Showing posts with label Pizza Hut. Show all posts
Showing posts with label Pizza Hut. Show all posts

Monday, July 22, 2013

Sambut Hari Lahir Dengan Berbuka Puasa Di Luar @ 2 Ramadhan

As Salam,

Tahun ni hari lahir Mama jatuh pada 2 Ramadhan 1434H, jadinya haruslah berbuka puasa di luar, nak masak special² pun x berkesempatan..balik umah pun sampai lewat petang. Minggu pertama berpuasa memang ramai yang makan di rumah bersama keluarga kan, jadinya xde masalah untuk berbuka puasa di luar..xde lah sampai kena Q untuk berbuka lgpun kami pilih fast food je tempat untuk berbuka@celeb bday Mama. Sama seperti tahun lepas sambut di Pizza Hut..pilihan Zaquan nak makan mushroom soup katanya..xpe ikutkan je bkn nak sambut sgt pun jnji dpt makan sama² suami & anak² dh cukup bermakna.


Kami pilih tempat yang paling dekat dgn tempat kerja risau kalau balik umah dulu x sempat pulak nak berbuka, takut berbuka atas jalan pulak. Jadinya lepas balik kerja n jemput anak², kami terus ke Alamanda, booking tempat n amik order di Pizza Hut dulu n sempat lg lepak² melayan kerenah anak² nak bermain di Alamanda.

Pantang lepas..kemain srnok..


sempat lagi bawa diorang melepak di luar..sambil menunggu waktu berbuka n time ni nak singgah beli kek Secret Recipe.




Cukup lah 2 Slice Kek SR ni, lgpun berturut² dari Mei membawa ke Jun ke Julai asik makan kek aje...hehe
Adoiyai 3 batang lilin tu hasil susunan Zaquan n kek pun pilihan Zaquan, selalu beli Choc. Indulgence/Banana Choc, kali ni Zaquan nak Chocfudge Indulgence, lebih kurang sama je rasa dgn Choc Indulgence..Zaquan ni peminat Coklat.


Lagi beberapa minit nak buka puasa, kanak² x puasa ni x sabar dh mau makan kek.
Jom sama² Potong Bday Kek Mama




Nyum2...sorang satu kek..., Bday Mama x makan kek pun xpe, jnji anak² happy dpt makan sempena bday Mama dia..


peminat kek..makan sampai menjilat bibir dan sudu..huhu



Menu Pizza yg kami pilih..Set Citarasa Ramadhan 1 (1 Regular Sari Lautan Pizza, 2 Soup Of The Day, 2 Glasses of Miranda Strawberry, 1 Set Garlic Breadstix dan 1 Istimewa Platter)

Sari Lautan Pizza


Platter Istimewa


Alhamdullillah kenyang n terima kasih Mr. Papa belanja makan sempena bday Mama ni..


p/s: X sangka 4 - 5 Ramadhan Mr. Papa bawa kami teman dia bermalam di PD sbb minggu pertama puasa kan  xkn Mr. Papa nak tinggalkan kami bertiga buka puasa sendiri..nnti ada masa Mama up n3,minggu ni bz 1st audit dgn Unit baru..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, February 21, 2013

Cuti CNY..Makan2@Pizza Hut ~ Golden Harmony~

As Salam,

Sambung story cuti CNY kami.., story cuti Morib n PD ntah biler la agaknye nak up..malas nak select gambar sbnrnya..tp kalau boleh nak jgk letak gambar..:p

Kalau semalamnya dah makan nasi kenduri kahwin, keesokannya tekak rasa nak makan Pizza Hut..hehe.., bukan tekak Mama sbnrnya..tp tekak Mr. Papa..huhu, ermmm..Mama cuma ikutkan je..(ikut tp Papa bg pilihan Mama yg pilihkan menu), kalau ikut tekak Zaquan asik2 Mc'D tak pun KFC..

So alang2 CNY kan...so kami pun sepakat la try menu Golden Harmony promosi for CNY. 

Kami @Pizza Huta Warta, Bandar Baru Bangi (10 Feb 2013).


Sampai2 je ..Adik Ziqry dah lena tido sbnrnya..tp Abangnya Zaquan pulak kacau adik tido.., mmg la dia bknnye kacau usik2 adik tp cara dia nak dpt perhatian tu dia ckp dia nak duduk sebelah Mama kerusi yg adik tido, nmpk sgt saje jeles ngan Adik padahal sebelum2 ni Zaquan mmg nak duduk dgn Papa je..

Adik yg ketiduran

Adik dan Abg sudah bertukar tempat..sampai akhirnya Adik yg baru nak lena..terjaga..


lepas tu bila Adik dah terjaga sudahnye dia nak Papa jgk yg suapkan makanan..berubah tempat lagi..itu satu peel Zaquan.


Set yg kami pilih..Golden Harmony 1 n kami Add on Golden Platter


Ni dia Golden Crab Clow Pizza..
Rasa Dia..biasa2 je..sedap lg Pizza Hawaiiian Chicken Super Supreme yang kami biasa order, sbbnya kalau perasan topping atas dia tu mmg la salut cheese tp sos dia yg coklat2 tu x kena dgn tekak Mama rasa manis.., Mr Papa pun kata biasa2 je rasa dia..tp kami makan tetap abis licin..sbb mmg hantu Pizza..hehe

Golden Plater..ni mmg sedap ..^_^..


p/s: now..sgt bz..huhu..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Sunday, November 18, 2012

Aktiviti di Hari Cuti Umum Deepavali & Awal Muharam!

As Salam,

Cuti Umum Hari Deepavali - Makan2 @Pizza Hut, Warta Bandar Baru Bangi

Yeay..Cuti Umum Hari Deepavali yg lepas (13/11/12 - Selasa) Papa bawa kami makan2@ Pizza Hut, Warta BBB. Papa belanja sbb dah gaji..mmg setiap bulan lepas dpt gaji sekali Papa akan belanja makan besar..(besar jgk ler ni kan..hehehe). Bulan ni kan kita dpt gaji awal..6 Nov 2012 k/tgn awam dh dpt gaji, gaji awal.. abis pun awal..huk2..


Kami pilih set Cheezy 7 Reloaded
Now Cheezy 7 it's back..(mcm promo pizza kat tv..hehe)

Kami pernah try makan dah masa 1st time promo  Pizza Cheezy 7 ni..time celeb. besday Mr. Papa Tahun lepas..:). Masa mula2 makan Cheezy 7 ni dulu rasa muak sbb kami termakan betul2 seketul cheese tu masuk mulut, now tahu dah mkn dia, cheese yg seketul tu sapu dkt roti pizza dulu n lepas tu boleh la ngap pizza tu mcm biasa..


Untuk Zaquan, kami order Kids Meal, Ohh sudah tiada promo free kids meal lagi dah.., Order Kids Meal - Spagetthi pun Zaquan cuma makan Mushroom Soup dan Ice Cream sahaja.

Abg Zaquan time sporting bergambar..kalau time sporting dia tu ada, siap dia yg ajar kita amik gambar tang ni, part ni..siap suruh mama amik la gambar abg tgh makan ice cream katanya..


Pizza kami dah sampai, Adik mcm biasa nak makan sendiri..dia pun makan mushroom soup je..kali ni dia nak manja ngan Papa pulak, almaklumlah dah 2-3 kali Mama outstation Papa yg jaga, jd manja ngan Papa dah dia, kalau x, Adik Ziqry anak manja Mama..


Terbalik..Zaquan pulak hari tu nak manja2 ngan Mama, Selalunya Zaquan tu mmg anak manja Papa..
Hehee..time ni Papa sibuk usik Adik..suruh tunjuk Gigi, tp Adik x layan, Zaquan yg sibuk tunjuk gigi n suruh amik gambar gigi dia..huhu

Selesai makan, kami jalan2 skjp dkt Warta ni, Zaquan tau dah kalau sampai Warta, tempat yg dia tuju kedai CD, dia siap paw beli DVD Madagascar 3, balik tu terus layan DVD Madagascar3, nampaknye dah start balik dah dia layan DVD aje, aritu stop skjp..

Cuti Umum Awal Muharam (15/11/12 -Khamis) ~ Jom Kita g Tengok Wayang :)

Ohhh..akceli plan nak g tgk wayang ni last minute, Mama yg suggest kat Papa jom kita g tgk wayang redeem voucher bday treats AEON yg Papa dpt bulan lepas, expired nye bulan depan 31/12/12.

Yeay..Papa setuju nak bawa kami g tgk wayang sbb voucher tu la buy 1 free 1. Plan asal nak tgk wayang dekat The Mines, sekali tu jalan nak masuk parking The Mines jammed daa..compom parking full n ramai org g The Mines hari cuti ni, sudahnya Papa terus jer..means ke JJ@AEON Cheras Selatan la gamaknya..lagipun Wayang AEON Cheras Selatan 'TGV' sama mcm The Mines, Voucher buy 1 free 1 tu untuk TGV.

Excited jerk nak g tgk wayang, x baca pun dia nye terms.., time nak beli tiket wayang baru tgk..sekali voucher buy 1 free 1 tu laku untuk movie yang ada tanda* shj..means movie yg dah lama keluar panggung la tu..dan yg paling mengecewakan tu mmg xde pun movie yg bertanda* pada hari tu, maybe sbb cuti umum..rugi la kalau dia open movie yg ada* kot..


Mama baru jerk berangan nak tgk movie ni ..'Istanbul Aku Datang' ..Suka tgk Lisa Surihani..:)



Tak pun tgk movie ni..'Skyfall 007'
opsss..lupa ada anak2..x sesuai kot nak tgk movie ni...


Sudahnya kami tgk movie ape ye...????

Abg Zaquan pun bukan main teruja lagi bila kami bgtau nak g tgk wayang..
nampaknye lain kali la kita tgk wayang redeem voucher buy 1 free 1 ni 
nmpknye harapan cerah utk kita g tgk wayang lg bulan depan...hehehe


Adik Ziqry dah bagi hint nak tgk wayang citer Finding Nemo 3D.


Bersungguh Adik tunjuk dkt gambar jaws tu..
Tp x kesampaian jgk nak tgk movie Finding Nemo 3D ni sbb nak dekat kol 5 ptg baru wayang nye start..Rugi masa pulak menunggu


Sudahnye..Kami tgk movie Hotel Transylvania.
Dah kata tgk wayang bersama anak2, mestilah tgk citer yg sesuai utk family..selalunya begitulah..citer animasi pilihan kami..


Ikutkan movie ni dah lama jgk release dkt wayang M'sia ni, tp x dikira movie yg bertanda* pulak..ermm mmg xde rezeki kami nak redeem voucher tu pada hari berkenaan. Walaupun movie dah lama, tp panggung tetap penuh, kami nya seat pun dah huruf D kiranya barisan 4 dari depan..Ape pun kami enjoy layan movie ni, sebuah movie animasi komedi ..


sumber pic: Mr Google

Review :- Memang besh sbb w/pun watak utamanya adalah ttg Dracula n all the monster@hantu2 ttp jalan citer dia lawak..mmg enjoy..bantai tergelak aje kami tgk, Zaquan yg takut dgn hantu pun boleh layan movie ni sampai abis tau, dia pun siap ckp, abg x takut pun tgk citer ni, adik yg takut. Ziqry yg berani pulak terkejut masa mula2 tgk, maybe masuk2 jerk dah buat dia terperanjat..15 minit jgk la menenangkan dia, selalunya dia x pernah nangis tgk wayang, hari tu pulak dia nangis2 sbb terkezut dan akhirnya tertido dlm dakapan Papa. 

Sinopsis Citer Mengikut Kepahaman Mama:- Mengisahkan tentang Hotel yang ditubuhkan oleh Dracula untuk semua hantu2 dtg menginap. Kisahnya bermula apabila Dracula ingin menganjurkan/mengadakan sambutan hari lahir anaknya Mavis yg ke118 tahun, oleh yg demikian semua hantu2 dijemput hadir dan menginap di Hotel Transylvania berkenaan. Semua hantu2 berkenaan terutama Dracula sgt membenci Manusia disebabkan pada pandangan Dracula, manusialah yg menyebabkan kematian isterinya. Kisah lucu bermula apabila seorang manusia Johnny telah tersesat dan masuk ke dalam Hotel berkenaan, kehadiran Johnny telah mengubah persepsi Dracula tentang manusia lebih2 lagi anaknya Mavis telah jatuh cinta dengan Johnny, Pada mulanya hanya Dracula je yg tau bhw Johnny adalah seorang manusia, monster2 yg lain semuanya diperkenalkan Johnny sbg sepupu kpd Frankenstein dan Dracula jgk memperkenalkan Johnny sbb consultant utk bday party Mavis, mmg byk la yg lawak bila Johnny memperkenalkan skuter, muzik hip hop dan mcm2 lg yg terkini yg menyeronokkan monster2 disitu. begitula serba sedikit sinopsis movie ni yg boleh Mama citer, nak citer lebih2 pun x pandai nak review..huhu..

P/S: Panjang pulak N3 Mama ni kan.., Hari ni ikutkan malam lepas Isyak ada jemputan cukur jambul anak opismate, Mama mmg nak g, tp kenala ikut Papa kan, kalau Papa boleh bawa ok la sbb masalahnya rumahnya jauh di Klang..Insyaallah kalau anak2 x meragam n mood Papa pun ok nak bawa kami kesana, sampai la, kalau x sorry ye my friend..
*N3 Auto Publish*

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, June 15, 2012

JJCM Hujung Minggu | Chessy Bites Steak Pizza!

As Salam,

JJCM Hujung Minggu lepas kami, sebelum mama O/Station ke JB..planning menjadi..nak berjimba2 bersama yang tersayang. 

Isi perut dulu sebelum ke agenda utama kami tgk movie. Tiket Wayang dah booking sehari sebelum, So hujung minggu kami ke Alamanda, Putrajaya.

Selalu kalau kuar jln2 shopping compleks kami makan fast food jerk,senang.  kali ni Mama belanja diorg sempena dgn hasil APC. Nak makan pun skrg cukup susah sebab Zaquan x boleh tgk MC'd & KFC, mesti bila kita ajak makan tempat lain dia xnak, so nak x nak kena la g order makanan dia dulu, nak sampai ke Pizza Hut ni dia nmpk Mc'd nak makan Ice Cream Mc'd, belikan pastu nmpk pulak KFC, nak chicken, belikan..kami nak makan Pizza Hut..huhu

Nyum2..Menu utama kami..Cheesy Bites Steak Pizza.
Ok la rasanya..Zaquan suka Topping Chicken Steak tu..

Akceli Pizza Hut pun Zaquan suka, dia cukup suka makan mushroum soap ni..Skrg ni yg best kalau mkn dekat pizza hut dapat free kid meals, selalu kami pilih kids meals spagetthi, Zaquan dh dpt chicken kurang sikit la dia nk makan spagetthi kami la yg sedap mkn free spagetthi..




tgk la adik pun boleh thn, 2 ketul ayam KFC tu seketul utk Abg, seketul lagi untuk Adik, habis tau dia makan & bun KFC tu selalunya Adik yg makan...kuat betui anak mama sorang ni makan..mmg saje bg adik makan kenyang2 nnti masuk wayang xde la meragam..

selesai makan kami pun terus ke panggung wayang, Zaquan dh x sabar dh time ni...Madagascar 3 menanti..:))

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, January 13, 2011

Kenny Rogers Roasters ( Roasters Eating Day (RED) ) vs Secret Recipe Vs Pizza Hut

Huarghh..jeles..jeles..tgk kwn2 yg berjaya makan KRR semalam..buy 1 free 1 ni..

Sweetmama n Papa Zaquan mmg la penggemar tegar KRR
So semalam sanggup tu terjah KRR @ Metro Point, Kajang
Sekali...haaaa..ambik kau...
 beratur panjang...
keputusannya cancel la..
Papa Zaquan x sanggup nak beratur pjg semata2 nak dapatkan 1 makanan free

 disebabkan frust..tp masih menunggu2 jgk..kot2 tetiba line clear
sweetmama g la cuci2 mata dkt KK Home Deco
dan terbeli jgk hadiah utk pemenang my 1st GA
sweetmama bermurah hati nak tambah hadiah GA
so..jgn lupa joint 1st GA sweetmama KLIK SINI
(Promo skjp dkt tgh2 n3 ni..hehehe)

Kuar2 dr KK Home Deco jerk
cari2 Papa Zaquan n Zaquan
Rupanya tgh lepak dekat Secret Recipe
Sambil menikmati Coklat Indulgence SR

"Mama jgn sedih2 ye..Zaquan suapkan mama kek ni"

SR ni berhadapan dengan KRR..
mata ni dok jeling jerk kat depan 
tp org still ramai beratur
sweetmama igt nak order jerk la makan dkt SR ni
tp kol 9mlm..kitchen dh tutup
huargghh..xde rezeki lagi..

selepas selesai menikmati Kek Coklat Indulgence yg sedap ni
akhirnya kami wat keputusan dinner kat Pizza Hut jerk.
yeay2..Papa Zaquan belanja
 menu biasa jerk..pizza super supreme + Side Order Deli Wing
yg specialnya Zaquan nya drink..Mocca Ice Blended..

 Red Couple yg tersesat kat Pizza Hut
Hasil tangkapan Zaquan ni..
hehe..dh bole harap dh Zaquan ni ..dh pandai amik gmbar..
 Pose Istimewa..Mama& Son..
sedutan hingga ke akhir titisan..hehehe

Sebelum balik..Zaquan merengek nak main playground depan Pizza Hut ni
So ikut kan jerkla
see..bukan main tersenyum gembira lagi dia..

Keseluruhannya..kami tetap pulang dengan perut yg kenyang dan hati yg gembira w/pun agak frust x dpt nak rebut promo KRR tu

Jam dh menunjukkan 10.30 mlm..
tp kami x terus balik umah my mom..
sebaliknya singgah melawat my mil
lagipun sweetmama nak hantar order kuih raya for CNY
senang sikit nak bercerita dgn my mil
sgt x sangka me igt order nye 300-400pcs jerk tapi me dpt order 2200 pcs
alhamdullillah rezeki my mil n rezeki for me jgk..

Masa kami smpai umah my mil..diorag tgh bersiap nak g lepak minum sbnrnya.
My Mil ajak kami g lepak minum sekali..tp perut kami sgt kenyang..lps bincang2 skjp kat umah my mil..kami pun terus balik umah..
n my mil n my fil sempat lagi kol 11.30 mlm g kuar lepak minum2 kat mamak...ehhehee..


Sampai Umah My Mom..adeii..sudah kol 12 mlm ..
tp my son zaquan x kol 1.00 pagi baru tido
Pagi td masa kami nak kuar g keje
Zaquan masih lagi tido dgn lenanya..

Sekian..
terlebey sudah..hehehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails