Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts
Showing posts with label Berita Semasa. Show all posts

Wednesday, April 11, 2012

Ramai Yang Terasa Kesan Gegeran Gempa di Bahagian Barat Kepulauan Sumatera Berhampiran Acheh Dan Sumatera Utara Hari Ini | Sama2 la Kita Berdoa Minta Dijauhkan Perkara Yang Tidak Diingini Berlaku!

As Salam,

Petang ni kebetulan Mama dok belek FB thru my notes n perasan ramai kawan2 yg update status terasa kesan gegeran di kawasan rumah mereka (kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan  kawasan Utara Perak & P.Pinang). Mama pun tumpang risau takut jugak sbb selalunya kalau negara jiran kita ada Gempa Bumi,  kita Malaysia mmg akan terasa tempiasnya jugak. Minta dijauhkan dari segala Musibah terjadi kepada Negara kita...AMIN

Rupanya berita terkini mmg ada Gempa Bumi di Negara jiran kita iaitu Gempa Bumi berhampiran Acheh dan amaran tsunami dah dikeluarkan (sumber berita : My Metro)

BANDA ACEH: Satu gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter melanda berhampiran Aceh dan menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan oleh Pusat Amaran Tsunami Pasific untuk Lautan Hindi.

Menurut Jabatan Survei Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi berpusat kira-kira 496 kilometer barat daya Banda Aceh. Kesannya dapat dirasai sejauh Singapura, Thailand, India dan Malaysia. 

Menurut Bernama, beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran ekoran gempa bumi itu.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.

Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang. - Agensi

Alhamdullillah kawasan rumah Mama (Bandar Baru Bangi) x terasa pulak gegarannya. Kalau terasa msti seram..sbb mmg x leh lupa Pengalaman yang Mencemaskan Kami Satu Family di Padang.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, March 2, 2012

Bergelap semalam..Mcm2 Spekulasi | Transformer TNB Meletup

As Salam,

Semalam (1 Mac 2012) lebih kurang jam 9.20 malam, tiba2 blackout satu taman perumahan Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi. Kebetulan kami di kedai makan Restoran Impian Maju, Seksyen 4 Tambahan. Tengah makan, maunye x tergezut tetiba gelap gulita dengan lampu2 jalan xde, selalu kedai makan ada generator, tp kedai kami lepak tu xde generator pun..guna lilin jerk..

dah nak abis makan dh sbnrnya time ni..
zaquan kan jenis pantang tgk api, time ni dia try utk tiup lilin sbnrnya

Masa bergelap tu Mama pun update ler stutus kat FB, bila buka Fb ada juga beberapa kawan Fb yg update stutus kawasan perumahan mereka pun bergelap, ohhh rupanye Putrajaya pun bergelap semalam, yang kelakarnya mcm2 spekulasi punca blackout semalam..tp papehal pun terima kasih dekat kawan2 yg bg info..mmg itu pun tujuan update status..nak tau ape puncanya. 


Memang betol la info yg kawan2 bg puncanya Transformer TNB Bandar baru Bangi Meletup.

Ada kuar dalam paper Kosmo hari ni..mama copy paste info/sumber dr Kosmo

" Transformer TNB meletup

02/03/2012 2:13am

KUALA LUMPUR — Sebuah transformer Tenaga Nasional Bhd (TNB) di stesen janakuasa Bandar Baru Bangi dekat sini meletup dan terbakar malam tadi mengakibatkan beberapa kawasan perumahan di sekitarnya bergelap.
Insiden letupan dan kebakaran kecil itu dilaporkan berlaku pada kira-kira 9.20 malam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Rashid Abdul Wahab berkata, pihak polis yang dimaklumkan mengenai insiden itu telah menghubungi Balai Bomba Bandar Baru Bangi.
Katanya, bekalan elektrik di kawasan terbabit kini telah pulih.
Tiada kemalangan dan kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut. — BERNAMA "

Lepas makan memandangkan blackout kami x terus balik rumah tapi jalan2 melihat kawasan lain, nak balik umah pun x boleh nak buat ape, habis satu pusingan kami jalan2 dok dalam kereta jerk pun...hehe, jalan tengok kawasan yang cerah..Seksyen 7 dengan West Country x blackout..So cadang nak lepak umah MIL jerk, tp sebelum tu balik umah dulu nak mandi & tukar baju..elok jerk dah bersiap nak ke rumah MIL, Letrik dah ada semula. Alhamdullillah xde la lama blackout dalam 1 jam, jam 10.30mlm dah ada letrik semula. Dapat la tido malam dengan tenang.


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, February 29, 2012

Kejam Gilerrr!

As Salam,

Mama dah perasan video ni mlm semalam di FB my friends, kebetulan malam semalam mama tgk video ni dengan Zaquan lagi, Zaquan yg umur baru 4 tahun pun paham  ckp kesiannye baby kena selimut ketat2 & kena tampal mulut..

Pagi ni bila buka Muka Buku dah ramai kawan2 FB yg kongsi kes ni dan dh kuar akhbar harian metro pun

Memang tak berhati perut btol la perbuatan pengasuh taska ni w/pun berita harian metro ni ckp diorang buat sebab sengaja nak sabotaj majikan pusat asuhan kanak2 tersebut. Yang jadi mangsanya kanak2 yg x berdosa pulak..Moga perbuatan mereka kepada kanak2 x berdosa ni dapat pembalasan yg sewajarnya.

sumber : youtube

Rupanye yang jadi mangsa tampal mulut tu anak pemilik pusat asuhan sendiri tu sendiri. Laporan polis telah pun dibuat oleh ibu mangsa kanak2 berkenaan.

sumber : Harian Metro

KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.
KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.
JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.
Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.

Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya. 

“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.



“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.



p/s: semalam masa tgk video ni bertambah kecut perut rasa nak hantar anak ke Taska, tapi itula risiko ibu yg bekerjaya ni, setakat ni mama masih beruntung sebab duduk dekat dgn family dan mak mertua sudi jaga anak2 kami, bila mak mertua ada hal, mama akan minta tolong pada keluarga mama, tp iye la thn depan Zaquan dh mula school dan mak mertua pun dh pencen jaga budak..risau juga memikirkan masalah taska  skrg ni.., ni pun skrg kami dah mula survey pusat asuhan nak hantar Zaquan & Ziqry thn depan..minta dijauhkan perkara2 begini terjadi pada keluarga kita semua kan..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, December 22, 2011

SPBA DITANGGUHKAN

As Salam,


" Kami kat opis ni mmg majoritinya x setuju pun dgn skim baru SPBA ni, kenaikan 7-13% tu x nmpk pun, nmpk berat sebelah..x mo komen lebih2..
Borang opsyen dah diterima pun, ikutkan esok last day kena submit, tp bila dapat berita PM setuju tangguh ni ok sgt ler.."



Petikan Dari Terkini Utusan Malaysia Online

PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.

Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.

Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN



Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, December 2, 2011

Seramnya Tengok Banjir Kilat di Kajang Sekarang

As Salam,

teruknya banjir kilat kat Kajang sekarang ni, seram tengok video2 yang kawan2 facebook upload..dah macam tnunami pun ada, sepanjang2 pekan kajang air naik sampai dalam Plaza Metro Kajang air dh naik.

Hujan xde la lebat sangat kan, tp hujan tak berhenti2 dari tgh td, sampai la skrg ni pun still ujan lagi. Risau sweetmama rumah my mum kat Cheras dinaiki air lagi, sbb dh ada pengalaman 2 kali dinaiki air banjir yg teruk. Bila tgk Kajang banjir teruk smpai camtu sekali, tak mustahil kalau hujan terus - terusan x berhenti, Bandar Baru Bangi plak dinaiki air. Tgk kawan2 FB ada yg update Bandar Saujana Impian pun dh mula dinaiki air.


Ni dgr Laporan Lalulintas kat Radio pun inform sesak di Highway Silk dari Putrajaya ke Sg Ramal. Sweetmama duduk Bandar Baru Bangi n mmg laluan pergi balik sweetmama ikut Highway Silk.

Sama-sama la kita berdoa agar tiada perkara yg buruk menimpa. AMIN.


p/s: esok family day opis sweetmama di Wetland, Dengkel..hopefully cuaca ok la.




Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, March 11, 2011

Terkini ...Gempa Bumi Dan Tnunami di Jepun

As Salam,

Seramnya ..

terkini.. Gempa Bumi bermagnitud 8.9 melanda Jepun hari ini dan turut mengakibatkan Tnunami di Pantai Honshu, Jepun

Malaysia dan Indonesia pun dh keluarkan amaran berhati2



kami kat office dok layan CNN live tgk Tnunami yg berlaku kat Jepun srkg sambil beristighfar byk2..

Sweetmama terus teringat peristiwa semasa kami bercuti kat padang tahun lepas..
 Alhamdullillah selamat pegi dan balik..

Sama-samala kita berdoa moga Malaysia selamat dari sebarang malapetaka yg tidak diingini.


 ♥Jagan Lupa Klik2 My Hearbeat♥ TQ..^_^..
 

Wednesday, September 29, 2010

Main Kutu Diharamkan Di Malaysia?

Salam 20 Syawal,

Pagi mcm biasa..otw nak ke opis..dlm kereta selalunya kami layan Hot FM..so pagi td topik Hot FM ialah Main Kutu Diharamkan Di Malaysia..? Apa pandangan anda2 sume...? 

Berita ini dikuatkan lagi dengan laporan akhbar Kosmo


KUALA LUMPUR - Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang.
Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan.
Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.
"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.
"Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ohhh tidak..kalo ikut pandangan sweetmama..x nmpak dimane kesalahannya bermain kutu..lebih2 lagi sweetmama n papa zaquan mmg main kutu..kami main kutu sekeluarga pulak tu..sebulan RM100..ini kira mcm saving kita la..malahan sweetmama turut main kutu bersama kwn2 opis ni..means sweetmama main kutu dua team..1 team ngan my MIL n satu team lg ngan geng opis..Alhamdullillah..dgn duit kutu ni jgk sweetmama simpan utk g holiday next month..cuti2 Indonesia..hik3..

Ini sume gara-gara Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan menganjurkan pelaburan wang kutu menggunakan wang pos dinamakan Program Ekspres yang dikatakan sudah mencatatkan keuntungan kira-kira RM30 juta hasil penyertaan 30,000 ahli.

Sabbri Yusof, 49 dan isterinya, Rahimah Rahim, 39, pemilik World Heritage Resources, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas saman ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Hafizah Abdul Rajak.

Kedua-duanya didakwa menggunakan syarikat milik mereka untuk menganjurkan pelaburan wang kutu sedangkan syarikat itu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai ejen komisen wang.

Mereka didakwa menjalankan Program Ekspres yang menyalahi Akta Kumpulan Wang Kutu 1971 di antara 1 Disember 2008 hingga 29 April lalu.

Pasangan itu berasal dari Kuala Lumpur disaman mengikut Seksyen 3 akta berkenaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Dalam prosiding semalam, pendakwaan diwakili Pegawai Pendakwa SSM, Steve Chin Yun Cheong, manakala pasangan terbabit tidak diwakili peguam. Hafizah menetapkan 2 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu. 

Tindakan terhadap syarikat itu susulan serbuan serentak dilakukan SSM terhadap tiga syarikat perniagaan yang dipercayai menganjurkan program pelaburan wang kutu dengan kaedah wang pos.

Selain World Heritage Resources milik Sabbri dan Rahimah, dua lagi syarikat dijangka berdepan tindakan undang-undang oleh SSM. 

Aktiviti syarikat terbabit melanggar akta yang melarang orang perseorangan, perniagaan atau syarikat daripada menganjurkan program kutu seumpama itu.

Menurut suruhanjaya itu, berdasarkan maklumat, ada pelbagai pakej ditawarkan penganjur program merangkumi pelbagai pelan pelaburan.

Sebagai contoh, Pelan A Platinum mensyaratkan peserta membuat pelaburan RM312, Pelan A Emas (RM100), Pelan A Perak (RM50), Pelan B Platinum Bijak (RM396.50) dan Pelan B Emas Bijak (RM136.50).

Difahamkan, siasatan suruhanjaya mendapati World Heritage Resources yang beroperasi sejak akhir 2008 mendapat sambutan hebat di kalangan pelabur Bumiputera sehingga ada peserta melabur sehingga RM300,000.

Sumber : Harian Metro

Kalo main kutu spt mane pasangan ni main mmg nmpkla ade unsur riba kat situ..amboi..siap untung 30 juta tu ... kalo main kutu mcm kami main setakat 10 ke 15 org ni x nmpk mane buruk nye..mmg xde unsur keuntungan or riba pun..masing2 dpt pulangan masing2 jerk..


Saturday, September 18, 2010

Pelakon/Pelawak M. Rajoli Meninggal Dunia!

Pelakon dan pelawak M. Rajoli telah meninggal dunia pada jam 10.55mlm td di Hospital Ampang disebabkan penyakit kelenjar kanser otak. Salam Takziah buat keluarga beliau dan semoga roh beliau ditempatkan dikalangan org2 beriman.

Sumber dan info lanjut  Klik Sini - Harian Metro.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails