Monday, December 23, 2013

Lab KPI & SKT Sambil Jalan² @Cameron Highland ~10 Hingga 12 Dis. 2013.

As Salam,

Kan Mama ada bilang yang hujung tahun ni jadual Mama padat dgn kursus/lab/bengkel, lps hadiri teambuilding, slps tu bengkel MPK dan Fail Meja di opis, ni Mama baru balik dari Lab KPI (Key Performance Indicator) dan SKT (Sasaran Kerja Tahunan) 2014 yang diadakan di Hotel Equatorial, Cameron Highland pada 10 hingga 12 Dis. 2013. Kebetulan plk, balik dari Cameron, Mr. Papa plk oustation terlibat dgn sukan MAKSWIP di Perlis dari 12 hingga 15 Dis 2013 (kalau x boleh upgrade bilik bawa family berjln ke CH).

Lab KPI dan SKT ni adalah bagi membincangkan/menetapkan KPI dan SKT untuk tahun hadapan, selalunya yang terlibat kump. P&P (Pengurusan dan Profesional) je tp 2 thn kebelakangan ni kami kump. sokongan turut sama terlibat utk sama² bagi input. Ikutkan nama Mama x masuk dalam list pun tp menggantikan kawan yg x dapat nak hadir, xpelah anggap je tolong kawan, lepas ni mungkin kita plk ada masalah perlukan pertolongan kawan jgk kan. Macam biasa selalunya perjalanan untuk ke tempat kursus/lab/bengkel kena naik car pool utk jimatkan budget. Nasib baik Mama dapat tumpang bos naik kereta dia, kali ni bos bawa/tumpangkan 5 orang anak buah dia ..^_^..Tq Bos..

10 Dis 2013 (Selasa) - Pagi tu Mr. Papa hantar Mama ke opis seperti biasa (tp masuk lewat sbb x punch card..hehe), dah janji dgn bos kul 10 pagi akan gerak dari opis. Memang kami bertolak jam 10.00 pagi dr opis, tp sblm tu Bos nak singgah Puchong ada urusan lain sikit sblm meneruskan perjalanan ke CH. Kami sbg penumpang ok je, skjp je pun urusannya, sempat singgah stesen minyak untuk tapaw Mc'D lagi, dan perjalanan pun diteruskan sampai la kami berhenti makan di RnR Tapah. Alhamdullillah perjalanan berjalan dgn lancar, kul 1.00tgh dh sampai di RnR Tapah, tp Mama x makan pun di RnR Tapah tu sbb rasa kenyang mkn McD kul 11 pg, seorang je dr team members yg makan di RnR, yg lainnye x jd nak makan sbb bos kata nak bawa kami makan di Mee Rebus Tapah (sedap n terkenal di Tapah katanya). beberapa km je dr RnR Tapah. Sebenarnya masa sampai di RnR Tapah tu bos berbelah bagi nak naik ikut Tapah atau Simpang Pulai, sbb sblm pergi, ramai yg nasihat naik ikut Simpang Pulai, kebetulan ada kawan2 yg dh naik awal melalui Simpang Pulai, bgtau jammed laluan Simpang Pulai, itu yg akhirnya kami semua sepakat naik ikut laluan Tapah (dekat sikit ikut tapah - lebih kurang 45 minit dr tempat makan Mee Rebus Tapah dah sampai Ladang Teh Cameron Valley ).


Mama berselfie bersama anak² sblm sampai opis n oustation ke CH. Abg muka masyam je sbb nak ikut Mama, jarang sgt dia kata nak ikut Mama, ntah knape mood dia sedey plk pg tu nak ikut Mama, Adik Ziqry maintain manja..

Alhamdullillah kami selamat sampai di CH, kami berhenti dulu di Ladang Teh Cameron Valley..kunun nak lepak minum teh 3 layer, my friend kata sedap teh 3 layer kat sini, sekali pergi kat kaunter kata xde jual teh 3 layer..sudahnya minum teh tarik je la. Kununnya jgk nak bergambar sakan la dkt Ladang Teh ni tp cuaca hujan time ni, w/pun renyai² xde la semata² kami nak turun bergambar kan, bergambar dari cafe ladang teh ni je la.



Yeay kami dah slmt sampai..sejuknya..




Saya penggemar teh tarik, so mmg x melepaskan la minum teh tarik..hehe


Perjalanan diteruskan lagi, bagusnya our bos suka JJCM, siap tanye kami semua nak pergi mana lagi ni, bgtau je dia, dia boleh bawakan sebelum lab kami bermula malam nanti. Kami dah tentu² la ikut je mana bos nak bawa, xkan memandai² nak arah bos bawa kami jln plk. Bos rekemen kalau nak pergi ladang strawberry dia prefer pergi di Big Red Strawberry Farm, di cafe Big Red pun ada pelbagai menu makanan yg sedap² (kata bos suka JJCM kan). Dalam pukul 4.00ptg gitew kami selamat sampai di Big Red Strawberry Farm, Taman Agro Tourism.

Wah beshnya tgk salad segar ni..


terus tuju cafeteria dia, sbb bos bgtau dia suka sgt makan fries dkt sini.. , dia kata ala fries ni biasa² je tp rasa dia sedap..owh ok, jom kita rasa, w/pun sbnrnya perut memasing dah senak.


see..mcm² menu ada, semuanya pun menggiurkan..yummeh..hehhee


Tapi akhirnya kami pakat kongsi² je makan fries dgn waffle strawberry ni. (sbb masing² dah kekenyangan pekena Mee Rebus dan Laksa di gerai Mee Rebus Tapah). Betul la sedap fries dia maybe sbb dia goreng garing.


kasi zoom sikit waffle strawberry dia, sedap n lembut..:)


Selesai makan, x abis² nak bergambar² lagi, bos pun x kisah, dia pun lebih kurang kaki bergambar jgk..hehe.

Strawberry x berapa nak menjadi, nak petik pun ladang strawberry x buka pun time ni, tutup sbb strawberry pun masih hijau lagi.


beratnya bakul sayur makcik :p


Hahaha..dekat sini pun mau bergambar jgk, mcm bdk² la makcik ni..



Dari Big Red sempat lagi kami terjah ke Pasar Malam Brincang, yela time ni rasa hari pertama ni je la yg ada masa nak berjalan, malam nanti n  esok lusa jadual dah penuh dgn pengisian lab. Tak sangka plk rupanya keesokkannya ada aktiviti bebas lagi, kiranya ini la yg dikatakan sambil menyelam minum air, kerja sambil berjalan..^_~.

Sedar x sedar kami sampai Hotel Equatorial  untuk check in jam 7 malam, lab bermula jam 8.30 mlm.., mmg x sempat la nak baring² atas katil, balik mandi, turun dinner n g lab.


Aduiyai x sangka malam pertama pengisian lab Pengarah buat surprise, mlm tu kalau ikut jadual mmg la aktivitinya taklimat daripada Pengarah, tp x sangka Pengarah nak buat taklimat mlm tu ala² teambuilding, dah la baru balik teambuilding, sampai cameron kena jgk buat benda yg ala² teambuilding, dah la tu x pasal² Mama antara insan terpilih kena jd presenter malam tu, dh la tu presenter yg pertama kena kedepan..adess nak x nak kedepan jgk la kan..(Mama ni x pandai jd presenter pun tau, x perform lgsung..huhu).

Hari Kedua - 11 Dis. 2013 (Rabu)- Pagi tu after breakfast, jam 8.00 pagi bermulanya sesi perbincangan n penetapan KPI dan SKT mengikut seksyen masing², xde la formal sgt sbb kami duduk in group mengikut seksyen. After Lunch aktiviti bebas, malam baru sambung balik sesi perbincangan.

Kiranya aktiviti bebas kami panjang jgk la, disebabkan semalam xde rest, sibuk berJJCM, aktiviti bebas yg diberi kami gunakan utk rest/tido terlebih dulu, dalam kul 4.00ptg baru kami keluar berjalan, tp xde la kemana pun, kami ke Pasar Malam Brinchang sekali lagi, kali ni confirm nak membeli, hari pertama sampai cuci² mata dulu.Tapi nampknya cuaca kat Cameron ni hujan je, tp kami redah jgk..hehe


Yeay, dapat jgk makan ice cream malaysia starwberry, Mama sorang je yg beriye makan ice cream dgn keadaan sejuk²..


Owh ye x melepaskan peluang makan durian CH..tgh musim durian, kalau lalu dekat tapah tu sepanjang² jalan ada jual durian.


Apenye barang yg Mama beli dekat Pasar Malam Brinchang ni..apa lagi ole² utk anak² la..Topi Bear dgn Bantal Minion n for Mama Cactus, tak lupa jgk utk kawan² opismate Asam Strawberry.  Disebabkan pengaruh Mama sibuk nak beli bantal minion ni abis semua kawan² pun beli utk anak² memasing..penuh kereta dgn bantal, itu belum masuk sayur2an n buah2an lg yg akan dibeli keesokan harinya..

Ole² utk anak² - Topi bear dan bantal minion.
Mama mulanya mmg target nak beli bantal minion sorang satu, tp sblm nak sampai ke kedai jual bantal ni, tersinggah la plk kedai mainan n nampak topi kepala bear, my friend beli terus Mama pun pikir belikan je la utk Zaquan n Ziqry sorang satu dalam masa yg sama bantal minion tu tetap jgk nak beli 1 n dok bygkan bdk² mesti x berebutkan bantal, x sangka plk Adik Ziqry dh besar dh kenal watak minion tu, sudahnya bantal minion ni yg diorang berebutkan.


Pokok Cactus for Mama. 6 bekas Rm10, Mama kongsi dgn kawan²..so dapat la sorang 2. Hope bertahan lama la pokok cactus Mama ni.


Memasing dah dapat yg dihajati, jom la balik, malam nanti sambung semula lab. Rasanya kalau esok kami singgah Pasar Malam lagi mesti ada je yg dibelinye, so x leh lelama dkt Pasar Malam ni, duit cepat melayang..

Last Day @ Cameron - 12 Dis 2013(Khamis) - Masa untuk present KPI dan SKT sekyen memasing. Alhamdullillah segalanya berjalan dengan lancar.

Our Team Seksyen~Seksyen Audit Perbelanjaan dan Pengurusan~



Masa yg ditunggu²..kul 1.00tgh check out, ibu² semua dah x sabar nak balik mau jumpa anak². Goodbye Cameron.


Me n my bos. Our KPP (Ketua Penolong Pengarah).
 Ini la bos kami yg baik hati :)


Sebelum kami meneruskan perjalanan balik ke Putrajaya, sempat la menyinggah pasar yg jual sayur2an n buah2an sebelah Hotel Equatorial ni je, mmg dah target nak beli Jagung, Strawberry dan sikit sayur2an utk buah tangan family. Mak aihh nasib la bos bawa kereta exora, penumpang je dah 5 org, bygkan hasil shopping penumpang 5 orang ni, mmg penuh la satu kereta. Tepat jam 2.30ptg kami meneruskan perjalanan balik.

Otw back..penuh kereta sampai minion kena pangku..hehe


Perjalanan balik kami kali ni melalui jalan Simpang Pulai sbbnya bos baik hati nak singgah Ladang Teh Sungai Palas (yg shooting Ombak Rindu tu), tp sudahnya kami x jumpa pun Ladang Teh tu, jdnya perjalanan mmg straight je, betul² berhenti di Petronas utk isi minyak dan sembahyang, mmg xde berhenti utk makan pun sbb sblm check out mmg dh lunch di hotel n memasing mmg target nak sampai Putrajaya sblm pkl 7.00mlm.

1st time la Mama lalu ikut laluan Simpang Pulai ni, igtkan jalan dia x lekuk², rupanya jalannya lekuk² gak mcm laluan tapah bezanya jalan dia besar, siyes masa pergi lalu Tapah hari tu xde la pening sgt, balik plk yg rasa pening n rasa jauhnya perjalanan. 


Sempat lg berselfie OTW back..Alhamdullilah kami selamat sampai Putrajaya tepat jam 6.45ptg.


Petang tu, Adik Mama yg tolong jemputkan anak² dr Tadika n Taska serta menjemput Mama di opis Mama. Malam tu Mama n anak² tumpang bermalam di rumah Adik Mama di Putrajaya sbb Mr Papa pun dah selamat sampai Perlis untuk sukan MAKSWIP. Huhh..esoknya kena g keje seperti biasa, ikutkan mcm malas je, mcm letih je, tp bygkan org yg memandu mesti lg penat, bos plk tu, xkn kita yg duk menumpang ni plk yg lebih² letih..heheh..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, December 20, 2013

Diserang Demam!

As Salam,

Hari ni masuk hari ke-2 Mama EL (emergency leave) sebab jaga anak² yg x sihat, musim demam melanda, hari ni dengan Mama sekali badan rasa x sihat, selsema, sakit tekak n bdn dedar². 

Mulanya Zaquan yg diserang demam pada 16 Dis. 2013, kebetulan malam Isnin tu kami singgah umah atok n nenek Zaquan n Ziqry sbb nak pulangkan motor, terus Zaquan kata nak tido umah Atok, nasib atok n nenek willing nak jaga. So hari Selasa tu Zaquan x g tadika duk umah Atok n Nenek (Alhamdulillah nampak dh sihat sikit, suhu bdn dah turun), Ziqry je kami hntar g taska, balik dari jemput Ziqry dari taska cikgu bgtau Ziqry plk bdn dedar² nak demam (berjangkit dgn Abgnya la tu), tp keesokkannya (Rabu - 18 Dis. 2013) kami hantar Zaquan n Ziqry seperti biasa ke tadika n taska. 

Tengahari Rabu tu dapat call dari cikgu Ziqry bgtau suhu badan Adik Ziqry naik sampai 39, terus suruh kami amik , mmg kami pun terus jemput adik Ziqry dari taska dia tp x terus ke klinik sbb paginya mmg dah siap² bagi makan ubat demam, Mama bawa adik lepak opis Mama sbb dah setengah hari kan.

Adik lepak @Office Mama dulu ye,
time ni mula² sampai ok sgt dia, siap berselera je makan roti sambil main iPAD.


Menjelang petang badan dah rasa x selesa, duduk dalam aircond plk tu, mmg nak Mama peluk dia je la.., ptg tu mmg Mama x dapat nak buat keje langsung la..


Malam tu terus bawa anak² ke klinik, bila g klinik suhu badan dah turun dari 39 kepada 37.5, suhu badan abg pun sama dalam 37 je n doktor bg ubat demam, selsema n batuk je.

Semalam dua² Zaquan n Ziqry suhu badan skjp turun n naik. Time duduk rumah nampak sihat la plk anak², siap main mcm org x demam, tp biasalah bila malam suhu badan akan naik mendadak, itu yg pagi ni Mama amik jgk EL sbbnya anak² belum betul² recover lagi ditambah dgn diri sendiri pun dah berjangkit demam. Hopefully hingga hujung minggu ni kami sihat sepenuhnya..AMIN.

Ini dia hero yang demam tp x padan dengan demam, semalam, lewat ptg baru nak tido sbb siangnya sibuk bermain, menjelang malam asik la terjaga² sbb x selesa suhu badan makin naik..


Pagi ni beriye masing² nak makan ubat sendiri, janji korang suka makan ubat, jgn malas² makan ubat ye anak²..


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, December 18, 2013

Friendship Forever | Terima Kunjungan Ex Officemate Merangkap Best Friend :)

As Salam,

Happynya, 2 minggu lepas (Ahad - 8 Dec 2013) Mama terima kunjungan daripada ex officemate merangkap best friends mama, diaorang ni Mama kenal masa Mama mula² masuk keje 1st posting di JPJ dulu. Masa mula² masuk keje dulu umur baru 24 tahun, zaman anak dara lg time tu..hehe, so pemikiran time tu pun ala² x matured, rasa mcm bdk² je lagi, so w/pun time tu Mama sbnrnya supervisor diorang tp Mama x reti la nak jd supervisor..boleh ke bg jwpn cam gitew..huhu (sblm² tu Mama mmg xde pengalaman bekerja pun), lgpun Mama ni mmg bkn jenis memilih kawan, semua pun x kira la umur n pangkat, mama sudi je berkawan..:)

Kami ni baik sampai ada gelaran adik beradik tu..[Along, Angah, Alang (me) dan Adik@Dik Chik, sorang lg Abg Long..(my hubby)]..haha mmg mcm bdk2 kan. Now..semua pun dah berkahwin n ada anak, n kami semua dah berpecah, dah bertukar2 Jabatan. tp Alhamdullillah hubungan baik tu kekal sampai skrg..^_^..hope friendship forever.♥

Akhirnya sampai jgk diaorang rumah kami tp time dioarang dtg Mr. Papa x balik dr kelas lagi, member sorang lg plk balik kg, kalau x mesti dapat berkumpul berlima..mesti lg best..:), apepun Mama sgt berbesar hati n happy terima kunjungan 2 org kawan baik kami ni. Diaorang sampai dalam kul 5 ptg, so ptg tu Mama jamu diaorang dengan Macaroni Bakar je..

Dah selesai makan baru kami sibuk² nak bergambar (wajibla bergambar, bkn senang nak berjumpa sbb salah seorang drpd kami ni bekerja di JB), anak² masing² plk sibuk dah bermain diluar dgn anak jiran sebelah rumah Mama, Kebetulan plk Zaquan n Ziqry nak plk bergambar bila diajak, selalunya anak2 Mama ni pun sama dah dapat kawan x igt kita dah. Dah bergambar, macam biasalah zaman skrg..masing² mesti nak update status kat FB,,termasuk la Mama sendiri..peace..:)

Status update drpd my friend..,terima kasih sekali lg sbb sudi singgah rumah n puji makaroni bakar tu sedap.. (menu senang je..)



Pic Kami Bertiga
Mama (alang), Fura (Angah) dan Mai (Dik Chik)
Bila tgk pic ni, Mama yg paling semangat sejak dah berkahwin n ada 2 org anak ni, yg lain masih maintain lg nampknye..aduihaii..siyes kali ni Mama terus bersemangat nak diet..boleh percaye ke ni :p (baru puasa 2 hari dh ngantok tahap gaban ni..)


bersama anak² Mama, Anak fura (Balqis)  n anak mai (Lutfi)  sibuk bermain di luar  



Mengimbas memori, masa zaman anak dara dan kami satu jabatan (thn 2004).
selim melim je kami kan..


rindu memori masa zaman bujang..g keluar makan bersama..di Bagan Lalang.


Berjalan sampai ke Genting Highland bersama..


Main bowling bersama..


Apapun, Alhamdullillah jalinan persahabatan kami ni masih kekal utuh..moga terus kekal bersahabat selamanya..♥

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, December 9, 2013

Colours Sparks Fun Night (Blocking Fashion)

As Salam,

Sesungguhnye sy sgt bz, ye Mama sgt bz spt yg Mama ada bgtau sblm ni..mood berblog merudum sbb jadual keje pack n kursus berturut2 dr akhir Nov hingga Dis hujung tahun ni, selalu org Kewangan ni akhir tahun bz dgn penutupan akaun, akceli Mama x terlibat langsung pun dgn penutupan akaun, tp dkt opis Mama ni hujung tahun bz dgn bengkel/lab/kursus..nak wat camner kan..SYMP...

asik mukadimah bz je, org pun bosan nak baca, ok2 xmo citer panjang..just nak kongsi pic masa Mama berteambuilding + annual dinner pada bulan lepas ( 6-8 Nov 2013), ehh baru perasan xde amik gambar pun sbrnye spnjg berteambuilding (fokus ok..:p), time annual dinner baru berkesempatan amik gmbr guna hp sendiri..hehe..

Teambuilding kali ni diadakan di Ancasa All Suite, Port Dickson n teambuilding kali ni lebih rilex, xde aktiviti luar yg mencabar like panjat² or merentas bukit tu semua, aktiviti luar yg ada pun lebih kepada teamwork..papehal pun tetap enjoy..:). Opis kami ni setiap tahun adakan teambuilding, tahun ni paling dasyat siap ada siri kedua teambuilding (setahun 2 kali teambuilding..huhhu..)

td kata xmo citer pnjang2kan..hehe, annual dinner kami diadakan pada hari kedua..(7 Nov 2013) dengan tema Colours Sparks Fun Nite (Blocking Fashion)..so malam tu mmg memasing sporting mengikut tema kaler block..




Petang sebelum annual dinner bermula..antara AJK2 Kelab..yg membantu menyiapkan persiapan majlis annual dinner..
   

Mama bkn AJK pun tp turut sama membantu kawan2 AJK sbb kawan2 Mama yg lain tu semua AJK..

Penangan Drama I ♥ You Mr. Arrogant
props untuk sesi photo booth
(kebetulan time ni sbnrnya episod akhir drama i ♥ u Mr Arrogont)


Me@Malam Dinner..
sgt boolat dh Mama skrg ni..setakat ni mulut je mengeluh tp usaha nak diet x sampai lg..:p
Meja cukup² je, malam tu lewat turun (dinner mula awal kul 8mlm), x dpt nak duduk semeja dgn geng, terpisah memasing, tp Mama la yg paling terpisah..terpaksa duk semeja dgn group lelaki..redha aje la sbb mmg kami lmbat turun pun..


Menu dinner ..Steambot


Sesambil makan ada la aktiviti yg diadakan..antaranya main BINGO, tarian chicken dance (mencari pemenang siapa yg menari paling cheeky) dan x lupa jgk sesi karaoke la..utk siapa yg berminat. Oh ye..kali ni ada photo booth utk sesi bergambar..

Nak jgk bergambar..
Mcm Comel je!! Macam Cantik Je!!
hahaha..mcm poyo je kan..jgn nak perasan sgt..


Pic berdua


yess..jom reramai kita amik gambar di photo booth dgn props2 yg ada..
akceli ada servis polaroid camera di photo booth ni, siapa yg berminat sekeping pic polaroid cajnye RM5 dan hasilnya masuk dalam akaun Kelab.



King n Queen Of The Nite..
Kebetulan dari our team sekyen..
(my friend n my boss)
sedondon plk kaler biru pink..sweet je kaler tu kan..
(pic gegar n jauh plk..)


Amik aura Queen Of The Nite yg mmg cun..


Setelah selesai majlis, memandangkan my friend kebyakannye semua AJK n kebetulan semuanya my team seksyen, sambil memastikan semuanya telah diselesaikan dgn teratur, kami join sesi karaoke, time ni mmg tinggal kami² je yg lain semua dh masuk bilik..so apalagi kita kasi gegar Ancasa. Akceli Mama x havoc pun nak berkarok (mane pndai nyanyi..mensumbangkn lagu pndai la), Mama sibuk nak bergambar sbnrnya..(ermmm minah bergambar la katakan) so jadilah time ni sambil bergambar sambil join kwn² karok..(menyelit gitew)


Kami yg giler bergambar..
yg pegang microfon la yg havoc berkarok..





Last but not least..our team seksyen yg happening.., ehh ada yg ex team seksyen sbnrnya dlm pic ni, tp dh mcm satu seksyen..♥♥♥


Dalam pada xde mood nak berteambuilding, kalau boleh xnak pergi..hehe, tp tetap enjoy dgn teambuilding dan dinner kali ni..lg2 dgn seksyen kami yg sporting n happening..,  Mama yg selalu x bertuah dinner kali ni dapat bawa blk cabutan bertuah..hadiah kecik pun tetap happy..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails