Thursday, April 23, 2015

Abg Zaquan dah Darjah 1| Pengalaman Pertama Anak Masuk Darjah 1

Assalammuaalaikum,

1st n3 untuk tahun 2015, dah penghujung April pun, berbulan² dah x menghapdet blog, terasa lama plk..(mcm poyo je kan),  jenguk blog pun tidak sbnrnya, rasa mcm nak tinggalkan blog pun ada semenjak abg Zaquan dah bersekolah penuh ni kan, jadual mamanya lari habis.., Iyelah bukan senang nak uruskan anak sendirian..terkejar² jgk dibuatnya..

Disebabkan ini merupakan pengalaman pertama anak masuk darjah 1 jd mama xmo la pengalaman tu berlalu begitu shj, mau simpan jgk memori abg bersekolah penuh dalam blog my memories ni walaupun rasanya pengalaman yang sama jgk dilalui oleh mak²/ibu di luar sana..

Inilah wajah my baby boy yg dh besar, dh darjah 1..
pic taken 2nd Januari 2015 di hari Pendaftaran Murid Tahun 1@Sek. Kebangsaan Presint 18(2), Putrajaya.


Hari pertama kan dia berpakaian lengkap sekolah, muka excited je, nak bangun pagi pun senang je time ni, nak suruh bergambar pun sporting..hehhe.., Papa yang byk uruskan persekolahan abg time ni..sbb mama tang isi2 borang ni failed...

Hari pertama persekolahan 
12 Jan 2015.

Bekalan Pertama untuk Abg ke Sekolah, Nasi Goreng Kampung..
erkss ini pun nak citer gak ke..Hhahaa..


Puas hati tgk dia makan bekal sampai abis..

ekceli mula² semangat ko nak bekalkan anak² bekalan ke sekolah, sekali bila  Mr. Papa try bg duit belanja kununnya supaya anak pandai berbelanja, sekali amik ko pandai n sedap pulak dia berbelanja terus xmo mkn bekal mama w/pun time tu mama dh siapkan bekal, apalagi Mama dia terus majuk xnak masak pagi buat bekal lg dah..owhhh mama ni sabar je la kan..., tp now dah GST ni kan...Mamanya terus semangat nak buat bekal utk anak² cuma tulah anak² ni demand gak dh bawa bekal nak jgk duit belanja.

Ok..tinggalkan citer pasal bekal dan makan, layan kan pic abg semasa Minggu Transisi Tahun 1 /Minggu Orientasi Tahun 1 (12- 23 Jan 2015) ..2 minggu tu orientasi. Alhamdullillah Abg ok..xde masalah xnak ke sekolah.., Mama tgk bdk² zaman sekarang mmg x mcm kita dulu, Mama x nampak sorang pun bdk nangis xmo ke sekolah/takut ke sekolah. Minggu ni dia semangat nak ke sekolah adalah..srnok dapat jumpa kawan², keje sekolah pun dah tentu² xde lagi time ni..

Now.., pun dia xde masalah xnk ke sekolah, dia seronok je nak g school cuma mcm biasalah liat sikit nak bangun awal pagi ke sekolah, hari² nak jgk dengar jeritan Mama kejut bangun pagi..huhu. Ermmmm..homework pun liat dia nak buat, nak kena hadap dia sorang br dia nak buat..owhh anakku...betul² menguji kesabaran emak..

Owh ye..Mama n Papa amik cuti seminggu tau utk uruskan persekolahan Abg ni, sbnrnya cuti sehari je pun dah mencukupi tp biasalah excited 1st time anak bersekolah penuh, tp bkn boleh tgk dia sepanjang masa pun, time awal pagi n waktu rehat je pun boleh tengok, hikmahnya..Mama boleh dating berdua dgn Mr. Papa la..

Perhimpunan Pagi @ Minggu Transisi Tahun 1 
Ok la sekolah ni x ramai sgt pelajar, murid yg ada pun tahun 1 hingga tahun 4 je..

Abg ditempatkan di Kelas 1 Delta 


Intai² Abg Zaquan dari luar tingkap kelas @ Minggu Transisi Tahun 1 



Bagus bdk² zaman sekarang, xde malu²..semuanya nak ke depan, Cikgu tanya soalan..semua berebut angkat tangan nak jawab.., Abg pun sama mcm ni la kena aktif bkn jd pelajar yg pasif tau.., Anak mama ni mmg bkn la pandai sgt, membaca pun masih terkial² sbb dia mmg sgt mls nak membaca..dia x minat BM, tp dia minat mengira..dia mmg minat subjek Math.., apepun abg kena belajar rajin² tau kalau nak berjaya..


Nak citer sikit la rutin harian Mama yg dah bertukar sejak Abg bersekolah penuh ni, pagi mcm biasala hantar Abg dan Adik g school, tp kalau sebelum ni keluar rumah lmbat, skrg kena keluar rumah awal sbb waktu sekolah last masuk kul 7.40pg, plg lewat 7.40pg dh slmt sampai sekolah bak kata Abg kita keluar rumah time gelap..hehe. Waktu tengahari plk kelas tamat jam 1.10tgh, sebelum ni xde istilah keluar tengahari g amik anak sekolah, skrg terpaksa jgk curi sikit waktu kerja keluar kul 12.30 belikan mknan tengahari dia siap² n terpacak depan sekolah jam 1.00tgh. Lepas tu uruskan Abg utk ke kelas KAFA plk, bawa dia balik g opis mama (sekolah blkg opis je), mandi, siapkan dan makan di opis sebelum ke Kelas KAFA jam 2.30ptg. Balik keje jam 5.30 ptg terus amik Abg n Adik pecut balik rumah plk..menghadap jemmed..wahhh..bertabah je la..sbb sampai skrg ni masih lagi PJJ dgn Mr. Papa, Owhh Papa cepatla dapat bertukar ke sini..

Opis dah jd rumah kedua Abg, mandi, siap dan makan tengahari disini.

Sekali dua je bila dah terpaksa if Mama berkursus or ada tugas Audit, Abg belajar mandi dan urukan diri sendiri di sekolah, tp mama tetap dtg jenguk pastikan dia dah siap dan makan. Susah hati nak biarkan dia uruskan sendiri melainkan dh betul² terpaksa.


Sekian. Yeay..berjaya jgk update blog dan n3 yg dah berkepam ni..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails