Friday, August 30, 2013

Sempat Jugak Buat !

As Salam,

Lambat update blog hari ni, mood masih lg mood bercuti, org baru balik bercuti kan..citer pasal cuti dgn kawan² x abis lg..hehe, bkn sibuk wat keje, sibuk bercerita..huhu. Lagi pun selalunya kalau hari Jumaat rasa mcm cepat je masa berlalu... Kebetulan tengahari tadi Mama pun ada Jamuan Raya utk Peringkat Jabatan..kul 11.00pg dh kuar opis terus bersambung dgn waktu rehat yg lama..tau² la ni dh nak balik.

Oh ye hari ni bkn Jbtn Mama je ada Jamuan Raya, Tadika & Taska Zaquan n Ziqry pun ada Jamuan Hari Raya, semalam baru dapat surat pemberitahuan ttg jamuan raya ni n mcm biasa diminta sedikit sumbangan berupa potluck..Aduihai ptg semalam baru tau, x tau nak bawa ape..tp x sedap hati plk kalau Zaquan n Ziqry g school dgn tgn kosong je. Nasib ada spare agar2 dkt rumah, terdesak mcm ni buat agar2 paling senang. Alhamdullillah adalah makanan yg nak dibawa oleh Zaquan n Ziqry utk Jamuan Raya hari ni..

Agar2 Milo Laici (Laici nya dh tenggelam..)
Dapat 3 bekas..(1 utk Zaquan, 1 utk Ziqry dan 1 untuk Mama bawa di opis)


Mama pernah up resepi Agar2 Milo Laici Disini


OTW nak g school pagi tadi..
Abg & Adik berbaju raya..


Sempat suruh Abg bg 1 pose Pagi td (sorry Mama lupa pakaikan Abg sampin)


Time hantar Zaquan g Tadika dia td meriah tgk semua kawan2 dia berbaju raya..


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, August 29, 2013

Movie Time| PLANES

As Salam,

Lama dah rasanye kami x g tgk wayang bersama sampaikan Zaquan sendiri dah 2-3 kali request dgn kami 'Abg nak g tgk wayang' kalau kami keluar berjalan di shopping mall. Kali terakhir kami tgk wayang bersama movie Transylvania pada 15 Nov 2012, mak aihh mmg lama betul la x tgk wayang..hehe, ini kira movie pertama utk thn 2013..huhu. Akhirnya Mr. Papa sendiri yg offer pada Zaquan 'Abg nak tgk movie ape..Smurfs ke Planes' (sambil tunjukkan gambar movie berkenaan). Zaquan yg pilih untuk tgk movie Planes ni..pengaruh Cars agaknye..sbb dia nampak ada lambang Cars tu yg dia pilih utk tgk Planes.., kami ikut je sbb Zaquan yg beriye nak sgt tgk wayang, Mr. Papa booking thru phones je..

Movie: Planes
Time : 8.00mlm
Date : 19 Ogos 2013
Place: GSC Alamanda

Availabe in english n Bahasa Melayu.
Mr. Papa pilih utk tgk dalam Bahasa Melayu..disebabkan version english movie start kul 10.00mlm, lwt sgt.. esoknya anak2 nak g school..
Lepas balik kerja n jemput anak2 kami pun terus ke Alamanda, makan² dulu sblm masuk panggung wayang 


Amboih kemain lagi Abg Zaquan, boleh plk dia ckp, lepas tgk movie kapalterbang abg nak tgk smurfs pulak.., 'mane leh tgk dua² movie, kul berapa kita nak balik nanti', 'papehal pun kita tgk movie kapal terbang dulu ye..'
 *time mama nak snap pic ni plk Zaquan terbatuk².

Tunggu masa nak masuk Wayang.., Abg posing depan poster Planes ni dulu


Adik pun nak jgk berposing..


Sebelum Wayang bermula..
X ramai pun dalam panggung wayang, ada la dalam 3-4 family je kot..
Nampak muka Abg Zaquan srnok dpt tgk wayang..
Zaquan layan movie ni sampai habis tau..bersungguh dia tgk movie ni..

Mama pun nak enterframe jgk..hehe
tgk wayang dgn berbaju kurung sbb pergi terus lepas balik kerja kan n kebetulan pagi tu ada sambutan hari raya di opis (peringkat kementerian).

Kalau nak tau 1st time Mama tertido dalam wayang tau bkn sbb movie ni x best, jalan citer dia ok je, layan jgk sbb Mama pun suka tgk movie animasi ni tp sbb x tahulah kenapa ptg tu Mama sakit kepala bawa sampai ke malam, sakit kepala sgt2 sampaikan kena tido dulu baru lega.., ermmm..dh duduk dalam wayang bergelap dgn org x ramai tu sandarkan kepala n pejam mata mmg boleh terlelap dibuatnya. Tp xdelah Mama terlelap dari awal sampai akhir..setengah jam terakhir tu yg Mama terlelap sambil menyusukan Ziqry sudahnya dua² tertido, sedar² Papa kejutkan movie dh abis n tgk Zaquan bertahan tgk movie tu sampai tamat.

Review Movie: x leh la nak wat full review sbb Mama x tgk sampai abis movie ni :p
Watak² dalam movie ni adalah kapal terbang n ada jgk la terselit Cars dan yg seangkatan dgnnya, penonton masa perlumbaan kapal terbang ni kebanyakannya adalah cars. Kesimpulannya Planes mengisahkan tentang Kapal Tebang Pembaja iaitu Dusty Crophopper yang bercita2 untuk menjadi pelumpa kapal terbang di udara tinggi mengelilingi dunia sedangkan Dusty hanyalah sebuah kapal terbang yang bekerja di ladang jagung (cornfield). Demi mencapai impian w/pun ditertawakan Dusty berusaha jgk utk masuk pertandingan lumba kapal terbang berkenaan dimana dia perlu bersaing dgn juara bertahan 3 kali berturut² iaitu Ripslinger. Diperingkat saringan awal Dusty hanya mendapat tempat ke-6 dan x layak masuk, kebetulan salah satu kapal terbang telah melanggar peraturan pertandingan sehingga menyebabkan ianya tersingkir, tempat ke-5 berkenaan diganti oleh Dusty. Betapa srnoknye Dusty bila dpt tahu yg akhirnya dia dpt jgk masuk pertandingan yang diimpikannya. Dusty telah mita tolong Skipper iaitu Kapal Terbang Perang Navy utk membantu beliau merealisasikan impiannya.., Dusty merayu agar Skipper sudi utk turunkan ilmu teknik2 terbang tinggi dan melatihnya utk masuk ke pertandingan itu nanti. Akhirnya Skipper menerima dan Dusty mula sibuk menjalani latihan. Pertandingan pun sudah mula bermula dimana bermula dgn satu negara ke satu negara yg lain (time ni Mama dh mula nak terlelap..hehe)...Yg pasti akhirnya mestilah Hero menang w/pun cuba disabotaj oleh Ripslinger...^_^..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, August 28, 2013

15 - 20 Syawal 1434H/ 22 -27 Ogos 2013 ~ Family Trip ke Jakarta & Bandung | Alhamdullillah Dah Selamat Sampai | Kereta Pulak Tak Boleh Start.


As Salam,

Alhamdullillah kami sekeluarga telah selamat sampai daripada bercuti di Jakarta & Bandung pada jam 10.30mlm semalam (27/8/2013). Seperti yang telah dirancang kami telah bercuti 2 minggu selepas raya (masih lagi bulan syawal - 15 - 20 Syawal 1434H) ke Jakarta dan Bandung pada 22 hingga 27 Ogos 2013. Percutian kali ni ialah Family Trip Keluarga Mertua Mama merangkap percutian untuk pekerja² Laily Cookies@Puncak Sakti (bisness Family Mertua). Semua ahli keluarga join + pekerja PS.

Semalam balik dari LCCT Adik Mama yg tolong amik kami dari LCCT dan hantar ke rumah, sampai rumah hantar beg, mama sempat mandi dulu (anak² dah tido) sbb nak kuar balik utk makan malam, kul 11.30 mlm baru nak mkn malam (flight delay..), sekali Mr. Papa check kereta try utk hidupkan enjin kereta x hidup..sekali bateri kong daa.., ialah 6 hari x charge kan.., Mr. Papa kata dia pun x teringat nak tanggalkan bateri kereta sblm kami bercuti..x pasal² balik dari bercuti nak kena kuarkan duit ganti bateri plk..

Semalam balik dari minum kul 2 pagi, w/pun letih tp mata susah plk nak lelap, sudahnya selesai mama kemas beg n brg2 hasil shopping..(shopping biasa² aje..budget pun ciput..huhu.), sedar x sedar kul 4 pg baru selesai mengemas beg. Hari ni 28/8/2013 Mama bercuti rehat selesaikan kerja² rumah n kununnya nak berehat la, pagi td selesai mendobi (2 kali pusingan tu). Igtkan nak qada tido tp anak² dh puas tido awal smlm bangun pun awal la, pagi lagi dh kejutkan Mama dia..redho je la dpt tido 2 jam je..hope petang ni dpt berehat...:p 

Mama je yg bercuti, Mr. Papa keje spt biasa, kereta x boleh start terpaksa la pinjam motor FIL, ikutkan plan Mama nak cuti rehat, anak2 nak hantar ke tadika/taska spt biasa tp dh kereta plk rosak, anak² pun sama lah sambung cuti lagi. Pagi td sblm keluar g keje, Mr. Papa dh siap belikan breakfast utk kami..nasi lemak, so ringan la sikit keje Mama, xde la nak kena masak awal², perut anak² semua dh diisi kurang la meragam dia, itu yg dapat settlekan kerja² mendobi  & menyidai kain awal. Memandangkan ada masa tu yg sempat curi2 masa update blog yg bersawang ni..x sempat jgk buat n3 auto publish masa Mama bercuti tu..., hari ni byk benda lg kerja rumah yg perlu diselesaikan sbrnya, insyaallah ada masa nanti Mama kongsikan story Family Trip Ke Jakarta Bandung kami ..^_^..

Percutian Satu Family, akhir thn lepas lg dah booking, agak2nya thn depan ada ke lagi percutian keluarga mcm ni.., akhir thn ni mesti ada lagi tambang murah untuk percutian selepas raya kan..hehe
Insyaallah awal thn depan Mama ke Bandung lg bersama geng opis pulak..:)



Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, August 21, 2013

Aidilfitri 2013 : Aidilfitri ke- 5 ~ Menyelesaikan Urusan² Yang Tertangguh | Yeay Adik Ziqry Dah Ada Passport

Salam 14 Syawal,

Hari ni sudah 14 syawal, skjpnye masa berlalu, Mama masih sibuk nak menghabiskan n3 Minggu Pertama Aidilfitri ni, xde lah Mama nak bercerita setiap 30 hari di bulan syawal yg Mama jalani pun, kami betul² beraya n ada aktiviti pun cuma minggu pertama Syawal/Aidilfitri je. Lgpun sekadar coretan utk simpanan n kenangan Mama.

Aidilfitri ke -5, seperti yang dirancang awal oleh Mr. Papa iaitu menguruskan segala urusan yg tertunda - pertama²nya ke Imigresen untuk renew passport Mr. Papa & buat passport baru untuk Ziqry. Mama n Zaquan passport masih valid lagi (renew 5 thn). Lepas selesai urusan di Imegresen, kami nak ke KL ada urusan bank di KL n kebetulan Adik Ipar pun nak tumpang ke KL hantar borang di Open University.

Nasib kami bermalam di rumah family mertua, awal pagi lagi Ayah Mertua dh kejutkan suruh keluar awal takut nanti tiket/no. giliran abis. Kalau duk umah sendiri confirm terlajak..sedap tido..hehe, kami keluar rumah kul 8pg, tp dr rumah mertua kami singgah pulak rumah kami amik Passport lama Mr. Papa, smlm lupa nak amik..(memikirkan rumah kami sejengkal je ngan umah mertua, tu yg Mr. Papa w/pun dh teringat mlm tu mls nak amik mlmnye, pikir sempatnye kalau singgah amik pagi), lagipun kami plan nak buat passport di Jabatan Imigresen Malaysia Kajang di Hentian Kajang je, sebelah taman perumahan kami je. 

Ermm..tp kalau dh kuar rumah kul 8pg, pastu ada plak menyinggah n masalah nak cari parking lagi, lmbat jgk jdnya, sudahnya kami sampai di Jabatan Imigresen kul 8.40pg gitew. Sampai² je amik kaww..panjangnye barisan utk amik no. giliran mcm kami ni sampai kul 10pg plk..huhu. Sampai² Mama terus beratur untuk amik no. giliran n Mr. Papa bawa Adik Ziqry utk amik gambar, sekali baru tersedar surat beranak Adik Ziqry x bawa, dlm kepala dok igt bawa My Kid je (mcm x pernah berurusan di Imigresen plk kan..), nasib la rumah dekat n barisan pun tgh panjang, mmg sempat sgt Mr. Papa lari balik rumah amik surat beranak Ziqry skjp. Mama n Adik Ziqry pun beratur la dgn sabarnye..hhee

Bosan menunggu Q, posing ngan Adik Ziqry skjp.., sempat lg update status FB, main games pun sempat sampai abis nyawa (Candy Crush..x jemu2..huhu)..barisan masih jgk panjang.


Ada la dalam setengah jam jgk, x lama lps tu Mr. Papa sampai n barisan time tu masih jauh lagi nak ke depan, So Papa terus bawa Ziqry amik pic passport. Sekarang ni pic passport latarbelakang dh warna putih bkn biru lagi, hasil dari amik gambar passport tu nanti pic kaler tp bila dah scan n letak di passport hasilnye hitam putih.

ini la gambar passport Adik Ziqry, aduiyai Adik Ziqry ni mmg jenis suka menganga tau, Abg dia Zaquan ckp adik jongang, tp sbnrnya Adik Ziqry bkn jongang cuma suka nganga or buka mulut mcm org tercengang/melopong tu.., beriye mlm semalamnya Acik Cha n Atok dia ajar n pesan, nanti amik gambar tutup mulut tau, bila kita ckp dia tutup tp bila tiba time amik gambar Mr. Papa kata mula2 dia tutup tp biasalah time kamera dh ready ternganga blk adik. Pic Adik nampk gelap sikit sbb baru balik dr mandi pool n pantai semalamnya.


 Ini Mama n Papa yg minta Adik  bergambar dgn gambar passport ni nak tunjuk dkt Acik..hehe


Bila kata tutup mulut tau Dik, dia tutup dgn jari dia..comeyy la Adik ni..


Akhirnya dpt jgk no. giliran, risau jgk dlm hati kalau x dpt no, sbb urusan di Imegresen ni ada hadnye tau dalam satu hari tu. No. giliran ni pun kami dpt dh nak dekat kul 11.00pg n ada 80 no. lagi perlu ditunggu utk sampai pd no kami..


Kami keluar pagi td pun dgn perut kosong, apalagi nak menuggu 80 org lg, kita minum dulu...lepak minum sampai kul 12.00tgh, bila naik semula rezeki kami la, byk kaunter buka n laju je no. gerak, akhirnya kul 1.00tgh selesai sudah buat urusan passport Ziqry n renewal passport Mr. Papa. Cuma kena tunggu 2 jam lg utk collect passport. Memandangkan kami ada urusan di KL, so kami cabut ke KL dulu la n budget sampai Kajang semula sebelum opis tutup pkl 5.30ptg. 

Tapi sblm gerak terus ke KL, kami lunch terus di Impian Maju dulu, lgpun janji dgn Adik Ipar dkt Impian, lepas lunch dlm dlm kul 2.30ptg kami pun terus gerak ke KL, pergi hantar borang Adik Ipar di Open Universiti di Jalan Tun Ismail dulu, sekejap je urusannya sbb just hantar borang je, Adik yg hntar kami tunggu dalam kereta lps tu terus selesaikan urusan bank di Taman Melewati pulak, nasib baik jgk x ramai org kat bank so urusan pun berjalan dgn lancar. Alhamdullillah perjalanan pun berjalan dgn lancar, jalan lengang je, x jem pun, kul 4 ptg dah sampai Kajang n terus g amik Passport yg dh buat pg td.

Yeay..Adik Ziqry dh ada Passport.., Adik nak naik kapalterbang..:D


Selingan..Ini Pic passport Abg Zaquan masa dia wat passport pd 7.10.2010.

Selesai amik passport Ziqry dan Papa, kami ke Warta,Bangi. Adik Ipar saje call Mak & Ayah n tanye diorang kat mane, kebetulan Mak n Ayah ada kat sana jln2 cari makan.., kami pun xde planning nak kemana pun, apa slhnye jln2 ke Warta, rezeki kami la, Mak , Ayah n Abg Jamal tgh makan KFC, dpt la kami makan KFC sekali..hehe. Lepas makan sempat lg Mama g shopping Susu Ziqry dkt Giant, pastu terus balik rumah Mak. Mak, Ayah n Adik pulak ke Kajang, tukar duit utk bercuti ke Jakarta/Bandung nanti (Mama kirim dkt Mak je tolong tukarkan duit, Mama tukar duit sikit je..huhu). Rezeki lagi Malamnya Abg Jamal nak belanja kami semua makan malam..makan di Restoran Ayam Penyet Wong Solo, selesai makan kami pun terus balik ke rumah kami (sampai rumah kul 11.00mlm), esoknya 6 Syawal Mama n Papa dh bekerja seperti biasa.

Sekian, tamat sudah N3 Story Aidilfitri Minggu Pertama Kami, Minggu Kedua x kemana sgt pun sbb dh bekerja seperti biasa kan, cuma Sabtu Lepas Family Mertua Mama buat Open House n Hari Minggu pulak Mama n Anak² joint family Mama ke rumah Adik Lelaki Mama di Shah Alam..itu je la..Esok 22hb hingga 27hb Insyaallah Mama akan Bercuti2 Indonesia, Blog Mama akan sunyi seminggu la, kalau rajin n ada masa adalah n3 auto publish..kalau xde tu paham2 je lah..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, August 20, 2013

Aidilfitri 2013: Aidilfitri ke-4 ~ Unplanning Holiday/ Jalan² PD

Salam 13 Syawal,

Malam Aidilfitri ke-3 tu sedang² lepak depan tv layan bola Msia lwn Barcelona, Adik Mama call mengajak join diorang g holiday ke PD, ubah angin pulak dah puas beraya g merehatkan diri dgn bercuti kebetulan semua adik² pun ada kecuali Adik kedua Mama la, sbb dia ada kenduri di Penang.

Aduihai serba salah jgk sbnrnya, sbbnya time ni giliran beraya bersama keluarga mertua, tp try je tanye Mr. Papa, kot dia x kisah utk join, sbb selama ni pun kalau giliran sebelah Mama pun kalau Mama xde pape n family sebelah sana ada aktiviti kami joint jgk. Akceli ni Unplanning Holiday oleh Adik Mama, time dia call Mama bgtau Mama tu, dia baru nak booking bilik Hotel.

Bila tanye Mr. Papa, boleh ke join, dia kata ikut Mama la tp nak bermalam x kot kalau singgah skjp bolehla sbb kami mmg dh planning cuti raya hari- 5 utk uruskan segala urusan yg tertangguh lebih2 lagi nak renew pasport Mr. Papa n buat passport utk Ziqry..kalau bermalam kul berapa plk kita kena bertolak dr PD. Ada betulnya apa yg Mr. Papa ckp tu, so Mama pun deal dgn Adik Mama bgtau kitaog akan singgah ke PD tp x bermalam, Adik² pun srnok la dgr sbbnya Anak Buah la penghibur hati, kalau xde diorang x besh jgk sbb tau anak² Mama mesti srnok dpt mandi kolam dan laut.

Pagi Aidilfitri ke -4, lepas breakfast kami sempat dulu beraya ke sebuah rumah sedara depan rumah Atok di Bangi ni, lepas tu Family Mertua nak beraya ke Lenggeng N.S, Family Adik Ipar plk nak ke KL, kami plk terus menuju ke PD, tp sblm ke PD sempat lg singgah blk rumah skjp amik swimming suit anak² (sib baik rumah dekat je..).

Sebelum nak pergi tu Zaquan mcm biasa buat perangai, menangis² siap berlari² sampai ke luar rumah, dia kalau boleh nak ikut sepupu dia xpun dia nak suruh sepupu dia ikut dia, tp masing² dh ada planning sendiri. Sudahnye dia merajuk sepanjang perjalanan sampaikan tertido dari awal perjalanan sampailah dikejutkan masa sampai hotel.


Otw nak ke PD.
kemain segar plk Adik Ziqry n sporting diajak bergambar berdua dgn Mama.


Bergambar manja dgn Papa


Abg Zaquan yg merajuk n terus tido sepanjang perjalanan


Alhamdullillah kami selamat sampai PD pada pukul 3.00ptg.
Owh ye, Adik Mama booking Apartment 3 bilik di Ancasa AllSuites Resort & Spa 
Sama tempat kami holiday pada minggu pertama Ramadhan lepas.
Adik dah beriye pandang dibawah je..
Ada sebabnya....


Sebabnya...
^
^
^
^
^
^

Apartment yang Adik Mama booking ni dapat Garden View.., 
pandang bawah dah nampk swimming pool..


Garden View


View dari atas Apatment


Memandangkan holiday pun singkat..2 Hari 1 malam je n Mama pun cuma menyinggah je, apalagi cepat2 kita g mandi pool. Happy rasanye w/pun x cukup korum tp bkn senang Family Mama ni dapat kumpul bersama g bercuti, Family sebelah Mama jarang bercuti, sbbnya Abah Mama kerja jenis susah nak tinggalkan kedai. Kali ni Abah pun teruja je g ikut sama bercuti siap joint mandi pool dgn anak² n cucunya 2 orang ni.


Sporting plk Abah nak mandi pool n bergambar bersama..
Kami Adik Beradik, Ummi n Mr. Papa x turun mandi, Mr Papa kata dia nak rilex takut nnti balik nak drive jln jem, so kena dptkan rehat secukupnya..



Seronoknye dia dapat mandi n ada org layan.
Uda Akoi layan Abg Zaquan


Adik plk dgn Ucu Apit dia..


bersliding plk..


Semua pun mandi dgn sepuasnya2nya...hehe


Puas mandi pool, kami x lepaskan peluang untuk turun ke pantai n mandi jgk la skjp kat laut ni.. 

Dekat sgt pantai dgn apartment yg kami duduk, belakang aparment je pantai dia..
lgpun apartment kami block C, mmg dekat sgt dgn pantai..


Mak aihhh.., ramai rupanye org g beraya di PD ni..:p


See..memang ramai


Petang tu mmg srnok la Abg n Adik, dilayan oleh Pakcik2nya..






jom main pasir pulak..
kita tanam Abg...




 Adik takut kena tanam, adik dok diam² tgk abg kena tanam..hehe


Ok jom balik bilik, Papa dh tunggu..


 Sesungguhnya w/pun singkat masa dpt dihabiskan tp kami semua happy..♥

Sesi lepaking depan TV sblm kami nak balik


Isi perut sikit, My Mum masak n bawa Nasi Lemak, Nasi impit dgn Serunding, laku sampai licin , yelah masing² lps mandi kelaparan la..


Lebih kurang jam 6.30ptg kami pun bertolak balik, tp Mama, Papa n Ziqry je yg balik, Zaquan tertinggal di PD, biasalah dia, mmg dh agak dh confirm susah nak ajak dia balik, nasib baik esoknya urusan utk buat Passport baru buat Ziqry, Zaquan dah ada pasport, So dapat la dia berjimba² lagi di PD, lgpun mlmnya tu diaorang nak makan besar..kami balik awal nak kejar masa takut jem n Mr. Papa nak tgk bola MU lawan pukul 9 mlm. Alhamdullillah jgk perjalanan kami berjalan dgn lancar, kami ikut jalan lama mmg x jem langsung..pukul 8mlm dh selamat sampai Bangi, lepak mkn malam dkt Impian, pastu singgah umah kami hntar baju basah n packing baju untuk bermalam di rumah Mertua di Seksyen 5, Bandar Baru Bangi. Esoknya nak kena bangun awal, nak ke Imigresen dan KL.. hope segala urusan esok berjalan dengan lancar..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, August 19, 2013

Aidilfitri 2013 : Aidilfitri ke - 3 ~ Photoshoot Bersama Family Mertua Dengan Tema Hari Raya Pertama.

Salam 12 Syawal,

Sambung semula story Aidilfitri 2013 kami, kali ni nampak beriye pulak Mama menghapdet story Aidilfitri ek, bkn ape bila dh stop mmg akan tinggal camtu je la + nak kejar abiskan story before g bercuti hari khamis ni.., cuti seminggu pulak tu..hehe

Aidilfitri ke-3, selepas zohor kami pun bertolak menuju ke Kg. Bahagia, Bangi, semalamnye beraya, hari ni kami bermalam pulak di Kg. Tahun ni Adik Ipar planning nak buat photoshoot 1 family, Mama ok je sbbnya Mama ni kan mmg kaki bergambar.. :), Temanya Hari Raya Pertama..hehe, sbb semua pun lengkap berpakaian baju melayu n baju kurung spt di hari raya pertama, ikutkan Adik Ipar nak tema Coklat sbbnya baju kurung coklat yg Adik² Ipar pakai adalah kain ela sedondon yg diberi oleh Mak Mertua Mama n yg Adik Ipar jahitkan. Akceli Mama pun dpt kain ela sedondon tu tp kain baju Mama x sempat siap..sorry ye Mak n Adik² bkn niat xmo pakai di Hari Raya Pertama tp mmg x sempat disiapkan w/pun kain tu Mak Mertua dh bg akhir tahun lepas lg, tp sbb asik bertangguh² Mama nak cari kain lining utk baju tu (bila keluar je asik x teringat nak singgah kedai kain) sudahnya bila dh nak dekat raya, semua tailor yg mama biasa upah dh x terima dh, rasa masa tu mcm nak jg minta tolong Adik Ipar tolong jahitkn tp bila tgk time tu kami semua pun bz tolong wat kuih raya + dia pun masih nak menyiapkan tempahan bj yg ada, x tergamak plk nak minta tolong dia jahitkan..

So, jadilah photoshoot Family pada hari tu Coklat Oren..^_^..

Sblm tayang pic photoshoot, layankan dulu pic sblm photoshoot bermula.., bila keluar kan je kamera DSLR mula la Zaquan sibuk nak tunjuk skill dia amik gambar, masalahnye kalau sekeping dua xpe, ni dia buat DSLR tu mcm kamera suka² dia, dah la tu ape yg Abg buat, Adik pun sama sibuk nak buat jgk, pastu mulalah menangis, bergaduh berebutkan benda yg satu, kalau DSLR tu terjatuh menangis Mama ni duhai anak²ku,..nak beli yg paling basic pun susah, sudahnye berebut Mama nak menyimpan DSLR tu drpd Zaquan (ckp n minta baik² xmo dengar) sampai benjol dahi dia nak lari dari Mama terus terhantuk dahi kat dinding, cian plk bila tgk benjol di dahi dia tu..

Abg & Adik.
Adik beradik yg susah nak dptkan gambar bersama yg seia sekata..huhu


Abg & Kakak..
Sepupu rapat..dia lah kawan baik & dialah kawan gaduh..
Bila x jumpe rindu, bila berjumpa gaduh baik, gaduh baik...itulah kerja diorang,
 kalau x, x riuhlah rumah Atok n Nenek nanti..huhu


Hasil tangkapan Zaquan..Sepupu dia..Eisya yg mmg mesra kamera + pandai berposing..


Jom layan hasil photoshoot pada Aidilfitri ke-3, 2013 kami, Tema Hari Raya Pertama..^_^..
gambar yg cantik² ni hasil DSLR (mestilah sendiri puji.. hahahaha.. :p), yg agak2 blur tu kamera smartphone je la.., mama up je semua gambar sbg kenangan Mama 

Mula² mestilah gambar the whole family 
testing...testing...
time ni asben adik ipar@cute mum tolong settingkan DSLR Mama, pinjam dianye tripod. 


Ini lah dia kesemua Family Mertua Mama..lengkap semua ada pada Aidilfitri ke-3 2013 ni..
Alamak Zaquan x pandang kamera di depan, sibuk pandang kamera Cik Aima dia, Cik Aima pun mata terpejam pulak..., xpe..,leh je amik sekali lagi..


Wah cantiklah...The Whole Family Mazlan + Norlaily


Sudah snap 2-3 keping pic 1 keluarga, giliran masing² pulak bergambar bersama Mak & Ayah.
Mak & Ayah 

Family Sweetmama bersama Mak & Ayah
Hahaha..anak² dh mula bosan bergambar.., Mama dia jgk maintain tersenyum..
(nampak x, benjol kat dahi Zaquan yg baru dapat..)


Family Cute Mum bersama Mak & Ayah


Adik² Ipar yg masih single bersama Mak & Ayah


My Family..♥



 Mr. Papa bersama Adik Beradiknya..




Last but not least..pic kami berdua.., 
Malu² Kucing pulak Mr. Papa bila nak bergambar berdua..
Tegak Kaku gitew..


Selesai sudah sesi photoshoot kami, sblm tu ada permintaan dari kanak² riang especially Zaquan sibuk nak main mercun..apa nama mercun ni x pasti pulak..

amboi adik ziqry bersantai plk dia duduk atas rumput tu..


Beriye memerhati Cik Aima memasang mercun n tunggu masa nak bakor..



Sudah berbunyi pun mercunnye..bingit tau bunyi mercun ni sbnrnya..



Tgh tgk show mercun diatas tu..hehe





Apalagi jom masuk rumah , mandi pastu malam boleh layan Bola, Malaysia lwn Barcelona.., itu saje la aktiviti Aidilfitri ke-3 kami, menghabiskan masa bersama keluarga seadanya.., Ok la kan perlawanan Msia lwn Barcelona mlm tu xde la malu sgt/ xde la kena teruk sgt..1-3. Malam tu Abg Zaquan tido awal, lepas abis bola kami 1 family sempat lepak minum dkt luar lagi, Adik masih jgk lagi x tido, sampai rumah baru dia nak tido. Malam tu sblm tido boleh plak terlayan citer Mariam Kg Putat siaran TV3 lakonan Hanis Zalikha bersama Aiman, siaran ulangan kot time tu..(almaklumlah skrg ni jarang tgk tv) besh jgk citer dia lawak2..abis citer tu kul 2.00pg kot baru la terlelap mata mama ni.., esok dah ada planning yg last minute diberitahu....

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails