Klik2 My Heartbeat Yaa.. :)

Thursday, December 27, 2012

Tips Kesihatan| Jom Bersenam & Berdiet!

As Salam,

Ada banyak story nak citer especially aktiviti weekend lepas, tp agak bz la pulak skrg ni, semalam seharian ada aktiviti kecergasan kat opis...sgt besh ok...so hari ni Mama nak story sikit tentang kursus/aktiviti kecergasan yg mama hadiri semalam "Program BPAD Wellness Day 2012 - The Bio Prescription : Diet Excercise "

Apa yg besh nye, besh sbb dekat kursus semalam dapat byk tips2 kesihatan dan cara2 nak bersenam dengan mudah di opis pun boleh buat n kalau dekat rumah tu sambil tgk tv pun boleh buat, sebelum2 ni pun pernah jgk hadiri kursus pemakanan dan kesihatan ni tp setakat ni, ini yg paling the best dia punya talk n enjoy sgt kursus semalam sampai x sedar dah nak pukul 6 petang tu baru selesai kursus :)

Ini antara yang terpenting la perlu tahu, kita punya BMI, Body Fat dan Skeletal Musle. So semalam adalah sesi timbang berat badan untuk kira kita punya BMI, Body Fat dan Skeletal Musle ni. Uolss mesti dah tahu kot macam mana nak kira BMI kan. 

BMI = Berat (kg)/ [Tinggi (m) x Tinggi (m)]

So nanti bila dah dapat tahu berapa uols punye BMI, boleh la check which kategori BMI uols. Upsss..sejujurnya Mama bgtau Mama punye BMI dah jatuh pada overweight. Itu yg semangat nak tahu tips2 untuk diet cara sihat dan senaman yang mudah untuk kita buat.

Kategori BMI


Kategori Body Fat berdasarkan Umur dan Jantina
Pengiraannya Mama x tahu mcm mane sbb kami timbang pakai penimbang yang trainer sediakan so diorang yg kirakan siap2 kami cuma tgk je kategori kami...aduihai kalau dah BMI berlebih tu kan, lemak pun Very High la..


Kategori Skeletal Muscle berdasarkan Jantina dan Umur.
yang ini pun sama Mama x tahu mcm mane pengiraannya, terus dapat keputusan je ..


Selepas masing2 dah tahu keputusan tu yg masing2 excited nak kuruskan badan/berdiet, lepas tu terus mula dengan sesi aerobic (Chair Aerobic Session)..besh selalunya excercise berdiri, kali ni duduk pun boleh exercise..siap excercise Gangnam Style sekali..

Selepas tu adalah toeri tentang BioDiet & Diet Rasullullah. Penceramah dia pun besh..mmg seorang doktor pakar pemakanan dan kecantikan n sporting untuk bagi macam2 tips tentang pemakanan yang betul.

Ini antara tips dia yg boleh Mama kongsikan dengan kawan2:_
  • Harus diingat Diet Rasullullah adalah makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
  • Tips yang paling penting SAY NO to :-
        -    No White Sugar (so lepas ni kena gantikan dgn Brown Sugar la..)
        -    No Msg (Ajinomoto)
        -    No Paraben (jangan ambil/beli produk farmaseutikal yang mengandungi Paraben   
             selalunya terdapat pada Deoderant)
        -    No Pil Kalsium (Pil kalsium hanya boleh diambil oleh perempuan    
             mengandung/menyusukan bayi/mereka yang menghidap asteoporosis/mereka yang  
             manapous dan perempuan yang alami masalah darah haid).
  • Kalau nak kempiskan perut selain daripada senaman perlu diingat tangani masalah stress terlebih dahulu.
  • Kalau nak cari Vitamin C kandungan yang paling baik yang mengandungi  Asid Askorbik (tapi x sesuai untuk mereka yang mengidap  gastrik) atau Calcium Ascorbate.
  • kandungan Vitamin C yang kita boleh makan dalam 1 hari - 1000 ke 2000mg sahaja.
  • Kolagen yang diperlukan dalam badan kita cuma 350mg sahaja.
  • Kolagen hanya sesuai untuk mereka yang berumur 35 tahun ke atas.
  • Tapi sekiranya kalau nak beli jgk produk kologen cari yang ada tulis 'Hydrolise Callogen'
  • Untuk putihkan kulit - makan Vitamin C dicampur dengan Milk Thistle
  • Untuk tegangkan kulit - makan Co-Q10 - 50mg
  • Untuk kelembapan kulit - makan Vitamin E - 400iu
  • Anti Oksidan yang paling berkesan adalah Alpha Lipioic Acid (bkn Alpha Lipid SDII tu Okey..)
  • Kena ingat ye Minyak Jagung sbnrnya penyumbang kepada kanser - so kalau nak deep fride guna minyak sawit, kalau nak menumis jgn sesekali guna minyak jagung  atau minyak sawit - boleh guna minyak sunflower.
  • Kalau boleh jgn ada marjerin di rumah, gantikan dgn butter 
  • cara yang paling baik untuk buang toksin adalah dengan memakan Nata De Coco bersama Yakult.
Banyakkan ilmu yang diperolehi, petangnya kami sambung lagi dengan aktiviti senaman kali ni dari bekas Gimnas Negara pulak..besh2..masa ni la kami dapat tips2 senaman dengan tgk tv pun masih boleh bersenam..

Punye lah berpengaruh kesan dari ceramah kesihatan semalam, tengahari tadi terus cari Nata De Coco dan yakult..satu opis dok membeli Nata De Coco dan yakult tgh tadi..hehe, beriye sbb semalam penceramah bgtau ikutkan dalam badan kita ni najis kita 10 tahun dulu pun masih melekat di usus kita ni, so cara paling senang nak buat secara natural selain daripada operate di klinik ialah dengan memakan Nata de Coco bersama Yakult, insyaallah dalam masa 3 hari boleh clear tau..oh iye pastikan Nata de Coco di dicuci bersama air alkali terlebih dahulu..iyelah no sugar/syrup/perasa kan..sbb tu nnti Nata de Coco ni dimakan bersama Yakult.

Nata De Coco n Yakult..

Hopefully berjaya la Mama amalkan apa yg telah dipelajari..pagi tadi excited buat senaman 3 minit sebelum mulakan kerja, balik kerja ni pun nak buat lagi senaman 3 minit ni - sehari 2 kali buat..insyaallah boleh turun berat badan..tapi kena nekad/displin la la tanpa perlu sekat makan/berlapar...Chaiyok..Cyaiyok Eija ZaquanZiqry..Azam Tahun Depan..Diet & Senaman.. ^_^..

Senaman 3 minit ni mudah sahaja (1 minit berlari anak, 1 minit berlari anak sambil angkat kaki pastikan kaki angkat tinggi sampai atas perut dan seminit lagi berlari anak selaju-lajunya). Cuba la kawan2 buat 3 minit je pun tapi kesannya macam berjoging 30 minit.., 3 minit secara terus menerus tau buat, jgn terberhenti2 pulak..masa buat tu pastikan jam dihadapan anda..hehehe..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, December 24, 2012

Projek Main Bowling| Nampaknye Mmg Kita Berdua Aje Yg Setia

As Salam,

Dah nak penutup tahun 2012 dah pun, nampaknya hanya 4 kali kami punye projek main bowling berjalan..itu pun hanya kami berdua je la kot yg mmg setia dgn sukan Bowling ni..

*pic lama*
Me n my friend
time last kami main berdua masa merasmikan bola bowling baru Mama bulan Julai 2012.

erkss..lama betul projek tergendala..last main bowling bersama bulan Julai 2012, hari Jumaat lepas (21/12/12) baru berkesempatan untuk mulakan semula projek main bowling kami, Ini kira penutup tahun 2012 la. Walaupun hanya kami berdua..yg penting projek jalan, akceli Mama yg merungut ngan My friend, bola bowling Mama terperap je kat umah..bola pun cantik berkilat xde calar pun lagi :p, nasib ada kawan yg baik hati nak bawa g main bowling...hihi..

* Projek Main Bowling:-
Ketiga (6 Julai 2012) - 2 Orang
Keempat /penutup 2012 (21 Dis 2012) - 2 Orang 

Hopefully projek main bowling kita ni dapat diteruskan lagi next year..ye my friend..^___^..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, December 21, 2012

Dunkin' Donuts vs Big Apple

Dunkin' Donuts For Mr. Papa n Sons
yg ini khas buat abg dan adik..hihi











































As salam,

Tengahari tadi lunch di Alamanda, selalunya kalau dah lunch di Alamanda or kalau keluar ke shopping complex mane pun mesti nak beli Big Apple tapi hari ni bila my friend beli Big Apple mama kata mama xnk la beli sbb nnti mama sorang je yg mkn lebih² Mr Papa x suka sgt Big Apple dia suka Dunkin' Donuts. 

Kalau Mama sorang je yg makan lebih² makin semangat la badan Mama nnti..huhu..So my friend kata klau camtu beli la apa yg Papa suka makan..ohh punyelah syg isteri ni pada insan yg bernama suami ni kan terus beli Dunkin Donut..^_^..

Kawan2 suka yg mana Dunkin' Donuts or Big Apple?  Mama suka Big Apple..^_____^..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, December 20, 2012

Holiday Melaka| Tidak Kesampaian Mahu Mandi Manda di Pantai :(

As Salam,

Ni last part story Unplanning Holiday Melaka, kalau ikutkan w/pun unplanning holiday..tp Papa mmg dah berniat nak ber reunion sambil bawa kami bercuti, Macam mama citer sebelum ni la..mulanya kalau dapat bermalam di hotel yg ada swimming pool dah ok sgt ler, tp hotel budget je yg ado, swimming pool nan ado, so planning hari ahad (9/12/12) nak bawa anak² g mandi pantai...siyes...mmg nak bawa sgt diorang mandi pantai samada dekat Pengkalan Balak atau pun terjah PD, tp nampaknya planning x menjadi disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan...iaitu HUJAN sepanjang perjalanan kami balik...:(

Pagi tu jam 9.30pagi kami breakfast di Hotel, last breakfast jam 10.30pagi, so nak x nak kami perlu lah bersiap awal w/pun ikutkan Papa cuma dapat rest lebih kurang 3 jam aje sbb sambung ber reunion di asrama sekolah sampai jam 5 pagi baru sampai hotel. Lagi pun dah kata nak g mandi pantai pulak kan, tapi kami sempat jgk lagi rest skjp dalam bilik hotel sebelum check-out, tunggu Adik membuang dulu, baru senang nak jalan..hehe

Muka²  kekenyangan n x sabar mau berjalan, time ni kami baru selesai breakfast, Zaquan sporting pulak bila diajak bergambar, Adik pulak x memandang kamera, sibuk memerhati keadaan sekeliling..
Lebih kurang jam 11.30pagi kami pun check-out dari hotel, dalam perjalanan kami nak menuju ke tempat yang diplanning tu....Zaquan nampk dah JJ/Aeon Ayer Keroh..menangis dia ajak Papa, 'Abg nak pergi JJ nak beli air milo'..adoihai alasan dia mcm x boleh berhenti kat stesen minyak je beli air milo kotak dia tu. Memikirkan rasa macam sempat lg rasanya nak terjah pantai nnti kalau kita singgah JJ sekejap. So kami pun ikutkan jgk la kehendak anak ni singgah JJ..

ermmm..bila dah masuk JJ mane dia ingat air milo, sampai terus ckp nak g tempat permainan la..sbrnya kami tahu dah taktik dia sbnrnya..itulah kan kuasa anak, Papanya layan kan jgk..

See..mmg Papa dia rajin melayan anak2 ke tempat permainan dalam  JJ ni dengan Papanya sekali sibuk dok main n jadi peneman setia, Mama pemerhati..hihi..
Pastu dalam Pusat Hiburan Sekeluarga tu ada tempat mainan ni (x igt nama dia).., masuk 20 minit kena bayau RM5.00..besh la tempat mainan dia sbb byk mainan so bdk ramai pun xde la berebut2 mainan, selalunye tempat lain yg mama pergi jenis begini bila bdk2 ramai mulalah berebut mainan yg ada...

Bersungguh Zaquan main lego, Buat KLCC ke tu abg...susun tinggi2 je pun dia pandai..

Adik Ziqry pulak cukup suka main mainan kereta..dia ni suka stering..
Sedar x sedar dah menghampiri jam 1.30 tgh, masa untuk isi perut n lepas tu boleh terus kan perjalanan..ke tempat yg mmg dinanti2 untuk bawa anak mandi manda..,aduihai x sangka pulak hari Sabtu elok je cuaca, hari Ahad tengahari tu pulak hujan, kami ikut jalan lama sebab kami keluar dari JJ Ayer Keroh pun dah mula jammed, mmg xde rezeki nak bawa anak2 mandi sbbnya hujan sepanjang perjalanan bayangkan dah sampai PD pun hujan jgk lagi w/pun renyai2 tp takut jgk demam pulak anak² nnti bermandikan air laut dengan air hujan sekali. Sudahnya lalu je la PD..n kul 7.00mlm gak la baru sampai Bangi.

Ape pun kami tetap enjoy dengan percutian yg x dirancang ni..lagi pun kami suka g Melaka, Melaka antara tempat percutian feberet kami ..:)

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, December 19, 2012

Pekena Musang King @ Jom Makan Buah Putrajaya 2012

As Salam

Tak abis lagi cerita pasal durian, kali ni nak cerita minggu sudah Mama ada try makan Durian Musang King di Jom Makan Buah Putrajaya 2012, eventnya pun dah seminggu berakhir - 7hb hingga 11hb December 2012 yg lalu baru nak up story..

Selama ni dok dengar orang citer Musang King ni sedap la sgt ...itu yg berkeinginan nak merasa..kebetulan ada pesta jom makan buah berhadapan je dgn opis kan..haruslah terjah, misi mau makan disana terus..nasib ada geng yg nak sama2 merasa, akceli Mama baru 1st time rasa Durian Musang King yg orang dok perkata kan ni.


Jom Makan Buah @Putrajaya 2012.
biasa2 je event nya, xde la byk sgt pun gerai buah2han dia, tp boleh la buat kami nak cuci2 mata..(Mama x membeli pun sbb puas dah mkn buah2an dari kebun Mertua)..hehe, ada la jualan pokok2 n gerai2 makanan n semestinya la ada pesta makan buah tp berbayar la..Bayar RM15 satu kepala lps tu makan la buah2an tempatan yg ada sampai muntah..(Durian D24, Rambutan dan Manggis)


yang ini kami makan bukan di tapak yg berbayar RM15 tu tp dekat gerai2 yg menjual buah durian..

Ermmm...sedapppnya...dah mmg hantu durian kan, Tapi......

ehhh ada tapi....


Pada pandangan Mama mmg la sedap Durian Musang King ni isi dia tebal n rasa lemak manis tapi kalau nak dibandingkan dengan durian2 kampung lain yg Mama pernah rasa, rasanya Mama pernah rasa Durian yang lebih sedap dari Musang King ni cuma maybe Mama x tau Durian tu Gred ape, selama ni dok makan durian dari kebun Mertua pun dah sedap sgt rasanya..iyelah durian ni pun ikut pokok dan grednya kan...dpt yg sedap tu mmg sedap la x terkata....

Nasib kami baik masa pilih sebiji durian ni, mmg rasanya sedap x terkata la..kami makan 3 orang..kebetulan durian pertama yg kami pilih ni ada 3 ulas..merasa la sorang seulas..mak aiii...mmg puashati besar sungguh isinya, warnanya pun kuning betul dan rasanya lemak manis.. seulas makan mmg ler x puas, minta la lg sebiji, masing2 tgh layan kesedapan durian, bila disuruh pilih, kami kata kat penjual tu..ala pilihkan je la untuk kami...ermmm dah tentu2 dia pilihkan untuk kami yg besar punye..sekali bukak mmg byk la isi nya tp rasa dia mcm dah terlebih masak pulak..tp makan jgk ler sampai kenyang dibuatnya...

Ini la rupanye Isi Durian Musang King


Erkss..komplain terlebih masak la...tp licin jgk kami kerjakan..hihi..Sendawa pun berbau durian, serius kenyang makan Musang King ni..1st time lepas makan durian ni nak makan nasi pun x lalu..sbb dah kekenyangan sampai ke mlm tu, mlm balik kerja MIL offer makan mlm..pun ckp dgn asben bkn x nak makan tp tgh td pekena Musang King sampai x boleh nak makan nasi rasa dia..huhu

2 biji makan 3 orang semuanya RM41..okey la tu dah teringin sgt kan..sorang RM13.60..

kulit & biji je yg tinggal..hehe


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, December 18, 2012

JJCM| Sup Tulang Power!

Sup Tulang Power

Semangatnye Tuan Punye Blog makan Sup Tulang Power..
Badan pun bertambah semangat..adeii..susahnye mau mulakan misi diet..
As salam,

Alhamdullillah hari ni dpt JJCM bersama Officemate@Sup Tulang Power. Ini antara tempat favourite kami la sbb sup tulang nya mmg power..dulu Mama pernah story dah ttg Sup Tulang Power yg mmg terkenal dikalangan warga Putrajaya ni..dulu dikenali 'Sup Bawah Pokok' sampai skrg ni pun kami dok panggil 'Sup Bawah Pokok'...hehe...

Weiii..kalau terlewat sikit sampai abis supnya..tulangnya pun x nmpk byg. Pada kami semua mmg sedap la, beriye Mama kata sedap x tau la tekak orang lain kan, sbb sedap ni kan subjektif..kalau org x mkn pedas..sekali dpat sup tulang power ni yg mmg boleh tahan pedasnya, mesti kata x sedap kan..kami suka sbb dia cukup rasa pedas, masam dan manis..supnya bubuh daun limau purut..

Tadi pun kami terjah, menunggu nk dpt tempat duduk..lagi² hari ni hari gaji+bonus penjawat awam...tekak memasing nak mkn luar dr cafe area opis..

p/s: duit mengalir mcm air apa pun tetap bersyukur ada gak bonus buat perbelanjaan sekolah anak + mcm tau² je bonus masuk, lappy kesygan meragam dh 2 hari bila on x menyala minta diganti motherboard...aduhhduhh...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, December 17, 2012

Holiday Melaka | Mengimbas Memori Persekolahan Papa~Reunion MOZAC

As Salam,

Sambung story Unplanning Holiday kami, pastinya ke Agenda utama..Reunion MOZAC.

Kalau mengikut planning asal diorang (Geng² MOZAC Mr. Papa) ..macam² aktiviti nak buat, iyelah kata nak mengimbas memori persekolahan, mereka nak main bolasepak kununnya petang tu dan adakan tahlil sekali secara beramai2 lepas maghrib, tp masa petang tu menunggu lepas sorang, sorang datang sudahnya x menjadi pun plan asalnya..sudahnya mereka buat sembahyang jamak Maghrib&Isyak sahaja. Selepas selesai bersolat terus kepada aktiviti Dinner di Restoran Dima.


OTW mahu ke Sekolah Mr. Papa



Ini lah Sekolah Papa..MOZAC 'kata Papa kepada anak²nya..'
Zaquan siap dah kenal jalan bila kami lalu untuk balik masa hari Ahad..
dia siap cakap..'ini sekolah Papa kan..'
 batch '97 (1993 ~1997)

Masa untuk bergambar..mana yg ada je la..ada jgk yg dtg awal, tp x joint dinner n ada jgk yg dtg terus ke tempat dinner, tp yg pasti semua geng lelaki je yg joint, perempuan yg ada kalau x silap cuma 3 orang je..So time ni sbnrnya bila Mama tgk diorang nak bergambar sama Mama pun cepat2 la nak amik gambar Papa bersama kawan2 dia, sekali kawan2 Papa minta tolong Mama yg amikkan gambar diorang..itu yg gambar kat Hp Mama ni candid je..


Yang ini mama cilok dari FB page group MOZAC 1997..hehe

biasa lah sampai2 sekolah je Papa amik peluang la beramah mesra ngan kawan2 dulu..lepas tu baru bawa kami semua jalan2 sekitar sekolah..

Masa untuk tunjuk kat anak2 ini lah Sekolah Papa...hihi


kawasan sekolah Papa ni atas bukit..ni Papa bawa kami lepak duduk tengok pemandangan dari atas bukit sekolah..




ini la viewnye..Papa dok cerita dulu xde pagar pun..diorang main redah je turun kalau nak buat jahat ...now dah berpagar cantik n Papa kata dulu masa sekolah kalau keluar nak g sembahyang jumaat mmg la kena turun naik bukit sekolah ni...


kita round sekitar bangunan sekolah Papa.."Adik ni lah lencana sekolah Papa"


Adik pun sporting nak bergambar bersama Papa, time ni tiba2 manja ngan Papa, xmo Mama dukong..so Mama nak bergambar bersama pun x dapat...huhu..


Penat tau mau pujuk Zaquan bergambar bersama, akhirnya dapat jgk..kenangan ni anak2@sekolah Papa..



Makan Time @Restoran Dima (Makanan Arab)

2 pic makan2 ni Mama cilok dari FB Page Group Mozac 1997..
Ada 2 row meja panjang untuk group Mozac

Sedapnye makanan arab, tp nak kata sedap sgt xde lah sbb Mama rasa sedap lg Nasi Arab Restoran Saba' Cyberjaya.

1st Row


2nd Row



Kami kat meja 2nd row n makanan kami sampai lambat sikit iyelah sbb confirm hadir pun dah lambat..tp x kisah la dah kata dtg utk reunion...niat utamanya nak berjumpa kawan2..:-), cuma tu lah Adik Ziqry ni jenis x boleh tgk makanan..dia dah x sabar2 dah bila tgk makanan yg terhidang...


Sudahnya kawan sebelah bg kami makan dulu diorang punye part (Chicken Mandy Rice), kami punye part sbnrnya Lamb Mandy Rice.. , kenyang makan siap tapau Lamb Mandy Rice tu..tp ni 1st time Mama suka dia punye Lamb Mandy Rice ni sbb Kambing dia mmg x berbau lagsung...sedap giless la...(gmbar Lamb Mandy Rice tu x sempat nak snap pun..)


Ini harga makanan yg sempat Mama snap..


Alhamdullillah selesai sudah sesi reunion sekolah Papa, perut pun dah kenyang, Masa untuk balik ke bilik hotel n Tido, tp Papa nak keluar lepak semula dgn kawan2 dia..xpe lah Mama memahami bkn senang dpt berkumpul beramai2 mcm ni.., lepas Papa hantar kami ke hotel, mulanya nak tidokan anak2 dulu baru nak kuar, tp biasalah anak2 kami ni bkn jenis balik2 terus tido, sudahnya Mama ckp xpelah Papa keluar je la  biar je la diorang nangis, nasib nangisnya sekejap je sbb lepas papa diorang keluar masing2 ligat buka lampu main loncat2 atas katil..huhu..sedar2 kul 12mlm gak la baru diorang tido.

Papa balik hotel pun dah kul 5 pagi tau..rupanya dia g melepak asrama n dok mengimbas memori masa di asrama pulak siap x de keje cr keje g panjat tangki pastu g mencelah bawah pagar..adalah papa tunjuk gambar2 diorang mengimbas memori time nakal2 dulu..

Sekejap je masa berlalu 15 tahun dah meninggalkan alam persekolahan, kawan punye pasal letih pun letih la, papa dapat rest 3 jam je, keesokannya  kul 9pg dah nak breakfast pastu masa untuk berjalan2 seperti yg Papa janjikan..., Papa kata penat tp puas hati n enjoy dpt jumpa kawan2 n dalam masa yg sama bawa kami berjalan..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Sunday, December 16, 2012

Bermula Sudah Rutin Sebagai Pelajar


As salam,

Minggu ni Mr. Papa sudah pun menjalani rutin sbg seorg pelajar pula. Semalam 15hb dah mula kelas yg pertama. Kelas bermula seawal jam 8 pg dan last kelas pukul 6 ptg atau 7 ptg. Seawal jam 6.30 pagi Papa dah bertolak keluar dari rumah n sampai rumah pulak jam 8.30 mlm.

Papa dah tunjuk jadual kelas dia..muahahha..penuh n padat ok..setiap hujung minggu penuh dgn kelas dr jam 8pg-7mlm. Untuk semester pertama ni bermula minggu kedua December 2012 hingga April 2013 papa hanya free 29-30 Dis 2012...hujung minggu yg lain semuanya ada kelas..nmpknye minggu Papa cuti tu la masa yg ada utk shopping brg keperluan sekolah anak.

Untuk minggu ni papa g kelas naik motor sbb boleh lah mama guna kereta untuk balik rumah parents mama..semlm mmg masa mama melepak di rumah parents mama..hehe..hari ni masa untuk selesaikn kerja2 rumah..

Smlm blk bila bgtau yg En. Suami sambung belajar dh agak dah my mum suruh mama pun sambung belajar jgk..my mum ckp x slh pun husband n wife sama2 further study...aduihai dgr je la mcm mama ckp sblm ni mama rasa otak mama dh tepu la nk sambung study semula...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, December 13, 2012

JJCM ~ Rojak & Cendol UNITEN

Cendol & Rojak Sotong @Uniten























As Salam,

Alhamdullillah kenyang hari ni pekena Rojak & Cendol Di UNITEN...kat sana byk betui pilihan nk mkn skrg ni, pelbagai cucur n pisang goreng ada, tp plg terkenal rojak n cendol dia...bulan lepas dh pekena sekali, hari ni dok pekena lg...ari tu mkn rojak ayam hari ni try mkn rojak sotong pulak...sedappp..bertambah sedap kwn yg belanja hari ni..tq my friend :-*

Mulanya nk mkn asam pedas dkt food court Uniten...sanggup my friend nk bawa sbb mama yg teringin nk mkn asam pedas dok citer ngan dia aritu g melaka x sempat mkn asam pedas....mmber dh willing nk bawa sekali dh tutup rupanye restoran asam pedas tu...so itu yg terus buat pilihan mkn rojak n cendol di uniten je....dah la bawa kita g mkn siap dia belanja kita sekali...moga kawanku ini terus dilimpahi rezeki...amin.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, December 12, 2012

WW| Makaroni Bakar Lagi!

As Salam,

Makaroni Bakar lagi, tapi ni bukan menu lunch hari ni, ini menu petang 2 minggu lepas..hehe, antara menu feberet n senang dimasak if cukup bhnnye...nak cuba masak boleh la try intai resepinya DISINI. kalau tgk masa 1st time Mama buat x cantik pun rupanya..ini lah yg dikatakan 'practice makes perfect'..now dah makin maju...:P (angkat bakul sendiri..)



Selamat tengahari n selamat menjamu selera semua ..^_^..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

12.12.12

As salam,

Cantik tarikh hari ni kan 12.12.12..., mesti ramai yg pilih tarikh ni untuk special majlis walaupun jatuh pd weekdays bkn weekend.

Xde yg special pun pada mama tarikh hari ni cuma pada tarikh hari ini Mr. Papa pergi register belajar di poly PD. Dah selamat bertolak pun pada jam 7.30 pg tadi..so hari ni Mama bercuti rehat lg la supaya xdelah papa terkejar2 nak hntar Mama g opis dulu.

Kalau ikut plan asal Atok n Nenek Zaquan n Ziqry nak ikut mghntar papa ke poly PD n time Papa g register n taklimat atok nak bawala cucu2nya mandi pantai. Tp x jd sbb kebetulan ptg semalam ada kematian dkt tmn perumahan family mertua so nak pergi menziarah la hari ni n mereka pun sibuk catering dh hujung2 thn ni.

Papa pun ada offer mama ikut sekali ke PD, Tp itulah memikirkan nnti mama nak kena jaga 2 heroes tu sorang2..susah jgk..rasanye setengah hari gak kot br selesai urusan register n taklimat tu. Kalau ada Atok n Nenek sekali pergi x pe jg.

So keputusannye mama dok umah jaga anak2 je ari ni, nnti klau urusan papa abis cepat bolehlah kita jln2 ke The Mines skjp ye hari ni Papa(dah inform pun kat papa)...hehe...

ohh ye lupa pulak yg special nye hari ni..Ziqry genap berusia 1 tahun 7 bulan (12.5.11~12.12.12)...Alhamdullillah membesar dgn sihat anak Mama ni...:-)

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, December 11, 2012

Unplanning Holiday ~ Redah Melaka | Hotel Budget~ Hotel Sunflower

As Salam,

Ini betul² unplanning punye holiday, Hari Jumaat petang (7/12/12)  Papa call opis, padahal dah nak balik dah time tu mcm ler x boleh cakap dlm kereta kan...hehe, tp sbb last minute punye plan, bincang terus dalam telefon ..

Ape nye la yg ad hoc tu kan? Papa call ajak nak tak g Melaka..ehhh mestilah nak...Papa kata jadi dia nak joint reunion sekolah dia kat MOZAC sbb ramai gak bdk sekolah dia yg joint, diorang ada nak buat tahlil sekali dkt sekolah...pastu dinner dkt restoran Dima (makanan Arab)..kalau nak kita redah je la..

So memang kami redah je tanpa booking hotel terlebih dahulu, yelah dh petang Jumaat baru buat confirmation nak joint..event nye Sabtu malam, so kami bertolak dari rumah kul 11 pagi ke Melaka, sekali belum sampai Nilai lagi pun dah jammed...rupanya highway sedang dalam proses naik taraf..tgh wat jalan...mmg jammed giler nak sampai ke Seremban, Kami selamat sampai Melaka jam 3 petang. 

Sampai² Melaka terus terjah Puteri Resort sbb mmg suka duk kat Puteri Resort, swimming pool dia besar..sekali penuh daa..terus berhenti dekat shell n check website semua hotel n call..boleh dikatakan semua hotel kami call dari semahal2 hotel hinggalah hotel budget abis  semuanya dah fully booked pd hari berkenaan...w/pun mulut masing² berkata xpelah kita balik hari je la, tp dlm hati sbnrnya berdoa adalah bilik untuk bermalam...hihi...kesian kat anak² diorang dah teruja kami dah jnji nak bawa mandi kolam, kalau xdpt mandi kolam pun if bermalam at least esok masih ada untuk bawa mereka ke Pantai...

At lastnye Papa kata xpelah kita try jgk cari mana2 hotel, hotel budget pun hotel budget la..kami try masuk dkt perumahan2 baru mana tau ada kan...alhamdullillah ada rezeki kami..dapat jugak hotel, mmg hotel budget la sbb xde swimming pool pun tp sgt selesa pada kami setakat untuk bermalam 1 hari kan n harganya pun sgt la berpatutan...

Kami bermalam di Hotel Sunflower yang terletak di Taman Pertam Jaya, Padang Temu Melaka..Ok la jaraknye xde lah jauh sgt pun nak ke Sekolah MOZAC dalam 20 minit. Kadar Hotelnya cuma RM118 semalam + Heritage Charge (RM2.00) = RM120 semalam..sangat berpatutan kan..siap ngan pakej Breakfast sekali tau. Memang hotel ni masih baru lagi rasanya, keadaannya pun nampak bersih dan selesa.


Hotel Sunflower


Yeay dah sampai hotel..


Ruang Lobby Hotel


Jom kita intai keadaan biliknya..

Katil King Size..
bolehla untuk kami 4 beranak sekali tido atas katil ni


Sampai² 2 beradik dah berguling² terus atas katil..
Zaquan terus bgtau Papa nak mandi kolam...kenalah explain hotel ni xde kolam..huhu
esok Papa bawa g mandi Pantai...(agak² jd ke planning kami untuk tunaikan hasrat anak² mandi manda???)


Depan Katil TV semata²...jimat ruang..


Ruang Meja Solek dan Toilet..
Ruang Gantung Baju dia sebelah kanan katil..


Pada kami dah namanye pun Hotel Budget tp boleh la bersih dan selesa, lepas ni incase kalau hotel² yg mahal fully booked bolehla duk sini setakat nak jalan² Melaka tu kan. Before this kami pernah try duk Hotel Budget dekat tengah² bandar Melaka tu x puas hati langsung...betul² budget cukup² untuk tido je..kettle pun x disediakan..tp time tu pk nak ke Dataran Pahlawan jalan kaki je...hehe

Pack jgk rasanya, check in Hotel pun dah kul 4.45ptg..dapat la rilex sekejap terus mandi sbb nak terus ke Aktiviti Reunion Sekolah di MOZAC..mulanya Papa nak bawa Zaquan je g sekolah, Mama n Adik lepak hotel dulu nnti time dinner lepas Maghrib Papa jemput la tp bila nak keluar je Adik dah merengek sama nak ikut..sudahnya kami semua Papa angkut g sekolah...hihi

Ok la..nnti sambung Papa mengimbas memori dia di Sekolah...^_^..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, December 10, 2012

Bluberry, Manggo dan Durian Crepe Menggunakan Resepi 5 Jenis Tepung

As Salam,

Ni projek seminggu yang lalu untuk try buat crepe menggunakan 5 jenis tepung, Hari Ahad lepas (2/12/12)  Mama try wat Bluberry n Manggo Crepe n masa Mama Cuti Rehat pada hari Selasa lepas (4/12/12) lebih dari bancuhan crepe ni Mama wat Durian Crepe pulak.


Sebelum ni Mama dah try buat Durian Crepe menggunakan resepi dari kawan Mama, kali ni Mama nak try buat menggunkan resepi 5 jenis tepung, resepi dapat dari Adik Ipar Mama, ikutkan kalau search kat blog banyak je kan resepi dia ni, tp disebabkan Adik Ipar dah cuba buat, lebih baik la Mama menuntut ilmu dari dia je..


Alhamdullillah Misi berjaya tp Mama ada ubah sikit resepinya..hehe



My Bluberry n Manggo Crepe..


Ini resepi nye..sms je ngan Adik Ipar minta resepi, tp sblm tu masa dia buat Mama dah tanya n bgtau dia nnti Mama nak try buat jgk ler guna resepi Adik ni n Mama pun mmg dah rasa hasil yg Adik Ipar buat..mmg sedap.



Kalau ikut resepi yg Adik Ipar bg ni, xde letak perasa, tp Mama memandai2 letak perasa tambahan untuk bluberry Mama letak perasa Orange Emalco dan untuk Manggo Mama letak perasa Pandan. Itu lah memandai ubah resepi so rasanye off coz la lari, bila letak perasa tambahan ni buat rasa dia muak sikit la bila kita makan, tp kalau makan crepe dia sahaja ok..tp bila orange kena ngan bluberry..out sikit la rasa dia, tapi Pandan mmg kena la ngan Mangga dan Durian. So pada Mama kalau x letak perasa tambahan lagi sedap sbb yang penting fillingnya tu dah confirm sedap. (So kalau kwn2 nak try buat, ikut la resepi asal yg kat text sms diatas tu ye...)

Macam biasa ini antara bahan2 utamanya. Lebih kurang je dgn resepi yg sebelum ni, bezanya ada 3 tambahan tepung - Tepun Pau, Tepung kastard dan Tepung Jagung serta guna susu cair (Mama guna susu full cream Dutch Lady), sebelum ni guna Santan.



Untuk resepi ni bancuhannya dapat byk itu yg mama bahagikan ikut kaler..Hijau Pandan  untuk Manggo Crepe dan Orange untuk Bluberry..


Langkah2 untuk membuatnya sama la seperti yang Mama pernah terangkan pada 1st trial membuat Durian Crepe


Sebelum ni Mama ada nasihatkan kat kawan² kalau nak buat, buat la kecik2 sikit, tp Mama tetap buat besar kuali tu..huhu, bkn ape sedap pulak melenggang kuali..:p

Serius tau kawan2, pd siapa yg betul2 nak buat tu mmg kena buat nipis2 sikit n kecik je, kalau wat lebar mcm Mama ni nnti bila kita nak lipat dia jd mcm tebal sikit la kat bawah dia, tp mcm Mama ckp sebelum ni la Mama buat untuk makan sendiri n ikut selera Mama je.. 

Ini la rupanye My Bluberry n Manggo Crepe..


Durian Crepe perisa pandan..^_^


Model x berbayar n peminat tegar crepe..Adik Ziqry...


Setelah mencuba 2 resepi untuk membuat crepe yg pelbagai crepe ada skrg ni kan..Mama tetap suka pada resepi yg 1st trial Mama buat tu, bkn bermakna resepi 5 jenis tepung ni x sedap tau...mmg sedap time mmbakor tu sbb Mama letak perasa kan, dah mcm bakor kek tau naik bau pandan n orange tu..Cuma pada Mama kalau nak kata yg betul2 lembut dan terasa lemak dia tu Mama prefer pada resepi pertama, ini pandangan ikhlas Mama setelah mencubanye sendiri..x tau la selera kawan2 kan..

Ape pun Mama x pernah rasa rugi untuk mencuba sbb mmg anak2 Mama suka sgt makan crepe ni..Zaquan n Ziqry dua2 suka mkn crepe dia sahaja, kalau Acik dia sibuk dok buat crepe ni masing2 dok minta kat Acik, sekejap je pulak tu makan habis 1 minta lagi 1..sampai naik segan dah Mama ngan Acik dia...sbb Acik dia buat jual...


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails