Klik2 My Heartbeat Yaa.. :)

Friday, June 28, 2013

Cuti - Cuti Langkawi 2013 | Day 2 ~ Berphotogedik di Dataran Lang

As Salam,

Sesi Lawatan diteruskan lagi, dari Kota Mahsuri kami terus ke Dataran Lang membawa anak² melihat Helang mercu tanda Langkawi. Kalau dah sampai sini haruslah berphotoshoot, tp xdelah photoshoot sakan n cantik² pun, lg pun siapa yg nak amik gambar kami berlima, time ni kami bawa anak² kesini sementara Atok n Nenek terus ke Jetty Point. Tak dpt photoshoot, photogedik pun jadilah..hehe, So layankan je la N3 bergambar untuk kali ni.


Mercu Tanda Langkawi


Kalau nak tahu, Zaquan sendiri yg bergambar tgn seperti sayap helang ni tau..tanpa disuruh..Mama pun terperanjat mcm mane abg boleh terpikir nak bergambar mcm tu .., bila ditanye, 'iyelah abg buat mcm gambar burung tu lah..'



Seronok diorang bebas berlari..Memang diorang srnok pun tau, alhamdullillah time ni diorang xde buat perangai pun




Mr. Papa & Adik Ziqry


Time to bergambar² di Depan Helang



Ini tandanya anak² tengah ada mood bergambar



Mamanye joint sekali, Mr. Papa photografernya la..






Puas bergambar kami terus ke Jetty Point n lepak minum petang di Restoran Hameed di Jetty Point
Satu²nya gambar kami berlima..itu pun camwhore dari hp.

Selesai sudah sesi lawatan untuk Day 2...lepas ni misi shopping pun bermula...next n3..


p/s: Tq eima perbetulkan fakta di n3 Mama yg lepas Cuti-Cuti Langkawi 2013 : Day 2 ~ Melawat ke Kota Mahsuri, Kepala Mama dok igt Telaga 7 sbnrnya di Kota Mahsuri tu bkn Telaga 7 sebaliknya Telaga Mahsuri.


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, June 25, 2013

Cuti-Cuti Langkawi 2013| Day 2 ~ Melawat ke Kota Mahsuri

As Salam,

Sambung lagi citer cuti² Langkawi 2013 kami, kali ni story Day 2 pulak, nampaknya sepanjang kami bercuti di Langkawi hari hujan je, Hari kedua kami di Langkawi ni awal2 pagi dah hujan lebat, nampknya x dpt jgk la nak bawa anak² g terjun pool. Igtkan kalau cuaca x hujan mmg Mama nak bawa anak² g terjun kolam..xpelah esok masih ada..

Pagi tu w/pun hujan, aktiviti keluar tetap diteruskan, lepas sarapan di rumah lebih kurang pukul 10.30 pagi kami pun mulakan perjalanan, tp berlaku kejadian yg x dijangka, tayar kereta sewa pulak pancit tp nasib baik berlaku x jauh dari kawasan perumahan kami, kiranya baru jalan dalam 500m daripada rumah, FIL terus call pemilik kereta sewa tu nasib baik bantuan datang dgn segera, cepat la urusan tukar tayar..yg harunya sbb tukar tayar dgn keadaan hujan diluar..

Agenda diteruskan dgn berjalan² lagi di Pekan Kuah, kali ni nak cuci mata tengok baju² pulak, tp sudahnya x membeli pun..hehe


Kanak² riang dibawah jagaan Mr. Papa sbb Mama n Nenek sibuk cuci² mata..
pic drpd iphone Mr Papa..


Adik sempat mengepaw Papa Mentos Besar..


Misi shopping x sampai lagi sbb susah sikit nak shopping bawa anak² n nenek cakap kita bawa kanak² riang ni semua berjalan dulu pastu dah letih mesti diorang tido, pastu minta tolong Mr. Papa jagakan anak²..barulah Mama, Atok n Nenek dapat shopping dgn tenang..Muahahahaha...

Oleh yang demikian agenda diteruskan dengan melawat ke Kota Mahsuri, Mama n Papa dah pernah pergi sini tp saje nak bg pendedahan kepada anak², kenalkan sikit sejarah ni kan w/pun sbnrnya mmg diorang x paham ape benda pun..huhu


Abg n Kakak sempat lagi pose comey dgn Atok sblm masuk ke dalam Kota Mahsuri


Atok n Nenek pun x masuk ke Kota Mahsuri ni, kami je yg masuk bawa anak², Atok n Nenek lepak kat luar cuci² mata kat kedai² yang berada di luar ni..


Okey jom kita masuk ke dalam Kota Mahsuri ni..
tp seblm tu Kakak n Adik sporting bila Mama nak amik gambar, Abg plk x sporting bergambar bersama..

X ramai orang pun, time ni mcm kami je yg ada..hihi..


Di Kota Mahsuri ni terletaknya Makam Mahsuri 


Sempat bergambar di depan makam mahsuri ni 





Ermmm..x byk pun yg dapat kami melawat dalam ni sbb Rumah Mahsuri pun masih under renovation lg, sudah nye dalam rumah² yg lain pun kami x masuk, anak² pun bila di ajak jom masuk..kata takut sbb gelap..tp Ziqry n Kakak Eisya sempat bg pose atas tangga rumah ni..


Dekat sini anak² teruja nak tengok telaga, almaklumlah anak² bandar x pernah tgk telaga..


Wajib la posing² dengan telaga ni kan





Beriye ni Mama explain 'selalunya air telaga sejuk sbb air dr dalam tanah..'hahaha
itu yg zaquan nak celup tangan dalam air pun ala² takut sejuk..
tp sbrnya telaga zaman skrg ni guna saluran air paip la.., x sejuk pun..


Adik siap sapu ke muka..


 dan adik juga yg paling teruja n aktif nak menarik tali dan timba air..


Itu sahaja la lawatan kami ke Kota Mahsuri, kami x masuk muzium w/pun bayaran masuk ke kota mahsuri ni RM7 utk dewasa sekali dgn byrn masuk dlm muzium.., anak² dah wat perangai x sabar nak makan, sblm masuk ke Kota Mahsuri ni ada beli ubi kayu goreng, aduihai x sangka pulak memasing suka makan ubi kayu..berebut nak makan or perut memasing mmg dh kelaparan iyelah cuaca pun hujan n mendung je.., nampknye mmg betul kelaparan OTW nak ke tempat seterusnya beli pisang goreng abis diorang makan.

Selesai satu lawatan..kemana pulak lepas ni..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, June 24, 2013

Jerebu Oh Jerebu Cepat la Hilang

As Salam,

Owh nampknya Keadaan Jerebu yang melanda Malaysia kita dah semakin teruk kan, Muar Johor dah diisytiharkan darurat dengan bacaan IPU melebihi 500 ke atas iaitu paras bahaya,  negeri² yang berdekatan dgnnya jgk teruk dilanda jerubu. Sekolah² di KL dan Selangor juga telah diarahkan kan tutup pada hari ini.

Semalam ramai kawan² yg update status ttg keadaan jerubu dan sekolah² yg tutup, cuak jgk Mama nak hantar Zaquan n Ziqry ke Tadika n Taska hari ni, kot² tadika diorang pun tutup, kalau tutup alamatnya mmg kena bawa  ke opis la gamaknya. Tapi pagi td hantar, tadika n taska Zaquan n Ziqry beroperasi spt biasa, tp tgk mmg x ramai yg hantar anak ke tadika/taska hari ni..maybe ramai ibubapa diorang pun cuti sama..

Terasa betul kesan Jerebu kali ni, tekak Mama pun dah gatal je rasanye. Kalau ikutkan semalam dkt kawasan perumahan Mama di Seksyen 4 Tambahan, Bdr Baru Bangi xdelah teruk sgt keadaannya, tp hari ni bila g Keje keadaan di Putrajaya mmg terasa jerebu dia..kabus menyelebungi..bkn di luar je sampai ke dalam opis kesannya..bau asap dah merebak ke dalam opis..sesak nafas rasanye..

beginilah keadaannya diluar bangunan opis Mama di presint 2, Putrajaya.
Pandangan dari atas tingkat 6
Jambatan pun kabur2 je nampknye..


hari ni kena la ber musk..


Sama² la kita mohon perlindungan agar negera kita pulih seperti sedia kala, minta dijauhkan daripada malapetaka dan diberikan kesihatan yang baik hendaknya..AMIN.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, June 20, 2013

Cuti - Cuti Langkawi 2013 |1st Day ~ Cuci² Mata di Tempat Shopping & Terjah Cable Car

As salam,

Hari Pertama kami sampai pada 9 Jun 2013 (Ahad) selepas selamat dapat kereta sewa dan isi perut kami pun terus saje cuci2 mata di semua tempat shopping yg ada di Pekan Kuah tu tau, tempat pertama terjah Pekan Rabu..owh dah ada Pekan Rabu skrg ni dkt Langkawi, dekat Pekan Rabu ni MIL suka pergi kedai RAMS sbb selalunya kalau nak tgk koleksi KK Home Collection dekat RAMS ni yg murah sikit n dekat RAMS jgk ada pilihan cadar, comforter n langsir yg murah2..sampai Mama terjebak la beli Langsir..hehe

Dari pekan Rabu terus ke Pekan Kuah cuci mata di Kedai Haji Ismail Group pulak pastu ke Idaman Suri tp cuci2 mata je dulu untuk hari pertama ni, survey harga dulu n rakam semua dalam kepala harga2 yg dh disurvey tu..

Akhirnya kul 12.30 tgh baru dapat masuk rumah n sempat lg tu beli barang basah untuk masak makan tengahari..sampai2 rumah terus tolong MIL masak, Alhamdullillah kenyang n solat kul 3 petang terus Mr. Papa ajak g jalan², time ni baru perasan betula la Mr. Papa bersungguh nak bawa kitaorg berjalan..terus bawa kami ke Oriental Village ni tempat dimana terletaknya Cable Car. 

Selamat sampai Oriental Village
mata tertumpu sebelah kiri tu sbb kami baru tau dkt langkawi pun dah ada duck tour yg boleh keliling satu pulau darat dan laut yg mcm kat melaka tu..kalau x silap rate dia utk dewasa RM38 dan kanak² RM22 (lupa plk nak snap pic duck tour tu..)..


laju je pemandu pelancong ni bawa..x pandang org belakang dah..
Mr. Papa bknnye berminat nak cuci² mata dkt kedai² souveniars di kiri kanan yg ada..



tgk aksi si kecik sebelah kanan tu..time baik kemain berpimpin tangan


Ini la yg ingin dituju Langkawi Cable Car


Agak2nya boleh naik ke tak ni, tgk la keadaan cuaca x berapa nak baik, time ni tunggu masa je nak hujan n kabus pun dah mula tebal.., kalau cuaca hujan selalunya operasi untuk naik cable car diberhentikan seketika..


Mr. Papa dah teruja nak bawa kami semua naik cable Car especially si kecik Adik Ziqry yg x pernah lagi naik cable car even cable car di Genting Highland(GH) pun adik Ziqry x merasa naik lagi w/pun Ziqry dah sampai GH 2 kali. Akceli MIL x nak naik sbnrnya tp Mr Papa excited terus beli je tiket untuk kami semua..


Alhamdullillah dapat jgk kami naik w/pun masa kami naik ni cuaca dh mula hujan rintik² dan 2-3 kali jgk Cable Car berhenti lama sbb angin kuat.
Perjalanan menaiki Cable Car pun bermula....


W/pun cuaca x berapa baik n ala2 seram pulak naik cable car bila berbuai2 ditolak angin yg kuat tp anak² semua maintain je., x takut langsung..si kecik tu w/pun pertama kali naik kemain lasak lagi dalam Cable Car sampaikan Abgnya sendiri takut tgk gelagat adik dia x reti dok diam sampai dok usik bell yg ada dlm tu..


Atok n Kakak Eisya


Mr. Papa



Mama n Adik Ziqry

Mama ni beriye bawa kamera tp sbnrnya x byk amik gambar pun lagipun kalau nak tau sepanjang kami bercuti di Langkawi ni hujan je.., mmg x dpt la nak berphotoshoot sakan..



Yeay kita dah sampai atas, tp sayangnye hujan..x dapat la nak naik atas pelantar luar tu..


Xpela kita keluar skjp..bergambar..hehe


Atas ni je la yg mampu bergambar pun,
jadi la ada jgk gambar family drpd xde..





Mr Papa bersama kanak² riang..



xdpt nak bergambar² sakan diluar, nak minta anak² bergambar background cable car pun susah..masing² berani nak ke depan, kia yg risau dibuatnya..


Masa untuk turun pulak..
time turun Abg Zaquan dah start pening² dah tp Adik Ziqry maintain jgk lagi aktif..


Satu2nya pic kami berempat ..^_^..

Anyway Tq Papa, kami semua srnok berjalan..., Adik sgt suka naik Cable Car..


Adik Ziqry x cukup naik Cable Car nak naik paddle bot ni tp kami kejar masa nak balik sbb hujan mcm nak turun dgn lebatnya..


OTW nak ke tempat parking hujan turun selebat-lebatnya n kalau nak tau sbnrnya semasa otw nak pergi ke Oriental Village ni ada 2 eksiden berlaku, bila balik tgk kereta yg sblm ni eksiden sbb terbabas langgar divider teruk bhgn depan, bila otw balik dah dilanggar blkg pulak. Alhamdullillah perjalanan kami selamat pergi dan balik. sampai rumah lps Isyak Mama n Papa dah masuk tido awal, Mama kepenatan mcm org memandu plk, Mr Papa iyelah penat memandu, Mama penat sbb byk berjln cuci2 mata agaknye :p

Malam tu anak² sempat bergambar² lagi dgn Atok 
cilok pic dr FB Nenek Zaquan n Ziqry..hehe.


Esok bermulanya misi shopping..Mama xdelah nak shopping sakan sgt pun tp bila dah confirm nak g langkawi adalah targetnya yg igin dibeli..hihi..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails