Wednesday, April 16, 2014

WW | Nak Jgk Try Trend Baru Bawal Gaya Yunabella

As Salam,

Mama bkn lah Bawal Lovers tp nak jgk try Berbawal Yunabella w/pun x cukup syarat, guna pin kecik je, tp tetap nampak comey je kan :p. Fenomena Tudung Bawal Mawar Fizo Omar kan skrg ni hasil dr penangan blogger Yunabella yg mulakan. Memang ramai kwn² yg dh turut sama menggayakannya, termasukla Mama..hehe, lepas ni nak g cari la brooch yang besar sikit..



p/s: jatuh cinta dgn bawal semula bila terpikat dgn Bawal Aidijuma..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, April 15, 2014

Catuan Air Di Selangor Peringkat ke-4 | Terasa Betul Bila Air Dicatu.

As Salam,

Bermula Bulan April kawasan perumahan kami terlibat dengan catuan Air di Selangor Peringkat ke-4 (Kawasan Perumahan kami ni di kira Zon 3 - Daerah Hulu Langat). Boleh semak jadual catuan air di website http://www.syabas.com.my/.  

Jadual Catuan Air Peringkat 4 - Zon 3.



Aduihai sangat terasa kesannya apabila air dicatu, stress dibuatnya lg² kalau kena time hujung minggu sbbnya mcm Mama ni hujung minggu la time duk umah, time ni la nak masak (hari biasa mmg x masak..hehe), nak basuh baju..byk guna air, dah la bekas tong air yang ada kat umah cukup² aje..huhu, nak beli byk² pun lps ni nak buat ape kan, buat semak umah plk nanti.

Nasib baik juga kami dapat info awal, masa kami g bercuti di PD tu, Mr. Papa dah dapat info drpd kawan² kata area Bandar Baru Bangi air akan dicatu selang 2 hari (2 hari ada, 2 hari tiada) dan rumah kami air mula dicatu pada hari Ahad (6 April 2014). Jadinya balik dari PD hari Jumaat (4 April 2014)  sblm balik kg kami singgah Econsave cari tong air, Mama mmg budget nak cari tong air besar la, tp Mr. Papa kata 'mana muat tong air besar letak dalam bilik air kita',  'owh ye ke, kalau mcm tu beli je la tong ape pun, janji dapat tampung air utk kita guna selama 2 hari air xde nanti'. Dan kebetulannya dkt Econsave xde plk jual Tong Air Besar, yg ada ala² tong sampah saiz sederhana kecil, ermmm..boleh la buat semantara, kami beli 2 tong (1 letak di bilik air kami, 1 lagi di bilik air atas utk Adik Ipar) selebihnya tadah la air guna baldi² yg ada di rumah.

Inila Tong Air ala² Tong Sampah yang kami beli di Econsave utk tampung air. (isian 15 gelen air- Rm15)



hari pertama kena hujung minggu mmg terasa la sbbnya hari Ahad tu jam 10pg air dah mula tiada, air di tangki masih ada, air tu la kami guna untuk masak dan basuh kain dan air di tangki hanya bertahan 1 hari je, Hari Isnin air di tangki dah mula kering, Pagi Isnin nak g kerja tu guna la air yang dah siap tadah, tp bila dah guna cukup² je utk kegunaan kami anak beranak, lebih air yg ditadah spare utk emergency je, bila ptg balik keje masing² mula dah gelisah tgk air yg ala² cukup x cukup nak mandi, sampaikan Adik Ipar terus rasa nak beli 1 tong lagi (buat masa ni Adik Ipar tumpang rumah kami sbb rumah FIL n MIL tgh renovate), kami pun sama sbnrnya terus terpikir 'nak kena beli Tong Air lagi ni'. Malam tu Mr. Papa dan Adik Ipar keluar pergi cari Tong Air sbbnya Adik Ipar kata dia perasan dkt tepi jalan area Hentian Kajang ada org jual tong air, sekali bila diorang tanya harga, terkezut sampai RM80, wah melambung² harga tong air. Sudahnya x beli pun, tp terpaksa g pinjam tong air yang FIL dan MIL dah siap tadah, kami pinjam dulu 4 bekas. Kebetulan FIL n MIL g bercuti di Langkawi time ni dan kawasan perumahan kami dgn kawasan perumahan FIL n MIL beza waktu catuan, time kami 2 hari xde air, kawasan Sekyen 5 ada air.

4 bekas tong air drpd FIL n MIL.
Tq FIL n MIL bg pinjam kpd kami sampai masalah catuan air selesai.
berguna tong ni utk tadah air dr luar dan angkut bawa naik atas.


Bekas Tong Air Biru (Isian 17 gelen air ) My mum bg je pada kami, inipun dia kata masa keluar berita kata Daerah Hulu Langat kena catuan Air my Abah kalut cari tong air sampai ke Chow Kit dia pergi cari, harga Tong Air mahal, yg 17 gelen ni my Abah beli sampai RM45 hengget tu. (rupanya kawasan rumah my parents x terlibat). Yg storage box ni plk Mama yg kalut beli keesokkannya masa mula2 kena catu tu. Idea my friends kata kalau beli storage box ni lps selesai masalah air boleh guna simpan brg..betul jgk tu kan, cumanye Mama x membeli byk storage box ni sbb nya sebelum tu dah borong sampai 5 box utk isi barang.



Yg buat bertambah stress, time sepatutnya air ada pd hari ketiga tu  lewat petang kul 6ptg baru ada air, itupun air direct diluar je ada, air naik ditangki jam 10mlm baru naik dan dengarnya kemungkinan catuan air di Selangor ni akan berlanjutan 3 bulan lagi dan ikut keadaan paras air di empangan jgk, kalau bertambah baik insyaalah sebulan ni je la kena catu, tp kalau x..hadap je la dgn tabah.., minggu pertama kena je kalut, now alhamdullillah dah dapat handle masalah catuan air ni, tong air pun dah bertambah,  lepas ni kena la beringat time air xde w/pun hujung minggu mmg confirm jgn la buat aktiviti membasuh dan memasak ye dan semestinya belajar untuk lebih berjimat dan menghargai air..huhu. 


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, April 11, 2014

Selfie menggayakan pin hijab

As salam,

Semalam dh up n3 koleksi pin hijab/shawls Mama kan, so hari ni saje la up pic selfie Mama menggayakan pin hijab/shawls ni.


Pic fresh today..pinky Mama hari ni..


Semalam punye pic..ber 'owl' ..hehe


Ada yg kata siapa yg suka selfie ni sbnrnya mental, ye ke?. Lantak la masing2 ada pendapat sendiri kan..Mama xde la gila selfie sgt, dh xde siapa nak amikkan gmbar, selfie la guna timer..huhu..

posted from Bloggeroid

Thursday, April 10, 2014

Suka Kumpul Pin Hijab/Shawls Dan Tetiba Jd Peminat Owl

As Salam,

Now, Mama jd pantang nampak pulak jarum/pin hijab/shawls, mesti terbeli..hehe. Bermula dari ajakan kawan utk sama² beli online di Instagram(IG), lepas tu bila menyinggah kedai yg ada jual pin hijab ni tgn ni laju je nak usik dan belek, dh la pelbagai design cute²/comel², ckp je nak design ape, semua ada sampaikan design misai Wak Doyok pun ada..huhu. Dan tetiba je Mama minat/jatuh cinta dengan owl..cam bebudak je kan ..^_~..setakat ni ada 3 koleksi pin hijab design owl.

Memula beli di IG 1 pin RM7, 1st pin hijab yang Mama beli adalah channel dan owl, lepas  tu kebetulan ada jualan dkt area opis Mama ni jual 1 pin RM3, kalau beli 2 pin dapat RM5, ermm..apalagi tambah lagi la koleksi owl dan skrg ni org dok buat pin hijab Aeroplane sempena mengenang MH370, Mama pun beli 1 buat koleksi :)

Koleksi Pin Hijab/Shawls Mama


Koleksi pin hijab batu swarovski.


Hehe, org lain dah ada byk kot koleksi, Mama baru ada 11 pun nak kecoh kan :p, sekadar koleksi suka² :)

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, April 9, 2014

Cuti² Malaysia 2014 | Ke PD Lagi!

As Salam,

Alhamdullillah last minute planning Mr. Papa utk membawa kami bercuti ke PD (3-4 April 2014 - Khamis - Jumaat) berjalan dgn lancar, Hari Isnin baru booking hotel, kami decide booking hotel biasa yg murah² je, lg pun pergi kali ni semata² memenuhi permintaan Zaquan n Ziqry yang nak mandi swimming pool.

Kami bertolak jam 10pg dari rumah, singgah breakfast dulu baru terus gerak ke PD, sampai ngam² waktu check in jam 12.00tgh. Kami menginap di Hotel Akar Beach Resort, hotel ni mcm ke dalam sikit, dekat dgn Poly PD, sbb tu Mr. Papa tau ttg kewujudan hotel ni..hehe.

Hotel - Akar Beach Resort
Yeay kami dah sampai



Di Ruang Lobby Hotel
Suasana hotel nampak cantik, kemas dan selesa.

Susah nau nak amik gambar anak²



View di belakang hotel, belakang hotel adalah pantai.




Swimming Pool


View Dari Swimming Pool
Tingkat atas ada balkoni.


Bilik - Standart Room

Ini bilik kami, jadi la untuk bermalam 1 mlm je pun, masa booking thru website tu Mr. Papa mmg saje pilih bilik aras bawah sekali, memikirkan senang utk ke Pool nanti.
Rate Standart Room including Breakfast: Weekdays (Gov. Rate) - RM142/1 night.


Bilik kami menghadap Swimming Pool, lagila teruja anak², tidak berhenti mulut si kecik ni mengajak mandi


Sebenarnya time ni Mama yang nak bergambar, yelah beriye mengajak anak² bergambar diaorang xnak, sibuk nak mandi, x sabar nak mandi, tp bila Papa nak snap gambar Mama, tetiba anak² yang dah siap tanggalkan pakaian terus menerpa nak bergambar sekali.


cekci sudah..hehe


Lunch - 3/4/14

Beriye la anak² dah siap tanggal baju kalau boleh nak terus terjah pool, tp sbnrnya pool tgh cuci time ni, so lps Zohor dalam kul 2 ptg, Mr Papa ajak g lunch dulu, kami g pekan PD makan KFC je.

sorang seketul drumstick..



Swimming Time - 3/4/14

Yeay masa untuk mandi, mandi la sepuas²nya ye anak², kita je yg konker pool hari ni..hehe..





Laju memasing berenang skrg ni, kalah Mama..huhu


Ok..Times up, dah nak senja, esok masih ada untuk mandi pool sampai lebam before check out..

Dinner - 3/4/14

Mulanya igt xmo dinner berat² sgt sbb hari tu dah beriye makan nasi lauk, sekali Mr. Papa bawa makan dekat kedai makan asam pedas terus Mama terliur nak makan Asam Pedas, Mama ni peminat Asam Pedas.., bila order asam pedas rupanya kena pilih ikan yang kita nak buat masak asam pedas, sekali ikannya semua besar² xde yg kecik² disebabkan dh mcm org ngidamkan asam pedas, Mama order jgk la asam pedas pari, bila ditimbang ikan pari tu je RM25...ermmm bedal jela, Mr. Papa kata Mama punye asam pedas je dah RM25..huhu


sorry x tolok nak menghabiskannya, ye la ini utk 5 org makan kot
janji lepas ngidam Mama :p
rasa kuah asam pedas dia not bad pekat tp ikan pari dia liat sikit la, mmg x dpt la nak lawan asam pedas melaka.


Adik Ziqry terlelap lg nampaknya, xde rezeki la dia nak joint dinner sama², utk Abg Zaquan kami order Nasi Goreng Kampung dan airnya still sama Choc Ice Blanded. Kali ni ada Kerang Bakar buat kudap²an..


Selesai makan kami singgah lepak skjp tgk pantai dkt area tempat steamboat tu, nak makan steambot sebatang dua perut dah senak kekenyangan betul.

Breakfast - 4/4/14

Kami breakfast pakej hotel, x byk menu pun disediakan di hotel ni, lgpun hari biasa x ramai org so bf pun kena order dulu, itupun diberi pilihan - Menu Western (Sandwich atau Fries) - Mama order sandwich, Menu Malay plk (Bihun Goreng atau Kueytiaw Goreng) - Papa order Kuaytiaw Goreng.  Pilihan makanan lain utk anak² ..Koko Crunch. Jadi inilah menu breakfast kami, boleh la buat alas perut sebelum nak sambung mandi kolam pagi tu sampai lebam kan..hehe




Swimming Time Before Check Out- 4/4/14

Yezza..masa untuk swimming sampai lebam before check out, mmg lebam sbbnya lepas mandi Abg Zaquan terus rasa x sedap badan mcm nak demam, lepas bersiap² dia terus tertidur sampai la balik rumah, kami berhenti minum pun dia xde selera nak minum, nak tido dalam kereta. Nasib baik la demam dia x melarat.


Peace, syoknye dapat mandi sepuasnya..^_^..






Ok time to check out
Ehh sempat lagi Mamanya berposing.:p



Sebelum balik ke rumah kami singgah lepak minum di Old Town 



Selesai sudah percutian singkat kami 2h1m, di PD je pun tp rasa puashati dapat menggembirakan hati anak², harap anak² pun faham la yg Papa n Mamanya sanggup buat apa shj utk anak² dan anak² patut belajar menghargainya.

Malamnya kami ke kg Jenderam Hilir, esok ada kenduri kahwin sebelah lelaki (Sepupu Mr. Papa), kami x bermalam pun di kg, cuma datang utk menolong apa yg patut, biasalah org yg paling bz Atok dan Nenek Zaquan n Ziqry, Adik² Ipar dan Mr. Papa pun ada membantu, Mama je yg x tolong ape pun, setakat dok tolong melilit bunga manggar je malam tu..heheh.

p/s: ermmm..tension bila terkena catuan air..yang bermula pada Ahad lepas (6/4/14), 2hari sekali kena catu, semalam mlm baru air naik ke tangki..haruu betul..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, April 2, 2014

Santai Petang @ Blue Lagoon PD

As Salam,

Masih lagi sambung story weekend minggu terakhir cuti sekolah yang mmg unplanning..^_~..

Mana nak sangka dapat bersantai petang di Blue Lagoon, Port Dickson (30/03/2014), pergi balik hari. Mama mmg xde meminta² dekat Papa pun bawa kami berjalan, mmg Papa sendiri yang offer, smlmnya dia dah offer ke PD tp x jadi sbbnya kelas dia cancel, kali ni dia offer sekali lagi, org dah offer nak bawa berjalan xkn nak kata xnak..mestilah nak..hehe.

Tapi nak berjalan kena la berkorban sikit.  Ikutkan Mama no hal pun if Papa nak hantar kami dulu g lepak pantai or teluk kemang, Papa g je la kelas tp Mr. Papa kata 3.00ptg mcm awal sgt nak bawa anak² ke pantai dgn cuaca panas terik + Mr. Papa pun kejar masa nak masuk kelas. Kelas Mr. Papa start jam 3.00ptg dan berakhir jam 7mlm,  kami bertolak jam 2ptg dari rumah dan sampai Poly PD jam 3.15ptg. Jadinya kami berkorban la tunggu Mr. Papa abis 1 kelas jam 5ptg (2 jam tunggu dalam kereta), lepas tu jam 5ptg baru Mr. Papa hantar kami lepak pantai di Blue Lagoon PD dan Mr. Papa sambung g kelas semula jam 5 - 7mlm. 

Perjalanan dari Poly PD ke Blue Lagoon ni 10 minit je. Anak² mmg la srnok dapat ke pantai tp pd masa yg sama nak Papa dia joint sekali, mula² tu masing² merengek la jgk bila bgtau Papanya masih ada satu kelas lagi, Mama je yg ada nak layan dan jaga diaorg tp bila dh laut depan mata, hilang sudah rengekan lebih² lg Zaquan, sekejap je dah dapat geng, Adik je yg lambat sikit nak panas..

Sedang elok la kami sampai, air pun sedang pasang, senang la nak mandi dan monitar anak² dan beg sekali. Blue Lagoon ni mmg antara tempet feberet kami sbbnya Atok n Nenek Zaquan n Ziqry kalau bermalam di PD pasti akan bermalam di Kondominium Tanjung Biru (Rumah Rehat DBKL). Sampaikan Zaquan n Ziqry pun dah kenal dah kita pernah duduk sini kan pastu ada hati nak mandi swimming pool kat situ (Kita x bermalam la sayang, kita dtg mandi laut je ye anak²).

Cantik air sedang pasang dan org pun ramai nak lepak² sambil mandi disini, xde la takut sgt Mama sendirian nak menjaga anak².


Mama x bawa plk pelampung anak², so sewa je la Pelampung sorang satu. (RM5 satu pelampung).


Adik time ni xde mood lg nak mandi laut, bila diajak Adik nak tunggu Papa, ape² je la Adik, jnji Adik duk diam x nangis.


Abg masa dalam kereta nangis nak ikut Papa, tp dh nampak laut, terus terjah..muka happy terus.., "Adik x nak mandi xpelah tp Abg nak mandi..hehe"


Skjp je pun Adik dapat bertahan kunun nak duduk tgk Abg mandi je, terus dia ajak Mama main pasir, dia kata biar Adik tanam Mama..huhu. time ni layan adik main pasir sambil mata duk memerhati Zaquan dan mulut asik membebel "Abg jgn mandi jauh² sgt"..


Abg dah dapat geng, Abg Zaquan ni mmg la jenis yang senang dan cepat dapat kawan.
Hahha..kelakar la tgk abg ni dia yg x tau malu ngendeng nak berkawan, buat² berenang kat kawan tu dan terus bertegur sapa dan berkawan.


Tgk la Abg dah dapat geng, srnok betul dia berkawan dan bermain, Adik plk baru ada mood nak turun laut, xpe la Mama temankan adik mandi.


Puas dah mandi laut, kita main pasir sama² ye Adik.


Hampir 2 jam kami bersantai petang dan mandi manda disini..sudah menghampiri senja..jom kita salin baju dulu, nak tunggu Papa dah melewati mlm plk nanti.


Sedang elok kami bersiap, Mr. Papa pun sampai, Abg Zaquan dah ngadu dgn Papa "Abg lapar", maunya x lapar, perut dia betul² beralaskan roti telur je pg tadi, tengahari xmo mkn excited nak berjalan la katakan, sedangkan Mama masak lauk feberet dia Sambal Tumis Udang dan sblm keluar Mama n Papa mmg dah makan dulu, tp boleh plk Mama x bawa bekal utk diaorang. Mr. Papa kata tahan skjp, Papa nak bawa kitaorang g makan dkt tempat yg selalu dia makan. Malam tu kami dinner terus di PD, ingatkan nak join Atok n Nenek g makan dkt Bagan Lalang, tp Zaquan pun dah kelaparan, silap² mau dia tido dalam kelaparan kalau kami nak ke Bagan Lalang. Ziqry mmg x dpt thn mata dah, dia tido otw nak ke tempat makan w/pun dlm 15 minit je perjalanan nak ke tempat makan tu. Kami makan dkt depan sikit dari PD Waterfront, Papa kata kalau nak makan dekat area teluk kemang tu susah nak parking n makanannya pun mahal sikit. Dekat tempat yang Papa nak bawa ni xde la mahal sgt harga makanannya.

Bismillah...Abg makan dulu ye..
Abgnye Menu Nasi Goreng Paprik


Air Choc. Ice Blanded utk Abg.
Melimpah ruah sbb guna gelas slim..hehe


Ini menu Mama n Papa..Nasi Putih berlaukkan Ikan Siakap Masak Taucu, Tomyam Putih, Kailan Ikan Masin dan Telur Bungkus. Air Buah Tembikai Dan Fresh Orange.


Alhamdullillah..kenyang dan licin. Total makan disini RM52. ok x harganya.., rasa mcm ok je.


 Adik dah kepenatan sgt la ni, lena sgt dia tido.


OTW nak balik rumah kami tersangkut jgk dgn jammed, balik kami ikut highway LEKAS pun jammed, kami slmt sampai BBB jam 11 mlm, w/pun perut dan kenyang n mata dah ngantuk, Mama terlelap dalam kereta, tp Mr. Papa ajak jgk mengeteh.., kami mengeteh jgk la berdua..jam 12mlm sampai rumah, boleh plk dah sampai rumah mata plk x ngantuk, ye la dh kena teh kan, buat keje rumah dulu..kul 2pg br mata nak lelap..amik kaw..esok terlajak g keje sampaikan pagi tu Adik Ipar yg tolong kejutkan bangun pagi..huhu

Apepun kami enjoy dapat bersantai² di pantai..Tq Papa bawa kami berjalan..


Insyaallah esok dan lusa kami bercuti kesini lagi, kali ni tido hotel, ini penangan Zaquan n Ziqry nangis nak mandi swimming pool, sbnrnya ptg tu Mr. Papa dah terus check website hotel² murah bila ZZ nangis² nak tido hotel, tp Mama yg keberatan nak EL, tup² Isnin pagi Mr. Papa call amik je la cuti Khamis-Jumaat ni kita bawa ZZ g mandi kolam.."ok..SYMP" ..^_~..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails