Thursday, July 26, 2012

Resepi Sambal Ikan Bilis Goreng Kering

Salam 6 Ramadhan,

Tergerak nak berkongsi resepi ni sebab ada yg bertanya bagaimana nak buat sambal bilis kering ni ekoran dari N3 Mama untuk Menu Bersahur Untuk 3 &4 Ramadhan. Terima kasih kepada AyuIna yg bertanya.



Nak buatnya sangat senang..

(Hidangan untuk 3-4 org makan)

Bahan2:- 
1. Ikan Bilis
2. Bawang Merah 3-4 Ulas, 
3. Bawang Putih 1-2 ulas, 
4. Cili Kering (2 sudu besar/Agak2 la byk mana korang nak),
5. Gula, 
6. Garam, dan 
7. Asam Keping.

Cara2 nak Masak:-
1. Goreng Ikan Bilis terlebih dahulu..(kasi garing baru sedap)
2. Bawang Merah & bawang Putih ditumbuk dan Tumis sehingga naik bau,
3. Masukkan Cili Kering, tumis sehingga ianya masak 
4. Masukkan sedikit garam, gula & asam keping sebagai perasa (Gula tu yg buat sambal kita jd pekat dan kering sbnrnya) (Asam keping tu nak letak boleh, x nak letak pun xpe)
5.Masukkan ikan bilis yg telah siap digoreng tadi kedalam bhn2 yg telah ditumis..(tumis hingga dia masak dan kering.., minyak ikut suka kawan2, ada yg suka dia berminyak sikit, Mama suka betul2 kering..)
6. Sedia untu dimakan..hehehe..

Sambal Bilis Goreng Kering Sweetmama


Selamat mencuba & memasak nnti ye kawan²..^_^..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

14 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian resepi.. makan waktu sahur sedapni

    ReplyDelete
  2. kalo mkn sambal nih dgn lauk yg berkuah memg meletup

    ReplyDelete
  3. @Saleha: Sama², yup..mmg eija masak utk sahur pun, mkn panas², ratah pun sedap..

    @Pink Ummi: ikut selera masing² la kan, mcm eija pulak kalau dah ada sambal eija x suka mkn lauk berkuah..

    ReplyDelete
  4. pergh terbaiklah eija. harus cari ikan bilis kang blk nnt, habis smua yg kt rmh kisar halus gara2 utk adli.

    ReplyDelete
  5. suke.. selalu campur tempe/kentang wajib buat stok untuk sahur atau buka hihihihi.. sebab yg garing/kering tahan lama..

    ReplyDelete
  6. nak buat gak.. goreng garing rangup2 sedap ni.. tq eija share

    ReplyDelete
  7. thank u so much eija. muahh.. nanti ayu nak try buat. makan nasi panas-panas ni mmg terangkat ni lagi-lagi time sahur.

    ReplyDelete
  8. nampak sedap..nk cuba la nnti..

    ReplyDelete
  9. @Cha: hihi, iye lah stok utk Adli lg penting.., buat jgn x cuba buat tau..

    @Masya: Yup betul tu Yana, kalau kering ni thn lama sikit, K.eija pun suka gak buat sambal kering kentang n tempe tu..:)

    @eda: Welcome dear, ala resepi senang jerk pun.., tgk resepi ida lg best2..

    @~aYu~: Welcome dear, buat jgn x buat tau, betul tu mkn dengan nasi panas mmg terangkat..

    @izz iiza: cuba la, insyaallah sedap..:)

    ReplyDelete
  10. tq akak share resepi ni ... saya balik skolah penat ya amat , pahtu balik cek bawah tudung nk makan , last2 bapak sy tinggal kan duit suruh jalan p kedai beli makanan ... malas jalan punya pasal , google la resepi sambal ikan bilis , last2 jumpa akak punya resepi ... sy pon ap lg , masak la , dah lapo...huhu ... thanks ya akak shared resepi ni ... ringkas dan cepat ... sedap .. tp terletak bnyk gula , terover manisnya ... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2 dik.., ala resepi simple je pun..mmg ringkas n mudah je nak masak dia kan..

      Delete
  11. simple tp menyelerakan.
    terima kasih kerana berkongsi resepi ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah menu simple ni la kadang2 yg buat kita naik selera nak makan..hehe

      sama2 :)

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails