Monday, April 22, 2013

Perjumpaan Ibubapa dan Guru | Kad Kemajuan Tahunan Zaquan

As Salam,

Pada 13 April 2013 (Sabtu), Tadika n Taska Zaquan n Ziqry belajar ada sesi perjumpaan Ibubapa dan Guru untuk tujuan membincangkan penilaian dan prestasi pelajar. Nasib jugak la perjumpaannya diadakan pada waktu 10pg - 12 tgh, dapatla kami pergi, sbbnya pada hari Sabtu berkenaan kami dah ada planning untuk bercuti di Bidor Perak hingga 15 April 2013. 

Mengikut jadual perjumpaan yang Cikgu Zaquan n Ziqry inform - jam 10-11pg perjumpaan untuk Ziqry, manakala perjumpaan untuk Zaquan pada 11-12tgh, tp kami redah je sekali harung pukul 11.45pg baru sampai Tadika Zaquan...heheh (kes menyiapkan anak dan beg pakaian nak bercuti begitu begini kul 11 baru kuar umah). Risau jgk pada mulanya kut2 x sempat sampai Tadika sblm kul 12tgh, sekali sampai ramai je lagi ibubapa yg ada.

OTW nak pergi perjumpaan Ibubapa dan Guru.
Time nak g holiday pulak Ziqry x sihat, 
pagi tu badan Ziqry dah dedar2, itu yg dia pun manja semacam je ni..


Cian anak mama x sihat lagi, 
yg bagusnya adik sporting bila diajak bergambar


Dah sampai tadika Abg, perjumpaan untuk kanak² 3 thn kebawah (taska) juga diadakan di Tadika Abg. Kami berpecah, Mama jumpa Cikgu Zaquan, Papa jumpa Cikgu Ziqry sbb Papa nak cepat,  Ikutkan Mama nak jgk dengar ape yg Cikgu nak bgtau ttg perkembangan Ziqry, sampai2 Mama terus bawa Zaquan masuk kelas dia jumpa Cikgu dia, x sedar Papa yg dukung Ziqry time tu  dah laju kedepan terus jumpa Cikgu Ziqry dulu, tp xpelah Cikgu ada bagi fail ttg perkembangan dan prestasi anak2. Review dari fail yg cikgu bg n dgr semula citer Papa la..
Inilah Cikgu Kelas Zaquan - Cikgu Hana dan Cikgu Lina.


Sekejap je Papa dok borak2 dgn Cikgu Ziqry, Mama baru dengar 10 minit penerangan dari Cikgu Zaquan, Papa pun masuk dengar sekali penerangan ttg Zaquan dr Cikgu Zaquan ni (Mama pun amik kesempatan rakam pic2 ni, tp telinga tetap dengar penerangan dr Cikgu)

Abg Zaquan malu pulak bila Papa komen ttg report kad dia..


Borak2 ngan Cikgu


Meneliti Report Card Zaquan


Amboih sempat lagi tunjuk perangai depan Cikgu


Leader mengajar Adiknya


Hasil perjumpaan dengan Cikgu Zaquan - Prestasi Zaquan memuaskan, iyelah kami pun xdelah mengharapkan Zaquan cemerlang 100% sebab Zaquan pun baru mula bersekolah pada usia 5 tahun, penerimaannya mestilah berbeza berbanding mereka yg mula seawal playschool usia 3 thn. Jadinya dia lambat untuk mengenal huruf, Zaquan boleh kalau disuruh sebut A-Z tp huruf A-Z tu dia x berapa kenal lagi sbnrnya. Cikgu pun perasan dia lambat sikit kenal huruf n kalau bg kerja mesti dia yg last kali siap tp yang penting dia nak buat. Yang bagusnya Zaquan ni w/pun dia jenis cepat bosan tp dia cepat tangkap ape Cikgu ajar, Cikgu cakap maknanye dia ni jenis bg tumpuan di kelas sbb dia dia cuti seminggu terus exam keputusannya masih ok. Antara komen cikgu yg lain adalah Zaquan ni sgt talkactive n boleh diharap untuk tolong cikgu, kadang2 tu cikgu x suruh buat pun dia buat. Zaquan ni suka sengih n senyum sampai cikgu nak marah pun x jadi..hehe.. 

Bercerita pasal kawan² Zaquan di sekolah, Zaquan mmg boleh berkawan dgn semua orang n bila Mama tanye pasal kawan sekolah yg dia mmg igt sgt nama dia (Mukhriz) sbb bergaduh smpai benjol di dahi lmbat surut, rupanya mukhriz tu la kawan baik dia, Cikgu ckp w/pun itu kawan gaduh dia tp itu jgk la kawan baik dia, sbbnya ape yg si Mukhriz ni buat mesti Zaquan akan buat n begitu jgk bila ape yg Zaquan buat si Mukhriz ni pun akan buat, masing² ada sikap x mo mengalah. Patut la ada suatu hari tu tiba2 Zaquan kata dia nak bawa sejadah besar sbb kawan2 kat sekolah bw sejadah besar, rupanya cikgu ckp pasal sejadah besar tu pun sbb pengaruh Mukhriz ni..lawak la abg ni, tp nasib baik cikgu sokong ckp ada baiknye jgk dia berkawan dgn Mukhriz ni sbb Mukhriz ni bdk pandai, so aura pandai tu boleh la abg dapat sbb sama2 nak bersaing tunjuk yg terbaik..(teringin pulak Mama nak jumpe Mukhriz ni)

Kad Kemajuan Tahunan Zaquan
Nak tgk ke result Zaquan


Inilah keputusannya
4A, 2B, 3C
Walaupun xdpt 9A, Mama n Papa tetap berbangga dengan keputusan yang Zaquan telah capai ni..


Nampaklah dekat sini Zaquan lebih cenderung kepada pengiraan berbanding membaca, Bahasa Melayu memang lemah tp Matematik dapat A, Tahniah Abg Zaquan, tingkatkan usaha untuk terus capai keputusan yg lebih baik dimasa akan datang ye, Alhamdullillah Pendidikan Islam, Bahasa Arab dan Jawi pun dapat A, mmg nampak Zaquan dah boleh baca Iqra dengan jayanya. 

Bercerita pasal Abgnye shj, Adik Ziqry mcm mane pulak, Adik Ziqry baru 2 tahun biasalah perkembangan apa yg dia boleh buat dengan sendiri sepanjang tempoh hampir 4 bulan duduk di taska daripada x tahu buka pempers sendiri skrg dah pandai buka pempers sendiri (tp nak pakai balik x pandai n nak suruh dia pakai pempers pun dah susah skrg ni), mandi pun dah pandai nak mandi sendiri nak sabun n shampoo kepala sendiri. Adik Ziqry ni cukup suka cubit pipi kwn2 dia yg comel kat situ, especially girl la mmg dia geram abis pipi bdk2 tu dicubit2, so cikgu mmg kena pantau dia kalau dia duk dkt ngan kawan2 gegirl dia yg comei tu n mcm biasa Adik mmg kuat makan sampai biskut cikgu pun dikebasnya ada jgk hasil kerja adik, tp ikut cara adik mewarna, contengan adik je la yg nmpk..heheh. 

Apepun setiap anak tu perkembangan dia berbeza2 n kami tetap bersyukur dgn tahap perkembangan yg anak2 kami tunjukkan, yg penting Alhamdullillah byk perkembangan positif yang telah anak2 perolehi. 

Selesai majlis perjumpaan, kami isi perut dulu di Seri Teja Food Court Presint 9 depan school Zaquan ni n lps kenyang perut terus gerak g bercuti ke Bidor, Perak..sgt x sangka palnning utk bercuti ke perak sbb menghadiri majlis nikah dan kenduri kahwin sepupu Mr. Papa disambung dengan percutian yg besh ke P.Pangkor ^_^..Nanti sambung N3 percutian..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

22 comments:

  1. ikut mama dgn papa ni pandai mengira hihihi...

    amir pun sama lbh cepat dan suka buat kerja mengira @ matematik drpd yg lain².. amir sukan hujung minggu ni.. bln depan baru exam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..papa dia selalu usik, Papa - Pembantu Akauntan, Mama - Penolong Akauntan, Anak harapnya Akauntan la..:), kalau boleh biarlah anak2 kita kerjaya lebih tinggi drpd kitakan..

      owhh ye ke ..goodluck buat amir ye..moga berjaya dlm dua² bidang sukan dan pelajaran..:), sukan sekolah Zaquan tangguh patutnya bln ni, tp ditangguhkan x tau bila..

      Delete
  2. wahhh pi pangkor beshnye ...


    ai tak pi pun ... abh die tak cam ssh je nk kawal 2 budak tu ... hehehe mls sebenarnye ..
    kebolehan kendiri ok ke ... faim byk dpt B ngan C ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg besh..:)

      owhh, kami ni kebetulan papa dia xde kelas n mmg nak g holiday, so dpt jgk la terjah school dia skjp, kalau papa dia xde, aku pun x pergi la kot nak handle dia dua org sekali..

      sama la dgn zaquan pun kebolehan kendiri dia byk dpt B n C je..

      Delete
  3. Alhamdulillah
    Tahap perkembangam anak anak berbeza kan?
    Mmg bleh nmpk
    Tp yg kelakar tu
    Kt umah malas
    Rupanya kat skolah die rajin
    Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, itulah kan nasib la dekat sekolah rajin, kadang2 budak ni kan dia nak pendekatan dr cikgu jgk baru dia dengar, dgn kita dia main2. lg satu zaquan jenis x suka kita tanye apa yg dia buat/belajar di sekolah melainkan dia sendiri nak cerita..

      Delete
  4. alhamdulilah..
    perkembangan yang baik...

    ReplyDelete
  5. Wah.. bahasa arab 100% tak mahu kalah. Hebat tau. Auntie salutelah Zaquan.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah!!
    Pasni abg buat lg yg terbaik..
    Tiap apa pun perkembangan anak2 dah ckup membanggakan kita kan sis..
    Sama mcm Aqil Naim..
    Markah seni dia x berapa nak ok..
    Aqil x minat kaler2 lukis pun senget benget..
    Thn ni saja msk kan kelas tambhn toys art..
    Tgk camana perkembangan dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu, mestilah bangga n bg semangat pd dia kan..

      owhh..,bagusnya siapkan masuk kelas tambahan art class lagi, mesti dia srnok :)

      Delete
  7. alhamdulillah... izan yg baca pun tumpang gembira tgk perkembangan zaquan n ziqry. lepas ni bila dah masuk alam persekolahan yg sebenar lagilah lain perasaannya eija.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih izan,
      itulah skrg ni baru tadika pun dah excited je nak tahu perkembangan anak, dh sekolah nnti harapnya lebih berjaya.

      Delete
  8. anak ayu sabtu ni kena jumpa dia.. camne la agaknya prestasi dia kat skoll tu..

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. itulah kami sbnrnya pun x budget dia akan dpt 4A sbnrnya tau sbb dia cuti seminggu kena chiciken pox, masuk2 class dh terus exam..ape pun keputusannya kami tetap redha..

      Delete
  10. Bijak abang zaquan da masuk skol ni. nanti bule ajar kakak aisya dan adik sara pulak ye. Abang zaquan sebagai abang yang sulung kenala tunjuk contoh yang baik tuk adik ziqry dan adik2 sepupu k..saaayaangg zaquan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada la nmpk perubahan sikit dah sekolah ni, mewarna pun dah cantik sikit berbanding sblm sekolah dulu.

      In Shaa Allah Mak Yang.., Zaquan cuba jd yg terbaik..:))

      Delete
  11. Thn dpn turn kita pula eija. Nerves.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa tu pengalaman pertama bg kita hantar anak ke sekolah, mcm² perasaan ada sbnrnya.., ok la auni nak start school usia 4 thn..mesti lg bijak dia nnti..

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails