Showing posts with label Melaka 2014. Show all posts
Showing posts with label Melaka 2014. Show all posts

Tuesday, September 9, 2014

Cuti² Merdeka | Terima Kasih Tuan Rumah

Assalammualaikum,

Sepanjang percutian kami di Melaka selama 3D2N ni kami tumpang bermalam rumah sepupu Mr. Papa di Taman Ayer Keroh Height n disini jgk lah buat sementara waktu ni Mr. Papa menumpang sejak bekerja di Melaka. Ikutkan perancangan Mama percutian kami 2D1N je sbb kesian kat Mr. Papa lps hantar kami blk Bangi, nak berpatah balik semula ke Melaka, kalau blk awal boleh rest 1 hari dkt rumah n risau jgk kami kalau tersekat dgn jammed, tp mlm yg sepatutnya kami blk Mr. Papa sakit kepala, lps telan Panadol dia dh ngantuk n kunun nak tido skjp tp kita yg mengejutkannya sikit punye payah nak suruh dia bangun, tuan rumah pun kata dah lewat mlm better kami blk esok je..,owh ok tq tuan rumah kerana sudi menerima kedatangan kami dan melayan kami dgn baik ditambah dgn kerenah anak² kami lagi...

Selepas JJCM di Klebang Original Coconut Shake, kami cuci² mata di Aeon Ayer Keroh sambil bawa anak² main di pusat permainan.., keluar tengahari balik malam..hehe, anak² sepupu yg juga 2 hero Aqil dan Ammar dh tunggu je kami balik rumah nak main dgn Abg Zaquan n Adik Ziqry, itu yg anak² pun srnok bercuti kali ni sbb ada geng main.


@ Aeon Ayer Keroh, Melaka


Anak² boleh tido dgn lena ye, esok baru kita balik..


Tido pun dah cukup..masa untuk balik, xde nak menyinggah kemana lagi dh pun sbb mlmnya Mr. Papa nak kena berpatah balik kesini.  Terima kasih buat tuan rumah 2 hari berturut² sediakan sarapan untuk kami, yg kami plk lps sarapan dah terus keluar berjalan..:p. Kunun lepas breakfast nak terus bertolak balik tp boleh plk terlayan movie transformers dulu sblm balik (tuan rumah baru beli speaker home teather, tu yg dok rasmi tgk movie) Lps zohor baru kami bertolak balik ke Bangi.

Ermmm..Papa mmg leka kalau dh dapat movie, itu yg anaknya pun sama mengikut kalau menonton tv/movie leka sampai org panggil pun x dgr..khuyuk nau..


Tuan Rumah pun bercuti x keje, itu yg layan kami tgk movie..


anak² n the geng skjp tgk tv skjp leka dgn hp..main games..
pastu mula lah gaduh berebut gadget dan mainan, dah ada sorang satu pun diaorang nak berebutkan yg org punye..sabau je la..tp apepun bagusla diaorang suka melayan kawan..

Aqil Faiz lebih suka buat hal dia sendiri


Ammar Firas plk suka berkawan n sgt comel sampaikan asik kena cubit je pipi dia dgn Adik Ziqry.., Ziqry jenis geram tgk bdk comel..


Yeah..kami geng.., syg ammar..
Ziqry la bila tertengok je gambar ammar dlm hp Mama mesti ckp 'ni ammar, adik nak pergi jumpa nak main dgn ammar lg'.


pic berangan mau jadi tegar ye anak²..



Alhamdullillah kami selamat sampai rumah jam 3.30 ptg dan tidaklah menempuh jammed yg teruk sgt, adalah jgk tersekat dgn jammed tp jammed yg masih boleh berjalan..hehe dan jam 9 mlm Mr. Papa bertolak balik semula ke Melaka..

Sekian, tamat dh N3 cuti² merdeka kami..
Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, September 5, 2014

Cuti² Merdeka | JJCM ke Melaka |Batu Berendam Coconut Shake, Asam Pedas Kota Laksamana Dan Klebang Original Coconut Shake

Assalammualaikum,

Hari ni ada mood nak sambung citer cuti² merdeka kami..^_^..

Percutian di Melaka, setiap tahun pergi pun x pernah jemu sbb Melaka ada byk tempat menarik utk dilawati..yelah Negeri Bersejarah dan byk tempat makan yg besh, Melaka kan terkenal dgn Ikan Bakar di Umbai, Asam Pedas dan Coconut Shake. 

Memandangkan tempat² lawatan di Melaka ni boleh dikatakan kami dah pernah terjah seperti melawat Taman Buaya, Zoo Melaka, Merasa naik Menara Tamingsari, naik cruise dan mandi manda di Melaka Wonderland Theme Park & Resort.. (tp sygnya byk n3 percutian Mama x pernah abis update..huhu), jadinya kali ni bercuti ke Melaka, Mr. Papa kata malas la nak repeat tempat² melawat lg sebaliknya Mr. Papa lebih teruja nak bawa kami JJCM..so kali ni bercuti ke Melaka mmg JJCM je..

Terima kasih Papa bawa kami JJCM, x sangka tau Mr. Papa sendiri yg terus nak bawa ke tempat² makan yg dia selalu lepak semenjak dh bekerja di Melaka ni dan diantara tempat melepak minum Mr. Papa ialah di Batu Berendam Coconut Shake, yeah destinasi pertama JJCM kami. Alhamdullillah kami selamat sampai Melaka lebih kurang jam 5.30ptg, call tuan rumah a.k.a sepupu yg kami ingin tumpang bermalam, tuan rumah kata dtg je la walaupun diorang tiada di rumah ptg tu, memandangkan tuan rumah xde, itu yg Mr. Papa bawa kami makan dulu, malam baru kami sampai rumah sepupu Mr. Papa. 

Batu Berendam Coconut Shake

Akhirnya sampai dan merasa jugak Mama Coconut Shake Batu Berendam ni, selalu tengok Mr. Papa post pic dkt IG yg dia minum Coconut Shake, kali ni merasa sendiri, selalu mama saje je komen minta Mr. Papa tapaukan..hehee. Mulanya nak pergi klebang, sbbnya Mama cuma tau Coconut Shake Klebang yg femes (tau tp x pernah pergi), sekali Papa kata Klebang tutup awal, menjelang kita sampai klebang dh tutup, tu yg Papa kata, Papa selalu lepak minum coconut shake Batu Berendam je, sedap je pada tekak dia.., dekat Coconut Shake Batu Berendam ni pun ramai je orang yg minum, Mama ok je kalau dapat merasa dua² tempat pun ok..heheh..


Waktu Urusniaga dia sampai malam tau..
Isnin - Sabtu - 12 pm - 11 pm
Ahad - Cuti.
Nasib baik papa bawa jugak terjah waktu hari pertama sampai (sabtu), kalau kita plan nak g hari ahad..tutup rupanya..



Sbnrnya Batu Berendam Coconut Shake tu bkn nama kedai, dia ada nama kedai, lupa plk nak snap nama kedai, tp popular dgn Coconut Shake Batu Berendam dan Yong Tau Fu
Dia buka kedai dan gerai di luar jalan tu, memang ramai orang, kami sampai pusing 2-3 kali nak cari parking, nak lepak kat gerai luar pun full, itu yg lepak dalam kedai je, yg dlm kedai pun org silih berganti dtg.

Abg n Adik muka toya sbb br bangun tido


Nyum..Nyumm...Coconut Shake Batu Berendam.
Siap ada coklat rice atas ice cream


Menu petang kami..Coconut Shake, Cempedak Goreng dan Nasi Lemak.
Nasi Lemak tu Zaquan sorang je yg makan, adik xde mood
Mama n Papa simpan perut nak g JJCM Asam Pedas plk malam nanti.


yang special nya dkt sini..Tambah Air Kelapa Muda Percuma..


Asam Pedas Kota Laksamana

Kan mama bgtau td Mama n Papa nak simpan perut nak pekena Asam Pedas Kota Laksamana, yang ini permintaan Mama bgtau dkt Papa nak makan Asam Pedas Kota Laksamana..ngalah org ngidam. Asam Pedas Kota Laksamana ni Mama tau drpd Adik Ipar Mama, Cute MuM yg bawa kami pergi masa kami otw singgah Melaka balik dr kenduri kahwin sepupu di Johor  tahun lepas (16 Sept 2013, itulah mmg byk betul n3 percutian n JJCM x dan nak update di blog). 

Asam Pedas Clayport @ Restoran Kota Laksamana













Asam Pedas Kota Laksamana ni pun antara Asam Pedas femes kat Melaka ni, ramai betul peminat/pelanggan dia, sepenuh² nya org makan dkt sini, yelah rasa asam pedas dia pun sedap. Sebelum² ni kalau pergi Melaka kalau nak makan asam pedas kami makan dekat Asam Pedas Power Bukit Cina, tp bila Mama dh rasa yg Kota Laksamana ni mcm prefer yg Kota Laksamana lg, tp pd Mr. Papa plk dia lebih suka makan Asam Pedas yg dekat Pasar Borong Batu Berendam..(nnti kalau dtg Melaka lg, Papa bawa mama mkn Asam Pedas Batu Berendam plk ye..)


Menu Dinner kami berdua, Asam Pedas Pari
Set Asam Pedas dia siap dgn sayur kobis goreng dan telur asin.
1 set ni RM9.00


Abg Zaquan x padan dgn dah makan nasi lemak sebungkus ptg td, malamnya makan Nasi Goreng Kampung. Menu goreng² dia dkt sini pun sedap la, sbb nasi Goreng Kg. yg Zaquan makan ni sedap berasa n pedas lagi tu..


Alhamdullillah, kenyang n licin.., lepas ngidam..


Klebang Original Coconut Shake

Klebang Original Coconut Shake ni mmg la sgt femes kan, selama ni mama cuma tau kalau nak coconut shake yg femes tu dkt klebang, tp x pernah pun sampai n rasa coconut shake klebang nya tu, sekali bila Mr. Papa bawa tanjat mama, ramai betul org beratur utk beli, itupun gerai/kedai dah siap asing utk beli bungkus dgn minum disitu, sampai mengakibatkan jln jemmed jgk la sikit sbb kiri kanan jln org park kereta berhenti nak bungkus, utk yg nak makan dalam kedai, boleh park kereta ke dalam sikit, sekali lagi..Mak aihhhh..ramainye, kalau nak makan, self service tp amik makanan pastu bayau dulu sblm makan. Antara menu dia nasi lemak dan mee goreng bungkus kepok lekor dan pelbagai jenis kuih muih. Satu lg masalahnya org ramai tp tempat duduk terhad/ full.., kebetulan kami pergi time peak hours, time lunch hour..pkl 2ptg, lama gak la berdiri menunggu meja kosong..,alhamdullillah ada rezeki merasa, kali ni Mr. Papa mmg bersabar betul sbb dia sendiri yg bawa kan lgpun kata xde agenda lawatan, just percutian JJCM..hehe..

Ini baru beratur nak bayau makan sampai ke luar² panjangnya barisan..


Aduihai, sekali lg adik xde mood sbb tidonya terganggu..
jalan jemmed sampai tertido² adik, mulanya Mr. Papa nak bawa kami g jln² bandor, ermmm tp time cuti umum ni jln nak g bandar hilir sesak teruk, kami tersekat nak sejam at lastnya Mr. Papa patah balik terus ke Klebang.., Papa kata kita g minum dulu nanti baru papa bawa g jalan, kita jalan ke JJ @Aeon je..bawa abg n adik main..


Menu kami..nasi lemak sampai 5 bungkus ko.., nasi lemak bungkus dia sedap weiii..mama mkn 2 bungkus, lg 3 bungkus tu papa makan sekali dgn anak², anak² kalau ada Papa dia mmg nak mkn bersuap dgn Papa nya aje.., kuih muah dia pun sedap, semua menu abis kami makan..hehe


Muka happy..puas JJCM..


Pada pendapat Mama setelah merasa Coconut Shake di kedua² tempat di Melaka ni, kedua²nya pun sedap, dua² mama minum sampai abis, cuma x dinafikan mestilah yg original lg sedap sbbnya yg original klebang ni dia punya coconut shake halus sikit kalau yg dkt Batu Berendam tu dia ada rasa kasar isi kelapa tu, mmg kalau tgk masa dia blend mmg byk isi kelapa dia letak n maybe dia saje blend x halus or mmg dia ada campur isi kelapa potong halus² ke mama x pasti, tp bila minum mmg terasa berbiji isi kelapa sikit n dia ada letak coklat rice. x kisah la yg penting dapat merasa dua² tempat..

Sekian, N3 JJCM Melaka, w/pun JJCM di 3 tempat je sepanjang cuti² merdeka 3D2N, Mama tersgtlah rasa berpuashati n happy...sbb mama ni kan mmg food lover a.k.a kuat makan :p, anak² pun happy sampai x mo blk, nak tido Melaka lagi..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails