Klik2 My Heartbeat Yaa.. :)

Thursday, May 31, 2012

B'day Celebration Sepupu Zaquan & Ziqry | ♫Happy 2nd Besday Eisha ♫

As Salam,


Tepat jam 12 malam 29 Mei 2012 kami dah ada agenda untuk celebrate bday sepupu Zaquan&Ziqry iaitu eisha@dania puteri kesayangan Cute MuM di Restoran Impian Maju, Sek. 4 Tambahan, Bangi. 


Eisha sudah 2 tahun, ♫Happy 2nd B'day Eisha♫. Moga membesar sebagai anak yg sihat, bijak dan berjaya di dunia& akhirat, Tak lama lagi sudah jadi Kak Long, moga jd kakak yg baik :). Eisha mmg baik pun bdknye :)


Zaquan excited jerk sbbnye kek B'day for B'day Girl Papa yg belikan dulu sbb kedai kek uncle ni dekat area taman perumahan Mama jerk + mmg kek favourite semua ahli keluarga kami. Sampai2 Impian jerk, Zaquan terus bgtau Eisha " Abg ada beli kek utk Eisha"  ^_^


Favourite Cake ~ Choc. Moose Cake~


Sebelum Potong Kek Harus posing2 dulu..
Peace, Adik Ziqry x pandai buat peace lagi, time ni dia buat hal sendiri sibuk dgn sudu dia..


Fuh..Mcm biasa Zaquan selalu jerk over shadow..ngalahkan B'day Girl


Dah dapat tiup lilin, clap2..Yeah Happy B'day Eisha
Hehe..tepuk tangan adik Ziqry dh pandai tau, bila dgr jerk perkataan tepuk tgn or nyanyi lagu tepuk amai2..automatik dia nya tindakan tepuk tgn..:))

Apalagi jom makan kek


Sayang Eisha walaupun Abg Apan suka menyakat Eisha, tak boleh tengok Eisha lebih sikit, suka main Tab& Ipad Eisha tp Abg Apan Syg Eisya tau. 



♫ Eppy B'day Eisya♫
Kalau ader rezeki lebih bulan depan makan kek Abg Apan lagi..mana la tau kan kalau tetiba Papa nak belikan Abg Apan B'day kek pada tarikh keramat 06.06.2012..Hhehehe

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!


Wednesday, May 30, 2012

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

As Salam,


Makin hari makin kurang n3 mama buat n  makin x sempat nak berblog sgt, tp tetap nak jugak berblog..hehe, bila kebizian melanda mmg x sempat lgsung nak berblog lebih2 lg skrg ni dkt rumah dh jarang sgt online, balik keje, tidokan anak dgn kita2 sekali tertido..huhu


Sbg simpanan untuk memori mama w/pun citer dah basi  bila time mood rajin tu sampai mama up jgk story, harap kpd kawan2 yg sudi baca x bosan mmbacanye..hehe (budget mcm ada peminat :P )


Ni story minggu lepas. Pada 24 Mei 2012 diadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2011 bagi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Alhamdullillah Mama salah seorang penerima  APC tahun 2011. Alhamdullillah syukur sgt diatas rezeki yang diberi oleh NYA.



APC 2011 ~ 24 Mei 2012~ JANM

 lupa nak bergambar bersama penerima2 APC yg lain /beramai2 depan pentas pd hari tu, sibuk nak makan pnyer pasal..hehe,untuk x melepaskan peluang bergambar2, kami bergambar diluar jerk..heheh..

Wif Opismate


Geng Opismate yg sporting
Adeii..nak buat pose bebas smpai x nmpk muka i..


Akceli ini merupakan pengalaman kedua mama terima APC, mama pernah terima APC untuk tahun 2006 semasa di Jabatan lama mama di JPJ, masa tu rezeki nak kawin kot, terima kasih kepada Bos yg mghargai jasa anak buahnya bekerja..:)



Syukur sgt berpeluang untuk terima 2 kali Anugerah
2006 & 2011


Semangat untuk terus bekerja dan bekerja lagi..kita ni bukanlah sempurna sgt, byk sgt kelemahan diri yg perlu diperbaiki lagi, Mendapat Sijil APC bknlah ukuran sbnr yg kita ni bagus sgt...peringatan untuk diri sndiri, ape pun terima kasih & syukur sgt atas apa yg diperolehi..♥

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, May 28, 2012

Rutin Check-up Bulanan Zaquan& Ziqry| Check-up Ziqry Umur Setahun & Zaquan 4 Tahun | Pic Zaquan& Ziqry 0 -12 Bulan ♥

As Salam,


Umur Ziqry sudah pun 1 tahun sekarang dan seperti biasa rutin check up bulanan Ziqry perlu dibuat untuk dapatkan suntikan imunisasi bagi umur setahun. Appoinment Check up bulanan setahun Ziqry adalah pada 14 Mei 2012 dua hari lepas ulangtahun kelahirannya yg pertama.


Akceli anak mama Ziqry demam pada hari ulangtahun kelahirannya, deman+selsema+batuk. Paling cian malam lepas sambut besday dia, Adik tersungkur depan rak tv, abis luka bibir dia, mama yg tgk darah menitik2 kuar pun rasa ngilu dibuatnya,nasib baik adik Ziqry jenis kuat, dia nangis time tersungkur tu jerk, lepas dibersihkan w/pun nmpk kesannya mcm teruk tp adik maintain cool.

Pada hari check up berkenaan disebabkan adik Ziqry demam, so adik Ziqry x kenala cucuk, kena tunggu adik baik dari demam baru boleh cucuk. So misi bg appointment baru utk bg suntikan shj nanti. Tarikh yg misi bg adalah pada 23 Mei 2012. 

Pada hari berkenaan Mama cuma minta refer ke Doktor utk masalah demam, selsema dan batuk dia. Sebabnya time ni Adik Ziqry nye batuk agak teruk smpai suara dia dh jd rock..hehe, Alhamdullillah now dah sihat walafiat.


Pic taken 14 Mei 2012@Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi.
Ziqry 1 tahun 2 hari
Cian bibir adik luka, 
Nmpk x gigi adik sudah tumbuh 2 batang lagi di bawah..:)


Pada 23 Mei 2012 Ziqry pun kena cucuk imunisasi ditemani oleh Papa & Abg Zaquan, Sorry mama x dapat nak temankan Abg & Adik pada tarikh berkenaan. Mama ada sesi raptai APC, mmg xdpt nak bercuti or skip time berkenaan. Papa bgtau Adik x nangis pun time kena cucuk kali ni, wah bagusnye adik...^_^..


Pada hari yg sama, Zaquan pun buat check-up utk 4 thn, check-up dia sbrnya tarikh yg sama pd 14 Mei 2012, tp pd tarikh berkenaan Abg Zaquan sedang bertolak & bercuti ke Medan Indonesia. Kebetulan Adik pulak kena cucuk minggu berikutnya terus bgtau nak bawa Abgnya check-up sekali pada tarikh yg sama. Zaquan nya Check- up biasa jerk xde cucuk2, dapat ubat cacing utk abg Zaquan minum.


Hasil Pemeriksaan:-


Berat: 8.8kg
Tinggi: 76 cm
Kesihatan:Demam, batuk dan selsema tapi Adik Ziqry tetap Aktif :)


Perkembangan:-


Terkini adik sudah tumbuh lagi 2 batang gigi dibawah pulak, sebelum ni mama ada cerita kan yg giginya sudah tumbuh 2 batang diatas pada usia 11 bulan. Jika 2 batang gigi diatas gigi kapak, kali ni 2 batang gigi dibawah halus  la pulak. Seawal usia 8 bulan++ adik dah pandai panjat tangga, 10 bulan dah mula bertatih dan berjalan..Now 100% dah dapat kaki, sgt aktif berjalan..x mo dipegang. Adik sgt2 suka makan tau..


Sekejap jerk masa berlalu, nmpk kan perubahan muka Ziqry dari sebulan ke sebulan, dah setahun pun la ni..sbg simpanan mama dan utk tatapan Ziqry bila besar nanti, pic Ziqry dr 0 - 12 bulan.


Muhammad Khair Ziqry ( 0 - 12 bulan)


Heheh...mama x berkesempatan la nak buat pic Zaquan (2008-2012), insyaallah mama cuba buat nanti ye abg zaquan :)), Layan kan dulu pic yg mama pernah buat utk Zaquan 0 -12 bulan dulu.

Muhammad Khair Zaquan (0 - 12 bulan)
Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Sunday, May 27, 2012

Welcome Twins~ Sepupu Baru Zaquan & Ziqry~

As Salam,

Alhamdullillah adik mama yg ketiga@Mak Yang Zaquan & Ziqry telah selamat melahirkan Baby Perempuan Kembar 2 Seiras pada 24 Mei 2012(Khamis) jam 10.55 & 10.56 a.m secara ceaserian. Kalau ikutkan mmg la adik mama nak cuba bersalin normal tp bila dah masuk minggu ke 36 adik mama ada masalah terlebih protien dalam badan yg menyebabkan paha sampai ke tapak kaki dia bengkak n berkemungkinan akan efek buah pinggang ibu, malahan sebulan sebelum due dia dah mula duduk wad. Due dia sbrnya 15 June 2012.

Menambahkan lagi masalah bila BP- Tekanan darah adik Mama tiba2 tinggi bila mengetahui yg Abah kami diserang jantung & perlu di operate. Lebih memilukan hati bila terpaksa juga operate bila salah seorang twins kedudukannya songsang, So nak tak Doktor suggest Operate. Itu yg genap 37 minggu Doktor terus bg tarikh utk operate. Kebetulan tarikh Adik & Abah mama operate tarikh yg sama. Pagi tu sama2 masuk dewan operate. Alhamdullillah kedua2nya selamat kini.

Inilah Dragon Twins..hehe..lahir tahun Dragon..
Twins pada hari pertama kelahirannya. 
Kakak Lahir 10.55 a.m dgn berat 2.15kg & Adik lahir 10.56 a.m dgn berat 2.02kg.


 Kembar diberi nama Ummul Aisyah ImanUmmul Sarah Iman

Kami bersama twins
Hari ketiga (26 Mei 2012) baru berkesempatan untuk melawat twins di HUKM


Chumellnye anak buah Mak Long ni
Memang seiraskan, susah nak beza.., tp mengikut kata ibunya, Kakak muka bujur sikit manakala adik mukanya bulat sikit.
 1st Twins - Ummul Aisyah Iman (Kakak)
2nd Twins - Ummul Sarah Iman (Adik)

Mama tak melepaskan peluang bergambar bersama anak buah baru..
Aisyah & Sarah

Abang Zaquan pun sama, seriously dia sgt teruja n excited nak jumpe sepupu baru dia, siap xnak balik nak tido sama ngan baby...

Gaya Sporting Abang bersama Kakak@Aisyah

Gaya Caring Abang Bersama Adik@Sarah

Abang syg baby, siap minta baby dkt papa..:P


mane Adik Ziqry , kenape x bergmbar bersama ngan Aisyah & Sarah?
Adik Ziqry ada tp tgh melasak xmo di dukung sibuk berjalan, yela orang baru dapat kaki, berjalan jerk la dia sampai terjatuh & terhantuk di kaki besi katil Mak Yang tau...huhu

Hahhaha...abg teruja daripada sblm keluar rumah lagi, dkt rumah sibuk dah belek hadiah utk baby twins ni, dok bebel kat Papa..cepat la Papa bangun kita nak g tgk baby Mak Yang ni, Baby Mak Yang dah keluar...hehhehe, Mama dah beli baju utk baby Mak Yang..

Ikhlas dari kami utk twins (Rompers + Stokin kaki)

Tahniah Buat Kamu..Semoga dgn kelahiran & kehadiran Twins yg comel ni mengeratkan lagi kasih syg antara kamu berdua..Moga dapat menjadi Ibu & Ayah yg berjaya mendidik anak yg berguna dunia & akhirat di zaman yg serba mencabar ini..AMIN.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Terkini Tentang Abah.

As Salam,

Ekoran daripada Abah mama terkena serangan jantung kali kedua pada 21 Mei 2012 dan memerlukan pembedahan jantung dengan segera. Alhamdullillah, Abah mama dah selamat menjalani pembedahan jantung kedua pada 24 Mei 2012, Pembedahan Jantung Pertama pada 21 Mei 2012 dan kini dalam keadaan stabil dan masih dirawat di HUKM. Insyaallah 3-4 hari lg akan keluar Hospital.

Mengikut apa yg my mum cerita pada mama bagaimana mulanya kejadian Abah diserang serangan jantung, sedey jerk mendengarnya:-

Pagi lebih kurang jam 6 pagi (21 Mei 2012) Abah mama batuk2, batuk2 sampai batuk berdarah dan muntah darah, lepas tu my mum pun risau la bila tgk Abah dah muntah2 darah bagai & dalam masa yang sama Abah berpeluh sampai menitik2. Abah minta my mum tolong sapukan minyak angin, tp my mum ckp " mcmmane nak sapu minyak angin, badan awk berpeluh2 ni". my mum dapat rasanya yg Abah terkena serangan jantung & nasihatkan Abah pergi klinik@Hospital. Maybe Abah pun mmg dapat rasakan yg dia sakit dada & terus suruh my mum call salah seorang anak yg boleh bawa g klinik@Hospital. My Mum terus call adik mama yg kedua tu sbb dia dok dekat dgn kawasan rumah my parents. 

Pagi2 tu jugak Adik Mama terus bawa Abah & My Mum ke Emergency HUKM, Alhamdullillah Abah orang yg pertama tunggu giliran dan apabila diperiksa oleh Doktor, rupanya ada 2 saluran jantung Abah yg tersumbat, 1 pada saluran yg lama dh buat "by pass" tersumbat kembali dan terdapat 1 saluran baru yg dikenalpasti telah tersumbat. Pagi tu juga Abah kena operate, Operate jantung ni ada mcm2 istilah & ada byk cara, Kali ni Abah kena operate "Masukkan Belon". Belon ni dalam bentuk cecair & abah dioperate di Peha untuk masukkan Belon tu naik ke atas saluran Jantung.

Abah selepas hari pertama operation jantung yg pertama (21 Mei 2012). Masa ni mmg nmpak Abah x stabil lagi, iyelah baru lepas operate.
Masa ni lepas habis waktu bekerja Mama terus g melawat Abah, w/pun nmpk x stabil tp Abah masih boleh berckp & bgtau ape yg dia rasa ketika ini & apa yg berlaku semasa dia diserang serangan jantung, mmg dia ada bgtau yg dia rasa sakit dada pada pagi tu.

Abah 2 hari selepas operation jantung kedua (24 Mei 2012)
Abah dah nmpk sihat, ni masa kami melawat Abah di Wad HUKM semalam (26 Mei 2012). Dah boleh melayan cucu2.

Ziqry pun nak bermanja ngan Atok, Pantang nmpk makanan n pantang disua msti dgn rela hati suka disuap + sgt kuat makan.


Alhamdullillah Abah nmpak stabil & sihat selepas pembedahan. Ya Allah Ya Tahunku Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Kau Berikanlah Kesihatan Yang Baik Buat Abahku, Moga Abah cepat sembuh & boleh menjalani kehidupan seperti sediakala..AMIN.

P/S: selepas selesai melawat Abah, kami ke tingkat 2 pulak x sabar ni nak melihat anak buah twins..nnti mama story di lain N3.


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, May 21, 2012

Abah diserang serangan jantung Dan menjalani pembedahan jantung ketika ini!

As Salam,

Pagi tadi mama mandapat perkhabaran yg mendukacitakan bila mengetahui yg Abah mama kena serangan jantung. Itu pun lewat mama dapat berita pukul 11.15 pg adik mama bgtau yg Abah kena serangan jantung & sedang di dalam bilik operate di HUKM.

Sebenarnya hari ni mama ada audit 3 hari. Nasib baik mama audit dlm Putrajaya, kalau outstation susah hati dibuatnya. Kebetulan Pagi td mama call rumah my parents utk minta tolong my mum jaga zaquan& ziqry esok & lusa sbb MIL pun ada check up bulanan. Patut la mama call x berangkat2 rupanya ada emergency berlaku pd my family.

Nasib baik ada adik yg duduk dekat dgn rumah my parents. Adik mama yg no.2 la yg uruskn semuanya tadi & bila Abah dh selamat masuk bilik operate br adik mama sms bgtau pd semua adik beradik.

Alhamdullilah now pembedahan dh slmt pun dijalankan pd jam 12 tgh tadi. Dah bgtau papa balik keje ni nak terus g melawat Abah di HUKM.

ikutkan Abah mama mmg ada history penyakit jantung dan pernah buat operation 'by pass' di HUKM juga pada tahun 2004 serta mmg setiap bulan buat pemeriksaan di HUKM kini.

Moga Abah mama Cepat Sembuh dan dipermudahkn segalanya. Mohon doa dari kawan2 sama utk Abah mama.
posted from Bloggeroid

B'day Bash Zaquan&Ziqry | Goodies Bag & Apam Polkadot!

As Salam,

Goodies pack yg mama bg utk tetamu simple jerk, bila dah buat keputusan nak catering dgn MIL, Mama pun terus terpikir nak order Coklat jerk sbg goodies dari Adik Ipar Mama. Kebetulan Adik Ipar Mama ni mmg buat bizness online Coklat, bukan coklat jerk cupcake, apam polkadot n pelbagai lg ada. Boleh terjah FB Chocolate World if berminat.

Alhamdullillah, dengan Adik Ipar Mama ni pun dia x berkira sgt, Adik pun cuma minta duit beli barang coklat & kotak coklat jerk. Mama tempah 30 kotak coklat yang mengandungi 4 biji coklat didalamnya. Walaupun adik kata x payah bg upah, Mama tetap bg RM100 dekat adik utk order coklat ni.

Goodies Bag

Ini la hasil coklatnya, dijamin sedap & cantik.

Disebabkan adik kata dia x amik upah n maybe RM100 tu ada lebih, Adik buat special Apam Polkadot ni untuk B'day Boys tertulis (HAPPY BESDAY ZAQUAN ZIQRY)

Terima kasuh Acik, Zaquan & ziqry suka sgt :)
Moga bertambah2 lagi rezeki Acik Cha..AMIN.

Apam Polkadot fresh from oven..panas2 lagi tu masa sampai..




Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Sunday, May 20, 2012

B'day Bash Zaquan&Ziqry | Bertemu Kawan Blogger!

As Salam,

Mama ada jemput kawan2 blogger dtg untuk memeriahkan majlis, tp itulah mamanya bz sehari sblm nak celebrate b'day Zaquan & Ziqry, Mama outstation ke Terengganu 5 hari (6-10 Mei 2012). keesokkannya 11 Mei 2012 mama amik cuti rehat kunun nak mengemas rumah n selesaikan ape yg patut, sudahnya x dpt nak buat ape pun dok melayan kerenah anak2 jerk. Pagi 12 Mei 2012 baru berkesempatan publish n3 invite rakan2 blogger, itu pun nasib baik sempat buat kad 2 hari sebelum g outstation n invite kawan2 thru FB, rasa mcm dh planning baik pnyer tp last minute jgk baru berkesempatan settlekan invitation. 

Dah selesai pun majlisnya, peringatan utk diri sndiri lepas ni kalau nak buat majlis kena pastikan invitation awal la kan... :), Anyway nak ucapkan Terima kasih kpd 2 orang Rakan Blogger (Nad Cha) yg sudi datang memeriahkan majlis. Sesiapa yg follow blog Superhero Mama & It's Umi Journal mesti kenal 2 baby chumell gebuss ni kan.

Sama Chumell..Sama Padan..heheh 


Nad Cha dah pun up n3, tuan rumah baru hari ni berkesempatan nak update n3..seminggu udah berlalu. 




1st time mama bersua muka dengan Nad, murah dgn senyuman, tinggi & slim jerk orangnya. Asben Nad pun sgt sporting, dia yg dok amikkan gmbar Nad..ehehe.  Nad sampai  sedang elok majlis baru nak bermula, tengah mama sibuk dok panggil anak2 jiran sebelah masuk, terus sambut Nad & family jemput masuk sama. Masa Zaquan sedang potong kek, sbnrnya Zakwan dok sblh kanan Mama jerk, tp x masuk pulak gambar Zakwan masa kami dok sibuk2 potong kek. Paling sweet lepas Zaquan tiup lilin, Zakwan pun ckp dgn Mama dia "Saya pun nak tiup lilin jgk"..hehhe..comel jerk tau. 

Lepas potong kek mama dah sibuk menjemput & melayan tetamu mkn, x sempat berbual sgt dgn Nad, tp sempat merasa dukong Nayli & cubit2 pipinya yg gebuss tu. Hopefully lepas ni dapat berjumpa lagi dgn Nad n Family sbbnya x puas berbual n x sempat pun Zaquan nak Geng dgn Zakwan, Zaquan lepas dh dpt mkn kek sepotong terus ikut geng2 jiran sebelahnya main diluar.

Amboi Ziqry awal2 dh usha awek ye..bkn main lg ditenungnya Nayli.

Tak lama selepas Nad dtg, Cha pun sampai, Ini merupakan pertemuan yg ketiga bagi Mama & Cha. Pertemuan Pertama  &  Pertemuan Kedua Kami. Alhamdulillah dari kenal sbg kawan blogger ikatan tu kekal jadi kawan baik di alam nyata. Hopefully hubungan baik ni kekal selamanya..AMIN.

X sabar nak jumpe Cha kali ni sbb nak gomol anaknye yg gebuss itu jugak..hehee. Sorry sgt Cha, ntah dimana silapnya sampai2 jerk Zaquan dah cari pasal dgn Auni, ntah ape yg dia dengki ngan Auni pun x tau la..suka sgt ngusik Auni sampai nangis..Sian Auni sampai jatuh kena tolak ngan Zaquan, Zaquan tu bila ada kakak2 dia n dah ada geng mmg sombong sikit..sorry ye.

Sebelum Nad balik, Mama sempat ajak bergambar bertiga bersama anak masing2, tapi sempat bergambar dgn anak2 yg kecil jerk..Zaquan, Zakwan & Auni dimana ye, yg pasti Zaquan sibuk bermain, Auni dah nangis ke blom masa ni ye, Zakwan mmg berkepit dgn Papanye..




Last sekali sebelum Cha balik, bergambar bersama family Cha, Auni dah merajuk nangis time ni, Zaquan pulak  x sporting nk bergambar bersama pdhal Zaquan ada jerk depan kitaorg time ni.


Kpd Nad Cha , Semoga Ikatan Persahabatan yg bermula sbg rakan blogger akan terus terjalin sbg sahabat yg baik & kekal bersahabat. If terjumpa diluar tegur2 la ye.

P/S: Terlampau sibuk nak bergambar bersama, Lupa mama nak kenalkan Cha pada Cute MuM dan bergambar bersama Cute MuM

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Saturday, May 19, 2012

Percutian Zaquan Ke Medan, Indonesia ~14 - 19 Mei 2012~

As Salam,


Sebelum ni Mama ada story kan yg Zaquan akan bercuti lagi dgn Atok & Neneknya Pada N3 -Tiket Flight Zaquan Dah Selamat Dibeli | Zaquan Akan Bercuti Ikut Atok & Nenek Lagi ! 


Ya, Zaquan sudah pun selamat bertolak ke Medan, Indonesia menaiki Air Asia penerbangan jam 7.40 pagi pada 14 Mei 2012. Seawal jam 3.00 pagi kami dah kejutkan Zaquan untuk mandi & bersiap sbbnya Atok Zaquan akan jemput Zaquan pada jam 4.00 pagi di rumah kami.


Dalam pada xde mood maybe sbb keletihan, hari Sabtu baru celebrate besday dan hari ahad(13 Mei 2012) kami abiskan masa bersama dgn jadi penyokong papa untuk tournament bowling bulan Mei opis Papa & sambut hari Ibu dgn makan2 di The Mines, Zaquan bangun jugak & dia nak Papa mandikan & siapkan. 


Zaquan selepas bersiap, sambung tido balik sementara tunggu Atok jemput.
Time ni lebih kurang jam 3.30pagi


Atok dah sampai, tepat pukul 4.00 pagi seperti yg dijanjikan Atok sampai rumah untuk amik Zaquan & bertolak ke LCCT. Muka Zaquan Monyok jerk sbb tidonya terganggu & menangis minta Papa&Mamanya ikut sekali, sedey pulak rasanye time ni..



Tapi bila tengok kiriman MMS dari Nenek Zaquan ni, tgk muka dia dah happy..terubat rasa sedih..Ini kiriman MMS pertama dari Nenek Zaquan bila dah selamat sampai LCCT. MMS diterima jam 6.45pagi. Zaquan bersama Atok :)


Alhamdullillah dah selamat naik kapalterbang. MMS diterima jam 7.40 pagi.


Amboi bukan main seronok lagi dia. MMS diterima pada 16 Mei 2012 jam 5.00ptg. Dalam MMS ni Nenek Zaquan bgtau yg pic ni diambil di tempat mereka bermalam iaitu di Perapat. Wah kalu ikutkan pemandangannya sgt cantik kan..

Tak lama lepas tu Mama terima MMS pada hari yg sama 16  Mei 2012 jam 5.22ptg, Zaquan sedang bermandi..xpasti pulak dimana, maybe di kawasan tempat mereka bermalam. Alahai sian anak mama mandi pakai spender jerk sbbnya Mama x bawa dia punye swimming suit, ikutkan mmg tergerak hati nak masukkan swimming suit dia masa mengemas & menyiapkan beg pakaian Zaquan tp bila tanya Papa nak bawa ke swimming suit dia, Papa kata x payah...hehee..xpela budak lelaki kecik lg tu..mandi pakai spender jerk ape de hal kan..


Mama ada berbalas SMS dengan Nenek Zaquan tanya mcm mane perangai Zaquan kat sana? Jawapan nenek sama jerk la perangainya tu ngada2, nangis nak berdukong jerk...


ehhehe..nasib baik dapat Atok yg sabar melayan kerenah cucunya..hanya org yg pandai melayan Zaquan jerk yg sanggup bawa Zaquan berjalan..kalau x, x kan Atok sanggup bawa Zaquan berjalan w/pun perangainya sama jerk begitula masa Atoknya bawa berjalan ke Singapore, Langkawi & Genting Highland. 


Kepada Zaquan, nnti bila Zaquan dah pandai baca blog Mama ni..ketahuila Zaquan nakal mcm mane pun semua orang syg Zaquan tau, tapi Zaquan kenala ubah perangai Zaquan yg kuat nangis tu..Zaquan dah besar x leh nak dukong2 lagi..Jgnkan Atok& Nenek, Papa& Mama pun dah x larat nak dukong Zaquan..Abg dah besar dah 4 tahun..thn depan nak masuk school..:)


Insyaallah malam ini 19 Mei 2012 menaiki penerbangan Air Asia jam 9.25mlm Zaquan akan pulang ke Malaysia. Moga Zaquan, Atok & Nenek selamat kembali. 


Mama & Papa udah rindu bangat sama kamoo..^_^..

P/S: Hari ni Mama berdua shj bersama Adik Ziqry, Abg Zaquan malam baru sampai, Papa pulak bz- hari ni seharian terlibat sbg pengadil badminton utk pertandingan dalaman badminton opis dia.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, May 18, 2012

B'day Bash Zaquan&Ziqry | Sesi Potong Kek & Terima Kasih Semua!

As Salam,

Tanggal 12 Mei 2012 adalah hari ulangtahun kelahiran putera mama yg kedua iaitu Muhammad Khair Ziqry yang pertama dan Tanggal 6 Jun 2012 merupakan hari ulangtahun kelahiran putera sulung mama iaitu Muhammad Khair Zaquan yang keempat tahun. Memandangkan jarak hari ulangtahun kelahiran putera yang pertama & kedua selang 25 hari , kami buat keputusan untuk buat sambutan hari lahir mereka bersekali. Kebetulan tarikh 12 Mei 2012 jatuh pada hari Sabtu, mmg hari cuti.  

Alhamdullillah majlis telah pun selesai dan berjalan lancar w/pun ada sikit kelam kabut(Zaquan nangis2 pulak time tgh sibuk2 potong kek..hahaha nyaris nak kena kurung dalam stor oleh Papanya dpn org ramai pulak tu).

Kalau ikutkan perancangan awal kami nak buat majlis putera2 kami di KFC or Mc'D, dah siap survey harga..mmg agak mahal sikit (kos RM700++ utk jemputan 25 org dan keatas) tp tuan rumah lega x payah pk ape dah, siapkan duit jerk semuanya diuruskan pihak mereka. 

Tapi setelah dipikir2kan dengan kebetulan baru jerk lepas repair kereta, dengan mama pulak kena g outstation selama seminggu sehari sebelum nak sambut besday our boys, byk nak pakai duit. Itu yg akhirnya buat jugak la kat rumah & order catering dgn MIL jerk..dapat jimatkan kos..

Syukur sgt MIL sedia nak terima order dari Mama, Kalau ikutkan mmg Mama nak order catering dgn MIL & byr seperti biasa. Tapi MIL ckp xpelah dia amik duit beli barang jerk..upah x perlu. Terperanjat kami mama bagi RM300 duit beli barang pada MIL utk order menu Bihun Soto & Roti Jala utk 70 orang mkn jerk tp MIL masak mcm2 dgn RM300 tu. 

Menu pada B'day Bash Zaquan & Ziqry adalah Nasi Tomata, Bihun Soto, Nasi Impit, Rendang Ayam, Roti Jala, Rojak Buah & Buah Tembikai, pakej dgn air sirap sekali. Semuanya catering dari My MIL.  Dessert Dadih pula adik mama yg sponser. Mewah betul makanan pada hari tu. Terima kasih Mak & Ayah, Moga bertambah2 lagi rezeki Mak & Ayah. Terima kasih kepada Adik Mama juga sbb sponser Dadih. Kalau ada sesiapa berminat boleh tgk harga pakej2 catering di FB Puncak Sakti Enterprise.

Akhirnya acara yg dinanti2 oleh si Abang- Zaquan yg x sabar2 nak potong CARS CAKE nye. 

Wajib ada gambar berempat w/pun x sempat nak posing2 sgt, time ni rasa rushing sgt nak melayan kerenah Zaquan..



Sesi potong kek bermula..


Time ni ada yg nak mata, ada yg nak tayar..
time ni la Zaquan nangis bila dia sibuk nak tayar (biskut oreo)
bila mama dah potong utk dia, dia xnk pulak, skjp nak papa potongkan, skjp dia ckp dia yg nak potongkan,
sampaikan papa angkat dia nak masukkan dalam stor baru dia ok

Anak2 Mama tunggu giliran nak mamam kek ye..hehehe

Akhirnya dapat jugak dia tayar oreo , tp sudahnya dia x mkn pun biskut tu, kek & cream oreo jerk yg dia makan ..hehehe..

Eh, td mama kata nak panggil kawan2 Zaquan(jiran sebelah dtg utk potong kek sama2, tp x nmpk pun),
Mamanya kalut sgt..pututnya suruh kawan2 Zaquan duduk bersekali dgn Zaquan, sudahnya nmpk mcm mama jerk yg potong kek dgn b'day boys.

Kawan2 Zaquan ada, tp dok depan kek ni haa..^_^..


Kami tertunggu2 jugak sepupu Zaquan, Esha@ Dania - Anak Cute MuM dtg untuk sama2 potong kek, tp disebabkan Zaquan dh x sabar sgt nak potong kek, itu yg cukup time terus ke acara potong kek. Kakak2 Zaquan(anak2 yg MIL jaga) pun lewat sampai x sempat nak potong kek bersama.

Agaknye time ni kami pandang siapa? ye2 semua mata tertumpu kat depan tu..
  
Kami pandang eisha la..eisha baru sampai..Zaquan dah selamat potong kek & sibuk dok main ngan kakak dia..Kak Monn & Kak Fatimah. Mata semua tertumpu dkt eisha sbb tgk baju eisha yg beropol2 pink n comel mcm Eisha pulak Bday Girl, lgpun bday eisha akhir bulan Mei ni.

Mama x sempat bergambar sgt pun, sbbnya B'day Boy Zaquan sibuk main n x sporting nak bergambar, Adik Ziqry pula adik2 mama dah curik..hehee, bkn curik diorang yg melayan Ziqry sbb jarang jumpa kan.

akceli nak amik gmbar kami berempat sblm majlis selesai  tp Zaquan sibuk main hadiah mainan yg dia dapat..
bertiga pun bertiga lah..

Tapi bila Papa ajak eisha bergambar sekali, terus si Abg baru nak bergambar besama.

Dikesempatan ini Mama nak ucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga yg mmg sgt2 membantu dan terima kasih juga kepada family & kawan2 yg sudi dtg, mmg ramai yg last minute x dapat hadir..tp xpelah..mama paham, mama pun x sangka yg sepupu mama pun buat bday bash utk anaknya pada hari yg sama, so itu yg dh terbahagi dua sepupu2 yg nak dtg pada hari berkenaan.

Wif Opismate yg datang. Sebelah kiri tu la tokey kek yg buat CARS CAKE .



Ada 2 orang mmber blogger yg dtg. terima kasih sudi dtg..nnti mama update di n3 lain..♥

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails