Friday, August 16, 2013

Aidilfitri 2013 : Aidilfitri Ke-2 ~ Beraya di Kg. Bahagia & Jenderam Hilir.

Salam 9 Syawal,

Sambung story Aidilfitri 2013 kami. Aidilfitri ke-2, spt yg telah diberitahu di N3 sebelum ni, Aidilfitri ke-2 baru berkesempatan beraya di Kg. Mr Papa pulak..ye kami ke Bangi Lama & Jenderam. Lepas Sembahyang Jumaat baru kami gerak ke kg. Sebelum tu kami lepak² je di rumah n beraya di rumah Pak Ngah Mama depan umah Family Mama je ni, Sebelah umah pulak umah Mak Long Mama, tp kami g beraya umah Pak Ngah je sbb kebetulan diorang sume berkumpul kat situ, diorang pun tgh tunggu masa je nak kuar g beraya..

Pic Zaquan n Ziqry berlatarbelakang rumah Pak Ngah@ Tok Man.
Abaikan Ziqry yg dok pakai selipar Abg dia , lps tu pakai selipar terbalik pulak tu.





xde motif pun nak bergambar kat sini tp kebetulan My Mum baru buat longkang besar ni  dgn harapan bila hujan xdelah masalah banjir lagi.., sblm ni longkang yg ada tu x bersimen pun, kali ni diseman dan ditinggikan, boleh pulak jd tempat lepak Zaquan n Ziqry ..huhu

X puas lg bergambar 1 family, sempat lg bergambar1 family di Aidilfitri kedua plk sebelum keluar beraya.., nak bergambar kat rumah org segan nanti..hehe
Aidilfitri kedua Mama berpeplum, tgk org pakai peplum, kita pun nak pakai jgk, tp sbnrnya x sesuai sgt pun Mama pakai peplum nampk bdn yg sedia berisi bertambah berisi, org kurus tinggi je yg cantik pakai peplum ni, ermm..tp x kisahla jnji kita selesa pakai..Peplum ni Mama beli dgn opismate Mama..boleh la terjah FB dia EL ILONA..kalau berkenan nak beli baju peplum.



Pic 1 Family di luar rumah Mak Long Mama, sekarang ni kawasan perumahan rumah family Mama ni dh jd makin sempit dh, Rumah Mak Long pun skrg ni under renovation tgh tambah bilik lagi..


Mama n The Heroes


Ikutkan Zaquan xnak balik kg time ni..sbb nak berkepit je dgn Ucu Apit dia.., terpaksa Ucu Apit dia umpan bgtau dia nnti blk dr kg..boleh ngeteh dgn Ucu Apit. Tapi biasalah bdk², bila dh sampai kg. dh dpt kawan, terus x igt umah dh, sibuk nak duduk kg. pulak..



Selesai beraya di rumah Pak Ngah Mama tu, terus je kami gerak balik ke Kg. Bahagia, Bangi. kami sampai lebih kurang kul 3 lebih kalau x silap. Kami sampai tu semua family mertua Mama, Mak, Ayah n Adik Beradik Mr. Papa ada, Mak Long, Pak Long, Pak Ngah n Mak Ngah pun ada & semestinya tuan rumah Atok pun ada. Tahun ni Atok dah x berapa sihat sgt dah, dia pun skjp ingat sekajap lupa kitaorang ni.

Sampai² kg. lepak² dulu, bagi anak² main dgn sepupu² dia dulu, sepupu w/pun baru 2 orang tp riuh, masing² ada peel tersendiri. Sempat makan tengahari dulu baru gerak ke Jenderam pulak (Kg. Sebelah Mak Mertua). Kami gerak ke Jenderam dah lewat petang, dalam kul 6 petang baru nak gerak. Kali ni g berjalan kg. bawa anak buah@sepupu Zaquan n Ziqry join sekali, dia mmg dah g beraya di kg. hari raya pertama lagi, tp tgk Abg Zaquan beraya, mestilah nak ikut beraya sekali..ada geng..hehe. Di Kg. Jenderam kami singgah 2 buah rumah, Rumah Uda & Rumah Wak (Unyang Zaquan n Ziqry). Lepas magrib baru gerak balik ke kg. Bahagia Semula.

 OTW dari Bangi ke Jenderam.
Zaquan bersama sepupu dia Eisya
Amboi happynye Abg n Kakak




Bdk² skrg suka na posing jelir² lidah, tgk tu Adik pun meniru apa yg Abg n Kakak buat.


Sambil Mr. Papa dok berborak dgn wak, sempat lg snap 1-2 keping pic..



Sebelum balik, sempat lg Zaquan lepas gian bermain bunga api bersama sepupu dia eisya.., Adik Ziqry dh tido rasanye time ni..



Selesai diorang bermain, x lama lps tu kami pun balik, malam jgk baru kami balik, kul 10.00 mlm baru sampai Cheras.., esoknya kesana jgk n bermalam terus di Kg. Bahagia, Bangi. Apa agaknye aktiviti kami di Aidilfitri ke -3...? ohh..yeah..oh yeah kami berphotoshoot 1 family keluarga mertua, nanti mama up hasil photoshoot..hope x termuntah la kawan² tgk asik bergambar je..hehe..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

6 comments:

  1. selamat hari raya! seronoknya anak-anak tu yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya Ayu..:)
      srnok la diorang dpt keluar beraya,
      anak2 zaman skrg mana betah nak duduk rumah..
      nanti dia sendiri tanya kita x keluar beraye ke..huhu

      Delete
  2. wahhh... cerianya!!!! deno raya kat hospital.. hihi^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih deno :)
      owhh ye ke, siannye kat deno..moga tabah hadapi dugaan yg mendatang.

      Delete
  3. cantik jugak warna peplum tu ... selesa pakai itu yg penting, biar bergaya sikit raya ni .. pedulik org kata x cantik .. jgn jadi mangsa fesyen sudahkan... cantiklah biru tu seyes.. mmg birulah mata hitam ku ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..yelah yg penting kita yg memakainye ni selesa. Baju peplum ni mmg k.eija minta kawan k.eija amik ukuran, mmg saje buat loose, kalau ikutkan peplum ni cantik pakai ketat2 sikit br nampk peplum/kembang di pinggang dia tu kan...

      Rasanye setakat ni x pernah lg jd mangsa fesyen, selalu fesyen dh nak out-dated baru terhegeh2 nak pakai..

      tq yana, biru turquise antara feberet kaler k.eija jgk.

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails