Klik2 My Heartbeat Yaa.. :)

Tuesday, July 31, 2012

9 Ramadhan ~ My 1st Trial Onde²/Buah Melaka..Menjadi :)

Salam 11 Ramadhan,

Hujung minggu 9 Ramadhan Mama amik kesempatan untuk berbuka di rumah family Mama, tp tu lah cuma Mama & Anak² jerk yg dapat berbuka bersama family Mama, Papa ada tugas part time..wat biskut raya..huhu..W/pun sedih Papa xdpt nak joint tp nak wat camner kan..itu semua rezeki untuk menampung perbelanjaan raya.

Akceli plan asalnye nak hantar biskut raya kat customer..mmber school@mmber blogger jugak (Fazilura). tp tulah plan nak berjumpa x kesampaian tp Zura willing untuk amik order biskut raya tu dkt rumah my mum nnti.(dah amik pun pagi semalam)..TQ Zura jadi ejen biskut raya..kawan2 yg lain kalau nak jd ejen/nak order Homemade Cookies  dari my MIL ni pun boleh gak.

Lepas balik dari amik biskut raya dari rumah MIL, Mama n Zaquan pun mulakan agenda nak buat Onde²..Kuih Feberet Mama ni, dulu masa kecik² my mum selalu buat utk kami, kali ni Mama pulak try buat utk my mum rasa. Alhamdullillah..1st time buat menjadi, lagipun senang bangat buatnye..

my 1st trial Onde²/Buah Melaka
Alhamdullillah..menjadi (almaklumlah tgn keras baru nak balajar memasak..hehe)

Resepi Asal: Mama amik dari Blog my friend@Blog Mama Tun Nur Safiya

Setelah mencubanya sendiri ni mama letakkan bhn & cara memasak cara mama:-

Bahan2 & cara memasak: 2 CawanTepung Pulut, 2 Sudu Besar Tepung gandum (My Mum ckp x letak tepung gandum pun xpe sbnrnya), 1/2 Sudu Perasa Pandan, 1/2 Sudu Pewarna Hijau dan 11/4 Cawan Air (Air ni tuang sikit2 dulu ye). Kesemua bhn ni diuli sampai jd satu doh, dah jd doh sedia untuk digentel dan masukkan inti didalamnya.

Inti yg digunakan Gula Melaka/Gula Kabung (Ada gak yg suka letak inti kelapa didalamnya kan) yg dipotong kecik2 (jgn kecik sgt pulak..sbbnya mama terhiris halus2..rasa mcm dh byk letak semasa menggentel rupanya bila masak x berapa rasa dia nye gula kabung tu) & gentel la bulat2. 

untuk memasak onde2/buah melaka ni..Didihkan air di periuk terlebih dahulu, lepas air mendidih bolehlah masukkan onde2 yg dh siap kita bulat2kan tu..Apabila timbul onde2 tu maknanya dah masak la onde2 kita tu..last sekali taburkan putih kelapa  pada onde2 yg dah siap dimasak (kelapa tu kukus la dulu skjp utk bg dia thn lama).

Siap utk ditapau ke rumah my mum sbg menu manisan 9 ramadhan kami..:)


Bulan puasa ni mmg ramai yg mencuba pelbagai resepi kan, kami diopis ni pun rasanya pagi2 sampai opis dh bercerita pasal mknan dan masakan..hahaha..dr menu bersahur, berbuka..sampai ke biskut raya..kalau boleh semuanya nak buat sndiri..semuanya di hujung jari..nak ngan xnk masak jerk kan..


Selamat memasak menu simple ni ye kawan2


P/S: OTW nak ke rumah my mum, Ziqry muntah sbb meronta2 xmo duduk dlm baby seat, akhirnya mama beranikan jugak la memandu dgn memangku Ziqry, elok jerk Mama pangku Ziqry setelah dia meronta2 utk melepaskan diri dr duduk di Baby seat, dia pun muntah sbnyk2nya..abis driver seat n stereng kereta kena muntah Ziqry..Mama yg memangkunya apalagi, Nasib baik berbuka dirumah my mum, kalau berbuka dgn kawan2 diluar mcm mane la agaknye, msti terus cancel agenda berbuka puasa dibuatnya. Balik pun Mama memandu sambil memangku Ziqry, nasib baik dia tgh x sihat, xde lah dia melasak sambil duk di pangku mama, kalau time sihat tu maunya dia berdiri smbil memegang stereng..Adeii..tgh memikirkan camner la Mama nak drive lepas ni if kena bawa Ziqry sekali.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Alkisah Bersahur 5 hingga 10 Ramadhan

As Salam,

Dah lama x update ttg menu bersahur kan, iyelah hari tu beriye berazam nak maintain masak n bangun sahur sepanjang bulan ramadhan thn ni, bagaimanakah setelah  masuk minggu kedua kita berpuasa ni. ..maintain lg ke? atau...hangat2 taik ayam..

Aduhai x dinafikan minggu kedua, 2 hari terlajak x bangun sahur..dengan masalah anak x sihat, Ziqry terjaga2, dh kacau time nak bangun masak..huhu..(alasan jerk ni..:P)

Apepun, hopefully lepas ni dapat maintain masak & bangun bersahur..

5 Ramadhan - Alhamdullillah masih bertahan untuk bangun masak & bersahur. Lebih2 lagi memang tau Papa nak EL sbb xde siapa yg boleh jaga Zaquan & Ziqry, So kena la siapkan mkn minum anak2...Zaquan bgn2 pagi dh tentu2 nak mkn nasi. Jd pagi tu Mama buatkan ayam goreng utk Zaquan.  Menu Sahur 5 Ramadhan kami pulak :- Ayam Masak Kicap


6 Ramadhan - Mentang2 lah sudah gaji, mood mls masak dtg, terus ajak Papa bersahur diluar, dekat Impian Maju la yg paling dekat dgn kawasan perumahan kami, Papa pun x keberatan..layan kan aje.., padahal Mama bkn nak mkn ape sgt pun, menu sahur Mama pagi tu Roti telur ngan Teh Tarik, Papa pulak Nasi Putih lauk Daging Goreng Kunyit & Sup Kosong. Nasib baik anak2 tido lena x sedar pun kami angkut keluar masuk dlm kereta.

7 Ramadhan - Tak boleh biasakan sgt makan sahur diluar, nnti kalau dh sedap mkn diluar msti mood malas masak melanda, jadinya 7 ramadhan tu gigih jugak la bangun pagi masak untuk sahur, menu sahur 7 ramadhan kami, Ikan Masak Sambal. Nmpk mcm byk tp ikan sardin ni kecik2 jerk, Pagi tu mama boleh ratah 3 ekor ikan sardin ni..



8 & 9 Ramadhan - Hari minggu terlajak bangun..sedar2 dah kol 6 pagi, kepenatan balik dr wad emergency hosp kajang dh kol 12mlm, sempat lepak minum beramai2 dgn family papa dulu, sampai umah dh kol 1.30 pagi, dh la 8 Ramadhan tu kami planning nak g shopping..nasib baik dapat bertahan, 9 ramadhan pulak akibat keletihan soping, mama sedar dh kol 5 pagi tp bdn rasa letih nak bgn masak, bangun2 tgk Papa x balik2 rumah lagi, ermm boleh pulak jam dh pukul 5 pagi Papa x balik2 dari lepak keluar ngan kawan2..terus sms Papa suruh belikan jerk mkanan untuk sahur pagi tu, sib baik sempat gak kami bersahur..1st time bersahur bertiga, Zaquan sedar awal pagi...

10 Ramadhan.., terlajak lagi sedar2 dh kol 5.15 pagi, terlajak nak masak jerk la, tp sahurnya sempat lagi..sahur ala2 org bujang gitew mkn biskut cicah ngan air hot white coffee n makan kuih onde2 yg mama wat utk berbuka 9 ramadhan..mmg betul2 mcm org bujang sbbnya Mama sorang jerk yg bersahurnya, kejutkan Papa x bgn2 pun dia, lgpun masa kejut tu bgtau dia 'Papa nak sahur tak tp minum air panas ngan kuih jerk'..huk2..agaknye sbb tu Papa mls nak bgn..(thn jgk ye onde2 tu x basi w/pun salut kelapa, nnti mama update kuih onde2 mama yg x seberapa tu..yg penting menjadi)

Sahur 11 Ramadhan..? plan nak masak western..Macaroni Bakar..minta2 bangun dan masak.., kalau jd nnti mama update gambarnye..hihi

*N3 Auto Publish*

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, July 30, 2012

Ciannye Anak² Mama..Dua² Tak Sihat | Adik Ziqry Hingga Ke Emergency!

Salam 10 Ramadhan,


Kisah minggu lepas, anak² mama yg x sihat, dua² x sihat, paling cian Adik Ziqry kena Cirit Birit sampai lesu n lembik badan.., Abgnya Zaquan pulak batuk². Akceli kami 4 beranak kena batuk mula berjangkit dengan Papa, lepas tu Mama pulak kena tp Papa n Mama maintain lagi bila sakit, Anak² sakit teruk dibuatnya.


Kebetulan masa Papa EL pada 25 Julai 2012@5 Ramadhan tu la Abg & Adik mula sakit teruk, dua² lemah, nasib baik Papa cuti dpt juga jaga anak² yg sakit.


ini masa tengah tunggu waktu berbuka n  tunggu Papa order Chicken Foldover (Buy 1 Free 1). Masa sampai Mc'D Papa tanya Zaquan nak mkn ape, Zaquan ckp dia x mo makan pape, dia nak tido..1st time tau smpai Mc'D dia xmo turun. So Mama pun duk dlm kereta jaga Abg, Papa bawa Adik g order. Tp maybe org ramai, lama gak la kami menunggu smpai Zaquan tersedar n tetiba teringat dkt Papa dia n ckp nak ikut Papa pulak, time tu la kami bergilir beratur..(Sorang 1 kupon jerk boleh tukar pun..)


muka org sakit, sampai rumah pun mmg dia terus baring n tertido time kami sibuk berbuka.


Ini pulak muka lesu Adik, kalau nak main dengan dia pun, dia x layan..

Ikutkan Mama ada g Klinik Pakar Kanak² An Nur pada 13 Julai 2012 ekoran masalah Adiknya 'Telur' merah melecet sampaikan nak basuh pun dia nangis, Mama rujuk Pakar sbb time tu Mama risau takut Ziqry kena 'Angin Pasang'. Rupanya bukan kena Angin Pasang tp doktor suspek merah tu sbb kesan cirit birit. Memang 2-3 hari sebelum tu Ziqry ada mcm tercirit jerk tp kami fikir itu disebabkan masalah beralih bulan, mmg setiap kali anak² Mama beralih bulan mereka selalunya kerap mmbuang air besar/badan mula la dedar².

Doktor  explain kalau kena 'Angin Pasang'  simpton telur dia tu  akan keras, tp time doktor pegang adiknye telur tu xdela mengeras n elok pulak time doktor pegang Ziqry x nangis pun...Doktor ada bg 2 jenis ubat Sapu & Ubat Cirit Birit (Smecta). Tapi itulah Ziqry x berapa suka mkn ubat Smecta tu. Itu yg melarat pulak cirit biritnya sampai keminggu berikutnya.


So pada hari Jumaat lepas (27 Julai 2012@7 Ramadhan) kami pun buat keputusan bawa anak² ke Klinik Kesihatan pulak. 

Ziqry yg masih lagi lemah..kurus sudah anak mama..
Dah la Cirit Birit x hilang, sekali tgk dkt kedua2 belah peha Ziqry ada kesan merah lebam n bengkak. Adeii masa bila pulak kena gigit ni..

Kami pergi Kilinik Kesihatan Bandar Bangi register sbg pesakit luar, register untuk dua² anak sekali, Lgpun Zaquan nya batuk pun x baik² pun lagi.


Kebetulan pulak Doktor yg kami jumpe tu Kak Yani (Isteri kepada Sepupu Papa) , So memudahkan la kami untuk berbicara masalah sakit Zaquan n Ziqry.  Keputusannya Ziqry kena amik darah dan bila keputusan darah menunjukkan yg mmg darah Ziqry ada sikit bakteria n Doktor bg ubat Antibiotik utk buang kuman berkenaan, dan utk kes Cirit Birit dia apa yg Doktor explain adalah memandang kan dah 2 minggu lebih Ziqry terkena cirit birit jdnya bdn dia pun dh x boleh nak menerima dgn susu sedia ada dah, so Doktor suggest tukar susu buat sementara waktu tukar kepada susu soya/bebas kandungan laktosa.

Cian adik nangis2 kena amik darah lebih2 lagi urat adik halus susah nak cari urat utk cucuk..dua² tgn kena cucuk sbb yg pertama x berjaya nasib baik sekali lg cucuk berjaya kalau x berjaya jugak kena cucuk kat lengan pulak.



Ubat Adik - Antibiotik, ubat cairkan kahak (Dalam masa yg sama adik Batuk & Selsema) dan krim sapu utk kesan merah di peha dia tu. Kesan merah tu doktor kata elergik..(mcm2 elergik pulak adik Ziqry skrg ni..)

Kak yani ada pesan Ubat Semcta tu mmg elok n itu antara pendekatan terkini utk redakan mslh cirit birit, akan tetapi klinik kerajaan mmg tidak bg kemudahan ubat Smecta n K.yani suggest beli di Farmasi n paksa jugak Ziqry mkn Smecta tu masukkan dlm air minuman dia.

Ubat utk Abg - Antibiotik, Batuk & Selsema.



Selesai urusan klinik, kami terus ke Manjaku cari susu yg doktor suggestkan..
Disebabkan emergency n Mama pun x sempat nak research pun pasal Susu Soya/susu bebas laktosa ni, jadinya Mama beli jerk Susu Isomil Plus ni. Mula² Adik xmo minum langsung pun susu ni, alhamdullillah now dia dh nak minum susu soya ni.


Selepas selesai semua urusan, kami masuk kerja seperti biasa & hantar anak² di rumah Mak. Balik² kerja Mak&Ayah bagitau Ziqry semakin teruk adalah, xmo mkn & minum langsung..bertambah² lesu.., Jadi nya lepas berbuka kami terus ke Wad Emergency Hospital Kajang..risau jugak kami kalau anak x sihat2 ni, takut penyakit lain pulak yg dpt. Lagipun takut Ziqry kena Dehidrasi (kurang air dlm badan).


Menduga betul kalau ke Emergency ni kan, mana² Wad Emergency pun msti ramai orang, kami sampai jam 8.30mlm urusan selesai jam 12.00mlm. Keputusannya masih sama..hasil pemeriksaan darah Ziqry menunjukkan mmg ada kesan bakhteria tp masih lagi peringkat yg ok belum kritikal lagi dan pemeriksaan secara klinikal oleh Doktor pun, Doktor tgk Ziqry masih lagi sihat..(tp iyela hati IbuBapa yg menengoknye, anak x sihat sikit pun hati dh x sedapkan). Ubat yg doktor bg cuma air garam jerk..


Abg & Adik@Emergency, 
Abg layan games kat Tab, 
Adik yg cedih sbb pagi dh kena cucuk, mlmnya kena cucuk lagi..kali ni adik nya tindakan refleks lg teruk menjerit siap kaki nak tendang² misi yg tgh cucuk adik..huhu


Alhamdullillah masalah cirit birit Adik dah pulih secara total pada 29 Julai 2012. (semalam x membuang lgsung la pulak..), tp pagi ni badan adik pulak dedar² mcm nk demam panas pulak.., Zaquan pulak batuk masih ada tp under control..x demam. Hopefully anak² Mama n Papa ni cepat sembuh ye..AMIN.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, July 26, 2012

5 Ramadhan - Last Day Buy 1, Get 1 Free Chicken Foldover!

Salam 6 Ramadhan,

Semalam last day untuk menggunakan coupon Mc'D - Buy 1, Get 1 Free Chicken Foldover, Memandangkan semalam pun gaji dah masuk, so Papa pun teringat akan coupon Mc'D yang dia dah print n buat keputusan nak belanja kami makan Mc'D menggunakan coupon berkenaan.

Kami x berbuka di Mc'D pun, kami bungkus jerk bawa balik makan di rumah family Papa, sorang cuma boleh beli guna 1 coupon jerk, so Papa n Mama sorang satu la beli guna coupon tu tp Papa yg bayar..hihi..TQ Papa..:))

Promosi coupon Mc'D


So inilah hasilnya dapat 4 Chicken Foldover..


 Untuk Zaquan Set Chicken McNuggets, tp Zaquan x sihat, makan pun x lalu..ciannya kat anak Mama..:(


Sampai rumah dah lebih 15 minit waktu berbuka, masa azan magrib masuk untuk waktu berbuka, Mama tengah beratur menunggu Foldover lagi, tp Papa dah selesai dulu..so berbuka dgn minum air coke jerk dulu. Sampai rumah MIL baru makan. Mama mmg makan Chicken Foldover ni semata waktu berbuka petang semalam..hihi.., Papa yg teringin nak makan Foldover ni tp dia makan nasi dulu baru makan Foldover.

Sekarang ni bermula 3 Ramadhan hari tu, lepas berbuka n solat, Papa akan hantar Mama & anak² balik rumah kami, Papa pula bekerja ngan Mak buat tempahan biskut raya, cari duit poket lebih buat belanja raya nanti, selalunya Papa sampai rumah jam 2-3 pagi, itu yg selalunya Papa jd alarm untuk mama masak n bangun bersahur..., Mama masak, Papa pulak sambung tido, pastu pukul 5.15 pagi bangun untuk sahur bersama². 

Hari ni berbuka di rumah MIL seperti biasa..Adeii..hari ni jd penunggu opis lagi, Papa balik lewat lagi la..:(

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Resepi Sambal Ikan Bilis Goreng Kering

Salam 6 Ramadhan,

Tergerak nak berkongsi resepi ni sebab ada yg bertanya bagaimana nak buat sambal bilis kering ni ekoran dari N3 Mama untuk Menu Bersahur Untuk 3 &4 Ramadhan. Terima kasih kepada AyuIna yg bertanya.



Nak buatnya sangat senang..

(Hidangan untuk 3-4 org makan)

Bahan2:- 
1. Ikan Bilis
2. Bawang Merah 3-4 Ulas, 
3. Bawang Putih 1-2 ulas, 
4. Cili Kering (2 sudu besar/Agak2 la byk mana korang nak),
5. Gula, 
6. Garam, dan 
7. Asam Keping.

Cara2 nak Masak:-
1. Goreng Ikan Bilis terlebih dahulu..(kasi garing baru sedap)
2. Bawang Merah & bawang Putih ditumbuk dan Tumis sehingga naik bau,
3. Masukkan Cili Kering, tumis sehingga ianya masak 
4. Masukkan sedikit garam, gula & asam keping sebagai perasa (Gula tu yg buat sambal kita jd pekat dan kering sbnrnya) (Asam keping tu nak letak boleh, x nak letak pun xpe)
5.Masukkan ikan bilis yg telah siap digoreng tadi kedalam bhn2 yg telah ditumis..(tumis hingga dia masak dan kering.., minyak ikut suka kawan2, ada yg suka dia berminyak sikit, Mama suka betul2 kering..)
6. Sedia untu dimakan..hehehe..

Sambal Bilis Goreng Kering Sweetmama


Selamat mencuba & memasak nnti ye kawan²..^_^..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Syukur Alhamdullillah, Ada Bonus Raya 2012 Untuk Penjawat Awam

Salam 6 Ramadhan,

Syukur Alhamdullillah, PM telah umumkan Bonus Raya untuk Penjawat Awam kerajaan iaitu 1/2 bulan gaji dengan kadar minumum RM500 dan Bantuan Khas Kewangan Pesara Kerajaan sebanyak RM500. Bayaran bonus berkenaan akan dibayar pada 9 Ogos 2012.



Sebagai salah seorang penjawat awam, Mama bersyukur sgt dapat bonus raya ni w/pun 1/2 bulan gaji, alhamdullillah dapat la tampung perbelanjaan utk shopping raya thn ni. ..(mmg belom shopping raya lagi ni..hihi..)

Semalam dengar dalam berita di radio jam 6 petang, masa dengar berita tu tgh drive sorang2 ala blur2 lagi, tengah tunggu waktu berbuka di Mc'D sambil berfb tgk ramai kawan2 yg update status ttg pemberian bonus raya 2012...time tu terus bgtau Papa ' kita compomla dapat Bonus Raya 2012 ni' (suami isteri Penjawat Awam). Alhamdullillah papa kata dapatla dia belanja anak2 kasut raya..:), Papa..belanja kasut raya untuk Mama sepasang jugak ye :p..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, July 25, 2012

4 Ramadhan - Lewat Berbuka Puasa

Salam 5 Ramadhan,

Dah menghampiri waktu balik, baru berkesempatan nak update n3. Short N3 jerk. Semalam 4 Ramadhan dah terjadi kes lewat berbuka puasa..huhu,  sbbnya tetiba Mr. Papa ada keje yang perlu diselesaikan, Papa msg bgtau balik lewat sikit, sekali sikit lewatnya tu nak dekat 6.20 petang baru kuar opis, dah la mmg planning nak ajak Papa terjah Pasar Tani beli barang basah sikit. 

Errmm..sudahnya alang² dh lewat, Papa turutkan jugak la teman Mama g Pasar Tani beli barang basah, lepas tu terus pecut balik umah MIL, mcm biasa berbuka disana setiap hari bekerja. nasib baik xde lah lewat sgt tp berbuka minum air dulu la dlm kereta.

Bukan ape, bulan puasa ni semua org bekejar2 balik awal, tetiba bila Mama kena balik lewat, dah xde org kat opis..x selesa pulak rasanye. Hope x terjadi kes Papa kena balik lewat lagi..

Sekian, N3 ringkas Mama...okey nak balik dulu nak menempuh jammed lagi ni. Sorry x sempat BW blog kawan2, 

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

'Encik, Boleh Tak Tolong Parking Kereta Saya'

Salam 5 Ramadhan,

Hari ni Mama drive sendiri kereta ke tempat kerja, Mr. Papa cuti jaga anak² dirumah sebab MIL & FIL ada urusan pemeriksaan kesihatan di klinik. Selalunya Mama minta tolong My Mum yg jagakan, tp bulan puasa ni My Mum mmg x larat nak menjaga dua² anak Mama, My Mum cuma willing utk menjaga Ziqry jerk, disebabkan bulan puasa jugak susah nak bawa Zaquan ke opis, Papa willing untuk bercuti jaga Zaquan & Ziqry. Terima kasih Papa sanggup bercuti untuk jaga anak², Mama tgh ada kerja yg perlu disiapkan. 

Nak citer perkara yg paling memalukan terjadi jugak dkt Mama pagi ni, Alhamdullillah selamat sampai opis tepat pada waktunya tapi yang memalukan Mama tu pagi ni terpaksa tebalkan muka minta tolong org lain parkingkan kereta Mama. Failed sungguh Mama part parking kereta ni.

Hari ni sampai opis awal so cubalah parking kereta dekat basement opis ni, tempat parking mmg masih byk lagi masa Mama sampai tu, so confident jerk masa nak masuk parking tu, awal nak corner masuk parking dh terasa senget ke kanan (sebelah tiang dinding pulak tu) pastu try la adjust, kejap riverse n kedepan tp makin dibuat makin ketepi, Adoiyai kereta sudah rapat sgt ke dinding nyaris bercalar, nasib baik pintu leh buka..n kebetulan ada seseorang yg baru jerk parking kereta selang dari 3 buah kereta tempat Mama cuba parking tu.

So dengan muka tebalnya keluar ckp ngan org tu 'En. boleh x tolong parkingkan kereta saya' (x kenal pun siapa..huk2..). Nasib baik org tu muka nampak baik dan tolong tanpa byk cakap. Lega rasanya bertambah lega sbb nasib baik org tu terror menyelamatkan keretaku tanpa calar..(risau gak kalau calar Papa bising ). 

Hopefully balik nanti xde masalah yg timbul w/pun tau kena tempuh jammed yang teruk sepanjang bulan puasa ni.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, July 24, 2012

Menu Bersahur 3 & 4 Ramadhan

Salam 4 Ramadhan,

Alhamdullillah dah masuk 4 ramadhan hari ni dan Mama masih berkesempatan untuk bangun & masak untuk menu bersahur kami :))

Menu sahur 3 Ramadhan - Kentang & Bilis Goreng .(Menu paling simple). Goreng pastu gorengkan sekali sgn bawang besar & cili api. 


Papa yang request, x payah susah² sgt nak pk menu bersahur, masak apa yang ada jerk dalam peti ais tu..huhu

Menu sahur 4 Ramadhan- Sambal bilis Goreng & Telur Dadar.
(menghabiskan Stok Bilis yang ado)


Yeay..jd jugak sambal bilis goreng kering mama ni (baru belajar dr my friend), selalu buat sambal style cili api & basah jerk. kali ni buat kering mcm sira gitew..jd2..mkn dgn roti jerk pun sedap ni..tp lupa nak beli roti semalam.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Hujung Minggu 2 Ramadhan

As Salam,

Hujung Minggu 2 Ramadhan..kemanakah, tidak ke mana pun..huk², duk umah jerk, jam 6 petang baru keluar ke Pasar Ramadhan, kali ni g Pasar Ramadhan  (PARAM) Fasa 1/Seksyen 16 Bandar Baru Bangi. PARAM Fasa 1 ni mmg antara Feberet PARAM yg kami suka pergi, sbbnya dah tau dh kedai mana yg best, selalunya kalau g PARAM Fasa 1 ni Air Soya Cincau dan Apam Balik dia mmg compom sedap, memang itupun yang kami beli untuk tambahan menu berbuka  puasa 2 ramadhan.


Jalan² dekat PARAM ni sekali terperasan ada kedai jual Tokayaki, sebelum ni pernah baca di blog Amiey Lee yg dia suka makan Tokayaki ni n Mama pun mula la teringin jugak nak rasa akan kesedapannya...hihi, So Mama pun beli la 1 bekas ni/RM4.00 (mahal jugak ek reganye..). Beli semata² sbb nak tau mcm mane rasanye jerk..


Boleh thn gak la rasanye, siapa peminat cheese msti suka, Mama ni mmg peminat cheese so mmg kena la dgn tekak Mama, isi dalam dia kita boleh pilih nak sotong, ayam atau isi ketam.

Tokayaki@PARAM Fasa 1



Balik dari PARAM, kami berbuka di rumah keluarga Mertua, Hari pertama puasa dah berbuka di rumah Keluarga Mama, so hari kedua berbuka di rumah keluarga Papa pula. Belum Gaji nak berbuka puasa di luar..hihi..


Sampai rumah mertua, mcm² lauk ada, yg besh ada Siput Sedut Masak Lemak, baru hari tu makan time potluck di opis 2 hari sebelum puasa, kali ni dapat makan air tgn MIL & FIL pulak..mmg sedap..pedas terangkat. Zaquan 1st time tgk n makan siput sedut , nak makan pun x pandai sebenarnya..


Sepanjang hari bekerja bulan ramadhan ni kami akan berbuka puasa di rumah family Papa..jgn jeles ye balik² Mak Ayah dah sediakan makan..terima kasih Mak Ayah :). kalau la balik kena masak sendiri sbnrnya mmg x sempat pun, kami balik 5.30petang sampai rumah jam 6.30petang..kalau balik nak jemput anak lg pastu baru nak masak..mmg x sempat.., Alhamdullillah diberikan kesempatan untuk menikmati kemudahan & kesenangan ini. 

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, July 23, 2012

Akhirnya Terjawab| Zaquan The Amazing Spiderman!

As Salam,

Seminggu sebelum puasa Mama ada singgah rumah parents Mama, sampai2 rumah xde orang pun kat rumah, dah sampai baru nak call, rupanya family Mama g kenduri kawin saudara dekat Sungai Petani, Kedah. My Mum dh bgtau, tp boleh pulak Mama terlupa. Alang² dah sampai rumah my mum, Mama lepak jerk la dulu skjp dan perasan ada satu surat dari Pos Laju minta amik parcel dekat Pejabat Pos Laju. Yang confusenya parcel tu atas nama Zaquan.

Puas la kami fikir siapa pulak yg bg Parcel atas nama Zaquan ni. Nak kata Mama ada menang Contest atas nama Zaquan, dah lama x joint contest2 ni, ermm mcm2 la pikir..Papa siap terpikir surat daftar saham anak selangor ke..? berangan mcm2 la..

Akhirnya terjawab sudah persoalan kami bila pada hari pertama puasa hari tu kebetulan hari Sabtu dan itu jerk kesempatan masa yg ada utk g amik di Pos Laju Bt 9, Cheras. Nak citer kelakar pun ada, x sangka pun ado. Parcel tu rupanya dari Adik Mama sendiri. Dia nak buat surprise utk Zaquan. Ini kira hadiah besday Zaquan yg lalu.

Punyelah excited Zaquan bila kami bgtau nak g amik parcel Zaquan ni, dapat parcel dan² tu terus buka dlm kereta. Kesempatan ini juga la kami guna untuk berbuka puasa di rumah My Mum pada hari pertama puasa.

Sampai rumah Wan Ummi terus nak sarung. Bila buka kotak parcel tu tgk set baju Spiderman terus mama teringat yang adik Mama@Uda Akoi Zaquan pernah tanya Zaquan mana baju spiderman Zaquan bila dia tgk Adik Ziqry pakai baju Spiderman, Zaquan pun bgtau la dia xde baju Spiderman, Mama pun menyampuk ckp 'hadiahkan la anak aku baju Spiderman sbb baju Spiderman yg Ziqry pakai tu kawan aku yg hadiahkan'.

Seriously Mama & Papa yg surprise lebih bila tahu siapa pemberi parcel yg sebenar. mmg x sangka betul lah yg Adik Mama boleh bg hadiah & pos, iyelah patutnya bukan x boleh bg sendiri n Mama pun bkn ckp serius nak suruh dia hadiahkan, sekali betul² dia hadiahkan..Terharu pun Ado. 

Ni dia bkn main tersenyum lagi superhero mama ni
Terima Kasih Uda Akoi diatas pemberian baju superhero Spiderman ni
Zaquan suka sgt²


Sekarang ni terus Zaquan admire dgn Spiderman  pulak dh


Baby Wiwin Sarah pun ala² terkezut tgk Superhero Spiderman dtg menyapa dia..hihi.
'Ini Abg Zaquan la Baby Sarah'


Kalau nak tau, petang tu kami pergi pasar ramadhan, punyerlah teruja Zaquan ni sampaikan ke Pasar Ramadhan dengan sarung muka spiderman dia tu..padahal cuaca hari tu panas terik...

Zaquan..Zaquan, baju tu x sempat dibasuh lagi dah bersarung dibadan kamu, sampaikan malam tu Abg tido dengan baju Spiderman dia..

p/s: Tak berkesempatan lagi nak menonton wayang Filem The Amazing Spiderman 2012, ermmm..compom kita tgk DVD jerk nnti kan Papa...

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Sunday, July 22, 2012

Berbuka 1st Ramadhan & Bersahur Hari Ke-2 Puasa 2012

As Salam,

1 Ramadhan yang jatuh pada hari Sabtu memberi peluang kepada kami untuk berbuka puasa bersama keluarga. Semalam kami berbuka puasa di rumah parents Mama di Bt. 10, Cheras (dekat jerk..hehe).  Sekarang ni 4 org adik beradik Mama (termasuk Mama ler) dah berkahwin & duduk sendiri, 2 org lagi yang belum berkahwin tp bekerja/tinggal jauh dari family, seorang di Lumut, Perak dan sorang lagi di Pahang. Jadinya My mum mmg sunyi la bila anak2 dah berkahwin dan bekerja jauh ni. 

Itu yg bila ada peluang utk balik, Mama akan cuba untuk balik/singgah umah my mum. Pada hari pertama ramadhan kali ni yg dapat berkumpul sama2 berbuka puasa dirumah my mum adalah Family Mama & Family Adik ketiga Mama, So semalam dapatlah Zaquan & Ziqry main dengan Wiwin (Twins Aisyah & Sarah).

Menu berbuka puasa 1 ramadhan 1433H
Air Tangan Ummi :- Rendang Daging, Ikan Cencaru Sumbat, Acar Nenas & pemanis mulut - Bubur Tepung Pulut (Ziqry cukup suka mkn bubur ni, nnti mama cuba buat sndiri pulak ye..)


Dah menjadi kebiasaan kami suami isteri cukup suka pergi Pasar Ramadhan, walaupun sbnrnya my mum dah masak mcm2 tetap nak g terjah bazar ramadhan tgk ape yg menarik...heheh, Tapi nasib baik kami ni masih pandai kontrol diri bkn nye mmbeli sgt pun, kalau beli pun selalu beli ape yg kami tetiba rasa teringin nak makan. Lagipun kami tau dekat rumah mmg dh ada makanan. Semalam kami singgah ke Pasar Ramadhan Bandar Tun Hussin Onn (BTHO) n setelah 2 kali pusing kami beli Roti John, Murtabak & Air Tebu jerk.

Yg ini mmg x masuk dlm planning nak mmbeli & makan Pizza Hut, tp atas permintaan anak bujang Mama, Zaquan. Kebetulan Pasar Ramadhan BTHO ni berdepan dgn PHD (Pizza Hut Delivery), terus tetiba dia merengek nak makan Pizza, padahal semalam nya (Hari Jumaat) baru jerk dia mkn KFC dgn Atok &  Nenek bertiga, ni dh nak mkn fast food lagi..Adoiyai memikirkan dia dh nangis2 nak, Papa layankan jugak beli Pizza Hut, Tapi bila beli bungkus bawa balik umah wan ummi dia terus xmo makan..Sabar jerk la..,tp xpelah rezeki tambahan menu berbuka puasa 1 ramadhan kami semua la. Lagipun murah jerk, ada promosi sempena bulan ramadhan ni. 

Take Away Offer before 6.30pm @PHD
1 Regular Traditional Waikiki Pizza 
RM13.00 Nett (jimat RM9.00)


Selesai berbuka dan sembahyang maghrib kami ada agenda lain, Mama nak singgah g Metro Kajang, Tujuan utama nak g Celcom & Digi nak selesaikan urusan bil, sekali kami terlewat 5 minit, kaunter bayaran last pukul 9.00mlm rupanye. Alang2 dah sampai terus singgah Giant, beli barang utk masak sahur, beli sikit jerk blom gaji, lepas gaji bolehlah shopping barang2 dapur buat stok..huhu. 

Balik dari Metro Kajang kami singgah umah family Papa pulak, singgah tgk Atok & Nenek Zaquan & Ziqry buat biskut raya, kebetulan masa sampai mmg family mertua masih lagi sibuk membuat & packing biskut raya, So Mama pun sama2 tolong packing2 biskut raya. 

Tahun ni Papa request nak jd pekerja Mak untuk tempahan biskut raya, So nmpknye Mama xdpt la jd pekerja sbb Mama ditugaskan utk jaga Anak2 kami yg boleh thn peelnye.., siangnya sepanjang waktu bekerja dah tentu2 Atok  &  Nenek dah jaga. 

Betul2 sekali jerk dpt peluang bekerja/mmbantu MIL buat biskut raya masa baru berkahwin dan blom ada anak, ermmm..nak buat camner kan ..jd ejen pun ok gak..kalau ada sesiapa berminat nak tempah biskut raya my MIL boleh la order dgn Mama, nak jadi ejen mcm Mama ni pun boleh..Sudi2kan la layari Blogshop Homemade Cookies ye. Disitu ada senarai biskut & harga biskut raya bagi tahun 2012!

Mak aii pnjang rupanye story berbuka 1st Ramadhan Mama ni, berkait2..mcm tu la Mama ni kalau dpt menaip..n bercerita, step by step nak bercerita, x reti nak langkau2..

Ok sambung lagi ceritanya, selalunya kami satu family lepas selesai buat keje lewat mcm mane pun msti menyinggah mamak impian maju ..ini kira merangkap sahur selalunya dibulan puasa ni. Pukul 2 pagi baru kami bertolak balik umah semula tau, lg pulak esoknya/hari ni masih lg hari cuti kan..bkn kami jerk lepak minum & berborak disitu, ramai jerk umat manusia dkt kedai mamak tu lewat mlm hujung minggu begitu.

Memandangkan Mama mmg dh plan nak masak sahur hari ni, so Mama & Papa minum & makan Capati jerk. Balik2 tanya Papa nak sahur x, Papa ckp kalau Mama masak dia bangun jerk sahur, Mama mmg berniat nak cuba masak sepanjang bersahur puasa thn ni ( time ni la nak bagi suami mkn air tgn isteri), sbbnya berbuka dah tentu2 x masak, berbuka rumah MIL, balik2 kerja selalunya msti dh siap masak..(bertuah badan kan..hihi, kawan2 selalu ckp bertuah sungguh balik dh ada mak masakkan..org lain lintang pukang kejar masa nak masak..Alhamdullillah..)

Menu sahur hari ke-2, Ayam Goreng Berlada..
1 lauk jerk ..hihi..jadila drpd x bgn masak & bersahur kan..


Puas hati dapat bangun masak & bersahur bersama, senang bila dah masak awal pagi sbbnya anak2 bangun pun terus minta makan..senang semua dh tersedia. ..:)

Pagi tadi Zaquan bangun tanya nasi goreng mama ada lagi tak (menu sahur hari pertama puasa - nasi goreng sardin), 'Abg lapar nak makan'. Mama pun bgtau Hari ni Mama masak Ayam goreng utk Abg, dia pun suka n srnok nak makan, kitapun jadi srnok bila tgk anak kita berselera mkn air tgn kita kan...

layan pic semalam abg yg selera mkn nasi goreng,
Abg cukup suka mkn sardin sbnrnya, sbb tu bila buat nasi goreng sardin bkn main selera lagi dia siap bertambah2 mkn..:)


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Saturday, July 21, 2012

Menu Sahur Hari Pertama Puasa 2012 ~ Nasi Goreng Sardin Telor Mata~

As Salam,

Alhamdullillah hari ni berjaya masak utk sama2 bersahur dgn en. suami. Kunci Jam pukul 4.00 pagi tp tersedar jam 4.30 pagi, nasib baik setengah jam jerk selesai masak dah, lagipun masak menu yg sgt senang jerk pun..Nasi Goreng Sardin dengan Telor Mata...hihi


Tidak dilupakan Buah Kurma 


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan 1433H | Tertunai Hajat Nak Rasa Red Velvet Cake

As Salam,

sumber pic: google

Alhamdullillah diberi kesempatan untuk bertemu dengan Bulan Ramadhan sekali lagi pada tahun ini. Selamat menyambut bulan puasa kepada semua, di kesempatan ini Mama nak minta ampun & maaf sekiranya ada tersalah kata & terguris hati secara sedar & tak sedar. Moga kita semua mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini..AMIN.

*****************************************************************

Hari ni ada mini potluck..suka² antara kami geng opismate, Mama bawa nasi goreng kampung (nasi putih yg berlebih byk semalam), Alhamdullillah dipermudahkan utk masak pg tadi..:).

Bkn Mama sorang jerk yg bawa, geng opismate lain pun ada bawa Nasi goreng jugak, versi masing² lah kan, Mama Tun Nur Safiya bawa Bihun Goreng, ada yg topup bawa telur dadar & Nugget makan bersama Nasi Goreng & Bihun Goreng. (pic makanan yg lain x snap hari ni..lgpun pagi² smpai opis masing² dh berkumpul mkn dulu)

Nasi Goreng Kampung Versi Sweetmama


Bekalkan untuk Papa sekali.., Utk papa letak Telur Mata..^_^..


Yeay² dapat Cup Cake Red Velvet,
Tq Mama Tun Nur Safiya, seperti yg dijanjikan olehnya, hari tu dapat rasa Pavlova, hari ni dapat rasa Red Velvet Cake.
Nyum²..belum makan dah kata sedap,
bila dah makan..mmg sedap la..^_^..
Muka senyum nye tuan pnyer badan ni bila dapat makanan yg dia hajati..huhu
(adoiyai..pipi dah boolat dah tu..itulah cukup suka mkn cake sgt, slh kan cake boley x? :p)


Hari ni kami ber 5s (Sisih, Susun, Sapu, Seragam, Sentiasa Amal), so hari ni kami semua seragam dengan t-shirt merah 5s. Pagi td nak dtg opis, Zaquan siap tanya ' Mama nak pegi mana pakai baju mcm ni' hihi..Zaquan pandainye..pantang nmpk Mama pakai baju lain mula la igt Mama nak g berjalan². Mama keje la Abg Zaquan, ni baju 5s Mama, citer ngan anak mcm dia tau jerk ape tu 5s..hihi 

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, July 19, 2012

Potluck Pertama Thn 2012 & Bersempena Dengan Kedatangan Bulan Ramadhan :)

As Salam,

Alhamdullillah hari ni dari pagi sampai ke petang makan free, Seksyen kami buat potluck bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan yang bakal tiba  minggu ni. 

Bila Mama nak wat N3 ttg Potluck ni baru Mama perasan ini potluck yang pertama untuk tahun 2012, last kami ber potluck tahun lepas pada bulan Disember - Penutup Potluck Tahun 2011dengan tema Steamboat Tomyam. Betapa cepat nye masa berlalu sampai x sedar kita dah pun jalani setengah tahun 2012, rasanya mcm baru jerk awal thn tp dh nak akhir thn pun..huhu..

Tahun ni mmg terasa jadual keluar Audit kami pack, boleh dikatakan setiap minggu kuar, itu yg x berkesempatan nak wat makan2@Potluck ni. Kebetulan meeting seksyen diadakan minggu ni, itu yg masing² terus terfikir nak buat potluck + sedang elok la boleh buat makan² sempena nak sambut bulan ramadhan.

Mama ni suka intro pnjang² kan, kita layan menu makanan yg Ado..

Carrot Cake sponser by hairani tempah from Mama Tun Nur Safiya..

Semakin masyuk la Mama Tun Nur Safiya dpt tempahan sbbnye dikalangan kami² di opis ni mmg kompom selalu tempah dgn dia n dah tau dh rasa kek dia mmg dijamin sedap.


Disebabkan pagi tu kami ada Meeting, so menu sarapan pagi disediakan oleh Admin..Menu yg disediakan pagi tu Bihun Goreng (Katering). Bila ada Potluck ni menu potluck lg menyelerakan dari katering kan.., Masing² makan sikit jerk bihun yg disediakan lebih² lagi bila ada special  Homemade Makaroni Bakar dari Mama Tun Nur safiya..Siyes sedap, Mama siap minta resipi, tp nak buatnya x tau bila..hik²..

Homemade Makaroni Bakar by Mama Tun Nur Safiya



Meeting kami x lama pun, dalam kul 11.15 pagi selesai, tp lepas tu masing² dah terbayang menu Potluck. Makan lagi..hihi. Tema Potluck kami kali ni menu makan tengahari..Nasi putih + lauk pauk.., Sorang sikit la bawa lauk pauk..


Ini antara pic menu yg sempat mama snap..

Sikit² pun bila ramai yg bawa jd banyak..Alhamdullillah..

special hari ni Ada Siput Sedut Masak leamk, mmg feberet Mama ni..+ macam² lg la lauk yg ada antaranya Ayam Goreng, Ayam Masak Sambal, Ikan Cencaru Sumbat, Kari Ayam, Daging Dendeng, Telur Masak Sambal dan Sayur²an. Semuanya homemade.. Mama mcm biasa la masak yg senang² aje Sambal Kentang..hehe..

Tak ketinggalan ada yg sponser Satay Kajang  :)


 Dessert selain Carrot Cake, wajib ada buah²an. Anggur & jambu air yg manis by Cakra.


Yummy² siap ada ice cream 
sponser by our KPP n PP


Team Opismate yang sporting

Alhamdullillah lauk² semua abis tp masing² diet (mama jerk yg x diet), semua stok makan lauk x makan nasi..So byk nasi putih berlebih tp..Xpe² esok kita berpotluck lagi ye..hihi 


p/s: ditugaskan masak nasi goreng utk potluck suka² antara kami esok, minta² terbangun awal utk masak esok..hihi, practice bgn sahur ler kiranya.., bkn ape pg td pun nyaris terlajak x dgr bunyi jam, sedar pun papa yg kejutkan (reminder kedua..hehhee)

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Selamat Tinggal & Jumpa Lagi Wet World | Posing² Sebelum Balik | Kepenatan & Ketiduran !

As Salam,


Selesai sudah mandi manda, dua heroes mama pun dah siap encem bergaya.., ready utk say goodbye to Wet World n insyaallah ada masa nnti kita terjah sini lagi..hihi..


masuk dalam kereta masing2 kelaparan, nasib baik ada nugget n fries dapat jugak ler 2 beradik ni isi perut...kami lepak makan dkt luar kereta tepi jalan ni, sempat jgk la Mama minta 2 beradik ni posing berdua..akhirnya dapat jugak snap pic mereka berdua yg cantik sikit, Ziqry siap pegang peha abg dia dan tersenyum, Zaquan pulak dgn pose jelingan dia tu..


Tajuk n3 posing2, tp posing nye 2 keping jerk, ada byk keping sbnrnya tp byk yg x jd sbbnye si kecik asik berlari kesana kesini.., jd bila amik guna notes ni gegar la gmbr dibuatnye..huhu


Masuk dalam kereta jerk x sampai 10 minit ketiduran kedua2nya.., betul2 keletihan masing2..

Cian Abg Zaquan yg duk tido dlm baby seat ni sbb Adik Ziqry mmg xmo lgsung duk dlm baby seat tu.., tp baby seat ni kami tetap pasang dalam kereta in case kalau Mama bawa kereta mmg Ziqry kena ikat dlm baby seat tu.., pernah jadi  pnyelah Ziqry xmo duduk dlm baby seat tu sampaikan dia berusaha sndiri utk cuba keluar dr baby seat tu ..sudahnya Mama yg memandu ni tgk pun cemas dibuatnya...kesian pun ada bila tgk dia jerit2 nangis spjg perjalanan..tp apakan daya mama x pandai nak memandu sambil pangku Ziqry.


Adik Ziqry jugak yg sedap tido berbaring di belakang...



Kalau nak tau our heroes mmg x sedarkan diri sampai la malam lepas maghrib kami nak g kenduri menyambut puasa di rumah mertua. Tido senyenyak2nye, Mama n Papa sempat dating berdua lepak minum dulu sebelum balik umah...hihi..


Alhamdullillah, planning terkejut Papa ni berjalan dgn lancar n kami sgt2 enjoy..:))


Minggu lepas pun kami sempat enjoy lagi sebelum menyambut puasa yg akan datang minggu ini.., hope dapat sambut puasa thn ni dgn tenang & penuh barakah..AMIN.


p/s: pagi ni ada meeting seksyen & potluck sempena nak menyambut kedatangan ramadhan ...lg la terasa cepat sgt sabtu ni kita akan sama2 menunaikan ibadah puasa. Excited jerk nak masak sahur minggu pertama puasa thn ni...w/pun cuma mau masak nasi goreng telor mata jerk..hihi

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails