As Salam,
Kali ni Mama nak story terus tentang agenda utama kami ke HCM, Vietnam iaitu shopping...hihi. Kebetulan sebelum kami pergi bercuti ke HCM, Vietnam keluar artikel tentang Hajah Basiroh ni Akhbar Kosmo - Full Artikel - Klik Sini. Ohh baru tahu boleh terjah terus ke rumah beliau.
Telekung Vietnam popular di Malaysia
pic kredit to:-Kosmo Online
Itu yang planning kami, tempat pertama yang akan kami tuju adalah ke rumah Hajah Basiroh ni, Hajah Basiroh ni pun ada cawangan berdekatan dengan kawasan Cho Ben Thanh Market @ berhadapan je dengan Hotel Saigon Pink 2 yang kami duduki. Tetapi Kedai Cawangan Hajah Basiroh yang depan Hotel Saigon Pink 2 ni lebih kepada kedai makan (Halal) n rojak sikit la.., bayangkan kedai makan dikelilingi dengan baju yang digantung dikelilingnya serta kawasannye pun kecik je.
selesai urusan chek-in hotel, kami terus terjah Kedai Hajah Basiroh ni bagitahu kami ingin ke Rumah Hajah Basiroh dan pekerja beliau melayan kami dengan baik n pekerja beliau yang uruskan urusan memanggil teksi untuk ke Rumah Hajah Basiroh dimana kadar teksi untuk ke Rumah Hajah Basiroh adalah 80,000 VND @RM12.50 sehala. Tempahan teksi boleh dibuat untuk pergi dan balik terus.
Kedai Hajah Basiroh Cawangan Berdekatan Cho Ben Thanh
sempat lagi bergambar sebelum taxi sampai..^_^..
Ada bagusnya jgk taksi disini, cepat je dah sampai..mmg x makan masa kami..hihi
Alhamdullillah selamat sampai di Rumah Hajah Basiroh@premis perniagaannya. Sampai2 terus dibawa menaiki tingkat 1 yang dipenuhi dengan pelbagai pilihan telekung dan baju kurung/kurung pahang siap bermanik2..
Pelbagai pilihan telekung..
Harga ikut jenis sulam/bunga..
8 kuntum - 10Usd@RM30
16 kuntum - 16-17Usd@RM48-RM51
32 kuntum - 21Usd@RM63 (kalau x silap mama la..x berapa igt harga ni sbb x beli pun bunga byk ni, mama beli yg biasa je..8 kuntum...ehhe..itupun dh cantik..)
Pilih, pilih jgn x pilih telekung kaler hitam dengan pilihan bunga yg pelbagai kaler pun ada..
harganye mcm biasa ikut berapa byk bunga n jenis kain..paling murah 14Usd@RM42.
Memang rambang mata, Telekung sulam tangan pun ada..yang ini mahal sikit..27 - 30Usd @ RM81 - RM90.
Jom...masa untuk memilih telekung..
Murah²...Cantik²...sediakan je wang secukupnya..
kain telekung Hajah Basiroh memang berkualiti dan sedap dipakai..panjang dan sejuk
untuk pastikan telekung adalah keluaran asli dari Hajah Basiroh ada tag nama Hajah Basiroh di telekung berkenaan dan dijahit lining pada anak tudung kepala telekung..so mmg x jarang.
Selesai memilih telekung, mata tertumpu pada kain baju kurung/kurung pahang cotton siap bermanik2..harganye baru 17Usd@RM50 je.., dekat sini baju kurung siap bermanik2..RM150++ kan..
Jubah dan Blouse siap pun ada..
Turun ke tingkat bawah kunun untuk kira hasil rembatan telekung dan kain siap...
ahhh sudah beralih pada tudung pulak..halfmonn dan tudung ala2 fareeda..
maunye x terbuntang mata n x tergoda untuk menyopping tudung..murah weiii..
Half moon baru 7Usd@RM21
Tudung ala2 fareeda - 10Usd@RM30 jerk..
Sedar x sedar 3 jam masa kami abiskan disini @Rumah Hajah Basiroh. Nasib la Beg Deuter dan kain pasang/ela cotton xde dijual disini..kalau x pakej kami beli satu one stop je kat Rumah Hajah Basiroh ni. Itupun dah nak abis pilih tudung.., staff dia merangkap anak buah Hajah Basiroh jugak tunjukkan baju Adidas..terbeli jgk la kami..
Mcm mama pernah story sebelum ni budget Mama cuma RM1k shj, mmg cukup2 utk shopping buat diri sendiri dan sedikit buah tgn buat ahli keluarga, 2-3 orang kawan Mama memang ada niat utk bizness..so untungla boleh buat income kalau ada budget/modal lebih..mmg berbaloi²..
Kiranya puashati la kami dapat shopping di Rumah Hajah Basiroh, kebetulan hanya kami je yg ada masa hari kami sampai disini, so layanan mmg tip top siap dapat layanan dari owner Hajah Basiroh Fashion iaitu Hajah Basiroh sendiri. Siap borak² dgn Hajah Basiroh..so surprise bila dia bgtahu pemilik butik yg mmg terkenal jual tudung half moon pun shipping tudung dari dia selalu..(siap dia sendiri tunjuk n buka website thru hp dia tunjuk kat kami kenal x dia, off coz la kenal jual half moon harga ratus2..huhu), sebuah pasaraya terkenal dan terbesar jgk ada shipping telekung daripada dia setiap bulan..n jual telekung yg RM30 kurang2 RM65-RM70 di pasaran Malaysia. Kos Shipping dari hajah Basiroh adalah 300USD siap sampai depan rumah...
Selesai shopping wajibla bergambar kenangan bersama Hajah Basiroh..:)
Terima kasih Hajah Basiroh diatas layanan n tawaran harga yg baik serta bayarkan kami punye tambang taxi untuk balik ke Hotel :))
Inilah dia hasil rembatan dalam tempoh 3 jam kami semua..beg pun x angkut masuk dalam hotel lagi, tp beg plastik dah bertambah2..nmpk sgt beg akan beranak pinak lepas ni..hahaha..
Lagi satu yang buat kami kata layanan yg baik dari Hajah Basiroh bila kami sampai je depan pintu hotel, wakil dari staff Cawangan HajahBasiroh depan Hotel yang nampak kami bawa plastik beg Hajah Basiroh ni bergegas datang tolong angkatkan masuk dalam lobby hotel.., kami kira tgk je la..
Selesai sudah shopping kain telekung dan tudung, misi seterusnya kita terjah Cho Ben Thanh.., masuk bilik simpan beg, isi perut dengan bekalan yg kami bawa serta solat nnti keluar semula. Cho Ben thanh dekat sgt dgn hotel kami..jalan ke depan sikit dah sampai..2 minit je jln kaki dah sampai...nnti sambung next N3..
Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!
Terbaik....gila2 shopping...
ReplyDeletemmg terbaik la shopping di vietnam..hihi
Deleteizan yg baca komen ni pun jadi teruja sgt2. nama pun perempuan kan, kalau bab soping2 ni mmg suka sangat. murah2 tu yg syok sgt tu eija...
ReplyDeletehehe..itulah kan sbb shopping murah2 tu yg jd teruja..
Deletewahhh bestnya.... kalau saya mau teruja jgk.. mesti rambang lari bajet sapalah butik online yg jual halfmoon mahal tu yer.. kikikikikiki.......
ReplyDeletemmg rambang mata n lari budget kita yana,
Deletetp yelah kita belanja mestilah ikut kemampuan kita je kan..
adalah...bahaya sebut nama..nnti kena saman pulak..hahaha...
terbaiklah...nak pi sana jugak...
ReplyDeletehihi..pergi jgn x pergi,
Deletekalau ada tambang murah AA tu intai2 la vietnam..,
skrg mmg ramai dah yg suka shopping di vietnam..
alahaiiiii syok nyeee... x puas le kalau tgk gmbo , kene g sdiri uhuhuhhu
ReplyDeletehahahah..ye lah insyaallah aku doakan ko dpt ke sana nnti..
Deletedont worry aku boleh share info dgn ko..
Mak aiii..memang heaven soping di vietnam ni ye :)
ReplyDeletehihi..itulah mmg heaven huda,
Deletedekat Hajah Basiroh ni pun dah berabis byk..blom lg terjah Cho Ben Thanh Market..
syok nyerrrrrr!!!
ReplyDeleteda lama aida dgr pasal HCM ni.
tinggal lagi asyik beranak je, tak sempat nak holiday ke sana hi hi hi...
mmg syokk...
Deletekami ni pulak sbnrnya main redah je booked dulu tiket, yelah biasalah tiket murah AA setahun sblm pergi dah booked, dah siap beli tiket lg beberapa bulan baru nak riview n baca info2 ttg vietnam, masa mula2 baca tu byk negative dr positif sbnrnya..tp part shopping tu positif la cuma ttg kastam tu la takut sikit..tp alhamdullillah bila dah smapai n jejak sendiri ok je..segalanya berjalan dgn lancar.
insyaallah ada rezeki nnti giliran aida pulak berjalan/holidays di vietnam..
assalamualaikum,
ReplyDeletenk tmpang tanya
1)khidmat shipping dr Hajjah Basiroh usd300 kan dlm kotak saiz ape ye?
2)kat area Ben Thanh ada ATM Machine tak? leceh nk bwk cash bnyk2 dr Malaysia.
waalaikummussalam,
Deletemaaf x dapat menjawab persoalan, sbb hari tu tanye secara berseloroh je x pulak tanye detail..yg sy igt tu je la USD300 tu siap sampai ke rumah, sy rasa RM300 ni utk 1 pallet size kot.
aduihai persoalan kedua pun x dpt nak jawab sbb x memerhati pulak dkt ben thanh tu ada ATM Machine ke x tp rasanye better tukar duit siap2 kat sini, dkt sana mcm mahal sikit je tukaran wang dia..
Salam sis, nk tnye skit..jarak dari kedai hajah basiroh yg kat ben thanh market ke rumah hajah basiroh tu jauh tak? perjalanan ambil masa brpe lama? hotel saigon pink 2 tu ada lift x?
ReplyDeletesalam, sorry lwt reply, x jauh pun dalam 20 minit dah sampai.,hotel saigon pink 2 yg kami duduk ni ada lif..
Delete