Monday, June 6, 2016

Salam Ramadhan 1437H | 1 Ramadhan 1437H/06.06.16 ~Selamat Ulangtahun Kelahiran Yang ke-8 Thn Muhammad Khair Zaquan

Assalammualaikum,

Salam Ramadhan Al Mubarak 1437H / selamat berpuasa semua..., Alhamdullillah masih dapat bertemu dengan bulan yang penuh dengan rahmat, keberkatan dan keampunan. Moga kita sama² dapat menunaikan ibadah puasa dengan baik dan sempurna serta melipatgandakan amalan² yang baik di bulan yang mulia ini...Amin. 



1 RAMADHAN 1437H/06.06.16 ~ HAPPY 8th BIRTHDAY MY DEAR SON...MUHAMMAD KHAIR ZAQUAN


Alhamdullillah selain daripada dapat menyambut kedatangan bulan puasa, pada 1 Ramadhan 1437H ini juga merupakan hari ulangtahun kelahiran hero mama yang pertama..Muhammad Khair Zaquan yang ke -8 tahun, Ya Allah syukur alhamdullillah..8 tahun dah abang...how time flies..abang membesar dengan sihat dan membesar bagai johan..ngeee..

Mama n Papa sentiasa doakan yang terbaik buat abang, semoga abang diberikan kesihatan yang baik, menjadi insan yang berguna serta berjaya di dunia dan akhirat..amin. Diharap bersempena dengan bulan ramadhan yang penuh dengan rahmat dan berkat ini abang dapat menunaikan ibadah puasa..abang kena belajar untuk puasa penuh tau..., abang dah besar..dh 8 tahun dah...

Seperti biasa, sambutan hari lahir anak biasa² je..buat syarat janji anak² dapat potong kek dan makan² sikit antara kami sekeluarga dgn atok, nenek, acik² n sepupu² Zaquan n Ziqry. Sejak Zaquan dah bersekolah penuh ni Mama dh xde buat sambutan hari lahir dia besar2..last buat sambutan hari lahir dirumah bersekali dgn bday adik dia 4 tahun lepas (Bday Bash ZaquanZiqry)

Pic² sekitar small celebration bday Zaquan pada tengah malam semalam..

Ini feberet cake yg kami beli siap kat kedai cake depan area rumah je..boleh dikatakan tetiap tahun cake yg sama sbb anak² mmg suka moose cho.cake ni aje, kalau ada sambutan hari lahir yg special samada di rumah/sekolah baru mama tempah cake lain..itupun ikut demand anak²..
Abg dan Adik tengah tunggu pizza dominos siap, tekak mama yang tetiba rasa nak makan dominos, so mama cadang beli kek dan dominos utk makan² sama family. Nasib baik sempat order before kedai tutup sbb Mr. Papa beli lps balik dari sembahyang terawih..
Yeay...dah sampai Impian Maju, tempat lepak kami 1 family, janji jumpa atok, nenek, acik, kakak, ara ngan qhairina dkt sini..
Amik bau dulu sebelum tunggu yg lain sampai.., sbnrnya bdk 2 org ni dh x sabar nak makan..
beef pepperini flaver feberet adik, sementara bbq chicken flavour feberet Zaquan.
mama nak bergambar dgn bday boy mama ni la.., tp tgkla dia saje je buat muka..
'Allah Selamatkan Kamu..., Allah Selamatkan Kamu..., Allah Selamatkan Muhammad Khair Zaquan.., Allah Selamatkan kamu.....Happy 8th Bday Abang Zaquan..
x dan nak tunggu acik sampai..atok n nenek sampai bersama 3 dania ni (sepupu ZaquanZiqry) je, bday boy dah terus cepat² nak potong kek, sorry acik..abg potong kek dulu...

Tq semua family members yg join mkn², minum² n potong bday cake Zaquan , tetiap tahun mmg x pernah miss celebrate bersama..♥♥♥ . 

Jam pun dah melewati jam 12 lebihh...esok dah nak sahur..n masuk keje awal..

Abg n Adik cuti sekolah ok la tido rumah atok n nenek..so seminggu ni Mama n Papa sahur berdua je la..Sekian..coretan MamaZaquanZiqry yang dah lama x mengarang n3 blog..huhu

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, June 1, 2016

Assalammualaikum....

Assalammualaikum,


Apa khabar kawan2 blog semua...? lama nau blog ni x berusik..huhu..N3 pertama untuk tahun 2016.., rasa mcm dh nak pencen dari berblog sbnrnya.., serius skrg dh susah nak bahagikan masa utk menulis dan membaca blog, tp ntahkla hari ni terlebey masa sampai tergerak hati nak buka blog n terus taip n3.., maaf la bkn shj blog x berupdate.., melawat dan membaca blog kawan² juga sweetmama dah lama tinggalkan.., harap2 selepas dh ada n3 utk tahun ni, minat utk menulis blog dtg kembali..hehe.., lgpun skrg dh byk medium sosial lain yg boleh menjadi penghubung dgn kawan² blog, maybe itu slh satunya jgk buat mama dh malas untuk menulis panjang, almaklumlah mama ni jenis kalau dh menulis x reti nak berhenti...


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails