Showing posts with label Berbuka Puasa. Show all posts
Showing posts with label Berbuka Puasa. Show all posts

Thursday, July 10, 2014

30.06.2007 - 30.06.2014 ~ Alhamdullillah 7 Tahun! | Berbuka Puasa Di Luar Sempena 7th Anniversary

Salam 12 Ramadhan,

Menghampiri 2 minggu sudah kita berpuasa, Alhamdullillah dapat menjalani ibadah puasa seperti kebiasaan bezanya tahun ni kami berpuasa tanpa Mr. Papa disisi tp itu tidaklah sampai kami rasa kosong di bulan Ramadhan ni sbbnya Mama n anak² bermalam di rumah Mertua membantu MIL n FIL buat biskut raya [cari duit poket utk raya :)], seperti jgk thn² sblmnya tiada masalah utk berkejar balik masak sbb hidangan berbuka tu mmg complete Mak Mertua dah siapkan (Tq MIL n FIL), Mmg bertuah sungguh Mama ni keluarga dekat² dapat la menumpang kasih, hujung minggu plk masa utk Mama berbuka puasa bersama Family Mama plk. Begitulah rutin Mama di bulan puasa ni, pergi kerja seperti biasa w/pun bulan puasa mama x bertukar waktu bekerja pun, still amik WP3 (8.30pg - 5.30ptg) , jemput anak² dari tadika/taska selalunya pkl 6ptg jgk baru berjaya gerak keluar dari Putrajaya, biasa dah meredah jammed, itu yg sampai rumah kul 7mlm, lepas maghrib dah start operasi buat biskut raya sampai la tgh malam..(lai²..sapa mau order biskut raya..)

Panjang plk mukadimah, straight to the point, pada 2 Ramadhan 1435H / 30 Jun 2014 (Isnin),  alhamdullillah genaplah usia perkahwinan kami 7 tahun. 7 tahun yang penuh dengan suka dan duka, sedangkan lidah lagi tergigit inikan plk suami isteri kan, moga kami berdua tabah hadapi setiap ujian dan dugaan yang menimpa, sentiasa doa kan yang baik2..insyaallah, moga ikatan perkahwinan ini sentiasa di bawah limpah rahmat Alllah S.W.T..Amin.


Pic nikah 7 tahun yang lepas
30.06.2007


Berbuka Puasa @Secret Recipe Sempena 7th Anniversary

Memandangkan anniversary kami jatuh pada bulan puasa, ingatkan dh xde agenda makan² dah, tp kebetulan plk Mr. Papa bercuti sbbnya Melaka amik cuti 1st Ramadhan yg jatuh pada hari Ahad dan dibawa ke hari Isnin, so dapat la kami makan² diluar / berbuka puasa diluar bersama 4 beranak pada hari ulangtahun perkahwinan ke- 7 kami ni.., lepas ni maybe la xde peluang nak berbuka bersama diluar sbbnya hujung minggu pun Mr. Papa ada kelas.

Tempat makan untuk berbuka puasa pilihan Mama di Secret Recipe, Alamanda, bkn selalu pun makan di SR, selalu pergi SR beli kek je..huhu, , Menu pilihan macam biasa tekak western kami ni..

Adik Ziqry buka puasa terlebih dahulu, yg bagusnya dia mmg peminat tegar kurma, sebelum Mr. Papa jemput kami untuk berbuka puasa (Mama keje seperti biasa, anak² pun ke tadika/taska spt biasa, Mr. Papa sorang je yg bercuti), Mr. Papa sempatla pergi service kereta kami n dapat la kurma 3 biji, bila sampai SR pun dpt lgi kurma, 3 biji kurma yg dpt habis adik bedal, bila tgk ada kurma lagi dekat SR pun beriye dia makan, bagus² Adik elok tau makan kurma ni byk khasiatnya, berbeza betul dgn Abg dia x minat lgsung kurma..



Ini menu pilihan Mama..Chicken Parmigiana


Mr. Papa punye menu..Spagetthi Bolognese
tp yg beriye makan Zaquan n Ziqry



Utk Abg n Adik..Mushroom Soup sorang satu..


Abg Zaquan paling demand, kunun bila tanya nak makan ape xmo makan, tp dia punye demand tinggi dekat dessert,  ini Abg Zaquan punye..Hot Choc, Sundee Ice Cream n x lupa jgk Choc Indulgence dia.., x termasuk dia bedal Spagetthi Papa lagi..huhu


Anak bujang ni dah kuat makan skrg ni..


Ini Dessert Mama, Lava Choc..nyum2..sedap..


Alhamdullillah, selesai berbuka puasa, dapat makan² sempena anniversary ni pun dah rasa happy yang penting ingatan pada tarikh² penting kami.., selalunya mmg meraikan dgn makan² je pun, dah lama x bertukar² hadiah..huhu.


p/s : Tuan tanah makin lama makin merudum mood berblog ni, acaner ni..huhu, waktu yg ado..sbnrnya tuan tanah cover tido penangan bantu wat biskut raya..hehe..nak ngadap pc mata rasa letih woo..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, July 10, 2013

Day 1 Puasa : Sedeynye Terlajak Untuk Bersahur

As Salam,

Alhamdullillah hari ni dapat menunaikan Ibadah Puasa tapi sedeynya bila tak dapat bersahur / terlajak waktu bersahur..bertambah sedey sbb persiapan menu bersahur dah siap Mama sediakan awal iaitu malam semalam dah bertungkus lumus menyiapkan menu bersahur..almaklumlah teruja ramadhan datang lagi dan teruja nak ajar Zaquan berpuasa.

Kiranya sejak dia dah mula bersekolah ni, nak ajar la dia berpuasa n Zaquan pun selalu cakap ' nanti bulan puasa cikgu cakap x boleh makan dalam kelas kena makan sebelum datang sekolah kan Mama'. Jadinya Mama n Papa paham la dia bersungguh cuba untuk berpuasa w/pun bila Papa n Mama igtkan 'Abg kena puasa tau..dah x boleh beli nasi lemak n singgah petronas beli air milo lg tau'. mulut dia laju je ckp ' Abg xnak puasa' , tp bila Cikgu n Kawan² kata dah nak masuk bln puasa kena puasa nak plk dia puasa...ape pun dia baru 5 tahun, untuk permulaan ajar dia mkn sahur bersama kami n x kisahla dia nak buka puasa kul berapa.., tp kalau dapat berpuasa lagi bagus.

Disebabkan kami semua terlajak sahur, Zaquan n Ziqry mkn pagi la.., Zaquan jenis pagi mesti nak pekena nasi jgk, jdknye xdela Mama rasa ralat sgt masak awal pun sbb pg tu Zaquan makan nasi dgn lauk yang Mama masak.

Hope esok kami terjaga la untuk bersahur bersama.., Akceli dah seminggu Mama x sihat, batuk selsema n badan pun suam² kuku, agaknye itu slh satu faktor bdn rasa letih n x tersedar utk bangun awal.., Adik Ziqry pun dah berjangkit demam batuk selsema dar Mama ni, bdn dia pun on..off..on..off dedar² ...hope cepatlah sembuh sepenuhnya..amin.

Ermmm..nampknye menu yang sepatutnya jd menu bersahur kami pagi td, jadi menu berbuka hari ni..x rugi pun masak sbnrnya, kan dah senang dah ada menu untuk berbuka hari ni, cuma fadilat bersahur tu la x dapat.

Menu apa yg Mama masak..? 
*
*
*
*
*
*
*

Semangat tu masak Rendang Ayam dan x lupa jgk Sambal Bilis Goreng Garing untuk stok menu bersahur kami..

Rendang Ayam Sweetmama

Resepi :-

Bahan² : Seekor Ayam (Mama masak 8 ketul ayam je), 2 Batang Serai, 1/2 inci Lengkuas, 1 inci Halia, 8 ulas Bawang Merah, 5 ulas Bawang Putih, 10 tangkai Cili Padi, Cili Kering, Santan, Kerisik,  Garam dan Daun Kunyit.

Cara² Memasak : Kisar bahan untu ditumis  (Bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan serai  - blend je semua ni bersekali)
Tumis bahan² yang telah dikisar
Setelah naik bau dan masak masukkan 1 cawan santan (Mama guna santan kotak, so tambah 1 cawan air), kacau sentiasa sampai dia dh menggelegak, masukkan kerisik dan ayam (Ayam ni mama goreng half cook terlebih dahulu), perasakan dengan garam dan agak² dah kering dan masak taburkan daun kunyit ..gaul rata, seterusnya sedia untuk dimakan.


Sambal Bilis Goreng Garing
nak tau resepinya senang saje..Mama pernah up n3nya disini : http://mamakerry.blogspot.com/2012/07/resipi-sambal-ikan-bilis-goreng-kering.html


p/s: Alhamdullillah rezeki, 1st ramadhan dah dapat bubur lambuk Kg. Baru..sponser dari pihak bank utk opis..bertambah lg menu berbuka hari ini.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, August 14, 2012

22 & 23 Ramadhan ~ Alhamdullillah Selesai Shopping Baju Raya Anak2

Salam 25 Ramadhan,

Alhamdullillah selasai sudah shopping baju raya anak2. Tahun ni betul2 shopping last minute n belanja ala kadar jerk, lebih2 lg boleh pulak time nak shopping pada hari Sabtu@22 Ramadhan, Mama tak perasan wallet yg ada semua cash n kad tertinggal kat rumah. haru sungguh dah sampai KL baru perasan, sib baik Papa ada duit spare utk coverkan dulu.(budget baju raya anak2 under Mama)

22 Ramadhan 1433H (Sabtu - 11 Ogos 2012)

22 Ramadhan kami terjah KL, mmg niat nak shopping di Sogo n Jalan TAR, kebetulan pada hari berkenaan Mama nak hantar biskut raya dkt ex-bos di rumah dia kat Selayang. 

Kami ke KL dgn bawa sekali Zaquan&Ziqry, xde siapa yg willing utk jaga anak2, masing2 bz n ada hal sendiri, my mum pulak x larat nak jaga dua2, nak jaga Ziqry jerk, Papa pulak x setuju kalau cuma slh seorang yg kena tinggal dia lebih sanggup utk bawa jerk mereka berdua g shopping sekali. 

Ermm..mula2 ok la, Papa bawa n temankan anak2 g masuk Starz Garden Childeren Playland & Mama yg uruskan memilih & mmbeli baju raya untuk anak2. Selesai memilih call Papa bawa turun anak2 utk try baju n kira terus ikut budget. Betul2 ikut budget sbb yg ada cash ditangan time tu cuma RM450. Ada hikmahnye la jugak Mama tertinggal wallet kalau x rasanye msti belanja over the budget..hehee, kali ni ngam2 utk anak2 + baju raya utk anak buah sorang sepasang..total belanja RM430.00.

Lega selasai sudah baju jalan raya utk anak2 n anak buah, baru lah g isi perut utk Zaquan & Ziqry. Zaquan pun mmg dh kelaparan sgt, sblm keluar mmg x mkn pun. Kami pun terjah Mc'D tempat makan paling senang n faberet Zaquan, tp elok sampai Mc'D tertido sudah Zaquan.., Adik pulak baru bangun tido, dia dh tertido awal lg seblm Abg dia..gilir2 waktu tido..huhu

'Jgn arr amik gmbar adik, cepatlah belikan adik mknan..huk2..'


Abang Tertido dgn lenanya berbantalkan hasil shopping, Adik happy dapat mamam..


Papa melayan Ziqry mamam n suruh Mama pilih n cari pakaian jalan utk diri Mama pulak, Ermmm..tp tula time ni umat manusia dh semakin ramai di dlm Sogo ni, nak pilih pun dh x tenang + pikirkan cash in hand pun dh tinggal sikit  (camnerla bleh kalut sampai x check handbag dulu sblm kuar umah..huhu..)

Sudahnya mmg xde ape2 utk diri sendiri..Kami buat keputusan untuk tidak ke Jalan TAR w/pun dh dekat sgt nak ke Jalan TAR, susah pk kan nak mendukong Zaquan & Ziqry spjg jln nak ke Jln TAR tu nnti + nak kejar masa waktu nak berbuka lg nnti.

Bila sampai dekat Basement, Zaquan dh terjaga dari tidur dan terus minta makan, so lepak skjp dkt basement ni layan Zaquan mkn, Adik pun sama dh mkn 3 keping nugget pun minta lg yg abg pnyer..


Jam pun dh melewati pukul 4 petang, kami pun terus ke Selayang untuk hantar biskut raya, just hantar jerk pastu terus balik ke Bangi untuk kejar waktu berbuka..sampai Bangi pun dah nak dekat kul 7 mlm, jalan jammed balik tu..sudahnye kami berbuka dekat Impian Maju jerk..huhu

Hasil Rembatan di Sogo untuk Abg & Adik


Abg Punyer:- 2 helai Jeans, 3 helai t-shirt & sepasang baju basahan..


Adik Punyer:- 2 helai Jeans, sehelai baju kemeja (Abgnye dah belikan sepasang masa jualan KPDNKK),  4 helai t-shirt & sehelai baju basahan


Budget Untuk Anak Buah mesti ada setiap tahun, cuma thn ni dapat seorang sehelai jerk sbb anak buah dah makin bertambah daripada seorang sudah jd 3

Untuk Anak Buah Pertama - Dania Alisha


Untuk Anak Buah..Twins..


23 Ramadhan 1433H (Ahad - 12 Ogos 2012)

Memandangkan misi utk shopping di Jalan TAR tak kesampaian, so hari Ahad diteruskan misi shopping utk cari baju melayu di Tesco, Saujana Impian. Tapi kami xdelah keluar awal2 pun, lgpun Papa Qada' Tido dulu. Sempat la Mama membaking Orange Cake dulu sblm keluar shopping. Kami keluar lepas Asar pukul 5 ptg, lgpun dh tau ape yg nak dibeli dan dikedai mana yg nak di 'aim'.

Akhirnya warna pilihan utk tema raya thn ni..Hijau Lumut
Sedondon Papa & Anak2


lari sikit dari tema asal yg mama nak, Mama sbnrnya nak kaler Grey sbbnya Mama rasa baju raya Mama tu kaler Grey, rupanya mata mama yg kelabu, warna baju raya Mama tu Grey Green n susah sgt nak cari baju melayu yg sama kaler ngan baju raya Mama tu, so mmg lari tema la, x dapat nak sedondon sgt..malas nak pk, so rembat jerk la kaler Hijau Lumut..lgpun bila tgk mereka try baju tu ke badan nmpk nice pulak kaler tu...

Sedondon ke idak, idak pun idak ler..
kalau ikutkan hati mmg rasa mcm nak jerk beli lagi sepasang baju raya Mama betul2 ikut tema hijau lumut ni, tp xmo la terlalu ikutkan hati nak sedondon sgt, baju raya pun dh ada 3 pasang..membazir pulak rasanye..better guna budget yg ado utk kasut & tudung.


Selesai misi mencari baju melayu utk mereka, terus ke agenda berbuka puasa. dh kuar lewat kan, so buka puasa pun kat Tesco jugak ler, Mama n Papa nye menu Sizzling Yee Mee kongsi jerk sbb utk Zaquan n Ziqry ada KFC mghabiskan free voucher KFC yg lebih ari tu dapat la Ayam KFC ngan Zinger Burger. Itupun Zinger Burger kami mkn lewat pagi (kira sahur la tu, sbbnya pg tu Mama x masak sahur pun). 

Our menu :-Sizzling Yee Mee n KFC


Mereka yg mengalahkan org yg berpuasa..


Selesai berbuka layankan anak2 main di pusat permainan lgpun dkt area food court tesco ni, mmg x leh elak dari Zaquan, itupun sementara menanti waktu berbuka..dia dok ulang alik masuk dlm pusat permainan tu, nasib baik senang nak pantau sbb tempat duduk kami betul2 berhadapan dgn pusat permainan tu.

Ziqry pun sejak dh pandai berjalan ni ..see bkn main suka lg dia main..


Lega..selesai dah semua persiapan raya utk anak2. Mama n Papa jerk la yg x shopping sgt barang utk diri sendiri. Ermm xpelah...Raya thn ni Mama byk berabis utk keperluan barangan dapur rasanye..dengan Pemanggang Ajaib Vantage, Kuali Tefal n Tupperware..hehehe..Mood memasak dtg ni, sampaikan beli keperluan asas & barang utk buat cake n kuih jerk pun dh cecah RM ratus²...huhu

p/s: keperluan utk hiasan rumah nan ado, langsir rumah 4 thn dh x berganti..huhu.., nak last minute shopping mopping lagi, Papa pun x selesai lg keje part time ni...

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, July 31, 2012

9 Ramadhan ~ My 1st Trial Onde²/Buah Melaka..Menjadi :)

Salam 11 Ramadhan,

Hujung minggu 9 Ramadhan Mama amik kesempatan untuk berbuka di rumah family Mama, tp tu lah cuma Mama & Anak² jerk yg dapat berbuka bersama family Mama, Papa ada tugas part time..wat biskut raya..huhu..W/pun sedih Papa xdpt nak joint tp nak wat camner kan..itu semua rezeki untuk menampung perbelanjaan raya.

Akceli plan asalnye nak hantar biskut raya kat customer..mmber school@mmber blogger jugak (Fazilura). tp tulah plan nak berjumpa x kesampaian tp Zura willing untuk amik order biskut raya tu dkt rumah my mum nnti.(dah amik pun pagi semalam)..TQ Zura jadi ejen biskut raya..kawan2 yg lain kalau nak jd ejen/nak order Homemade Cookies  dari my MIL ni pun boleh gak.

Lepas balik dari amik biskut raya dari rumah MIL, Mama n Zaquan pun mulakan agenda nak buat Onde²..Kuih Feberet Mama ni, dulu masa kecik² my mum selalu buat utk kami, kali ni Mama pulak try buat utk my mum rasa. Alhamdullillah..1st time buat menjadi, lagipun senang bangat buatnye..

my 1st trial Onde²/Buah Melaka
Alhamdullillah..menjadi (almaklumlah tgn keras baru nak balajar memasak..hehe)

Resepi Asal: Mama amik dari Blog my friend@Blog Mama Tun Nur Safiya

Setelah mencubanya sendiri ni mama letakkan bhn & cara memasak cara mama:-

Bahan2 & cara memasak: 2 CawanTepung Pulut, 2 Sudu Besar Tepung gandum (My Mum ckp x letak tepung gandum pun xpe sbnrnya), 1/2 Sudu Perasa Pandan, 1/2 Sudu Pewarna Hijau dan 11/4 Cawan Air (Air ni tuang sikit2 dulu ye). Kesemua bhn ni diuli sampai jd satu doh, dah jd doh sedia untuk digentel dan masukkan inti didalamnya.

Inti yg digunakan Gula Melaka/Gula Kabung (Ada gak yg suka letak inti kelapa didalamnya kan) yg dipotong kecik2 (jgn kecik sgt pulak..sbbnya mama terhiris halus2..rasa mcm dh byk letak semasa menggentel rupanya bila masak x berapa rasa dia nye gula kabung tu) & gentel la bulat2. 

untuk memasak onde2/buah melaka ni..Didihkan air di periuk terlebih dahulu, lepas air mendidih bolehlah masukkan onde2 yg dh siap kita bulat2kan tu..Apabila timbul onde2 tu maknanya dah masak la onde2 kita tu..last sekali taburkan putih kelapa  pada onde2 yg dah siap dimasak (kelapa tu kukus la dulu skjp utk bg dia thn lama).

Siap utk ditapau ke rumah my mum sbg menu manisan 9 ramadhan kami..:)


Bulan puasa ni mmg ramai yg mencuba pelbagai resepi kan, kami diopis ni pun rasanya pagi2 sampai opis dh bercerita pasal mknan dan masakan..hahaha..dr menu bersahur, berbuka..sampai ke biskut raya..kalau boleh semuanya nak buat sndiri..semuanya di hujung jari..nak ngan xnk masak jerk kan..


Selamat memasak menu simple ni ye kawan2


P/S: OTW nak ke rumah my mum, Ziqry muntah sbb meronta2 xmo duduk dlm baby seat, akhirnya mama beranikan jugak la memandu dgn memangku Ziqry, elok jerk Mama pangku Ziqry setelah dia meronta2 utk melepaskan diri dr duduk di Baby seat, dia pun muntah sbnyk2nya..abis driver seat n stereng kereta kena muntah Ziqry..Mama yg memangkunya apalagi, Nasib baik berbuka dirumah my mum, kalau berbuka dgn kawan2 diluar mcm mane la agaknye, msti terus cancel agenda berbuka puasa dibuatnya. Balik pun Mama memandu sambil memangku Ziqry, nasib baik dia tgh x sihat, xde lah dia melasak sambil duk di pangku mama, kalau time sihat tu maunya dia berdiri smbil memegang stereng..Adeii..tgh memikirkan camner la Mama nak drive lepas ni if kena bawa Ziqry sekali.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, July 26, 2012

5 Ramadhan - Last Day Buy 1, Get 1 Free Chicken Foldover!

Salam 6 Ramadhan,

Semalam last day untuk menggunakan coupon Mc'D - Buy 1, Get 1 Free Chicken Foldover, Memandangkan semalam pun gaji dah masuk, so Papa pun teringat akan coupon Mc'D yang dia dah print n buat keputusan nak belanja kami makan Mc'D menggunakan coupon berkenaan.

Kami x berbuka di Mc'D pun, kami bungkus jerk bawa balik makan di rumah family Papa, sorang cuma boleh beli guna 1 coupon jerk, so Papa n Mama sorang satu la beli guna coupon tu tp Papa yg bayar..hihi..TQ Papa..:))

Promosi coupon Mc'D


So inilah hasilnya dapat 4 Chicken Foldover..


 Untuk Zaquan Set Chicken McNuggets, tp Zaquan x sihat, makan pun x lalu..ciannya kat anak Mama..:(


Sampai rumah dah lebih 15 minit waktu berbuka, masa azan magrib masuk untuk waktu berbuka, Mama tengah beratur menunggu Foldover lagi, tp Papa dah selesai dulu..so berbuka dgn minum air coke jerk dulu. Sampai rumah MIL baru makan. Mama mmg makan Chicken Foldover ni semata waktu berbuka petang semalam..hihi.., Papa yg teringin nak makan Foldover ni tp dia makan nasi dulu baru makan Foldover.

Sekarang ni bermula 3 Ramadhan hari tu, lepas berbuka n solat, Papa akan hantar Mama & anak² balik rumah kami, Papa pula bekerja ngan Mak buat tempahan biskut raya, cari duit poket lebih buat belanja raya nanti, selalunya Papa sampai rumah jam 2-3 pagi, itu yg selalunya Papa jd alarm untuk mama masak n bangun bersahur..., Mama masak, Papa pulak sambung tido, pastu pukul 5.15 pagi bangun untuk sahur bersama². 

Hari ni berbuka di rumah MIL seperti biasa..Adeii..hari ni jd penunggu opis lagi, Papa balik lewat lagi la..:(

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, July 24, 2012

Hujung Minggu 2 Ramadhan

As Salam,

Hujung Minggu 2 Ramadhan..kemanakah, tidak ke mana pun..huk², duk umah jerk, jam 6 petang baru keluar ke Pasar Ramadhan, kali ni g Pasar Ramadhan  (PARAM) Fasa 1/Seksyen 16 Bandar Baru Bangi. PARAM Fasa 1 ni mmg antara Feberet PARAM yg kami suka pergi, sbbnya dah tau dh kedai mana yg best, selalunya kalau g PARAM Fasa 1 ni Air Soya Cincau dan Apam Balik dia mmg compom sedap, memang itupun yang kami beli untuk tambahan menu berbuka  puasa 2 ramadhan.


Jalan² dekat PARAM ni sekali terperasan ada kedai jual Tokayaki, sebelum ni pernah baca di blog Amiey Lee yg dia suka makan Tokayaki ni n Mama pun mula la teringin jugak nak rasa akan kesedapannya...hihi, So Mama pun beli la 1 bekas ni/RM4.00 (mahal jugak ek reganye..). Beli semata² sbb nak tau mcm mane rasanye jerk..


Boleh thn gak la rasanye, siapa peminat cheese msti suka, Mama ni mmg peminat cheese so mmg kena la dgn tekak Mama, isi dalam dia kita boleh pilih nak sotong, ayam atau isi ketam.

Tokayaki@PARAM Fasa 1



Balik dari PARAM, kami berbuka di rumah keluarga Mertua, Hari pertama puasa dah berbuka di rumah Keluarga Mama, so hari kedua berbuka di rumah keluarga Papa pula. Belum Gaji nak berbuka puasa di luar..hihi..


Sampai rumah mertua, mcm² lauk ada, yg besh ada Siput Sedut Masak Lemak, baru hari tu makan time potluck di opis 2 hari sebelum puasa, kali ni dapat makan air tgn MIL & FIL pulak..mmg sedap..pedas terangkat. Zaquan 1st time tgk n makan siput sedut , nak makan pun x pandai sebenarnya..


Sepanjang hari bekerja bulan ramadhan ni kami akan berbuka puasa di rumah family Papa..jgn jeles ye balik² Mak Ayah dah sediakan makan..terima kasih Mak Ayah :). kalau la balik kena masak sendiri sbnrnya mmg x sempat pun, kami balik 5.30petang sampai rumah jam 6.30petang..kalau balik nak jemput anak lg pastu baru nak masak..mmg x sempat.., Alhamdullillah diberikan kesempatan untuk menikmati kemudahan & kesenangan ini. 

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Sunday, July 22, 2012

Berbuka 1st Ramadhan & Bersahur Hari Ke-2 Puasa 2012

As Salam,

1 Ramadhan yang jatuh pada hari Sabtu memberi peluang kepada kami untuk berbuka puasa bersama keluarga. Semalam kami berbuka puasa di rumah parents Mama di Bt. 10, Cheras (dekat jerk..hehe).  Sekarang ni 4 org adik beradik Mama (termasuk Mama ler) dah berkahwin & duduk sendiri, 2 org lagi yang belum berkahwin tp bekerja/tinggal jauh dari family, seorang di Lumut, Perak dan sorang lagi di Pahang. Jadinya My mum mmg sunyi la bila anak2 dah berkahwin dan bekerja jauh ni. 

Itu yg bila ada peluang utk balik, Mama akan cuba untuk balik/singgah umah my mum. Pada hari pertama ramadhan kali ni yg dapat berkumpul sama2 berbuka puasa dirumah my mum adalah Family Mama & Family Adik ketiga Mama, So semalam dapatlah Zaquan & Ziqry main dengan Wiwin (Twins Aisyah & Sarah).

Menu berbuka puasa 1 ramadhan 1433H
Air Tangan Ummi :- Rendang Daging, Ikan Cencaru Sumbat, Acar Nenas & pemanis mulut - Bubur Tepung Pulut (Ziqry cukup suka mkn bubur ni, nnti mama cuba buat sndiri pulak ye..)


Dah menjadi kebiasaan kami suami isteri cukup suka pergi Pasar Ramadhan, walaupun sbnrnya my mum dah masak mcm2 tetap nak g terjah bazar ramadhan tgk ape yg menarik...heheh, Tapi nasib baik kami ni masih pandai kontrol diri bkn nye mmbeli sgt pun, kalau beli pun selalu beli ape yg kami tetiba rasa teringin nak makan. Lagipun kami tau dekat rumah mmg dh ada makanan. Semalam kami singgah ke Pasar Ramadhan Bandar Tun Hussin Onn (BTHO) n setelah 2 kali pusing kami beli Roti John, Murtabak & Air Tebu jerk.

Yg ini mmg x masuk dlm planning nak mmbeli & makan Pizza Hut, tp atas permintaan anak bujang Mama, Zaquan. Kebetulan Pasar Ramadhan BTHO ni berdepan dgn PHD (Pizza Hut Delivery), terus tetiba dia merengek nak makan Pizza, padahal semalam nya (Hari Jumaat) baru jerk dia mkn KFC dgn Atok &  Nenek bertiga, ni dh nak mkn fast food lagi..Adoiyai memikirkan dia dh nangis2 nak, Papa layankan jugak beli Pizza Hut, Tapi bila beli bungkus bawa balik umah wan ummi dia terus xmo makan..Sabar jerk la..,tp xpelah rezeki tambahan menu berbuka puasa 1 ramadhan kami semua la. Lagipun murah jerk, ada promosi sempena bulan ramadhan ni. 

Take Away Offer before 6.30pm @PHD
1 Regular Traditional Waikiki Pizza 
RM13.00 Nett (jimat RM9.00)


Selesai berbuka dan sembahyang maghrib kami ada agenda lain, Mama nak singgah g Metro Kajang, Tujuan utama nak g Celcom & Digi nak selesaikan urusan bil, sekali kami terlewat 5 minit, kaunter bayaran last pukul 9.00mlm rupanye. Alang2 dah sampai terus singgah Giant, beli barang utk masak sahur, beli sikit jerk blom gaji, lepas gaji bolehlah shopping barang2 dapur buat stok..huhu. 

Balik dari Metro Kajang kami singgah umah family Papa pulak, singgah tgk Atok & Nenek Zaquan & Ziqry buat biskut raya, kebetulan masa sampai mmg family mertua masih lagi sibuk membuat & packing biskut raya, So Mama pun sama2 tolong packing2 biskut raya. 

Tahun ni Papa request nak jd pekerja Mak untuk tempahan biskut raya, So nmpknye Mama xdpt la jd pekerja sbb Mama ditugaskan utk jaga Anak2 kami yg boleh thn peelnye.., siangnya sepanjang waktu bekerja dah tentu2 Atok  &  Nenek dah jaga. 

Betul2 sekali jerk dpt peluang bekerja/mmbantu MIL buat biskut raya masa baru berkahwin dan blom ada anak, ermmm..nak buat camner kan ..jd ejen pun ok gak..kalau ada sesiapa berminat nak tempah biskut raya my MIL boleh la order dgn Mama, nak jadi ejen mcm Mama ni pun boleh..Sudi2kan la layari Blogshop Homemade Cookies ye. Disitu ada senarai biskut & harga biskut raya bagi tahun 2012!

Mak aii pnjang rupanye story berbuka 1st Ramadhan Mama ni, berkait2..mcm tu la Mama ni kalau dpt menaip..n bercerita, step by step nak bercerita, x reti nak langkau2..

Ok sambung lagi ceritanya, selalunya kami satu family lepas selesai buat keje lewat mcm mane pun msti menyinggah mamak impian maju ..ini kira merangkap sahur selalunya dibulan puasa ni. Pukul 2 pagi baru kami bertolak balik umah semula tau, lg pulak esoknya/hari ni masih lg hari cuti kan..bkn kami jerk lepak minum & berborak disitu, ramai jerk umat manusia dkt kedai mamak tu lewat mlm hujung minggu begitu.

Memandangkan Mama mmg dh plan nak masak sahur hari ni, so Mama & Papa minum & makan Capati jerk. Balik2 tanya Papa nak sahur x, Papa ckp kalau Mama masak dia bangun jerk sahur, Mama mmg berniat nak cuba masak sepanjang bersahur puasa thn ni ( time ni la nak bagi suami mkn air tgn isteri), sbbnya berbuka dah tentu2 x masak, berbuka rumah MIL, balik2 kerja selalunya msti dh siap masak..(bertuah badan kan..hihi, kawan2 selalu ckp bertuah sungguh balik dh ada mak masakkan..org lain lintang pukang kejar masa nak masak..Alhamdullillah..)

Menu sahur hari ke-2, Ayam Goreng Berlada..
1 lauk jerk ..hihi..jadila drpd x bgn masak & bersahur kan..


Puas hati dapat bangun masak & bersahur bersama, senang bila dah masak awal pagi sbbnya anak2 bangun pun terus minta makan..senang semua dh tersedia. ..:)

Pagi tadi Zaquan bangun tanya nasi goreng mama ada lagi tak (menu sahur hari pertama puasa - nasi goreng sardin), 'Abg lapar nak makan'. Mama pun bgtau Hari ni Mama masak Ayam goreng utk Abg, dia pun suka n srnok nak makan, kitapun jadi srnok bila tgk anak kita berselera mkn air tgn kita kan...

layan pic semalam abg yg selera mkn nasi goreng,
Abg cukup suka mkn sardin sbnrnya, sbb tu bila buat nasi goreng sardin bkn main selera lagi dia siap bertambah2 mkn..:)


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, September 24, 2010

Zaquan Belajar Sembahyang

Pada 29 Ramadhan lalu...sweetmama sempat snap pic zaquan yg sibuk ikut uncle Assad sembahyang maghrib. Selalunya dia selalu mengacau sweetmama smyg..tp x smpat la pulak sweetmama nk snap..kali ni baru berpeluang nak snap..lebih2 lagi dia btol ikut sembahyang dr rakaat pertama hingga selesai sembahyang. Cute Sangat..♥

Akceli pada 29 Ramadhan lalu ade tetamu nak berbuka puasa kat umah my mom..kwn my younger sister..citer diorg ni mmg kelakar sikit...dulu prnah bertunang..n putus ..n now..berkawan baik semula..ermmm..lantak la kalo ade jodoh x kemane..my mom dh siap masak rendang n nasi impit...so persiapan sehari sblm raya ..kami agak rilex..lg pun kan ade khabar angin hari raya maybe jatuh pada 9.9.10 (khamis).

ini dia menu special my mom utk tetamu kesayangan dia..


Thursday, September 23, 2010

Berbuka Puasa 31 Ogos 2010/21 Ramadhan 1431H

Ramadhan dh berakhir..syawal pun hari ni sudah masuk hari ke 14...sekejap jerk 2 minggu berlalu..tp sweetmama ade lg n3 berbuka puasa nak tempek kat sini..

x kisah la kan..blog sweetmama..diari sweetmama..memories sweetmama..so ape sahaja yg sweetmama rasa nak simpan kat sini..sweetmama akan simpan..x kisah la citer tu basi pun..

Cuti Umum merdeka bulan Ogos lepas..sweetmama x berjalan pun..papa zaquan tlh wat aktiviti tido smpai ke ptg...pastu bila bgn baru kata jom buka puasa kat luar..ermmm..biasa la tempat msti full punya kalo kuar rumah dh petang..huahuaa.. kami singgah JJ Cheras Selatan sbbnya zaquan pun ngamuk kat papa asik tido jerk.. dia nak jalan..nak main games..katanya..hahhaa.
yezza..kena puas kan hati si kecik dulu..

at lastnya kami berbuka dlm kereta jerk dulu..beli ais blanded mocca kat starbuck dulu..
pastu terus g kajang..sbbnya mlm tu kami nak amik order biskut raya yg club opis sweetmama order borong ..dh siap kat umah my mil. kami pun terjah la Kenny Rogers kat Metro Point, Kajang..tp kol 8.30 br dpt mkan...xpe la jnji puas hati dpt mkn kenny rogers
menu berbuka kami..yummy2..sedap..we all penggemar Kenny Rogers..
Zaquan mmg sgt sukakan muffin tu..dua2 dia yg punye..huk3..

ummmaaahhhh...cyg mama n papa, 
mama n papa pun cyg sgt zaquan♥♥♥

Selesai mkn terus g umah my mil..amik order biskut raya yg dh siap

haaa..ini pic candid zaquan yg amik tau..yg atok nya pun suka melayan..msti atok n nenek igt pic zaquan amik x jdk..tp sbnrnya jdk..zaquan mmg dh pandai amik gambar..dh pandai tgk skrinn..cumanya tgn dia jerk yg selalu dok kacau kat lens..hehee
hehee..ye2 jerk atok zaquan melayan zaquan..mmg saje atok pose2..sekali sweetmama tgk blk camera..jdk rupenya zaquan candid gmbr atok n nenek..

sedar x sedar..borak pnye borak..dh lewat mlm..tp sempat lg kami g minum kat impian..n balik dak kecik ni dh tertido dlm kereta..n terus lena smpai ke pagi..hahaaa..papa zaquan siap letak elmo sblh zaquan tu yg x thn tu..

Thursday, September 9, 2010

Gathering Berbuka Puasa SMP@Istana Bambu, K.L.| Memori Gathering 2009~2010

Salam 30 Ramadhan sume..,

Pada 25 Ramadhan lalu bersamaan dengan 4 Sept 2010 (Sabtu)...sweetmama sempat joint gath. berbuka puasa bersama2 x-shoolmate sweetmama..

Alhamdullillah..thn ni masuk thn ke-2 kami bergathering...berbuka puasa..dan setakat ni sweetmama x prnah failed lg joint diorg ni..bknnya ape srnok jupe kwn2...w/pun sweetmama ni bknnye jenis yg banyak cakap n org kenal sgt..tp masa gathering la masa yg sesuai utk kita teruskan ikatan persahabatan yg telah terjalin or yg lama terputus..betol tak..? yg pasti sweetmama happy jerk joint gathering2 ni..hehehee..

Layan kan pic2 kami ye..pic makanan mmg x sempat nak snap2 la..tempatnya pun agak sesak..bulan puasa ni sume tempat full kan x kira mahal or murah..penuh jerk..

Majlis berbuka puasa SMP
Tarikh : 4 Sept 2010
Tempat :  Istana Bambu, K.Lumpur
Harga : - Dewasa RM49nett 
 kanak2 4thn ke atas RM28nett

Antara yang hadir, byk nau kamera..mata masing2 dah x tau nak pandang kamera mana, yg pasti sweetmama pandang kamera sweetmama punye lah

Peace..!


Wif Fiza n Haiza yang maintain cun melecun w/pun dah ada 2 org anak



Wif Fazilzura ..masa sekolah dulu x pernah rapat pun ngan zura ni..tp rasanya sejak jdk geng blogger ni la jdk baik ngan ko zura..hehe comelnya tgk zaquan n akil.



Jika Diimbas tahun lalu..4 kali jgk sweetmama menjointkan diri bergathering dgn diorg ni

1. Gathering @ Cheng Ho (26 July 2009)

ini masa mula2 my x-schoolmate nak wat gath. ..biasa la sweetmama tukang follow jerk..bkn organizer yer..time ni x dpt smbutan sgt..huhu..1 table jerk..tp sweetmama enjoy sbbnya x sangka diorg ni kenal n igt lg..rasa diri ni mcm xde org igt pun..yg pasti masing2 dh berjaya n x sombong especially tiar zainal skrg ni make-up artist, lily supermodel ..n yang lain2 pun mmg x sombong..



only 1 table..tp tetap besh..



2. Gath. Berbuka Puasa @ Bangi Golf Resort (30 Ogos 2009)

time ni bertambah sikit member2 yg joint..n baru perasan sumenya mmber satu kelas masa form3..except linda..hehee..dh mcm reunion kelas 3a3 dh rasanya. mmg happy la sbbnya mmber2 baik sweetmama pun joint..time ni dpt jupe alin , zura ngan as..tp mmg salute la kat As..siapa sangka dia skrg dh jdk advisor cimb (unit trust) yg berjaya..bole pakai Merz..tu..




3. Gath. Berbuka Puasa @ Intai-Intai , Kuala Lumpur (5 Sept 2009)

Seminggu jerk lepas tu..ade lg yg organise nak wat gath. berbuka puasa..spt biasa..sweetmama msti nk joint..hahahaa..lgpun yg organise nya adalah mereka2 yg organise masa g Cheng Ho..sweetmama dh prnah joint diorg..so sweetmama xde la janggal sgt..





yg ini khas utk tiar zainal..sbbnya dia request suruh sweetmama try letak gmbr dia ngan zaquan n wat perbandingan ..sbbnya setiap thn jupe msti bergmbr ngan zaquan..n zaquan dulu tembam n putih..skrg dh kurus n gelap sikit..huhu..

pic 2009@intai2
pic 2010@Istana Bambu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails