Klik2 My Heartbeat Yaa.. :)

Saturday, June 30, 2012

30 Jun 2012 ~ Happy 5th Wedding Anniversary To Me !

As Salam,

Today is my 5th wedding anniversary..Eppy Anniversary to me...hehhe
Eppy Anniversary Papa..:)
oh ye same anniversary wif my parents..Eppy 31st anniversary Ummi&Abah.


Alhamdulillah masih dipanjangkan jodoh buat kami...hari ni 30 Jun 2012 merupakan ulangtahun perkahwinan kami yg ke 5 tahun, adat kehidupan berumahtangga ada pasang surut, tawa, ria, suka dan duka haruslah kita tempuhinya dengan sabar dan bersama, sedangkan lidah lagikan tergigit,apatah lagi hidup suami isteri kan (amik ayat lagu p.ramlee..)

Moga ikatan perkahwinan yang dibina atas dasar suka sama suka ini dan dilengkapi dengan kehadiran 2 orang putera kesayangan kami terus mekar disulami dengan perasaan cinta, kasih & sayang antara kami...AMIN. 

nak jugak letak gambar di hari pernikahan & di hari persandingan kedua2 belah pihak 5 tahun yg lalu..

Catatan Memori Anniversary yang pernah tercatat disini

*N3 Auto Publish*

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, June 29, 2012

Makan2 Hari Gaji | JJCM Austin Steak House

As Salam,


Walaupun selalu makan luar, tp bila hari gaji kami selalunya makan special sikit...special ke? hahahaa


selalunya kalau teringin nak makan western kami suka makan dekat Austin Steak House, kalau dulu kami suka makan dekat restoran F1 di Seri Kembangan, tp  restoran tu dah lama tutup, kalau x silap thn 2010 dah xde F1 Seri Kembangan tu. (dulu masa bujang selalu dating ngan Papa kat situ..:P)


kadang2 tukar selera makan dekat D'one Steak, tp x berapa kena sgt dgn tekak la, sedap lg dekat Austin Steak House ni.., Ini kiranye kali ketiga kami makan dekat sini.


The Menu..

Menu pilihan mama - Chicken Golden Blue n Mango Juice..
Akceli mama tersalah pilih menu, mama igtkan Golden blue ni kuahnya Black Paper sekali kuahnya tomato puri, ermmm nak cheese pnyer pasal..(Dalam Chicken tu ada cheese)
lastnya mama makan separuh, separuh lagi papa tolong abiskan..

Menu pilihan Papa & Zaquan..Chicken Grill + Tembikai Juice, Zaquan mcm biasa Milo Ais.
x sangka Zaquan suka makan Chicken Chop, habis tau dia makan Chicken Chop ni..yg kelakarnya dia suka kuah Chicken Golden Blue mama pnyer menu tu, so setiap kali dia mkn chicken grill tu dia akan cicah ngan kuah mama pnyer menu...

Menu Adik..Garlic Bread..Adik mmg suka makan roti..skrg ni kalau makan kena order untuk adik sekali..
Ohh Adik..perut Adik sudah makin kedepan.., kena control sikit makan tu ye dik..

Bukan kentang abg jerk dia kecek, air Mango mama pun dia merengek nak..
skrg ni dia pantang tgk straw..selalu dok tengok abg dia minum air milo kotak, itu yg dia nak jugak minum guna straw..

See..licin abis..mmg sedap..:)

Terima kasih Papa belanja kami makan sempena dengan hari gaji, selalunya kami dua2 akan belanja bila time gaji, next week giliran mama pulak ye..nak makan kat mane yg best..ek..


p/s: esok 30 Jun 2012 anniversary kita yg 5 tahun..moga ikatan perkahwinaan ini dilimpahi kasih sayang dan diberikan kekuatan buat kita untuk harungi kehidupan yang mendatang & liku2 kehidupan yg mencabar..AMIN.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, June 27, 2012

WW| Cool Blog!

As Salam,


'Adik Ziqry nak jugak rasa la Mama', 
'Adik Sudah pandai isap guna straw tau..'
'Mama...cedapnye Cool Blog ni...'

@AEON Wangsa Maju, 22 Jun 2012.

p/s: di opis sudah disekat untuk Akses sebarang kategori online games, gambling, chat & online radious..So..makin berkurang update la blog mama ni..huhu, Sorry still x sempat BW ke blog kawan2.

*N3 Auto Publish*

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, June 22, 2012

Half Day! | My 1st Customer Tupperware!

As Salam,

Bznye bulan ni, setiap minggu kuar Audit , nasib baik dlm Putrajaya jerk, Bz sampai lupa nak apply cuti..Adeiii..Papa i'm sorry :(.

Hari ni Papa cuti rehat dan sepatutnya Mama cuti sekali, kami ada jemputan majlis nikah anak mmber opismate lama, dia wat majlis lepas Maghrib di Wangsa Maju, nak pergi lepas balik keje kol 5.30ptg pastu nak balik umah lg jemput anak msti x sempat, tp boleh pulak mama terlupa nak apply cuti sbb dlm kepala dok igt bulan ni full keluar Audit. So pagi tadi baru kelam kabut isi borang keluar minta half day..nasib baik senang nak dapat..hehe..

Nak amik EL hari ni x sedap hati pulak sbb pagi td kol 11 pagi ada exit meeting, pastu dh plan pagi td nak hantar barang tupperware dkt customer..hehe (Tq eima jd my 1st buyer/customer tupperware). Tak sempat nak borak2 ngan eima , mmg just sempat bersalam n past barang jerk.., itu pun sib baik dalam pada Papa bercuti dia nak tolong hantarkan..hehe.., lepas ni kalau ada kesempatan boleh la kita berjumpa lg ek, kalau jumpa dkt mane2 ke boleh la kita bertegur sapa..:)

ini barang tupperware yg eima beli dgn sweetmama
x kisah la nilainye kecik ke besar tetap rezeki kan..

Sebelum2 ni Mama beli & jd Ahli Tupperware untuk kegunaan diri sendiri, skrg ni jerk baru nak gerak buat sales, itupun mmg upline yg bg sokongan suruh belajar buat sndiri dlm masa yg sama mmg dia byk bantu carikan downline. Moga terus dilimpahi rezeki..AMIN.


Okey la, sat lg lepas Jumaat Papa nak dtg jemput balik.., terima kasih pada kawan2 yg sudi jgk jengah blog Mama w/pun x berupdate n sorry masih x berkesempatan nak balas jejak kawan2.., ada masa nnti Mama pasti BW pnyer..heheh

P/S: Dalam tempoh masa kerja yg singkat hari ni pagi td lepas hantar barang, sempat breakfast dulu ngan Papa, lepastu kami terus survey Taska & Nursery untuk hantar Zaquan & Ziqry Next Year, igtkan kami dh lewat sgt nak daftar Taska anak, rupanya taska yg kami nak registerkan Zaquan & Ziqry ni open bulan Oktober.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, June 20, 2012

WW| Sudah Jadi Ahli Tupperware|Siapa Mau Beli Tupperware Dgn Sweetmama, Sweetmama bg harga baik punye!

As Salam,


Worless Wednesday - Tajuk nye yg panjang..heheh, Tajuk menggambarkan cerita ye..


p/s- nak citer panjang2, tp bz la ..huk2.., full story nnti ler..dh jd ahli, kena la promote..ye x?

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, June 18, 2012

Rezeki Menang Promosi Majalah Lagi :)

As Salam,


Alhamdullillah masih ada rezeki untuk menang contest majalah lagi. Kali ni mama menang Promosi Lisa/Syahirah dari Majalah Lisa (x pasti pulak edisi/keluaran bila). 


Alhamdulillah ini kali ke 3 menang promosi dari Majalah Lisa Malaysia dan kali pertama menang promosi dari Majalah Cosmo.

SMS diterima pada 1/6/2012, kena collect hadiah sebelum 22/6/2012, nasib baik my friends Mama Tun Nur Safiya sudi untuk tolong amikkan, kebetulan dia menang handbag promosi Majalah Lisa Edisi 11 keluaran 15 April 2012. Kami satu opis SMS masa promosi handbags ni & mmg mengidam nak menang handbags sbnrnya tp rezeki Mama Tun Nur Safiya untuk menang. Tahniah ye Mama Tun Nur Safiya &TQ sgt2 tolong amikkan hadiah i..:)



Inilah produk syahirah yang dimenangi..Produk Syahirah yg terdiri daripada Talkum Wangi, Losyen Tangan & Badan, Syahirah Body Spray, Minyak Wangi Syahirah, Minyak Zaitun, Deodorant Roll On , Compact Powder, Deodorant Stick dan 2 Lipstik. 

Sebagai hadiah pd my friends yg sudi amikkan hadiah ni Mama bg dia satu lipstik. 

Ini pulak mama menang promosi dari Majalah Cosmo - promosi Cosmo/B.Liv - produk penjagaan wajah. Terima SMS pada 8/9/2012, kena amik sebelum 20/6/2012..adeiii rasa mcm x berkesempatan jerk nak g amik hadiah ni, dh bgtau Papa minta tolong amikkan, tp tulah dekat Damansara Uptown, berat hati jerk Papa nak g amikkan..huk2..



P/S: Mama suka la bau minyak wangi syahirah ni, boleh tahan wangi bau dia :)

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, June 15, 2012

Movie Time | Madagascar 3

As Salam,

Oh yeah..masa yg dinanti2..movie time, last kami tgk wayang bersama citer SeeFooD pada bulan Mac 2012, bulan Jun 2012 baru berkesempatan nak tgk wayang lagi..Kali ni tgk wayang citer Madagascar 3

Zaquan yang paling seronok, bangun2 tido jerk ckp ngan Mama "Mama dah pagi cepat kejut Papa, kita nak g tgk wayang ni". Maunya dia x excited, lepas berjaya booked tiket wayang, Papa terus bgtau Zaquan " esok kita nak g tgk wayang" pastu Papa siap pesan nak tgk wayang kena tido awal, itu yg bangun2 pagi terus excited padahal wayang start jam 4.15 petang.

Kami sampai Alamanda pun awal, mmg niat nak lunch jerk kat Alamanda sblm tgk wayang. Itu yg g makan Cheesy Bites Steak Pizza.

Madagascar 3 ~GSC Alamanda~4.15pm


Wajib posing2 berlatarbelakangkan promosi wayang movie Madagascar 3 ni, tp Zaquan x bg kerjasama la, mcm biasa dia x mo pandang kamera, Adik pulak x mo di dukung, mau lepas bebas...

              *besarnye lenganku..huk3..

See..Adik cuba memanjat sebenarnya..kalau boleh dia nak capai leher Melman the Giraffe & kepala Gloria the Hippo tu...huhu


Zaquan kita minta dia posing susah sgt, ini pun kita suruh posing lain, lain yg dia buat..posing baring la pulak..


Aksi Adik dalam Panggung Wayang, mcm org besar nak duduk 1 kerusi siap makan Popcorn, time ni wayang blom start lg, elok wayang dah start mama bg susu badan terus tertido.., So mmg xde masalah lgsung time kami tgk wayang time ni, Adik tido sepanjang movie berjalan, kami bertiga dapat la tgk wayang  dgn aman. Risau gak pada mulanya tau, sbb Adik dh dapat kaki ni, melasak betul, nak berjalan jerk..



Review Filem: Besh n Super Funny, Zaquan layan sampai ke hujung cerita, x tido lgsung n gelak2. Kisah 4 sekawan binatang Alex the lion, Marty The Zebra, Melman the Giraffe dan Gloria the Hippo yang berharap utk pulang ke Central Park Zoo, New York..aksi2 lawak bermula apabila mereka buat kecoh di Casino Monte Carlo dan Chif Cantel Dubois diarahkan utk menangkapnya. Giler gerun tgk muka Chif Chantel Dubois ni.., banyak lagi la aksi2 menarik masa mereka masuk dalam geng sarkas..lawak tgk bear naik motor besar..n Marty dgn polkadot nye..nak review pnjng2 pun x pndai sgt la..tp keseluruhannya mmg besh.. x rugi pun uolss tgk.. 


*Pengalaman ke-5 Zaquan Tgk Wayang & Pengalaman Ke-3 Ziqry Tgk Wayang


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

JJCM Hujung Minggu | Chessy Bites Steak Pizza!

As Salam,

JJCM Hujung Minggu lepas kami, sebelum mama O/Station ke JB..planning menjadi..nak berjimba2 bersama yang tersayang. 

Isi perut dulu sebelum ke agenda utama kami tgk movie. Tiket Wayang dah booking sehari sebelum, So hujung minggu kami ke Alamanda, Putrajaya.

Selalu kalau kuar jln2 shopping compleks kami makan fast food jerk,senang.  kali ni Mama belanja diorg sempena dgn hasil APC. Nak makan pun skrg cukup susah sebab Zaquan x boleh tgk MC'd & KFC, mesti bila kita ajak makan tempat lain dia xnak, so nak x nak kena la g order makanan dia dulu, nak sampai ke Pizza Hut ni dia nmpk Mc'd nak makan Ice Cream Mc'd, belikan pastu nmpk pulak KFC, nak chicken, belikan..kami nak makan Pizza Hut..huhu

Nyum2..Menu utama kami..Cheesy Bites Steak Pizza.
Ok la rasanya..Zaquan suka Topping Chicken Steak tu..

Akceli Pizza Hut pun Zaquan suka, dia cukup suka makan mushroum soap ni..Skrg ni yg best kalau mkn dekat pizza hut dapat free kid meals, selalu kami pilih kids meals spagetthi, Zaquan dh dpt chicken kurang sikit la dia nk makan spagetthi kami la yg sedap mkn free spagetthi..




tgk la adik pun boleh thn, 2 ketul ayam KFC tu seketul utk Abg, seketul lagi untuk Adik, habis tau dia makan & bun KFC tu selalunya Adik yg makan...kuat betui anak mama sorang ni makan..mmg saje bg adik makan kenyang2 nnti masuk wayang xde la meragam..

selesai makan kami pun terus ke panggung wayang, Zaquan dh x sabar dh time ni...Madagascar 3 menanti..:))

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, June 12, 2012

Off to JB ~ Persidangan Penolong Akauntan Sektor Awam Kali Ke 10

As salam,

Mama off ke JB untuk persidangan Penolong Akauntan Sektor Awam kali ke 10 dari 11 hingga 13 June 2012.

Alhamdullillah mama dh selamat sampai JB semalam jam 2.30 ptg, bertolak dari opis kol 10 pg sampai jam 2.30 ptg, sempat pekena goreng pisang panas dan nasi ambang Di gerai mawar..glamer tempat ni tau my friends bgtau siap kena amik nombor, kebetulan Kami sampai org x ramsi sgt xde la sampai kena amik no. Mmg sedapla nasi ambang dia, 1st time mkn nasi ambang dpt yg sedap pulak tu.

opss citer pasal mkn pulak. Persidangan Kali ni diadakan Di Hotel Thistle, JB. setakat ni ok jerk semua tp jadual pack sikit la.

nk citer pnjg updates thru notes ni susah la, lgpun tgh curi2 time kelas updated n3..hehe..

posted from Bloggeroid

Sunday, June 10, 2012

Leisure Time@Mid Valley | Apa Saje Untuk Zaquan

As Salam,

Apa saje untuk Zaquan, Main dah dapat, Hadiah dah dapat, tgk Mickey Mouse pun dah, masa nak balik turun ke Car Park lalu pulak depan Popeyes ni..dia ternampak pulak banner Chicken Popeyes ni dan terus cakap nak makan Chicken. 


Kebetulan ada promosi untuk set -  1 ketul ayam, biscuit & air ni cuma RM6.90 pastu papa tambah fries untuk kudapan kami...hehe, itula td masa org makan dia cuma makan 5 suap jerk kan dah lapar. Memikirkan dia cuma mkn 5 suap jerk masa kami mkn nasi, akhirnya turutkan jugak ler kami lepak pulak kat Popeyes ni..temankan Zaquan makan, dia x mo mkn bungkus.

Selesai makan kami pun terus balik, smpai umah pun dah malam, anak2 mama yg pada mulanya tido dalam kereta tp bila sampai rumah segar bugar sbb excited main mainan baru, Zaquan mlm tu jugak rasmi main track kereta Hot Wheels dia..:)

Apa saje untuk kalian, selagi mampu & tidak memudaratkan..Jgn naik lemak sudah tau..huhu

P/S: Selesai juga menghapdet n3 tertunggak weekend kami yg lepas, hopefully planning nak tgk movie weekend ni menjadi seperti yg dirancang, nak berjimba puas2 dgn yg tersyg minggu ni, 11-13 June mama ada Persidangan..O/Station ke JB.

*N3 Auto Publish

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Mickey Mouse@Mid Valley

As Salam,


Misi seterusnya lepas kenyang isi perut, mmg nak terus balik jerk tp bila lalu dekat centre court MV ni ada pameran Mickey Mouse, dah la Zaquan peminat Mickey Mouse. Ikutkan Zaquan & Ziqry dua2 dah tertido kepenatan setelah puas dpt bermain. Kami kejutkan jugak Zaquan supaya dia dapat melihat karektor Mickey Mouse kegemarannya sbb masa nak singgah Food Court Oasis tu mmg dia dh nmpk sbnrnya dari atas ada Mickey Mouse.


pic dari pandangan atas, pic gegar lgpun notes dh nak kehabisan bateri..
org mmg ramai giles time ni..

Zaquan dikejutkan tp sbb ada Mickey Mouse xde la dia nangis cuma dia xmo jalan sndiri, nak Papa dukong jgk, So xdela kami round sgt, tapi ada la 2-3 keping gambor  dgn Mickey Mouse ni..

Nasib baik Papa sporting nak bergmbar bersama Zaquan sbb mmg tau anak dia peminat tegar Mickey Mouse.

Perasan tak baju yg Zaquan pakai pun baju Mickey Mouse, kalau nak tau dia yg pilih sndiri, baju yg Zaquan pakai tu Nenek/Atok Zaquan beli semasa mereka bercuti di Medan, Indonesia. Nenek dia yg citer Zaquan pilih sndiri nak baju Mickey Mouse.

Mama wif Ziqry
Ziqry mmg lena betul..


Menarik sbnrnya pameran/gallery Mickey Mouse..ada macam2 gaya Mickey Mouse ni..Chumell semuanya..

Antara yg sempat disnap...


Mesti ramai yg dah tengok, sesiapa yg berminat nak tengok, Pameran masih berlangsung sehingga 17 September 2012.


*N3 Auto Publish

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Leisure Time@Mid Valley| Hasil Rembatan di Toy's R Us!

As Salam,

Inilah hasil rembatan di Toy's R Us, tadi mama ada tanya kan dapat ke x anak2 Mama ni hadiah idaman mereka, jawapan x dapat..huhu..cian nye, tp nak wat camner ini jerk yg mampu..itupun Papa sanggup berabis jugak utk anak2.., hadiah anak2 ni Papa yg belanja. Terima Kasih Papa. 


Jom kita intai ape hadiah yg Zaquan & Ziqry dapat. Walaupun x dapat hadiah idaman tp still hadiah yg mereka pilih tp 2nd choise ler..Itupun Zaquan kalau masuk Toy's R Us ni mmg kena paw jerk la sbbnya dia msti nak mainan lebih dari satu. 

Ini hadiah Abg..Track kereta HotWheels...tp kalau Zaquan ckp Track kereta vromm..vrommm..


Anak & Papa sama2 peminat HotWheels..
Nmpk mcm boleh berkongsi hadiah jerk :P

Tekun tu Papa menengok story ttg track HotWheels tu
teruja bila tgk track tu boleh lekat kat dinding n sambung2 kan lagi..

Abg punyer lagi, x pandai pun main Dominoes ni tp sbb ada gambar Cars dia nak jugak


Adik Ziqry punyer, Patung Iron Man The Avengers
Itupun boleh pulak mereka berebut, Zaquan nak jugak patung Iron Man ni..huhu

Sorry la Adik, Papa & Mama  x dapat belikan Adik Motor, Mahal sgt ler Dik, Lagipn Motor Besar Abg ada, Adik main yg Abg punyer la ye...

Ini kes Zaquan yg x sabar bila dapat sesuatu barang tu, time menunggu Papa order makan, dia sibuk dah nak buka semua mainan dia. Daripada mendengar Zaquan nangis..layankan jerk la mereka berdua main mainan hadiah mereka.


time ni kami mmg kelaparan betul sbbnya kol 2 kuar umah x mkn tgh lagi, sampai2 dah la layan mereka bermain dulu, dlm Toy's R Us jerk kami boleh duduk berjam2..heheh, sedar2 dh nak pukul 6 ptg baru nak makan..mcm biasa kalau dh sampai Mid Valley msti nak makan Portuguise Grill, x larat nak amik gmbar dh sbb menu kami sama jerk..:P


Yang kelakarnya anak2 sampai x leh tahan mata ngantok masa nak makan..iye la dah puas main sampai keletihan + seharian x tido. Zaquan baru 5 suap mkn nasi dh nak tido n tertido sambil makan, Adik Ziqry pun sama lepas makan dpt minum susu, tertido sambil minum susu.



 Lepas makan kami cuci mata tgk pameran Mickey Mouse pulak..story next n3 

*N3 Auto Publish

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Leisure Time @Mid Valley | Misi Menebus Point Kad Toy's R Us

As Salam,

Mesti ramai yg menghabiskan sisa2 cuti sekolah n cuti hujung minggu, minggu ni kan. Happy Weekends kawan2, kami x bercuti kemana pun minggu ni, tp insyaalllah plan hari ini nak g tgk movie..:). 


Sebelum tu ni nak citer kisah hujung minggu lepas kami..huhu. 


Bersempena dengan hari lahir Zaquan, Papa dapat mssg utk tebus point kad Toy's R Us sbbnya kad Toy's R Us tu register atas nama Zaquan, bolehlah tebus point utk beli hadiah besday Zaquan, w/pun ikutkan xde la byk pun point yg dapat..huhu, tp kebetulan Toy's R Us pun ada buat promosi 'Massive Deals" dimana dengan setiap pembelian RM150 ke atas dapat rebet RM40. Ok la tu ditambah dgn point kad..byk jugak ler dptnye..:)

Akceli x rancang pun nak g Mid Valley hujung minggu lepas, lepas selesai  Majlis Cukur Jambul Aishah & Sarah@Twins, disebabkan Majlis nya awal & selesai pun awal, kami lepak dulu rumah my parents, Papa sempat qada tido dulu sblm keluar bawa kami jalan2.., Pukul 2 ptg baru kami gerak nak keluar jalan2, mulanya Zaquan ajak Papa g JJ@Aeon Cheras Selatan jerk, tp Papa bawa kami jalan arah lain, dalam kereta sibuk Zaquan bertanya 'Papa nak bawa jalan g mana ni?, 'Abg xnak balik rumah, Abg nak g JJ'. Papa menyakat Zaquan ckp nak balik umah tido, tp tau2 jerk bawa kami g Mid Valley..oh rupanya g Mid Valley semata2 nak tebus point kad Toy's R Us la.

sampai2 Mid Valley jerk, Papa x terus bawa kami ke Toy's R Us dulu tp masuk JJ dlm Mid Valley dulu sbbnya Zaquan tau kat Mid Valley pun ada JJ ada tempat mainan, pusat hiburan sekelurga..So papa bawa Zaquan g main, Mama & Ziqry g cuci2 mata..hhehe

Ziqry pun pandai cuci mata tau, sejak dh pandai jalan ni mmg nak lepas jerk la dia, tp kita pulak yg susah nak shopping sbb nak kena perhati dia.


Lama jugak menunggu Papa & Abg puas main games..nak dekat sejam lebih jugak la, kini giliran adik pulak main sepuasnya di playground Toy's R Us. Kalau g Mid Valley mmg msti singgah Toys R Us pnyer..Papa  dh survey hadiah ape yg menarik kat dlm Toy's R Us dulu, Mama layan Zaquan & Ziqry main kat playground ni 


Leka melayan diorang main di playground sampai Papa panggil Zaquan, jom masuk pilih hadiah..hehe

Masuk2 dlm kedai Toy's R Us jerk Ziqry dah aim motor kecik ni.., mmg beriye ta dia siap nak naik, Zaquan pulak dari rumah lagi masa belek pemplet Toys R Us bgtau dia nak topeng..hehe, tp bila try kat muka dia besar sgt la..


See..adik Ziqry mmg berkenan betul dgn motor, setiap kali jumpe motor mesti dia sndiri akan naik sbb motor besar abg dia pun dia dh pandai naik sendiri.


Agaknye dapat ke anak2 mama ni hadiah idaman mereka../ Apakah hasil dari rembatan di Toy's R Us...story dlm next n3 la ye...
*N3 Auto Publish

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, June 8, 2012

Hilang Dah Rambut Awan Nano!

As Salam,

Rambut Curly Adik Ziqry@Rambut Awan Nano dia dah xde, sekarang ni dah encem..sudah botak...hehe.

Memang dari sehari ke sehari Mama tanya Papa boleh tak botakkan rambut Adik, sbbnya bila rambut Adik dah panjang ni terserlah curlynya n cian kat dia rambut pnjang dia tu dah smpai nak masuk ke mata. Papa kata nnti la, dia nak minta tolong Acik Eiya Zaquan&Ziqry yg tolong guntingkan rambut Adik, Papa berat hati nak botakkan kepala Adik.

Balik dari kerja 5/6/2012..nak jemput anak2 balik, Acik Cha Zaquan&Ziqry bgtau yg Zaquan & Ziqry, Atoknya bawa g gunting rambut naik motor. Bila Atok balik jerk tengok 2 hero mama dah berwajah baru. Zaquan mmg biasa la kami tengok, Adik last botak masa usia dia 2 bulan..bila tgk wajah baru adik botak ni nmpk lain pulak muka dia..Papa redha jerk la yg anak2nya dh botak sbb kalau ikut Atoknya gunting rambut begitula style potongan nya. Mama suka jerk style rambut diorng tu..kemas.

Kalau dulu setiap kali Atok Zaquan&Ziqry g gunting rambut bawa sorang cucu jerk g, lepas ni dua orang cucu la kena bawa. Setiap bulan tau Atoknya yg bawa Zaquan g gunting rambut, kami mmg x pernah bawa anak2 g gunting rambut (Terima Kasih Atok), betul2 sekali jerk la pengalaman kami bawa Zaquan &Ziqry g gunting rambut itu pun sbb nak botakkan Ziqry lepas sebulan lahir.

Ini time rambut Adik Ziqry panjang, terserlah curly@rambut awan nano..hehe..


Adik Ziqry sekarang
pic taken 5.6.2012 pada hari pertama selepas gunting rambut 
amacam encem tak saya?


2 Hero Botak Mama & Papa


X kisah lah style rambut camner pun, anak2 Mama & Papa tetap encem dimata kami ..♥♥♥ Abg & Adik♥♥♥.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, June 7, 2012

06.06.12 ~ ♫Happy 4th B'day Zaquan♫|2nd Celebration ♥

As Salam,

Tanggal 06.06.2012 jam 5.55 a.m pagi genap la usia putera sulong mama Muhammad Khair Zaquan 4 Tahun. B'day Bash Zaquan pun kami dah celebrate awal bersekali dgn tarikh bday Adik Ziqry iaitu pada 12 Mei 2012

Menjelang detik 12 malam 06.06.2012 sekali lagi Zaquan dapat potong kek sempena dgn hari ulangtahun kelahirannya yg ke 4 thn. Kali ni Acik2 Zaquan yg sponser kek. Memang setiap tahun selalunya msti akan buat jgk sesi potong kek pada tarikh harijadi Zaquan..Terima Kasih Atok, Nenek & Acik2 yg tak pernah lupa tarikh harijadi Zaquan.

Memori Sambutan Hari Lahir Zaquan Pada 06.06.2011 dan  Pada 11.06.11.


Seperti biasa kami sambut b'day Zaquan di Restoran Impian Maju, Bandar Baru Bangi dgn kek favourite ahli keluarga kami, baru jerk minggu sebelumnya celebrate b'day sepupu Zaquan (eisya) di tempat yg sama dgn kek yg sama...hhehehe.


~Choc Moose Cake~

Gelagat mereka sblm sesi meniup lilin & potong kek
Aksi pose mesra Zaquan & eisha mmg wajib sbb mereka mmg sepupu rapat, gaduh mcm mane pun tetap sayang..:))


Adik pandang jerk la aksi mesra abg n kakak ye,
dalam hati x sabar nak makan kek sbnrnya..
kemain lg adik mamam sndiri kek tau..




Abis Sepotong Kek Ziqry mkn sendiri tau
Sejak dah mencapai umur setahun ni, makan pun nak makan sndiri, pantang tgk org makan msti nak makan..
redha jerk la comot pun comot la, yg penting adik nak makan & at least bila dia nak mkn sndiri kami pun boleh la makan dgn tenang..sbb selalunya Ziqry kalau dpt makanan diam la dia..

Fuhhh...kemain bersungguh mulut Zaquan meniup lilin

Family Foto kami berempat + eisya..



Happy Bday Zaquan
Bertuah sungguh Zaquan dapat potong kek banyak kali tau, Betapa sygnye kami semua pada Abg..So Abg kenala ingat yg kami semua syg abg, Abg kena jadi anak yg baik yg mmbahagiakan kami semua tau, Mama & Papa sentiasa doakan yg terbaik buat Abg, Moga Abg menjadi anak yg soleh dan berjaya didunia & akhirat..AMIN.


P/S: nak update n3 hari lahir Zaquan pun x sempat on time, bulan June ni bulan paling BZ, Mama kuar Audit full setiap minggu kuar, sib baik area putrajaya jerk, tp letih jgk dibuatnye, itu yg blog x sempat berupdate sgt, BW pun kurang, sorry ye kawan2. Cepat sungguh masa berlalu, next week ada persidangan Pen. Akauntan di JB..outstation pulak 3 hari...huk3... 

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!



Tuesday, June 5, 2012

Majlis Cukur Jambul Aisyah & Sarah@Twins

As Salam,

Ahad Lepas 3 Jun 2012 adalah majlis cukur jambul baby twins Aisyah & Sarah, Lebih kepada kenduri doa selamat for baby twins, so mmg xde la adik mama ni buat grand2 pun, just jemput orang surau dan kami adik beradik jerk. Family mertua adik mama kebetulan ada disini & menjaga dia tengah berpantang buat masa ni, itu yg mertua nya kata elok buat cukur jambul baby dalam masa 7 hari selepas kelahiran.



Majlisnya start awal, jam 7.30 pagi, ikutkan family mertuanya kata kalau di Kelantan biasa buat lepas suboh. Majlis dibuat di rumah Adik Mama sendiri. So malam Sabtu tu kami dah ready tido rumah family mama.

Walaupun dah tido umah ummi, sorry ye kami dtg lewat jam 8.30pagi baru sampai, orang surau dah balik baru kami sampai..hehe, so x sempat la nak amik gambar twins kena cukur jambul.


Tuan rumah pesan suruh pakai baju kurung & baju melayu, nasib baik muat lagi baju melayu Ziqry ni , satu2nya baju melayu yg Ziqry ada, baju melayu Aidilfitri thn lepas.


Anak2 Mama yg kelaparan


Bukan senang kami nak bergambar satu family dgn twins..tgkla anak2 mama buat hal masing2..


Time adik Ziqry pandang kamera, mata papa pulak terpejam..

Wan Ummi bersama cucu2 nya

Zaquan mmg suka baby tau..sampai2 jerk dia terus jenguk twins..


Sampai mama nak bergambar ngan adik mama ni dia pulak sporting nak menyelit bergambar bersama.
I
tu jerk, mmg majlis yg sgt2 ringkas xde buai2 berendoi pun, betul2 doa selamat dan sedekah utk org surau pulut kuning, rendang & telur rebus. Xpela kan janji doa utk anak2 kan..selebihnya tu lebih kepada adat bkn wajib pun kan..cuma kalau ada rezeki lebih x salah pun kalau kita nak berabis majlis grand2 utk anak2..

igt lg masa Zaquan dulu mmg buat majlis meriah, cukur jambul sekali dgn akikah terus, tp adiknya Ziqry langsung mama & papa x buat majlis cukur jambul utk dia.., insyaallah kalau ada rezeki buat majlis akikah jerk la.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails