As Salam,
Kita sambung story tentang trip ke HCM, Vietnam ye. Daripada airport kami menaiki Saigon air Taxi ke Hotel Saigon Pink 2. Sebelum² tu dok baca review n info dari my friend thru blog² n forum ckp semua teksi di Vietnam, mmg x boleh dipercayai semuanya cekik darah, n susah nak communicate dgn pemandu taxi ni tau sbb diaorg x pandai ckp English, Malay apatah lagi.. Tp dah sampai pun Vietnam kami tawakal je lah. Nak x nak cuba je lah tawar menawar dengan pemandu Taxi berkenaan.
Selesai je urusan ambil beg, terus je keluar depan airport tu bersepah kaunter taxi n sibuk tawar kita naik pengangkutan taxi yg mereka sediakan. Disebabkan dah tau dah semua teksi pun x boleh nak dipercayai..so kami xdelah pilih² taxi lagi.. n gamble je terjah kaunter taxi yg betul² depan pintu keluar airport..bincang punye bincang dia bagi 1 taxi RM80 n siap offer kalau amik 2 taxi dari dia, dia cuma kira RM150 je, x menahan terus offer bayar dalam RM.
Kami pun bincang sesama kami setelah mengambilkira tambah, tolak, darab n bahagi..2 buah taxi RM150 pergi dan balik (airport hotel, hotel airport) bahagi kami 7 orang maknanya seorang jatuh RM21.40 (lebih kurang 10 hinggit pergi, 10 hinggit balik seorang)..So ok je lah..kami pun bayar pakai RM n dia pun ada keluarkan resit. Lagipun kami tak boleh nak pikir lama² lagi, kami cuma bercuti 2 hari 1 malam, hari sampai tu la nak pulun shopping..hehe..
Dengan rasminya kami pun menaiki Saigon air Taxi. Keadaan cuaca pada hari tu hujan renyai²..masing² mulut berkata²..aduihai hujan la pulak..camner mau shopping ni..hope segalanya berjalan dengan lancar n hujan x turun dengan lebatnya. Alhamdullillah w/pun keadaan cuaca pada hari tu x berapa memuaskan tapi segalanya berjalan dengan lancar.
Selesai je urusan ambil beg, terus je keluar depan airport tu bersepah kaunter taxi n sibuk tawar kita naik pengangkutan taxi yg mereka sediakan. Disebabkan dah tau dah semua teksi pun x boleh nak dipercayai..so kami xdelah pilih² taxi lagi.. n gamble je terjah kaunter taxi yg betul² depan pintu keluar airport..bincang punye bincang dia bagi 1 taxi RM80 n siap offer kalau amik 2 taxi dari dia, dia cuma kira RM150 je, x menahan terus offer bayar dalam RM.
Kami pun bincang sesama kami setelah mengambilkira tambah, tolak, darab n bahagi..2 buah taxi RM150 pergi dan balik (airport hotel, hotel airport) bahagi kami 7 orang maknanya seorang jatuh RM21.40 (lebih kurang 10 hinggit pergi, 10 hinggit balik seorang)..So ok je lah..kami pun bayar pakai RM n dia pun ada keluarkan resit. Lagipun kami tak boleh nak pikir lama² lagi, kami cuma bercuti 2 hari 1 malam, hari sampai tu la nak pulun shopping..hehe..
Dengan rasminya kami pun menaiki Saigon air Taxi. Keadaan cuaca pada hari tu hujan renyai²..masing² mulut berkata²..aduihai hujan la pulak..camner mau shopping ni..hope segalanya berjalan dengan lancar n hujan x turun dengan lebatnya. Alhamdullillah w/pun keadaan cuaca pada hari tu x berapa memuaskan tapi segalanya berjalan dengan lancar.
See...hujan renyai2..
sempat lgi berpeace²..hehe
Jauh jgk rasanye perjalanan dari Airport ke Hotel Saigon Pink 2 tu, maybe sbb baru 1st time pergi kan, terasa macam jauh je padahal adalah dalam 30 minit perjalanan dari Airport ke Hotel Saigon Pink 2. lagipun sepanjang perjalanan dari Airport ke Hotel Saigon Pink 2 hujan n jalan pun boleh tahan sesak, sesak sbb byk nau motor..pengangkutan utama di HCM, Vietnam adalah Motosikal..dah la tu diorang dengan beraninya naik motor masuk laluan bertentangan..teksi pun boleh tahan bawa laju..n uolss kalau kesana kena tahan telinga dengar bunyi hon sana sini...
***Setelah menaiki pengangkutan awam Taxi di HCM memang betul lah seperti yang diperkatakan/info2 yang kami dapat..rates taxi mahal sbb kalau ikut meter taxi sebenarnya dalam 130,000 VND shj/RM20 je sehala n bila time balik tu kami perasan resit pd driver taxi tu tulis 180,000 VND/RM28.00 ( tp caj kat kami RM35-40 sehala) means sepatutnya taxi yang perlu kami bayar untuk sebuah taxi pergi dan balik dalam RM40 tp kami kena caj RM80, 2 buah RM150..(2 kali ganda) tapi bila difikirkan balik masih murah sbb kami kongsi2 n dah tentu2 selamat pergi dan balik daripada tahan taxi diluar guna meter tp bawa jalan jauh ke kan n yang penting nak balik tu x pikir dah ttg bz nak dptkan teksi balik, pihak hotel yg tolong call kan pihak taxi berkenaan.
Yeay kami dah sampai Hotel Saigon Pink 2
Untuk booking hotel, kami booked thru Agoda sahaja n kalau nak lagi senang kawan2 email je pun dilayan dengan pantas tau (saigonpink2hotel@yahoo.com). Kami booked hotel Saigon Pink 2 berdasarkan review dari blog2 lain dimana lokasinya sgt strategik untuk mudah dan cepat ke tempat shopping @ Cho Ben Thanh Market. Harganye pun sgt berpatutan lg pulak thru agoda yg selalu ada offer. Time kami beli ni harga untuk 1 bilik standart room adalah RM 85. Kami tempah 3 bilik, kiranya satu bilik 2 orang (seorang RM42.50..masih berrbaloi2 kan), tp Mama duk satu bilik 3 orang tambah extra blanket dan pillow cuma RM15@5 USD. Akceli last minute kakak kpd my friend hairani joint kami punyer trip ni, kami pun dah booked hotel 3 bulan sebelum pergi.
@lobby hotel..cer check waktu sampai kami..Waktu Malaysia pun ada..nmpk sgt orang Malaysia suka berjalan/holidays/shopping di Vietnam kan..
waktu kami sampai di Hotel Saigon Pink 2 adalah pukul 12.25 waktu Malaysia/11.25 waktu Vietnam. Perbezaan waktu Malaysia dan Vietnam adalah 1 jam awal dari waktu kita di Malaysia.
sampai² terus check in hotel mcm biasa ketua rombongan@my friend Hairani yang uruskan urusan Hotel, lg pun booked Hotel atas nama dia. kami sampai kira awal la sbb pukul 11.25 waktu Vietnam kan...hehe, So belum boleh masuk bilik lagi tp agenda utama@shopping tetap perlu diteruskan..Tagline..'kita mengejar masa ni'. Pentingnya planning awal sblm sampai lagi..tau, So kami dah putuskan masa duk dlm flight lagi...sampai2 je nnti kita akan ke rumah Hajah Basiroh dulu, kebetulan seminggu sebelum kami pergi ada story tentang Hajah Basiroh di Kosmo yang mengatakan kita boleh terjah terus ke rumah dia merangkap premis perniagaan jgk ler n urusan taxi diuruskan oleh mereka.(Planning berjalan dgn lancar..nnti citer next n3).
inilah beg2 kami simpan di lobby hotel terlebih dahulu.
Bergambar sekeping dua di lobby hotel sementara menunggu ketua rombongan kami selesaikan urusan check in hotel..hehe
Nampak dah kedai Hajah Basiroh diluar pintu lobby hotel, tp yang ini kedai makan Hajah Basiroh sbnrnya bkn rumah Hajah Basiroh yang kami nak tuju.
Bila dah sampai depan hotel, rupanya banyak sgt hotel² yang ada berdekatan dgn Cho Ben Thanh ni..boleh dikatakan sederat bangunan hotel kami duduk ni adalah hotel.
Sebelah hotel kami duduk ni, Hotel Hoang Hai Long 2 ni nampak cantik la, kunun last day kami disini nak terjah setiap satu bangunan hotel tanya price n minta name card, tp siyes x sempat...huhu
Ohh ye..ini la standart room di Saigon Pink 2..ok la selesa je bagi kami..wall paper dia cantik kan..hehe.., lengkap ada towel, cawan n kettle. toilet dia pun bersih n jgn risau ada getah paip (kalau dekat airport, toilet dia xde getah paip tau)
satu je yg x lengkap..xde arah kiblat..so kawan² jangan lupa bawa kiblat compas utk tentukan arah kiblat x pun download kiblat apps..
mama boleh terlupa nak amik² gambar bilik hotel sbnrnya, ini pun pic ihsan my friend..huhu
Pengurusan hotel mmg ok sangat..layan dengan baik dan peramah sgt..:)
see sempat lagi my friends bergambar dengan bell boy dia yg encem..hehe
Goodbye Saigon Pink 2..kami sudah mau pulang ke Malaysia..
Upsss...time balik masing² ada Deuter Beg..(murah sgt kat sana tau...)
So kepada kawan2 yg berminat nak ke HCM, Vietnam utk tujuan shopping shj..dont worry kalau x guna ajen..pergi redah sendiri je pun insyaallah selamat..tp kenalah study n dptkan info serba sedikit ttg tempat yg nak dituju ye..Okey nnti Mama sambung lagi story ttg Trip ke Vietnam ni ye..
P/S: Esok hari Wilayah, selamat bercuti buat kawan2 yang bekerja di area KL, Putrajaya dan WP Labuan..apa planning kawan2 esok..insyaallah esok Mama akan join tournament bowling opis di 101 Mall, Puchong..^_^..
Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!
Cambest jek p hcm huhu!
ReplyDeleteMmg best nad especially bg mereka yg suka shopping n nak buat bizness.., k.eija g shopping semata xde budget lebih nak wat bisness...klau ada modal lebih untung beli kain cotton dan telekung kat sana murah2..
Deletealahaiii bestnya kak eija ni... selalu jalan2...:-)
ReplyDeleteSekali sekala je ina, g vietnam ni pun sbb dpt tiket tambang murah AA mampu la n main kutu utk kumpul duit shopping..heheh...
Deletewahh..jauh berjalan yer
ReplyDeletekat cni soping pun murah2 kan
Mmg betul dkt sini pun ada tempat2 murah nk shopping mcm di Jln Tar / Nilai 3 kan...
DeleteTp mcm kain cotton, tudung 3 layer n telekung vietnam jauh lebih murah dkt sna. Kain pun kualiti..bila sampai malaysia org kat sini jual smpai 2-3 kali ganda mahal. Mmg terasa murah shopping disana sampaikn ramai org malaysia kat sna. Bygkn english cotton baru 9-10usd (rm25 ke rm30) dekat sini jual plg murah rm70. lgpun eija rasa berbaloi sbb pergi dgn tambang murah AA (RM147 pergi balik), hotel pun murah rm42.50 seorg) n dlm masa yg sama w/pun tujuan mmg nak shopping tp dpt gak melihat negara luar...
Ehhh..terpnjang pulak explaination eija...hehe..siyes eija rasa vietnam antara tempat shopping yg besh...
best nye jalan .... fuh
ReplyDeletehehe..mmg besh..:)
Deletesalam kak,nk tnya duduk kat saigon pink tu kena tinggal passport ke?sbb baca review kat blog lain ada kata kena tinggal passport.
ReplyDeletesalam,
Deletemmg masa hari sampai tu dia minta pasport kita, tp time kami nak kuar berjalan, kami minta pasport kami semula, kiranya dia pegang skjp je la..lgpun nak keluar bahaya x bawa pasport.