As Salam,
Minggu ni Mama cuba untuk abiskan story percutian Jakarta Bandung 2013 kami, berusaha keras membuat n3 auto publish ni..huhu, masih lagi story day 2 (23/8/2013) @ Bandung. Selesai aktiviti di Nature Outbound Park Of Tangkuban Perahu, kami terus menaiki bas dan minta bas hantar kami naik atas ke Gunung Tangkuban Perahu, rupanya bas x boleh naik atas, sebaliknya kami kena sewa van utk naik keatas.
Owh it's ok, nasib boleh pusing balik ke tempat park bas td..So FIL uruskan urusan sewa van..ngam² kami 11 org 1 van.
Sampai² je terus teruja melihat kawah gunung berapi ni..
tgk la abg Khair Zaquan, tertonggeng melihat kawah di bawah.
Ini la rupa bentuk kawahnya..
walaupun dia kawasan kawah gunung berapi tp cuaca dekat sini sejuk je lgpun kawasannya tinggi berbukit dikelilingi dgn pokok2 kehijauan ..keindahan alam semulajadi....
Baru je kami nak mendaki/berjalan ke atas..ada pulak yg promote utk naik kuda berjalan ke atas..kuda berbayar la ye (x igt dh berapa Rp naik kuda ni..huhu, itulah lewat sgt up n3)..
Mama bg peluang Abg Khair Zaquan naik kuda, Adik Ziqry ala² takut nak naik kuda..
Peace..Abg yg happy dpt menunggang kuda..
Sementata Abg naik kuda sampai ke atas, 1 pusingan kalau x silap, kami bertiga amik kesempatan posing² betiga, time ni masing² dah berpecah n masing² ada pekerja/penjual yg setia mengikut kita sambil bercerita ttg Tangkuban Perahu, mereka jg sgt baik hati tolong amikkan pic kami dan sambil menjual cenderahati yg mereka jual.
Pic² kami bertiga berlatar belakangkan Gunung tangkuban Perahu
Nak jgk gambar sensorang..hehe
Selesai sudah Abg menunggang kuda..
Jom bergambar berempat pulak, cantik view Gunung tangkuban Perahu ni kan,
bila amik gambar berlatar belakangkan Gunung Tangkuban Perahu ni terasa mcm kawah gunung berapi ni dekat sgt dgn kita, tp sbnrnya jauh ke dalam..
Kami meneruskan perjalanan sampailah nampak sign Taman Wisata Alam ni..
Dekat sini wajib la jgk berposing kan..
kebetulan terjumpa blk dgn yg lain²..so dapat la bergambar bersama..
Kami bertiga je sbb time ni Abg Khair Zaquan dh mula wat perangai x sporting utk bergambar bersama.., nasib ada sekeping pic diatas reramai tu..
pastu bergambar disini pulak, sebelah menyebelah je dgn sign Taman Wisata Alam tu..
Abg dan Adik
Jom terus mendaki dan tgk apa lg yg ada diatas nun..
owhh dekat atas ni ada kiosk souveniar..
tp kami x singgah pun tempat souveniar disini (lgpun Mama dah beli FM dh pun dekat penjual yg dtg di hotel pagi tu)
View dari atas ni lagi cantik.., nampak ladang teh
Begambar lagi, Abg sibuk je org lain punyer gambar dia nak enterframe, time kami ajak bergambar bersama dia xmo..
Tengok la abg x sporting nak bergambar
Ok la abg pun dh x sporting nak bergambar, masa untuk turun semula, lagipun dh janji pukul 2.00ptg tunggu dibawah (Van)..
Bila semua dah berkumpul, kami pun bertolak balik n masa utk lunch..perut dh lapor dh ni sbb lepas makan agenda shopping² pun bermula...
Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!



















