Showing posts with label Happy New Year. Show all posts
Showing posts with label Happy New Year. Show all posts

Thursday, January 2, 2014

Welcome 2014!

As Salam,

sumber :mr. google

Masih belum terlewat nak ucapkan Selamat Tahun Baru buat semua kawan² blogger Mama.., Moga tahun ini segalanya lebih baik dari tahun sebelumnya. Setiap tahun pun pasti akan ada harapan untuk sentiasa lebih baik dr tahun sebelumnya kan..dan selalu je forward azam dan harapan yg selalu x tercapai ke tahun akan dtg, mcm mama ni..antaranya ialah misi menguruskan badan..:p..bila mau berjaya ni..huhu. Kalau google imej utk thn 2014 nampaknya tahun ni digambarkan dgn penuh kalerfull..moga tahun ni juga kehidupan kami dipenuhi dgn warna warni yg ceria dan happy moment..hopefully..:). Tidak lupa juga dipanjatkan doa moga Mama dapat menjadi Anak, Isteri, Ibu, Kakak, Staff, Teman dan Sahabat yg baik buat mereka² yg berada disekeliling yg sentiasa Mama Sayang..♥. 

Ermm..jika diimbas tahun 2013 byk jgk pahit manis yg ditempuhi, tp xmo la kenang yg pahit² lagi.., selagi boleh tempuh, tempuhi je la dgn bykkan bersabar dan terus kan melangkah ke hadapan..chewahh..kadang² kita ni ckp senang, org yg menanggungnya je paham. Ape pun harapan Mama moga tahun 2014 ni diberikan kesihatan yang baik buat diri dan keluarga, dilimpahi rezeki yang luas dan dilimpahi rahmat kebahagian buat kami sekeluarga.

Happy Moment 2013
  • Anak2 mula bersekolah (tadika n taska) dgn jayanya.., pandai bawa diri n x nangis2..
  • Yeay..Mama dah semakin berani untuk memandu kereta
  • Dapat belajar swimming..yeay jgk..boleh berenang sikit² drpd zero..
  • Happy holidays 2013:-
    1. Ho Chi Minh, Vietnam - 7 - 8 Jan 2013
    2. Morib Gold Cost - 20 - 21 Jan 2013
    3. Port Dickson - 27 -30 Jan 2013
    4. Bidor - P.Pangkor - 13 - 16 April 2013
    5. Pulau Langkawi - 9 - 12 Jun 2013
    6. Port Dickson - 13 -14 Julai 2013
    7. Jakarta - Bandung, Indonesia - 22 - 27 Ogos 2013
    8. Genting Highland - 6 - 8 Sept. 2013
    9. Johor - Melaka - 14 - 17 Sept 2013
Moga mood blogging sy kembali.., kalau dilihat pada jumlah n3 pd thn 2013 ni, nampknya makin menurun jumlah n3 sepanjang 4 tahun berjinak2 dgn dunia blog..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Sunday, January 1, 2012

Happy New Year 2012| Selamat Tinggal Memori 2011 | Harapan & Resolusi Tahun 2012

As Salam,


sumber pic: mr. google

Tahun 2011 telah pun berlalu meninggalkan kita, Alhamdullillah masih bernafas untuk menikmati tahun baru 2012. Happy New Year Semua! Moga Tahun 2012 memberikan lebih kebahagian dan kejayaan kepada kita semua.

Tahun 2011 meninggalkan sweetmama dgn pelbagai catatan memori. Catatan memori pahit, masam, manis sume ada. Tapi sweetmama xnak rungkaikan pun satu persatu biarla ia berlalu menjadi memori. Lebih2 lagi sweetmama rasakan byk memori pahit dr manis dimana memori duka 2010 berulang kembali. Apepun Kelahiran seorang lagi hero dalam keluarga kami pada Mei 2011 adalah penawar dan saat manis serta terindah buat sweetmama. Sesungguhnya tahun 2011 membuatkan diri sweetmama semakin tabah hadapi dugaan dan ujian yg mendatang. Betullah kata orang pengalaman mematangkan diri kita, setiap ujian yang datang itu pasti ada hikmah disebaliknya, ujian itu datang supaya kita bermuhasabah diri dan jangan alpa pada yang Maha Berkuasa Allah S.W.T. Memaafkan bukan bermakna melupakan tp itu lah suratan hidup yang perlu kita tempuhi dan redha atas ape ketentuannya.

Harapan & Resolusi Tahun 2012 Sweetmama.


  • Resolusi Keluarga
Moga kami dapat mengecapi kebahagian dalam rumahtangga dan keluarga yg telah dibina selama 4 tahun. Moga kasih syg antara kami bertambah kuat. Moga lebih banyak masa dapat dihabiskan bersama. Moga dijauhkan dr anasir2 luar yg x diingini. Cuba untuk mempertingkatkan komunikasi 2 hala dan belajar untuk terima hakikat serta sentiasa bersedia terhadap apa situasi yg mengganggu daripada pengalaman yg telah ditempuhi.  
Moga keluarga kami diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah lindungan dan limpah rahmat dari NYA. 


  • Resolusi Kewangan.
Moga masalah kewangan dapat diatasi , saving makin membukit...wow..hahaha..selalunya awal thn saving, akhir tahun kuarkan..huk2, harap dapat kekal bertahan jerk saving tu dalam akaun..kih2.., kurangkan penggunaan kad kredit dan berbelanja secara berhemah..oh sweetmama jgn boros2 sgt tau.. Moga thn ini dilimpahkan rezeki yang berganda2..AMIN. 


  • Resolusi Kerjaya
Alhamdullillah, sepanjang tempoh berkhidmat sebagai penjawat awam ni, sweetmama rasa srnok dgn kerjaya yg diperolehi. 5 Januari 2012 Genap 8 Tahun sweetmama bergelar penjawat awam (2004-2012). Dalam tempoh 4 tahun sweetmama dah dapat naik pangkat. Thn 2012 skim baru untuk penjawat awam SPBA akan digunapakai. Kami diberi opsyen untuk memilih SPBA atau kekal SSM. byk spekulasi & interpretasi ttg SPBA ni, sweetmama sendiri pun pada mulanya rasa x puashati dgn SPBA ni dimana kenaikan gaji yg dijanjikan 7-13% tu nmpk x standart, menguntungkan mereka yg dah sedia kaya jerk kami golongan pelaksana ni sbnrnye ciput jerk naik nye. Whatever pun by 15 Januari ni nak tak nak kami kena gak wat pilihan dan t/tangan opsyen. skrg ni pun sweetmama masih kabur lg pasal benefit SBPA ni pasal byk sgt interpretasi nya, lain jabatan lain interpretasi. hopefully SBPA ni menjamin kami semua sbg warga jabatan kerajaan.


  • Resolusi Blogging & Contest Online&Offline.
Minat berblogging kian menjadi2 cuma mood nak update jerk selalu kelaut. Alhamdullillah Januari 2012 ni genap 2 Tahun usia Blog My Memories. Hopefully thn ni sweetmama dapat update blog My Memories dgn efficient..ahhahaa, efficient la sgt..x slh kan tanamkan azam, walaupun tau susah sgt nak update hari2, masa membataskan sweetmama nak update selalu, selalu jerk curi masa waktu kerja, nak curi masa waktu dirumah susah kena berebut dgn papa dan anak2. Adeii,,ini pun sweetmama byk berhutang n3 thn 2011 even 2010 pnyer n3 pun byk yg sweetmama kata nak sambung tp tergantung camtu jerk n3 sweetmama..huhu...tp blog kita sukati kita la kan..jd sweetmama akan cuba memperkemaskan dan mengemaskini selalu n3-n3 sweetmama kelak.

Melalui dunia blogging la sweetmama minat joint contest montest ni. Mula dgn joint dunia CGL (Contest, Giveaway dan Lucky Draw) di Blog, sekarang ni CGL di MukaBuku(FB) pulak.   Thn ni juga nak tanamkan azam merajinkan lg diri menjoinkan diri dlm CGL online & offline yg ada. Sebab thn sebelumnya baru berjinak2 jerk, moga thn ni ada rezeki untuk sweetmama menang. Tumpang happy tgk kawan2 yg menang besar, bila tgk kawan2 menang itu yg membuatkan kita bersemangat nak ikut jejak kawan2 yang berjaya.


Moga tercapai harapan & resolusi 2012 sweetmama..AMIN.  



Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Sunday, January 2, 2011

MEMORI 2010 HARAPAN 2011

Salam Sume,

Alhamdullillah masih diberi kesempatan dan dipanjangkan usia utk merasai tahun 2011. Masih belum terlewat utk sweetmama ucapkan selamat tahun baru 2011 kpd sume. Moga tercapai azam tahun 2010 yang lalu dan kembali dengan semangat yg baru utk tahun ini.

2010 - begitu pantas berlalu meninggalkan kita semua. Ermmm..byk juga memori yg terakam bagi sweetmama pada tahun lalu. 
 
Memori pahit yang mungkin sweetmama x akan lupekan adalah dugaan yg tak terduga oleh sweetmama berlaku kpd awal ogos 2010..seminggu sebelum menyambut ramadhan..sweetmama dpt tahu sesuatu yg sweetmama tak sangka akan berlaku kpd my lovely family..tp iye la dugaan dr NYA..alhamdullillah dapat diselesaikan secara baik..walaupun rasanya sgt sakit dan sgt stress..

Sweetmama belajar utk melupakannya...alright x mo sedih2 lagi..citer pasal memori indah pulak la ye...alhamdullillah...rasanya tahun 2010..tahun paling byk sweetmama g holiday..cuti2 m'sia terutamanya dan yg paling happy dpt holiday ke Bukut Tinggi dan Padang Indonesia. Antara destinasi holiday kami:-

1) Port Dickson, N. Sembilan - 30 Jan 2010- 1 Feb 2010 - Apartment Tanjung Biru, Port Dickson - cuti awal tahun sempena dengan besday my fil + mmg tempat wajib my family in law g berehat & bercuti.

2) Morib, Banting - 14-17 Mac 2010 - Rumah Peranginan Persekutuan, Morib

3) Melaka - 3-4 Julai 2010 -D'Nelayan Beach Resort, Melaka - Trip KJ Club + Anniversary celebration hadiah dr Papa Zaquan

4) Genting Highland, Pahang - 4 - 5 Ogos 2010- First World, Hotel - Excited nak pegi memandangkan zaquan dh pandai main.

5) Bukit Tinggi & Padang Indonesia - 21-26 Oktober 2010 - Karisma Hotel  & Bunda Hotel - Family trip wif all my family in law

6) Melaka Woderland Resort - 20-21 November 2010 - Puteri Resort, Melaka - last minute planning + nak sgt g Melaka Wonderland..hik3..

7) Tasik Kenyir, Terengganu - 3-6 December 2010 - Rumah Peranginan Persekutuan Kenyir - Cuti Akhir tahun yg dijangka jgk ni..sbb menggantikan Pakcik yg x dpt g..tp tetap enjoy..sbb zaquan dpt naik bot laju n mandi air terjun ...sambill teman atok2 dia memancing.

Alhamdullillah..sgt bersyukur dengan rezeki yg diberi dari NYA..Walaupun byk wishlist tahun 2010 yang tak tertunai...DSLR my dream n my lappy yg rosak pada awal tahun 2010 masih belum dibaiki..mmg berangan nak beli new lappy jerk..hope dpt dipenuhi tahun ini..hehehe..baru la bole jdk blogger tegar..

Tahun 2010 jg merupakan tahun bermulanya sweetmama minat berblogging n tak sangka ade gak yg sudi memfollow blog suka2 sweetmama ni. Sweetmama mula diperkenalkan dengan dunia blogging oleh officemate mata bulan Januari 2010..nmpknya dh setahun la sweetmama berblogging. Thanks member2 blogger yg sudi berkawan dengan sweetmama. :D

Tiada azam yg utama bg sweetmama utk tahun 2011 ni..hanya doa dan harapan agar tahun 2011 ini sweetmama dipanjangkan usia, dikurniakan rezeki yang melimpah, sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh Allah S.W.T dan akan bertambah bermakna lagi dengan kehadiran new baby kami..Insyaallah pada Mei 2011. Moga ia memberi sinar kebahagian buat kami.

AMIN YA RABBAL ALAMIN

p/s: tak sangka berita hari ni..awal tahun dikejutkan dgn berita kematian pelakon , Faizal yusof..bekas suami Siti Nordiana. Al-fatihah buat beliau & keluarga. bersyukur la kita yg masih berpeluang hidup ni.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails