Klik2 My Heartbeat Yaa.. :)

Monday, September 21, 2015

Cuti Sekolah..Abg n Adik ke Melaka Pulak

Assalammualaikum,

Hari ni dah bermulanya cuti persekolahan penggal kedua (19-27 Sept.2015), sejak anak dah bersekolah penuh ni kan..Mama nya kena lah peka dgn jadual cuti sekolah anak tp sbnrnya Mama n Papa hampir terlupa, nasib ada group wasap sekolah dok inform..ngeee..

So last minute planning, Mr. Papa kata memandangkan cuti sekolah sekali dgn minggu cuti raya haji, boleh la Mr. Papa bawa g melaka, ikut Mr. Papa nya plk keje, lgpun 3 hari je bekerja, hari khamis dah cuti raya haji, hari jumaat plk mr. papa amik cuti rehat, x berbaloi nak keje patah balik ke Melaka. Selalunya kalau cuti sekolah x kemana, nak x nak mama bawa la abg g opis Mama, yg adiknya g taska. Kira ok la Mr. Papa nak bawa anak² ke sana plk, xde la bosan sgt diaorang, cuti sekolah x g bercuti pun at least dpt keluar daripada rumah srnok la bdk² tu...

Mmg anak² teruja sgt nak ikut Mr. Papa nya blk Melaka, paling x menahan Adik Ziqry pagi² hari Sabtu lg dh kejut Mr. Papa ' Papa, bangun kata nak pergi Melaka..' adeiii..x sabar ye adik nak tinggalkan Mama..huhu, ikutkan hati..., kan srnok kalau Mama pun boleh ikut g Melaka, tp Mama nak kena simpan cuti, cuti dh sikit..bulan depan kita g bercuti sama² ye anak²...

Rutin semenjak kami PJJ ni hari jumaat lepas balik keje Mr Papa akan blk rumah kami di Bangi dan Pagi Isnin lepas suboh gerak ke Melaka terus masuk opis. So pagi td lepas suboh diaorang gerak ke Melaka. Alhamdullillah pagi td kul 8.30pg dah terima call daripada diaorang bgtau dh selamat sampai opis Papa dia dah..ok...selamat bercuti ye anak²..

Pagi td lepas suboh.., Muka happy nak ikut Mr. Papa balik Melaka..
beriye mcm nak holidays sakan, tp sbnrnya nak g opis Papa je..hehe



erksss..sempat lg selfie ngan Mama, iye la 3 hari 2 mlm xdpt nak peluk cium, selalunya tido bawah ketiak Mama je hero² mama ni.., ni td peluk puas² sebelum diaorang bertolak.


Abg n Adik jgn nakal² k, kalau Abg n Adik perangai baik kali ni, mesti next time Mr. Papa bawa lagi tau.., 2 bulan je lg nak abis sekolah dah..cepatnya masa berlalu...

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, September 7, 2015

Alhamdullillah..Dah Sembuh Sepenuhnya

Assalammualaikum,

Alhamdullillah, my son Zaquan yang telah retak kakinya baru² ni telah sembuh sepenuhnya, dah x perlu check up susulan, simen di kaki dah selamat buka pada check up susulan yang dibuat pada 20 Ogos 2015 (khamis) yang lalu. 


menunggu giliran, 
berguna stroller gabak zaquan ni dulu, time² sakit ni dpt guna
kebetulan pagi tu parking full dekat hospital, Mama terpaksa parking jauh dekat Putrajaya Sentral, kena jalan kaki jauh sikit la dgn menolak stroller yang ada baby besar ni, tp Mama think positif anggap je la excercise sambil menolak stroller..hehe..


Tengokla simen n bandage nya pun dh nak terburai, ini pun dh kemas² kan sikit ikatan bandage before masuk jumpa doktor.


Mula² tu risau gak sbbnya bandage di kaki dia tu sampai dah terburai dalam tempoh 11 hari dia mendapat cuti sakit, risau je kaki diax pulih sepenuhnya, tp alhamdullillah Doktor kata kaki budak insyaallah cepat baik, tengok dia jalan dah x sakit n boleh berjalan tu maknanya ok la tu..

dh boleh tanggal dah simen di kaki Zaquan.
tp nampak x kesan luka sbb menggaru x tahan gatal masa kaki berbalut..


Alhamdullillah dah sihat sepenuhnya.
muka happy tp dh boleh jalan pun still dia nak duduk dalam stroller n suruh Mama tolak dia..
adeiii..sabar je la..



Pesanan Buat Abg Zaquan :- beringat² tau lepas ni, ingat kalau mama n papa kata jgn tu..jgn la buat...Mama n Papa tegur n pesan utk kebaikan Abg jgk..

p/s : Tuan tanah seminggu xde di office..keluar g Mengaudit...

N3 Auto Publish

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails