Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Info Kesihatan. Show all posts

Thursday, December 27, 2012

Tips Kesihatan| Jom Bersenam & Berdiet!

As Salam,

Ada banyak story nak citer especially aktiviti weekend lepas, tp agak bz la pulak skrg ni, semalam seharian ada aktiviti kecergasan kat opis...sgt besh ok...so hari ni Mama nak story sikit tentang kursus/aktiviti kecergasan yg mama hadiri semalam "Program BPAD Wellness Day 2012 - The Bio Prescription : Diet Excercise "

Apa yg besh nye, besh sbb dekat kursus semalam dapat byk tips2 kesihatan dan cara2 nak bersenam dengan mudah di opis pun boleh buat n kalau dekat rumah tu sambil tgk tv pun boleh buat, sebelum2 ni pun pernah jgk hadiri kursus pemakanan dan kesihatan ni tp setakat ni, ini yg paling the best dia punya talk n enjoy sgt kursus semalam sampai x sedar dah nak pukul 6 petang tu baru selesai kursus :)

Ini antara yang terpenting la perlu tahu, kita punya BMI, Body Fat dan Skeletal Musle. So semalam adalah sesi timbang berat badan untuk kira kita punya BMI, Body Fat dan Skeletal Musle ni. Uolss mesti dah tahu kot macam mana nak kira BMI kan. 

BMI = Berat (kg)/ [Tinggi (m) x Tinggi (m)]

So nanti bila dah dapat tahu berapa uols punye BMI, boleh la check which kategori BMI uols. Upsss..sejujurnya Mama bgtau Mama punye BMI dah jatuh pada overweight. Itu yg semangat nak tahu tips2 untuk diet cara sihat dan senaman yang mudah untuk kita buat.

Kategori BMI


Kategori Body Fat berdasarkan Umur dan Jantina
Pengiraannya Mama x tahu mcm mane sbb kami timbang pakai penimbang yang trainer sediakan so diorang yg kirakan siap2 kami cuma tgk je kategori kami...aduihai kalau dah BMI berlebih tu kan, lemak pun Very High la..


Kategori Skeletal Muscle berdasarkan Jantina dan Umur.
yang ini pun sama Mama x tahu mcm mane pengiraannya, terus dapat keputusan je ..


Selepas masing2 dah tahu keputusan tu yg masing2 excited nak kuruskan badan/berdiet, lepas tu terus mula dengan sesi aerobic (Chair Aerobic Session)..besh selalunya excercise berdiri, kali ni duduk pun boleh exercise..siap excercise Gangnam Style sekali..

Selepas tu adalah toeri tentang BioDiet & Diet Rasullullah. Penceramah dia pun besh..mmg seorang doktor pakar pemakanan dan kecantikan n sporting untuk bagi macam2 tips tentang pemakanan yang betul.

Ini antara tips dia yg boleh Mama kongsikan dengan kawan2:_
  • Harus diingat Diet Rasullullah adalah makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
  • Tips yang paling penting SAY NO to :-
        -    No White Sugar (so lepas ni kena gantikan dgn Brown Sugar la..)
        -    No Msg (Ajinomoto)
        -    No Paraben (jangan ambil/beli produk farmaseutikal yang mengandungi Paraben   
             selalunya terdapat pada Deoderant)
        -    No Pil Kalsium (Pil kalsium hanya boleh diambil oleh perempuan    
             mengandung/menyusukan bayi/mereka yang menghidap asteoporosis/mereka yang  
             manapous dan perempuan yang alami masalah darah haid).
  • Kalau nak kempiskan perut selain daripada senaman perlu diingat tangani masalah stress terlebih dahulu.
  • Kalau nak cari Vitamin C kandungan yang paling baik yang mengandungi  Asid Askorbik (tapi x sesuai untuk mereka yang mengidap  gastrik) atau Calcium Ascorbate.
  • kandungan Vitamin C yang kita boleh makan dalam 1 hari - 1000 ke 2000mg sahaja.
  • Kolagen yang diperlukan dalam badan kita cuma 350mg sahaja.
  • Kolagen hanya sesuai untuk mereka yang berumur 35 tahun ke atas.
  • Tapi sekiranya kalau nak beli jgk produk kologen cari yang ada tulis 'Hydrolise Callogen'
  • Untuk putihkan kulit - makan Vitamin C dicampur dengan Milk Thistle
  • Untuk tegangkan kulit - makan Co-Q10 - 50mg
  • Untuk kelembapan kulit - makan Vitamin E - 400iu
  • Anti Oksidan yang paling berkesan adalah Alpha Lipioic Acid (bkn Alpha Lipid SDII tu Okey..)
  • Kena ingat ye Minyak Jagung sbnrnya penyumbang kepada kanser - so kalau nak deep fride guna minyak sawit, kalau nak menumis jgn sesekali guna minyak jagung  atau minyak sawit - boleh guna minyak sunflower.
  • Kalau boleh jgn ada marjerin di rumah, gantikan dgn butter 
  • cara yang paling baik untuk buang toksin adalah dengan memakan Nata De Coco bersama Yakult.
Banyakkan ilmu yang diperolehi, petangnya kami sambung lagi dengan aktiviti senaman kali ni dari bekas Gimnas Negara pulak..besh2..masa ni la kami dapat tips2 senaman dengan tgk tv pun masih boleh bersenam..

Punye lah berpengaruh kesan dari ceramah kesihatan semalam, tengahari tadi terus cari Nata De Coco dan yakult..satu opis dok membeli Nata De Coco dan yakult tgh tadi..hehe, beriye sbb semalam penceramah bgtau ikutkan dalam badan kita ni najis kita 10 tahun dulu pun masih melekat di usus kita ni, so cara paling senang nak buat secara natural selain daripada operate di klinik ialah dengan memakan Nata de Coco bersama Yakult, insyaallah dalam masa 3 hari boleh clear tau..oh iye pastikan Nata de Coco di dicuci bersama air alkali terlebih dahulu..iyelah no sugar/syrup/perasa kan..sbb tu nnti Nata de Coco ni dimakan bersama Yakult.

Nata De Coco n Yakult..

Hopefully berjaya la Mama amalkan apa yg telah dipelajari..pagi tadi excited buat senaman 3 minit sebelum mulakan kerja, balik kerja ni pun nak buat lagi senaman 3 minit ni - sehari 2 kali buat..insyaallah boleh turun berat badan..tapi kena nekad/displin la la tanpa perlu sekat makan/berlapar...Chaiyok..Cyaiyok Eija ZaquanZiqry..Azam Tahun Depan..Diet & Senaman.. ^_^..

Senaman 3 minit ni mudah sahaja (1 minit berlari anak, 1 minit berlari anak sambil angkat kaki pastikan kaki angkat tinggi sampai atas perut dan seminit lagi berlari anak selaju-lajunya). Cuba la kawan2 buat 3 minit je pun tapi kesannya macam berjoging 30 minit.., 3 minit secara terus menerus tau buat, jgn terberhenti2 pulak..masa buat tu pastikan jam dihadapan anda..hehehe..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, June 7, 2010

G6PD

G6PD (Glokosa - 6 - Fosfat Dehidrogenase Deficiency) merupakan sejenis enzim keturunan yang terdapat di dalam sel darah merah manusia. Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubatan tertentu ataupun makanan.Kekurangan (deficiency) G6PD bukanlah satu kecacatan atau penyakit.

G6PD adalah sejenis penyakit yang kerap berlaku. Dianggarkan 400 juta penduduk dunia mengalami masalah itu. G6PD sejenis penyakit yang dikaitkan dengan kromosom X, justeru masalah ini lazimnya berlaku kepada lelaki.

Para ibu bapa tidak perlu risau jika anak mereka mengalami kekurangan G6PD ini kerana pada dasarnya ia tidak berbahaya. Komplikasi hanya akan terjadi jika mereka terdedah kepada ubat-ubatan yang boleh menghasilkan proses homolisis di dalam darah. Dari segi yang lain, G6PD boleh menjadikan penghidap, lebih kuat melawan penyakit Malaria

Dalam kes G6PD, enzim penting untuk melindungi sel darah merah pecah disebabkan proses oksidasi (proses menghasilkan oksigen dengan menggabungkan oksigen atau menyingkirkan hidrogen). Justeru, kekurangan enzim berkenaan menyebabkan sel darah merah mudah pecah. Tahap keseriusan penyakit G6PD ini bergantung kepada tahap kekurangan enzim itu.

Bagaimana masalah ini dikesan? 

Penyakit ini dapat dikesan melalui ujian darah sebaik saja seorang bayi itu dilahirkan. Ujian darah itu akan mengesan keberkesanan enzim berkenaan. Melakukan ujian darah sebaik saja dilahirkan sudah diamalkan di Malaysia sejak sekian lama. Ini kerana masalah G6PD kerap berlaku di Malaysia dan boleh menyebabkan masalah di kalangan bayi baru lahir.

Antara masalah yang mungkin timbul di kalangan bayi baru lahir adalah jaundis. Disebabkan kekurangan enzim itu, sel darah merah bayi mudah pecah. Ini menghasilkan kandungan bilirubin yang tinggi. 
Kandungan bilirubin yang terlalu tinggi boleh menyebabkan keadaan toksik kepada otak. Jika tidak diubati boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi.

Oleh kerana kemungkinan masalah besar yang mungkin timbul kepada bayi yang mengalami G6PD, kebanyakan institusi perubatan akan menahan bayi berkenaan di wad sekurang-kurangnya lima hari sebelum dibenarkan pulang. 

Selain itu, bayi G6PD ini juga boleh berhadapan keadaan dinamakan “acute hemolysis”, iaitu keadaan wujudnya sel darah merah pecah pada kuantiti terlalu banyak. Ini menyebabkan bayi itu berasa penat dan kelihatan pucat dengan tiba tiba. Simptom lain yang mungkin dialami adalah sakit perut, jaundis, kencing bertukar berwarna gelap dan sakit pinggang. 

Keadaan ini berlaku disebabkan jangkitan, memakan kacang parang jenis “fava beans” ataupun memakan ubatan yang boleh meninggikan proses oksidasi. Bukan semua jenis jangkitan akan menyebabkan masalah itu. Sebaliknya jangkitan yang selalu dikaitkan dengan acute hemolysis adalah jangkitan oleh bakteria. 

Banyak ubat-ubatan yang tidak dapat diambil oleh mereka yang mengalami masalah G6PD. Senarai ubatan ini panjang dan apa yang perlu dilakukan adalah selalu memberitahu doktor yang merawat anak mengenai masalah anak anda yang mengalami G6PD. Ini dapat mengelakkan mereka menggunakan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan komplikasi.


Di antara ubat-ubatan yang boleh membawa komplikasi
Ubat-ubatan penyakit malaria dan antibiotik yang mengandungi kandungan sulfur. Selain daripada ubat, kacang parang jenis “fava beans “ juga boleh menyebabkan oksidasi sel darah merah. Selain itu juga komplikasi G6PD juga dikaitkan dengan penggunaan ubat serangga.

Rawatan
Cara rawatan yang utama adalah mengelakkan daripada perkara yang boleh menyebabkan acute hemolysis seperti yang dinyatakan di atas .Kadangkala sel darah merah yang pecah secara keterlaluan menyebabkan bayi itu pucat. Ini mungkin memerlukan pemindahan darah. Perlu diingatkan juga, masalah G6PD ini disebabkan kekurangan penghasilan enzim dan ini adalah masalah yang akan kekal buat selamanya.


Penting kepada para Ibubapa ... ketahui kesihatan anak anda .... Benda ini biasanya tertulis di dalam kad kesihatan anak anda (biru @ pink) ....


Memang sgt penting kepada ibu bapa yg mempunyai anak yg menghidap penyakit G6PD untuk lebih berwaspada & mengambil berat tentang perkara yg perlu dielakkan. Semasa sweetmama bersalin di Hospital Serdang..Alhamdulllillah...pihak Hospital ada memberitahu serba sedikit tentang penyakit G6PD ini & turut memberikan sesi kaunseling tentang penjagaan dan senarai ubat yg patut dielakkan kepada pengidap G6PD memandangkan my lil' son mengidap penyakit G6PD dan sweetmama mmg sgt berhati2 memandangkan semasa dalam hari zaquan telah menunjukkan simpton2 yg ketara ...iaitu kencing berdarah dan demam kuning.

Dengan penjagaan yg teliti dan mengelakkan perkara yg tidak boleh...syukur alhamdullillah...my lil' son sihat, cergas & aktif.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails