Showing posts with label B'day Celebration. Show all posts
Showing posts with label B'day Celebration. Show all posts

Monday, June 6, 2016

Salam Ramadhan 1437H | 1 Ramadhan 1437H/06.06.16 ~Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang ke-8 Thn Muhammad Khair Zaquan

Assalammualaikum,

Salam Ramadhan Al Mubarak 1437H / selamat berpuasa semua..., Alhamdullillah masih dapat bertemu dengan bulan yang penuh dengan rahmat, keberkatan dan keampunan. Moga kita sama² dapat menunaikan ibadah puasa dengan baik dan sempurna serta melipatgandakan amalan² yang baik di bulan yang mulia ini...Amin. 



1 RAMADHAN 1437H/06.06.16 ~ HAPPY 8th BIRTHDAY MY DEAR SON...MUHAMMAD KHAIR ZAQUAN


Alhamdullillah selain daripada dapat menyambut kedatangan bulan puasa, pada 1 Ramadhan 1437H ini juga merupakan hari ulangtahun kelahiran hero mama yang pertama..Muhammad Khair Zaquan yang ke -8 tahun, Ya Allah syukur alhamdullillah..8 tahun dah abang...how time flies..abang membesar dengan sihat dan membesar bagai johan..ngeee..

Mama n Papa sentiasa doakan yang terbaik buat abang, semoga abang diberikan kesihatan yang baik, menjadi insan yang berguna serta berjaya di dunia dan akhirat..amin. Diharap bersempena dengan bulan ramadhan yang penuh dengan rahmat dan berkat ini abang dapat menunaikan ibadah puasa..abang kena belajar untuk puasa penuh tau..., abang dah besar..dh 8 tahun dah...

Seperti biasa, sambutan hari lahir anak biasa² je..buat syarat janji anak² dapat potong kek dan makan² sikit antara kami sekeluarga dgn atok, nenek, acik² n sepupu² Zaquan n Ziqry. Sejak Zaquan dah bersekolah penuh ni Mama dh xde buat sambutan hari lahir dia besar2..last buat sambutan hari lahir dirumah bersekali dgn bday adik dia 4 tahun lepas (Bday Bash ZaquanZiqry)

Pic² sekitar small celebration bday Zaquan pada tengah malam semalam..

Ini feberet cake yg kami beli siap kat kedai cake depan area rumah je..boleh dikatakan tetiap tahun cake yg sama sbb anak² mmg suka moose cho.cake ni aje, kalau ada sambutan hari lahir yg special samada di rumah/sekolah baru mama tempah cake lain..itupun ikut demand anak²..
Abg dan Adik tengah tunggu pizza dominos siap, tekak mama yang tetiba rasa nak makan dominos, so mama cadang beli kek dan dominos utk makan² sama family. Nasib baik sempat order before kedai tutup sbb Mr. Papa beli lps balik dari sembahyang terawih..
Yeay...dah sampai Impian Maju, tempat lepak kami 1 family, janji jumpa atok, nenek, acik, kakak, ara ngan qhairina dkt sini..
Amik bau dulu sebelum tunggu yg lain sampai.., sbnrnya bdk 2 org ni dh x sabar nak makan..
beef pepperini flaver feberet adik, sementara bbq chicken flavour feberet Zaquan.
mama nak bergambar dgn bday boy mama ni la.., tp tgkla dia saje je buat muka..
'Allah Selamatkan Kamu..., Allah Selamatkan Kamu..., Allah Selamatkan Muhammad Khair Zaquan.., Allah Selamatkan kamu.....Happy 8th Bday Abang Zaquan..
x dan nak tunggu acik sampai..atok n nenek sampai bersama 3 dania ni (sepupu ZaquanZiqry) je, bday boy dah terus cepat² nak potong kek, sorry acik..abg potong kek dulu...

Tq semua family members yg join mkn², minum² n potong bday cake Zaquan , tetiap tahun mmg x pernah miss celebrate bersama..♥♥♥ . 

Jam pun dah melewati jam 12 lebihh...esok dah nak sahur..n masuk keje awal..

Abg n Adik cuti sekolah ok la tido rumah atok n nenek..so seminggu ni Mama n Papa sahur berdua je la..Sekian..coretan MamaZaquanZiqry yang dah lama x mengarang n3 blog..huhu

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, June 17, 2014

06.06.2014 ~ Happy 6th Bday Muhammad Khair Zaquan! | Bday Celebration @Tadika

As Salam,

11 hari sudah berlalu, hari ni baru berkesempatan nak update N3 ttg hari ulangtahun kelahiran our hero chinta hati Papa n Mama ni. Bz nau Mama nya skrg blog x tertengok apatah lagi nak menghapdet, blogwalking jauh sekali la..huhu, ermmm..ada ke lagi pembaca blog Mama ni..

Straight to the point, 06.06.2014 (Jumaat) merupakan hari ulangtahun kelahiran hero pertama kami Muhammad Khair Zaquan yang ke 6 tahun, cepat sungguh masa berlalu 6 tahun dah abg, tahun depan abg dah bersekolah penuh, x boleh nak main² dah, kena lebih beri tumpuan kepada pelajaran, skrg ni tadika bolehla enjoy², Doa dan harapan Mama n Papa moga abg menjadi insan yang berjaya dunia dan akhirat, jadi anak yang soleh dan jadi abg yang terbaik buat Adik..AMIN.

Surprise Dari Mr. Papa Buat Bday Boy

Surprise buat bday boy ialah Mr. Papa balik hari dari Melaka semata² nak jumpa bday boy di hari ulangtahun kelahiran abg, nak surprise punye pasalkan, time Mr. Papa sampai rumah tu kami bertiga tido..hehe, ye lah sampai rumah dah kul 11 malam, lgpun Mama xde plan nak celebrate bday Zaquan mlm tu, selalunya ada gak plan sambut detik 12 mlm, tp kebetulan nak sambut pun atok n nenek ZZ pergi holidays time ni ada di KK, Sabah. Alang² Mr. Papa dah bersusah² balik dari Melaka naik motor plk tu, kami kejutkan jgkla abg dan adik n kebetulannya pulak Nenek Mr. Papa masuk hospital, jdnya Mr. Papa terus ajak kami bertiga ke hospital di KPJ Kajang, lepas tu boleh terus keluar sambut bday abg katanya, lepas tu Mr. Papa dah nak kena pecut ke Melaka semula..

Ini dia bday boy happy, Mr. Papa bawa g makan Mcd di hari ulangtahun kelahirannya, time ni dah kul 12.30mlm, bday boy siap tanya kek xde ke..? hehe, sorry abg, kek xde, tp esok ada kek Ninja Go buat abg, esok abg celebrate dgn kawan² dan Cikgu ...


Bday boy wif Mama..


Tq Papa, bawa kami makan² dihari ulangtahun kelahiran abg ni..


Detik 12mlm di hospital, sempat lagi Abg bergambar dengan Unyang n time ni sbnrnya kami² yang ada dekat sini sempat nyanyikan lagu happy bday to abg, tu yg dia tersipu² malu tu.


Malam tu, kul 2pg Mr. Papa dah pecut ke Melaka semula sbb esoknya hari Jumaat hari bekerja seperti biasa, alhamdullillah selamat sampai.

06.06.2014 ~ Celebrate Bday @Tadika.

Sama seperti Adik Ziqry punye bday sblm ni celebrate bersama kawan² dan Cikgu di taska, Abg Khair Zaquan pun sama celebrate bday tahun di tadika bersama kawan² dan Cikgu, lgpun tahun ni tahun terakhir abg di Tadika. 

Cake Bday Boy - Ninjago
Cake ni mama tempah daripada officemate mama..semakin maju dah kawan mama ni, kek sedap, kek pun cantik boleh buat ikut design yang kita nak..design ni bday boy sendiri pilih tau, nasib baik kawan mama ni boleh buat n merealisasikan la impian abg yg fanatik ninjago ni.., bday boy siap bangga tu 'kek abg ada kaki ngan tangan, kek adik muka je..' huhu..sabar je la dgn abg ni.


Goodies bag buat kawan²


ini isi dalam goodies bag, siap bagi kad ninjago sorang satu buat kawan², yang kelakornya, masa beli goodies ni Mama n Papa x bgtau pun Zaquan n time packing goodies ni time abg tido, so dia mmg x tau apa isi dalam goodies bag utk kawan2 dia, so berlaku adengan menangis lepas smbut bday ngan kawan2..(chatting ngan cikgu dalam wassapp), cikgu pun x thn gelak tgk dia nangis sbb nak collect semula semua kad2 dr kawan dia, apa la abg ni dh bg mana boleh amik blk.


Kad Ninjago


Ala abg ni , ada hadiah buat abg tau..ini reward buat bday boy..lego ironman


Ini antara gambar dari wassapp dengan Cikgu kelas abg..

♫Happy Bday To U..♫ Happy Bday To U, ♫ Happy Bday To Khair♫ Happy Bday To U...

bila mama tunjuk gambar ni dekat abg, abg kata 'abg malu plk bila semua kawan² nyanyikan lagu happy bday dkt abg'.. pemalu rupanya anak Mama ni..control macho gitew..


Ape pun abg happy sgt dapat sambut dgn kawan² ..^_^..



Masa untuk makan kek..




aduihai apa la bday boy nangis nak collect kad ninjago dari kawan²..
nasib baik nangis lepas selesai makan n sambut bday..
inipun masak cikgu dia nak pujuk..


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, May 19, 2014

12 Mei 2014 ~ Ziqry is 3! | Bdk Tak Sabar Mau Potong Kek Dan Bday Celebration @ Taska.

As Salam,

12 Mei 2014 merupakan ulangtahun kelahiran My Little Boy Muhammad Khair Ziqry yang ke 3 tahun. Happy Bday Adik Ziqry, Moga adik membesar dengan sihat, cerdik dan berjaya dunia dan akhirat..AMIN.



Sehari sebelum Adik Ziqry genap berusia 3 tahun merupakan hari minggu, w/pun hari cuti tapi kami xde perancangan nak celebrate pun sbbnya tahun ni mmg dah rancang nak celebrate bday Abg dan Adik di taska dan tadika shj, bg peluang anak² sambut dgn kawan² school n cikgu², selalu sgt asal balik je dr school bawa goodies bday kwn² n itu sbbnya anak² pun dok request nak potong kek dkt school.

Hari minggu tu lepas masak dan makan tengahari Mama balik rumah parents Mama berdua dgn Ziqry, Zaquan plk lepas breakfast di Impian dia nak ikut atoknya balik, Mr. Papa plk kata nak siapkan assingment, jd Mama berdua je la ngan Ziqry balik Batu 10. Balik dari Bt. 10, malam tu mmg dh janji nak amik kek yg diorder utk celeb bday Adik di school esok tp bday boy dh x menyabar bila sampai kedai kek je kata 'Adik nak potong bday kek Adik', nak x nak malam tu beli je la sebiji kek lg utk celeb kami satu family..

Bday Cake Faberet


Mama n Bday Boy
Ini bdk sudah x sabar mau potong kek
Jadinya maaf ye acik² thn ni x dpt nak tunggu acik, kakak dania dan adik sara utk sama² tiup lilin dan potong kek, siyes adik ziqry dh x menyabar sgt nak potong kek.



Bday boy Potong bday cake in advance.
 Abg Zaquan , Atok dan Nenek sampai je dekat Impian, Adik terus rasmi potong kek,
 yang penting Adik happy..:)


Celebrate Bday @ Taska.

Hari Isnin..12 Mei 2014, genap usia Adik Ziqry 3 tahun. Alhamdullillah perancangan utk celebrate bday Adik Ziqry di taska bersama kawan² dan cikgu berjalan dengan lancar, kebetulan kami amik cuti rehat sbb cuti bersambung dgn cuti umum hari wesak keesokan harinya, jdnya anak² pun sama bila tgk Mama n Papa pakai baju jalan dia pun xmo pakai baju school sibuk nak cuti sama, disebabkan mmg dah niat nak celeb bday adik dgn kawan² dan cikgu kami pergi jgk la ke taska w/pun bercuti.

Bday Boy request Ninja Go Cake
biasalah Adik apa yg Abg dia minat dia pun minat sama lg² dekat taska n tadika abg n adik tu kebanyakan peminat Ninja Go.


Goodies buat kawan² dan cikgu..makanan ringan je dalam goodies bag ni..huhu


Adik keluarkan belon dia, abis semua kawan² kerumun..


Ekceli bday boy takut kena tinggal dgn Mama n Papa dia.., itu yg bila disuruh bergambar x sporting..


Adik jgn la risau, hari ni kan ulangtahun kelahiran adik yg ke -3 thn.., 
kawan² Adik semua dah teruja dah tu nak potong kek dengan adik ..


Abg temankan Adik ye..




Aim pun ada, Aim ni kawan baik Adik Ziqry tau,
kalau tanya siapa kawan adik ?
Adik : kawan adik aim, siap cakap 'Aim adik..', kalau beli makanan or brg dia akan igt Aim dia..
pagi² kalau kena mood Ziqry nangis kami akan ckp tu Aim Adik ada, Cikgu pun akan panggil 'Fahim ambil Ziqry ni..' hehhe..nampak sgt BFF..




Yeay, Its time utk potong kek.
Cikgu : kawan² jom sama² nyanyikan lagu happy bday buat Ziqry (dan time ni semua kawan² adik nyanyikan lagu happy bday buat adik
♫ ♪ Happy Bday To u..happy Bday to u..happy Bday to Ziqry.., Happy Bday to Ziqry..♫♪


Last But Not Least, gambar kami 1 family bersama bday boy..
srnok tgk adik happy w/pun malu²..


Skjp je pun sbnrya majlis potong kek, selesai bdk² makan, kami pun beransur pulang, tp x terus balik rumah sebaliknya alang² dah sampai Putrajaya kan, terjah alamanda la..reward buat bday boy, Mr. Papa belanja main games...hehee, esok Papa dah nak balik Melaka dah..harus fully utilize cuti yg diambil :)

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, July 22, 2013

Sambut Hari Lahir Dengan Berbuka Puasa Di Luar @ 2 Ramadhan

As Salam,

Tahun ni hari lahir Mama jatuh pada 2 Ramadhan 1434H, jadinya haruslah berbuka puasa di luar, nak masak special² pun x berkesempatan..balik umah pun sampai lewat petang. Minggu pertama berpuasa memang ramai yang makan di rumah bersama keluarga kan, jadinya xde masalah untuk berbuka puasa di luar..xde lah sampai kena Q untuk berbuka lgpun kami pilih fast food je tempat untuk berbuka@celeb bday Mama. Sama seperti tahun lepas sambut di Pizza Hut..pilihan Zaquan nak makan mushroom soup katanya..xpe ikutkan je bkn nak sambut sgt pun jnji dpt makan sama² suami & anak² dh cukup bermakna.


Kami pilih tempat yang paling dekat dgn tempat kerja risau kalau balik umah dulu x sempat pulak nak berbuka, takut berbuka atas jalan pulak. Jadinya lepas balik kerja n jemput anak², kami terus ke Alamanda, booking tempat n amik order di Pizza Hut dulu n sempat lg lepak² melayan kerenah anak² nak bermain di Alamanda.

Pantang lepas..kemain srnok..


sempat lagi bawa diorang melepak di luar..sambil menunggu waktu berbuka n time ni nak singgah beli kek Secret Recipe.




Cukup lah 2 Slice Kek SR ni, lgpun berturut² dari Mei membawa ke Jun ke Julai asik makan kek aje...hehe
Adoiyai 3 batang lilin tu hasil susunan Zaquan n kek pun pilihan Zaquan, selalu beli Choc. Indulgence/Banana Choc, kali ni Zaquan nak Chocfudge Indulgence, lebih kurang sama je rasa dgn Choc Indulgence..Zaquan ni peminat Coklat.


Lagi beberapa minit nak buka puasa, kanak² x puasa ni x sabar dh mau makan kek.
Jom sama² Potong Bday Kek Mama




Nyum2...sorang satu kek..., Bday Mama x makan kek pun xpe, jnji anak² happy dpt makan sempena bday Mama dia..


peminat kek..makan sampai menjilat bibir dan sudu..huhu



Menu Pizza yg kami pilih..Set Citarasa Ramadhan 1 (1 Regular Sari Lautan Pizza, 2 Soup Of The Day, 2 Glasses of Miranda Strawberry, 1 Set Garlic Breadstix dan 1 Istimewa Platter)

Sari Lautan Pizza


Platter Istimewa


Alhamdullillah kenyang n terima kasih Mr. Papa belanja makan sempena bday Mama ni..


p/s: X sangka 4 - 5 Ramadhan Mr. Papa bawa kami teman dia bermalam di PD sbb minggu pertama puasa kan  xkn Mr. Papa nak tinggalkan kami bertiga buka puasa sendiri..nnti ada masa Mama up n3,minggu ni bz 1st audit dgn Unit baru..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails