As Salam,
Ni last part story Unplanning Holiday Melaka, kalau ikutkan w/pun unplanning holiday..tp Papa mmg dah berniat nak ber reunion sambil bawa kami bercuti, Macam mama citer sebelum ni la..mulanya kalau dapat bermalam di hotel yg ada swimming pool dah ok sgt ler, tp hotel budget je yg ado, swimming pool nan ado, so planning hari ahad (9/12/12) nak bawa anak² g mandi pantai...siyes...mmg nak bawa sgt diorang mandi pantai samada dekat Pengkalan Balak atau pun terjah PD, tp nampaknya planning x menjadi disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan...iaitu HUJAN sepanjang perjalanan kami balik...:(
Pagi tu jam 9.30pagi kami breakfast di Hotel, last breakfast jam 10.30pagi, so nak x nak kami perlu lah bersiap awal w/pun ikutkan Papa cuma dapat rest lebih kurang 3 jam aje sbb sambung ber reunion di asrama sekolah sampai jam 5 pagi baru sampai hotel. Lagi pun dah kata nak g mandi pantai pulak kan, tapi kami sempat jgk lagi rest skjp dalam bilik hotel sebelum check-out, tunggu Adik membuang dulu, baru senang nak jalan..hehe
![]() |
| Muka² kekenyangan n x sabar mau berjalan, time ni kami baru selesai breakfast, Zaquan sporting pulak bila diajak bergambar, Adik pulak x memandang kamera, sibuk memerhati keadaan sekeliling.. |
ermmm..bila dah masuk JJ mane dia ingat air milo, sampai terus ckp nak g tempat permainan la..sbrnya kami tahu dah taktik dia sbnrnya..itulah kan kuasa anak, Papanya layan kan jgk..
![]() |
| See..mmg Papa dia rajin melayan anak2 ke tempat permainan dalam JJ ni dengan Papanya sekali sibuk dok main n jadi peneman setia, Mama pemerhati..hihi.. |
![]() |
| Bersungguh Zaquan main lego, Buat KLCC ke tu abg...susun tinggi2 je pun dia pandai.. |
![]() |
| Adik Ziqry pulak cukup suka main mainan kereta..dia ni suka stering.. |
Ape pun kami tetap enjoy dengan percutian yg x dirancang ni..lagi pun kami suka g Melaka, Melaka antara tempat percutian feberet kami ..:)
Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!










