Wednesday, August 20, 2014

Syawal 1435H/Aidilfitri 2014 | Malam Raya & 1 Syawal 1435H Kami

Assalammualaikum,

Dah masuk minggu ketiga di bulan syawal, ramai yg dh abis up story raya masing², Mama baru terhegeh² nak up story raya, minggu lepas mmg x menjenguk langsung blog, Mama outstation ke Bintulu, Sarawak (11 - 15 Ogos 2014/15-19 syawal 1435H), tapi Mama pun xnak ketinggalan nak juga up story raya kami w/pun story dah basi dan rutin raya setiap tahun kami adalah sama dan biasa² je..

Raya tahun 2014 ni giliran beraya di kg. sebelah Mr. Papa di Kg. Bahagia, Bangi (Kg sebelah Ayah) dimana 3 malam bermalam di kg. Bahagia (29 Ramadan - 2 Syawal), lepas tu 2 malam di rumah parents Mama di Cheras  (3 -4 Syawal) dan semalam di rumah Mertua Mama di Bandar Baru Bangi (5 Syawal). Hujung minggu (6-7 Syawal) dah mula bermalam di rumah sendiri. 8 Syawal dah mula kerja. Cepat la pulak rasanya cuti raya 10 hari berlalu..huhu.

Kami berdua anak jati Selangor dan kg. pun dekat² sejengkal je, kg dekat pun still amalkan sistem giliran tau tp setakat ni alhamdullillah mmg xde masalah dgn sistem giliran yang kami amalkan.

Tahun ni alhamdullillah kami semua adik beradik (6 orang) dapat berkumpul dan berbuka puasa bersama di rumah parents Mama sebelum kami balik ke kg, itu yg untung kg. dekat² ni malam raya masih boleh habiskan masa bersama family. Malam raya tu anak² sibuk la nak main bunga api dgn sepupu dan pakcik²nya, suka la ada yg melayan. 


Malam tu dalam jam 10mlm kami pun gerak terus ke Kg, sampai kg. atok n nenek zaquan n ziqry ajak ngeteh, ikutla atok n nenek ngeteh sekali.., kami semua ni jenis suka ngeteh tengah² malam..hehe.

Seperti kebanyakkan dan kebiasaan kita di pagi syawal sudah tentunya ke Masjid untuk menunaikan solat sunat raya, balik sembahyang raya masa untuk menikmati hidangan/juadah raya yg tersedia hidang dan semestinya rutin wajib bermaaf²an di pagi raya..,Ya begitu jgk la rutin kami di pagi syawal yg mulia ini.

Pagi 1 Syawal Mama mesti nak sedondon 1 family, tahun ni tema baju raya kami GOLD CHOCOLATE, kaler tema last minute pilih, sbbnya kain baju mama dh beli awal, tempahnya yg lewat, bila baju mama dah siap baru perasan sampai 2 pasang baju raya mama kaler gold, jadinya terus ckp dengan Papa thn ni tema GOLD la, Papa ikut je n dia pun tahun ni pesan x pyh belikan baju melayu utk dia (Part baju raya 1 syawal mmg Mama yg uruskan), dia nak recyle je baju melayu yg ada,  untuk dipadankan dgn kaler gold jdnya Mama decide Mr. Papa pakai baju melayu cekelet., jadila tema GOLD CHOCOLATE, nasib la bila bergambar cekelet tu masuk la dgn GOLD

Tahun ni jgk baju melayu anak² adik lelaki Mama/Ateh Cu Zaquan n Ziqry sponser, sampin plk Mak Yang Zaquan Ziqry sponser. Tq Ateh Cu dan Mak Yang Zaquan n Ziqry, jimat budget Mama n Papa..hehe..thn ni mmg budget ciput je pun.., 1st time thn ni anak² xde kasut raya, selalunya kasut raya ni budget Mr. Papa, tp yelah sejak dah kena berulang setiap hujung minggu Melaka - Bangi, terasa jgk costing dia.. , ada jgk budget Mr. Papa utk anak², Songkok tu Mr. Papa yg belanja k n Mr. Papa shopping dekat Padini sorang 2 pasang baju jalan anak² dapat..:)).

Begitula serba ringkas Syawal 1435H kami, tp ni Mama nak fokus aktiviti 1 Syawal 1435H kami..xde story menarik pun, just nak simpan pic² masa kami ambil di pagi syawal.., tahun lepas kami ada agenda dan dapat bergambar lengkap dengan keluarga mertua Mama, siap dengan tema Raya Pertama..hehe, tahun ni mana yg ada je lah bergambar n tahun ni kami semua ambil kesempatan bergambar dengan Atok / Unyang Zaquan n Ziqry dengan tema selfie/wefie..hehhe, :p

2 Hero Ready untuk ke Masjid.
Dah smart² berpakaian baju melayu lengkap bersongkok dan bersampin, tp nak suruh posing ambil gambar bkn main susah, x sporting.., yelah yg Mama nye pun sibuk nak ambil gambar je..hehe


Abg n Adik nak ikut ke Masjid tp biasalah peel memasing sblm nak keluar rumah, mesti buat hal dulu (sibuk nak makan nasi ngan telor sblm ke masjid..ini abg dia punye peel, yg adik plk mengikut), sudahnya balik dari masjid, Mr. Papa kata x sempat pun nak sembahyang raya,  dengar khutbah raya je.., xpelah..khutbah raya pun berguna tu..


Aktiviti menikmati hidangan mmg xde la nak snap² sbbnya time org lelaki kuar g solat sunat raya, kami yang x ke masjid ni dah siap makan dah..hehe.

Sesi wajib di pagi syawal..bermaaf²an, tp tahun ni mama x feel sgt la bermaaf²an sbbnya time kita sibuk nak bermaaf²an time tu lah anak² pun sibuk buat perangai, time ni la plk dia merengek nak main bunga api, sabau je la.

FIL n MIL / Atok n Nenek Zaquan n Ziqry


Sesi bermaafan antara cucu² bersama atok n nenek



Abg minta maaf Nenek...


Adik minta maaf Atok..


kami plk dengan atok, lps bersalaman dengan atok, Mr. Papa plk dlm hati ada taman, rasa sayu sbbnya atok skrg ni dah pelupa n dah x nampak, jd masa bersalam tu mmg lama jgk la atok akan tanya n pegang tgn kita..


Kami anak beranak plk nak minta maaf, mmg nak cepat betul sbb si hero dh x sabau nak main bunga api kan..


Lepas bersalam, mestilah sibuk nak bergambar kan, mmg susah betul nak dapat kerjasama daripada anak² utk bergambar, inipun kebetulan je suruh adik ipar candid² je la gambar kami, janji ada family pic..hehe, nasib ok n mama suka tgk pic ni, cerita disebalik zaquan peluk belakang mama tu sbnrnya dia dok pujuk mama bg dia main bunga api..,bila mama kata ok tp amik gambar n minta maaf dulu, ok skjp je lepas tu terus melalak...


ini buktinya Abg Zaquan melalak di pagi raya, bkn sbb insaf minta maaf sampai nangis² tp nangis nak main bunga api punya pasal.., nasib la adiknya x sama menangis, cuma mengikut nak main bunga api sama..

bonding time with acik²


Inilah yang disalaknya.., nak main bunga api..., nak main bunga api.., berdua pun jadi nak main, Ok..ok..main la bunga api sampai puas.., nanti kita bergambar reramai tau..



Selfie dgn acik eiya n acik cha..
hakikatnya..anak² cuma sporting bergambar dgn acik² dia je, kalau mama n papa yg ajak mmg dia x layan..cian mama tau..


mmg betul x dilayannya, bila Mama n Papa dh ready nak bergambar bersama, anak² nak bermain daun di halaman plk.., tp kami 1 family tetap selfie/wefie..hehe



Layan kan je la pic kami bergambar² di pagi raya ni w/pun gambar x berapa cantik sbb anak² x sporting n utk bg kerjasama bergambar

bertiga dengan adik Ziqry,
see..sibuk nak main daun pokok rambutan, main la janji kamu diam...


Adoiyai..mama je yg beriye memandang kamera..


Huhu..jadi la janji ada family potret di pagi syawal.


Kenangan kami 4 beranak with atok/unyang Zaquan n Ziqry



With Fil n MIL


With Adik² Ipar


Model kerete..hehe, baru ada  mood si kecik ni dtg nak bergambar..


Selesai bergambar, kami pun terus gerak beraya ke kg sebelah Mak Mertua Mama di Jenderam Hilir


tp Wak (Nenek) xde  n makcik² yang lain xde g beraya ke Kuala Selangor, kami beraya di rumah Mak Uda Mr. Papa je syawal pertama tu, pastu balik rumah atok dengan aktiviti Zzzzzz..heheh..cover tido penat wat kuih x abis² lg kot..1 family tido.

Itu je la kisah 1 syawal kami, kalau rajin ada la n3 syawal yg seterusnya, tp minggu ni br blk audit, bz nak nyiapkan report..

n3 auto publish..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, August 4, 2014

Salam Syawal 1435H/Aidilfitri 2014

Assalammualaikum,

Masih lagi di bulan Syawal, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Salam Syawal 1435H/Salam Aidilfitri 2014 buat kawan² blogger yang saya kasihi semua..Maaf Zahir Dan Batin. 

Hari ni Mama dah mula bekerja setelah 10 hari bercuti raya, so mood raya tu masih ada dan mood nak menghapdet blog pun sgt Malasss..bersawang giless blog my memories ni kan... mood M sgt byk woo...huhu.., story raya nanti la mama update, lgpun storynya sama je spt tahun² yg lepas jgk..tahun ni giliran beraya di kg sebelah en. suami..

Family Potrait pd 1 Syawal 1435H @Kg. Bahagia, Bangi.


Hehe..sempat lagi..selfie hari pertama bekerja setelah 10 hari bercuti/pic 8 syawal
makin boolat pipiku..menjadi² selera makan lebih² lagi time raya ni kan..


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails