Tuesday, December 11, 2012

Unplanning Holiday ~ Redah Melaka | Hotel Budget~ Hotel Sunflower

As Salam,

Ini betul² unplanning punye holiday, Hari Jumaat petang (7/12/12)  Papa call opis, padahal dah nak balik dah time tu mcm ler x boleh cakap dlm kereta kan...hehe, tp sbb last minute punye plan, bincang terus dalam telefon ..

Ape nye la yg ad hoc tu kan? Papa call ajak nak tak g Melaka..ehhh mestilah nak...Papa kata jadi dia nak joint reunion sekolah dia kat MOZAC sbb ramai gak bdk sekolah dia yg joint, diorang ada nak buat tahlil sekali dkt sekolah...pastu dinner dkt restoran Dima (makanan Arab)..kalau nak kita redah je la..

So memang kami redah je tanpa booking hotel terlebih dahulu, yelah dh petang Jumaat baru buat confirmation nak joint..event nye Sabtu malam, so kami bertolak dari rumah kul 11 pagi ke Melaka, sekali belum sampai Nilai lagi pun dah jammed...rupanya highway sedang dalam proses naik taraf..tgh wat jalan...mmg jammed giler nak sampai ke Seremban, Kami selamat sampai Melaka jam 3 petang. 

Sampai² Melaka terus terjah Puteri Resort sbb mmg suka duk kat Puteri Resort, swimming pool dia besar..sekali penuh daa..terus berhenti dekat shell n check website semua hotel n call..boleh dikatakan semua hotel kami call dari semahal2 hotel hinggalah hotel budget abis  semuanya dah fully booked pd hari berkenaan...w/pun mulut masing² berkata xpelah kita balik hari je la, tp dlm hati sbnrnya berdoa adalah bilik untuk bermalam...hihi...kesian kat anak² diorang dah teruja kami dah jnji nak bawa mandi kolam, kalau xdpt mandi kolam pun if bermalam at least esok masih ada untuk bawa mereka ke Pantai...

At lastnye Papa kata xpelah kita try jgk cari mana2 hotel, hotel budget pun hotel budget la..kami try masuk dkt perumahan2 baru mana tau ada kan...alhamdullillah ada rezeki kami..dapat jugak hotel, mmg hotel budget la sbb xde swimming pool pun tp sgt selesa pada kami setakat untuk bermalam 1 hari kan n harganya pun sgt la berpatutan...

Kami bermalam di Hotel Sunflower yang terletak di Taman Pertam Jaya, Padang Temu Melaka..Ok la jaraknye xde lah jauh sgt pun nak ke Sekolah MOZAC dalam 20 minit. Kadar Hotelnya cuma RM118 semalam + Heritage Charge (RM2.00) = RM120 semalam..sangat berpatutan kan..siap ngan pakej Breakfast sekali tau. Memang hotel ni masih baru lagi rasanya, keadaannya pun nampak bersih dan selesa.


Hotel Sunflower


Yeay dah sampai hotel..


Ruang Lobby Hotel


Jom kita intai keadaan biliknya..

Katil King Size..
bolehla untuk kami 4 beranak sekali tido atas katil ni


Sampai² 2 beradik dah berguling² terus atas katil..
Zaquan terus bgtau Papa nak mandi kolam...kenalah explain hotel ni xde kolam..huhu
esok Papa bawa g mandi Pantai...(agak² jd ke planning kami untuk tunaikan hasrat anak² mandi manda???)


Depan Katil TV semata²...jimat ruang..


Ruang Meja Solek dan Toilet..
Ruang Gantung Baju dia sebelah kanan katil..


Pada kami dah namanye pun Hotel Budget tp boleh la bersih dan selesa, lepas ni incase kalau hotel² yg mahal fully booked bolehla duk sini setakat nak jalan² Melaka tu kan. Before this kami pernah try duk Hotel Budget dekat tengah² bandar Melaka tu x puas hati langsung...betul² budget cukup² untuk tido je..kettle pun x disediakan..tp time tu pk nak ke Dataran Pahlawan jalan kaki je...hehe

Pack jgk rasanya, check in Hotel pun dah kul 4.45ptg..dapat la rilex sekejap terus mandi sbb nak terus ke Aktiviti Reunion Sekolah di MOZAC..mulanya Papa nak bawa Zaquan je g sekolah, Mama n Adik lepak hotel dulu nnti time dinner lepas Maghrib Papa jemput la tp bila nak keluar je Adik dah merengek sama nak ikut..sudahnya kami semua Papa angkut g sekolah...hihi

Ok la..nnti sambung Papa mengimbas memori dia di Sekolah...^_^..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

8 comments:

  1. bestnya dapat jln2 melaka..tempat bsejarah tu.hehe..saly belum pernah smpai sana..teringin dah ni eija..hik.. cantik hoyel tu,bersih dan tenang je, baru best kan..tenang jew..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. melaka antara tempat percutian favourite kami sbnrnya..
      w/pun unplanning kami tetap enjoy jnji dpt bercuti kan..hihi

      Delete
  2. pyh jugak nk cri hotel kalo plan last minit kan..nsb baik de jugak hotel kosong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kami tahu kalau nak g Melaka mmg kena booked hotel awal2 sbb Melaka tempat pelancongan n lebih2 lg cuti sekolah dan hujung minggu mmg setiasa fully booked, tp tawakal je la ..itulah kan nasib menyebelahi kami ada gak hotel yg kosong w/pun cuma hotel budget...

      Delete
  3. hotel bajet pun jika selesa camni ok je kan... best gak :-) kira puas ati la

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu ina customer mesti puashati kalau tempatnya selesa dan bersih...n w/pun budget x berkira sgt siap ada pakej breakfast.

      Delete
  4. oklah tu janji selesa nak ido kan.. name pun hotel bajet, kalau tido kat kereta lg haru hihihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..betul tu Yana...
      x sanggup rasanya kalau kena tido dlm kereta..sbb anak2 melasak sgt, Ziqry pun skrg dah pandai main kunci kereta kita start dia main on off...on off.., signal, lampu, viper abis semua ditekan2nya...

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails