Monday, January 14, 2013

Trip HCM 2D1N Wif Geng Opis | Hampir Terlepas Flight!

As salam,

Sebelum citer aktiviti shopping kami di Vietnam, Mama nak citer tentang pengalaman kami sebelum nak sampai ke Vietnam dulu yang boleh dikatakan pengalaman yang tak boleh dilupakan jugak ler..maunya tidak boleh dilupakan..hampir terlepas flight weii..berlaku adegan lari sampai xcukup kaki dan nafas..huk2..

Flight kami jam 9.10pagi, so kami semua dah janji jumpa di LCCT selewat2nya jam 7.00 - 7.15 pagi, biasalah 2 jam sebelum dah kena ada dekat airport. Semua ahli sampai seperti yang dijanjikan w/pun mama yg last sampai..ngam2 gitew sampai 7.15pg, tp bkn sebab Mama la kami semua hampir terlepas flight. Sampai2 terus chek-in luggage, check in tiket kami dah buat thru web [itupun last minute ada masalah x berjaya nak check in online pada hari jumaat (4/1/2013)..seharian buat x berjaya, nasib baik jgk 1 of team members boleh buat dirumah..iyelah yg penting bila dah check in nak print boarding pass, itu pun dia buat sampai kul 1 pagi baru berjaya check-in utk semua orang...Tq my friend].

Selesai urusan check in luggage, tengok jam baru kul 8.00pagi, masih ada masa n masing2 kata sempat lagi nak isi perut sarapan dulu sbb nanti perjalanan nak sampai ke Vietnam 2 jam jgk, dah la naik AA xde makanan free..huhu, So kami pun isi perut di Old Town White Coffe. Ketua Rombongan kami my friend Hairani mmg dah igtkan semua team members 'igt tau 8.50pg pintu gate tutup bukan last masuk 8.50pg". kami semua kata 'Ye tahu, sempatnye minum, tp kul 8.25pg dah kena mula berjalan masuk". Kami pun 8.25pg macam biasa masuk ke balai pelepasan, sekali elok je masuk tengah sibuk2 scan beg dengar pengumuman.." Flight No. AK1450 ke Ho Chi Minh sedia untuk berlepas, kami yang dengar ni pun apa lagi kalut la bila dengar sedia untuk berlepas..bila my friend ckp..'eh flight kita la', terus pegawai kastam yg jaga kat situ kata apalagi cepat la kejar..nnti terlepas..Serius, kami berlari nak ke Gate 7 time tu...sampai2 tengok mmg org dah beratur utk berlepas.., dah la nak sampai ke flight pun jauh...berlari kami dibuatnya..

Alhamdullillah akhirnya selamat juga perjalanan kami pergi dan balik. Terasa macam mencabar pulak dugaan kami sebelum nak berjalan2 n shopping mopping. Mama lagi la terasa boleh pulak sehari sebelum nak bercuti, kereta kena langgar..now kereta dah pun masuk bengkel..


muka lega selamat naik flight dah time ni..:)
flight pergi kami satu baris 6 orang n dapat seat depan..10A-E



Selamat sampai Airport Vietnam
tp muka mcm org keletihan lagi, try utk tido dlm flight..tp x boleh nak lena la..huhu

Wif Axie @Airport Vietnam
ye2 Mama mengusung Kamera, tp x bergambar sgt pun..ye lah kata nak shopping..


 Oh ye mau perkenalkan teams member@geng opis yang join trip ke Ho Chi Minh ni..
Kami pergi 7 orang kesemuanya..:)

Inilah dia geng2 opis yg joint..Ketua Rombongan..my friend Hairani..memang sesuai jd Ketua Rombongan..tegas tu. Mama, Hairani, Shima, Axie dan Capa satu Seksyen..haru je..satu seksyen cuti beramai2..sib baik bos sporting luluskan cuti kami semua, cuma k.dieha je skrg ni dah bertukar ke Jabatan lain, dah bertukar ke Jabatan lain pun still boleh jalan sama2..still keep n touch gitew..siapa mau joint kami berjalan lagi..heheh

Ini baru 6 orang mana lagi sorang kata 7 orang yang pergi. Nak bergambar beramai2 mestilah salah seorang terpaksa berkorban jd photografer..hehe

time ni beg belum beranak lagi..hehe


sorang lagi team members sbnrnya ialah kakak kepada Hairani, nama nye Kak Hai jugak..ok je kami semua ni masuk je kalau ada ahli family yg nak joint sekali..:)


Sebelum pergi hadapi mcm2 rintangan dengan masalah check in n hampir terlepas flight serta baca mcm2 review dan info yg byk x ok drpd ok tentang Ho Chi Minh City, Syukur Alhamdullillah Allah permudahkan urusan kami sepanjang berada di Vietnam dan tidak hadapai masalah seperti yang digembar gemburkan...cuma x dinafikan muka pegawai kastam dekat sana..gerun je tgk..muka x senyum langsung...

******************************************Peace Yo!***************************************************

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

13 comments:

  1. selamat.... =)
    Muke kak hai ngan kak hairani tu lebih kurang
    Ye la, kate adekbradek kan?
    Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullillah yang penting selamat pergi & balik :)
      hehe..adik beradik selalunya kalau x sama pun mesti ada iras sikit..

      Delete
  2. waaahhh..best nyer gi HCM...lum pernah sampai sana lagi =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg besh..rasa mcm nak g lagi..hehe
      esok dah start free seat AA, boleh la try tgk tambang murah ke HCM..^_^..

      Delete
  3. hadoilah kalau terlepas haru jer.. mesti jenuhkan kejar flight tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau terlepas...mau kami menangis kat situ yana..

      Delete
  4. fuh .... tak bygkan camne rupa eija tgh berlari ...hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..bila diingat2kan mmg kelakar bersungguh tu kami berlari..
      dlm flight x abis2 bercerita..mmg pengalaman x leh lupa..
      moral of the story, sejam sebelum mmg dah kena masuk balai pelepasan n order je makanan dlm flight..huhu

      Delete
  5. bestnye dpt jenjalan kat vietnam

    ReplyDelete
  6. salam kak,
    nak tumpang tanya.. prgi vietnam bawak beg besar2 kastam x tahan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,

      kastam tahan jgk, tp bukak je la beg, kena pandaila susun2 barang yg kita beli tu, mmg kalau ikut peraturan kastam ada had brg2 yg kita beli kalau lebih kena cukai

      masa kami pergi hari tu kastam vietnam xde plk cek beg, tp bila blk, mmg ada kawan yg kena cek beg drpd kastam msia

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails