Showing posts with label Jom Masak-Masak. Show all posts
Showing posts with label Jom Masak-Masak. Show all posts

Sunday, October 20, 2013

Cheesekut Dan Puding Oreo |Resepi Mudah dan Sedap!

As Salam,

Mama pun terkena penangan cheesekut dan Puding Oreo ni, dari sehari ke sehari asik dok tgk kawan² tayang diorangnye cheesekut n Puding Oreo ni akhirnya berjaya jgk Mama cuba membuatnya sendiri..(itupun sbb ada potluck aidiladha@office..hehehe), tambah² lg resepinya yg mudah n rasanye yg kawan² ramai kata sedap nyummeh..keju meleleh gitew.., bila dh buat sendiri..yup mmg betul nyummeh n sedap..:))

Jadinya disini Mama nak simpan resepi dan cara² membuatnya sebagai simpanan Mama sendiri, senang nanti if nak buat lg selak blog sendiri je..huhu. Mmg perasan ramai kwn² blog yg dh buat tp bila diri sendiri nak buat pastu tetiba plk tu teringat nak buat, apalagi time nak buat time tu la baru nak google..lupa plk nak bookmark n3 kawan² yg dh buat kan. 

Akceli untuk Cheesekut ni Mama amik resepi dr  link blog ni http://sayepunyebelog.blogspot.com/2013/06/cheesekut.html sbbnya bila Mama google cheesekut je link dia yg 1st sekali, pastu siap tunjuk step by step lagi, mmg sgt membantu Mama yg bila nak masak br sibuk google..hehe

Penangan Puding Oreo plk dr blog Ayu Citarasa Rinduan, kebetulan dia kawan ex poly Mama dulu n bertambah teruja nak mencuba bila resepi Puding Oreo Ayu ni Dato' Siti Nurhaliza pun try buat..terus glamer resepi ni tau.., kalau ikut resepi asal nama Puding Oreo Ayu ni Puding Oreo Bercoklat n hasilnya cantik je 3 layer Milo - Susu - Milo tp bila Mama buat jadi Puding Marble Oreo..boleh gitew..(sbb buat tgh malam, so mls nak tunggu agar² tu keras, tuang je milo utk layer yg atas tu so, jd la marble oreo...)

Check it out resepi dan cara² membuatnya versi Mama plk ye..

RESEPI CHEESEKUT :-

BAHAN² UTAMANYA:-
1. Biskut Deluxe Crackers Hup Seng (nak guna biskut lain pun xpe)
2. Susu Manis (ikut resepi asal 1/2 tin susu manis, tp Mama guna suku je..)
3. 250gm Cream Cheese (Mama guna brand Philadelphia)
4. fresh Milk (Mama guna low fat milk, sbb time Mama nak cari fresh milk dutch lady ni xde kotak kecik, nak guna nye 3-4 sudu je)


CARA² MEMBUATNYA :-

1. Pukul Cream Cheese menggunakan Mixer sehingga kembang.
2. Apabila Cream Cheese td dah kembang, masukkan sikit² susu manis (Mama mmg letak sikit je..suku je..) dan pukul lagi bersama cream cheese kita td.
3. Dah sebati, boleh la masukkan 3-4 sudu fresh milk, Mama xdelah sukat betul² 3-4 sudu tu, tuang la sikit-sikit agak² sekali dua tuang gitew sbb tgk pada kita punyer kekentalan cream cheese td, yg penting jgn cair sgt..
*siap sudah cheese nyummeh meleleh kita ye..

Inilah hasilnye setelah di mix cream cheese bersama² 1/3 susu manis dan 3-4 sudu low fat milk.


4. Susun Biskut Deluxe Crackers kita ke dalam loyang (Mama guna bekas aluminum foil je..)
Mama terlepas satu step dr resepi asal sbnrnya, patutnya biskut ni celupkan dulu dgn fresh milk n susun kemas2 atas loyang..hehe(yg penting Mama punye cheesekut still menjadi n nyummy..)


5. Layerkan dengan cream cheese kita yg dah siap dimix td..


6. Layerkan lagi dengan biskut diatas cream cheese, dan seterusnya ulang semula step 5 & 6 ni..(Mama dapat 7 layer)


7. Hasil Cheesekut. Boleh tambah topping diatasnya (Mama letak Milo 3 in 1) - ada yg letak nestum, koko powder n buah2an..ikut kreativiti kwn² dan ikut sedap tekak kwn² la ye..


8. Masuk kan semalaman dalam peti sejuk @ agak2 dia dh keras tu boleh dh nak makan.., kebetulan Mama buat tgh malam, so esok pagi mmg tinggal potong n sedia utk dimakan shj.


Hasilnya selepas di potong..siyes mmg sedap n nyummy..tp x sesuai la utk dimakan selalu, mau berat bdn naik mendadak..byk lemak wooo...


Sehingga menjilat cheese...licin bekas..^_^..


RESEPI PUDING OREO BERCOKLAT/MARBLE OREO :-


BAHAN² UTAMANYA
1. 1 bungkus agar2
2. 750ml air (tp Mama letak 1000ml air ikut sukatan pd bungkusan agar2 tu)
3. 160 gm gula (Mama sukat/ letak 1 cawan gula)
4. 1 Tin Susu Sejat/Cair
5. 3/4 cawan Milo (Mama guna 1 cawan milo..almaklumla anak2 suka milo lebih)
6.  1 bungkus biskut oreo (patahkan 2)


CARA² MEMBUATNYA :-

1. Masak agar² bersama² 1000ml air sehingga agar2 kita larut
2. Masukkan gula dan kacau sehingga larut
3. Masukkan 1 Tin Susu Sejat kacau sehingga mendidih.
4. dah masak agar2 putih/susu (step 1-3 diatas) - asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain dan masukkan 1 cawan milo td..kacau sehingga larut.
5. Tuangkan 1 cawan agar2 milo ke dalam loyang, time ni gunakan api perlahan keatas lebihan agar2 milo dlm periuk td dan sentiasa kacau utk elak agar2 membeku.
6. Apabila permukaan agar2 milo dalam loyang sudah mengeras, tuangkan kesemua adunan agar2 putih/susu dari periuk pertama td ke dalam loyang. Taburkan kesemua oreo (patah dua). Biarkan agar2 putih/susu bersama oreo td mengeras sikit, masukkan baki agar2 milo dlm periuk td ke atas loyang. (kalau nak jdkan dia marble, xperlu la tunggu agar2 putih bersama oreo ni mengeras, agak2 dia keras sikit je tu dh boleh masuk lebihan agar2 milo)
7. Biarkan membuku dalam suhu bilik, kemudian bila sejuk baru masukkan ke dalam peti ais.

TIPS UNTUK MELAPIS

1. Jangan tunggu sehingga lapisan membeku, takut tidak melekat dengan lapisan berikutnya, jika mengeras guriskan permukaan lapisan dengan garfu sebelum tuang lapisan seterusnya.
2. Pastikan adunan agar-agar sentiasa panas diatas api supaya dalam melekat dengan baik dengan adunan sebelumnya..

Mama 1st layer ok la tunggu agar2 milo mengeras, slps tu baru tuang agar2 putih/susu bersama oreo, tp nak menunggu agar2 putih ni mengeras sedikit tu mcm agak lama la pulak, so x sempat agar2 putih bersama oreo ni mengeras (dia mengeras sikit je), Mama dh masukkan baki agar2 milo..so itu yg jd marble oreo



Hasilnya Puding Marble Oreo


Hasil Potongan Puding Marble Oreo


Selamat Mencuba kepada kawan² yg  belum mencuba/teringin nak mencuba buat..resepi ringkas dan hasilnya sedap tau :)

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, August 30, 2013

Sempat Jugak Buat !

As Salam,

Lambat update blog hari ni, mood masih lg mood bercuti, org baru balik bercuti kan..citer pasal cuti dgn kawan² x abis lg..hehe, bkn sibuk wat keje, sibuk bercerita..huhu. Lagi pun selalunya kalau hari Jumaat rasa mcm cepat je masa berlalu... Kebetulan tengahari tadi Mama pun ada Jamuan Raya utk Peringkat Jabatan..kul 11.00pg dh kuar opis terus bersambung dgn waktu rehat yg lama..tau² la ni dh nak balik.

Oh ye hari ni bkn Jbtn Mama je ada Jamuan Raya, Tadika & Taska Zaquan n Ziqry pun ada Jamuan Hari Raya, semalam baru dapat surat pemberitahuan ttg jamuan raya ni n mcm biasa diminta sedikit sumbangan berupa potluck..Aduihai ptg semalam baru tau, x tau nak bawa ape..tp x sedap hati plk kalau Zaquan n Ziqry g school dgn tgn kosong je. Nasib ada spare agar2 dkt rumah, terdesak mcm ni buat agar2 paling senang. Alhamdullillah adalah makanan yg nak dibawa oleh Zaquan n Ziqry utk Jamuan Raya hari ni..

Agar2 Milo Laici (Laici nya dh tenggelam..)
Dapat 3 bekas..(1 utk Zaquan, 1 utk Ziqry dan 1 untuk Mama bawa di opis)


Mama pernah up resepi Agar2 Milo Laici Disini


OTW nak g school pagi tadi..
Abg & Adik berbaju raya..


Sempat suruh Abg bg 1 pose Pagi td (sorry Mama lupa pakaikan Abg sampin)


Time hantar Zaquan g Tadika dia td meriah tgk semua kawan2 dia berbaju raya..


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, July 10, 2013

Day 1 Puasa : Sedeynye Terlajak Untuk Bersahur

As Salam,

Alhamdullillah hari ni dapat menunaikan Ibadah Puasa tapi sedeynya bila tak dapat bersahur / terlajak waktu bersahur..bertambah sedey sbb persiapan menu bersahur dah siap Mama sediakan awal iaitu malam semalam dah bertungkus lumus menyiapkan menu bersahur..almaklumlah teruja ramadhan datang lagi dan teruja nak ajar Zaquan berpuasa.

Kiranya sejak dia dah mula bersekolah ni, nak ajar la dia berpuasa n Zaquan pun selalu cakap ' nanti bulan puasa cikgu cakap x boleh makan dalam kelas kena makan sebelum datang sekolah kan Mama'. Jadinya Mama n Papa paham la dia bersungguh cuba untuk berpuasa w/pun bila Papa n Mama igtkan 'Abg kena puasa tau..dah x boleh beli nasi lemak n singgah petronas beli air milo lg tau'. mulut dia laju je ckp ' Abg xnak puasa' , tp bila Cikgu n Kawan² kata dah nak masuk bln puasa kena puasa nak plk dia puasa...ape pun dia baru 5 tahun, untuk permulaan ajar dia mkn sahur bersama kami n x kisahla dia nak buka puasa kul berapa.., tp kalau dapat berpuasa lagi bagus.

Disebabkan kami semua terlajak sahur, Zaquan n Ziqry mkn pagi la.., Zaquan jenis pagi mesti nak pekena nasi jgk, jdknye xdela Mama rasa ralat sgt masak awal pun sbb pg tu Zaquan makan nasi dgn lauk yang Mama masak.

Hope esok kami terjaga la untuk bersahur bersama.., Akceli dah seminggu Mama x sihat, batuk selsema n badan pun suam² kuku, agaknye itu slh satu faktor bdn rasa letih n x tersedar utk bangun awal.., Adik Ziqry pun dah berjangkit demam batuk selsema dar Mama ni, bdn dia pun on..off..on..off dedar² ...hope cepatlah sembuh sepenuhnya..amin.

Ermmm..nampknye menu yang sepatutnya jd menu bersahur kami pagi td, jadi menu berbuka hari ni..x rugi pun masak sbnrnya, kan dah senang dah ada menu untuk berbuka hari ni, cuma fadilat bersahur tu la x dapat.

Menu apa yg Mama masak..? 
*
*
*
*
*
*
*

Semangat tu masak Rendang Ayam dan x lupa jgk Sambal Bilis Goreng Garing untuk stok menu bersahur kami..

Rendang Ayam Sweetmama

Resepi :-

Bahan² : Seekor Ayam (Mama masak 8 ketul ayam je), 2 Batang Serai, 1/2 inci Lengkuas, 1 inci Halia, 8 ulas Bawang Merah, 5 ulas Bawang Putih, 10 tangkai Cili Padi, Cili Kering, Santan, Kerisik,  Garam dan Daun Kunyit.

Cara² Memasak : Kisar bahan untu ditumis  (Bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan serai  - blend je semua ni bersekali)
Tumis bahan² yang telah dikisar
Setelah naik bau dan masak masukkan 1 cawan santan (Mama guna santan kotak, so tambah 1 cawan air), kacau sentiasa sampai dia dh menggelegak, masukkan kerisik dan ayam (Ayam ni mama goreng half cook terlebih dahulu), perasakan dengan garam dan agak² dah kering dan masak taburkan daun kunyit ..gaul rata, seterusnya sedia untuk dimakan.


Sambal Bilis Goreng Garing
nak tau resepinya senang saje..Mama pernah up n3nya disini : http://mamakerry.blogspot.com/2012/07/resipi-sambal-ikan-bilis-goreng-kering.html


p/s: Alhamdullillah rezeki, 1st ramadhan dah dapat bubur lambuk Kg. Baru..sponser dari pihak bank utk opis..bertambah lg menu berbuka hari ini.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, December 12, 2012

WW| Makaroni Bakar Lagi!

As Salam,

Makaroni Bakar lagi, tapi ni bukan menu lunch hari ni, ini menu petang 2 minggu lepas..hehe, antara menu feberet n senang dimasak if cukup bhnnye...nak cuba masak boleh la try intai resepinya DISINI. kalau tgk masa 1st time Mama buat x cantik pun rupanya..ini lah yg dikatakan 'practice makes perfect'..now dah makin maju...:P (angkat bakul sendiri..)



Selamat tengahari n selamat menjamu selera semua ..^_^..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, December 10, 2012

Bluberry, Manggo dan Durian Crepe Menggunakan Resepi 5 Jenis Tepung

As Salam,

Ni projek seminggu yang lalu untuk try buat crepe menggunakan 5 jenis tepung, Hari Ahad lepas (2/12/12)  Mama try wat Bluberry n Manggo Crepe n masa Mama Cuti Rehat pada hari Selasa lepas (4/12/12) lebih dari bancuhan crepe ni Mama wat Durian Crepe pulak.


Sebelum ni Mama dah try buat Durian Crepe menggunakan resepi dari kawan Mama, kali ni Mama nak try buat menggunkan resepi 5 jenis tepung, resepi dapat dari Adik Ipar Mama, ikutkan kalau search kat blog banyak je kan resepi dia ni, tp disebabkan Adik Ipar dah cuba buat, lebih baik la Mama menuntut ilmu dari dia je..


Alhamdullillah Misi berjaya tp Mama ada ubah sikit resepinya..hehe



My Bluberry n Manggo Crepe..


Ini resepi nye..sms je ngan Adik Ipar minta resepi, tp sblm tu masa dia buat Mama dah tanya n bgtau dia nnti Mama nak try buat jgk ler guna resepi Adik ni n Mama pun mmg dah rasa hasil yg Adik Ipar buat..mmg sedap.



Kalau ikut resepi yg Adik Ipar bg ni, xde letak perasa, tp Mama memandai2 letak perasa tambahan untuk bluberry Mama letak perasa Orange Emalco dan untuk Manggo Mama letak perasa Pandan. Itu lah memandai ubah resepi so rasanye off coz la lari, bila letak perasa tambahan ni buat rasa dia muak sikit la bila kita makan, tp kalau makan crepe dia sahaja ok..tp bila orange kena ngan bluberry..out sikit la rasa dia, tapi Pandan mmg kena la ngan Mangga dan Durian. So pada Mama kalau x letak perasa tambahan lagi sedap sbb yang penting fillingnya tu dah confirm sedap. (So kalau kwn2 nak try buat, ikut la resepi asal yg kat text sms diatas tu ye...)

Macam biasa ini antara bahan2 utamanya. Lebih kurang je dgn resepi yg sebelum ni, bezanya ada 3 tambahan tepung - Tepun Pau, Tepung kastard dan Tepung Jagung serta guna susu cair (Mama guna susu full cream Dutch Lady), sebelum ni guna Santan.



Untuk resepi ni bancuhannya dapat byk itu yg mama bahagikan ikut kaler..Hijau Pandan  untuk Manggo Crepe dan Orange untuk Bluberry..


Langkah2 untuk membuatnya sama la seperti yang Mama pernah terangkan pada 1st trial membuat Durian Crepe


Sebelum ni Mama ada nasihatkan kat kawan² kalau nak buat, buat la kecik2 sikit, tp Mama tetap buat besar kuali tu..huhu, bkn ape sedap pulak melenggang kuali..:p

Serius tau kawan2, pd siapa yg betul2 nak buat tu mmg kena buat nipis2 sikit n kecik je, kalau wat lebar mcm Mama ni nnti bila kita nak lipat dia jd mcm tebal sikit la kat bawah dia, tp mcm Mama ckp sebelum ni la Mama buat untuk makan sendiri n ikut selera Mama je.. 

Ini la rupanye My Bluberry n Manggo Crepe..


Durian Crepe perisa pandan..^_^


Model x berbayar n peminat tegar crepe..Adik Ziqry...


Setelah mencuba 2 resepi untuk membuat crepe yg pelbagai crepe ada skrg ni kan..Mama tetap suka pada resepi yg 1st trial Mama buat tu, bkn bermakna resepi 5 jenis tepung ni x sedap tau...mmg sedap time mmbakor tu sbb Mama letak perasa kan, dah mcm bakor kek tau naik bau pandan n orange tu..Cuma pada Mama kalau nak kata yg betul2 lembut dan terasa lemak dia tu Mama prefer pada resepi pertama, ini pandangan ikhlas Mama setelah mencubanye sendiri..x tau la selera kawan2 kan..

Ape pun Mama x pernah rasa rugi untuk mencuba sbb mmg anak2 Mama suka sgt makan crepe ni..Zaquan n Ziqry dua2 suka mkn crepe dia sahaja, kalau Acik dia sibuk dok buat crepe ni masing2 dok minta kat Acik, sekejap je pulak tu makan habis 1 minta lagi 1..sampai naik segan dah Mama ngan Acik dia...sbb Acik dia buat jual...


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, December 4, 2012

aduhai sampai tertido cenggini!




As salam,

cepat nye masa berlalu..dah menghampiri petang hari. Alhamdullillah selesai dah kerja2 rumah semua...tp cian nye mama tgk anak mama sorang ni abg dia sibuk layan kartun yg adik ni sibuk la mengikut ke hulu ke hilir mana mama dia pergi..Tengokla sampai tertido di dapur time mama sibuk mmbasuh pinggan. now dh alihkn dia tido di ruang tamu..

menu mkn tgh tadi..nasi putih berlaukkan sambal bilis kentang..utk abg n adik kentang goreng shj x wat sambal n abis pun diratah abgnye x sempat adik merasa sbb ketiduran..
DC pun dah siap simpan kasi sejuk boleh wat minum2 ptg nnti...dpt 6 biji je pun..hehe...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, November 28, 2012

My 1st Trial Durian Crepe| Step by Step Membuat Durian Crepe

As Salam,

Hujung minggu lepas misi Mama untuk membuat sendiri Durian Crepe telah pun berjaya..Alhamdullillah 1st trial tidaklah mengecewakan..kiranya menjadi la tp nak kata terbaik tu xde lah sbb byk lg kena improve..part kulit dia tu lembut dah mcm yg Mama suka n yg penting Zaquan pun suka kulit /pancake dia tu tau..siap 2 keping masuk dalam mulut dia sblm letak filling durian dlm tu.

Kelmarin Mama ada bawa di opis bg kawan² opis Mama rasa n komen. Mendapat komen yg baik dr kawan², diaorg kata rasa sama je mcm Mama Tun Nur Safiya buat..(dia sifu Mama yg mencetuskan minat Mama utk try menery n masak memasak ni). 

Oh yeah² kembang sat kena puji tp mana leh lawan Mama Tun Nur Safiya. Mama Tun Nur Safiya ckp Mama punye kulit/pancake tu besar sikit dr yg dia buat sbb tu Mama dapat sikit w/pun bancuhannya sama mengikut resepi yg dia bagi (faktor kuali yg digunakan, Mama guna kuali tefal x guna kuali leper tu). 1st trial buat Durian Crepe ni Mama dapat 15 keping. Masa siap je sekeping mmg Mama tgk..Wow..Gebusnyaa Durian Crepe Mama ni...hehehe


Ini la rupanya Durian Crepe yang mama wat

Mcm Mama pernah ckp sebelum ni, terlalu byk version Resepi Durian Crepe ni kan.., untuk 1st trial buat ni Mama ikut resepi dari Mama Tun Nur Safiya. Okey la Mama puas hati, x tau la selera kwn² macam mane..

Jom kita tgk resepi membuat Durian Crepe ni

ini antara Bahan2 utamanya:-

Bahan² Untuk Membuat Kulit/Pancake Durian Crepe:-
- 6 sdt gula halus
- 6 sdt tepung ubi
- 3 sdt tepung gandum
- 3 sdt butter dicairkan
- 8 biji telur (Mama guna 6 biji)
- 190 ml Santan + air  (Mama guna santan kotak kecil + air (100 ml santan + 100 ml air) (rasanya kalau uolls nak guna/abiskan satu kotak kecil santan 200ml tu pun xpe + dengan sedikit air..lg berlemak gitew kan..)
- 1 sdt esen vanila
- 1 sdt pewarna kuning

Cara² Membuat Kulit/Pancake Durian Crepe:-


1. Satukan tepung gandum, Tepung Ubi dan gula halus (Mama guna gula icing campuran)
2. Tuangkan Marjerin yang dicairkan kedalam bekas tapung dan kacau bg mesra
3. Pukul telor dalam bekas yg berasingan
4. Masukkan telor yang telah dipukul ke dalam bekas tepung, masukkan santan & air, sebatikan menggunakan whisk.. 
5. Ready untuk dimasak di dalam kuali (nak cantik guna kuali leper, tp Mama guna kuali tefal yg size kecik pun ok jerk x pyh guna minyak pun..)



Filling 
- 100 grams UHT cream (Whipped) - (Mama guna Whipping Cream Non Diary brand Value Pride)
- 200 grams Isi Durian

Mama punyer Mixer sudah rosak...byk sedihh woo..sib baik ada cara lain untuk putar kasi kental Whiping Cream ni..Mama guna blender jer..hasilnya puashati ..rasa mcm lebih kental dr guna mixer jer..


Cara2:-

1. Whipping Cream ikut suka kwn2 nak beli brand ape..Mama guna brand Value Pride. Nak beli yg dh siap readymade x perlu pukul² lg  pun ado tuang terus atas kulit..hehe
2. Masukkan dalam blender 500 ml Whipping Cream
3. Hasilnya selepas diblender..naik sampai 700ml woo..
4. See..kental x..? nak tau dah kental ke x..cer angkat n tuang ke bawah..lambat nak jatuh ..tu kira kental dah tu..
5. Hasilnya Mama dapat satu bekas aiskrim milo tu..


atau boleh buat pastry cream sendiri 

Pastry Cream
2 cawan susu segar@cair
1/2 cawan gula - boleh dikurangkan
4 biji kuning telur Size A
2 sdt Serbuk Vanila
Secubit garam
6 sdb tepung jagung
2 sdb butter

Cara² Membuat Pastry Cream:-
- masukkan susu 1/4 dulu dan gula
-masak dalam api yang kecil hingga sebati
-masuk telur kacau lagi
-masukkan vanila dan garam, kacau sebti
-masukkan tepung jagung sesusu dulu
-kacau masukkan baki susu dan tepung jagung semuanya
dan masukkan butter
-kacau sebati hingga mendidih
-tukar ke dalam mangkuk
-tutup mangkuk dengan plastik pembungkus
-simpan dalam peti selama 3 jam@semalaman.


Cara2 menggulung kulit/pancake Durian Crepe:-


1. Panaskan kuali non stick, tuang adunan sesenduk kecil, agak² jangan nipis sangat atau tebal sangat, sedang² je
2. Nampak macam dah kering boleh angkat, hanya masak sebelah bahagian sahaja tau, bahagian yang atas tu nanti adalah bahagian luarnya.
3. Letakkan sesudu Whipping Cream dan sesudu isi durian .
4. Lipat dan Gulung
5. Dah jadi dah Durian Crepe nye, Nyum².., siap simpan dalam peti sejuk..makan sejuk² baru sedap.

Setelah dikeluarkan dari peti sejuk..
Nyamannya Durian Crepe


Jadilah untuk Mama makan sendiri bukan untuk dijual pun, Pada Mama selagi anak² Mama suka makan itu dah cukup baik dah pada Mama. Komen untuk hasil air tangan sendiri ni, mmg la Mama punye Kulit ni terbesar sikit, sbb Mama guna kuali tefal pastu baik punye mama lenggang dia ikut bulatan kuali tu...hehehe..kalau kwn2 nak buat, buat la kecik sikit dpt byk..n gulungan nye pulak patutnya gulang yg pendek dulu tau, mcm mama ni gulung yang bahagian yg besar dulu..tp itu x jd masalah besar pun..jnji ada gak rupanya Bantal Durian/Pancake Durian/ Durian Crepe ni..n rasanya pun Sedappp..

Selamat Mencuba pd kawan2 yg ingin mencuba..

Semalam Adik Ipar dah try buat kulit dia menggunakan 5 jenis tepung..Walla sedapnya..Zaquan n Ziqry makan kulit dia sampai 4 keping sorang..boleh la lepas ni misi mmbuat 2nd trial Durian Crepe menggunakan resepi yg Adik Ipar dah buat pulak..^_^..

Menikmati Pancake Acik..

p/s: terima kasih pada kwn mama (Mama Tun Nur Safiya) yg sudi berkongsi resepi dia ni dengan Mama, akceli dia bgtau ni resepi dari kawan dia, kawan atas kawan la kiranya ni..ape pun maafla kalau resepi ni ada pemilik asalnya tp Mama x tahu linknye..Ikutkan resepinya ni pun kami sama2 dah membeggarnya..huhu..resepi asal xde letak santan tau sbnrnya..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, November 20, 2012

Ayam Panggang Ala2 Kenny Rogers & Blackpaper Sauce!

As Salam

Busan pulak asik updates N3 Holiday GH x abis², jom kita tgk resepi pulak la. Lagipun ramai yang bertanya pada Mama n minta resepi Ayam Panggang Ala² Kenny Rogers yg Mama pernah buat bila Mama pernah cerita Mama rajin masak Ayam Panggang Ala² Kenny Rogers ni bila adanya Pemanggang Vantage.

Kebetulan my friend dah cuba masak ayam ala2 Kenny Rogers menggunakan Pemanggang Vantage terus dia promote kat kami resepi yg dia cuba buat. Resepinya kami google jerk & bila google kami try la resepi dari Blog Siti Delima.Com ni. 


Ayam Panggang Ala² Kenny Rogers




Blackpaper Sauce


Mama mmg ikut 100% resepi dr blog siti delima.com ni, mmg confirm sedap..^_^..

jom kita tengok resepinya

Resipi Asal :-  Che.Mid FP
Sumber:- siti delima.com


Bahan-Bahan :

1 ekor ayam-bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil (*tapi Mama suka masak seekor ayam belah 2/4)

Bahan-bahan untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar lada hitam tumbuk (CT tambah)
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir - hana gune gula perang
2 sudu besar herba campuran
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up
Sekikit mentega


Cara-cara :
1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan di dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam (CT perap selama 3 jam)
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.


Sos Lada Hitam
Resipi : Hana
Sumber:- siti delima.com

Bahan-Bahan :
1 1/2 cawan stok ayam@daging - hana guna stok ayam (air + kiub ayam)
1/2 cawan susu segar - nak kurangkan pun boleh
4-5 sudu serbuk lada hitam
c cm batang salery - dicincang (CT tak letak)
1/2 biji bawang besar - dicincang
2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yang dikehendaki
1 sudu sos tiram
1 sudu mentega/marjerin
1/2 tin cendawan butang - dihiris
2 sudu besar tepung gandum - bancuh dengan air
garam dan gula - jika perlu

Cara-cara :
1. panaskan stok ayam, susu segar, bawang dan juga batang salery. didihkan.
2. Kemudian tapis. buang bawang dan juga salery. kalau tak nak tapis pun takpe. didikan semula..masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan juga cendawan butang. garam dan gula jika perlu.
3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum untuk mendapatkan kepekatan yang dikehendaki.

**Mama masak menggunakan pemanggang vantage, lepas perapkan ayam (Mama perap 1 jam jerk pun dah terasa perapannya) masukkan je ayam yang kita dah perap dalam pemanggang vantage. Mama masak dalam 30/45 minit atau sehingga ayam dah masak..balik² kan jgk la ayam kita tu ye, jgn tutup pemanggang sampai x tgk²/balik² kan ayam tu pulak..hangus terbako tanggung sendiri..

Masak menggunakan Pemanggang Vantage.

Ini Mama masak untuk My Mum masa My Mum minta tolong masakkan 3 ekor ayam ala² Kenny Rogers untuk buat makan² kami satu family pada 6/10/2012.
Siap Mama angkut Pemanggang Vantage Mama sekali, My Mum pun dah ada, ini kira merasmikan pemanggang My Mum sekali la..


Hasilnya memang sedap
Pemanggang ni boleh muat seekor ayam ye..
Tapi macam Mama lebih suka masak seekor ayam yg telah dibelah dua/empat.



Selamat mencuba ye kawan²..dijamin sedap..:)


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Saturday, November 17, 2012

Aktiviti Hari Ini!

As Salam & Selamat Petang semua,

Hari ni Mama duk umah jerk, sbbnya cuti umum Hari Deepavali & Awal Muharam yg lepas Papa dah bawa kami keluar jalan2..so weekend ni kita duk umah masak dan layan DVD aje ye..

Alhamdullillah, kenyang sudah, ini menu simple lunch tadi, Mama masak Ikan Terubok Masin..goreng aje pastu tabur bawang besar & Cili api, Sambal Sardin (Zaquan yg request..penggemar sambal sardin dia skrg ni) n telor dadar..menu simple tp menyelerakan.


Akceli dah seminggu dah Mama balik dari Outstation dari Kuching, Sarawak tp baru hari ni berkesempatan nak goreng ikan terubok masin tu, ari tu masa outsation di Kuching ada Mama beli Ikan Terubok Masin ni buat buah tangan family dan utk diri sendiri..hehe.., kalau dah sampai Kuching, Sarawak mmg mesti beli Terubok Ikan Masin ni selain daripada Kek Lapis yg mmg terkenal di Kuching, Sarawak ni kan..

Selesai makan td, Anak2 dok layan DVD movie Rio, x jemu2 Zaquan layan movie Rio ni, minggu lepas baru beli DVD Madagascar3, mmg dia dok layan Madagascar3 tu seminggu, now tukar Rio pulak. Mama nak layan citer Hindustan Mann di Tv3 hari ni pun x dapat..huhu

Adik Ziqry dah mula pandai layan TV/DVD gak tau skrg ni..n dah pandai main bedak tabur atas rak TV, adeii adik menambah habuk yg sedia ada di Rak TV aje..


Now, Mama sempat la online skjp sbb Abg Zaquan leka tgk Movie Rio n Adik Ziqry pulak lepas Mama bg Susu terus tido..., Papa pulak kuar ngan kawan dia hari ni..

Adik sudah lena..Zzzzzzz..


Ok bye kawan2..selamat berhujung minggu..:))

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, October 3, 2012

My Vantage Cookware

As Salam,

Yezza..inilah My Vantage Cookware kesayangan hamba..^_^..



Dah lama sbnrnya nak up N3 tentang ni, tp terlupa dok jerk dlm draf, bila xde masa nak menaip n3, baru ler sibuk check N3 yg ada dlm draf..huhu. 

Hari ni x sempat nak jenguk blog, kena siapkan report, tgh ni pulak ada lunch for treat drpd bos, petang dah bz main badminton. Semalam x berupdate N3 sbb sibuk menukar header baru blog..busan dah tgk header yg sama.., ok x header baru Mama ni..(suka jerk lari tajuk Mama ni kan)

Berbalik pada tajuk, Sekarang ni kan sgt popular Pemanggang Ajaib yang brand Menang Glasware tu kan, tapi Mama guna brand Vantage..kalau ikutkan Bentuk dan Fungsinya mmg sama brand jerk yg berbeza n ada satu lg perbezaan yg jelas sbnrnya Vantage ni size32cm, Pemanggang Ikan Ajaib 28cm. 


Tak rugi rasanya Mama beli dan memiliki Vantage Cookware ni, mmg puashati hasil masakannya sgt sedap..tekstur makanan bila siap dimasak lain tau, kalau grill ayam tu lembut sangat rasanya n aroma dia tu walla mengancam..


Vantage Cookware ni kalau ikut fungsi utamanya ialah grill, dah namanya pun grill pan, tp sbnrnya bkn boleh grill jerk nak masak pizza n kek pun boleh tau, my friend dah try buat makaroni bakar dlm vantage ni ok jerk katanya.  Nak goreng2 pun boleh dalam ni tp rugi la goreng2 guna Vantage ni sbb kelebihan Grill Pan ni masak tak payah guna minyak mcm Dry Pan Tefal gitew.

Setakat ni Mama dah byk kali masak Ayam Panggang Ala2 Kenny Rogers, siyes disebabkan pemanggang n resepi Ayam Panggang Ala2 Kenny Rogers yg senang ..Mama jadi rajin masak tau..lagi pulak Zaquan sgt suka masakan Ayam panggang ni. X leh lupa pertama kali Mama masak Ayam panggang masa bulan puasa dia cakap 'Wah Mama masak Chicken Chop, Mama masak guna kuali mcm dalam TV la, sekarang ni pun dkt program2 masakan di TV pun guna Pemanggang Ajaib, x sangka Zaquan perasan.

Disebabkan pengaruh rasa Ayam Panggang yg sedap, My Mum n Adik Mama pun terpengaruh nak beli, Kalau nak tau Mama beli pun atas pengaruh kawan2, bila sorang beli n try masak menu yang sedap n mudah lg pulak x payah menggunakan minyak..lepas sorang2 beli..boleh dikatakan kami satu opis ada sorang satu tau, lepas tu masing2 dok promote kat ahli keluarga masing2. 

Skrg ni mcm Mama pulak ejen Vantage ni, sbb bila ada org nak order Mama akan tolong sms/call kakak yg jual Vantage Cookware ni, dia bagi kami harga special..Mama beli pada harga RM139 daripada harga asal RM199, lepas tu skrg ni harga dia dh naik jd RM149.masih lg berbaloi2..sbb harga kat luar mmg x dpt mcm tu, itu yg boleh dikatakan satu unit kami ada satu vantage cookware ni. Tapi akceli Mama x amik untung lgsung pun, just tolong promote sbb mmg dah cuba masak confirm mudah dan sedap. Sesiapa yang nak g Langkawi tu boleh la beli disana lagi murah cuma RM99 jerk.

2 unit lagi for my mum n Adik..

Mama rasa kawan2 pun ramai yg dah memiliki Grill Pan ni kan..x kisah la brand ape..yg pasti berbaloi2 kan memilikinya..:))

p/s: Sabtu ni My Mum siap minta tolong masakkan 3 ekor ayam panggang ala2 kenny rogers ni utk mkn2 kami sekeluarga..penangan Vantage Cookware..mudah & sedap hasilnya.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails