Klik2 My Heartbeat Yaa.. :)

Friday, April 26, 2013

Tamat Sudah Kelas Berenang



As salam,

Alhamdullillah mama berjaya tamatkan kelas berenang yg mama sertai. Ala 4 sesi je..so skjp la abis, 2 minggu lepas lg mama dh abis class sbnrnya n selama 2 minggu class dh abis ni mama still teruskan aktiviti swimming di tengahari jumaat, mama joint swimm dgn kawan2 yg ada class swimming di Pusat Maritim pulak, diorag class 6 sesi so diorg joint class, mama pulak training..:)

Alhamdullilah jgk..Mama dh boleh berenang sikit²..(teknik tu dah tau tp nak dpt rhythm n expert kena more practice), tapi satu teknik je lah. .gaya katak. Ermm kalau nk tau teknik/gaya renang lain kena sambung class lg la ( teringin nak belajar berenang gaya bebas pulak). Haha..beriye je Mama ni, hari tu masa mula² bljr renang jnji pndai berenang satu gaya pun jd la, dh pandai satu nak satu lg...heheh...siyes dh giler swimm dh Mama skrg ni, itu yg x cukup hr jumaat setiap hujung minggu kalau free mesti nk g swimmm...

Kalau ikutkan hati mcm nak sambung je class lg tp Mama dh jnji nak masukkan zaquan class renang, so kena la tunaikan jnji cuma buat masa ni xdpt lg instructor yg boleh ajar zaquan, boleh je kalau nak masukkan zaquan kelas dibawah instructor mama tp kena attend class dkt presint 16 pulak, klau hujung minggu  mama nak kena hntar ke presint 16 susah sikit la sbb mslh parking sbb tu kalau boleh mama nak cr instructor yg mengajar class di Pusat Maritim jgk..nak amik instructor yg kwn2 mama bljr di Pusat Maritim ni dia jenis dh ramai student sampai kitaorg tgk dia sendiri pun x terhandle org2 yg bljr class dgn dia...ermm..tp Abg Zaquan jgn risau Mama tetap akan tunaikan janji Mama jgk ye..maybe time Abg dah genap usia 5 thn pada 06 Jun depan  ke..hope boleh jd hadiah besday buat Zaquan..dia mesti srnok sbb skrg ni pun asik ckp abg nak belajar berenang.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, April 24, 2013

Family Trip@Pulau Pangkor 15- 16 April 2013 | Perjalanan ke Pulau Pangkor

As Salam,

Seperti yang dirancang, pagi selepas sarapan kami semua bertolak dari Bidor, Perak terus ke Lumut untuk menghantar MIL, FIL n Zaquan yang akan sambung bercuti ke Pulau Pangkor (bermalam).  Secara x langsung kami turut sama ke Pulau Pangkor tp balik hari sebab waktu operasi last feri adalah pada 8.30 malam. (so sempat la kalau nak balik hari pun..)

Perjalanan dari Bidor ke Lumut megambilmasa lebih kurang 1 jam lebih je, sampai² di tempat parking depan Lumut Waterfront tu ejen dah siap sedia tunggu dah, tengok kami ni ramai tp sbnrnya yg nak bermalam 3 org je..hehe. Alang2 ejen tu beriye bercerita dgn kami semua, kami pun ikut je la sampai dia bawa ke tempat dia ni ha..Lumut Leisure & Tours..


Beriye la haa brader ni explain ttg bilik/chalet yang sesuai utk kami family besar ni, sekali bila FIL bgtau yg pergi cuma dia suami isteri n cucu, terus brader ni suruh amik pakej honeymoon, tp nak honeymoon camner cucu ada kacau daun...hehe. Bila bawa cucu ni yg penting kena la duduk hotel/chalet yg ada swimming pool (mmg niat Atok nak bawa cucu2nya mandi laut n kolam pun). Time ni memang FIL booked 1 bilik je la sbb mmg kami yg lain just balik hari je (ye ke ?).

Mama pun punyelah sengal betul2 bawa beg baju Zaquan je sbb Zaquan mmg confirm ikut atoknya bercuti ke P.Pangkor ni, boleh Mama x spare lgsung baju Ziqry sampaikan diapers pun Mama terlupa nak bawa. Ikutkan byk je lebih baju Ziqry Mama bawa tp tinggal dlm kereta la. Mama jd ala2 blur sbnrnya sbb Ini pertama kali la Mama akan sampai ke P. Pangkor, so bila kata nnti kalau pergi pagi sempatlah singgah P.Pangkor, Mama pun budget mcm dekat sgt P.Pangkor ni,  tau yg kami akan naik feri, tp mcm x jangka amik masa jgk tunggu feri nak jln, pastu dah sampai kena naik teksi/van lg ke chalet..(xpe2 anggap ini pengalaman dan peringatan supaya lepas ni x cuai lagi..). Nasib Dania (sepupu Zaquan n Ziqry) ada diapers, pinjam kakak Dania punyer n nasib baik jgk kedai runcit dkt Pangkor ada jual diapers..hehe


Akhirnya settle urusan booked bilik, FIL pilih Pangkor Bayview Beach Resort sebagai tempat penginapan pilihan lengkap ada swimming pool n jalan sikit dah jumpa laut, tempat makan pun senang. FIL amik standart room je la sbb nak duk bertiga je kan.., harga nye pun berpatutan disebabkan hari biasa dapat la diskaun RM70 daripada harga biasa RM110 per room (ejen tu la yg kata..)

Selesai urusan tempat penginapan, apalagi g beli tiket feri  la..(sponser by FIL). Tiket dari Terminal Jeti Lumut ke pangkor untuk dewasa RM10.00 dan Kanak² RM5.00 2 hala. (Kira murah la tambang feri dia pergi balik kan). 

Kaunter Tiket
Ada 3 buah syarikat pengangkutan feri 
(Syarikat Mesra Feri, Syarikat Duta Pangkor Dan Syarikat Pan Silver Feri )
harganya sama je semua.

@Terminal Jeti Lumut - Wah seronoknya Zaquan nak ikut Atok n Nenek bercuti ke P.Pangkor. Kakak Dania sepupu Zaquan n Ziqry anak Cute MuM pun teruja sgt tu nak ikut Atok g mandi laut n kolam..


Sebelum naik feri - masing2 kehausan cari kedai beli air utk basahkan tekak sambil tu sempat lagi bincang2 nak sambung cuti ke P.Pangkor ke tak? sbb beriye tau Ayah & Mak memujuk kami semua sambung cuti n joint sekali percutian ke Pangkor ni. Ayah la yg paling beriye n siap bgtau awal n suruh kami fikir2kan tawaran yg dia bg...iyelah percutian sponser sepenuhnya oleh Ayah. Cuma yg perlu difikirkan skrg ni cuma masalah cuti aje. Time ni masing2 masih keberatan lg nak sambung cuti..Mama ikut Mr. Papa la, kalau Papa kata ok je Mama pun ok je la..(teruja jgk sbb x pernah sampai..hehe), ikutkan kalau keputusan dibuat time ni sempat lg kalau nak amik beg pakaian, ini kami mmg sehelai sepinggang la ke P.Pangkor..itu yg sampai diapers Ziqry pun x teringat nak bawa.


Nampaknye bkn air je yg dibeli, Zaquan sempat paw bola gambar spiderman lagi, Nasib baik murah RM6.00 je so papa dia belikan je la..


Suka lah dah dapat kehendak hati


Ohh yeah masa untuk menaiki feri ke Pulau Pangkor..


Owhh laut..Owwhh pulau pangkor here we come..



Sempat la bergambar  berempat (satu2nya gambar family 4 beranak) @ Jeti Lumut menunggu ketibaan feri..



Yeay dapat naik feri..
Topi kakak Dania jadi rebutan Zaquan n Ziqry..huhu)



Cucu² Atok yg sgt seronok dpt naik feri, berceloteh je bdk 2 org ni..tanye itu ini dkt Atok, nasib la Atok mmg jenis rajin melayan cucu..


Kami duduk seat belakang sekali dekat dgn pintu keluar so dapat la Atok bawa cucu2nya amik angin luar feri..


Mama n Adik Ziqry, Adik sungguh pun x sihat, tp ligak jgk kehulu kehilir skjp dok ngan Mama, skjp nak dok ngan Atok, Abg n Kakak Dania..



Gambar x clear pun nak simpan kat sini :p
Almaklumlah x rancang nak g bercuti ke Pangkor pun so xde la usung DSLR, pic semua thru Note shj..:)


Alhamdullillah kami selamat sampai Pulau Pangkor lebih kurang pukul 1.00tgh kalau x silap. Perjalanan feri mengambil masa lebih kurang 25 minit, x sempat nak tido pun..hehe. Ok, nanti Mama sambung citer kami di Pulau Pangkor pulak.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, April 23, 2013

Holiday Perak 13-15 April 2013 | Kenduri Kahwin Sepupu Mr. Papa @Bidor Perak

As Salam,

Daripada Putrajaya perjalanan diteruskan menuju terus ke Destinasi iaitu Bidor, Perak. Tujuan utama kami ke Perak adalah untuk menghadiri kenduri kahwin sepupu  Mr. Papa yang diadakan pada 13/4/2013 (Tunang dan Akad Nikah) dan majlis kahwinnya pada 14/4/2013. 

Perjalanan kami berjalan dengan lancar, anak2 pun x meragam sgt, masuk highway KL je Zaquan dah tido dlm kereta, x lama lepas tu giliran Adik Ziqry pulak tido, kami berhenti di R&R pun hanya untuk ke toilet, x berhenti makan sbb dah dah ada bekal Mc'D (sempat g drive thru time isi minyak kereta di Sg. Besi).

Kami selamat sampai di Bidor, Perak lebih kurang jam 3.45ptg, kami terus ke rumah Pakcik di Bidor, Perak terlebih dahulu. Kami dtg awal mewakili FIL & MIL yang dtg lewat sikit sbb ada urusan catering. Kami sampai pun dah ramai jgk saudara mara yg dah sampai terlebih dahulu, niat dihati mmg nak tolong apa yg patut sbb majlis dibuat secara gotong royong, masak sendiri, tp dah ramai org yg menolong, kita yg baru dtg ni ala² terpinga² x tau nak tolong camner..ehhehe..(bkn alasan ye..)

Percutian ke Perak ni semuanya telah diuruskan oleh keluarga mertua Mama, n MIL yg deal dgn Pakcik di Perak, Ikutkan Mama pun cuma tahu lg seminggu nak ke Perak sbb Mr. Papa nak confirmkan dulu jadual class dia, kebetulan time kami pergi bercuti ke Perak ni time study week dia.., bila dah confirm baru Mr. Papa bgtau 'minggu depan kita nak g kenduri kahwin anak Mamak Kamil n jgn lupa amik cuti hari Isnin (15/4/2013)'. Owh ok yg Mama pun x tanye lebih² pulak ttg majlis kahwinnya tu, bila Mr. Papa kata 'nnti kita bertolak lepas amik report card Zaquan', so Mama budget majlisnya hari Ahad tu sekali la akad nikah dan kenduri, rupanya bertunang dan akad nikahnya dibuat pada hari Sabtu (13/4/13) malam lepas Isyak. bkn ape, sudahnya Mama bawa baju kurung sehelai je untuk majlis kenduri tu..huhu.

Slps lepak² skjp kat rumah Mamak Kamil,  Mamak pun bawa kami ke homestay, so kami rehat skjp di homestay, x lama lepas tu Adik Ipar call bgtau dia dah sampai Bidor tp igt2 lupa jln nak ke rumah Mamak Kamil, jd kami berjumpe di Restoran Mamak je (bkn Mamak Kamil, tp mapley deyy...hehe, satu2nya restoran mamak yg ado). So kami pun lepak² mkn n minum dulu n lepas tu terus ke Rumah Mamak Kamil semula.

Sedar x sedar dh nak dekat kul 6 lebih jgk, balik ke Homestay semula untuk bersiap untuk majlis akad nikahnya mlm tu. bygkan hari tu baru tau akad nikahnya mlm lepas Isyak (Mama je yg baru tau, org lain tau dah..gamble la pakai seluar n t-shirt je mlm tu).

13/4/2013 (Sabtu) - Selepas Isyak - Bertunang dan Majlis Akad Nikah

Ini la Homestay yang kami duduk.
satu taman je dgn rumah Pakcik.
ok boleh la lengkap setakat kami semua anak beranak duduk bermalam disini,
cuma yg x beshnye cuaca dkt sini panas betul, kalau ada econ syok sikit.


Biasalah homestay ibarat rumah tinggalla kalau xde yg menyewa, so my biras ada pengalaman seram jgk la yg dia rasa, tp alhamdullillah Mama xde pulak alami perasaan yg seram sejuk duk kat homestay ni.., lgpun Mama ni jenis tido mati..hehe

Bersiap sedia mau ke majlis akad nikah, 
Zaquan nampk mcm abg long sgt kan..

Pelamin
Cantik pelamin dia, simple but nice - kalerfull wif flowers


 Hantaran kedua belah pihak


Pengantin Perempuan @ Sepupu Mr. Papa.


Pengantin Lelaki, x nmpk muka sbb xmo pandang kamera, berdebar2 la agaknye menanti tok kadi tiba


Alhamdullillah, selamat diijabkabulkan


14/4/2013 (Ahad) - Majlis Kenduri Kahwin.

FIL n MIL sesudah subuh dah ke rumah pengantin mmg antara orang kuat yg menolong, kami kul 9.30pg baru nak gerak keluar rumah..hehe, dah sampai rumah pengantin Mama pun x tau nak menolong ape, menolong skjp, pastu melepak kat luar, time melepak tu Adik2 Ipar ajak g minum kat luar, so sempatlah kami g lepak minum keluar dulu n tinggalkan Mr. Papa yg dah mula bz menolong angkat2 brg, time ni org tgh bz merewang n masak sbnrnya..(nak menolong pun org mmg dh ramai menolong kat luar nun..alasan..,:p, sbnrnya nak tolong pun x tau nak wat pe, xpe la Papa ada sbg wakil kami semua..hehhee).

Pagi, OTW nak ke rumah pengantin, masing2 tgn x lepas dgn air boboiboy tu, air dia biasa je tp sbb botol air tu gambar boboiboy.(pengaruh kartun)


Balik dari minum terus balik ke homestay, tukar baju kurung siap2 n elok kami sampai pengantin pun sedang berarak.

Mama x byk amik gambar pun sbnrnya, nak bergambar bersama pengantin pun x berkesempatan. Papa bz menolong, Mama bz melayan Ziqry, sbb akceli Ziqry x berapa sihat so mmg time kami bercuti ni mmg byk jgk la peelnya..meragam lebih.Zaquan dah ada geng so mmg biar je dia lepas bebas.

Pengantin semasa makan beradab.


Disebabkan mama xde amik gmbar sgt kan,
sekeping pic ni mama cilok dr Fb pengantin..hehee..
Selamat Pengantin Baru buat kamu  - Masitah n Suami
Moga Kekal Bahagia Hingga Ke Hujung Nyawa..AMIN.


Keseluruhannya percutian kami ke Perak ni mmg betul2 untuk rilexkan diri, berehat di homestay dan byk masa kami habiskan lepak minum  sampai ke tengah malam bersama all family members..hehe...

Keesokkan paginya (15/4/2013) selepas selesai breakfast kami pun bertolak menuju ke Lumut n P.Pangkor seperti yang dirancang oleh Ayah Mertua, kalau ikutkan Ayah planning nak bawa cucu2nya mandi laut n kolam, n mmg dah pesan pada kami bawa lebih baju Zaquan n Ziqry nnti manalah tau kalau Ayah n  Mak nak sambung cuti. Tiba2 petang Ahad tu Ayah n Mak ajak semua singgah Pangkor dulu sblm kami semua balik, kiranya keluar awal pagi kami boleh balik hari n yg bermalam cuma Mak, Ayah dan Zaquan...tp sudahnya lain yg jadi...sambung next N3..^_^..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, April 22, 2013

Perjumpaan Ibubapa dan Guru | Kad Kemajuan Tahunan Zaquan

As Salam,

Pada 13 April 2013 (Sabtu), Tadika n Taska Zaquan n Ziqry belajar ada sesi perjumpaan Ibubapa dan Guru untuk tujuan membincangkan penilaian dan prestasi pelajar. Nasib jugak la perjumpaannya diadakan pada waktu 10pg - 12 tgh, dapatla kami pergi, sbbnya pada hari Sabtu berkenaan kami dah ada planning untuk bercuti di Bidor Perak hingga 15 April 2013. 

Mengikut jadual perjumpaan yang Cikgu Zaquan n Ziqry inform - jam 10-11pg perjumpaan untuk Ziqry, manakala perjumpaan untuk Zaquan pada 11-12tgh, tp kami redah je sekali harung pukul 11.45pg baru sampai Tadika Zaquan...heheh (kes menyiapkan anak dan beg pakaian nak bercuti begitu begini kul 11 baru kuar umah). Risau jgk pada mulanya kut2 x sempat sampai Tadika sblm kul 12tgh, sekali sampai ramai je lagi ibubapa yg ada.

OTW nak pergi perjumpaan Ibubapa dan Guru.
Time nak g holiday pulak Ziqry x sihat, 
pagi tu badan Ziqry dah dedar2, itu yg dia pun manja semacam je ni..


Cian anak mama x sihat lagi, 
yg bagusnya adik sporting bila diajak bergambar


Dah sampai tadika Abg, perjumpaan untuk kanak² 3 thn kebawah (taska) juga diadakan di Tadika Abg. Kami berpecah, Mama jumpa Cikgu Zaquan, Papa jumpa Cikgu Ziqry sbb Papa nak cepat,  Ikutkan Mama nak jgk dengar ape yg Cikgu nak bgtau ttg perkembangan Ziqry, sampai2 Mama terus bawa Zaquan masuk kelas dia jumpa Cikgu dia, x sedar Papa yg dukung Ziqry time tu  dah laju kedepan terus jumpa Cikgu Ziqry dulu, tp xpelah Cikgu ada bagi fail ttg perkembangan dan prestasi anak2. Review dari fail yg cikgu bg n dgr semula citer Papa la..
Inilah Cikgu Kelas Zaquan - Cikgu Hana dan Cikgu Lina.


Sekejap je Papa dok borak2 dgn Cikgu Ziqry, Mama baru dengar 10 minit penerangan dari Cikgu Zaquan, Papa pun masuk dengar sekali penerangan ttg Zaquan dr Cikgu Zaquan ni (Mama pun amik kesempatan rakam pic2 ni, tp telinga tetap dengar penerangan dr Cikgu)

Abg Zaquan malu pulak bila Papa komen ttg report kad dia..


Borak2 ngan Cikgu


Meneliti Report Card Zaquan


Amboih sempat lagi tunjuk perangai depan Cikgu


Leader mengajar Adiknya


Hasil perjumpaan dengan Cikgu Zaquan - Prestasi Zaquan memuaskan, iyelah kami pun xdelah mengharapkan Zaquan cemerlang 100% sebab Zaquan pun baru mula bersekolah pada usia 5 tahun, penerimaannya mestilah berbeza berbanding mereka yg mula seawal playschool usia 3 thn. Jadinya dia lambat untuk mengenal huruf, Zaquan boleh kalau disuruh sebut A-Z tp huruf A-Z tu dia x berapa kenal lagi sbnrnya. Cikgu pun perasan dia lambat sikit kenal huruf n kalau bg kerja mesti dia yg last kali siap tp yang penting dia nak buat. Yang bagusnya Zaquan ni w/pun dia jenis cepat bosan tp dia cepat tangkap ape Cikgu ajar, Cikgu cakap maknanye dia ni jenis bg tumpuan di kelas sbb dia dia cuti seminggu terus exam keputusannya masih ok. Antara komen cikgu yg lain adalah Zaquan ni sgt talkactive n boleh diharap untuk tolong cikgu, kadang2 tu cikgu x suruh buat pun dia buat. Zaquan ni suka sengih n senyum sampai cikgu nak marah pun x jadi..hehe.. 

Bercerita pasal kawan² Zaquan di sekolah, Zaquan mmg boleh berkawan dgn semua orang n bila Mama tanye pasal kawan sekolah yg dia mmg igt sgt nama dia (Mukhriz) sbb bergaduh smpai benjol di dahi lmbat surut, rupanya mukhriz tu la kawan baik dia, Cikgu ckp w/pun itu kawan gaduh dia tp itu jgk la kawan baik dia, sbbnya ape yg si Mukhriz ni buat mesti Zaquan akan buat n begitu jgk bila ape yg Zaquan buat si Mukhriz ni pun akan buat, masing² ada sikap x mo mengalah. Patut la ada suatu hari tu tiba2 Zaquan kata dia nak bawa sejadah besar sbb kawan2 kat sekolah bw sejadah besar, rupanya cikgu ckp pasal sejadah besar tu pun sbb pengaruh Mukhriz ni..lawak la abg ni, tp nasib baik cikgu sokong ckp ada baiknye jgk dia berkawan dgn Mukhriz ni sbb Mukhriz ni bdk pandai, so aura pandai tu boleh la abg dapat sbb sama2 nak bersaing tunjuk yg terbaik..(teringin pulak Mama nak jumpe Mukhriz ni)

Kad Kemajuan Tahunan Zaquan
Nak tgk ke result Zaquan


Inilah keputusannya
4A, 2B, 3C
Walaupun xdpt 9A, Mama n Papa tetap berbangga dengan keputusan yang Zaquan telah capai ni..


Nampaklah dekat sini Zaquan lebih cenderung kepada pengiraan berbanding membaca, Bahasa Melayu memang lemah tp Matematik dapat A, Tahniah Abg Zaquan, tingkatkan usaha untuk terus capai keputusan yg lebih baik dimasa akan datang ye, Alhamdullillah Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Jawi pun dapat A, mmg nampak Zaquan dah boleh baca Iqra dengan jayanya. 

Bercerita pasal Abgnye shj, Adik Ziqry mcm mane pulak, Adik Ziqry baru 2 tahun biasalah perkembangan apa yg dia boleh buat dengan sendiri sepanjang tempoh hampir 4 bulan duduk di taska daripada x tahu buka pempers sendiri skrg dah pandai buka pempers sendiri (tp nak pakai balik x pandai n nak suruh dia pakai pempers pun dah susah skrg ni), mandi pun dah pandai nak mandi sendiri nak sabun n shampoo kepala sendiri. Adik Ziqry ni cukup suka cubit pipi kwn2 dia yg comel kat situ, especially girl la mmg dia geram abis pipi bdk2 tu dicubit2, so cikgu mmg kena pantau dia kalau dia duk dkt ngan kawan2 gegirl dia yg comei tu n mcm biasa Adik mmg kuat makan sampai biskut cikgu pun dikebasnya ada jgk hasil kerja adik, tp ikut cara adik mewarna, contengan adik je la yg nmpk..heheh. 

Apepun setiap anak tu perkembangan dia berbeza2 n kami tetap bersyukur dgn tahap perkembangan yg anak2 kami tunjukkan, yg penting Alhamdullillah byk perkembangan positif yang telah anak2 perolehi. 

Selesai majlis perjumpaan, kami isi perut dulu di Seri Teja Food Court Presint 9 depan school Zaquan ni n lps kenyang perut terus gerak g bercuti ke Bidor, Perak..sgt x sangka palnning utk bercuti ke perak sbb menghadiri majlis nikah dan kenduri kahwin sepupu Mr. Papa disambung dengan percutian yg besh ke P.Pangkor ^_^..Nanti sambung N3 percutian..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, April 17, 2013

Teaser Family Trip @Pulau Pangkor| 1st Time Bersnorkling

As Salam,

Hari ni mood kelaut nak update blog n BW, baru blk dari bercuti di Pulau Pangkor(15-16 April 2013), OTW blk bercuti kereta pulak breakdown n Ziqry pun x berapa sihat tp hari ni still dtg keje spt biasa (naik motor 4 beranak hari ni). Pic2 percutian Pulau Pangkor dah upload laju2 dkt FB..hehe, sbb dah dpt rasa mood update blog mesti kelaut bila blog pun sama bercuti n mesti story holiday akan tergantung setengah jalan..:p [rasanye utk thn 2013 ni mmg Mama x up2 pun N3 percutian 2013 kami (Morib dan PD), Vietnam pun setengah jalan..]. 

Teaser Family Trip @Pulau Pangkor dgn 2 keping gambar ni dulu ye..

All Family Members..Happy Semua 


Pengalaman pertama Mama bersnorkling..mmg besh..
sygnye xde kamera waterproof utk amik pic ikan2 cantik dlm laut ni..


p/s: Walaupun aktiviti full dgn mandi laut n kolam je tp enjoy sgt..Hope ada masa la nak up full N3 percutian Pangkor ni nanti..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, April 12, 2013

Yeay..Swimming Lagi

As Salam,

Hujung minggu lepas ( 6 - 7 April 2013) kami terjah swimming pool lagi mcm Mama pernah ckp la..dah jd mcm aktiviti rutin hujung minggu kami, harus la pergi sbb minggu sebelumnya x pergi sbb Adik Ziqry chicken pox, Zaquan pun asik mengajak je pergi swimming. Dah tau dah kalau dia cuti sekolah je n Papa pulak yg ganti g sekolah (poly) dia tau dah 'Abg n Adik cuti nanti kita g swimming kan ma' paling x menahan punyelah kemaruk Zaquan swimming skrg ni hari Selasa malam dia boleh ajak ' Ma jom kita g swimming'  sbb Papa kan xde g persidangan, so dia rasa mcm sunyi pulak mlm2 Papa dia xde..

Jadinye seperti yg dijanjikan kami pun bls dendam la g swimming hujung minggu lepas, hari Sabtu (6 April 2013) kami terjah waktu pagi mcm biasa n pada hari minggu (7 April 2013) kami terjah waktu petang.

6 April 2013 (Sabtu)

Pandai anak2 paw Mama dia sekali 3 pelampung diorang dapat.
Sukanye Adik


Mulanya Mama beli pelambung hijau tu untuk adik ziqry sekali dia xmo pulak guna pelampung tu sbb bila dia guna dia rasa mcm nak terkebelakang, itu yg sudahnya bg Abgnye yg guna pelampung Adik, Abg pulak mmg dh ada board dia. Bila Abg guna pelampung Adik, Adik guna Board abg. Masalah timbul bila Mama nak mandi dkt kolam dewasa, Adik Ziqry nak ikut sekali, itu yg nak xnak Mama kena beli satu lg pelambung bulat utk Adik. Tapi Abg bila tgk Adik ada pelampung bulat baru, Abg pun nak sama..ermmm sudahnye 3 pelampung sekali dpt.

Time ni anak2 main kat pool kanak2..



Seronok masing2 ada pelampung baru, x rugi jg beli pelampung ni utk anak2, senang Mama nak training berenang sbb sama2 boleh swimming di kolam dewasa. Dekat rumah ada gak pelampung tp pelambung tu dh terkoyak dibuatnya..


Masing2 mcm terror je berenang, tp Zaquan mmg Mama boleh lepaskan je dkt kolam dewasa ni tau


Zaquan time ni boleh buat muka slamber tiru kawan sebelah dia belajar berenang tau, Sebelah tu Cikgu Berenang tau, dia yg ajar opismate Mama yg amik class swimm di Maritim ni. Akceli time ni waktu dah tamat, tp Zaquan xmo naik sbb dia ckp 'Abg nak belajar berenang' . Sabar la Abg nnti Mama akan masukkan jgk Abg class swimming ye..


Srnok tgk bdk2 kecik ni bljar berenang, itu yg Zaquan pun dah pandai ckp 'Abg nak belajar berenang Mama'



7 April 2013. (Ahad)

Mcm biasa hari Ahad mmg kolam akan full berbanding hari Sabtu. Ramai yg amik kesempatan bawa family mandi manda disini waktu hujung minggu.




P/S:   Insyaallah esok 13 hingga 15 April 2013 kami akan bercuti ke Perak sbb ada kenduri sepupu Mr Papa di Bidor, Perak pada hari Ahad. So minggu ni skip la aktiviti swimming kami tp dpt berjalan..ok la tu..Selamat berhujung minggu semua ^_^.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, April 11, 2013

JJCM | Ana Ikan Bakar Petai

As Salam,

Dah lama teringin nak makan dekat Ana Ikan Bakar Petai ni sebab selalu gak dgr org kata sedap makan kat sini.  W/pun dekat je ngan area rumah dalam lingkungan Bandar Baru Bangi tp ini pertama kali Mama dpt JJCM disini tau. Itupun time mood Mr. Papa baik tetiba dia sendiri yg bawa kami mkn disini. Sebelum2 ni ada ajak dia mkn kat sini tp Mr Papa selalu bg alasan 'orang ramai la mkn kat situ, kalau nak mkn kat situ kena awal'. Kebetulan kami pergi ni time org masih mood bercuti Chinese New Year iaitu pd 13 Feb 2013 (hehehe..n3 lama br nak up..) itu la agaknye Mr. Papa tergerak nak bawa kami JJCM disini.. TQVM Papa ..:)

Kami terjah time balik dari kerja, memang lengang je time ni..



Harga makanan
ok la harganye standart n Mama rasa murah sikit berbanding Sekinchan Ikan Bakar.

pilih2..mcm2 jenis ikan ada


Sotong dia besar2..


Tempat makan dia luas n ada kemudahan surau, siap ada playground kecik utk kanak2 bermain.


Jadinya semnetara menunggu makanan siap dimasak, Mr. Papa layan anak2 main dulu,
Kami pilih meja betul2 depan playground ni senang nak pantau anak2 main.



Makanan sudah siap n sampai..
Ini lah menu pilihan kami..Ikan Bakar Petai, Sotong Goreng Tepung, Kailan Ikan Masin dan Telor Dadar.


Kasi Zoom..sikit..
Alang2 dah sampai Ana Ikan Bakar Petai kan, so ikan talapia yg kami pilih kasi masak Bakar Petai la..
Puashati , meriah betul petai dia...


                         Sotong Goreng Tepung                                           Kailan Ikan Masin


Keseluruhannya, okla kena je dgn tekak Mama, cuma kalau set ikan bakar petai tu, kuah cili kicap n asam dia tu Mama lebih suka yang Sekinchan Ikan Bakar punyer..(opss sorry tuan punyer kedai, boleh pulak Mama membanding2kan.., bkn ape ikut selera masing2 la kan..)


Alhamdullillah..Licin..itu tandanya sedap la tu, cuma biasalah Mama ni mesti ada nak komplain sikit..hehehe (ada member kata w/pun Mama ni jenis bg je la ape makanan kat mama ni, semuanya mama bedal, xde benda yg mama x makan, tp tang cerewet tu cerewet jgk, kalau x kena mesti komplain jgk)


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails