Monday, January 9, 2012

Check-up Ketiga Ziqry@Peads Clinic, Hospital Serdang

As Salam,


Hari ni 9/1/2012 merupakan check-up susulan ketiga Ziqry di Peads Clinic, Hospital Serdang. Hari ni juga sweetmama amik cuti rehat untuk  uruskan urusan check-up Ziqry ni, sbb biasala kan selalunya berurusan di Hospital Kerajaan mmg sesak dgn orang dan pasti akan mengambil masa yg agak lama. Kalau amik time off x leh lebih 4 jam, lebih 4 jam kena cuti..so better terus amik cuti rehat awal2..

Kalau ikutkan hari ni kami tiba lewat gak kat hospital, sampai kaunter pendaftaran dh kol 8.10 pagi, sedangkan appointment kol 8 pagi. agaknya en suami sempat ke tak punch card kol 8.30 pg td. Tapi x sangka pulak bila daftar kat kaunter Peads Clinic org x ramai lg masa kol 8.20 tu, so no. giliran sweetmama masa tu yg ke 20. Lepas dapat no, selalunya tunggu misi panggil untuk ukur tinggi, berat dan ukur lilit kepala mcm biasa, lepas selesai tu kena tunggu jumpa doktor pulak. 

selesai misi amik segala ukuran yg dikehendaki dan sementara menunggu giliran dipanggil masuk bilik Doktor, Sweetmama ajak Zaquan g isi perut dulu, tp xde la makan kat cafe hosp, just beli makanan untuk isi perut,beli roti dan pau, air milo zaquan 2 kotak mmg dh ready drpd semalam.

Balik dr beli makanan, tgk ada 10 giliran lagi untuk menunggu, ok la, smbil2  suap pau dlm mulut  smbil tu tolak2 Ziqry dlm stroller dia, dia pun lelapkan mata balik, sblm tu smpai2 bg dia susu mmg dia dh terus lena, tp bila misi panggil untuk ukur & timbang, dia ngamuk skjp, tidonya diganggu sib baik leh tido balik dgn senang. 

Zaquan pulak terus ke Agenda utama dia, bermain playground kat sebelah peads clinic tu. Sweetmama pulak mmg slambernya bg lepas bebas Zaquan bermain di playground, dia pun dh pandai bw diri, jnji ada kawan2 bermain. tp dlm masa yg sama jeling2 gak la takut gak tetiba dia hilang ntah kemana, tp setakat ni mmg dh pesan jgn g jauh dr playground n papehal cr mama dkt tempat duduk, selalunya kalau dia tgk mama xde kat tempat duduk, dia akan terus cari kat bilik doktor..selamber dia jerk redah. 

Adik Tido, Abg Happy
kalau perasan setiap kali n3 ttg check-up Ziqry @Peads Clinic msti ada pic Ziqry tido, Ziqry phm kot mama sorang2, jd mmg dia x prnah meragam n selalu tido jerk, Zaquan pulak bz ngan Playground.

Hari ni kebetulan sama tarikh check-up ngan anak adik ipar sweetmama, kami di Peads Clinic, diorang di Bhgn Ortopedik, sebelah menyebelah jerk, sempadannya Playground. jd dapatla Zaquan main ngan Dania. Zaquan siap masuk bgtau sweetmama" Mama abg jumpa Cik Ma kat luar, abg nak main ngan echa ye" . Sweetmama ok jerk.. :))

Hasil dari pemeriksaan susulan:-
Keseluruhannya perkembangan Ziqry mmg sangat memberangsangkan dan sangat ok. Tadi Doktor test Ziqry amik barang2 kecil, tgk dia amik / minat nak amik x.., sesungguhnya dia mmg nak mencapai segala benda di atas meja Doktor td. Memandangkan Ziqry baru baik demam, batuk dan selsema sweetmama minta tolong Doktor check kan dada/paru2 dia sekali sbb lepas baik dr demam, batuk & selsema tu sweetmama rasa Ziqry mcm susah bernafas jerk, kadang2 dgr kat hidung dia tu mcm tersumbat tp xde plak hingus dia meleleh. Hasil dr pemeriksaan, Doktor bgtau Paru2 Ziqry Clear dan ok, Doktor kata kalau bunyi tu kita dgr dr dada dia , itu yg bahaya, kalau dr hidung tu masih ok lg, insyaallah akan beransur sembuh selsema dia tu. 

Doktor siap puji Ziqry ni friendly sbb suka tersenyum, sblm nak amik kertas kecik doktor tu, dia senyum dulu..^_^.
Mmg si kecik Ziqry ni suka tersengih/tersenyum pun..heheh
satu peel Ziqry sweetmama perasan skrg ni suka sgt main kat bawah meja ni..lepas tu bila tegur hepp..dia pun tersengih2, igt kita agah dia

 Dalam masa yg sama sbrnya dia nak kacau lappy mama, dia geram tgk lampu2 kat lappy ni..
 see..si kecik dh mula mengaco..

Kalau ikutkan mmg ramai betul org kat hospital hari ni, tp kebetulan agaknyaer igtkan sweetmama yg lewat rupanya ramai lg yg dtg lewat hari ni, so dapat la abis awal ari ni. Urusan selesai jam 10.30 pagi, Papa jemput kami kol 11.20 dan terus g lunch sama2 sblm papa masuk opis semula..^_^..

Memandangkan  perkembangan Ziqry yg sgt memuaskan, alhamdullillah..:)), Check-up seterusnya adalah 6 bulan yg akan dtg.

Next Check-up @Peads Clinic, Hospital Serdang - 9  Julai 2012.



Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

10 comments:

  1. hi ensem [zaquan&ziqry], lebarnya dua2 senyum. hero2 eija ni suka tersenyum, mmg mewarisi emaknya. SWEETmama. perkembangan ziqry yg sungguh baik. tak lama lagi ziqry pula ganti mama update FB.
    *kalau pergi check-up, mmg kita suka pergi awal2.

    ReplyDelete
  2. senyuman dua beradik ni mcm eija nye senyuman..manisss aja

    ReplyDelete
  3. senangnya jaga ziqry..tak ngamuk2 pun..tido je..kalo uwaisssssssss...hai...satu hospital tu dah dgr kot..haha

    ReplyDelete
  4. sehat nya ziqry =) Alhamdulillah dia mudah dijaga eh...sgt bam bam ye..geram tgk =p

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah.semuanya ok ye.
    mmg sweet sgt dia senyum tu..eiii,geram..

    ReplyDelete
  6. @AyuArjunaBigoshh: hehehe..mmg kuat menyengih pun dia..:))

    @Baby(Mama Amana&Arief):Alhamdullillah, nak dibandingkan masa dia baru lahir, skrg nmpk la sihat & tegap, cuma susut sikit jerk sbb dia baru baik dr demam.

    @Cha: sweet like mama..^_^..terima kasih aunty Cha..:))

    hahaha..itu la skrg ni pun abgnya cukup pandai guna komputer, adiknya msti ikut jejak abgnya jugak..lebih2 lg bdk2 skrg mmg advance, cepat belajar drpd apa yg dia lihat.

    * sepatutnya mmg kena kuar awal pun, tp biasala kadang2 yg kita rancang x menjadi..
    eija pun selalunya mmg suka appoinment pagi berbanding petang..

    @amiey lee: aunty amiey ni wat mama saya bertambah senyum lebar ler..terima kasih aunty amiey..:))

    @Lifesaver Hamzah: setakat ni kalau bw Ziqry ke hospital mmg x pernah ada masalah lagi, tp kalau time dia nak ngamuk tu dia ngamuk jgk capa..

    @ibu MZW@Farah Idayu: alhamdullillah.., hehehe..mama dia hari2 tgk pun geramm..:)

    @Kamalia: hehehe..terima kasih lia..:))

    ReplyDelete
  7. wah.. bukan main lebar lg sengih.. comel ! :-)

    ReplyDelete
  8. @IntaNBerlian: hehehe..tq..mmg suka tersengih..o_o..

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails