Friday, January 4, 2013

1st Day Zaquan Di Tadika

As Salam,

Dah melangkau tahun baru pun tapi hari ni baru berkesempatan untuk menjengah blog, blog kawan2 pun seminggu dah Mama x melawat..insyaallah ada masa nanti Mama BW ye.., Bz cuti uruskan persekolahan anak, bz kerja n lappy pun rosak dah hantar repair tp masih belum siap dibaiki lagi, itu yg bercuti kat rumah tp x dpt nak online.

Alhamdullillah, tahun 2013 ni anak Mama yg sulong Zaquan telah pun bersekolah tadika, Excited je dia g tadika, Mama n Papa dia pun turut sama excited tau...iye lah pengalaman pertama anak nak masuk sekolah w/pun cuma bersekolah tadika, tp tadika la permulaannya kan..

Excited 1st day Zaquan nak ke sekolah, seawal jam 6.30 pagi anak2 dah mandi, Zaquan nak ke tadika (Generasiku Inspirasi), Ziqry pulak kami hantar ke pusat jagaan kanak2 (Taska Generasi Gemilang). Macam biasa tugas memandikan anak2 tugas Mr. Papa sbb dengan Papa diaorang takut sikit kalau dgn Mama ni diorang liat sugguh nak bangun untuk mandi pagi.

Oh ye kami hantar Zaquan ke tadika yang berdekatan dengan opis kami means di Putrajaya bukan dekat dgn tempat tinggal kami di Bandar Baru Bangi sbb rasanya kalau dekat dgn opis lg senang nak urus lgpun Mr. Papa selalu balik opis lewat (OT). Tapi awal minggu persekolahan ni kami balik awal...5.30 petang Papa jemput anak2 dan terus jemput Mama.

1st Day Zaquan ke Tadika, OTW nak ke Tadika sempat lagi tido, yelah perjalanan Bangi-Putrajaya 25 minit, puas gak la dia tido. Adik Ziqry pun sama pagi2 dalam kereta mmg tido.


Yeay Abg dah sampai School.
Muka happy n x sabar nak g School @ Angel Genesys atau dulu dikenenali sbg Tadika Generasiku Inspirasi


Zaquan x dapat pakaian seragam lagi, so minggu ni dia pakai pakaian bebas la, tp dah tengok jadual dia dah, hari Rabu ada jasmani dan hari Jumaat kena pakai baju melayu..so 3 hari je la pakai pakaian seragam.

Mama n Papa yang excited nak tengok gelagat anak..siap intai dari luar tingkap
time ni semua pelajar 4, 5 dan 6 tahun berkumpul dulu sblm masuk ke kelas masing2.


Zaquan di dalam kelas, Zaquan kelas 5 Produktif


Kelakar la tengok Abg Zaquan bila kawan2 yg satu kelas dia nangis, dia siap tutup telinga x tahan..time ni siap dia lambai2 kami..mmg cool la Zaquan g sekolah..xde nangis2..


Kami x tunggu lama pun sbb ibu bapa tak dibenarkan masuk n tunggu anak pun, sampai la langsir kelas cikgu tutup sbb kami ni asik dok intai Zaquan je kan, baru lah kami balik. Petang ambil dia jelas la dia nampak seronok..terus bercerita "tadi abg sembahyang, nanti Mama kena belikan abg kain untuk sembahyang"  sejuk hati Mama n Papa dengar, n sibuk la dia cerita kerja sekolah yg cikgu bagi :))

kesimpulannya Anak Mama, Zaquan memang sangat seronok la ke Sekolah. Ohh ye dekat sekolah Zaquan lebih dikenali/dipanggil Khair (byk sgt bdk nama Zaquan...hehe). Khair pun sweet gak, bila hantar Zaquan depan pintu..terus cikgu sebut...hai Khair.., upsss..dah ada awek tau, siap buka cermin lambai Zaquan.."Bye Khair"..

Hopefully Zaquan dapat belajar dengan tenang dan seronok dan cepat tangkap apa cikgu ajar..Moga menjadi insan yang berguna dan berjaya..AMIN.

Selamat Tahun Baru 2013 buat kawan2 semua..^_^..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

14 comments:

  1. Best nye tgk zaquan behave jek 1st day skool

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdullillah dia mmg sgt seronok pergi sekolah.., kami pun mcm surprise jgk pada mulanya, takut gak dia nangis masa hari pertama g tadika..sekali tgk dia cool je, ni dah masuk minggu ke 2 bersekolah, mood dia masih lg seronok untuk ke sekolah..:)

      Delete
  2. bagusnya zaquan..dania tetbalik plak..siap trauma xmo p sekolah..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. la ye ke, insyaallah nnti dania dapat la biasakan diri ke sekolah. hope now dania dah x trauma ke sekolah.

      Delete
  3. zaquan seronokla tuh gi skool...steady la zaquan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup mmg dia seronok betul ke sekolah, cuma masalah nak bangun pagi je liat sikit tp bila dah sampai sekolah dia suka..

      Delete
  4. bagus zaquan...
    belajar rajin2 ye sayang

    ReplyDelete
  5. pasti Zaquan seronok ke sekolah sebab dapat jumpa kawan-kawan baru kan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu dia jenis suka berkawan..mmg srnok la dia g sekolah bila dpt jumpa kawan2..

      Delete
  6. SENANGLAH AKAK HANTAR ZAQUAN YER... DIA PUN X MERAGAM.. ALHAMDULILLAH....

    ADA SESUATU UNTUK AKAK, NANTI SINGGAH KE BLOG SY TAU..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdullillah senang satu jalan je nak hantar dia ke sekolah tu, cuma susah part nak bangunkan mereka awal pagi, pandaila diorang adik beradik bertolak2 nak mandi..

      ohh ye ke, insyaallah nnti k.eija cuba terjah ye, bz la beberapa minggu ni..

      Delete
  7. semua parents pun sgt excited bila anak2 mula sekolah kan eija. bagus zaquan. dia sgt happy gi school. hehe... yg kelakar tu siap tutup telinga ye bila ada kawan2 yg nangis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Izan, kita as a parents excited bila tgk anak kecik kita dah bersekolah dah rupanya, rasa skjp je masa berlalu..
      alhamdullillah dia rasa seronok ke sekolah..
      itulah mmg lawak betul dia bila dgn slambernya tutup telinga depan kawan dia yg nangis tu...

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails