Showing posts with label Morib Gold Cost 2012. Show all posts
Showing posts with label Morib Gold Cost 2012. Show all posts

Friday, October 5, 2012

Percutian 2D1N@Morib Gold Cost| Srnok Bersliding!

As Salam,

Yeay masa untuk bersliding sepuasnya sebelum check-out.

Slide yg paling tinggi, Lebih sesuai utk org dewasa, kanak2 boleh gak main, tp Zaquan x berani nak naik sorang2, Masa Papa sampai kat atas igt boleh sliding berdua, sekali x boleh, sudah nya turun balik..x berani pulak nak lepas kan Zaquan main sorang².


Slide yang lebar, yang ni besh, Mama yg suka sliding kat sini, Zaquan pun suka gak tp kalau sliding kat sini terus jatuh dlm kolam..tercungap gak Zaquan dibuatnya.


Dlm byk2 Slide, slide yang ini la paling Zaquan suka n byk kali turun naik turun naik bersliding. So mmg mama byk amik gmbar time diorang main slide yg ini jerk..


Yeay..Papa n Zaquan dah ready utk bersliding







Adik Cool jerk lepak berendam kaki sambil tgk Papa & Abgnya bersliding


Papa bagi peluang Adik Ziqry sama merasa keseronokan bersliding sbb ini antara slide yg paling selamat, dia x kan terus jatuh dalam kolam mcm slide yg lain.






Wah Seronok..selesai sudah N3 percutian 2D1N @ Morib Gold Cost..^_^..
Insyaallah ada rezeki lebih nnti kita bercuti disini lagi ye anak²ku..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Thursday, October 4, 2012

Percutian 2D1N@Morib Gold Cost| Abang Nak Mandi Kolam Pasir!

As Salam,

Kalau ikutkan selepas selesai bermain Aktviti ATV Ride, Zaquan dah bgtau kpd kami 'Abg nak mandi kolam pasir@pantai, tp disebabkan kejar masa/kesuntukan masa kami janji dgn Zaquan akan pergi pantai keesokan harinya. 

Seperti yang dijanjikan, pagi tu lepas sarapan (Zaquan x bersarapan pun..mood dah pada pool dan pantai), kami pun terjah pantai dulu sblm terjah Water Theme Park sebelum check-out.

Air laut pun tengah pasang, so dapat lah Zaquan bermain air laut, tp bila dah sampai pantai kami bg peluang dia mandi air laut, xnk pulak dia mandi..yelah air lautnya pun x cantik..hitam jerk..dia nak mandi x feel..huhu..tapi beriye main pasir.

Akceli kami siap bawa mainan pasir dia tp tertinggal dkt dlm bilik (sblm pergi Zaquan yg beriye2 pesan pd Mama bawa mainan pasir n lori pasir abg). Bila dah sampai pantai, Zaquan bgtau Abg kan bawa lori pasir, jom kita amik dkt bilik. Nasib baik lah dia x nangis nak lori pasir dia tu, sbb malas sungguh rasanya nak naik bilik semata² nak amik lori pasir dia tu. lepas dpt main pasir lupa skjp dia pasal lori pasir dia tu..hehe..


mula² sampai pantai, teruja jerk nak mandi air laut, tp bila dh dekat² tgk air kotor terus x jadi dia nak mandi air laut.



Abang main pasir jerk la..



Adik time ni ala2 blur lagi..tgk jerk abg main pasir..


Lepas tu joint sekaki dgn abg main pasir..


bkn anak² jerk sibuk main pasir, Mamanye pun sibuk main pasir gak...
Papa Mama = Zaquan  & Ziqry






Yeay tetap enjoy dapat lepak pantai w/pun sekejap.


Setengah jam jerk kami lepak pantai, Janji dpt tunaikan janji , lagipun time ni Zaquan nak buang air kecil sangat, kami suruh dia kencing jerk dlm laut, tp dia geli x mo berendam dlm laut..itu yg terpaksa bawa dia ke toilet n terus g Terjah Water Theme Park ...Yeay kali ni kami nak bersliding sepuasnya..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Sunday, September 30, 2012

Percutian 2D1N@Morib Gold Cost| Dinner & Breakfast

As Salam,

N3 auto publish..sambungan story percutian lagi, x kisah xde org baca pun yg penting utk kenangan simpanan Mama.

Pakej Percutian 2D1N Thru Groupon (RM188) ni termasuk dinner pada hari pertama dan breakfast sebelum check-out.

Tempat makan untuk dinner & breakfast adalah di 'The Venue'. Besar betul tempat makan dia berada ditengah2 antara Water Theme Park & Pantai, So masa kami menuju ke Pantai untuk bermain ATV Ride mmg lalu lah depan 'The Venue'.


The Venue, time ni lebih kurang pukul 5.30 petang chef2 dah sibuk masak untuk dinner.


Orang ramai dah mula nak dinner pada jam 6.30 ptg, tp kami sibuk menuju ke Water Theme Park.heheh


Kalau ikutkan pakej, voucher dinner & breakfast hanya utk 2 orang. So utk Zaquan yg berumur 2 tahun ke atas kena bayar. Bayaran Dinner untuk kanak2 RM25 seorang. Untuk Zaquan kami kena bayar, Ziqry free.

Mula menikmati menu Dinner
Menu dinner yang disediakan pada malam tu ialah Nasi Ayam Hainan, Nasi Campur dan Dessert seperti kuih muih, kek , buah2an dan spagetthi.


Adik yg kuat Mamam n nak makan sendiri, bila x bg mula nak ngamuk..huhu


Breakfast before Check -Out ~18 Sept 2012

Pagi tu kami terlajak sikit, kawan Mama dah turun b/f dulu kami jam 8.30 pagi baru terkedek2 nak turun. Kena la bangun awal kan sbb nak ke pantai & mandi sampai lebam lagi di Water Theme Park. Anak2 pun dah teruja nak ke kolam bila tgk kolam berhadapan tempat makan jerk, Mood nak makan lgsung xde, Zaquan la langsung x menjamah makanan w/pun ada makanan faberet dia Nasi Lemak, Adik Ziqry gak maintain x melepaskan peluang Mamam apa yg ada.

Nasib baik ler kali ni breakfast Zaquan x dikenakan bayaran, kalau ikutkan had umur mmg kena bayar. Kanak2 RM18. Orang yg jaga kaunter baik hati x amik bayaran lepaskan jerk kami semua masuk, maybe dia paham pagi2 bdk2 mane ler makan sgt lg pulak mood nak mandi jek..

Menikmati Breakfast, tp Papa n Mama jerk la yg betul2 menikmati, Zaquan lgsung x menjamah..
Hidangan Breakfast pagi tu ialah menu menu utamanya Nasi Lemak lauk Ayam, Kueytiaw Goreng disamping menu sampingan telur, sosej, wedges, kuih apam mini, bijirin dan roti bakar.

Muka anak2 x boleh blah lgsung..monyok menghadap Theme Park jerk mata masing2..
Diorang mmg kami x mandi kan pun pg tu sbb kan nak mandi kolam nnti..mmg muka x mandi pagi ler, tp kami mandi pagi tau..hehe..

Pandangan Mama ttg Makanan yang disediakan, Secara jujurnya pada Mama rasa makanan yg disediakan biasa2 jerk, itu tekak Mama la, tekak org lain Mama x tau, Mama ni mmg cerewet sikit bab makan..huhu. Tp jika nak dibandingkan dgn harga pakej yg ditawarkan berbaloi ler..x boleh la nak expect hotel nye 4 star makanannye pun 4 star jgk, Ermmm..kalau nak suruh Mama bagi rating..3/5 jerk kot..***. Kami xde la alami makanan x cukup, tgk berlebih2 jerk...lgpun dh tau kena budget masa turun mkn awal..heheh..

Lepas makan, kita terjah pantai dulu ye anak2 sebelum terjun pool n bersliding..seperti yg dijanjikan Zaquan kan nak mandi kolam pasir..huhu


*N3 Auto Publish*

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Percutian 2D1N@Morib Gold Cost| ATV Ride Time!

As Salam,

Selamat berhujung minggu semua, sambung N3 percutian Morib Gold Cost yg x sudah2 ni..hehe

Selepas dapat merehatkan diri di bilik hotel yg mmg besh, Zaquan siap puas berjakuzi dan papa sempat melelapkan mata sekejap, seperti yang dirancang Mama n kwn Mama berjanji nak turun ke pantai yang berada di belakang Water Theme Park selepas Asar untuk tujuan aktiviti bermain ATV Ride. (Pakej dapat voucher utk bermain ATV Ride 5 min for 2 person)


Disebabkan Zaquan n Ziqry yg over excited sampai x tido n Papa nye yg tertido, so tepat kul 5 ptg Zaquan n Ziqry turun dulu dgn kawan Mama tunggu kami di lobby hotel. Anak2 dh x sabar nak tunggu Papanya bangun n bersiap.

Tak lama lepas tu kami menyusul dan terus ke Pantai. Wah x sangka ramainya org beratur menunggu untuk bermain. Alang2 dah sampai n dpt kupon free beratur jgk ler kami.


Panjangnye barisan..huhu

Menanti dengan sabar..n Zaquan & Ziqry pun dh excited bila nampk Motor..

Zaquan masih boleh control lagi, tp adik yg mmg tengah aktif nak berjalan ke sana ke sini, kena la Mama yg main kejar2 dgn dia, Papa beratur..nasib ada gak geng berborak , Asben kawan Mama..halim.


Sementara menunggu giliran bermain, sempat lagi kami posing2 dulu dgn Motor ATV yg ada, mula2 x berani gak nak terjah, sekali tgk bila ada yg mula utk bergambar, kami pun sibuk2 gak nak bergambar..hehhe. Pelik gak pd mulanya kenapa la biar jerk motor ni, barisan punyer panjang, tp motor yg boleh guna cuma ada 4-5 biji jerk yg berjalan. Ohh rupanya org yg jaga ni ckp utk pakej voucher free 5 min ni utk Motor ATV yg kecik jerk sbb tu Motor2 besar x jalan...

baru dpt naik utk bergambar jerk blom lg bermain masing2 dh tersenyum simpul..2 beradik ni mmg cukup suka dgn Motor.


Zaquan

Ziqry
ini nak kategori senyum ke ape ek..sampai cenggitu sekali dia pnyer suka..

Sweetmama pun nak nyelit jgk..hehe


Me n my friend (Hairani)
Ok la dpt jgk kita berjimba bersama kan, rasanya time ni jerk la mmg betul2 kita dpt luangkan waktu bersama, selebihnya mmg i bz dgn anak2 jerk la..huhu

eh baru perasan Zaquan n Ziqry sibuk dok pandang ke lain rupanya..

*Beg yg mama galas tu baju mandi n towel utk terjah Water Theme Park sekali lg utk sesi petang, malas nak turun naik turun naik bilik semula.

Akhirnya tiba giliran kami utk ber ATV Ride. 
Get Ready utk berlumba di tepian pantai..hehehe
Voucher cuma dpt 1 utk bermain 5 min utk 2 org,
 Bagi peluang Papa n Zaquan yg main..
So Mama x berpeluang la nak main,
boleh jerk kalau nak tukar org sorang 2.5 minit seorang ke kan, 
tp Mama malas ler nak tukar2,
5 minit mesti x puas Zaquan n Papa main.
Zaquan jerk ke Main, Adik Ziqry camner..mesti dia nangis nak main jgk...

Adik Ziqry naik dgn Uncle Halim suami Aunty Hai..Tq Uncle n Aunty bg  peluang Adik Ziqry merasai pengalaman naik ATV Ride ni..:))

Seronok diorang bermain & berlumba, yang pasti Papa n Zaquan mmg menikmati sungguh, sakan Mama tgk diorang bawa Motor, bkn main laju lagi. Papa kata Zaquan yg press..Papa layan kan jerk. 

Walaupun dapat main cuma 5 minit, tp jelas terpancar kepuasan & keseronokan di muka masing2. Patut la org sanggup beratur utk main w/pun hanya 5 minit sbb kalau x bayaran utk bermain Motor ATV ni yg besar RM50 & yg kecik RM30 utk tempoh masa 15 minit jerk x silap mama tau. (Harga tu betul dh masa nye yg mama x pasti..)

Adik Ziqry n Uncle Halim Cool jerk, Uncle Halim takut2 sbb bawa bdk..iye lah anak orang..aduihai sian pulak bila Mama tengok, tp bila kami suruh bawa jerk laju2 Ziqry pandainye naik Motor, rupanya Motor yg diorang naik tu x berapa stabil tu yg Uncle Halim bawa slow2 jerk. 



Muka happy n puas dpt berlumba..^_^


Sedar x sedar nak dekat jam 6.30 petang dah, iyelah beratur panjang kan, tp puas hati srnok berATV Ride, tp kolam mandi tetap x dilupakan w/pun jam dah melewati lewat petang lg pulak dah berjanji dgn anak2 mmg mereka igt. So itu yg kami terjah jgk pool w/pun time org dh mula nak dinner dah pun.

Ketika kami berjalan nak ke Water Theme Park semula, tiba2 Zaquan kata nak main kolam pasir (laut) la, Memandangkan kejar masa nak ke Water Theme park terpaksa lah kami x endahkan kehendak dia nak main pasir n mandi laut..tp kami janji akan ke pantai pada keesokkannya :)

P/S: N3 Auto Publish, berkesempatan utk wat n3 auto publish semalam, semalam Papa terlibat dgn Sukan Bolasepak utk Kelab Opis dia, so seharian Mama duk umah jerk layan anak, time anak tido gunakan masa uk berblog..hehhe. Hari ni nak g melawat Fazilzura yg dh selamat melahirkan baby girl pada 22/9/2012.
*N3 Auto Publish*

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

Friday, September 28, 2012

Percutian 2D1N@Morib Gold Cost| Studio Suite n Jakuzi Time!

As Salam,

Sudah 10 hari berlalu percutian kami, tp citer ttg percutian x abis² story lagi..huhu..minggu ni kan Mama bz kuar Audit, 2 hari ni rest skjp..cuba jgk ler buat review n updates N3..^_^..

Pakej 2D1N offer dari groupon ni adalah untuk bilik studio suite siap ada jakuzi..Seriously bilik mmg puashati, besar dan selesa n kelebihannya ada Jakuzi la. 

Akceli bila kita dah dpt confirmation booking jerk kita dah boleh request nak bilik menghadap view Water Theme Park, pihak hotel boleh simpan nama kita dlm list yg request if ada kekosongan n tgk keadaan jgk. Mcm Mama, mmg mama dh request awal² nak bilik view Water Theme Park cuma xde rezeki jerk nak dapat, kawan Mama yg dpt bilik ngadap Theme Park tu sbb pihak Hotel kata ramai yg x check-out pada hari berkenaan, ramai yg stay 3D2N..ye la waktu kami pergi tu pun hari Cuti Umum bersambung Sabtu Ahad kan. W/pun frust tp ada hikmahnye jgk ler..kalau x mesti Zaquan & Ziqry duk kat Balkoni jerk kot..Sedangkan bilik kami ni bertentangan jerk ngan bilik kawan Mama tu, bila keluar bilik jerk masing² melekap jerk kat gril koridor tgk org Mandi kat Water Theme Park tu...

Ikutkan katilnya 2 single bed, tp kami cantumkan jd la Queen Bed Size..hehe
Selesa jerk buat kami empat beranak..
*Bilik ngadap View Water Theme Park mmg katil Queen


Sudut Ruang TV & Meja Solek


Balkoni katanya view Garden, tp bknnye Garden pun..Pokok2 Hijau jerk kat depan tu.., So mmg x melepak kat Balkoni lgsung pun spjg 2 hari disini..


See..luas ke x luas, Pada pandangan kami mmg luas..jarak katil n ruang Tv..boleh bentang satu toto la..


ecehhh..Adik tgh telek cermin..hehe


Ini ruang ape pulak ni..
Sebelah katil tu toilet ler, siap ada sliding window boleh bukak
Time ni masuk² bilik jerk Zaquan dah terjah Jakuzi dah..


2 beradik tgh bermesyuarat tingkap,
Abg ajak Adik Berjakuzi sekali, tp Adik takut dgr bunyi air Jakuzi yg naik tu..huhu
Adik hantar Air milo utk Abg..


Toiletries


See..punyerla selesa bilik hotel..
3 beranak syok layan tido sampai kol 8 pagi..


Jakuzi Time ~ 17 Sept 2012


Firstly sampai² bilik Hotel ..wajib la Mama n Papa check belek² bilik hotel kan..check tv, check aircond..ahhaha..check semuanya la..Alhamdullillah condition bilik ok semuanya..

Zaquan pun menyibuk ler bila tgk Papa dia dok buka itu buka ini, bila bukak Toilet n tgk ada Jakuzi..Zaquan pada mula x phm pun tp bila Papa bgtau Abg nak berendam dlm bath tab x..dia kata nak..kami pun bg la peluang dia berendam sorang² dalam Jakuzi ni..suruh dia sndiri explore button yg ada..mmg abis semuanya dia explore n tekan, Itu yg Adik takut bila dgr bunyi air yg keluar dr bawah jakuzi tu siap ada gegaran lg kan..

Seronok tengok anak happy, Layan kan pic Zaquan berjakuzi. Hari pertama tu mmg Zaquan sorang² jerk yg berjakuzi, itu yg kami buka sliding window tu untuk perhati dia dr luar..


menunggu air penuh


Yeay air dh byk n berbuih..


Layan nampak..^_^..


Sementara Zaquan berjakuzi, Mama cuba nak tidokan Adik Ziqry sambil lepak tgk TV, w/pun bilik selesa tahan sungguh mata Zaquan & Ziqry ni..x terlelap lgsung. Bila Zaquan dh puas berjakuzi baru lah dia ingat nak makan, igtkan lepas kenyang perut dia nak tido..tp x lelap gak mata diorg, sudahnya Papa yg dapat lelapkan Mata sekejap.

Lepas Asar kami pun teruskan Agenda petang dgn bermain ATV Ride dulu, lepas tu ke Water Theme park semula n seterusnya makan mlm menggunakan kupon yg termasuk dlm pakej 2D1N ni.

cantik pulak no bilik kami..:P
1107 tarikh hari lahir Mama :))



Jakuzi Time ~ Sebelum Check -Out ~ 18 Sept 2012

Wajib la berjakuzi sebelum kami check-out, rugi ler dah ada kemudahan x guna, 1st day sampai Zaquan dah rasmi..sebelum balik kami berempat pulak berjakuzi bersama..hehe, tp pic Mama x sesuai ler publish kat sini kan..hahaha..Ikutkan pic Papa pun byk yg sensored..huhu..Sbb tu  Mama cuma publish 2 keping pic ni jerk..

baru balik dari Mandi di Water Theme Park, terus berjakuzi pulak..
Adik time ni masih takut² gak lg, sbb tu duk atas riba Papa jerk..

Semakin berani..keje dia tembak Abg dgn air pancut ni..

Wah seronok..seriously release tension skjp bila dpt berjakuzi..rasa mcm nak terlelap pun ada..:)

Selesai berjakuzi kami pun bersiap sedia kemas barang n masa untuk Check - out..x puas holiday 2D1N.., ada rezeki kami pasti akan kesini lagi..^_^..

* Sebelum pergi Mama ada baca review kawan² yg dah pernah pergi n terdengar gak isu bau yg kurang menyenangkan di Morib Gold Cost ni. Tentang isu ada bau yg kurang menyenangkan di persekitaran bilik hotel, mmg ada pun tp bkn la setiap masa ada bau yg kurang menyenangkan tu, yg kami perasan bermula jam 7 malam masa tu kami berada di dalam Water Theme Park lagi bau tu dah mula merebak, tp nasib baik xde pulak bau di tempat makan, bila balik bilik bau yg kurang menyenangkan dtg pada waktu tengah malam time tu Mama dah tido n terjaga bila mcm ada bau kurang menyenangkan tu + lg² pulak dh tau isu bau ni, bersedia jgk ler..tp xde la sampai x boleh tido..malam tu lena jerk kami 4 beranak tido, pagi² suboh  terbau lagi sampai Papa kata Adik Ziqry berak ke Ma, cepat gantikan pampers Adik w/pun Adik tido time tu takut bocor pulak kan, Mama pun mamai terus angkat Adik g toilet, sekali bukak pampers xde pun Adik yak, sian Adik x pasal2 jerk kena paksa g Toilet disebabkan bau yg merebak..huhu..
Hope kawan² yg baca review Mama ni x terus kondem Morib Gold Cost, nak buat mcm mane kan dah maybe bau tu disebabkan kilang berhadapan Morib Gold Cost tu (x pasti kilang ape), ataupun disebabkan faktor lain (x dikenalpasti punca) bau nye ala2 bau kelapa sawit gitew..., walaupun ada masalah isu bau ni tp pengunjung di Morib Gold Cost tetap ramai n Pada Mama keseluruhannya bau ni xde la menjejaskan keseronokan kami disini sbb Bilik Hotel  n Water Theme Park dia mmg Mama bagi 4 daripada 5 star..**** Yang pasti kami enjoy dengan percutian kami ni..:))

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails