Sunday, January 1, 2012

Happy New Year 2012| Selamat Tinggal Memori 2011 | Harapan & Resolusi Tahun 2012

As Salam,


sumber pic: mr. google

Tahun 2011 telah pun berlalu meninggalkan kita, Alhamdullillah masih bernafas untuk menikmati tahun baru 2012. Happy New Year Semua! Moga Tahun 2012 memberikan lebih kebahagian dan kejayaan kepada kita semua.

Tahun 2011 meninggalkan sweetmama dgn pelbagai catatan memori. Catatan memori pahit, masam, manis sume ada. Tapi sweetmama xnak rungkaikan pun satu persatu biarla ia berlalu menjadi memori. Lebih2 lagi sweetmama rasakan byk memori pahit dr manis dimana memori duka 2010 berulang kembali. Apepun Kelahiran seorang lagi hero dalam keluarga kami pada Mei 2011 adalah penawar dan saat manis serta terindah buat sweetmama. Sesungguhnya tahun 2011 membuatkan diri sweetmama semakin tabah hadapi dugaan dan ujian yg mendatang. Betullah kata orang pengalaman mematangkan diri kita, setiap ujian yang datang itu pasti ada hikmah disebaliknya, ujian itu datang supaya kita bermuhasabah diri dan jangan alpa pada yang Maha Berkuasa Allah S.W.T. Memaafkan bukan bermakna melupakan tp itu lah suratan hidup yang perlu kita tempuhi dan redha atas ape ketentuannya.

Harapan & Resolusi Tahun 2012 Sweetmama.


  • Resolusi Keluarga
Moga kami dapat mengecapi kebahagian dalam rumahtangga dan keluarga yg telah dibina selama 4 tahun. Moga kasih syg antara kami bertambah kuat. Moga lebih banyak masa dapat dihabiskan bersama. Moga dijauhkan dr anasir2 luar yg x diingini. Cuba untuk mempertingkatkan komunikasi 2 hala dan belajar untuk terima hakikat serta sentiasa bersedia terhadap apa situasi yg mengganggu daripada pengalaman yg telah ditempuhi.  
Moga keluarga kami diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa di bawah lindungan dan limpah rahmat dari NYA. 


  • Resolusi Kewangan.
Moga masalah kewangan dapat diatasi , saving makin membukit...wow..hahaha..selalunya awal thn saving, akhir tahun kuarkan..huk2, harap dapat kekal bertahan jerk saving tu dalam akaun..kih2.., kurangkan penggunaan kad kredit dan berbelanja secara berhemah..oh sweetmama jgn boros2 sgt tau.. Moga thn ini dilimpahkan rezeki yang berganda2..AMIN. 


  • Resolusi Kerjaya
Alhamdullillah, sepanjang tempoh berkhidmat sebagai penjawat awam ni, sweetmama rasa srnok dgn kerjaya yg diperolehi. 5 Januari 2012 Genap 8 Tahun sweetmama bergelar penjawat awam (2004-2012). Dalam tempoh 4 tahun sweetmama dah dapat naik pangkat. Thn 2012 skim baru untuk penjawat awam SPBA akan digunapakai. Kami diberi opsyen untuk memilih SPBA atau kekal SSM. byk spekulasi & interpretasi ttg SPBA ni, sweetmama sendiri pun pada mulanya rasa x puashati dgn SPBA ni dimana kenaikan gaji yg dijanjikan 7-13% tu nmpk x standart, menguntungkan mereka yg dah sedia kaya jerk kami golongan pelaksana ni sbnrnye ciput jerk naik nye. Whatever pun by 15 Januari ni nak tak nak kami kena gak wat pilihan dan t/tangan opsyen. skrg ni pun sweetmama masih kabur lg pasal benefit SBPA ni pasal byk sgt interpretasi nya, lain jabatan lain interpretasi. hopefully SBPA ni menjamin kami semua sbg warga jabatan kerajaan.


  • Resolusi Blogging & Contest Online&Offline.
Minat berblogging kian menjadi2 cuma mood nak update jerk selalu kelaut. Alhamdullillah Januari 2012 ni genap 2 Tahun usia Blog My Memories. Hopefully thn ni sweetmama dapat update blog My Memories dgn efficient..ahhahaa, efficient la sgt..x slh kan tanamkan azam, walaupun tau susah sgt nak update hari2, masa membataskan sweetmama nak update selalu, selalu jerk curi masa waktu kerja, nak curi masa waktu dirumah susah kena berebut dgn papa dan anak2. Adeii,,ini pun sweetmama byk berhutang n3 thn 2011 even 2010 pnyer n3 pun byk yg sweetmama kata nak sambung tp tergantung camtu jerk n3 sweetmama..huhu...tp blog kita sukati kita la kan..jd sweetmama akan cuba memperkemaskan dan mengemaskini selalu n3-n3 sweetmama kelak.

Melalui dunia blogging la sweetmama minat joint contest montest ni. Mula dgn joint dunia CGL (Contest, Giveaway dan Lucky Draw) di Blog, sekarang ni CGL di MukaBuku(FB) pulak.   Thn ni juga nak tanamkan azam merajinkan lg diri menjoinkan diri dlm CGL online & offline yg ada. Sebab thn sebelumnya baru berjinak2 jerk, moga thn ni ada rezeki untuk sweetmama menang. Tumpang happy tgk kawan2 yg menang besar, bila tgk kawan2 menang itu yg membuatkan kita bersemangat nak ikut jejak kawan2 yang berjaya.


Moga tercapai harapan & resolusi 2012 sweetmama..AMIN.  



Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

7 comments:

  1. semoga semua harapan tue tercapai yer.. gud luck juga untuk contest !

    ReplyDelete
  2. slmt thn baru eija.. smg makin murah rezeki dlm contest.. :-)

    ReplyDelete
  3. semoga lebih sukses!

    ReplyDelete
  4. semoga fajar 2012 kan terus membuahkan nur ke pada mama sekeluarga ya...

    ReplyDelete
  5. epi new year! hopefully thn ni lbh baik dr thn lps

    ReplyDelete
  6. @Cute MuM: Insyaallah..AMIN, Terima kasih Cute MuM. Moga tercapai jd die hard comper cam cute mum gak..hehehe

    @ADEEYA: Thanks ADEEYA..Happy new year to u 2..n_n..

    @IntaNBerliaN: slmt thn baru Intan, terima kasih, moga intan juga terus berjaya dlm dunia contest ..^_^..

    @Lifesaver Hamzah: Terima Kasih Pn. Capa ..:-)

    @sahromnasrudin: Insyaallah AMIN..Terima Kasih..:))

    @noor: epy new year noor, insyaallah moga ianya baik untuk kita semua..n_n..

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails