Klik2 My Heartbeat Yaa.. :)

Thursday, August 29, 2013

Movie Time| PLANES

As Salam,

Lama dah rasanye kami x g tgk wayang bersama sampaikan Zaquan sendiri dah 2-3 kali request dgn kami 'Abg nak g tgk wayang' kalau kami keluar berjalan di shopping mall. Kali terakhir kami tgk wayang bersama movie Transylvania pada 15 Nov 2012, mak aihh mmg lama betul la x tgk wayang..hehe, ini kira movie pertama utk thn 2013..huhu. Akhirnya Mr. Papa sendiri yg offer pada Zaquan 'Abg nak tgk movie ape..Smurfs ke Planes' (sambil tunjukkan gambar movie berkenaan). Zaquan yg pilih untuk tgk movie Planes ni..pengaruh Cars agaknye..sbb dia nampak ada lambang Cars tu yg dia pilih utk tgk Planes.., kami ikut je sbb Zaquan yg beriye nak sgt tgk wayang, Mr. Papa booking thru phones je..

Movie: Planes
Time : 8.00mlm
Date : 19 Ogos 2013
Place: GSC Alamanda

Availabe in english n Bahasa Melayu.
Mr. Papa pilih utk tgk dalam Bahasa Melayu..disebabkan version english movie start kul 10.00mlm, lwt sgt.. esoknya anak2 nak g school..
Lepas balik kerja n jemput anak2 kami pun terus ke Alamanda, makan² dulu sblm masuk panggung wayang 


Amboih kemain lagi Abg Zaquan, boleh plk dia ckp, lepas tgk movie kapalterbang abg nak tgk smurfs pulak.., 'mane leh tgk dua² movie, kul berapa kita nak balik nanti', 'papehal pun kita tgk movie kapal terbang dulu ye..'
 *time mama nak snap pic ni plk Zaquan terbatuk².

Tunggu masa nak masuk Wayang.., Abg posing depan poster Planes ni dulu


Adik pun nak jgk berposing..


Sebelum Wayang bermula..
X ramai pun dalam panggung wayang, ada la dalam 3-4 family je kot..
Nampak muka Abg Zaquan srnok dpt tgk wayang..
Zaquan layan movie ni sampai habis tau..bersungguh dia tgk movie ni..

Mama pun nak enterframe jgk..hehe
tgk wayang dgn berbaju kurung sbb pergi terus lepas balik kerja kan n kebetulan pagi tu ada sambutan hari raya di opis (peringkat kementerian).

Kalau nak tau 1st time Mama tertido dalam wayang tau bkn sbb movie ni x best, jalan citer dia ok je, layan jgk sbb Mama pun suka tgk movie animasi ni tp sbb x tahulah kenapa ptg tu Mama sakit kepala bawa sampai ke malam, sakit kepala sgt2 sampaikan kena tido dulu baru lega.., ermmm..dh duduk dalam wayang bergelap dgn org x ramai tu sandarkan kepala n pejam mata mmg boleh terlelap dibuatnya. Tp xdelah Mama terlelap dari awal sampai akhir..setengah jam terakhir tu yg Mama terlelap sambil menyusukan Ziqry sudahnya dua² tertido, sedar² Papa kejutkan movie dh abis n tgk Zaquan bertahan tgk movie tu sampai tamat.

Review Movie: x leh la nak wat full review sbb Mama x tgk sampai abis movie ni :p
Watak² dalam movie ni adalah kapal terbang n ada jgk la terselit Cars dan yg seangkatan dgnnya, penonton masa perlumbaan kapal terbang ni kebanyakannya adalah cars. Kesimpulannya Planes mengisahkan tentang Kapal Tebang Pembaja iaitu Dusty Crophopper yang bercita2 untuk menjadi pelumpa kapal terbang di udara tinggi mengelilingi dunia sedangkan Dusty hanyalah sebuah kapal terbang yang bekerja di ladang jagung (cornfield). Demi mencapai impian w/pun ditertawakan Dusty berusaha jgk utk masuk pertandingan lumba kapal terbang berkenaan dimana dia perlu bersaing dgn juara bertahan 3 kali berturut² iaitu Ripslinger. Diperingkat saringan awal Dusty hanya mendapat tempat ke-6 dan x layak masuk, kebetulan salah satu kapal terbang telah melanggar peraturan pertandingan sehingga menyebabkan ianya tersingkir, tempat ke-5 berkenaan diganti oleh Dusty. Betapa srnoknye Dusty bila dpt tahu yg akhirnya dia dpt jgk masuk pertandingan yang diimpikannya. Dusty telah mita tolong Skipper iaitu Kapal Terbang Perang Navy utk membantu beliau merealisasikan impiannya.., Dusty merayu agar Skipper sudi utk turunkan ilmu teknik2 terbang tinggi dan melatihnya utk masuk ke pertandingan itu nanti. Akhirnya Skipper menerima dan Dusty mula sibuk menjalani latihan. Pertandingan pun sudah mula bermula dimana bermula dgn satu negara ke satu negara yg lain (time ni Mama dh mula nak terlelap..hehe)...Yg pasti akhirnya mestilah Hero menang w/pun cuba disabotaj oleh Ripslinger...^_^..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

4 comments:

  1. hahah..dah tengok sekali nak sambung tengok lagi kena duduk kat umah yang dekat dengan panggung wayang la nampaknye..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..itu lah pasal, bdk2 zaman skrg dh pandai minta tgk wayang

      Delete
  2. amir pun ajak tgk cerita ni .. tp kami x sempat nak bwk hujung minggu bz... dia layan cars jer kat astro gelak sakan sorang² pun jadi.

    ReplyDelete
  3. Walaupun dalam sibuk2 buat kerja .. blog nie tetap saya
    lawati... sbb artikel dia memang menarik... nak cadang kepada pengunjung..
    bookmark...

    Look into my web blog; Affiliate Malaysia

    ReplyDelete

♥Terima Kasih Sudi Baca &Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails