Thursday, July 10, 2014

30.06.2007 - 30.06.2014 ~ Alhamdullillah 7 Tahun! | Berbuka Puasa Di Luar Sempena 7th Anniversary

Salam 12 Ramadhan,

Menghampiri 2 minggu sudah kita berpuasa, Alhamdullillah dapat menjalani ibadah puasa seperti kebiasaan bezanya tahun ni kami berpuasa tanpa Mr. Papa disisi tp itu tidaklah sampai kami rasa kosong di bulan Ramadhan ni sbbnya Mama n anak² bermalam di rumah Mertua membantu MIL n FIL buat biskut raya [cari duit poket utk raya :)], seperti jgk thn² sblmnya tiada masalah utk berkejar balik masak sbb hidangan berbuka tu mmg complete Mak Mertua dah siapkan (Tq MIL n FIL), Mmg bertuah sungguh Mama ni keluarga dekat² dapat la menumpang kasih, hujung minggu plk masa utk Mama berbuka puasa bersama Family Mama plk. Begitulah rutin Mama di bulan puasa ni, pergi kerja seperti biasa w/pun bulan puasa mama x bertukar waktu bekerja pun, still amik WP3 (8.30pg - 5.30ptg) , jemput anak² dari tadika/taska selalunya pkl 6ptg jgk baru berjaya gerak keluar dari Putrajaya, biasa dah meredah jammed, itu yg sampai rumah kul 7mlm, lepas maghrib dah start operasi buat biskut raya sampai la tgh malam..(lai²..sapa mau order biskut raya..)

Panjang plk mukadimah, straight to the point, pada 2 Ramadhan 1435H / 30 Jun 2014 (Isnin),  alhamdullillah genaplah usia perkahwinan kami 7 tahun. 7 tahun yang penuh dengan suka dan duka, sedangkan lidah lagi tergigit inikan plk suami isteri kan, moga kami berdua tabah hadapi setiap ujian dan dugaan yang menimpa, sentiasa doa kan yang baik2..insyaallah, moga ikatan perkahwinan ini sentiasa di bawah limpah rahmat Alllah S.W.T..Amin.


Pic nikah 7 tahun yang lepas
30.06.2007


Berbuka Puasa @Secret Recipe Sempena 7th Anniversary

Memandangkan anniversary kami jatuh pada bulan puasa, ingatkan dh xde agenda makan² dah, tp kebetulan plk Mr. Papa bercuti sbbnya Melaka amik cuti 1st Ramadhan yg jatuh pada hari Ahad dan dibawa ke hari Isnin, so dapat la kami makan² diluar / berbuka puasa diluar bersama 4 beranak pada hari ulangtahun perkahwinan ke- 7 kami ni.., lepas ni maybe la xde peluang nak berbuka bersama diluar sbbnya hujung minggu pun Mr. Papa ada kelas.

Tempat makan untuk berbuka puasa pilihan Mama di Secret Recipe, Alamanda, bkn selalu pun makan di SR, selalu pergi SR beli kek je..huhu, , Menu pilihan macam biasa tekak western kami ni..

Adik Ziqry buka puasa terlebih dahulu, yg bagusnya dia mmg peminat tegar kurma, sebelum Mr. Papa jemput kami untuk berbuka puasa (Mama keje seperti biasa, anak² pun ke tadika/taska spt biasa, Mr. Papa sorang je yg bercuti), Mr. Papa sempatla pergi service kereta kami n dapat la kurma 3 biji, bila sampai SR pun dpt lgi kurma, 3 biji kurma yg dpt habis adik bedal, bila tgk ada kurma lagi dekat SR pun beriye dia makan, bagus² Adik elok tau makan kurma ni byk khasiatnya, berbeza betul dgn Abg dia x minat lgsung kurma..



Ini menu pilihan Mama..Chicken Parmigiana


Mr. Papa punye menu..Spagetthi Bolognese
tp yg beriye makan Zaquan n Ziqry



Utk Abg n Adik..Mushroom Soup sorang satu..


Abg Zaquan paling demand, kunun bila tanya nak makan ape xmo makan, tp dia punye demand tinggi dekat dessert,  ini Abg Zaquan punye..Hot Choc, Sundee Ice Cream n x lupa jgk Choc Indulgence dia.., x termasuk dia bedal Spagetthi Papa lagi..huhu


Anak bujang ni dah kuat makan skrg ni..


Ini Dessert Mama, Lava Choc..nyum2..sedap..


Alhamdullillah, selesai berbuka puasa, dapat makan² sempena anniversary ni pun dah rasa happy yang penting ingatan pada tarikh² penting kami.., selalunya mmg meraikan dgn makan² je pun, dah lama x bertukar² hadiah..huhu.


p/s : Tuan tanah makin lama makin merudum mood berblog ni, acaner ni..huhu, waktu yg ado..sbnrnya tuan tanah cover tido penangan bantu wat biskut raya..hehe..nak ngadap pc mata rasa letih woo..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

10 comments:

  1. Happy anniversary Eija...
    Rasa baru kan bila tengok gambar tapi dah 7 tahun dah ada dua permata lagi
    Happy-happy-happy hendaknya itu doa semua...
    Moga terus berbahagia dan dilimpahi keberkatan dlm rumahtangga hingga akhirnya. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..Terima kasih K.Zakie :).
      itulah sedar x sedar 7 thn dah n alhamdullillah dikurniakan dan diserikan dgn kehadiran 2 permata hati kami.

      Delete
  2. aduhai ... seb baik masih cergas bertenaga ... klu tak mesti ngap monitor pc ni .... nampak kek ...huhu

    ReplyDelete
  3. selamat ulangtahun eija..semoga perkahwinan eija dan suami berkekalan hingga ke akhir hayat dan berbahagia selalu di samping anak-anak...:D

    ReplyDelete
  4. adui terbaca time ni tgk makanan yang mengiurkan hhahahahahahaha
    sedapppnye.....

    happy anniversarry ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..sorry buat terliur org berpuasa je kan..

      anyway Tq Amiey..:D

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails