Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Friday, August 2, 2013

Terkejar² Untuk Bershopping | Hasil Shopping 1 Hari

As Salam,

29 Julai yg lalukan Mama amik cuti semata² untuk shopping barang raya @ baju raya anak², walaupun amik cuti rehat tp rasa terkejar² je nak shopping sbbnya pagi seperti biasa macam waktu nak g kerje tu kami hantar Zaquan n Ziqry ke tadika & taska, kami je yg bercuti anak² x bercuti..hihi

Sblm hantar diorang ke school, sempat lg singgah drive thru McD dulu bg anak² makan dalam kereta, lgpun Mama dia pun sama bendera merah..:p (kurang sikit rasa letih nak bershopping). Selesai hantar diorang ke schooll Mr. Papa terus je memandu ke tempat yg ingin dituju.., destinasi pertama Mid Valley, tp x sempat nak shopping kat Mid Valley pun kami singgah untuk park kereta je pastu naik train ke Sogo. Memang 1 stop shopping di Sogo je. Itu pun Mr Papa ingtkan Mama kena shopping cepat² x leh lama²,  kul 3 ptg kita dh nak kena bertolak naik train ke Mid Valley semula (iyelah org perempuan kalau dh shopping kan x ingat dunia), memang la kami sampai kul 11 pg di Sogo..means 4 jam je masa yg ada utk shopping..tp siyes x cukup bg Mama..hahaa, iyelah nak shopping baju anak je dh berjam², itu belum lg brg Mama. 

Sampai² Sogo je dh terus melekat kat level bawah tu tgk handbag, mmg niat nak ganti handbag pun, last Mama beli handbeg 3 thn lepas..so patut berganti kan...lgpun dh tau nak dpt bonus RM500..boleh la beli handbeg buat reward diri sendiri. Sblm tgk handbeg yg Mama pilih..inilah antara hasil shopping kami. Mr. Papa pun shopping baju, seluar n kasut kerja dia.

hasil Shopping 1 hari


Baju raya anak² untuk Zaquan n Ziqry, thn ni budget mmg ciput je sbb insyaallah 2 minggu lepas raya nak bercuti ke Jakarta & Bandung pulak..so xdelah shopping sgt raya kali ni.., duit simpan untuk shopping kat sana pulak nanti..huhu..

Untuk Abg Zaquan - Seluar 2 helai, t -shirt 3 helai
Untuk Adik Ziqry - Seluar 3 helai, T- Shirt 3 helai, 2 pasang baju tido & 2 pasang baju basahan. (Adik dpt lebih sikit sbb selama ni dok pakai baju lama abg dia je n  byk dh baju lama² abg dia yg pinggang seluar n leher baju yg dh longgar , Mama pun dh kurang sgt menyoping baju anak² sbnrnya).

Last but not least, untuk 4 orang anak² buah kesayangan sorang sepasang..


Fuhh rasa amik baju sikit je, tp keseluruhan belanja utk baju anak² & anak buah ni je dh capai RM472.15.., mmg budget RM500 pun tp tulah nilai duit sekarang kan, RM500 untuk beberapa helai baju  je sbnrnya.


Akhirnya dpt jgk reward buat diri sendiri..
cantik tak pilihan handbag Mama ni..Carlo Rino..after less dpt RM179.90.


Mengada² nak pakai wrislet pulak skrg ni, jdnye terbeli jgk, Wrislet Sembonia RM69.00


Mama ada gak tgk² n pilih² baju n seluar untuk Mama pulak..ermmm tp yg ada sales semuanya dh xde size Mama ni, sudahnye xde la dpt baju jalan Mama..nasib ada jgk handbag n wrislet untuk diri sendiri :) 

Sedar x sedar dah 3.15ptg..extra 15 minit je dr masa yg Mr. Papa tetapkan..hehe, terus kejar train nak balik pulak, igtkn sempat singgah nak shopping kat JJ Mid Valley plk, tp x sempat jgk sbb kena berkejar balik ke Putrajaya pulak jemput anak, last masa untuk jemput anak pukul 5.30ptg..itu yg rasa terkejar² betul time utk bershopping w/pun kami ni bercuti rehat.

Selesai jemput anak kami plan nak singgah Tesco Kajang pulak nak beli baju melayu Mr. Papa & anak², kami mmg suka beli baju melayu siap dkt Kedai d'Khair Collection yg terletak dalam Tesco Kajang ni..mmg suka dgn kain baju melayu dia..selesa n jahitan pun kemas.

Baju Melayu/Baju Raya Tahun ni..Tema Oren.


Ada cerita time kami beli baju melayu ni, Adik Ziqry menangis nak pakai baju melayu, dia nak terus pakai, xnk buka, sampai org yg jual tu cakap pelik la, selalunya budak nangis xmo pakai, dia nangis nak pakai.., kami pun bagila dia pakai sampai dia rasa dia nak buka dgn sendiri..



Time ni sekali lg terkejar² sbb nak kejar balik untuk berbuka di rumah Family Mertua pulak, kami mmg setiap hari kerja biasa berbuka di rumah family mertua, lepas berbuka terus tolong buat biskut raya, setiap hujung minggu pulak Mama akan berbuka di rumah Family Mama pulak. Dalam masa nak mengejar masa waktu berbuka sempat lagi Mr. Papa beli 1 bucket KFC untuk menu berbuka kami sekeluarga w/pun sbnrnya Mak dah siap masak dh sbnrnya, ni mesti kes Mr. Papa terliur tgk kami makan Mc'D dlm kereta pg tu..huhu..terus menu berbuka beli KFC.., w/pun agak terkejar² untuk shopping tp alhamdullillah kiranya 80% dah siap barang raya kami shopping.., malam lepas berbuka pun masih sempat lg menolong Family Mertua wat biskut raya w/pun Mr. Papa ngadu dia sgt letih shopping kali ni.. 

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Sunday, July 28, 2013

Jom Beli Barang Raya@Putrajaya

As Salam,

Minggu ni mesti ramai yang g shopping persiapan raya kan, almaklumlah lebih kurang 2 minggu je lagi kita nak menyambut syawal n kakitangan awam pun dh dpt gaji pd 25hb. Putrajaya pun skrg ni byk karnival jualan raya, Jualan Raya The Store, Metrojaya n now Jom Beli Barang Raya, yg pasti Jom Beli Barang Raya@Putrajaya anjuran KPDNKK antara jualan yg x pernah miss Mama pergi...hehhe. 

Sebelum² ni Jom Beli Barang Raya anjuran KPDNKK ni buat dekat sebelah bangunan KPDNKK je tp tahun ni dibuat di Kompleks Perbadanan Putrajaya, jauh sikit la dr opis kami kena naik kereta, kalau x sebelum ni kami jalan kaki je.., nasib dapat jgk Mama tumpang kawan terjah ke Jom Beli Barang Raya ni....hihi, biasalah orang perempuan mana lepas bab shopping ni kan, kadang tu bkn nak shopping sgt dpt cuci mata pun jadilah. Jgn risau xde la sesak sgt sbb dia dah buat di Perbadanan Purajaya..bertingkat² lagi.

Jom Beli Barang Raya@Putrajaya kali ni jugak bermula dari 26 Julai hingga 4 Ogos 2013..(10 hari), kalau x sebelum² ni 3 hari je....So kawan² yg nak menambah hasil shopping tu boleh la terjah ke sini...Sepanjang 4 tahun berturut² Mama terjah Karnival ni mmg x dinafikan sama je barang² yg dia jual, standart la tu xde lah semuanya murah, lebih kurang sama je kalau kita g shopping complex diskaun 50 - 70% tp boleh la pandai² la pilih. 


Dapat jgk hasil baju raya untuk Abg n Adik walaupun sepasang..hehe,  Mama x berkesempatan lg nak g shopping barang keperluan raya especially baju raya untuk anak², setakat ni jadual hujung minggu Mr. Papa padat dgn kelas, hari biasa pun kami bz bulan puasa ni kami tolong Family Mr. Papa buat biskut raya, itu yg bila ada jualan² mcm ni Mama suka pergi..boleh gak beli apa yg patut kan..

Hasil rembatan sikit sbb x kuar duit lg time ni, boleh kan dah tau nak pergi baru sibuk nak kuar kan duit kunun sbb jualan ni sebelah bangunan Maybank je , sekali amek kaw..3 mesin ATM di maybank time tu out of service...ini je la hasil yg dapat...hahahah


2 helai t-shirt & sehelai seluar Cutie Disney untuk Adik Ziqry (setiap satu RM10), Abgnye pulak sepasang baju dan seluar Poney. (RM29.00), Adil budget sorang RM30..hehe


p/s : Insyaalah hari isnin 29/7/13 baru nak g shopping...terpaksa la amik cuti baru dapat shopping..huhu..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, June 19, 2013

Testing iPad 4| Dah Siap Shopping Kasut Raya Anak² ♥ Crocs

As salam, 

Testing..testing..menghapdet n3 menggunakan iPad 4 Abg Zaquan..

Ptg tadi lepas balik kerja n jemput anak² balik dr tadika n taska Mr. papa terus bawa kami ke Aeon Cheras Selatan, katanya nak beli kasut raya untuk anak²...hehe..awal kami Shopping kasut Raya tahun ni. MaMa follow je lgpun macam biasa setiap tahun kasut raya budget dr Mr. Papa. Elok jg sementara Mr. Papa mmg tgh ada peruntukan utk kasut raya ni baik beli awal²

Pilihan kasut raya tahun ni ialah Crocs...

AbG pilih Crocs Ben10, Adik Pulak Crocs Mater & Finn McMissle
Harga sepasang Crocs ni RM149...ok la under budget.
yang AbG punya Crocs Ben10 ni Glow In The Dark


Beriya 2 beradik ni memilih kasut td, abg ZaQuAn asalnya nak kasut cars tp xde McQueen terus sambar Ben10.


adik pun minat cars jgk tp adik x kenal sgt watak² dalam Movie Cars ni so x kisahlah dpt Mater&Finn pun..hehe



Cantik jgk bila adik dah pakai..


Selesai sudah Shopping kasut anak², lepas ni giliran MaMa pula uruskan baju raya anak²..tgh berbelah bagi lg ni nak wat tema kaler ape.

Macam biasa kalau dh sampai Aeon, ZaQuAn pasti mengajak n mengepaw ke tempat games..sempat la kami menghabiskan masa bersama td, yelah hujung minggu dh x dpt nak kuar mcm ni dh...Mr papa dh bz dgn kelas



Pengaruh dr kawan2 tadika yg suka main kad power rangers tetiba skrg dia jd peminat ryukendo power rangers...huhu 



Otw nak blk umah td memasing dh kepenatan n tertidur..so dpt la MaMa pinjam iPad 4 AbG Zaquan ni try update n3 freshh from oven..hihi. Siyes puashati la dgn iPad 4 ni gambar cantik n terang, nak taip n3 pun besar mcm guna lappy je..

Thursday, January 10, 2013

Trip Ke HCM 2D1N Wif Geng Office| List Barang Untuk Shopping

As salam,

Alhamdullillah Mama dah selamat sampai balik dari Vietnam pada 8/1/2013 malam. Flight balik kami pada jam 8.15malam waktu Vietnam dan Landing di LCCT pada 11.05 malam, begitu begini selesai urusan amik beg pukul 11.40mlm jgk ler, lama Papa menunggu, anak2 pun dah tertido menunggu Mama dia balik..huhu

Sebelum tu dah cerita budget mama kan...lebih kurang RM1k je..beriye2 la buat list barang nak beli, mcm2 planning nak beli barangnya...agak2nya dapat ke semua barang yang Mama list kan ni n yang penting cukup ke budget RM1k tu.. 

Huarghh..jawapannya x cukup weii duit tukaran RM1k, siap belanja dalam RM lagi, kiranya belanja shopping kat Vietnam dalam 3 matawang - USD, DONG dan RM.

List barang nak shopping sebelum ke Vietnam
buat list barang macam ni senang supaya bila kita sampai ke tempat shopping tau dah apa barang yang nak dibeli, xde la terkira2 barang apa yg hendak dibeli..

Bila x cukup RM terpaksalah cut list barang yang hendak dibeli/yang telah disenaraikan diatas,..nnti Mama kongsikan apa yg Mama shopping di Vietnam dan insyaallah kalau ada masa Mama akan kongsikan tips2 untuk shopping di Vietnam..

Keseluruhannya rasa mau kesana/Vietnam lagi..x puas shopping..if ada rezeki nak ke Vietnam lagi mmg kena kumpul duit lebih sikit untuk shopping...:p, masa 2 hari tu pun rasa mcm x cukup..agak terkejar2 jgk, badan pun jadi letih dibuatnya..so balik dari bercuti mmg dah apply cuti rehat, kebetulan sekarang anak2 dah masuk tadika dan taska, dapatlah mama rest seharian semalam..

p/s: ada 10 FM utk kawan2 bloggers yg rapat ..^_^..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, January 6, 2013

Trip Ke HCM 2D1N Wif Geng Office| My Budget



As salam,

Insyaallah esok dan lusa 7-8 Jan 2013 Mama akan ke HCM bersama geng office. Flight pergi 7/1/2013 jam 9.10 pagi. Kami pergi 7 org perempuan semuanya. Moga perjalanan kami selamat pergi dan balik..Amin. Almaklumlah takut gak mcm2 cerita dgr pasal HCM ni...

Ini je budget mama...300 USD bersamaan RM 950 dan 700k VND bersamaan RM109. Duit hotel mmg dah settle booking online thru Agoda shj. Cukup ke x ni....hehe...list brg nak beli pun dh siap...oklah tu kan belanja ikut kemampuan masing2 ler kan. .ini  je yg mampu...huhu...shopping shj RM1k...gulppp..telan air liuq sndiri..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, October 24, 2012

Jalan² Hujung Minggu ~ Tak Sengaja Shopping

As Salam,

Hujung minggu lepas hari Ahad (21 Okt 2012) Mr. Papa bawa kami berhujung minggu di Aeon Cheras Selatan. Motif asal ke Aeon Cheras Selatan sbb nak redeem voucher bday Aeon Card/J Card. Papa kan baru lepas sambut bday..so mmg setiap pemegang kad dpt benefit 'exclusive birthday reward'. Mr Papa dapat cash voucher RM30 n biasalah bday kupon, beriye Papa nak amik awal kupon bday tu sbb mcm teringat ada kupon buy 1 free 1 tiket outdoor genting..sekali bkn daa..dpt free 1 games bowling di genting shj..

Teruja jerk sbbnye hujung bulan ni insyaallah kami akan bercuti ke Genting bersama family mertua..^_^..Terjawab dah pertanyaan NadKak eija,nk p mane ujung bulan ni? =)

Ikutkan Mama xde lah berniat nak shopping pun, tp bila Papa kata dia dpt cash voucher RM30 n Papa kata voucher tu nnti beli lah baju anak2..sekali bila dah masuk JJ..tgk ada sales daa..sales sampai 70% utk pemegang kad..akhirnya terjebak menyopping..tp hasil shopping sumenya utk hero kami berdua..utk kami yilekk. Kali ni mcm byk pulak pilihan baju budak, selalunya Aeon Cheras Selatan, x byk sgt pilihan nak shopping baju bdk2. Kali ni byk brand Polo, Hush Puppies dan Ben10..rambang mata Mama nak buat pilihan pulak...


hasil rembatan:-

Sweater sedondon utk Abg & Adik..Brand Baby Polo..
murah jerk - ada sales 70%. harga asal RM119 after less RM35.70 sehelai.


Ikutkan Abgnye xde size, Size paling besar 3-4 years, tp bila dia tgk Adiknya ada, dia sibuk nak try Adik dia pnyer baju, Papa ckp belikan jgk utk Zaquan yg sama mcm Adik sbb bila try Zaquan muat sweater tu cuma x leh la nak pakai lama la..ngam² badan aje.

Untuk Abg

Selain sweater belikan jgk baju jalan utk Abg..Jeans Mickey Mouse & t-shirt Ben10. Mickey & Ben10 pun ada less 70%. Haruslah grab t-shirt Ben10 tu dari RM59.90 jadi 17.97. Jeans mickey tu sama harga dengan sweater polo after less RM35.70


Untuk Adik

Adik dapat gak T-shirt Ben10 sedondon dgn abg, Seluar baby kiko dan selebihnya baju basahan utk Adik. 


Total up setelah ditolak voucher RM30 daripada papa semuanya bernilai RM200. okla tu kan umpama belanja utk anak2 sorang RM100. Bukan selalu pun..Akceli sejak dah beranak dua ni Mama jarang sgt dah shopping baju anak2, berbanding masa Zaquan kecik² dulu, boleh dikatakan Mama setiap bulan mesti spent utk baju Zaquan w/pun sehelai, pantang betul tgk baju bdk..mesti nak beli. Disebabkan skrg dh jarang mmbeli tapi bila sekali beli itu yg x igt tu..huhu

Satu lagi sekarang ni kan bila dah beranak 2..mesti nak sedondokan baju yg mereka pakai, tp rasanya ini berlaku time diorang kecik2 jerk kot, nnti dah besar diorang dh pandai pilih sendiri..msti x mo disedondonkan lagi..

Balik dari Aeon lepak minum sat, Zaquan sudah pun ketiduran, Adik jerk yg segar bugar. Malamnya baru kami layan ulangan Motor GP..kali ni tgk depan TV beriye2 menjerit/suspen tgk Zulfahmi dah leading cuma xde luck jerk kan..

Adik tomey²..yg dah kurus..
Baju yg adik pakai ni baju masa Zaquan sambut bday 1 thn, Abg pakai sikitnye ketat, Adik pakai loose jerk..

Zaquan semasa berumur 1 tahun..bambam jerk time ni..


P/S: Mood tetiba mengimbas memori..tgk gmbar anak2 time kecik2..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, August 14, 2012

22 & 23 Ramadhan ~ Alhamdullillah Selesai Shopping Baju Raya Anak2

Salam 25 Ramadhan,

Alhamdullillah selasai sudah shopping baju raya anak2. Tahun ni betul2 shopping last minute n belanja ala kadar jerk, lebih2 lg boleh pulak time nak shopping pada hari Sabtu@22 Ramadhan, Mama tak perasan wallet yg ada semua cash n kad tertinggal kat rumah. haru sungguh dah sampai KL baru perasan, sib baik Papa ada duit spare utk coverkan dulu.(budget baju raya anak2 under Mama)

22 Ramadhan 1433H (Sabtu - 11 Ogos 2012)

22 Ramadhan kami terjah KL, mmg niat nak shopping di Sogo n Jalan TAR, kebetulan pada hari berkenaan Mama nak hantar biskut raya dkt ex-bos di rumah dia kat Selayang. 

Kami ke KL dgn bawa sekali Zaquan&Ziqry, xde siapa yg willing utk jaga anak2, masing2 bz n ada hal sendiri, my mum pulak x larat nak jaga dua2, nak jaga Ziqry jerk, Papa pulak x setuju kalau cuma slh seorang yg kena tinggal dia lebih sanggup utk bawa jerk mereka berdua g shopping sekali. 

Ermm..mula2 ok la, Papa bawa n temankan anak2 g masuk Starz Garden Childeren Playland & Mama yg uruskan memilih & mmbeli baju raya untuk anak2. Selesai memilih call Papa bawa turun anak2 utk try baju n kira terus ikut budget. Betul2 ikut budget sbb yg ada cash ditangan time tu cuma RM450. Ada hikmahnye la jugak Mama tertinggal wallet kalau x rasanye msti belanja over the budget..hehee, kali ni ngam2 utk anak2 + baju raya utk anak buah sorang sepasang..total belanja RM430.00.

Lega selasai sudah baju jalan raya utk anak2 n anak buah, baru lah g isi perut utk Zaquan & Ziqry. Zaquan pun mmg dh kelaparan sgt, sblm keluar mmg x mkn pun. Kami pun terjah Mc'D tempat makan paling senang n faberet Zaquan, tp elok sampai Mc'D tertido sudah Zaquan.., Adik pulak baru bangun tido, dia dh tertido awal lg seblm Abg dia..gilir2 waktu tido..huhu

'Jgn arr amik gmbar adik, cepatlah belikan adik mknan..huk2..'


Abang Tertido dgn lenanya berbantalkan hasil shopping, Adik happy dapat mamam..


Papa melayan Ziqry mamam n suruh Mama pilih n cari pakaian jalan utk diri Mama pulak, Ermmm..tp tula time ni umat manusia dh semakin ramai di dlm Sogo ni, nak pilih pun dh x tenang + pikirkan cash in hand pun dh tinggal sikit  (camnerla bleh kalut sampai x check handbag dulu sblm kuar umah..huhu..)

Sudahnya mmg xde ape2 utk diri sendiri..Kami buat keputusan untuk tidak ke Jalan TAR w/pun dh dekat sgt nak ke Jalan TAR, susah pk kan nak mendukong Zaquan & Ziqry spjg jln nak ke Jln TAR tu nnti + nak kejar masa waktu nak berbuka lg nnti.

Bila sampai dekat Basement, Zaquan dh terjaga dari tidur dan terus minta makan, so lepak skjp dkt basement ni layan Zaquan mkn, Adik pun sama dh mkn 3 keping nugget pun minta lg yg abg pnyer..


Jam pun dh melewati pukul 4 petang, kami pun terus ke Selayang untuk hantar biskut raya, just hantar jerk pastu terus balik ke Bangi untuk kejar waktu berbuka..sampai Bangi pun dah nak dekat kul 7 mlm, jalan jammed balik tu..sudahnye kami berbuka dekat Impian Maju jerk..huhu

Hasil Rembatan di Sogo untuk Abg & Adik


Abg Punyer:- 2 helai Jeans, 3 helai t-shirt & sepasang baju basahan..


Adik Punyer:- 2 helai Jeans, sehelai baju kemeja (Abgnye dah belikan sepasang masa jualan KPDNKK),  4 helai t-shirt & sehelai baju basahan


Budget Untuk Anak Buah mesti ada setiap tahun, cuma thn ni dapat seorang sehelai jerk sbb anak buah dah makin bertambah daripada seorang sudah jd 3

Untuk Anak Buah Pertama - Dania Alisha


Untuk Anak Buah..Twins..


23 Ramadhan 1433H (Ahad - 12 Ogos 2012)

Memandangkan misi utk shopping di Jalan TAR tak kesampaian, so hari Ahad diteruskan misi shopping utk cari baju melayu di Tesco, Saujana Impian. Tapi kami xdelah keluar awal2 pun, lgpun Papa Qada' Tido dulu. Sempat la Mama membaking Orange Cake dulu sblm keluar shopping. Kami keluar lepas Asar pukul 5 ptg, lgpun dh tau ape yg nak dibeli dan dikedai mana yg nak di 'aim'.

Akhirnya warna pilihan utk tema raya thn ni..Hijau Lumut
Sedondon Papa & Anak2


lari sikit dari tema asal yg mama nak, Mama sbnrnya nak kaler Grey sbbnya Mama rasa baju raya Mama tu kaler Grey, rupanya mata mama yg kelabu, warna baju raya Mama tu Grey Green n susah sgt nak cari baju melayu yg sama kaler ngan baju raya Mama tu, so mmg lari tema la, x dapat nak sedondon sgt..malas nak pk, so rembat jerk la kaler Hijau Lumut..lgpun bila tgk mereka try baju tu ke badan nmpk nice pulak kaler tu...

Sedondon ke idak, idak pun idak ler..
kalau ikutkan hati mmg rasa mcm nak jerk beli lagi sepasang baju raya Mama betul2 ikut tema hijau lumut ni, tp xmo la terlalu ikutkan hati nak sedondon sgt, baju raya pun dh ada 3 pasang..membazir pulak rasanye..better guna budget yg ado utk kasut & tudung.


Selesai misi mencari baju melayu utk mereka, terus ke agenda berbuka puasa. dh kuar lewat kan, so buka puasa pun kat Tesco jugak ler, Mama n Papa nye menu Sizzling Yee Mee kongsi jerk sbb utk Zaquan n Ziqry ada KFC mghabiskan free voucher KFC yg lebih ari tu dapat la Ayam KFC ngan Zinger Burger. Itupun Zinger Burger kami mkn lewat pagi (kira sahur la tu, sbbnya pg tu Mama x masak sahur pun). 

Our menu :-Sizzling Yee Mee n KFC


Mereka yg mengalahkan org yg berpuasa..


Selesai berbuka layankan anak2 main di pusat permainan lgpun dkt area food court tesco ni, mmg x leh elak dari Zaquan, itupun sementara menanti waktu berbuka..dia dok ulang alik masuk dlm pusat permainan tu, nasib baik senang nak pantau sbb tempat duduk kami betul2 berhadapan dgn pusat permainan tu.

Ziqry pun sejak dh pandai berjalan ni ..see bkn main suka lg dia main..


Lega..selesai dah semua persiapan raya utk anak2. Mama n Papa jerk la yg x shopping sgt barang utk diri sendiri. Ermm xpelah...Raya thn ni Mama byk berabis utk keperluan barangan dapur rasanye..dengan Pemanggang Ajaib Vantage, Kuali Tefal n Tupperware..hehehe..Mood memasak dtg ni, sampaikan beli keperluan asas & barang utk buat cake n kuih jerk pun dh cecah RM ratus²...huhu

p/s: keperluan utk hiasan rumah nan ado, langsir rumah 4 thn dh x berganti..huhu.., nak last minute shopping mopping lagi, Papa pun x selesai lg keje part time ni...

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, August 3, 2012

8 Ramadhan ~ Shopping Raya| Tahun Ini Abg & Adik Berkasut Raya Sedondon

As Salam,

Planning untuk shopping pada hari sabtu hujung minggu lepas@8 Ramadhan menjadi tapi lebih kepada cuci mata..huhu. Sebenarnya Mama igt Papa nak bawa Mama g shopping kat Sogo n Jalan Tar rupanye Papa bawa kami g Mid Valley. (Sebelum tu mmg ada bincang ngan Papa nak g Sogo n Jln Tar, n sebelum2 ni pun kalau nak shopping baju raya mmg g Sogo).

Mid Valley pun ok jerk sbnrnya tp kalau shopping baju anak² mcm x puas la shopping kat JJ Mid Valley..x byk pilihan..ermmm ntah bila tgk sales kat JJ mcm x de sales sgt jerk..After less 50-70% pun sehelai t-shirt masih lagi RM25++. Time ni rasa mcm rugi pulak mama x borong t-shirt snails utk Zaquan masa event 'Jom Beli Barang Raya' anjuran KPDNKK. Dekat sana t-shirt snails baru RM19.

Ermmm..tp xpelah masih ada masa lg untuk shopping barang raya. Yang penting lepas satu masalah, kasut anak² dah dapat. Ini under budget Papa, mmg setiap thn Papa akan pastikan ada budget untuk beli kasut raya anak². Baju raya anak² mmg under Mama. Itu yg Papa ckp, iye2 jerk nak shopping, tp Mama x shopping pun..huhu..bkn xnk shopping tp xde yg berkenan, bila suruh Papa yg tolong pilihkan pun, Papa sndiri ckp xde yg berkenan & harga sales pun mahal.

Nak belikan kasut anak² xde masalah sgt, mmg setiap thn budget RM200 seorang, so pilih jerkla byk pilihan yg cantik2 smpai rambang mata nak memilih. Semenjak Zaquan dah besar & pandai buat pilihan ni, kami ikutkan jerk pilihan dia, thn lepas pun Zaquan pilih sndiri kasut raya dia. Tahun lepas merah, thn ni pun merah jugak nmpknye pilihan Zaquan. 

Raya tahun ni nmpknya Abg &Adik berkasut raya sedondon. Pilihan Zaquan ialah Kasut Jenama Reebok. Maybe disebabkan Aura Spiderman yg tgh hangat skrg ni, dia berkenan dgn Reebok Spiderman (dh jd peminat spiderman skrg ni). Sekali tengok Papa n Mama pun berkenan. Mmg nmpk cantik pun design spiderman ni. Kebetulan pulak ada size kecik sekali, so belikan Adik Ziqry nye design yg sama.

Kasut raya sedondon Abg & Adik
♥Reebok Spiderman♥
Abgnye size 11 (RM199), Adiknye Size 6 (RM169)

Beli 2 pasang kasuti percuma 1 botol air


Proses mencuba kasut, Zaquan excited n beri kerjasama yg baik,
dia mmg nak sgt beli kasut baru siap Papa ugut kalau buat perangai Papa beli kasut Adik jerk..itu yg baik jerk time ni


 Adik mula² ok jerk, tp bila dapat lepas bebas mula la dia nak explore satu kedai,
dia nangis tu bkn sbb xnk pakai kasut, tp marah bila dia x dpt nak kumbar semua stokin n kasut yg ada kat depan mata dia tu..huhu

"Amcam cantik x kasut Abang "?
Nampak macam  kaki org besar pulak..

Selesai urusan beli kasut, Mama terjah jugak la Ekspo Parenthood yg berlangsung di Mid Valley, tp biasalah ramai betul umat manusia, nak memilih pun susah, sudahnya Mama lalu tgk² jerk, lgpun lebih byk pilihan untuk kelengkapan baby, mama perasan diapers murah, Diapers Drypers cuma RM32, nak beli tp stok Drypers Ziqry masih ada stok lagi. Sudahnye keluar ngan tangan kosong, lgpun x sedap hati nak belek lama² kat situ, susahkan Papa pulak kena jaga anak².


Adik amik kesempatan keliling replika Mickey Mouse..

Lepas tu kami terus masuk JJ, mcm mama cerita di permulaan tadi la..cuci mata jerk lebih..hehe.., Zaquan mcm biasa tetap kena g tempat mainan dia tu.

Dalam pukul 5.30 ptg kami dah siap sedia cari tempat mkn, mcm biasa gak kalau sampai Mid Valley tekak rasa nak makan Grill Portuguise jerk. Cop tempat duduk awal2, kalau lewat nnti xde tempat duduk pulak, itu yg sanggup jerk kena tunggu 2 jam pun xpe lah..


Lepas berbuka kami pun balik rumah terus, xde menyinggah kemana lagi dah, tp sampai rumah jam 9.30 mlm jugak ler..

Keesokannya Abg n Adik masih lg sibuk ngan kasut baru mereka, kalau ikutkan hati Zaquan dh nak rasmikan dah, puas la kami explain itu kasut raya, tunggulah hari raya baru pakai ye sayang.. ♥

p/s: Semalam seharian Mama berkursus (best penceramahnya Dr Robiah-pengetua Ustazah pilihan), hari ni pulak terlibat dgn Majlis Tadarus, Sembahyang Dhuha & Tasbih anjuran Puspanita Jabatan, Sorry ye x sempat nak melawat rumah kawan2.


*N3 Auto Publish*

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, August 1, 2012

Jom Beli Barang Raya!

Salam 12 Ramadhan,

Akceli event Jom Beli Barang Raya anjuran KPDNKK ni dah berakhir pun minggu lepas, hari ni baru berkesempatan nak update n3 tentang event ni. ..hehe..

Eventnya pada 25 - 29 Julai 2012. Kami yg opisnya berhampiran dgn tempat event ni x melepaskan la peluang untuk terjah ke 'Jom Beli Barang Raya' ni. Ermmm..kali ni xdela excited sgt pun sbbnya ini merupakan kali ketiga event ni diadakan n jualannya pun sama jerk mcm thn2 sebelumnya.

Pandai betul strategi KPDNKK, event diadakan betul² pada tarikh hari dapat gaji org gomen. Kami yg rasa event ni mcm biasa jerk pun setiap hari terjah dari hari Rabu sampai hari Jumaat..


Hasil rembatan pada hari Rabu, kunun pada mulanya ada masa 3 hari, hari Rabu nak cuci2 mata jerk, lagipun masa rehat singkat 1 jam jerk. Mula2 tahan hati gak nak beli sbb pikirkan hari Sabtu nnti plan nak g shopping, tp terbeli gak..hihi
Ini baju untuk Adik Ziqry..
Ok la sepasang after less dapat RM15 (Brand Issue) dan sepasang lagi RM20 (Brand Disney)

X sempat nak survey abis, so xde la baju untuk Abang, mcm biasa Abg jeles, mana boleh Adik ada baju baru, Abang x dapat. Mama pun terlupa nak masukkan terus baju tu dalam mesin basuh, balik² umah jerk Mama terus letak atas meja, ermm Abg Zaquan yg mmg sentiasa elert apa yg Mama beli ni pun mula la menyelongkar. Sudahnya keesokan paginya dia yg rasmikan dulu baju Adiknya, dh la x basuh lagi..pastu sibuk ckp ngan Adik 'Adik Mama beli baju untuk Adik satu, untuk Abg satu'. Adik Ziqry x sihat so dia buat hal dia sendiri jerk la + dia mana phm lagikan..

Anak Mama dh besar dh pandai berkata2, rasa bersalah sgt bila Zaquan ckp mcm tu..patutnya Mama jgn bawa balik dulu baju baru Ziqry tu kan. Mama nak cover kesalahan dari Zaquan terus ckp, 'Mama nak belikan utk Zaquan, tp baju Zaquan xde size, yg ada size baju adik jerk', 'baju Abg nnti kita beli hari Sabtu'.

Abg Zaquan yg happy kununnya baju baru Adik adalah baju dia.
mmg la Zaquan muat tp mcm sarung nangka n senteng la seluar dia tu..


Hari Kedua kami terjah lagi n misi mama mmg nak cari sepasang baju raya untuk Zaquan. Akhirnya dapat dah sepasang baju raya untuk Zaquan - Jeans & Kemeja Brand Snails n Sons. Murah jerk Jeans tu after less RM35 dan kemeja after less RM19


Sampai rumah terus tunjuk kat Zaquan n bgtau dia yg Mama beli baju raya untuk Zaquan, seronok la dia n sekali lagi ayat petah keluar dr mulut dia ' Mama dah dapat size baju Abg ye', ' Dah ada size ye' 'Papa.., Mama beli baju raya untuk Abg..Cantik'.Huhu..

Hari Jumaat, rehat yg panjang..kemana lg kami nak g kalau x ke tempat jualan 'Jom beli barang raya' . Tapi kali ni Mama cuma beli barang dapur 'Adabi' jerk. tahan nafsu untuk mmbeli, nnti abis pulak budget utk shopping hari Sabtu..

Nanti Mama up n3 planning Shopping pada hari minggu lepas..Agak2nya kami shopping ke x..?

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, January 25, 2012

Hasil Rembatan Shopping Minggu Yang Lalu

As Salam,

Sebelum ni sweetmama ada story ttg Papa bawa kami jalan2 n Soping2 sakan pada weekend 15 Jan 2012 Di N3 ini. So ini hasil rembatannya.. :-

Papa Punye:-
1) Perfume Paco Rabbane 1 Million
Wangiiii....mengancam btol bau dia
beli perfume ni pakej dia dpt key-chain 1 million..giless berat, iyola 1 million la katakan..

Nak tunggu mama dapat hadiah, x dapat2, nak tunggu mama belikan pun, poket mama tgh kering, akhirnya papa beli sendiri..huk2..

2) Baju Kerja, Baju Jalan, Stokin Kerja  n tet..(18sx xde dlm ini gmbar..)
Peminat Brand Renoma Tegar..
1 badan Renoma..
pilihan kaler papa thn 2012 ala2 jambu gitew..pink2 purple@kaler2 lembut
kalau x warna baju yg selalu papa pakai warna jersi MU kaler biru, merah , hitam..ulang2 kaler tu yo la dia pakai..

Mama Punye:-
1) Kasut Sukan Badminton

Yang ini beriye2 papa suruh mama wat pilihan, sbb papa serius nak belanja mama belikan kasut sukan baru untuk mama, iyela kasut sukan mama lama dh x berganti, yg ado tu pun beli masa kami bercinta, beli sepasang sama kaler, memandangkan sweetmama tgh gian main badminton skrg ni, dia suruh pilih ler kasut badminton..lgpun mama ada bg hint kalau ada duit lebih mama nk gnti kasut sukan..hehehe..sekali dpt free, tp mama xde la paw minta yg mahal, minta yg paling murah jerk..kalau paw dh lama mama minta kasut NIKE...hehehhe. papehal pun terima kasih papa belanja mama kasut ni...:))

2) Kasut & Beg Kerja Mama
Yang ini Mama Top- up duit mama sndiri..(tp papa top-up jgk sikit..heheheh..kasi genap..^_^..)
rasa mcm dh lame x gnti kasut keje, beg g audit pun asik guna beg free dapat g persidangan..hahah

Zaquan & Ziqry Punye:-
1) Seorang sepasang Sweater Baby Kiko & Seluar Jeans Cars Sedondon
Tujuan Papa Belikan sbb nak g bercuti Genting minggu berikutnya.. :)

2) Mainan Train Thomas & Friends

Kalau ikutkan mainan ni x masuk dlm list pun papa nak belikan,
tp Zaquan asik salak jerk nak, sampaikan dia dh tertido pastu bgn balik ingatkan Papa dia Abg nak Train
akhirnya papa tewas dgn asakan Zaquan..huk2

Kami Soping sakan time tu, tp nasib baik la anak2 x meragam, diorang bersilih2 ganti tido, n masa Papa sibuk soping barang Papa dua2 sekali tertido, mama pun kena la bertugas jaga diorang,
Dua2 tgh tido time ni
Abg konker Stroller, Adik Mama Pangku

Punye la Soping Sakan, Makan Tgh pun lewat petang baru dpt makan
mmg masing2 kelaparan time ni..Zaquan smpai bertambah2 nasi

Menu feberet kami masakan Grill Portuguise @Oasis Food Court MidValley
dh try kat Food Court lain tp x sama rasa mcm yg kat Oasis Mid Valley ni mmg mabeles...

Kami dpt makan dgn tenang sbb adik still beradu dgn lenanya.. :)

p/s: cuti CNY (24.1.2012)  jln2 Alamanda, last soping kata Papa...hehehe (Akhirnya dapat gak Papa Kasut Kerja Bonia gantikan kasut kerja yg dia guna selama ni kasut masa hantaran kawin mama bg kat papa thn 2007 (4 thn dah..) )



Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails