdullillah hari Ahad lepas siap sumenya, siap pinggan mangkuk kami simpan elok2 dalam kitchen Cabinet. (Membasuh Dapur, Bilik Air Dan Bilik dibelakang seharian Adik lelaki sweetmama yg keempat buat sorang2, nasib baik dia cuti, Hari Ahad Adik lelaki mama yg kelima& isterinya datang mmbantu masukkan sume pingan mangkuk dlm kitchen cabinet). 

Kalau Cuti Hari Minggu terus terang mama x dapat nak mmbantu sgt sbb ada si kecik Ziqry, yg boleh mama tolong tu la time si kecik tido 2-3 jam..itu pun tugas mama membasuh barang2 yg boleh digunakan lagi/mmbasuh baju). Sebab tu mama rela amik cuti rehat(waktu hari bekerja) untuk tolong2 apa yg patut.

 Ruang Dapur & Kitchen Cabinet yg dh siap berkemas & bersusun.


Sinki Dapur pun dah clear..


Nasib baik Peti Ais yg telah ditenggelami banjir ni masih boleh digunakan..:))
tapi Mesin Basuh x boleh digunakan sbb tu la kami dok pulun basuh kain x sudah2


Toilet kat dapur ni pun dah clear..


kalau nak tau dulu toilet ni my mum jadikan stor
skrg barang2 dalam umah pun byk yg x boleh digunakan, perabot kayu yg kembang2 tu compom dh kena lesing sume..buku2 pun sama xde satu pun yg dapat diselamatkan..
paling sedey gmbar2 konvo la yg abis rosak..even sijil2 adik pun abis x dapat diselematkan.. :'(


Alhamdullillah hampir selesai sumenya, tinggal pakaian(baju, cadar, langsir) jerk la yg sgt2 banyak untuk dibasuh, itupun rasanya dah beratus2 helai abah basuh tangan baju2 yg ada, Mama & Adik Ketiga mama pun dh banyak bawa balik basuh di rumah kami tp itula mcm x surut2 jerk..huhu..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails