As Salam,
17 Sept 2012 (Isnin) - Cuti umum sempena Hari Malaysia, planning ke Morib Gold Cost berjalan dengan lancar. Pagi tu sesudah suboh, Mama baru nak packing baju sbrnya sbb hujung minggu sgt bz dgn open house sana sini, penangan makan kambing di open house rumah kawan malam ahad tu sakit sgt kepala Mama dibuatnya.
Percutian kami ni cuma 2D1N so xde lah byk baju pun nak packing, anak2 pun bangun awal lebih² Zaquan mmg dh diberitahu planning untuk bercuti mandi manda kolam besar..hihi..
Seperti yang dirancang kami bertolak awal, jam 9.00 pagi dah bertolak keluar rumah, isi perut dulu, sarapan di Impian Maju. Ikutkan nak gerak konvoi dgn kawan opis Mama (Hairani), tp x jd nak gerak sama², janji berjumpa di Morib Gold Cost terus, tp masing2 text mssg bila time keluar tu, kiranya time keluar rumah kami masih sama jgk ler n mmg kami sampai di Morib Gold Cost pun sama waktu.
Excited jerk kan awal kami sampai di Morib Gold Cost ni, jam 11.00 pagi dah sampai, sbb risau org ramai pulak nnti nak check -in hotel.(review dr kwn2 yg pernah pergi ckp better gerak awal). Masa kami sampai tu mmg org x ramai pun, siap² check-in di kaunter lobby tp still x dpt kunci hotel lg, pukul 3 ptg baru dpt kunci katanya.
Akceli kami ni excited jerk budget dtg awal dpt bilik awal, so siap bawa turun beg pakaian smpai lobby hotel..hihi. Ermmm 3 ptg kena g lobby semula untuk amik kunci, so apalagi kita terjah Water Theme Park dulu la, Zaquan n Ziqry pun x sabar dah nak mandi. Siap kami tukarkan pakaian mandi Zaquan n Ziqry di lobby jerk..
Yeay ..kami sudah sampai Morib Gold Cost ♥♥♥
@Lobby Hotel Morib Gold Cost
Zaquan xmo bergambar bersama time ni,
nangis dah minta cepat tukar baju mandi n x sabar nak mandi..huhu
17/9/2012 ~ 11.00pg - 1.00tgh@Water Theme Park, Gold Cost Morib.
Laju jerk nak terjah Water Theme Park
papa g hantar barang²/beg pakaian masuk dlm kereta semula..
Muka² x sabar mau terjun kolam..
Pakej 2D1N@Morib Gold Cost thru Voucher Groupon ni salah satunya cuma cover 2 tiket masuk ke Water Theme Park, kami berempat, so Papa n Mama pnyer kira dah masuk pakej, Ziqry masuk free, Zaquan dah kena bayar. So untuk Zaquan kami kena beli la dia pnyer tiket untuk masuk ke water theme park ni. Tiket masuk ke Water Theme Park untuk kanak2 RM20.00. Kiranya harga masuk Theme Park ni kira berpatutan jgk ler, ari tu kami pergi Wet Word Shah Alam pun tiket masuk ke Wet World untuk kanak² RM16.00 (beza RM4 jerk ).
Water Theme park ni mula buka jam 8.00 pagi hingga 7.00 malam
(boleh la sape yg nak g balik hari tu kan)
Tiket Masuk Water Theme Park:- Dewasa - RM35.00, Kanak² (2- 12thn)- RM20.00
Sewa Pelampung - RM10.00
Sewa Locker - RM5.00 (deposit RM10.00)
Disebabkan x dapat bilik lagi, kami pun terjah la Water Theme Park dulu mandi dari pukul 11.30pg sampai pukul 1.00 tgh, puas jgk ler anak² mandi, jelas terpancar di wajah masing² srnok dapat main air, time ni Mama x snap langsung gambar srnok bermandi manda sbbnya semua brg² penting simpan dlm locker, beg pakaian Papa simpan dlm kereta, lg pun kami berfikiran positif petang nanti lepas dh dpt bilik kami akan terjah lagi Water Theme Park ni, esok harinya pun masih ada lagi if nak bergambar2 dlm kolam .^_^.
Puas mandi 1 jam setengah kami plan lepak Pantai Morib pulak, agenda utama sbnrnya nak makan tengahari, ini pun sikit punyer payah nak ajak Zaquan naik..kalau boleh dia nak berendam sampai kecut² kulit..
17/9/2012 ~ 6.30 pm @ Water Theme Park, Gold Cost Morib.
Lepas dapat bilik dalam pukul 3.30ptg, harus la lepak bilik pulak, bilik dia mmg puas hati (studio suite siap ada Jakuzi), Leka gak Zaquan dibuatnya, suruh mereka tido tengahari dulu sblm meneruskan Agenda petang hari ATV Ride & Tejah Water Theme Park lagi, tp dua² pun susah betul nak tido tengahari, dlm minda masing² still terbyg² kolam. Zaquan siap rasmi Jakuzi dulu..sorang² pun jadi.
Kami terjah semula Water Theme Park lewat petang sbb kami terjah pantai dulu untuk aktiviti ATV Ride, x sangka ramai betul org yg nak main ATV ride ni..beratur panjang tu..(nnti mama story dlm N3 lain). Walaupun masa yg ada setengah jam jerk, kami tetap terjah gak puaskan hati anak² yg mmg hantu air.
Puas hati la sbbnya Water Theme Park dia besar n byk permainan utk kanak² sbnrnya. Antaranya untuk kanak:-
Ada buai kanak², tp Zaquan n Ziqry x berapa minat pulak, maybe sbb ada air yg menyimbah, kalau Ziqry naik ni sampai terpercik² kena muka dia..sian dia..
playground ni bkn dlm air, khas buat bdk² yg suka melompat n nak panaskan badan..hihi
Kolam kanak²
Ziqry paling suka mandi dkt kolam kanak² ni sbb nya dia nak lepas bebas, kalau bawa mandi kat kolam besar pun mesti berlagak mcm org besar..nak turun sndiri..xmo kita pegang..
dh lewat petang, org lain pun dah sibuk turun makan malam, tp kami masih di pool..
18/9/2012 @Water Theme Park, Gold Cost Morib ~Mandi sampai lebam sblm balik.
Dah nak balik dah, x puas rasanya percutian 2D1N di Morib Gold Cost ni. Sebelum balik wajibla mandi puas² di Water Theme Park ni kan..mandi sampai lebam..huhu
Pagi tu dah ler 3 beranak ni syok layan tido..kol 8.30 baru nak gerak sarapan, nasib baik ler sarapan pagi tu Zaquan x dikenakan bayaran..kalau x rugi..sbb dia x nak menjamah makanan lgsung sbb mood nak mandi kolam pnyer pasal..
Antara gambar² yg sempat disnap, nak bergambar sgt pun x selesa sbb mood masing² mmg nak mandi, ini pun gagah Mama snap pic thru notes..
1 Family, nasib ada mmber boleh gak snap pic kami berempat..:)
Yeay..mandi sampai lebam..
Mcm Mamanye pulak yg over..Peace..hehe,
Ziqry sampai terpejam² mata kena tempias air yg turun..
Wah..mmg seronok, kalau dh aktiviti mandi manda ni kan mmg srnok jerk buat kami lebih² lg mmg anak² Zaquan n Ziqry hantu air, x takut pun ngan air n sgt suka aktiviti swimming ni.., Nanti Mama sambung lg kisah percutian Cold Cost, Morib kami ni, nak tepek semua gambar dlm 1 n3 panjang berjela pulak jdnya 1 n3. Dlm pada x byk gambar, byk jgk benda yg nak diceritakan.. Aktiviti ATV Ride, Aktiviti Sliding, Bilik & Jakuzi Time, Ambil Angin di Pantai Morib n nnti mama sentuh gak la sikit ttg Pakej Breakfast & Dinner..
Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy2 gmbar2 peribadi di dalam blog ini okey!!!
salam..lama xsinggah sini..rindu pulak..hehe..
ReplyDeletebestnya..teringin gak nak gi nih tp bila time nak gi jer mst xjadi..hukhuk..xde rezki..
salam, terima kasih singgah..:)
DeleteRindu jgk sama kamoo..:))
Insyaallah lepas dapat baby baru boleh la pergi, mana tau rezeki baby baru ke kan..:)
Kemain happy 2 beradik dapat berendam ha ;)
ReplyDeletehihi..mmg happy sesangat diorang sampai x mo kuar dari kolam...:))
Deletewah bestnya.. sy yg tgk ni pun teruja :-)
ReplyDeleteMmg best ina :)
Deletesesuai utk percutian keluarga..:))
best, best, best!
ReplyDeleterase nak pegi lagi!
hihi..betul tu nad, x puas 2 hari 1 mlm ni kan..
Deletek.eija pun mula teruja nak g gold cost morib ni sbb baca review di blog Nad la..:), lepas tu tgk ramai yg dh g kata besh..alhamdullillah tercapai gak grab vouher groupon ni n bawa family tercinta bercuti :)
wowwwwwwwwwwwwwww
ReplyDeletesangat tperinci, suka ssgt eija syer dgn kami
bestnya main air,,
nak pi gakkkkk
hihi..terperinci ker, mcm byk citer pasal kami jerk drpd info, tp eija mmg cuba bg info yg terbaik buat kwn2 yg teringin nak pergi ke sini..
DeleteAyu kalau singgah selangor boleh la terjah, tp JB skrg ni pun dh makin jadi pusat tarikan pelancong n tempat percutian dgn ada nya Legoland yg tgh hangat skrg ni kan..
so far
ReplyDeleteklu jln jauh
ayu akan buat back up
either bawak charger or cahrge battery sesiap
selalunya simpan semme dlm beg kamera tu
tehn nowaday klu lupa bwk charger..
ade note
senang nk capture
klu member plak dia bwk battery spare bwk sbb dslr dia pun bukan bangsa yg ade battery grip
selalunya eija pun buat mcm tu, simpan siap2 dlm beg kamera semua keperluan n pastikan bateri siap di charge sehari seblm nak berjlan/nak guna kamera.
DeleteTp kali ni charger bateri mmg dh x igt letak kat mane, maybe lepas charge tu terus simpan dkt tempat lain (last guna masa besday bash Zaquan n Ziqry) sbb bkn nak guna kamera utk bercuti/outstation, itu yg agaknye biar jerk kat plug, pastu bila anak main mula sorok n simpan kat tempat lain..terus terlupa simpan kat mane..huhu
Bila nak bercuti n teringat kwn guna DSLR Canon tp model lain igtkan brand sama boleh lah guna charger dia..rupanye charger x sama..
hihi, yup nasib ada notes kan, skrg ni mmg bergambar thru notes jerk.., tp itulah notes pun cepat abis bateri..
eija..bestnya, groupon tu kena jadi members dia ke ape?hehe,ni kes malas nak gugel apa itu groupon.takpe,abaikan je soklan ni.
ReplyDeletetapi memang murahla eija..insya Allah tahun depan nak cuba jugakla kot2 dpt price mcm eija dapat ni..
biasalah skrg ni mane2 pun kena register, samalah mcm Groupon ni kena register je, janji ada email..buka website Groupon ni pastu register jerk, lepas register boleh la pilih mcm2 voucher/deal yg dia offer..
DeleteAkceli skrg ni bkn Groupon jerk, yg seangkatan dgn Groupon ni mcm Milk A deal, My Deal, i love Discount n mcm2 lg ler..Offer bkn holiday jerk mcm2 Spa,makanan, peralatan n mcm² ler dh mcm kedai online jgk ler tp kategori offer..boleh ke explain camtu..hehee..ikut kefahaman eija ler..hehe, hope lia dpt jawapannya drpd penerangan eija ni..