Showing posts with label Majlis Cukur Jambul. Show all posts
Showing posts with label Majlis Cukur Jambul. Show all posts

Friday, January 18, 2013

13.1.13 ~Majlis Cukur Jambul Anak Buah@Sepupu Zaquan n Ziqry | Bertemu Teman Blogger

As salam,

Pada 13.1.13 (Ahad) berlangsung majlis kesyukuran cukur jambul anak buah@sepupu Zaquan n Ziqry iaitu anak kedua Adik Ipar@Cute MuM di rumah Mertuanya di Sg Ramal, Kajang. Ikutkan sekarang ni hujung minggu Sabtu dan Ahad dah x dapat dah nak memenuhi jemputan kenduri kendara ni sbbnya Mr. Papa ada kelas setiap hujung minggu..huhu sedihnya :(, byk pulak jemputan kawin kawan2 bulan ni dan bulan depan. 

Tapi ni nasib baik la rumah family mertua n ipar duai dekat2 je, so xde masalah untuk adik ipar tolong jemput dan hantar pulang..., terima kasih acik eiya yang jemput kami pergi dan balik :), So pada hari berkenaan, Mr. Papa ada kelas macam biasa, awal pagi dah keluar rumah, kami Adik Ipar jemput dalam kul 11 pagi, kami sampai majlis sedang berlangsung..orang marhaban sedang berzanji. Kami lepak kat luar dulu sbb dalam rumah dah penuh, tp tengok la bdk2 yang excited pulak masuk. Zaquan dapat geng lg la menjadi..kebetulan dia dah lama x jumpe anak yg MIL jaga (Moon dan Timah)..time ni la melepaskan rindu...rindu la sgt..:p, tp time nak gaduh, gaduh jgk..


Kalau macam ni kan baik..dok dgr org marhaban,
 tp sbnrnya skjp je bdk2 ni dpt bertahan dok dalam rumah, pastu 15 minit kemudiannya keluar..
Lena Dania Maisarah dalam buaian berendoi dia,
iyelah semua bdk pun kalau time cukur jambul dengar org marhaban berzanji
mmg  sedap je, tenang n lena dibuatnya..

Sedapnye tgk dia tido..

Selesai sudah orang marhaban berzanji, giliran kami mengintai Sarah yang lena dibuaiannya..
Adik Ziqry beriye memandang n cuba buai tp Adik Sarah lena jgk...

Mama pun ambil peluang bergambar kenangan bersama Sarah yang dirai dan kakaknya Dania Alisha, Adik Ziqry pulak x pandang kamera.

Adik Sarah lena, kita amik gambar dengan Mummy dan kakak eisya n acik2 la.. (Adik2 Ipar)

Acik Uyun bersama anak2 dan 3 beradik anak yg MIL jaga
Apadaa..Zaquan pesen bergambar xmo pandang kamera, Adik Ziqry pulak leka dgn sumi dia..



Tidak ketinggalan Mama anak beranak bergambar bersama MIL dan Adik2 Ipar dan 2 orang anak yang MIL jaga.
Mama je lari tema sikit..hehe, mmg tau temanya biru..sebab tu pakaikan anak2 baju biru n Mama pakai baju kalerfull jnji ada biru sikit, silapnye x pakai tudung kaler biru..sbb x tau yg mereka semua mmg sedondon betul..

Selesai bergambar, janji ada 2-3 keping gambar..hehe, agenda isi perut la, susahnye rasa kalau part nak bagi anak makan kalau xde Papa.., biasalah anak2 jenis byk kerenah time nak bagi makan. Zaquan jenis memilih nak makan n selalunya nak papa suap, Ziqry pulak jenis x boleh tengok makanan, kalau boleh semua benda dia nak makan.


Makan time, beriye la abg Zaquan amik nasi lauk ikan, sudahnye dia x makan pun nasi, betul2 dia makan muffin cicah air teh panas, Zaquan ni makan jenis nak bersuap, mama sibuk duk layan adik yg bersungguh makan, terus hilang selera Zaquan nak makan, tp lepas tu dia duk kacau adik pulak, memang hangin betul dibuatnya sbb adik dia dok diam n selera makan dia dok kacau, kena marah ngan mama n nenek lepas tu dia terus masuk semula dlm rumah cari geng..terus hilang x keluar bila dah main n dapat kawan..

Sedang enak menjamu selera dan melayan kerenah Ziqry, perasan teman blogger yg turut  sama menghadiri majlis cukur jambul anak Cute MuM, Dua2 Blogger ni merupakan blogger yang Mama kenal dan pernah jumpa n seronok berkawan iaitu Mama ZN@Nad dan Mamafarah4@K.Norr

Nad dan K.norr dah buat N3 Disini dan Disini, biasalah Mama yg paling slow updates n3..huhu. 


Bersama Teman Blogger Nad dan K.norr.
x berkesempatan nak berbual panjang, mama selesai makan, mereka baru nak makan, mama pun sibuk layan ziqry, kebetulan ziqry x berapa sihat beralih bulan cirit birit, time mama nak beramah mesra pulak Ziqry ada isi, masuk rumah uruskan ziqry, keluar rumah tgk nad dah balik dah, k.norr pun dah nak balik, tp sempatla jgk la rakamkan sekeping gambar ni :)

Selesai makan terus lepak dalam rumah Adik Ipar sampai ke petang, main dengan Sara yang dah terjaga dari lenanya ni ha...

Sara Tomey², pandainya Sara senyum pandang kamera..
Aksi Ziqry dan Sara
Ziqry ni jenis yg geram tengok baby tau, mmg dia suka cium baby..:))
Ziqry pun dah bertukar baju..

Adik Ziqry jeles ke Mama nak bergambar berdua dgn Sara, tetap nak menyelit dan berkepit ngan Mama.

P/S: Tahniah buat adik ipar yang keluar berita utama akhbar Harian Metro kerana menjadi ibu susuan kepada 3 orang anak susuannya. Sehari dapat hasil perahan 8 botol..mmg banyak..tumpang happy tgk hasil EBM yg banyak. Moga terus bersemangat utk BF w/pun terdapat pandangan negatif dari mereka yg x cukup ilmu ttg susu ibu dan ibu susuan ni. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails