Friday, March 28, 2014

Cuti² Malaysia 2014 ~ Rumah Rehat Slim River | Kenduri Kahwin/Rombongan Menghantar Pengantin Lelaki

As Salam,

Ini minggu lepas punye story Cuti² Malaysia, akceli mengikut rombongan menghantar pengantin lelaki (sepupu Mr. Papa) ke Slim River, Perak tp boleh la dianggap Cuti² Malaysia sbbnya kami bermalam di Rumah Rehat Slim River..hehe

Ini merupakan kali kedua la Mama bercuti/mengikut rombongan menghantar pengantin without Mr. Papa. Kali pertama hari tu ke Perak jgk (Lumut) + bersambung cuti sampai ke P.Pangkor. Ada jgk kawan Mama yg bertanya, 'boleh ek k.ct joint family mertua bercuti tanpa Mr. Papa?', ni jawapan Mama 'eh mestilah boleh, bkn ada masalah pun dgn family mertua, kalau dgn Mak Mertua tu dah mcm kawan je, dah biasa sgt lepak² minum..^_^..', lgpun ye lah Mr. Papa kan setiap hujung minggu ada kelas, jdnya Mama pun selalunya hujung minggu x kemana melainkan jika free Mama akan bawa anak² balik ke rumah Parents Mama di Bt.10, Cheras. Owhh ye, kalau nak tau Mama ni suka makan nasi minyak tau, kuat makan :p.

Percutian kali ni 2 hari 1 malam (22 - 23 Mac 2014) dimana majlis persandingan/kenduri kahwin nya berlangsung pada 23 Mac 2014. Kami bertolak pada hari Sabtu (22/3/14) dalam jam 11.30pagi FIL n MIL jemput Mama dan anak² di rumah Mama, lps tu singgah rumah Adik Ipar jemput diaorg plk, kami semua naik 1 kereta..merasmikan kereta baru Atok (Exora) yang baru keluar seminggu..mmg bau kedai lagi ni..

Ini dia cucu² Atok dan Nenek yang teruja naik kereta baru Atok, especially anak² Mama la yg mcm² ragamnya almaklumla kereta kami xde Car Audio Video, kereta atok ada..



Pening kepala Mama melayan kerenah anak² bertuah Mama ni, belum mulakan perjalanan lagi dah bergaduh nak tgk DVD, Abgnya la yg plg over semua org nak kena ikut dia nak tgk movie ape, pastu gaduh nak duduk mana, nak duduk grand stand depan skrin, skjp belakang skjp depan, sampaikan Nenek dia kata sama je ada kereta besar ke kereta kecik ke berebut jgk tempat duduk...huhu..


Org yang paling khusyuk tgk DVD, sampaikan org berhenti isi perut pun dia sanggup duk dalam kereta tgk DVD punye pasal.


Sebelum meneruskan ke destinasi yang ingin dituju, kami isi perut terlebih dahulu di Sg. Ramal, selepas kenyang perut barula perjalanan diteruskan terus menerus sampailah ke tempat yang dituju. Alhamdullillah kami selamat sampai jam 3.00 ptg di Rumah Rehat Slim River. 
Rumah Rehat Slim River


 Cantik tempat dia, rumah rehatnya pun luas dan kadar sewanya pun berpatutan RM60 satu malam. 




Usai mengeluarkan semua barang dari kereta dan dah check² bilik, landing² skjp..hehe, apalagi kita makan la apalagi, kata berehat..mmg berehat dan makan la gamaknye. MIL dah siap masak dari rumah buat bekalan makan kami semua, bukan makanan siap masak je, siap bawa dapur gas dan kuali utk masak breakfast keesokannya.

Alhamdullillah kenyang, pastu landing atas katil skjp dalam 20 minit, FIL dan MIL ajak berjalan ke Pekan Tanjung Malim, alang² kami dah sampai awal, x kan nak memerap dlm bilik je kan. Kebetulan time kami pergi ni, ada pasar malam plk dkt pekan Tanjung Malim ni, apalagi kami cuci mata di pasar malam la, aduihai sekali lagi diuji dengan kerenah anak, mentang² la Mr. Papa xde, mcm² anak² bertuah Mama ni menyalak, x menyabar nak satu² benda tu, Mama dia la yg kena byk bersabar menahan..huhu, dalam pada menahan sabar tu ada kehendak anak tu dipenuhi jgk la. Ermm yg x menahan tu Zaquan skrg ni kalau kita ni cuci mata je dia sibuk nak menyoping, nenek dia nak beli kasut sudahnya dgn cucu² sekali sibuk nak membeli..

Jom kita keluar Pekan...


Aktiviti malam kami diisi dengan berkumpul bersama ahli keluarga pengantin (Mak Uda) dan ahli keluarga yang lain sama² berBBQ, FIL la antara org kuat tukang bakar/kipas BBQ. Anak² plk dh dapat geng, ligat bermain memasing.

23 Mac 2014 (Ahad) - Masa untuk makan nasi minyak/nasi pengantin..hehe, tp sblm tu breakfast di rumah dulu, siap FIL masak roti paratha, bekalan lauk semalam pun masih berbaki dan masih elok utk dimakan. Selesai makan, jam 11.30pg masing² dah siap sedia nak check out dan ke rumah pengantin. 

Wajib la bergambar dulu, tp anak bertuah Ziqry plk xde mood nak bergambar, dtg angin xmo bergambar langsung, xpelah bergambar dgn Abg Zaquan dan anak² buah yg mmg sporting bergambar.


Atok dan Nenek bersama Cucu², sygnya adik Ziqry xde dalam gambar ni, kalau cukup korum kan lg cantik gambar.


Family Adik Ipar, Mama sedang snap pic diaorang guna hp cute mum, Abg pun sama sibuk nak snap jgk guna hp Mama. Ini hasil tangkapan Zaquan.


Zaquan dan Sepupu
Abg nampak Abg sangat.., how time flies..besar dah anak Mama ni.




Inilah pengantin nye..Lutfi ♥ Zaharah.
Pic hasil tangkapan Zaquan.

Selamat Pengantin Baru buat kalian, Moga kekal bahagia hingga ke hujung nyawa..Amin



Beriye sama² menghantar rombongan pengantin lelaki, tetapi gambar ahli² rombongan/ahli keluarga yang turut sama menghantar x amik pun..huhu, mana x nya Mama sibuk mengendong anak je. Masa sampai nak jalan ke rumah Pengantin, Adik nak berdukong dgn Mama je plk. Ermmm...xpe lah majlis pun dah selesai dgn lancar dan yang penting sama² dapat meraikan hari bahagia mereka dan alhamdullillah kami selamat pergi dan balik. Awal bulan depan kenduri sebelah Pengantin Lelaki plk, dekat Jenderam Hilir je..balik kampung la kami..

~Selamat berhujung minggu kawan², minggu terakhir cuti persekolahan ni mesti byk agenda menarik kan, Mama duk umah je kot..~

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, March 27, 2014

Cuti² Malaysia 2014 ~ Rumah Peranginan Persekutuan Morib Dan Morib Gold Cost

As Salam,

Berderet² n3 percutian nak update, bkn sbb asik bercuti je, tp sbb lambat update..cutinya dah lama tp terhegeh² nak update.

Rumah Peranginan Persekutuan Morib.

Selang 2 minggu balik daripada bercuti dari Batam, kami bercuti ke Morib pula (16 - 18 Feb 2014) dimana kami menginap di Rumah Peranginan Persekutuan Morib dan keesokan harinya kami terjah Morib Gold Cost. Akceli cuti ni telah dirancang akhir tahun lepas lg dimana 3 bln sebelum Mr. Papa dah booking Rumah Peranginan Persekutuan Morib, almaklumla semenjak ada Morib Gold Cost ni, Rumah Peranginan Persekutuan Morib pun selalu je fully booked.

Rumah Peranginan Persekutuan Morib ni boleh ditempah melalui online di website Bahagian Pengurusan Hartanah, JPM ( http://peranginan.bph.gov.my/) tp khas buat Penjawat Awam sahaja. Kadarnya sgt berpatutan. Bagi Rumah Peranginan Persekutuan Morib ni ada Banglo 3 Bilik (RM60 semalam) dan Rumah Berkembar 2 Bilik (RM50 semalam).

Kali terakhir kami bercuti di Rumah Peranginan Persekutuan Morib tahun 2010, dah dua-tiga kali juga kami bercuti disini. dulu Mak Usu Mr. Papa yg rajin booking bilik/banglo di Rumah Persekutuan ni, tp skrg ni kalau rasa nak bercuti FIL akan minta Mr. Papa je yg booking guna nama Papa.

16 Feb 2014 (Ahad) - Mr. Papa ada kelas setiap hujung minggu seperti biasa, oleh yg demikian Mama dan anak² terlebih dahulu pergi bersama FIL dan MIL. Jam 1.00tgh FIL n MIL jemput kami di rumah, skjp je perjalanan dari Bangi ke Morib adalah 1 jam setengah perjalanan, sblm sampai di Rumah Peranginan Persekutuan Morib, kami sempat lagi isi perut pekena laksa dan air kelapa di gerai tepi jalan depan sikit daripada pantai Morib, kali ni kami x singgah pun Pantai Morib, lgpun time ni kan cuaca panas terik.

Alhamdullillah kami selamat sampai di Rumah Peranginan Persekutuan Morib jam 3 ptg. Disebabkan cuma kami 1 family je joint percutian bersama FIL dan MIL ni Mr. Papa booking rumah berkembar 2 bilik je. Sesampai je kami di Rumah Peranginan Persekutuan Morib ni, anak² dah request dkt atok dia nak g mandi laut, w/pun cuaca panas atoknya turutkan jgk, tp xdelah sesampai tu terus ke laut, dalam kul 5ptg Atok bawa cucu²nya g mandi laut. Disebabkan kami dah isi perut tgh td, jdnya xdelah masak tengahari, buat minum petang dan masak simple² je utk makan malam Mr. Papa nanti.

Hai adik dah nak landing


Ini kami punye bilik, 2 katil single, bg Atok n Nenek tido di master bed room. Mama xdela plk beriye nak ambil gambar rumah sbbnya dah 2-3 kali dtg sini..hehe.


Abg dan Adik lepak atas katil sambil main iPad dan menunggu Papa balik dari kelas. 
Ini time baik la boleh bermain bersama, kalau x berebut iPad.



Papa bertolak dari PD ke Morib selepas selesai kelas dan slmt sampai kul 9mlm, anak² pun mmg menunggu je Papa nye balik. Atok n Nenek plk tido awal mlm tu. Malam tu selesai makan malam mmg paksa anak² pun tido awal sbb esoknya dah ada planning buat anak² nak terjah Water Theme Park Morib Gold Cost.

Water Theme Park Morib Gold Cost.

17 Feb 2014 (Isnin) seperti yang dijanjikan dengan anak², lepas breakfast di Rumah Peranginan Persekutuan (rumah lengkap dgn tempat memasak, so makan pagi, tgh dan malam semuanya masak sendiri ye), kami pun ke Water Theme Park Morib Gold Cost, dekat sgt dgn Rumah Peranginan Persekutuan ni, adalah dalam 3km je kot rasanya. Sementara Atok dan Nenek plk ada planning lain, nak ke Pekan Banting beli barang catering. Jadinya kami 4 beranak je la yg ke Water Theme Park Morib Gold Cost ni.

Ini merupakan kali ketiga kami kesini, kali pertama pergi pada 17 - 18 Sept 2012 kami 4 beranak beli voucher Groupon RM188, kali kedua pergi Family Trip pada 20 - 21 Jan 2013 beli voucher StreetDeal RM150 (x sempat lgsung buat n3 Family Trip ni). Kali ni pergi kita tidur di Rumah Peranginan Persekutuan je ye. Tapi bila dikira² kosnya lebih kurang sama je - Mama kira budget 1 mlm la ye - Penginapan (RM50) + Tiket Water Theme Park (Ziqry free) (RM90) = RM150. yang jimatnya kalau amik pakage, tiket water theme park tu boleh guna utk keesokan harinya before check out. Kalau x silap kalau beli beli offer voucher2 di groupon/my deal/streetdeal pun package nye skrg dah xde makan malam free lagi dah. Masa kami pergi ni pun tempat dinner tu dh jadi tempat permainan kereta/motor kanak² dah.

Harga tiket masuk ke Water Theme Park masih lagi sama - Dewasa RM35.00, Kanak² RM20.00


Yeay..Abg dan Adik dah x sabar nak mandi kolam dah ni..



Mama pun dah teruja jgk sbb lama dh x buat aktiviti swimming.


Syok pergi kali ni sbb orang x ramai, yelah kami pergi waktu kerja, org lain bekerja kami bercuti..hehe, puas la anak² bermain slide dan mandi.

1st Slide kami terjah


Wah adik Ziqry skrg ni dah ada improvement berenang, kalau dulu mana dia pandai sgt bermain dgn kaki dia tu w/pun pakai pelampung, now dah laju dah dia berenang sbb tgk abg dia buat.




2nd Slide plk. Tgk la Aksi Zaquan tu siap meniarap.


Srnok betul dia..


Adik kecik lagi kena naik sekali dgn Papa la ye.


3rd Slide..Feberet Zaquan.


Last but not least..Slide yang tinggi ni akhirnya dapat jgk kami main 4 beranak..hehe. Ikutkan kanak² mmg x lepas utk main slide ni, utk org dewasa je sbb x boleh pangku bdk utk bermain, tp kebetulan time ni xde pun org jaga maybe sbb org x ramai, dapat la kami main, tp takut jgk kalau pape jadi, tp alhamdullillah slmt xde pape benda yg x diingini berlaku. Mama rasa la kanak² x dibenarkan naik sbb gelap tau dalam ni n kalau tekanan air laju takut jgk, tp masa kami pergi ni tekanan air dia slow je, siap kita plk kena tolak dgn tgn dan kaki..huhu


Kesimpulannya, mmg puas la kami bermandi manda disini, srnok bila tgk Abg dan Adik pun dah pandai berenang w/pun menggunakan pelampung tp boleh tahan laju diaorang berenang, kami siap berlumba 4 beranak siapa yg sampai dulu, tp saje bg Abg Zaquan menang. Inipun susah nak mengajak diaorang balik, terpaksa janji nanti ptg kita terjah semula sbbnya Water Theme Park tutup jam 7mlm. Mmg niat nak repeat mandi ptg nnti tp biasalah bila dah sampai rumah, Adik Ziqry plk tido, Zaquan pun bila Atok ajak mandi laut dia on je, jdnya lupakan je la niat utk terjah Theme Park semula. Lgpun anak² janji dapat mandi x kisah la kolam atau laut diaorg srnok je.

Berehat sebentar dengan Kit Kat dengan harapan ptg nanti kita terjah semula Water Theme Park.


Pantai Morib

Rumah Peranginan Persekutuan Morib ni dekat sgt dgn Pantai, belakang rumah je pantainya, jd kalau dah tido sini confirm la setiap petang terjah pantai kan, w/pun pantai dia xde la best pun, airnya pun x bersih pun, tp Atok dan Zaquan selamba je mandi.

Zaquan terlebih dahulu pergi dengan Atok, lepas tu baru Nenek dan Mama ikut, tp Nenek dan Mama hanya memerhati Atok dan Zaquan yg srnok mandi pantai, Ziqry plk masih lena tido diketika ini, jdnya Mr. Papa duk jaga Ziqry.


Zaquan yg happy.., kalau dah rezeki kan, hari pertama Zaquan mandi di pantai ni dia punye goggles dihanyutkan, hari kedua terjah jumpa semula goggles nya jumpa terdampar atas pasir..hehe. Itu yg dia menunjuk goggles abg dah jumpa.


Melewati petang hari, Adik pun terjaga, w/pun dh lewat petang, Adik nak jgk joint Abg dan Atok mandi. kena la Mr. Papa layan..



Kita main pasir je la ye Adik.


Hari pun sudah menghampiri senja, jom kita balik rumah, masa utk makan malam pastu rehat tido.., malam tu lepas makan Abg dan Adik boleh plk layan drama citer seram/hantu dengan Atok dan Papa, Mama yg masuk tido awal..hehehe..

18 Feb 2014 (Selasa) - Time to check out dan balik, Alhamdullillah kami selamat sampai rumah jam 2ptg. awal sampai sbbnya mmg xde menyinggah kemana pun, Atok n Nenek pun teruja nak tgk rumah yang baru under renovation. 

Sekian, tamat 2nd Holiday Cuti² Malaysia tahun 2014 kami..lepas ni mmg xde planning kemana pun lagi, tp last minute Mama dan Anak² sekali lagi joint FIL dan MIL ke Perak without Mr. Papa sbb ada kenduri kahwin..ok nampaknya ada lagi la N3 Percutian..^_^..

Jgn bosan baca n3 lapuk Mama Adik ye..
Comel x Adik..^_~..


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, March 26, 2014

Family Trip Holidays Batam 2014 | Last Day - Shopping lagi di Megamall Batam Centre| Hasil Shopping

As Salam,

Berakhir sudah cuti 3 hari 2 malam kami di Kota Batam. Time to Check out hotel. Kami semua pakat check out hotel jam 10.00 pagi. Check out awal boleh jalan² ke shopping mall lagi..hehe, sbbnya nanti di Batam Ferry Terminal ada mall jgk connected dgn Megamall Batam Centre.


Goodbye Kota Batam..bergambar kenangan di depan Hotel.


Sampai² terminal cari tempat lepak dan letak beg, Mr. Papa willing nak jaga beg dan Ziqry dan kami yang lain pergi ke shopping Mall - Megamall Batam Centre. Tiket balik mmg dah beli awal² (open tiket). Kami semua terus ke Shopping Mall sebelah, cepat² shopping sbb nya w/pun beli open tiket tp kami nak kejar feri jam 2.00ptg. 

Beg² kami tp xdelah beranak pinak sgt..rasanya semua pun x menyoping sgt kali ni, lebih kepada jalan² lihat negara orang


Megamall Batam Centre
Di sini byk juga outlet² fashion dan bag, tp kami byk habiskan masa di Matahari, slh satu hypermarket yg terdapat disini. FIL siap buat members card Matahari, almaklumlah diaorang rajin berjalan ke Indonesia. Kalau pergi Jakarta dan Bandung pun ada Hypermarket Matahari ni.


Hasil shopping 

Siyes mmg Mama x menyoping sgt pun, Mama betul² shopping oleh² khas batam (Kek Pisang) sekotak dan kerepek buat buah tangan family Mama dan rakan office, sehelai blouse dan sehelai wide shawl utk Mama, 2 helai t-shirt utk Zaquan n Ziqry, 3 helai seluar basahan utk Ziqry dan dah last minute masa shopping di Matahari, Zaquan merengek nak hotwheels, Mama beli kan je, hahaha..harga sama je mcm dekat sini, saje habiskan baki duit yg ada..

hasil shopping hari 1st day @ Nagoya Hill - 2 helai t-shirt buat Zaquan n Ziqry - buy 1 free 1, jdnya 2 helai free tu Mama bg dekat anak buah -Dania.


Last Day shopping @ Matahari - 3 helai Seluar Basahan untuk Ziqry



Hahahah..Hotwheels pun sampai beli disana..,lgpun time ni kan Mr. Papa x joint sekali last day shopping @ Matahari, Zaquan dah merengek nak beli, nak x nak malas nak dengar dia nangis, Mama belikan jgk la.


Untuk Mama - Sehelai Blouse dan Sehelai Wide Shawls.


Daripak Atok dan Nenek untuk Zaquan n Ziqry - Sepasang baju dan Seluar, tp Abg dapat 2 helai seluar, Zaquan skrg ni bkn main pandai lg shopping 


Untuk Mama pun ada daripada FIL n MIL - sehelai blouse.


FIL n MIL shopping di Matahari @Megamall Batam Centre ni je dah nak cecah Rp2juta kalau x silap tp  anak² n cucu² pun dapat..ehh dgn Mama² pun dapat sehelai blouse..hehe..Tq Fil n MIL. Time ni sbnrnya betul² kejar masa, nasib baik ngam² waktu yg FIL bg kami utk shopping kami gunakan.

Tepat jam 2ptg kami menaiki feri balik dan alhamdullillah kami selamat sampai di Terminal Stulang JB pada jam 4 ptg. Plan asal nak terjah JPO, tp hari pun dah lewat petang, x jd ke JPO, balik ke rumah terus sahaja lah.

*********************************************************************************
Kalau ditanya pendapat peribadi Mama, Apa yg best dekat Batam tu? ok ke/seronok ke bercuti ke Batam ni? Selalu dengar orang kata Batam ni heaven utk org lelaki, sbb byk tempat urut dan spa katanya dan heaven bg orang perempuan yg suka shopping especially handbags. Pada Mama biasa² je, maybe sbb kami pergi waktu cuti tahun baru cina, byk kedai tutup dan Mama mmg x berkesempatan langsung pun nak pergi ke spa, spa pun Mama nampak x banyak, tp my friends kata kau x pergi tempat yg betul, dia ada tempat dia..hahaha..owh ye ke, almaklumla yg bgtau kawan lelaki dan dia biasa pergi ke Batam. Akceli Batam ni byk pulau, yang kami pergi ni pulau batam, so ada byk tempat menarik lagi yg sbnrnya kami x sempat terjah, mungkin la itu slh satu faktor Mama rasa biasa² je, tp apepun still ok dan mama enjoy je dgn trip holidays ni, melawat tempat orang kan, satu pengalaman buat Mama, bersyukur sgt Family Mertua rajin bawa berjalan, masih berkesempatan jgk menikmati keindahan alam di Barelang Bridge, dapat merasai makanan yg sedap² (makanan disini ok kena dgn tekak Mama n Nasi Padang mmg feberet Mama) dan pergi tempat2 shopping cumanya budget je yg xde, so kalau nak srnok..sila la bawa budget lebih sikit ye : p.

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, March 24, 2014

Family Outing ~ JJCM @ The Manhattan Fish Market, Alamanda

As Salam,

Ini story 3 minggu lepas, Family outing bersama keluarga sebelah Mama, planning daripada Adik Lelaki Mama@Ateh Cu Zaquan n Ziqry, dia yang planning dan dia niat belanja kami semua makan. Beriye dia tanya kami nak makan apa dan dimana?, ermmm bila ada yang nak belanja kami x tahu plk nak buat pilihan dan keputusan makan dimana, ikut je la org yg nak belanja di manapun..hehe, at lastnya dia belanja kami makan di The Manhattan Fish Market, Alamanda beli voucher groupon. Kali kedua la Ateh Cu belanja kami semua makan di sini. Kali pertama masa celeberate bday beramai² bg bulan kelahiran Mei. Bukan ape Ateh Cu skrg ni bz jenis keje outstation lama disesuatu tempat jdnya jarang kami dapat berjumpa, itu yg bila ada peluang berjumpa terus belanja kami semua makan.

Kami semua janji berjumpa di Alamanda jam 12.00tgh, kiranya lunch treat la. Tapi Mama pergi ke rumah Adik Perempuan Mama di Putrajaya dulu, sbbnya nak tumpang dia naik 1 kereta je, senang, Mr. Papa x dpt join sbb ada kelas hujung minggu. Mama ni kan x lepas lg nak drive n parking di shopping mall..tempat² crowded ni Mama cuak sikit nak memandu..huhu, x reti parking sbnrnya..hehe

Sempat berposing² dulu sblm keluar rumah..hehe


My boys..Zaquan n Ziqry
Seronok betul diaorang dapat keluar berjalan n jumpa wiwin, sgt susah nak diajak balik tau..


Gelagat anak² bergambar bersama Sepupu Wiwin..Aisya dan Sara



Jom makan..Menu yg sama mcm pernah kami order dulu..Falaming Seafood Platter 3 set



Alhamdullillah kenyang..


Tq Ateh Cu Zaquan n Ziqry for the lunch treat..


Selesai makan, kami jalan² cuci² mata dulu di Alamanda, lepas tu balik lepak semula di rumah Adik Mama di Putrajaya, ptg baru balik ke rumah kami..^_^..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails