Klik2 My Heartbeat Yaa.. :)

Wednesday, March 27, 2013

WW| JADUAL PEPERIKSAAN



As salam,

Minggu lepas Zaquan ada exam yg pertama. Cian abg zaquan baru lepas baik dari chicken pox seminggu x dtg kelas, naik2 terus periksa. Tgk la jadual periksa tadika Zaquan, tadika tp mcm darjah 1 pulak kan..advance betul bdk tadika zaman skrg...kita dulu setakat belajar ABC je...huhu

p/s: minggu ni still minggu yg bz buat mama..tgh audit ni..hehee. Sorry x sempat terjah blog kwn2 minggu ni..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, March 25, 2013

Swimming Class

As Salam,

Now Mama ada aktiviti baru, swimming class..sila la percaya..(dah tua bangka baru sibuk nak belajar swimm kan..huhu). Skrg ni tetiba minat nak belajar berenang, padahal niat asal nak masukkan Zaquan kelas berenang tp Mamanye pulak terjebak belajar berenang..hehe.

Mcm biasa la kan..terjebak sbb ada geng yg mengajak + aktiviti yg sihat, bila difikir2kan balik x salah Mama belajar dulu dah pandai nnti boleh ajar Zaquan, tp papehal insyaallah Mama tetap akan masukkan Zaquan swimming class sbb kalau belajar dgn Cikgu maybe dia akan lebih faham n dengar kata, nnti Mama ajar dia main2kan pulak.

Berbalik pada Mama punye swimming class, Mama belajar class swimming di Presint 16, Putrajaya dengan bayaran RM 100 untuk 4 sesi termasuk RM20 untuk pendaftaran. Sekiranya nak sambung  for next month RM80 sahaja. Utk info lanjut boleh g ke website instructor kami ni di http://www.ezi2swim.com/

Mama amik kelas setiap hari Jumaat - 1.00tgh - 2.00ptg (menggunakan sepenuh masa waktu rehat yg panjang) + ada geng sama2 belajar. Mama joint kelas ni bersama 6 orang opismate Mama, ikutkan kami ramai satu unit termasuk bos2 satu kepala joint kelas swimming ni, tp kami pecah 2 , 1 group di Presint 16 dan 1 group lagi di Pusat Maritim Presint 5. Berpecah sbb dah confirm dgn Cikgu di Presint 16 baru 1 of my friend perasan My Deal ada buat promosi class renang utk 6 sesi cuma RM90 n paling best dkt Pusat Maritim kolam renang dia berbumbung. Ermm..tp kami gamble je tempat x berbumbung pun ok pe yg penting mmg nak belajar..Alhamdullilah 1st class pergi dah seronok. Insyaallah nnti Zaquan punye class Mama nak try amik di Pusat Maritim, Presint 5 sbb dah try bawa anak2 kesana best pulak tempat dia..:), bukan bermaksud Cikgu di Presint 16 x best..yg Mama belajar ni pun mmg best..cuma x dinafikan suasanannya lg best di Maritim..besar dan selesa sgt2..

Jadual Kelas
Hujung Minggu pun ada kelas, tp Mama cuma amik setiap hari Jumaat.


Attendance Card, Alhamdullillah dah 2 sesi Mama pergi..
Sgt2 best belajar swimming ni tau, paham dah rupanye x susah pun nak berenang yg penting tau teknik..hari pertama bila dah tau teknik dh pandai terapung n berenang sikit2. Memang Mama amik class ni cuma utk tau berenang bukannye nak belajar segala jenis gaya berenang..hehe


Waktu Operasi Kolam Renang Presint 16, Putrajaya incase kalau saje2 nak dtg bawa family swimming..


Inilah dia tempat kami belajar
Kolam Renang Presint 16, Putrajaya.
Kalau nak tau ramai rupanye yg belajar swimming ni,
sblm nak turun class risau gak dah tua2 br nak belajar sekali ramai je yg baya2 Mama belajar n yg berumur pun ada yg belajar..so jgn malu2 nak belajar swimming ni..


Ini kolam utk kanank2.


Nak belajar berenang ni untuk permulaan costingnye boleh thn tinggi, lagi pulak sblm2 ni Mama mmg x pernah ada baju renang yg betul..

Disebabkan nak belajar berenang kan..beli jgk la Goggles yg siap ada power mata n baju renang muslimah. Goggles ni siap bayar hutang dgn instructor (sbb dah berabis beli baju renang muslimah) , nasib baik instructor boleh lebih kurang..hehe, Goggles ni RM50.


Baju Renang Muslimah Brand Arena ni Mama beli dkt Parkson sbb ada less 50% dapat la RM184.50 daripada RM369. Tp yg x bestnye my friend pergi minggu lepas dapat RM150 tp Parkson tulis kat situ 50% jgk..ishh..musykil sungguh cara pasaraya2 buat sales skrg ni, mana satu harga yg betul pun x tau. Ohh ye tp kalau ada yg nak cari Baju Renang Muslimah, instructor kami pun ada jual mcm2 brand.., Brand Arena pun dia ada jual RM180 je. 


Abaikan bentuk badan yg dah semakin chubby skrg ni,
so kena la cepat2 belajar swimm supaya boleh selalu buat aktiviti swimming sbg salah satu aktiviti senaman..kann..kan...

kawan2 x berminat ke belajar berenang ke kwn2 Mama ni semua dah pandai berenang..^_^..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, March 21, 2013

1 Million Women Purple Walk 2013 | Kami Pun Berpurple Walk Jugak

As Salam,

Hujung minggu lepas (17/3/2013) Mama joint aktiviti 1 Million Women Purple Walk di Putrajaya. Aktiviti Purple Walk ni dijalankan satu malaysia pada hari berkenaan. Ikutkan Mama bknnye nak joint sgt tp sbb time tu dekat opis Mama ni ckp setiap seksyen kena bagi nama dalam 17 orang n kalau boleh mmg bos minta pergi, Mama kata Mama boleh pergi tapi nak x nak kena bawa anak la, n dibenarkan bw anak..so redah jgk ler bawa anak2. (beriye la opis Mama ni amik nama, sekali dah sampai berterabur..sampai ke sudah x jumpe pun kwn2 seopis..huhu)


1st time ni nak pergi aktiviti sebegini sendirian dgn anak2 tanpa Mr. Papa. Memang risau je kalau anak2 meragam. Ikutkan majlis bermula awal pagi..jam 8 pagi sepatutnya dah berkumpul di Dataran Putrajaya, tp Mama bawa askar 2 orang ni pukul 8 pagi baru nak bertolak dari rumah..huhu, so Mama sampai lewat la..kul 8.30 pg baru sampai. Sebelum kuar rumah Zaquan dah meragam kata xmo ikut Mama pulak sbb Mr. Papa time ni blom kuar rumah utk g kelas, so dia igt Papa dia x g kelas, dia nak ikut Papa pulak..sempat la Papa layankan kerenah dia dulu belikan nasi lemak n kuih sblm bertolak n paksa gak dia ikut Mama dgn nangis2/ngamuk2 dlm kereta.

Alhamdullillah Allah permudahkan urusan Mama utk joint aktiviti ni, sampai2 je Zaquan dah baik dari ngamuk dia tu, Adik Ziqry mcm biasa cool je tgk Abg dia nangis. Disebabkan dah kuar lwt kan, utk selamat Mama parking je kat tempat berbayar di PJH sbb takut nak parking kat tempat2 yg sesak, tp sbnrnya org je yg ramai tp kereta xde pun byk, byk je tempat parking sbnrnya..(rugi je parking tempat berbayar..huhu)

Siyes Mama pun x sangka anak2 Mama sgt teruja nak berpurple walk rupanye, Mama ni dah nekad dah ni incase kalau anak2 wat perangai meragam mmg nak chow je, sekali diorang pulak excited nak berjalan..jgn x caya kami berjalan kaki dari bangunan PJH ke Dataran Putrajaya (Palace Of Justice) boleh thn letih jgk..tp x sangka anak2 dpt berthn tanpa minta di dukung. Kalau x tu Zaquan tu selalunya jalan sikit dh minta kita dukung, ini dia pulak yg ckp dgn kita 'Mama cepat la jalan'.

'Adik kena jalan ye',
'Best jgk dpt berjalan tempat luas mcm ni Mama'..


'Cepat la Mama n Adik'
Abg dah maju ke depan


Anak2 semangat berjalan sambil bernyanyi sbnrnya..
Especially Zaquan la dekat sekolah mmg hari2 nyanyi lagu I'm 4 U dan 1 Malaysia
Time ni sepanjang kami berjalan sementara menanti ucapan dari YAB Perdana Menteri Malaysia berucap, berkumandang lagu2 1 Malaysia, I'm 4 U dan lagu2 khas buat perwira2 negara..


Singgah skjp Kaunter Makanan
Makanan Free disediakan..


Terduduk Adik skjp sambil menunggu Mama amik makanan


Dah amik makanan kan, kita isi perut dulu la, dari pagi x mkn ape pun lagi ni..
Nasi Lemak n Kuih Tepung Pelita tu beli sendiri, yg free nya Nasi minyak ayam masak merah tu je
semua orang pun duk lepak makan kat tepi2 jalan je, so kami pun amik la tempat teduh utk makan. 

 Muka Happy dah kenyang..


Setelah penat berjalan akhirnya sampai jgk kami di Dataran Putrajaya..

Adik yg sporting bergambar..



Abg mcm biasa mahal betul nak tunjuk muka dia, sekali cukup la..kalau asik nak amik gambar je mula dia berangin...


Abg sibuk ajak g stage tgk Stacy buat persembahan (Zaquan ni peminat Stacy..lagu stacy tu lancar je dia nyanyi..), tp cuaca panas..ikutkan jgk terjah skjp..sudahnye dia sendiri x thn dgn cuaca panas..


 Akhirnya kami lepak bawah pokok dekat area ASNB berhadapan Stage tu..


Masa untuk balik..ada pulak org jual2 benda alah ni..mainan bubble..ermm mahal giless pun terpaksa beli supaya mood anak2 x spoil /x meragam.., masing2 dah pandai meminta utk beli..


Amboih srnoknye dia dapat apa yg dihajati..


Keseluruhannya srnok jugak sesekali joint aktiviti mcm ni if anak2 bagi kerjasama, mmg betul2 terasa berpurple walk sbb berpeluh2 gitew..secara x langsung w/pun x sempat joint senamrobik pagi tu berjln kaki pun dah kira aktiviti bersenam..selain dari amanat dari our PM, aktiviti lain adalah berhibur dgn persembahan artis2 jemputan seperti Stacy, M. Nasir n lain2 Mama x berapa layan pun n pengacara majlis pada hari berkenaan adalah AC Mizal.

Alhamdullillah anak2 bg kerjasama yang baik tp ada perkara lain pulak yg x terjangka jd pd kami, Mama kan parking di parking berbayar di PJH, boleh pulak mesin bayar parking tu x terima note/wang kertas..hanya terima syiling..dah la tu kaunter xde org jaga, menggagau Mama mencari syiling dah la byk kena bayar RM7.50, syiling ditgn time tu cuma ada RM1.20..huhu, terpaksa la Mama wat muka tebal minta tukar dkt org2 yg berada berdekatan situ, nasib la ada budak2 sekolah kat situ..dpt jgk la Mama tukar syiling RM8. kalau x..jln terakhir jalan kaki ke opis Mama sbb Mama mmg ada simpan syiling dlm laci..huhu..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, March 19, 2013

Yang Ditakuti Akhirnya Terjadi Pada Zaquan

As Salam,

Berhabuknye blog...seminggu ditinggalkan tanpa n3 terkini, kebetulan mmg bz minggu berkenaan My Son Zaquan diserang Chicken Pox n Mama pulak ada Audit, dah la audit yang pertama utk tahun ni (w/pun audit bahagian sendiri je..hehe), mmg x leh nak skip..nasib baik jgk ler Mr. Papa boleh bercuti utk jaga Anak pada minggu lepas n minta jgk tolong Atok n Nenek Zaquan n Ziqry tolong jagakan. Mama pulak amik cuti semalam (18/3/2013).

Akceli mmg 2-3 hari sebelum Zaquan confirm disahkan jangkitan Chicken Pox, hati ni risau n mmg ada instint yg dia akan terkena sbb ada 2-3 orang kawan sekolah dia dah ada yg kena chicken pox n tgh musim kot skrg ni ramai gak anak2 kawan2 yg anaknya diserang chicken pox kan.

Kalau ikutkan rupanya Zaquan dah diserang Chicken Pox pada hari khamis 7/3/2013, tp Mama cuma sedar chicken pox dia tu pada hari Sabtu (9/3/2013) sbbnya sblm ni Mama perasan pada hari rabu dkt dahi dia ada tanda cakar n dia bgtau kawan sekolah dia yang buat sbb berebutkan mainan, esoknye bertambah lagi kesan merah dkt dahi dia, mcm bengkak, kami cuma tegur eh abg gaduh lg ke ngan kawan n nasihatkan dia jgn la gaduh2 ngan kawan2 n pesan jgn lagi bawa2 mainan g tadika...x sangka rupanye itu tanda chicken pox..dah merah maybe sbb dia garu n masa tu x nmpk pun mcm berair. 

Hari Sabtu (9/3/2013) Mama bawa anak2 balik rumah my parents, Mr. Papa mcm biasa hujung minggu ada kelas. Kebetulan hari kami balik rumah my parents, adik beradik Mama yg lain pun balik, so kami plan g jalan2 di Aeon Cheras Selatan. Dalam kereta OTW nak  ke Aeon Cheras Selatan baru perasan dekat dahi dia tu mcm berair, terus sms Mr. Papa n Papa terus suruh check badan dia n sah la chicken pox ni sbb ada 2 biji lagi dkt perut dia. Tp disebabkan dah sampai pun Aeon kan so selamber jela bawa anak2 main sbb dah janji..

9/3/2013..OTW nak ke rumah Wan Ummi diorang dah tertido dalam kereta, lena pulak tu sbb hujan.., suka tgk diorg tido berdua..time ni x tau lg Zaquan sbnrnya mmg dah terkena Chicken Pox, kalau tau mmg x bg dia lentok2 ngan adik camni..


Sempat lg bermain w/pun Zaquan time ni confirm chicken pox..
tp hati Mama risau x terkata..sbbnya memikirkan Mama x leh nak amik cuti sbb ada Audit, 
nak x nk minta tolong Atok n Nenek Ziqry jagakan pada hari Isnin (11/3/2013), keesokannya 12/3/2013 Mr. Papa cuti sbb Atok n Nenek ada check up hospital. Esoknya (13/3/2013) minta tolong semula Atok n Nenek jagakan, n 14 -15/3/2013 Mr. Papa amik cuti semula.


Ikutkan mmg balik ari Aeon ni Mama nak terus bawa Zaquan g klinik  tp Zaquan pulak xmo ikut Mama balik rumah, nangis2 dia nak tido umah Wan Ummi sbb ada ramai yg melayan dia + sepupu twins dia pun ada. So keesokannya baru Ucu Apit dia hantar Zaquan balik rumah, dah sampai rumah dia nak g klinik ngan Papa jgk, so itu yang Ahad malam (10/3/2013) baru kami bawa Zaquan g klinik.

10/3/2013..Disebabkan lambat g klinik, dah mula merebak chicken pox dia, paling byk naik di muka..tp alhamdullillah Zaquan x demam..


Doktor mengesahkan confirm Chicken Pox..
tp sedeynye MC cuma dpt utk anak, Doktor x leh kaw tim atas nama penjaga..huhu


 Baru balik dari klinik terus sapu ubat satu badan...cepat je merebak..bintik2/cecair merah chicken pox ni..


Zaquan cakap dah mcm hantu pulak muka dia..bertepek2..


Alhamdullillah Zaquan cepat baik, betul2 satu malam je (mlm 10/3/2013) dia susah nak tido asik terjaga2 sbb x selesa badan n nangis2 ckp gatal.. tp selepas tu w/pun nampak semakin byk naik chicken pox dibadan dia tp dia xde la nangis2 lg kata gatal n tido pun dah x terjaga2..

Kesan parut yang tinggal pada 16/3/2013..Alhamdullillah kesannya x teruk sgt, dekat badan, kaki dan tangan x nmpk sgt kesannya pun tp itulah yg teruknya dkt bahagian muka..


19/3/2013...Back To School setelah seminggu bercuti dengan 2 parut besar di dahi.. hari pertama sekolah selepas bercuti muka monyok je nmpk mcm x sihat, tp sbnrnya alhamdulillah dia dah sihat sepenuhnya..cuma tu lah kesan parut di dahi dia tu besar betul, sekali pandang mcm bisul.., pagi td terus tertanggal 2 kuping di dahinya..itu yg berserah je hantar dia g tadika hari ni..


Adik muka happy, Alhamdullillah Chicken Pox Abg Zaquan x berjangkit pada Adik Ziqry w/pun hari2 Adik sentiasa bersama Abg, yelah Abg x g school dia pun sama kami x hantar ke taska, Seminggu adik x g taska, terus baik selsema dia, kalau x hari tu kan mama ada ckp yg dia punye selsema berlarutan sampai sebulan lebih...


Mood: masih kebizian lagi..huhu

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Saturday, March 9, 2013

Kerap Demam

As Salam,

Rasanye baru je Mama cerita yang Ziqry diserang demam panas pada 18 Feb 2013 disebabkan gusi bengkak nak tumbuh gigi, baru2 ni 5 Mac diserang demam panas lagi, macam biasa Cikgu Taska Ziqry akan call kalau tiba2 anak kita diserang demam panas, macam Ziqry petang 5hb tu Cikgunya call bgtau suhu badan Ziqry tinggi sampai menggigil, so kul 3.30ptg Mr. Papa pun jemput adik dari taska dia, nak x nak bawa jgk la Ziqry g opis Papa baru g klinik. Balik kerja terus g klinik kesihatan kat Bandar Baru Bangi. Memang just demam panas biasa je + selsemanya yg masih jgk x sembuh2..

Demam kali ni Ziqry meragam sangat, walaupun badan dah dedar2 pun merengeknye lebih, daripada pemerhatian Mama gusinya membengkak semula, itu yang sampai dia x selera makan, makan ubat pun x lalu. Selalunya Ziqry ni jenis yg senang nak makan ubat, selera pun kalau demam masih igt makan lagi..kali ni terasa betul tgk dia sakit. Mama EL pada 6 Mac 2013 jaga Adik dirumah, siap masak kan bubur utk bdk demam ni, tp seksanya nak paksa dia makan, mmg kena paksa sampai bg dia makan sambil dia berbaring..

Adik Ziqry sebelum, semasa dan selepas ke klinik..cian mmg muka x bermaya


Pagi lps puas menyusu badan, masa untuk makan ubat, tengok meronta2 nangis xmo makan ubat, kalau x abg punye ubat pun dia nak makan.


Selepas makan ubat dan mandi..terus lena, Mama pun terus lena jgk, sbb siyes time ni Mama pun rasa mcm Mama pun demam jgk, yelah cuaca panas skrg ni n now suara mama sampai serak2 basah sbb kering tekak.


Kalau sebelum ni Abg kalau Adik x g school dia pun sama nak ngelat xmo g school, tp kali ni abg good boy dia x ngelat dah, dia sendiri nak g school, akceli Zaquan ni mmg xde masalah nak g school setakat ni..srnok je nak g school cuma kalau kena angin tetiba xnk g school tu tau dah mesti adalah yg kat sekolah tu dia x berkenan.

Abg mau g school

p/s: di opis skjp, sbb amik brg yg tertinggal sambil tu terus up 1 n3 utk hari ni..hehe..sat g nak balik cheras skjp..
                 
Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, March 8, 2013

Terjebak Membeli Shawl Online

As Salam,

Terjebak jugak akhirnya, kalau dulu suka beli baju budak secara online, now terjebak beli shawl secara online pulak...hehe, ini semua pengaruh opismate..eh boleh pulak slhkan opismate..kalau diri tu leh thn nafsu membeli msti x terbeli punyer..ok2 slh diri sendiri..:p

Terjebak membeli bila 2-3 orang opismate yg dah beli dulu kata shawl yang dia beli di Shawlbyvsnow ni sedap n senang dipakai, materialnye pun ok n yg penting panjang n cutting halfmoon..kan tgh pesen halfmoon skrg..(Mama ni ikut jgk peredaran fesyen ye..). Lepas tu bila my friend tanye je 'K.Ct nak join beli x ?' , mulut ni lancar je cakap..'boleh jugak..' hehe, sbb kebetulan hari tu shawlbyvsnow buat promosi beli 20 helai free 1, amek kaw..sudahnye 1 unit kami membeli.., daripada nak dptkan 20 helai sampai 25 helai kami beli, itulah dia my opismate..sehati sejiwa kalau bab² shopping online ni or ape2 aktiviti pun la, mesti berjangkit..kalau sorang kata ok..yg lain mesti terikut n joint...

Ini lah shawl pertama yg mama beli secara online..
(itupun nak cerita kan..:P)
Scarf Essential
Material : High Chiffon
Design/Cutting: Halfmoon
Price : RM28

2 helai..kaler Chocolate n Charcoal..


Berminat..leh la cuci mata di sini http://shawlbyvsnow.blogspot.com/


Setelah memiliki dan mengenakannye sendiri..terbukti mmg selesa dan senang dipakai..setelah dililit pun hasilnye di bahagian hadapan dan belakang still labuh tau..
ikut kita la nak buat 2 layer di hadapan atau belakang, mama selesa pakai camni, bahagian belakang nmpk mcm tudung 2 layer..


 Ohh ye dari segi material mmg puashati, tp 1 je la kaler tudung tu uolss x leh la nak dpt betul2 mcm warna seperti di gambar, maybe sbb teknik editing pic, ada jgk ler yg bila dapat adeii..kenapa x sama kaler sperti di gambar..

Kalau tgk Mama pakai mungkin x tergoda nak beli, tp kalau uolss terjah website shawlbyvsnow ni sendiri mesti x jemu tgk model@owner dia pakai..cantik sgt, x mustahil tergoda nak terjebak membeli..hehe, suka sgt tgk amirah ni..sweet sgt kan..

cilok pic di website beliau..shawlbyvsnow


P/S: Rasa mcm nak tambah koleksi shawl ni lg la, nak beli kaler Platinate Blue dan Orange..ohhh tidakk..susahnye bila dh syok mmbeli online ni..:p

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, March 7, 2013

Dah Rasmi Butang Baju Melayu Upin & Ipin

As Salam,

Butang baju melayu yg Mama beli di booth Upin Ipin di Ekspo Buku Islam 6 Putrajaya hari tu bukan main suka lagi Zaquan bila dapat n x sabar nak pakai dgn baju melayu dia, Setiap hari Jumaat kan Zaquan ke sekolah pakai baju melayu. So Jumaat lepas Zaquan dah rasmikan butang baju melayu Upin & Ipin dia tu..bila diajak bergambar pun senyum je dia sbb happy dpt brg baru, Adik pun pandai jeles tau..Mama beli satu je sbb Adik Ziqry pun xde baju melayu cekak musang, semuanya baju melayu kurung johor..tgk abg dia pakai, dia pun sama menangis tunjuk kat butang tu nak jugakkk...nnti adik dah ada baju melayu cekak musang..mama belikan ye..


Butang Baju Melayu Upin & Ipin kesukaan Zaquan 



See...pose senyumm..
Abg dah pakai butang baju melayu upin ipin 
nnti abg nak pakai lagi..katanye, siap hari Isnin nak g school tanye hari ni abg pakai baju melayu kan..amboih cepatnye hari jumaat sekali lg..


Mama n Adik pun nak enterframe..hehe
Adik Ziqry skrg ni suka na buat mulut duck tu..


Minggu sudah jgk berlangsungnya Karnival Wow Putrajaya 2013 dari 28 Feb hingga 3 Mac 2013, w/pun karnival berlangsung depan opis je, tp tahun ni x berjln sgt kesana, pergi betul2 utk makan je, lgpun cuaca panas n tgk booth2 pun lebih kurang sama je mcm thn lepas, xde la teruja na nak pergi..hehe, tahun lepas siap bawa Zaquan g terjah Karnival Wow ni..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Hasil Rembatan di Ekspo Buku Islam 6 Putrajaya

As Salam,

Dah berakhir pun Ekspo Buku Islam 6 Putrajaya iaitu pada hari ahad lepas (3/3/12). Selama berlangsung Ekspo berkenaan dari 22 Feb hingga 3 Mac 2013, Mama terjah sampai 3 kali..hehe

Pergi sampai 3 kali xde la Mama borong buku pun, cuma kalau dah sampai ekspo2 buku ni, leka dok belek2 buku kat situ.., Ini antara yg sempat mama rembat..kalau ikut hati byk buku nak beli..

Idaman hati, itu yg hari gaji pd 25hb terus terjah kali kedua ke Ekspo berkenaan..
kebetulan pulak ada offer 20%  - dapat RM44 daripada RM55.
Al- Quran Al Karim dengan Panduan Waqaf & Ibtida'
Bagus sgt Al-Quran dengan panduan Waqaf  & Ibtida' ni sebagai panduan kita sbb x dinafikan Mama ni nafas dah la pendek kadang2 tu baca ikut suka je berhenti kat mana, sbnrnya ayat2 al-quran bukan sebarang2 kita boleh berhenti dan mulakan..takut lari makna..


Untuk Zaquan, Butang Baju Melayu Upin & Ipin. RM10 je.
ehh..lari betul g ekspo buku dpt butang baju melayu..
Nnti Mama up next N3 betapa srnok n terujanye dia dpt butang baju melayu Upin & Ipin ni.

Kali ketiga pergi, nampaknye Mama menambah koleksi buku resepi.., Masa mula2 terjah Ekspo ni mmg Mama dah beli buku resepi, padahal masaknye x seberapa, beli je lebih..hehe, ntahlah jadi tabiat pulak buat koleksi buku resepi..xpelah anggap je suatu masa nnti akan try juga masak guna buku2 resepi yg ada..hehe, lepas tu terjebak beli CD lagu Ana Muslim utk Zaquan n Ziqry, tgk member beli..Mama pun terbeli jgk..,Mama ni bkn boleh..mudah terpengaruh gak sbnrnya..


Tak lupa jgk poster2 ni..dh selamat tampal dalam bilik belajar Zaquan n Ziqry..


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Projek Memikat Suami

As Salam,

Tajuk x menahan..hehe, projek memikat suami ape pulak Mama nak buat ni, upss..projek baca novel la.., sedang membaca novel yg bertajuk 'Projek Memikat Suami'..belum habis baca lagi, baru sampai bab sepuluh..kisah tentang perkahwinan yg diatur oleh keluarga..so nak review lebih2 pun x khatam lg kan..., Dah baca sampai bab 10 ni not bad la cerita dia..besh jugak..^_^..

Dah lama betul tinggalkan hobi membaca novel ni, last novel yg dibeli..'Ombak Rindu'..itupun sbb penangan filem Ombak Rindu, ni tetiba nak start balik baca novel. Akceli mengecek BB1M Mr. Papa..dpt sebuah novel pun jadila..hehe, Tq Papa :))

Bila dah lama x jd kaki novel ni kan, bila masuk MPH tgk tajuk2 novel yg ada..sampai rambang mata nak pilih novel mana yg best...lg pulak skrg ni tajuk2 novel pun semuanya bahasa gempak2..bahasa org2 muda skrg..(terasa diri ni dah tua sbnrnya..). kalau dulu rasanye novel yg dibaca kebanyakkannye mmg jiwang2 karat..bahasa puitis2 gitew..skrg bahasa sempoi2..hahaha..(sekadar pandangan Mama shj..)

Menambah koleksi Novel
Tajuk Novel: Projek Memikat Suami
Tarikh Beli :  4 Mac 2013 - MPH

p/s: 3 hari blog x berupdate, sbb line internet slow tahap gaban kat opis ni, bukak time waktu rehat ni pun mcm semut..ntah 2-3 hari ni line sgt slow, bkn Mama x terjah blog kawan2 tau, terjah tp bila nak komen failed..huh..tension je.., dah la My Note dah start meragam.baru pakai setahun bateri dah kong giles..huarghhh...knape semua gadget yg Mama pakai hanya dpt bertahan setahun je...huhu :(

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, March 1, 2013

Baru Pakai 3 bulan Dah Kena Buat Baru!

As Salam,

Kadang2 tu tension je jd bdk kacamata ni kan, bkn ape... Mama ni sejak dah ada anak ni, kerap nau tukar kacamata, tp bkn sbb saje2 tukar ikut fesyen ke ape ke, tp sbb my heroes ni tangannye pantas sgt mencapai kacamata yg Mama pakai, lps tu bila kita tido dah letak atas almari pun time kita leka or tertidur tau2 patah dua spek kita dibuatnya...

siyes tension jd bdk rabun ni, ini merupakan kali yg keberapa ntah tukar spek, dari spek mata yg paling mahal sampai la yg murah semuanya jangka hayatnya lebih kurang sama je...haha..Spek paling mahal Mama pernah beli berharga RM600 jenama Morgan..itupun dapat bertahan setahun je, pastu tukar pulak yg murah pun sama bertahan setahun, lepas dr tu..bila dah setahun sekali asik nak kena tukau spek je Mama mmg beli pakej yg murah je, kalau boleh diselamtakan kanta dia Mama akan tukar bingkainye sahaja. Ye lah spek mata pakej murah pun bukannya murah sgt..paling murah pun mesti RM199 kan..itu belom top up nak kanta jenis yg baik punye..huhu

My New Speck..Purple Kaler.., Kali ni buat tukar bingkai je..sbb spek yg lama tu baru buat 3 bulan dh nak kena tukar yg baru.., lg pun spek yg lama tu kantanye Mama buat kanta yg baik punye..hehe n yg rosaknye bingkainye tu dah terkepak. Nasib la dkt area perumahan Mama ni ada kedai spek..so terjah kedai spek area rumah je..selalunya Mama suka beli spekmata di kedai A-Look Eyewear di The Mines..tp nak menunggu Mr. Papa bawa ke The Mines tu yg xde masa..

My New Speck..Purple kaler..
Tarikh beli : 24 Feb 2013 (saje je nak simpan tarikh beli nak tgk bila pulak nnti kena tukar spek baru). Hope dpt bertahan lama..X larat weii nak tukar spek setahun sekali..

Amacam ok x dgn muka Mama..
dah beli pun Ok kan je la..hahaha

 Spekmata yg cuma bertahan 3 bulan..


Ini pic Mama pakai spekmata Morgan yg Mama kata spek plg mahal Mama pernah beli..
ehh lebih kurang je kan dgn spek biasa kaler purple yg Mama baru beli ni..haha
t

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails