Wednesday, September 29, 2010

Hadiah Saguhati "Mama Zakwan Buat Contest" Dah Diterima

Hoooohooo..Hadiah saguhati yg Zaquan menang untuk contest "Mama Zakwan Buat Contest" sudah pun kami terima. Akceli hari Jumaat minggu lepas lg sudah diterima...dh slmt sampai kat umah my mil..sweetmama guna alamt umah my mil..sbb kalo guna alamat umah sndiri xde sape pun kat umah nak terima pos laju..huhu..

Hadiahnya lambat publish sbb ari jumaat petang tu sweetmama bz tolong my mil wat keje utk open house my mil esoknya pada 25 Sept 2010(sabtu)...sampai terlupa nak bw balik bungkusan hadiah..Hari sabtu pun sweetmama terlupa nak bw balik...tau2 hari Isnin sweetmama nak ambil bungkusan..my mil bgtau dh selamat dh zaquan buka n main..tp br semalam sempat sweetmama snap pic hadiah n suruh zaquan posing ngna hadiah dia..

Ini Hadiah Saguhati Zaquan ..yg diterima daripada Mama Zakwan
Tenkiu Mama Zakwan. Zaquan suka...
Hadiah..tabung cute..kaler ijau..menambahkan lg minat zaquan utk menabung
 Ini la gaya Zaquan bila sweetmama bgtau dia cepat..posing ngan hadiah tabung...
yg bestnye smlm dia sporting pulak nak bergambar..bkn main senyum lg dia.. ^_^.
(sila abaikan hingus zaquan yg meleleh tu ye..cian anak mama x berape sihat..batuk n selsema)

Excited jerk dia nak bergmbr n masukkan duit dlm tabung..semalam zaquan dpt tabungan yg pertama..dia dpt pau duit syiling atok dia...., atok pun mmg pesan suruh masuk dlm tabung ...huk3..

Main Kutu Diharamkan Di Malaysia?

Salam 20 Syawal,

Pagi mcm biasa..otw nak ke opis..dlm kereta selalunya kami layan Hot FM..so pagi td topik Hot FM ialah Main Kutu Diharamkan Di Malaysia..? Apa pandangan anda2 sume...? 

Berita ini dikuatkan lagi dengan laporan akhbar Kosmo


KUALA LUMPUR - Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang.
Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan.
Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.
"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.
"Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ohhh tidak..kalo ikut pandangan sweetmama..x nmpak dimane kesalahannya bermain kutu..lebih2 lagi sweetmama n papa zaquan mmg main kutu..kami main kutu sekeluarga pulak tu..sebulan RM100..ini kira mcm saving kita la..malahan sweetmama turut main kutu bersama kwn2 opis ni..means sweetmama main kutu dua team..1 team ngan my MIL n satu team lg ngan geng opis..Alhamdullillah..dgn duit kutu ni jgk sweetmama simpan utk g holiday next month..cuti2 Indonesia..hik3..

Ini sume gara-gara Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas tuduhan menganjurkan pelaburan wang kutu menggunakan wang pos dinamakan Program Ekspres yang dikatakan sudah mencatatkan keuntungan kira-kira RM30 juta hasil penyertaan 30,000 ahli.

Sabbri Yusof, 49 dan isterinya, Rahimah Rahim, 39, pemilik World Heritage Resources, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas saman ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Hafizah Abdul Rajak.

Kedua-duanya didakwa menggunakan syarikat milik mereka untuk menganjurkan pelaburan wang kutu sedangkan syarikat itu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai ejen komisen wang.

Mereka didakwa menjalankan Program Ekspres yang menyalahi Akta Kumpulan Wang Kutu 1971 di antara 1 Disember 2008 hingga 29 April lalu.

Pasangan itu berasal dari Kuala Lumpur disaman mengikut Seksyen 3 akta berkenaan yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Dalam prosiding semalam, pendakwaan diwakili Pegawai Pendakwa SSM, Steve Chin Yun Cheong, manakala pasangan terbabit tidak diwakili peguam. Hafizah menetapkan 2 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu. 

Tindakan terhadap syarikat itu susulan serbuan serentak dilakukan SSM terhadap tiga syarikat perniagaan yang dipercayai menganjurkan program pelaburan wang kutu dengan kaedah wang pos.

Selain World Heritage Resources milik Sabbri dan Rahimah, dua lagi syarikat dijangka berdepan tindakan undang-undang oleh SSM. 

Aktiviti syarikat terbabit melanggar akta yang melarang orang perseorangan, perniagaan atau syarikat daripada menganjurkan program kutu seumpama itu.

Menurut suruhanjaya itu, berdasarkan maklumat, ada pelbagai pakej ditawarkan penganjur program merangkumi pelbagai pelan pelaburan.

Sebagai contoh, Pelan A Platinum mensyaratkan peserta membuat pelaburan RM312, Pelan A Emas (RM100), Pelan A Perak (RM50), Pelan B Platinum Bijak (RM396.50) dan Pelan B Emas Bijak (RM136.50).

Difahamkan, siasatan suruhanjaya mendapati World Heritage Resources yang beroperasi sejak akhir 2008 mendapat sambutan hebat di kalangan pelabur Bumiputera sehingga ada peserta melabur sehingga RM300,000.

Sumber : Harian Metro

Kalo main kutu spt mane pasangan ni main mmg nmpkla ade unsur riba kat situ..amboi..siap untung 30 juta tu ... kalo main kutu mcm kami main setakat 10 ke 15 org ni x nmpk mane buruk nye..mmg xde unsur keuntungan or riba pun..masing2 dpt pulangan masing2 jerk..


Tuesday, September 28, 2010

Contest Couple Muka Seiras

Salam 19 Syawal,

Sweetmama ditag oleh Mama Najlaa untuk joint Contest Anjuran LayanLynn . 


ini pic yg sweetmama pertaruhkan..
me with my lovely hubby
seiras tak..? 
pic masa zaman bercinta ni..5 years ago..
ade org kata muka kami ade la sikit iras..sbb tu ade jodoh kot..huhu..
Alhamdullillah..dh 3 tahun usia perkahwinan skrg.


Sweetmama Tag

Monday, September 27, 2010

"ADAM HIFDZAN 1st BESDAY GIVEAWAY by ZuraZari"

Salam 18 Syawal,

sweetmama joint GA anjuran ZuraZari. GA bersempena dengan besday Adam next month pada 24/10/2010..
Due Date : 10/10/2010

Happy Becoming B'day To Adam ..
Moga membesar menjadi anak yg  soleh, berjaya dunia & akhirat, sihat & ceria selalu.

Ini Pic Zaquan yg sweetmama pertaruhkan
pic masa kami bercuti ke Cameron Highland pada hujung tahun lepas..

Nama Anak : Muhammad Khair Zaquan bin Muhammad Khairi
Umur Anak : 2 tahun 3 bulan

3 rakan yang ditag

Artis Dicekup Di Rumah Janda

Kes berlaku di Putrajaya.. artis veteran seorang penyanyi dan pelakon terkenal era 1980-an dan awal 1990-an...dicekup kerana  disyaki berkhalwat bersama kekasihnya..seorang janda di kuarters kerajaan di Presint 15. Alasannya nak berhari raya...tp sblm2 ni pun menurut sumber artis ni dipercayai mmg kerap mengunjungi dan menginap di rumah kekasihnya ni.

Info dan Sumber Lanjut......baca kat sini..Harian Metro

Apa nak jdk la..ermm agaknya sape la artis tu ye... dh la berumur dh berusia 50-an pun..yg jnda tu pulak..kalo dh kena tangkap kat kuarters kerajaan..maknanya mesti penjawat awam..wat malu kakitangan penjawat awam jerk la..

Friday, September 24, 2010

Zaquan Belajar Sembahyang

Pada 29 Ramadhan lalu...sweetmama sempat snap pic zaquan yg sibuk ikut uncle Assad sembahyang maghrib. Selalunya dia selalu mengacau sweetmama smyg..tp x smpat la pulak sweetmama nk snap..kali ni baru berpeluang nak snap..lebih2 lagi dia btol ikut sembahyang dr rakaat pertama hingga selesai sembahyang. Cute Sangat..♥

Akceli pada 29 Ramadhan lalu ade tetamu nak berbuka puasa kat umah my mom..kwn my younger sister..citer diorg ni mmg kelakar sikit...dulu prnah bertunang..n putus ..n now..berkawan baik semula..ermmm..lantak la kalo ade jodoh x kemane..my mom dh siap masak rendang n nasi impit...so persiapan sehari sblm raya ..kami agak rilex..lg pun kan ade khabar angin hari raya maybe jatuh pada 9.9.10 (khamis).

ini dia menu special my mom utk tetamu kesayangan dia..


Jom Cuci2 Mata @ Katalog Ikea 2011

Salam 15 Syawal,
jom kita cuci2 mata kat http://www.ikea.com.my/

Katalog Ikea 2011 dh kuar..selalunya my friends Atie Azrul ni yg rajin g amik Katalog free Ikea ..Tahun ni punya katalog Ikea 2010 dia la yg dok promote..smpai sweetmama terberkenan n terbeli almari kaca ikea tu 2 biji..huhu..

Jom tgk ape promosi Ikea utk spnjag thn depan
@
@
@
@
@

Ohh...nmpknya meja tulis zaquan turun harga lagi..sweetmama beli masa thn 2008 RM49.00, Thn 2010 punye promosi 39.00 , Thn ni punye Promosi dh jatuh lagi la..cuma RM 29.90..hehehe...byk lg promosi nye..ermmm..tgh belek2 online ni..

P/S : okey..nak g jamuan raya JANM sat ye..

Thursday, September 23, 2010

Berbuka Puasa 31 Ogos 2010/21 Ramadhan 1431H

Ramadhan dh berakhir..syawal pun hari ni sudah masuk hari ke 14...sekejap jerk 2 minggu berlalu..tp sweetmama ade lg n3 berbuka puasa nak tempek kat sini..

x kisah la kan..blog sweetmama..diari sweetmama..memories sweetmama..so ape sahaja yg sweetmama rasa nak simpan kat sini..sweetmama akan simpan..x kisah la citer tu basi pun..

Cuti Umum merdeka bulan Ogos lepas..sweetmama x berjalan pun..papa zaquan tlh wat aktiviti tido smpai ke ptg...pastu bila bgn baru kata jom buka puasa kat luar..ermmm..biasa la tempat msti full punya kalo kuar rumah dh petang..huahuaa.. kami singgah JJ Cheras Selatan sbbnya zaquan pun ngamuk kat papa asik tido jerk.. dia nak jalan..nak main games..katanya..hahhaa.
yezza..kena puas kan hati si kecik dulu..

at lastnya kami berbuka dlm kereta jerk dulu..beli ais blanded mocca kat starbuck dulu..
pastu terus g kajang..sbbnya mlm tu kami nak amik order biskut raya yg club opis sweetmama order borong ..dh siap kat umah my mil. kami pun terjah la Kenny Rogers kat Metro Point, Kajang..tp kol 8.30 br dpt mkan...xpe la jnji puas hati dpt mkn kenny rogers
menu berbuka kami..yummy2..sedap..we all penggemar Kenny Rogers..
Zaquan mmg sgt sukakan muffin tu..dua2 dia yg punye..huk3..

ummmaaahhhh...cyg mama n papa, 
mama n papa pun cyg sgt zaquan♥♥♥

Selesai mkn terus g umah my mil..amik order biskut raya yg dh siap

haaa..ini pic candid zaquan yg amik tau..yg atok nya pun suka melayan..msti atok n nenek igt pic zaquan amik x jdk..tp sbnrnya jdk..zaquan mmg dh pandai amik gambar..dh pandai tgk skrinn..cumanya tgn dia jerk yg selalu dok kacau kat lens..hehee
hehee..ye2 jerk atok zaquan melayan zaquan..mmg saje atok pose2..sekali sweetmama tgk blk camera..jdk rupenya zaquan candid gmbr atok n nenek..

sedar x sedar..borak pnye borak..dh lewat mlm..tp sempat lg kami g minum kat impian..n balik dak kecik ni dh tertido dlm kereta..n terus lena smpai ke pagi..hahaaa..papa zaquan siap letak elmo sblh zaquan tu yg x thn tu..

Cute MuM Dtg Beraya@My Home Sweet Home

Salam 14 Syawal,

Kelmarin...12 Syawal..kami ada tetamu..  Cute MuM a.k.a Adik Ipar sweetmama dtg beraye umah kami. So memandangkan my sil dh sms bgtau nak dtg..so dpt la sweetmama masak ape yg patut...sib baik jgk my son zaquan, atok n nenek dia nak bw g berjln raya kat area tmn rumah sane. sakan betol anak mama ni berjalan..

So balik kol 7 mlm smpai umah terus masak..masak simple jerk la..Mee Goreng  n  sempat jgk goreng keropok, hotdog n ayam goreng utk dimakan bersama Mee Goreng. Terima kasih ye sudi dtg umah kami..n ntah ape la rasanye sweetmama masak tu..almaklumla bknnye pandai masak..ngeh3.. 

Sesi2 bergmbar mmg xde la ye..kamera kan rosak lg..:(...ini pun sweetmama sempat curi2 amik pic diorg tgh mkn guna kamera h/p papa zaquan....hik3..smbil tu sweetmama dok main ngan my niece Dania Alisha ni...

Papa dok joint makan sekali...
sweetmama dok layan bdk tomey ni...
@

@

@
@
@
@

@
@

 Dania Alisha cukup pandai beraksi dpn kamera la..suka pndang kamera n tersenyum.. :))

Tak lama lepas tu Zaquan pun smpai ngan atok n neneknya..baru la riuh sikit umah..suka la dia dpt jupe bb alisha..alisha pun bkn main tergelak bila kena letak atas bdn abg apan ..huk3..

pastu kami kuar g lepak Impian..msti nak kena minum gak..w/pun kat umah dh makan..hehe..sedar2 smpai kol 12.30 gak melepak kat Impian..balik umah terus sleep..hehee


p/s : bila la pulak kami nak terjah umah Cute MuM ni..

Wednesday, September 22, 2010

Dinner @ D'One Steak

Salam 13 Syawal..

balik dr keje pada hari Isnin/11 Syawal...kalau diikutkan plan sweetmama nak masak jerk utk mkn mlm ..brg basah/dapur pun dh beli n byk pun dlm peti ais..tp masa otw nk blk umah..dlm kereta papa zaquan bgtau kat sweetmama dia tetiba teringin nak makan Chicken Chops..Aduss..papa ngidam ke..:p...huk3..

ermmm..memandangkan papa dh teringin/ngidam..sweetmama pun cadang kami try mkn chicken chop kat D'One Steak, Bandar Baru Bangi ..n papa zaquan pun setuju ..lebih2 lagi bila smpai umah my mil nak amik zaquan..zaquan dh siap pakai baju cantik..bj jalan..my mil bgtau dia yg pilih baju mane dia nak pakai n dia dh tido siang lama..mmg nak jln jerk la yg dia igt...so amik zaquan terus la ke D'One Steak

Ini menu kami
Chicken Chop tu menu papa la..sweetmama nye Fish n Chips.
ermm..tp papa frust sikit la chicken chops dia x berapa power la/kureng sikit..cair la blackpaper dia..x bleh lwn chicken chops kat Restoran F1.
Tp sweetmama nya Fish n Chips tu sedap tau...kena la ngan tekak sweetmama.

my encem boy..siap sibuk ngan kaler pencil n colouring book dia..

licin..kenyang..n puas ati la dpt mkn ape yg diidam w/pun chicken chops nye kureng sikit..tp msti la kena abiskan sbb sweetmama yg belanja papa..huhu..

Malaysia Day Giveaway

Sweetmama joint giveaway lagi..kali ni anjuran Cute MuM.
Giveaway bersempena dengan Hari Malaysia pada 16 September 2010.
 " BINGGO!! " 

Due Date : 30 September 2010

Jom Joint ...KLIK SINI

Mama Balqis 2nd Giveaway

Sweetmama Joint Giveaway Anjuran Mama Balqis@Anje.
Due Date : 8 Oktober 2010.
Giveaway bersempena dengan Ulangtahun Kelahiran Mama Balqis@ Anje yang ke 26 tahun pada 21 September  2010

Seikhlas hati dari sweetmama:-
Sweetmama doakan moga Mama Balqis dipanjangkan usia, dilimpahi rezeki, berbahagia di samping keluarga tercinta dan sentiasa dibwh limpah rahmat dr NYA!


Contest Lebaran Si Manja

Sweetmama joint contest anjuran as cHubby
ini pic si manja sweetmama di hari lebaran.
Pic my son sibuk dok kacau papa dia masukkan duit raya dlm sampul raya di pagi raya..hehee....kununnya wit raya untuk dia la tu..


Nama Si Manja : Muhammad Khair Zaquan Bin Muhammad Khairi
Umur Si Manja: 2 Tahun 3 bulan
Status Si Manja : My Lovely Son.
Nama Ibu : Eija ZaQuan 

Due Date : 05 Okt. 2010 sempena dgn 1st b'day boboy.
Happy Belated b'day to Qaseh n happy becoming b'day to Boboy. Moga menjadi anak yg berguna kpd ibu bapa ye..!

Nak Joint.. Klik Sini

U & Me Rayer Together2 Contest

Salam 13 Syawal..,

Pagi ni sweetmama nak joint 2nd contest anjuran Mama RifQy. U & Me Rayer Together2 Contest.


Ini pic yg sweetmama pertaruhkan.
Pic sweetmama wif my lovely asben..Papa ZaQuaN.
Pic Hari Pertama Syawal 1431 Hijrah @ Kg. Bahagia, Bangi Lama.
Pagi raya thn ni tema kami sedondon pink purple..hehee..

Me♥ dis Pic..sbbnya kami tetap tersenyum bila adik ipar sweetmama ckp nak amik gmbr kami..sweetmama siap wat peace lg tu..w/pun sbnrnya time ni hati tgh sedih ..perasan tak..kat tgn papa zaquan tu ade kamera...that's our kamera n kamera tu rosak..terjatuh di pagi syawal. Tp papehal pun  syawal thn ni tetap disambut dengan gembira oleh kami sekeluarga..^_^ . 

Jom joint sekali..due date 2 minggu jerk ye..KLIK SINI

Tuesday, September 21, 2010

ADUSS..BLOG SWEETMAMA PUN KENA JGK~MALWARE DETECTED~

Salam 12 Syawal,

Aduss..akhirnya serangan malwere di dh menyerang blog sweetmama sndiri...sblm ni mmg ade perasan bila nak blogwalking blog kwn2..kuar malwere detected ni..tp pagi ni buka blog sndiri guna google croome n firefox x bole buka..kuar Warning: Visiting this site may harm your computer.

So..bila x bleh buka..sweetmama pun buka la guna Internet Explorer..bole la baca blog..tp mestila risau jgk..sbbnya ini kan dh serupa virus yg menyerang..msti membahayakan komputer.

Rasanya mmg dh ramai rakan2 blogger yg kena serangan Malwere ni n cara  tanganinya pun ade gak beberapa blogger yg dh wat..bila blogwalking kat blog my friend AYU -CITARASA RINDUAN dan Blogger ARIF ade mereka wat n3 tentang tips untuk membuang serangan Malwere ni..So kpd kwn2 yg terkena serangan ni bole la terjah blog mereka ya. Baru la kita dpt berblogging dgn tenang kan ..♥

Monday, September 20, 2010

10 Syawal : Majlis Tunang Kazen, Hantar Repair Kamera, Pak Cu Apit Zaquan Dtg Umah Beraya n mlmnya Mama Ngan ZaQuaN Pulak Beraya

Salam 11 Syawal,

Panjangnya tajuk n3..hehe..,

Semalam 10 Syawal..itu la agenda  n aktiviti kami..

  • Majlis Tunang My Kazen~Maisarah Ishak~


kol 11.00 pagi bertolak dari umah terus ke majlis pertunangan my kazen kat Senawang, N.Sembilan..kami sebaya..bukan saje sebaya tapi same tarikh lahir..11 Julai 1980..hehee..dolu2 masa kecik2 prnah la celebrate sekali..dh besar2 ni..ermm..hubungan pun dh x rapat..huhu..

majlis pertunangannya berjalan ngan lancar...kami smpai pun on time..sampai2..tuan umah suruh mkn dulu..so terus la kemeja mknan ye..mknanya mmg sedap la..mkn nasi berlauk..zaquan pun selera jerk makan..pic2 mknan kami x snap..pic2 kami jerk yg lebih..hahaah...kami pulak yg posing..mengalahkan org nak bertunang..:P

time ni dh kenyang..lepak2 smbil menanti rombongan dr pihak lelaki & sblm majlis bermula..

sblm tu..smpai2 umah ..my sis smpat snap pic hantaran
hantran drpd pihak perempuan kpd lelaki

Ohh..rombongan lelaki sudah smpai ye..

hantaran drpd pihak lelaki kpd pihak perempuan
ini la my kazen yg sedang berdebar menunggu detik menjd tunangan org..hehe
alhamdullillah selesai ngan selamatnya.


Sib baik jgk la zaquan x meragam sgt..sbb ade kawan..dua pupu zaquan jgk diorg sume ni..n diorg sgt leka main buaian smpai la majlis selesai..

Alhamdullillah..selasai majlis..kami sume bergmbr kenangan ngan sume pakcik makcik sebelah abah.., kazen sweetmama ni anak abang my father..anak Pak Teh..tp pic reramai tu dalam  camera photografer la ye..huhu..
ini antara pic wan & anaknya(abah & adik-beradik dia)
hehee..smpat lg anak beranak ni nak posing.., zaquan siap request nak dok atas bantal ni..

  • Hantar Repair Camera@ Bintang Maju, Warta

Selesai sume..kami pun beransur la dulu..dr senawang dh kol 3.00 ptg..OTW nak balik umah..My Fil call Papa Zaquan nak ajak berjalan raya..tp iye la kami kat atas jln lg ni..x tau la kol brape pulak smpai...so papa zaquan bgtau..kami xdpt nak joint la nmpknya..

Sib baik jln clear..kol 4 dh smpai umah..igtkan..my family nak dtg singgah umah..sekali diorg ikut LEKAS..terus terlupa nak dtg menyinggah..kami pun terus la plan ke WARTA..antar kamera sweetmama yg rosak tu kat BIntang Maju, Warta..ermmm..kalo ikut salesman tu bgtau..rasa mcm xdpt nak claim warranty jerk..sbbnya kerosakan kamera tu nmpk sgt sbb terjatuh..huhu..papehal pun diorg akan hntar kat centre dulu.kalo bole, okey la..kalo x..kena tmbh duit sndiri la nmpknya..sib baik jgk la dia bgtau kos gnti lens camera tu lebih kurang RM200+ jerk..

  • Pak Ucu Apit Zaquan Datang Beraya

Balik dr Warta, Pak Ucu Apit Zaquan pulak call nak dtg beraya ngan awek dia..okey la..zaquan suka la dpt jupe Pak Cu Apit dia ni. Sweetmama jamu diorg dengan spagetthi jerk..

acik linda x pndang camera la..

Peace..tp lepas tu bila Pak Ucu Apit dia balik..mula la dia menangis2..nak ikut..huhu..

Kami Pulak Beraya

Akceli kami x plan lgsung pun nak kuar beraya mlm ni..plan kami cuma nak dok umah layan bola..MU lwn Liverpool..layan astro beyond...bola start awal pula tu.. kol 8.30mlm..

Tetiba My Fil/Atok Zaquan datang umah n ajak kami beraya..bila my mil bgtau nak g raya umah sepupu papa zaquan(abg ajai/k.yani)..sweetmama pun okey jerk..sbbnya excited gak nak tgk umah baru diaorg..n papa zaquan pun setuju nak g umah sepupu dia tu..so kami pun terus bersiap2 n kuar umah kol 7 mlm..smyg maghrib n mandikan zaquan kat sane terus hehe..Siap dihidangkan kami Satay..kenyang la..

Lepas tu papa zaquan terus dgn agenda asal..tgk bola..wajib..die hard fun MU la katanya..sweetmama n zaquan joint my family in law..beraya..terus ke PJ..umah Makcik Papa Zaquan..kat sini terus bg nasi utk mkn malam..bertambah2 kenyang..hehee
kol 11.15 br bertolak dr umah acik yah smpai umah dh kol 12 mlm..bole pulak sweetmama terslh bw kunci..sib baik papa zaquan lepak kat Impian..dh satu keje pulak lps tu hntar blk sweetmama ..huhu

Saturday, September 18, 2010

Pelakon/Pelawak M. Rajoli Meninggal Dunia!

Pelakon dan pelawak M. Rajoli telah meninggal dunia pada jam 10.55mlm td di Hospital Ampang disebabkan penyakit kelenjar kanser otak. Salam Takziah buat keluarga beliau dan semoga roh beliau ditempatkan dikalangan org2 beriman.

Sumber dan info lanjut  Klik Sini - Harian Metro.

Friday, September 17, 2010

Misi Mengemas Berjaya..Ceria Tak?

Semalam cuti umum Hari Malaysia..sweetmama x berjalan raya pun..cumanya otw nak balik dr cheras ke bangi..kami singgah umah Mak Long Cheras(Papa Zaquan) ...umah Mak Long ni mmg wajib kena ziarah..kalo x mmg bising Mak Long..hehe..mmg dekat sgt umah mak long papa zaquan dgn umah my mum.. 10 minit dh smpai..tp dlm tempoh 10 minit tu zaquan bole terus tertidur dlm kereta..ngantok sgt la tu..n spjg kami beraya kat umah mak long cheras..mmg zaquan tido ngan lenanya..kami kuar pun dh tgh ..lps zohor..waktu sedap nak tido tgh..hehe..

Lepas beraya umah Mak Long..terus singgah umah my mil..nak amik drill..misi untuk memasang tirai dapur n mengemas la..kebetulan atok n nenek zaquan nak beraya..haaaa..sedang elok sgt la..atoknya nak bw zaquan berjalan..bole la kami mengemas dgn tenang..

sampai umah..mmg terperanjat la..knape pulak maggi ade depan tangga..pastu abis terbuka..check kat dapur..xde pulak terabur..tp bila check kat bilik stor..abis stok susu zaquan kena tebuk n bersemut..sah ade binatang..masuk ni..x lain x bukan..Cik T la..sejak bila pulak umah ni ade cik t...sebelum ni tinggal umah seminggu jgk..xde pulak Cik T masuk..n selama dok kat umah ni  pun x prnah jupe lg ngan Cik T ni..huhu..

So Apelagi ..mmg berhempas pulas la kami mengemas semalam..smpai ke mlm..sib baik jgk la zaquan ikut atok n nenek dia beraya..kalo x mmg x jdk keje kami di watnya..spjg mengemas umah pun x terjupe pulak Cik T ni..

See..okey x ..ceria x..ini la hasilnya semalam..tp sweetmama snap tirai n carpet br jerk la ye..itu jek pun yg lain utk raya thn ni..hehee

SBLM DEKO
deko sblm..xde tirai n carpet..

SLPS DEKO
ini la tirainya yg diidam2kan..tp dlm pic x berapa nmpak sgt..(guna camera hp jerk..)

carpet raya ..so tikar dh ganti letak sebelah dia..disebabkan hanya guna camera h/p..x dpt la sweetmama nak amik full pic view mcm deco sblm tu..huhu..

Mmg terasa penat btol semalam mengemas, mengelap kerusi n tingkap..mengemop..sib baik jgk la tugas mengemop lantai..papa zaquan yg tolong settlekan..itu br 1 floor..adoii..mlm ni sesi nak mengemas n mengemop 2nd floor pulak..ruang tv..tempat lepak n tido kami..huhu..

Sedar x sedar kol 9 mlm jgk la br selesai misi kami..pastu terus lepak minum kat Impian sementara menunggu zaquan balik beraya..wah nmpaknya mmg beraya sakan zaquan ngan atok n nenek sbbnya kami dh balik dr minum pun..zaquan x balik2 lagi..kol 11.30 mlm br zaquan smpai..atok antar smpai umah..tp atok n nenek  x beraya pun umah kami..iye la..diorg pun tau n faham..yg kami  br balik umah n misi kami cuti ni nak mengemas umah n blom bersedia utk terima tetamu nak dtg beraya....(hehe..bole plak camtu..). Brg2 dapur pun br nak g membeli ari ni..heehehe..

Tp kpd sesape yg nak dtg beraya umah sweetmama..dialu2kan..tp papehal pun calling2 n inform dulu tau nak dtg..lebih2 lg ujung minggu..mmg byk program..hehee.

Tgk Wayang..Mlm 6 Syawal..

Salam 8 syawal..,

Dh petang2 baru ade mood nak update n3..pagi smpai ke tgh td blogwalking..waktu rehat sweetmama hari ni pulak di isi dgn lunch n cuci2 mata di Alamanda..sib baik ade kwn nak bw..heehe.., ari Rabu ari tu pun sweetmama lunch kat Alamanda..iye la cafe kat sini x buka..next week br buka..

Mlm 6 syawal (Rabu)..yg hari pertama sweetmama mula bekerja tu..lepas balik keje bole pulak tetiba mood papa zaquan nak ajak sweetmama tgk wayang...mmg tetiba jerk tau..surprise la kunun..hehe..sweetmama pun call my mum bgtau bole ke kami balik lewat sbb nak tgk wayang..sbbnya my mum yg jg zaquan kan..yeay..sib baik my mum kata okey..so..akhirnya tgk jgk la kami wayang mlm tu...kami layan cite lawak..
@
@

@
@
@
@
@



Citer ni dh lama kat panggung sbnrnya..dh sebulan kat panggung kat M'sia ni..12 Ogos dh mula tayang kat pawagam sini..25 Jun tu tayangan kat oversea la ye..tp kiranya mmg dh lama la cite ni ..tp kami bole jerk layan....tgk pulak pelakon dia Adam Sandler , Chris Rock & Rob Schneider yg conform berlakon lawak mmg best..so bila papa zaquan offer jerk..setuju jerk la..

Memang lawak giless citer ni..mmg tergelak dr awal smpai abis citer..tp x sesuai ditonton bersama kanak2 ye..ade unsur2 sensored sikit..huk3..


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails