Thursday, March 27, 2014

Cuti² Malaysia 2014 ~ Rumah Peranginan Persekutuan Morib Dan Morib Gold Cost

As Salam,

Berderet² n3 percutian nak update, bkn sbb asik bercuti je, tp sbb lambat update..cutinya dah lama tp terhegeh² nak update.

Rumah Peranginan Persekutuan Morib.

Selang 2 minggu balik daripada bercuti dari Batam, kami bercuti ke Morib pula (16 - 18 Feb 2014) dimana kami menginap di Rumah Peranginan Persekutuan Morib dan keesokan harinya kami terjah Morib Gold Cost. Akceli cuti ni telah dirancang akhir tahun lepas lg dimana 3 bln sebelum Mr. Papa dah booking Rumah Peranginan Persekutuan Morib, almaklumla semenjak ada Morib Gold Cost ni, Rumah Peranginan Persekutuan Morib pun selalu je fully booked.

Rumah Peranginan Persekutuan Morib ni boleh ditempah melalui online di website Bahagian Pengurusan Hartanah, JPM ( http://peranginan.bph.gov.my/) tp khas buat Penjawat Awam sahaja. Kadarnya sgt berpatutan. Bagi Rumah Peranginan Persekutuan Morib ni ada Banglo 3 Bilik (RM60 semalam) dan Rumah Berkembar 2 Bilik (RM50 semalam).

Kali terakhir kami bercuti di Rumah Peranginan Persekutuan Morib tahun 2010, dah dua-tiga kali juga kami bercuti disini. dulu Mak Usu Mr. Papa yg rajin booking bilik/banglo di Rumah Persekutuan ni, tp skrg ni kalau rasa nak bercuti FIL akan minta Mr. Papa je yg booking guna nama Papa.

16 Feb 2014 (Ahad) - Mr. Papa ada kelas setiap hujung minggu seperti biasa, oleh yg demikian Mama dan anak² terlebih dahulu pergi bersama FIL dan MIL. Jam 1.00tgh FIL n MIL jemput kami di rumah, skjp je perjalanan dari Bangi ke Morib adalah 1 jam setengah perjalanan, sblm sampai di Rumah Peranginan Persekutuan Morib, kami sempat lagi isi perut pekena laksa dan air kelapa di gerai tepi jalan depan sikit daripada pantai Morib, kali ni kami x singgah pun Pantai Morib, lgpun time ni kan cuaca panas terik.

Alhamdullillah kami selamat sampai di Rumah Peranginan Persekutuan Morib jam 3 ptg. Disebabkan cuma kami 1 family je joint percutian bersama FIL dan MIL ni Mr. Papa booking rumah berkembar 2 bilik je. Sesampai je kami di Rumah Peranginan Persekutuan Morib ni, anak² dah request dkt atok dia nak g mandi laut, w/pun cuaca panas atoknya turutkan jgk, tp xdelah sesampai tu terus ke laut, dalam kul 5ptg Atok bawa cucu²nya g mandi laut. Disebabkan kami dah isi perut tgh td, jdnya xdelah masak tengahari, buat minum petang dan masak simple² je utk makan malam Mr. Papa nanti.

Hai adik dah nak landing


Ini kami punye bilik, 2 katil single, bg Atok n Nenek tido di master bed room. Mama xdela plk beriye nak ambil gambar rumah sbbnya dah 2-3 kali dtg sini..hehe.


Abg dan Adik lepak atas katil sambil main iPad dan menunggu Papa balik dari kelas. 
Ini time baik la boleh bermain bersama, kalau x berebut iPad.



Papa bertolak dari PD ke Morib selepas selesai kelas dan slmt sampai kul 9mlm, anak² pun mmg menunggu je Papa nye balik. Atok n Nenek plk tido awal mlm tu. Malam tu selesai makan malam mmg paksa anak² pun tido awal sbb esoknya dah ada planning buat anak² nak terjah Water Theme Park Morib Gold Cost.

Water Theme Park Morib Gold Cost.

17 Feb 2014 (Isnin) seperti yang dijanjikan dengan anak², lepas breakfast di Rumah Peranginan Persekutuan (rumah lengkap dgn tempat memasak, so makan pagi, tgh dan malam semuanya masak sendiri ye), kami pun ke Water Theme Park Morib Gold Cost, dekat sgt dgn Rumah Peranginan Persekutuan ni, adalah dalam 3km je kot rasanya. Sementara Atok dan Nenek plk ada planning lain, nak ke Pekan Banting beli barang catering. Jadinya kami 4 beranak je la yg ke Water Theme Park Morib Gold Cost ni.

Ini merupakan kali ketiga kami kesini, kali pertama pergi pada 17 - 18 Sept 2012 kami 4 beranak beli voucher Groupon RM188, kali kedua pergi Family Trip pada 20 - 21 Jan 2013 beli voucher StreetDeal RM150 (x sempat lgsung buat n3 Family Trip ni). Kali ni pergi kita tidur di Rumah Peranginan Persekutuan je ye. Tapi bila dikira² kosnya lebih kurang sama je - Mama kira budget 1 mlm la ye - Penginapan (RM50) + Tiket Water Theme Park (Ziqry free) (RM90) = RM150. yang jimatnya kalau amik pakage, tiket water theme park tu boleh guna utk keesokan harinya before check out. Kalau x silap kalau beli beli offer voucher2 di groupon/my deal/streetdeal pun package nye skrg dah xde makan malam free lagi dah. Masa kami pergi ni pun tempat dinner tu dh jadi tempat permainan kereta/motor kanak² dah.

Harga tiket masuk ke Water Theme Park masih lagi sama - Dewasa RM35.00, Kanak² RM20.00


Yeay..Abg dan Adik dah x sabar nak mandi kolam dah ni..



Mama pun dah teruja jgk sbb lama dh x buat aktiviti swimming.


Syok pergi kali ni sbb orang x ramai, yelah kami pergi waktu kerja, org lain bekerja kami bercuti..hehe, puas la anak² bermain slide dan mandi.

1st Slide kami terjah


Wah adik Ziqry skrg ni dah ada improvement berenang, kalau dulu mana dia pandai sgt bermain dgn kaki dia tu w/pun pakai pelampung, now dah laju dah dia berenang sbb tgk abg dia buat.




2nd Slide plk. Tgk la Aksi Zaquan tu siap meniarap.


Srnok betul dia..


Adik kecik lagi kena naik sekali dgn Papa la ye.


3rd Slide..Feberet Zaquan.


Last but not least..Slide yang tinggi ni akhirnya dapat jgk kami main 4 beranak..hehe. Ikutkan kanak² mmg x lepas utk main slide ni, utk org dewasa je sbb x boleh pangku bdk utk bermain, tp kebetulan time ni xde pun org jaga maybe sbb org x ramai, dapat la kami main, tp takut jgk kalau pape jadi, tp alhamdullillah slmt xde pape benda yg x diingini berlaku. Mama rasa la kanak² x dibenarkan naik sbb gelap tau dalam ni n kalau tekanan air laju takut jgk, tp masa kami pergi ni tekanan air dia slow je, siap kita plk kena tolak dgn tgn dan kaki..huhu


Kesimpulannya, mmg puas la kami bermandi manda disini, srnok bila tgk Abg dan Adik pun dah pandai berenang w/pun menggunakan pelampung tp boleh tahan laju diaorang berenang, kami siap berlumba 4 beranak siapa yg sampai dulu, tp saje bg Abg Zaquan menang. Inipun susah nak mengajak diaorang balik, terpaksa janji nanti ptg kita terjah semula sbbnya Water Theme Park tutup jam 7mlm. Mmg niat nak repeat mandi ptg nnti tp biasalah bila dah sampai rumah, Adik Ziqry plk tido, Zaquan pun bila Atok ajak mandi laut dia on je, jdnya lupakan je la niat utk terjah Theme Park semula. Lgpun anak² janji dapat mandi x kisah la kolam atau laut diaorg srnok je.

Berehat sebentar dengan Kit Kat dengan harapan ptg nanti kita terjah semula Water Theme Park.


Pantai Morib

Rumah Peranginan Persekutuan Morib ni dekat sgt dgn Pantai, belakang rumah je pantainya, jd kalau dah tido sini confirm la setiap petang terjah pantai kan, w/pun pantai dia xde la best pun, airnya pun x bersih pun, tp Atok dan Zaquan selamba je mandi.

Zaquan terlebih dahulu pergi dengan Atok, lepas tu baru Nenek dan Mama ikut, tp Nenek dan Mama hanya memerhati Atok dan Zaquan yg srnok mandi pantai, Ziqry plk masih lena tido diketika ini, jdnya Mr. Papa duk jaga Ziqry.


Zaquan yg happy.., kalau dah rezeki kan, hari pertama Zaquan mandi di pantai ni dia punye goggles dihanyutkan, hari kedua terjah jumpa semula goggles nya jumpa terdampar atas pasir..hehe. Itu yg dia menunjuk goggles abg dah jumpa.


Melewati petang hari, Adik pun terjaga, w/pun dh lewat petang, Adik nak jgk joint Abg dan Atok mandi. kena la Mr. Papa layan..



Kita main pasir je la ye Adik.


Hari pun sudah menghampiri senja, jom kita balik rumah, masa utk makan malam pastu rehat tido.., malam tu lepas makan Abg dan Adik boleh plk layan drama citer seram/hantu dengan Atok dan Papa, Mama yg masuk tido awal..hehehe..

18 Feb 2014 (Selasa) - Time to check out dan balik, Alhamdullillah kami selamat sampai rumah jam 2ptg. awal sampai sbbnya mmg xde menyinggah kemana pun, Atok n Nenek pun teruja nak tgk rumah yang baru under renovation. 

Sekian, tamat 2nd Holiday Cuti² Malaysia tahun 2014 kami..lepas ni mmg xde planning kemana pun lagi, tp last minute Mama dan Anak² sekali lagi joint FIL dan MIL ke Perak without Mr. Papa sbb ada kenduri kahwin..ok nampaknya ada lagi la N3 Percutian..^_^..

Jgn bosan baca n3 lapuk Mama Adik ye..
Comel x Adik..^_~..


Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

6 comments:

  1. Salam Eija..bestnyaaaaa!K.atie last g morib masa bujang2 dulu jer...punya la lama tak g sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam K.Atie,
      mmg best k.atie sbb dapat happy kan anak² dgn aktiviti yang diaorg suka..Swimming..:))
      owh ye ke lama dah tu k.atie x pergi, eija ni pun sbb ada Morib Gold Cost tu yg sedar x sedar 3 thn berturut2 la eija pergi ke Morib..hehe

      Delete
  2. comel... (jwb pertanyaan tang bawah tu..)

    ReplyDelete
  3. seronoknya mandi manda kat pantai morib...bile la agaknye dpt merasa pergi sana..tgk org lain pergi mcm seronok aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak² k.eija ni kalau bab mandi manda seronok je x kisah di mana pun, w/pun sbnrnya pantai morib ni xdelah best sgt pun sbb airnya x bersih sgt. tp kalau g morib gold cost tu mmg confirm la srnok.

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails