Klik2 My Heartbeat Yaa.. :)

Monday, July 29, 2013

FM, Kad Raya & Bday Card From My Lovely Blogger Friend Cha

As Salam,

Sangat happy bila dapat 3 barang ni daripada kawan blogger, my lovely blogger friend Cha yg mmg x pernah lupa nak kirimkan Kad Raya dan jgk Bday Card..3 tahun berturut² tau Mama terima Kad Raya dan Bday Card dari Cha ni..terharu rasanya dpt kawan yg x pernah lupakan kita ni. TQVM Dear, sgt² hargainya. Tahun ni bertambah dapat gift FM pulak, bertambah lg la happy sbb dapat tambah koleksi FM yg sedia ada..:))

Cha ni punye hobi berquilling n hasilnya sgt cantik, bermula dgn hobi n now dia menerima tempahan sekiranya ada yg berminat..boleh la jenguk² blog SihijauCantik & Oren Cantik ni ye..

Cha..kata² di bday card tu sgt kena dgn k.eija la, sbb k.eija mmg dah laluinya..Thanks sekali lg nye cha...Moga ikatan ukhwah yg terjalin akan terus kekal bersemi..Lebiu...♥♥♥

p/s: N3 auto publish..hari ni Mama amik cuti rehat n now sedang bershopping kot..hehe..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Sunday, July 28, 2013

Jom Beli Barang Raya@Putrajaya

As Salam,

Minggu ni mesti ramai yang g shopping persiapan raya kan, almaklumlah lebih kurang 2 minggu je lagi kita nak menyambut syawal n kakitangan awam pun dh dpt gaji pd 25hb. Putrajaya pun skrg ni byk karnival jualan raya, Jualan Raya The Store, Metrojaya n now Jom Beli Barang Raya, yg pasti Jom Beli Barang Raya@Putrajaya anjuran KPDNKK antara jualan yg x pernah miss Mama pergi...hehhe. 

Sebelum² ni Jom Beli Barang Raya anjuran KPDNKK ni buat dekat sebelah bangunan KPDNKK je tp tahun ni dibuat di Kompleks Perbadanan Putrajaya, jauh sikit la dr opis kami kena naik kereta, kalau x sebelum ni kami jalan kaki je.., nasib dapat jgk Mama tumpang kawan terjah ke Jom Beli Barang Raya ni....hihi, biasalah orang perempuan mana lepas bab shopping ni kan, kadang tu bkn nak shopping sgt dpt cuci mata pun jadilah. Jgn risau xde la sesak sgt sbb dia dah buat di Perbadanan Purajaya..bertingkat² lagi.

Jom Beli Barang Raya@Putrajaya kali ni jugak bermula dari 26 Julai hingga 4 Ogos 2013..(10 hari), kalau x sebelum² ni 3 hari je....So kawan² yg nak menambah hasil shopping tu boleh la terjah ke sini...Sepanjang 4 tahun berturut² Mama terjah Karnival ni mmg x dinafikan sama je barang² yg dia jual, standart la tu xde lah semuanya murah, lebih kurang sama je kalau kita g shopping complex diskaun 50 - 70% tp boleh la pandai² la pilih. 


Dapat jgk hasil baju raya untuk Abg n Adik walaupun sepasang..hehe,  Mama x berkesempatan lg nak g shopping barang keperluan raya especially baju raya untuk anak², setakat ni jadual hujung minggu Mr. Papa padat dgn kelas, hari biasa pun kami bz bulan puasa ni kami tolong Family Mr. Papa buat biskut raya, itu yg bila ada jualan² mcm ni Mama suka pergi..boleh gak beli apa yg patut kan..

Hasil rembatan sikit sbb x kuar duit lg time ni, boleh kan dah tau nak pergi baru sibuk nak kuar kan duit kunun sbb jualan ni sebelah bangunan Maybank je , sekali amek kaw..3 mesin ATM di maybank time tu out of service...ini je la hasil yg dapat...hahahah


2 helai t-shirt & sehelai seluar Cutie Disney untuk Adik Ziqry (setiap satu RM10), Abgnye pulak sepasang baju dan seluar Poney. (RM29.00), Adil budget sorang RM30..hehe


p/s : Insyaalah hari isnin 29/7/13 baru nak g shopping...terpaksa la amik cuti baru dapat shopping..huhu..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, July 22, 2013

Sambut Hari Lahir Dengan Berbuka Puasa Di Luar @ 2 Ramadhan

As Salam,

Tahun ni hari lahir Mama jatuh pada 2 Ramadhan 1434H, jadinya haruslah berbuka puasa di luar, nak masak special² pun x berkesempatan..balik umah pun sampai lewat petang. Minggu pertama berpuasa memang ramai yang makan di rumah bersama keluarga kan, jadinya xde masalah untuk berbuka puasa di luar..xde lah sampai kena Q untuk berbuka lgpun kami pilih fast food je tempat untuk berbuka@celeb bday Mama. Sama seperti tahun lepas sambut di Pizza Hut..pilihan Zaquan nak makan mushroom soup katanya..xpe ikutkan je bkn nak sambut sgt pun jnji dpt makan sama² suami & anak² dh cukup bermakna.


Kami pilih tempat yang paling dekat dgn tempat kerja risau kalau balik umah dulu x sempat pulak nak berbuka, takut berbuka atas jalan pulak. Jadinya lepas balik kerja n jemput anak², kami terus ke Alamanda, booking tempat n amik order di Pizza Hut dulu n sempat lg lepak² melayan kerenah anak² nak bermain di Alamanda.

Pantang lepas..kemain srnok..


sempat lagi bawa diorang melepak di luar..sambil menunggu waktu berbuka n time ni nak singgah beli kek Secret Recipe.




Cukup lah 2 Slice Kek SR ni, lgpun berturut² dari Mei membawa ke Jun ke Julai asik makan kek aje...hehe
Adoiyai 3 batang lilin tu hasil susunan Zaquan n kek pun pilihan Zaquan, selalu beli Choc. Indulgence/Banana Choc, kali ni Zaquan nak Chocfudge Indulgence, lebih kurang sama je rasa dgn Choc Indulgence..Zaquan ni peminat Coklat.


Lagi beberapa minit nak buka puasa, kanak² x puasa ni x sabar dh mau makan kek.
Jom sama² Potong Bday Kek Mama




Nyum2...sorang satu kek..., Bday Mama x makan kek pun xpe, jnji anak² happy dpt makan sempena bday Mama dia..


peminat kek..makan sampai menjilat bibir dan sudu..huhu



Menu Pizza yg kami pilih..Set Citarasa Ramadhan 1 (1 Regular Sari Lautan Pizza, 2 Soup Of The Day, 2 Glasses of Miranda Strawberry, 1 Set Garlic Breadstix dan 1 Istimewa Platter)

Sari Lautan Pizza


Platter Istimewa


Alhamdullillah kenyang n terima kasih Mr. Papa belanja makan sempena bday Mama ni..


p/s: X sangka 4 - 5 Ramadhan Mr. Papa bawa kami teman dia bermalam di PD sbb minggu pertama puasa kan  xkn Mr. Papa nak tinggalkan kami bertiga buka puasa sendiri..nnti ada masa Mama up n3,minggu ni bz 1st audit dgn Unit baru..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, July 17, 2013

Tiup Habuk Kejap | Bertukar Unit

Salam 8 Ramadhan,

Seminggu blog x berupdate dah terasa berhabuk.., ni dtg untuk tiup² habuk skjp, now mood nak berblog merudum, lagi² pulak dah bertukar unit skrg ni, x pasti lg la dapat aktif berblog atau tidak, lagi pun pc kat opis skrg ni dh guna password x boleh la nak wat benda² yg bkn official ni kan, part paling tension tu sbb dh x leh nak transfer gambar n edit gambar dah ( pc x leh nak download kies samsung & photoscape) tu jd  slow bebenor nak updates n3 (N3 tanpa gambar x besh la..)

Ok lah tinggalkan la dulu masalah tu, ni nak citer sikit pasal kerja Mama. Now secara rasminya pada 15 Julai 2013 Mama telah bertukar unit (Unit Pengurusan), tp masih lagi Seksyen yang sama (itu pun nak kecoh kann), maunye x kecoh, pertukaran bkn atas kerelaan hati..., rasanya dah 2 kali jadi mangsa keadaan, nak tukar kan org lain, kita pulak yg jadi mangsa. Sepanjang 5 tahun berkhidmat di opis Mama ni dah 2 kali pertukaran la Mama terlibat (Internal reshuffle), Mama mula lapor diri di opis Mama ni atas sebab kenaikan pangkat..sedar x sedar 5 thn jgk dah naik pangkat...sekejapnya masa berlalu, iyelah kawan2 yg sambung bljr pun dah abis belajar n yg dpt offer ke jawatan yg lebih tunggi pun ada. Mama je yg masih lagi mcm ni, rasa mcm x sambung bljr lagi kot..huhu. 

Mula² Mama duduk di Unit yg x keluar Audit pun..jodoh x lama pun 9 bulan je kat unit tu, tup² dpt surat dr Admin kena tukar Unit ke Unit yg kena outstation kena keluar audit..(Unit Perbelanjaan) time tu merayu ni xmo ditukarkan iyelah beranak kecik kut Zaquan pun baru 9 bulan (alhamdullillah rezeki anak,ngam² slps slmt bersalin dpt tahu ttg kenaikan pangkat). 

Nampak mcm ape je kan mcm kita ni bermasalah je baru 9 bln kerja dh kena tukar Unit  tp sib baik masa g menghadap Pengarah bgtau xmo tukar disebabkan ada anak kecik susah nak keluar audit luar daerah..pengarah kata ini bkn disebabkan awak tp sbb org lain yg dah cukup tempoh untuk bertukar awk kena jd mangsa, yg x beshnye Pengarah kata anak bkn alasannya w/pun jawapan pengarah tu ada pro n con nye dlm masa yg sama lega bkn sbb kita bermasalah tp rasa x adil bila diri kita yg jd mangsa. Nasib baik jgk la family kedua2 belah pihak semuanya dekat sini je, papehal senang nak minta tolong jagakan anak. Punyela merayu kunun x suka kuar Audit akhirnya terus syg sgt dgn Unit Mama ni, lgpun xde la outstation kerap sgt, dlm setahun 6 kali je outsation, selebihnya sekitar Putarajaya n Lembah Klang je. Norma kerja nye pun ada audit adalah kerja, x kuar audit duk la diam2 mengadap pc..hehe (sampai ada masa belajar berblog, nampk sgt comfort zon..:p)

Ni kali kedua pulak terkena, mmg Mama akui di Unit Belanja Mama dah 4 tahun, tp kalau betul2 nak reshuffle atas sbb dah lama duduk di sesuatu unit tu buat la secara menyeluruh biar yg semua 4 thn tu bertukar (lg pun itu reoson yg Admin bgtau nak buat reshuffle besar2an kunun), lgpun kami semua tahu 1 punca utama reshffle nak dibuat disebabkan ada pegawai baru ni yg bos dia x mau terima, kena la buat reshuffle 5 penjuru, bertambah emo tu citer depan kita lain sekali yang naik namanye lain..citer depan kita amik kira mereka yg lebih memerlukan n yg memohon, alih2 nama kita pulak tu yg naik...panass betul la...

Now redho je dh slmt bertukar (still lagi menjalankan tugas2 Audit), Mama emo bkn sbb Mama x suka Unit baru yg mama duduk skrg ni, cuma x puashati cara pertukaran ni dibuat dh la tengah2 thn..cuti semua dah baik punye plan..x pasal2 cuti yg dirancang clash dgn jadual audit. ok la x baik pulak membebel citer2 emo di bulan ramadhan ni kan, sekadar luahan rasa untuk simpanan Mama aje..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, July 11, 2013

33 Tahun

As Salam,


Dikesempatan ini nak ucapkan terima kasih pd keluarga & kawan² yg wish di FB & Wassup,  ucapan dan doa kalian amatlah Mama hargai..Luv uolsss ♥

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, July 10, 2013

Day 1 Puasa : Sedeynye Terlajak Untuk Bersahur

As Salam,

Alhamdullillah hari ni dapat menunaikan Ibadah Puasa tapi sedeynya bila tak dapat bersahur / terlajak waktu bersahur..bertambah sedey sbb persiapan menu bersahur dah siap Mama sediakan awal iaitu malam semalam dah bertungkus lumus menyiapkan menu bersahur..almaklumlah teruja ramadhan datang lagi dan teruja nak ajar Zaquan berpuasa.

Kiranya sejak dia dah mula bersekolah ni, nak ajar la dia berpuasa n Zaquan pun selalu cakap ' nanti bulan puasa cikgu cakap x boleh makan dalam kelas kena makan sebelum datang sekolah kan Mama'. Jadinya Mama n Papa paham la dia bersungguh cuba untuk berpuasa w/pun bila Papa n Mama igtkan 'Abg kena puasa tau..dah x boleh beli nasi lemak n singgah petronas beli air milo lg tau'. mulut dia laju je ckp ' Abg xnak puasa' , tp bila Cikgu n Kawan² kata dah nak masuk bln puasa kena puasa nak plk dia puasa...ape pun dia baru 5 tahun, untuk permulaan ajar dia mkn sahur bersama kami n x kisahla dia nak buka puasa kul berapa.., tp kalau dapat berpuasa lagi bagus.

Disebabkan kami semua terlajak sahur, Zaquan n Ziqry mkn pagi la.., Zaquan jenis pagi mesti nak pekena nasi jgk, jdknye xdela Mama rasa ralat sgt masak awal pun sbb pg tu Zaquan makan nasi dgn lauk yang Mama masak.

Hope esok kami terjaga la untuk bersahur bersama.., Akceli dah seminggu Mama x sihat, batuk selsema n badan pun suam² kuku, agaknye itu slh satu faktor bdn rasa letih n x tersedar utk bangun awal.., Adik Ziqry pun dah berjangkit demam batuk selsema dar Mama ni, bdn dia pun on..off..on..off dedar² ...hope cepatlah sembuh sepenuhnya..amin.

Ermmm..nampknye menu yang sepatutnya jd menu bersahur kami pagi td, jadi menu berbuka hari ni..x rugi pun masak sbnrnya, kan dah senang dah ada menu untuk berbuka hari ni, cuma fadilat bersahur tu la x dapat.

Menu apa yg Mama masak..? 
*
*
*
*
*
*
*

Semangat tu masak Rendang Ayam dan x lupa jgk Sambal Bilis Goreng Garing untuk stok menu bersahur kami..

Rendang Ayam Sweetmama

Resepi :-

Bahan² : Seekor Ayam (Mama masak 8 ketul ayam je), 2 Batang Serai, 1/2 inci Lengkuas, 1 inci Halia, 8 ulas Bawang Merah, 5 ulas Bawang Putih, 10 tangkai Cili Padi, Cili Kering, Santan, Kerisik,  Garam dan Daun Kunyit.

Cara² Memasak : Kisar bahan untu ditumis  (Bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan serai  - blend je semua ni bersekali)
Tumis bahan² yang telah dikisar
Setelah naik bau dan masak masukkan 1 cawan santan (Mama guna santan kotak, so tambah 1 cawan air), kacau sentiasa sampai dia dh menggelegak, masukkan kerisik dan ayam (Ayam ni mama goreng half cook terlebih dahulu), perasakan dengan garam dan agak² dah kering dan masak taburkan daun kunyit ..gaul rata, seterusnya sedia untuk dimakan.


Sambal Bilis Goreng Garing
nak tau resepinya senang saje..Mama pernah up n3nya disini : http://mamakerry.blogspot.com/2012/07/resipi-sambal-ikan-bilis-goreng-kering.html


p/s: Alhamdullillah rezeki, 1st ramadhan dah dapat bubur lambuk Kg. Baru..sponser dari pihak bank utk opis..bertambah lg menu berbuka hari ini.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

As Salam,


Jom sama² menghayati liri lagu nasyid dari kumpulan Hijjaz - Ramadhan Bulan Berkat.
Moga kita sama² dapat menambah amal dan pahala di bulan yang penuh berkat ini..

Bulan Ramadhan bulan yang berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yang istimewa

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jgn dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jgn dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan
Meriahkan Ramadhan dengan bermacam cara
Agar Ramadhan tidak sia-sia

Hindarkanlah dosa di setiap anggota
Kalau boleh dosa hati jua
Kerna dosa itu merosakkan pahala
Agar kita tidak mensiakan Ramadhan
Isilah Ramadhan dgn sebaiknya
Kerna ia datang setahun sekali
Tahun hadapan belum tentu jumpa
Kerna kita mati bila-bila masa


p/s: seperti biasa setiap kali  kedatangan bulan ramadhan di opis kami ni ada tadarus al-quran, nasib ada aktiviti sebegini di opis...dirumah x berkesempatan, cuba jgk baca tp x pernah khatam..ermmm..kena la berubah untuk tahun ni kan..jgn asik ckp x sempat je ye EijaZaquanZiqry.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, July 9, 2013

Cuti - Cuti Langkawi 2013 | Day 2 ~ Time to Shopping & Hasil Pelaburan@Shopping | Kompleks HIG

As Salam,

Dalam proses utk menyudahnya N3 Cuti² Langkawi 2013 ni.., Ni pun taip laju² ni..hehe.  Kalau dah sampai Langkawi ni agenda utamanya mestilah shopping kan..meleburkan duit. 

Selepas selasai sesi lawatan ke Kota Mahsuri dan Dataran Lang n lps minum di Jetty Point, kami balik ke rumah dulu, kunun nak tidokan anak² semua dulu, pastu Mama, Atok n Nenek keluar semula utk shopping, sekali yg berjaya tido dgn jayanya Ziqry shj, so dapatlah Abg Zaquan & Kakak Eisya ikut kami shopping n Mr. Papa dgn rela hatinya kata dia boleh jagakan Ziqry di rumah n bagi kami shopping dgn senang hati. 

Kami keluar pun dah kira lwt petang jgk la, tapi disebabkan hari pertama sampai dah survey, so kali ni mmg terus menyoping. Terjahan pertama kami di Kompleks HIG. Kali terakhir Mama g Langkawi September 2011 bersama geng opis (biasalah N3 citer x abis). Masa g tahun 2011 Kompleks HIG ni x wujud lagi, La ni pergi tahun 2013  HIG dah ada Kompleks sendiri dah, besar pulak tu n selesa untuk shopping.

Daripada hasil survey, harga di Kompleks HIG ni sama je dgn kedai²/caw² HIG di Pekan Kuah tu..(xde la dia naikkan harga w/pun dlm shopping kompleks besar). Harga barang dgn kedai² lain pun lebih kurang je, jadinye hasil shopping di Kompleks HIG je pun hampir 75% kami menyopping disini je..hehe

Coklat byk kami beli di Idaman Suri, sbb coklat² yg popular murah sikit di Idaman Suri mcm Kinder Bueno, Whitakers dan Daim murah di Idaman Suri. Whitaker Gold di Idaman Suri 1 pek RM7.90, di kedai² lain 1 pek RM8.50, 3 pek RM25.00, Kinder Bueno di Idaman Suri RM18.00 di kedai² lain RM18.50, Daim di Idaman Suri RM14.30 di kedai² lain RM15.90. Coklat² yg lain tu sama je harga dia.

Pinggang Mangkuk, Kuali n Periuk harga mcm sama je setiap kedai lgpun Mama x survey sgt pinggan mangkuk sbb x masuk dlm list nak beli pun, tp Tefal Mama survey harga dia mmg sama je setiap kedai. 

Kompleks HIG


Besar & Selesa untuk shopping


Ini salah satu target yang Mama nak beli. Dah ada satu frying Pan Tefal, kali ni nak beli kuali pulak.



Kalau nak tau, My MIL terpengaruh jgk beli Pemanggang Ajaib Vantage ni setelah Mama dok citer Pemanggang Ajaib ni bagus n murah di Langkawi, Mama dulu beli pun RM139, dekat langkawi size 32 inci baru RM99, brand HIG pun ada baru RM69 tp nampknye MIL terpengaruh utk beli brand Vantage jgk..hehe

Model baru Pemanggang Ajaib..

Antara hasil shopping @ Day 2

Kuali Tefal..murah je RM69.90                                                                                            


Pan non stick utk goreng telur..yg ini Zaquan yg paw Mama, beriye pulak dia nak beli pan ni..sampai dua sekali plk tu, lg pun 1 lg tu corak strawberry, alang² nak beli pan kecik beli la 1 yg mmg betul² utk kegunaan semua..yg kecik ni Mama beli brand Teflon je RM7.50.


Menambah Koleksi Senduk, Sudip dan Sudu², antara yg wajib Mama beli kalau g Langkawi.


Dan semestinya memborong Coklat², 
ada ke yg g Langkawi x borong Coklat?,
tp kali ni Mama g Langkawi xde lah Mama borong coklat sangat sbb bln sebelumnya Mama g Labuan, dah borong byk coklat.
Coklat Feberet Mama Kinder Bueno n now coklat yg femes Whitakers Gold Almond dan Pepero Almond.  Chocolate Daim beli utk buahtgn opismate.

Kain Batik 2 helai


Tuala, entahlah Mama rasa tuala murah kat Langkawi, kalau g Langkawi Mama mesti beli punye sampaikan MIL pun terpengaruh beli jgk..hehe
Tuala Mama suka beli di Idaman Suri, byk pilihan.

Menambah Koleksi KK Home Deco
Yang ini Mama yg terpengaruh dgn MIL 
Koleksi MIL lg banyak, Mama baru nak berjinak²..hehe
yang ini kalau nak murah cari dekat RAMS di Pekan Rabu, Langkawi


Orang baru nak berjinak²..baru 1 para je pun koleksi KK Home Deco..


Stand Cake, yg ini x tau la mcm mane boleh tergerak hati nak beli, sejak dah terjebak membuat cake ni kot, padahal sejenis kek je pun reti buatnye..xpelah x rugi pun beli, mana tau nnti kalau ada nak buat sambutan hari lahir anak² di rumah ke kan...
Stand Cake ni Mama beli di Idaman Suri n brand Idaman Suri je..berkenan sbb corak roses n vantage ni..murah RM18.00 je.


Itu sahaje hasil shopping Mama, tp nampknye kena tambah beg jgk..esok nye tinggal nak beli langsir je, hari pertama dah survey berkenan plk sbb harganye pun Mama rasa murah.. Jadinya beli jgk la satu beg tarik brand Polo Team ni..x igt harga beg ni tp kalau x silap RM80.


Ini target kalau g ke Langkawi lagi..tambah koleksi periuk belanga Vantage pulak..


Sedar x sedar kami shopping sampai ke malam, nak dekat kul 9 mlm baru sampai rumah, nasib adik ziqry x meragam sgt tinggal berdua dgn Papa, Esok giliran Mr. Papa plk shopping...ape la agaknye Mr. Papa shopping tu kan...yg penting dpt jgk ngecek Mr. Papa belanja Mama..hihi..

Cuti - Cuti Langkawi 2013 : Ehh..Papa n Mama pun Join & Alhamdullillah Kami Selamat Sampai Langkawi
Cuti - Cuti Langkawi 2013 : 1st Day ~ Cuci² Mata di Tempat Shopping & Terjah Cable Car
Cuti-Cuti Langkawi 2013 : Day 2 ~ Melawat ke Kota Mahsuri

Cuti-Cuti Langkawi 2013 : Day 2 ~ Berphotogedik di Dataran Lang

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, July 4, 2013

Sports Day @ Tadika / Taska Zaquan n Ziqry

As Salam,

Ini story 3 minggu yang lepas, Sports Day @ Tadika/Taska Zaquan n Ziqry ( Generasiku Educare) yang diadakan pada 15 Jun 2013 (Sabtu) di Padang Presint 9. Semangat Zaquan nak pergi bersukan setelah bercuti sekolah 3 minggu..hehe, Iyelah 2 minggu cuti persekolahan dia duk umah Atok n Nenek, lepas tu sambung cuti ke Langkawi plk, sampaikan Cikgu dia wassup tanye khabar 'Ada pape ke yg berlaku pada Zaquan sbb 3 minggu x dtg sekolah n nak confirmkan Zaquan joint ke x Sport Day nnti'. 

Alhamdulillah dapat jgk Zaquan n Ziqry joint sukan yang diadakan w/pun Mr. Papa xde bersama untuk sama² bagi semangat utk anak² bersukan sbb Mr. Papa pd hari berkenaan ada  Kawat Kadet Bomba (Kokorikulum), kalau x pergi tolak markah plk. Mama plk kalau x bawa anak² bersukan kesian plk dkt diorang time ni la diorang nak happy² bersukan, nak kenal ape tu erti bersukan kan, lgpun dah bayar RM50 (RM25 sorang)..rugi la kalau x pergi..

Biasalah kan kalau kita sorang je nak handle anak² kelam kabut jgk dibuatnye, Mama ni nekad je bawa sendiri anak² w/pun dlm hati risau jgk 'mcm mane la nak control anak² kat padang ni nanti?' , ' mcm mane la nak parking kereta nanti?'...tp alhamdullillah semuanya under control sbb bila sampai, Zaquan cikgu dia yg jaga, Mama cuma kena control Adik Ziqry je la. Parking kereta plk terpaksa la parking jauh sbb dah dtg lewat tp sib baik dapat parking tempat senang..

sepatutnya awal pagi dah kena ada di Padang, tp itulah melayan kerenah anak² w/pun awal pagi dah bangun tp mcm² yg diorang nak, dah singgah makan nak singgah kedai plk ditambah dgn Ziqry menangis nak ikut Papanya naik motor, sudahnya kul 9.30pg baru kami sampai, sampaikan Zaquan terlepas nak joint perbarisan. Time kami sampai ni majlis sedang dirasmikan oleh Isteri kepada Menteri Wilayah Persekutuan.

Sblm Acara sukan bermula dan Zaquan beratur dalam barisan kelas dia, sempat lg minta dia posing² dulu..hihi

Kebetulan plk nak dekat hari sukan Zaquan dpt hadiah kasut sukan dari Abg Jamal (dah mcm anak angkat FIL & MIL dah). Terima kasih Abg Jamal, Zaquan mmg nak sgt kasut sukan ni, sbb masa dia ikut Atok n Neneknya ke JPO atoknya ada kata nak beli kan kasut sukan n dia dah minat sgt dgn kasut sukan puma ni boleh dikatakan setiap kali keluar kalau dia nampk kedai kasut mesti dia ckp dgn kami 'Abg nak beli kasut sukan/kasut bola', x sangka Abg Jamal plk yg belikan di Vietnam.., Adik Ziqry pakai kasut raya Abgnye masa thn 2011, kasut spiderman Adik thn lepas dah sempit.


Abg sporting bergambar tp adik lebih tertarik dgn belon


Majlis dirasmikan oleh Isteri kepada Menteri Wilayah Persekutuan.


Kawan² Tadika Zaquan dah siap berbaris 
Dah selesai Berikrar dan menyanyi


Zaquan kelas 5 Produktiviti


Abg Zaquan sampai lewat sikit, x sempat sertai perbarisan dan nanyi bersama kawan², tp masih sempat lagi masuk baris n slps selesai upacara perasmian, semua murid² di bawah kawal selia Cikgu².


Acara sukan dimulakan dgn acara untuk kanak² usia dibawah 1 tahun terlebih dahulu, diikuti 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 Tahun. Jadinya lama jgk la nak menunggu giliran Abg Zaquan main sukan. Diorang main 1 acara sukan je pun sbnrnya.

Acara sukan untuk kanak² 2 tahun. 
Cari Gula- Gula dalam Mainan

Jom kita tengok Adik Ziqry amik gula² atau amik mainan..

Mestilah amik gula², w/pun pada mulanya dia ala² blur amik gula² igt utk makan..tp kita guide la dia suruh masukkan dalam bekas..


see..ada gaya la Adik cepat² nak masukkan gula² dlm bekas



Ok la Adik Ziqry dapat No. 2
pic bersama Pn. Husna (owner tadika Generasi Educare).


Giliran Abg Zaquan plk. Zaquan main acara Bawa Getah Dengan Straw


Yeay..nampaknye Abg Zaquan pun dapat No. 2


Abg pun nak bergambar dengan Pn. Husna


Tahniah ye abg, x dapat juara pun Mama tetap bangga dengan Abg, nampak semangat kesukanan Abg tu, steady je Mama tgk Abg lari bawa getah dgn straw tu



Apalah Adik ni, Adik pun kan sama dapat no. 2 macam Abg, jgn la amik Abg punyer


Dua² dapat no. 2 , Hadiahnya Medal dan Botol Air. Senang hadiah sama xde lah gaduh²


Sukan selesai dalam kul 12.30tgh siap disediakan dgn makan tengahari. lepas makan Mama bawa anak² g umah sepupu wiwin dia, so melepak la kami sampai ke petang di rumah Adik Mama ni, Ziqry otw nak ke rumah Mak Yang dia tido skjp, tp Abg Zaquan, igtkan dia letih tp x tido lgsung, beriye main dgn wiwin ni.


skjp je lenanya Adik Ziqry, bangun terus tunjuk skill main iPad pd wiwin


Akhirnya masing² lena OTW nak balik ke rumah, Mr. Papa sampai rumah pun anak² dah ketiduran dgn lenanya. 



Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails