Klik2 My Heartbeat Yaa.. :)

Monday, December 22, 2014

Cambodia Kami Datang | Hotel dan Tempat Makan @Phnom Penh

Assalammualaikum,

Sadisnya n3 holiday day 1 @Phnom Penh pun x settle² update di blog Mama ni, ermmm..Bz la bln Dec ni, bz dgn kursus je tetiap minggu, time free internet plk problem dkt opis ni, blk umah mmg xde masa la nak mghadap pc kan, tp time free hujung minggu tu Mama cuba jgk la buat n3 auto publish. Sebelum mama sambung n3 Day 1 @Phnom Penh, Mama nak kongsi sikit la info ttg tempat penginapan dan tempat makan sepanjang kami bercuti di Phnom Penh ni ye..

Semasa kami bercuti di Cambodia selama 5 hari 4 malam, 2 malam kami di Phnom Penh dan 2 malam lg kami di Siem Reap. Hari pertama dan hari terakhir kami adalah di Phnom Penh, di tengah²nya kami bercuti dan bermalam di Siem Reap, Cambodia. Ada rugi masa sikit disini sbb nya perjalanan dari Phnom Penh ke Siem Reap mengambil masa 6-7 jam, kiranya mcm masa habis di perjalanan.

Mcm yg mama citer di n3 sebelum ni, kami selamat landed je di International Airport Phnom Penh terus dah dibawa ke sesi lawatan keliling bandar, pastu terus isi perut (lunch) dan baru check in hotel. Di Phnom Penh ni kami menginap di Holiday Villa Hotel. Dekat Malaysia pun ada Holiday Villa kan, ok boleh la selesa je untuk kami bermalam dan breakfast disini pun Halal cuma yg x beshnya wifi cuma ada di lobby hotel je, kalau nak access di bilik kena bayau. 


Holiday Villa Hotel, Phnom Penh
Lokasi dengan tempat shopping (Central Market) dekat je dalam 10 minit if berjalan kaki cuma timing kami je yg x kena, masa penuh dgn agenda lawatan n CM plk tutup awal...



waktu sampai hari pertama (1 Nov 2014) , kalau tgk jam di dinding lobby tu tepat jam 12 tengahari waktu Cambodia.


Kami diberi masa rehat 2 jam sebelum sambung aktiviti lawatan di sebelah petang, jdnya jam 2.30pm kami perlu berkumpul semula di lobby. Siyes leganya dapat katil sampaikan mama terlelap skjp, tp anak² segar bugar dpt masuk bilik hotel, biasala tempat pertama dia tuju bila masuk bilik hotel, bilik air..sibuk nak berendam..

Our room, ekceli time ni bilik yg kami dapat econ x berapa sejuk, tp disebabkan mmg dah keletihan, panas pun mama boleh terlelap..huhu. Petang lepas Mr. Papa sampai br kami tukar bilik. 


Ermmm..Abang sibuk nak tengok tv, Adik plk sibuk dgn telefon



xde citer besh la, x dapat pun siaran tv Malaysia.


Tempat feberet anak², bilik air..mau berendam katanya..



Waktu tiba hari ke -4 (4 Nov 2014).., ye kami bermalam di Holiday Villa Hotel semula, see..lewat petang baru check in, sudah jam 5.40pm, yelah hari ke-4 ni mmg hari perjalanan je la, berangan je nak shopping dkt CM, tp tu la CM jam 6 pm dah tutup.


Keadaan bilik , kali ni bilik rasa luas sikit berbanding bilik masa hari pertama sampai.




Itulah saje serba sedikit gambaran ttg tempat penginapan kami (Holiday Villa Hotel) sepanjang di Phnom Penh, pada Mama kalau dtg semata utk shopping di Central Market (CM) ok sgt lokasi hotel ni dekat dgn tempat shopping, nak makan di hotel pun xde masalah sebab makanannya HALAL, setakat utk bermalam pun ok selesa je, yg x beshnya Wifi cuma ada dilobby.

TEMPAT MAKAN @PHNOM PENH

Ada 3 tempat makan Halal yang telah dibawa oleh Travel Agent sepanjang kami di Phnom Penh ini. Antaranya ialah :-
  • Wau Restaurant (authentic Malaysian & Cambodian Cuisine)
  • Cafe Malaya
  • Ah - Man Green Restaurant (Malaysian Halal Food)
Yang specialnya makanan dekat Phnom Penh ni kan Kerabu Mangga, semua restaurant kami pergi mesti ada Kerabu Mangga. Sedap pulak tu Kerabu Mangga dia. Selain Kerabu Mangga menu yg selalu ada dihidangkan adalah Telor Dadar, so penyelamat la menu utk anak², mmg anak² suka mkn telor pun, disebabkan ada telor dadar je pun, Zaquan makan bertambah²..huhu. Lepas tu hidangan makanan di restaurant dia adalah buffet.

Lunch hari pertama dan dinner hari terkahir kami di Phnom Penh kami dibawa makan di Wau Restaurant, Wau Restaurant ni terletak di dalam bangunan hotel yg under renovation semasa kami pergi time tu, jadinya dari luar nampak mcm x siap je restaurant ni..huhu



Menu lunch hari pertama, x dan nak amik pic hidangan buffet dia, tp ni menu Mama..see kerabu mangga, tengah menaip n3 ni teringat² plk kerabu mangga dia yg sedap.


Dinner hari terakhir kami di Pnom Penh, time ni ada group lain, jadinya malam tu kami makan berhidang.
Menunggu makanan dihidang, disebabkan ada group lain yg agak ramai, service pun agak slow..lama jgk la kami menunggu makanan siap dihidang, tp sib baik kami belum kelaparan sgt sbb kami lunch pun dh sgt lewat jam 5pm br kami lunch.


antara menu special malam tu adalah sup ekor..


Dinner kami di hari pertama di Cafe Malaya. Konsep yg sama buffet.., jdnya amik je la lauk mana yg berkenan, nak amik semua pun xpe dh masuk dlm harga pakej.


Menu buffet style, menu kg..ada rendang dan ulam lagi.


Ni Mama punye..



Lunch hari ke 4 dan last day kami di Phnom Penh adalah di Ah- Man Green Restaurant. Restaurant ni terletak di tgh² bandar, kedai dia kecik je tp makanan buffet dia utk kami byk dan rasa mkanan dia mmg sedap, mmg rasa tekak malaysia, kari dia sedap...hehe.




see..menu mama..semua mama bedal..ikan, ayam, sotong, telor dan sayur..huhu


N3 Auto Publish

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Sunday, December 7, 2014

Semoga Abah Diberikan Kesihatan Yang Baik

Assalammualaikum,

Pagi khamis (20 Nov 2014), Mama dapat berita daripada adik perempuan kedua Mama bgtau Abah diserang sakit jantung lagi, ini merupakan serangan jantung yg ketiga sepanjang tempoh Abah diketahui ada penyakit jantung bermula tahun 2004.


Mama dimaklumkan abah diserang sakit jantung lebih kurang sama seperti kali kedua kena serangan 2 tahun lalu dimana abah batuk berdarah, muntah dan terus mengadu sakit dada dan my adik terus bawa ke emergency ward HUKM.

Pada hari Khamis berkenaan Mama terlibat dengan kursus, nasib baik kursus in house dalam opis je, jadinya hari Khamis tu Mama amik time off/half day, tengahari dari opis jemput Ziqry di taska terus pecut ke hospital HUKM (Zaquan bercuti bersama atok n neneknya di Tanjung Balai, Pulau Karimun dan Johor di ketika itu).

1st time ni Mama drive sendiri dari opis ke HUKM, redah je, mmg la Mama tau HUKM tu dimana tp selama ni org yg bawa x pernah lagi drive sendiri, alhamdullillah dipermudahkan, selamat sampai x sesat dan senang dapat parking. Mama dimaklumkan yg Abah masih di emergency ward, sesampai je di HUKM Mama pun terus la ke emergency, cian jgk dkt Adik Mama dia sorang² uruskan Abah dr kul 9pg x selesai² lagi masa mama sampai tu dah pkl 2 lebih, kebetulan dia pun masih ada urusan di sekolah, jd Mama plk take over tunggu Abah di emergency, Adik² yg lain jauh, diaorang sampai petang time waktu melawat. 

Pkl 4ptg jugalah baru dapat result Doktor samada abah perlu warded atau tidak, disaat dipanggil waris kepada pesakit Mohd Zin sila masuk ke emergency ward, berdebau pun ada + aduihai macam mana nak masuk ni sbb bdk x dibenarkan masuk, nasib baik jgk mood Ziqry ok dan misi yg bertugas time tu pun layan baik siap offer Ziqry duduk di kaunter dgn dia, dapat la mama uruskan dgn mudah.

Ermmm..keputusan doktor nampaknya Abah kena warded, dimaklumkan abah akan ditahan di Wad Pemulihan Jantung di TIngkat 6, HUKM. Ini kerana doktor perlu pantau memandangkan abah ada muntah pagi tu, nak pastikan abah x muntah lagi pd hari tu sbb kebarangkalian untuk diserang sakit dada lagi adalah tinggi.



Selepas selesai urusan pemindahan ward dr emergency ke Ward Pemulihan Jantung, Mama terus inform pada adik beradik yang lain Abah confirm kena tahan ward n kebetulan jam 4.30pm dah waktu melawat n my adik yg dari Shah Alam pun dah nak sampai dialah yg tolong amik my mum melawat Abah di ward.

My Abah kena tahan wad selama seminggu lebih juga la, kena buat endogram dan ganti belon lagi, menggantikan belon yg dimasukkan pada tahun 2012, nampaknya saluran jantung Abah tersumbat lagi, yang paling merisaukan kami semua my Abah berkemungkinan mengalami masalah kegagalan buah pinggang berfungsi buat sementara plk, serius mmg kami semua sgt susah hati kalau kena 3 penyakit serangkai - Jantung, Kecing Manis dan Buah Pinggang ni, susah la..x sanggup rasanya tgk if lps ni Abah kena buat rawatan Dialisis. My Mum cuba jgk rawatan tradisonal amik air penawar dari Ustaz Dr Rashid sbb doktor pesan my Abah kena byk minum air masak. Alhamdullillah my Abah xde la kena sampai tahap dialisis.

 My Abah hari kedua di Ward Pemulihan Jantung HUKM


Abah selepas endogram..



Terima kasih buat makcik² kami yg datang melawat
now mentang² la dah ada group wasap family adik beradik abah, makcik² pun dok update pic dalam whatsup group huhu....

Alhamdullillah Abah selamat keluar wad pada 28hb Nov 2014(Jumaat), nampak sgt Abah masih x sihat sbnrnya, sbb 2 hari sblm nak keluar  wad yg br doktor detact kemungkinan kegagalan buah pinggang x berfungsi buat sementara waktu, masalah jantung slps buat endogram nampak dah ok.


Mmg sedih tgk Abah x berapa sihat slps keluar dari ward, ni pic masa minggu lepas Mama dtg melawat abah slps keluar ward, Abah terbaring je sbb kaki bengkak. 


Alhamdullillah, minggu ni Abah dah beransur sembuh, bengkak di kaki dah surut, Abah pun dah mula bekerja seperti biasa.


Ya Allah Ya Tuhanku kau berikan lah kesihatan yang baik buat Abahku..AMIN.

P/S :- 2-3 minggu ni Mama bz, bz dgn keje audit, holidays, balik holidays keluar audit lagi, kursus plk, dapat berita abah sakit n last audit pada 24-28hb Nov 2014, jadinya Blog mama pun x berupdate..ikut kan byk benda nak simpan dlm blog my memories ni tp x berkesempatan.., nampak gayanya n3 percutian akan tersadai lagi la..huhu..

P/S:- N3 auto publish..hujung minggu tuan tanah bz g kenduri..
N3 Auto Publish

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails