Thursday, August 15, 2013

Aidilfitri 2013 : Story Aidilfitri Kami | Malam Raya & Aidilfitri Pertama

Salam 8 Syawal,

Tengah mood ada nak updates n3 Aidilfitri ni, so updates jgk la w/pun sbnrnya story Aidilfitri kami rasanye setiap tahun sama je.., dah la kami ni kg. dekat², anak jati Selangor la katakan..kisah nak beraya balik ke Kg. tu xde lah meriah sgt..hahaa, tp pd anak² tetap ada istilah balik kg w/pun dekat tau..Zaquan n Ziqry siap dh pandai nyanyi..'Oooo..balik kg...., Ooooh balik kg...., hati girang'....^_^... Siap menyanyi masa kami OTW nak balik kg. @umah family Mama pada malam raya tu. Sekarang ni pun Zaquan suka sgt nyanyi lagu Balik Kampung tu..

Tahun ni giliran beraya di rumah family Mama di Bt 10, Cheras, Kajang, mcm biasa kg. dekat² still mengamalkan sistem giliran, tp if family masing² free x kemana insyaallah Aidilfitri pertama tu sempat je nak beraya semua rumah kedua² family, tp tahun ni x sempat nak beraya kesemua rumah family pd Aidilfitri pertama, Aidilfitri ke-2 baru berkesempatan beraya di kg Bahagia & Jenderam Hilir (Kg. Belah Mak & Ayah Mr. Papa).

Tahun ni kami cuti raya 2 hari je (sehari sebelum n sehari selepas) campur dgn cuti raya umum dapatla cuti raya 6 hari, sehari sebelum raya tu Mama amik cuti utk kemas² rumah n pack baju n selebihnya 5 hari cuti raya. Malam raya hingga Aidilfitri kedua bermalam di rumah Mama, Aidilfiti ke-3 balik kg sebelah Mr. Papa di Kg. Bahagia, Bangi dan bermalam disana, Aidilfirti ke -4 kami bermalam di rumah Family Mr. Papa di Seksyen 5, Bandar Baru Bangi..Aidilfitri ke - 5 baru kami bermalam di rumah kami sbbnya Aidilftri ke -6 masing² dah mula bekerja, anak² Zaquan n Ziqry, 2 hari (Aidilfitri ke -6 & 7) duduk dgn Atok n Nenek nya jaga sbb taska & tadika tutup. Hari ni Aidilfitri ke - 8 dah mula pergi ke Tadika & Taska seperti biasa.

Itulah serba ringkas story Aidilfitri kami sehingga ke Aidilfitri ke -8, seminggu dah berlalu, sekejapnye rasa. Itu secara ringkasnye..ok jom tengok apa aktiviti kami pada malam raya & Aidilfitri pertama.

Kami sampai di rumah Family Mama malam raya, sbbnya pd hari berkenaan Mama je yg bercuti, Mr. Papa masih lg bekerja, so lps berbuka puasa la baru kami gerak ke Bt. 10, Cheras. Setiap kali time giliran Mama beraya di rumah Family Mama mesti x cukup korum, Adik beradik Mama yg dah berkahwin semua giliran family sebelah mertua, So Mama n yg bujang je la yg ada setiap kali raya di rumah Family Mama. takpelah nak wat camner kan kalau semuanya sama nnti ada tahun yg raya pertama xde siapa yg balik kan..lg sedih Ummi & Abah nanti.

Malam Raya 

Malam kami sampai tu Adik² bujang Mama dh ada dirumah dah n kebetulan Wiwin pun ada lagi, kami sampai tu wiwin tengah sedap tido sbnrnya, tp Zaquan n Ziqry sibuk nak main jgk dgn wiwin..abis dikacau n dikejutnya wiwin, main skjp je sbbnya malam raya tu Wiwin nak balik kg dia di Kelantan. 

Malam tu macam biasa hidangan hari raya semuanya dh siap terhidang, nasi impit, rendang daging, kuah lodeh dan ayam masak kerutup. kami sampai makan je ..huhu

Heppp..adik Ziqry kacau Adik Sara ye


Ye..memang dikacaunya sampai Adik Sara terjaga, tp Kakak Aisya lena betul tido.


Lepas wiwin balik bosan la Zaquan n Ziqry, tp yg kelakarnya 2 beradik ni boleh layan citer hantu sampai tido kul 2 pagi malam raya tu, sudahnya memasing pagi raya bangun lewat, Atok n Nenek dah slmt g sembahyang raya baru diorang bangun. tahun ni terlepas la Abg Zaquan nak g masjid sembahyang raya, tahun lepas Zaquan teruja thn pertama dia ikut Atok n Papa g masjid sembahyang raya.

Aidilfitri Pertama @ 1 Syawal 1434H @ 08.08.2013.

Raya kali ni Zaquan teruja betul nak pakai baju melayu lengkap dengan sampin dan Songkok. kalau nak tau 2 minggu terakhir puasa tu Zaquan asyik la merengek nak beli songkok dkt downtown reko sentral, kebetulan kedai songkok di downtown tu dkt depan sekali mmg setiap kali lalu dari rumah kami nak ke rumah Atok n Nenek dia, dia akan nampak kedai songkok tu, sudahnya kami belikan jgk songkok Zaquan n Ziqry di downtown 3 hari sebelum raya..malam ahad kalau x silap kami terjah Downtown Reko Sentral. Downtown ni dekat area rumah kami je, tp itulah sekali kami pergi, sbbnye orang tersangat la ramai n Mr. Papa x sanggup nak meredah lautan orang disitu, ini pun kami jalan satu baris kedai je, x sempat tawaf pun.., dapat la songkok dan sampin untuk Abg n Adik.

Punyela merengek nak beli songkok, tp pagi raya lps mandi tetap nak pacak rambut..hahah apa la Abg ni, tp nasib baik jgk dia kata lps rambut kering baru leh pakai songkok, mmg kalini dia syg betul ngan songkok dia tu, mmg nak pakai la orang kata.

My encem boy di pagi 1 Aidilfitri.

Adik Ziqry di Pagi 1 Aidilfitri ..berbaju melayu lengkap..
Yeay dah raya..hehe..


Abg & Adik..susahnya mau ambil gambar kamu berdua bersama


Adik yang suka makan nasi impit & lemang bersama kuah lodeh..


Selesai sembahyang raya dan menikmati juadah hari raya di pagi raya, sudah semestinya selepas tu adalah sesi bermaaf-maafan. Sebagai anak yg sulung, keluarga kami la yg mulakan dulu minta ampun dan maaf kepada Ummi, Abah & Adik2 yg ada.

Sesi bermaaf²an di Pagi 1 Aidiftri yang mulia..

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin, Ampunkan Segala Kesilapan CT selama ni..Muahh..Muahhh..Muahhh..


 Selamat Hari Raya, Atok n Wan Ummi maafkan Abg ye, Dapat duit raya..,terima kasih Atok..:)


Adik pun kena minta maaf dgn Wan Ummi & atok tau


Wan Ummi dan Atok, Adik Ziqry minta maaf..Adik Ziqry nak wit raya..hehehe


 Bonding time Atok n Cucu..:)


Selesai bermaaf²an, apalagi wajib la bergambar 4 beranak, sibuk nak bergambar 4 beranak, Wan Ummi n Atok dah nak bertolak ke rumah Unyang dh sbnrnya sampai x sempat kami  nak bergambar bersama Wan Ummi & Atok..

Dah up N3 Family Pic kami Pagi 1 Aidilfitri.., tp up sekali lg di N3 ni..hehe

Kami di Pagi 1 Aidilfitri @ Batu 10, Cheras.


Sebenarnya susah sgt nak dapat kerjasama daripada anak² utk bergambar 1 keluarga ni, merayu la Mama dia ni, nasib ada jgk la 2-3 keping gmbar 1 family w/pun hasilnya xde yg betul2 semua mata memandang kamera..ade je yg x kena..huhu..

See..disebalik nak dapat kan gambar 1 family..2-3 keping snap..


ni kunun nak buat gaya bebas, Mama n Abg Zaquan dh beriye pandang kamera.., Papa n Adik pulak tunduk


Sudah² la tu bergambar.. Jom kita g beraya 
Adik Ziqry Wif Uda Akoi


Aidilfitri Pertama jgk wajib kami semua balik ke Kg. Abah @ Umah Wan, di Sg Kantan, Kajang.., dekat sgt 20 minit dah sampai dr Cheras ke Kajang. Kami selalu gerak bersekali. Tahun ni ramai jgk Adik Beradik Abah yg balik, Pagi raya ni la semua Adik Beradik Abah berkumpul, Tahun ni Wan dh x berapa sihat, terbaring je dh x boleh nak berjalan lg dah.
x puas hati family pic kat umah td, bergambar di umah Wan @ Unyang pulak..hehe

Family Pic 1 Aidilfitri @ Sg. Kantan, Kajang.


 Tapi still sama jgk, Zaquan saje je pejam² mata time nak bergambar ni. Nampak mcm Mama & Papa je yg syok sendiri bergambar..huhu.


 Papa n the heroes..



Destinasi seterusnya lepas beraya n berkumpul di rumah Wan @ Unyang Zaquan n Ziqry kami akan beraya ke rumah Mak² Saudara Sebelah Abah dekat area Kajang jgk, adalah dalam 4 buah rumah, pastu tahun ni kami berkesempatan beraya di rumah Mak Anjang Mama di Sg Sekamat je, kebetulan dia ada buat menu special Nasi Briyani..x sangka sungguh Ziqry kemain suka lg nasi briyani sampai 3 kali tambah..aduihai bikin Malu Mama je tau..

Beraya di rumah Mak Anjang


See..makan saja, dapat plk Papa yg suap mmg berselera la dia makan..


Seronok la dia tu..poket pun dh berisi penuh..huhu


Sedar x sedar kami sampai rumah dah kul 5 ptg..terasa cepat la pulak masa berjalan sampai ke petang keluar berjalan, selalunya kul 2 ptg tu dh selesai kami beraya, itu yg kadang² bila dh selesai awal, kami akan gerak ke Bangi & Jenderam pulak.., tp kali ni Aidilfitri kedua baru kami terjah kesana.

Setelah kepenatan beraya n kekenyangan..tido sudah Adik Ziqry


 Abg masih segar sibuk mengira duit raya..hehe


Kebetulan kami sampai je rumah, tetamu pun datang, saudara sebelah Ummi dari Sg. Besi anak beranak dtg, ramai tu..Zaquan pun teruja sbb ramai kawan yg sebaya..itu yg membuat kan dia melawan mata utk tido..hehe

Tapi akhirnya tertewas jgk..tersadai ketiduran semua termasuk Papa & Ucu Apit dia sekali. Gambar kanak2 je yg boleh publish disini gmbar bapak bdk seksi..x pakai baju..huhu, yg si anaknye plk tido siap lengkap berpakaian baju melayu..


Sekian, N3 Aidilfitri Pertama 2013 kami, insyaallah kalau rajin ada la sambungan N3 Aidilfitri kedua dan seterusnya..

P/s : rasa mcm xde bergambar sgt, tp byk jgk  gmbar yg ada disini..lebih 20 keping..hehe, mesti oren je mata kawan² mama tgk pic n baca n3 ni kan..huhu..diharap x bosan membacanye..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

8 comments:

  1. itulah kata x banyak gambar hihihihihi.. meriah beraya berjalan² melayan kan kerenah anak² kalau nak bergambar macam tulah hihihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..itulah sbnrnya mama dia ni yg kaki bergambar n rajin ambil gambar, byk gmbar candid je sbnrnya tp setiap gmbar tu pasti ada ceritanya yg tersendiri.

      betul2,zaman kita dh lepas dh..zaman anak2 la pulak.. meriah melayan kerenah anak² je sbb diorang pun yg srnok berjln n dpt wit raya..hehe

      Delete
  2. salam
    aia saya ida
    newbies blogger
    saya baru je follow blog ni
    jemput ye follow blog saya
    umielman.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Golden di aidilfitri ye... meriah!!
    Jalan sana-sini, happy-happy, last penat lena dua-dua :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahaa..kak, menyala di pagi aidilfitri..:)
      lebih baik tido daripada diorang meragam x cukup tido..

      Delete
  4. encem betul la zaquan ni...hehehe..bila anak2 melepek tido kepenatan cam sian plak kan sbb bawak gi beraya, tapi kalo x bawak x merasa la diorang gi beraya2 ni..Nanti nak terjah umah eija la ..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..tq k.norr :)
      Hari raya kalau dok umah je x besh jgk k.norr, srnok sbnrnya keluar beraya bg diorang kenal² saudara..

      jemputla beraya di rumah kami tp papehal kalau nak dtg calling2/sms la dulu ye, kalau main terjah je alamatnya hidang kuih raya ngan air sirap je la...hihi

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails