Showing posts with label Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya. Show all posts

Sunday, August 30, 2015

Aidilfitri 2015 | Sekolah Ganti dan Jamuan Raya Sekolah Abg

Assalammualaikum,

Pada 8 Ogos 2015 (Sabtu), Sekolah tempat my son belajar iaitu Sekolah Keb Putrajaya Presint 18(2) telah mengadakan sekolah ganti dan kebetulan sekolah ganti di bulan syawal makanya turut diadakan Sambutan hari raya sekolah. 

Jadinya semangat jugak la budak² nak datang ke sekolah w/pun hari Sabtu sbb ada sambutan hari raya..ini kira time nak seronok² dgn kawan² la kan...,  malahan Ibu bapa kepada semua murid² turut dijemput sama untuk memeriahkan sambutan hai raya.


pada hari berkenaan juga Ibu Bapa digalakkan untuk membawa potluck. Ini menu potluck Mama untuk Abg Zaquan bawa ke sekolah. Menu request dari Zaquan sendiri..Makaroni Beef Bolognice dan Puding Oreo Milo.


Abg Zaquan sudah segak untuk ke sekolah w/pun baru patah gigi yg kedua pada malam sebelum hari sambutan hari raya sekolah. Cikgu ada bagitahu pada hari sambutan hari raya nanti ada pertandingan baju tercantik..itu yang dia sibuk ingatkan Mama, 'Cikgu suruh pakai baju raya lengkap bersamping dan bersongkok'. Memang meriah la semua bdk² sekolah bergaya/melaram dgn baju raya memasing. Saingan sengit ramai sgt yg kacak/cantik bergaya dengan baju raya yg sememangnya cantik² belaka.


Sementara menunggu jam 9.30 pagi untuk sama² memeriahkan sambutan hari raya sekolah Abg, , kami dah siap breakfast pun..sempat lagi selfie² dgn Adik Ziqry, Adik Ziqry pun xmo kalah, mana boleh tgk Abg pakai baju raya, dia pun nak berbaju melayu raya jgk..nasib la mmg keluarga pun sama dijemput utk majlis sambutan hari raya ni..


Time ni bdk² sekolah duduk mengikut kelas masing², Ibu Bapa plk duduk di kerusi hadapan tempat jemputan tetamu. 

See..Adik mmg nak berkepit dgn Abg dia je.., xmo pun dia duduk dgn Mama n Papa kat depan..., terpaksalah Abg dia melayan kerenah Adik dia yg satu ni..,join dgn kawan² sekelas dia.  Mama pun dh teragak nasib baik prepare 2 pinggan dan 2 cawan sbb Cikgu dah pesan time majlis ni nanti bawa pinggan dan cawan sendiri daripada rumah.

mcm² peel, boleh plk Abg Zaquan bertukar samping ngan kawan dia 




Amboi happy Abg Zaquan bersama kawan² sekelas dia..




Yeah..makan time..
Pergh...meriah giler potluck raya dia...sepanjang² meja penuh dgn pelbagai menu..



Selesai makan..murid² dibenarkan balik awal..jadinya kami pun lepas selesai makan mmg terus balik je..

p/s : Salam Kemerdekaan buat semua, cuti 3 hari kami x kemana pun, mr. papa ada kelas..huhu..., jdnya amik kesempatan update blog la time cuti² ni..^_^..

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Wednesday, August 12, 2015

Aidilfitri 2015 | Raya ke-4 ~ Dah Terjah Wayang | Movie ANT-MAN

Assalammualaikum,

Raya ke 4 kami org kg dekat² ni dah terjah shopping mall..hehe. Tak plan pun sbnrnya nak tgk wayang n x sangka pun papa nak bawa jalan² g IOI City Mall, Putrajaya. Kebetulan pada hari raya ke-4 ni mama ada jemputan open house kawan sekolah mama, so dari kg kami terus gerak pergi open house rumah kawan mama dekat cheras, ayah n mak mertua pun plan nak balik rumah bangi pada hari raya ke-4 jgk..so kami gerak g open house, FIL n MIL plk terus balik rumah.

Kalau ikut majlis start pkl 3, tp kami pkl 2 dah sampai rumah kawan mama tu..so x sempat la nak bergambar² dgn kawan² sekolah yg lain yg turut sama dtg sbb ni kira mcm small gathering jgk kawan mama tu buat, yg sadisnya tu gambar dgn tuan rumah/kawan sekolah mama tu pun mama x dan bergambar bersama, awal sgt sampai, tuan rumah still bz prepare menu..huhu

Disebabkan masih byk masa, itu yg Mr. Papa terus bawa kami terjah IOI City Mall, Putrajaya.

tgk wayang pakai baju kurung..dah kata raya kan..hehe


Yeay..kita nak tengok wayang..




Movie ANT-MAN
sblm tgk movie ni dok terpikir besh ke x besh movie ni sbb mulanya mr papa nak tgk movie minions sekali bila try tgk tiket online tinggal seat yg depan sekali je tu terus decide tgk ANT-MAN je..


Tiket dah dapat tp lambat lg movie nak start..pkl 5.50pm br movie start..

Movie : ANT-MAN
Tarikh : 20/07/2015
Masa : 5.50p.m
Tempat : GSC IOI City Mall


kita pusing² mall dulu la ye..


Ok kita tgk org main ice skating..
Abg n Adik sibuk nak main sbnrnya tp Abg n Adik mana pandai main ice skating ni..Mama n Papa pun x pandai main..kita tgk je la org lain main..


Lepas tu kami lepak makan di Texas Chicken..
pertama kali try makan dkt Texas Chicken sbb kebetulan br perasan kedai ni time lepak tgk Ice Skating..depan Ice Skating ni je..


Orait..masa utk tgk wayang


sempat lagi selfie dalam panggung wayang before movie start..


Kesimpulannya lepas dh tengok movie ANT-MAN ni..besh sgt cerita dia..Mama bg 5*****
cerita dia bkn sekadar action superhero je tp ada unsur lawak dan family jgk. Unsur lawak tu yg buat terhibur. Action dia pun besh jgk sbb ANT-MAN ni berupaya utk mengecilkan diri dan mampu berkomunikasi dgn semut dah kata 'manusia semut'.

Selesai tgk wayang..terus balik  rumah mertua di Bdr Baru Bangi, malam ni kita tido umah atok n nenek ye Abg n Adik..esok kita dh balik rumah kita sbb Abg dah mula bersekolah pada 22 Julai 2015 (Rabu) dan Mama pun dah mula bekerja pada 23 Julai 2015 (Khamis).

N3 Auto Publish

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Tuesday, August 11, 2015

Aidilfitri 2015 | Raya ke-3 ~ Moh Kita Balik Kg Atok Pulak

Assalammualaikum,

Hari raya ke-3...moh la kita balik kg atok plk, anak² hati mmg dah berada di Kg. Bangi Lama sbnrnya sbb dok igt kat sepupu² dia yg ada dkt sana.

Pagi raya ke-3 tu sebelum kami balik Kg. Bahagia, Bangi Lama, layan dulu tetamu/ sedara belah Wan Ummi datang beraya di rumah, time raya ni la dpt jumpa sepupu² dan anak buah sedara kan.., sedar x sedar anak² buah sedara pun dah besar² dah rasanya...sepupu pun dah tambah bilangan anak.., mama je masih belum ada rezeki nak tambah anak ni..huhu

Zaquan dan Ziqry bersama dua pupu mereka



Ok² jom kita balik kg. atok
ini posing anak² kena paksa bergambar + mama cover drpd nampak gemss namanya..




Lepas zohor kami bertolak balik kg n bila sampai kg..sepupu Zaquan n Ziqry plk dah get ready bersiap nak balik kg nenek diaorang plk, biasala tu bertukar giliran. Sedih la tu sbnrnya abg n adik xde geng tp redha je la ye sbb bknnya x jumpa mlm raya lg dh jumpa..Jadinya aktiviti malam hari main bunga api berdua je la, nasib ada Atok yang rajin melayan cucu main bunga api.. 

Walaupun berdua dah namanya bdk kan suka la tu dapat main bunga api..sbnrnya dlm hati diaorang selain drpd srnok nak jumpa dan bermain dgn geng sepupu dalam kepala dok ingat bunga api dkt kg atok itu yg hari sibuk² mengajak balik kg atok..

Main bunga api..berdua pun menjadi je..





Sekian hari raya ke-3 kami..cepatnya rasa masa berlalu..esok dah hari raya ke-4.., kemana kita ye..

N3 Auto Publish

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, August 10, 2015

Aidilfitri 2015 | Raya ke-2 Di Jenderam Hilir

Assalammualaikum,

Hari raya ke-2 kami dah start jalan beraya di Kg. sebelah Ibu Mertua di Jenderam Hilir, biasalah kalau dah sampai kg Mr. Papa ni mesti lepak lama dekat sini dari keluar tengahari sampai dah lepas maghrib baru kami balik. Anak² plk sambung beraya dengan Atok, Nenek, Acik dan sepupu²nya jalan beraya ke Kuala Selangor rumak Mak Lang Mr. Papa. Kami x join beraya ke Kuala Selangor sbb Mr Papa malas nak drive jauh..dia pun amik kesempatan la dah anak² nak ikut atok n neneknya berjalan biarla anak² je yg g beraya, mama plk ikut je Mr. Papa pnye keputusan..

Raya ke-2 xde gambar sgt, yg ado gambar selfie Mama dgn Papa la..hehe sbb anak² mulanya xde mood, time sampai diaorang tengah tido, kg dekat sgt baru tido 5 minit dah sampai...:p, mau x mengamuk tido kena kacau tp biasalah bila jumpa sepupu² terus datang mood..terus nak ikut atok n nenek jalan beraya. 

@rumah Mak Uda Mr Papa
jom kita selfie gambar kita bertiga..abg sambung Zzzz...time ni.



@ rumah Wak/Nenek Mr Papa di Jenderam Hilir
Amik kesempatan selfie ..dah tinggal berdua...anak² dah selamat ikut atok dan neneknya beraya..  



@ Halaman rumah Wak..
Mama sibuk nak ber ootd raya..:p

nanti mama up n3 ootd raya mama tahun ni.., nak jgk tu..


Itu saje cerita hari raya ke-2 kami..lepak di kg Jenderam Hilir dan lepas tu malamnya balik lepak dkt rumah sendiri sementara tunggu anak² balik dari Kuala Selangor. Tengah malam jgk baru anak² balik..dan hari raya ke-2 dah lepak kedai mamak..kami satu family dan mamak tidak dapat dipisahkan..:p, malam tu amik anak² dekat tempat perjumpaan kami 1 family di Impian Maju..hehe..apalagi lepak minum dulu la..pastu balik cheras semula..tido rumah Wan Ummi lagi ye anak²..esoknya baru kita balik kg Atok di kg. Bahagia, Bangi Lama.

p/s : 2 minggu ni mama bz..dah start latihan dan audit di Unit baru mama ni..2 minggu x masuk ofis..ni dok pulun buat n3 auto publish tgh ada mood nak update blog ni kan..hhehee..w/pun mama dh bertukar unit, tp masih lg perlu keluar audit dh kata duduk Bahagian Audit..basic nya masih kena keluar Audit cuma dh xde keluar Outstation la...

N3 Auto Publish

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

Monday, August 3, 2015

Aidilfitri 2015 | Hari Raya Pertama ~ Bermaafan di Pagi Raya dan Family Foto

Assalammualaikum,

Now kurang sgt dah masa utk Mama berblog, mcm mama pernah story sebelum ni, sejak jd supermom ni..(ehh..ye ke supermom..?, hahha..ala boleh je la..), maksud mama sejak PJJ dgn mr. papa dan mama yg uruskan semua urusan anak² pagi...ptg..siang..malam..dgn anak dah bersekolah penuh ni..terhad sudah waktu utk menghadap blog..huhu, la ni Mama plk baru bertukar Unit..so bz sikit la.

Ok..saje meluah rasa..xde mengena dgn story Aidlfitri..

Bercerita pasal Aidilfitri tahun ni, ceritanya sama je dgn story Aidilfitri sblm² ni jgk. Tahun ni giliran raya pertama di rumah family Mama di Cheras dimana malam raya - raya ke-2 bermalam di Cheras, raya ke-3 bermalam di kg sebelah FIL di Bangi Lama dan raya ke-4 kami bermalam di rumah mertua Mama di Bdr Baru Bangi. Macam biasa jgk w/pun giliran beraya sebelah family Mama, tp kami x berkira sgt..ikut kelapangan waktu kedua² belah family, malam raya tu kami sempat lg singgah kg sebelah MIL di Jenderam Hilir dan raya ke-2 dah berjalan raya sebelah Family Mr. Papa...Itu untungnya kg dekat²..

Tahun ni yang beraya bersama di Cheras - Family Mama, Adik Perempuan Ketiga Mama (single mother skrg), Adik Lelaki ke-4 (satu²nya bujang yg belum berkahwin) dan Adik Bongsu Mama. Adik Kedua beraya dgn Family mertuanya di Melaka dan Adik Lelaki yg kelima di rumah family mertua di Shah Alam.

Pagi raya tu lepas menikmati juadah raya dan solat sunat Aidilfitri, wajib la sesi bermaaf²an dan bergambar satu family kan. Selepas tu kami ke kg. sebelah Abah Mama di Sg. Kantan Kajang dan seterusnya melawat nenek sedara/sedara mara belah Abah yang terdekat dan last destinasi kami ke rumah keluarga Adik Lelaki Mama di Shah Alam melawat baby dia br keluar dari NICU sbb x cukup bulan.

Tak mo cerita panjang²..so layan kan gambar kami di hari raya pertama 2015/ 1 Syawal 1436H. (tgk gambar sampai termuntah ni sbb byk nau gmbar nak tepek kat sini..:p)

Pagi 1 Syawal 1436H bersama Ummi dan Abah.

Family foto yg lengkap semua ada x terambil sbb anak² x bg kerjasama..
Foto lengkap bersama adik beradik pun x teringat plk nak amik..huhu



Family Adik Bongsu bersama Ummi dan Abah


Bersama Family Adik Bongsu Mama @ Ucu Apit Zaquan n Ziqry
Maroon vs Silver..


Isteri kepada Adik Bongsu Mama ni sedang menunggu masa je ni..dah overdue pun sbnrnya time ni..
Baby dia bg ibu beraya sakan dulu..makan ketupat lemang rendang puas² dulu..


Amboi ...kemain sporting bergambar hero 2 orang ni bila dgn Ucu Pit dan acik Linda


Abg dan Adik Wif Mak Yang n Ucu Pit


Me n My Younger Sister @ Mak Yang Zaquan n Ziqry...
Wiwin xde..blk beraya dgn Ayah dia di Kelantan..


Sesi Bermaaf²an dan Bonding Time

Orait kita layan pic bermaaf²an plk la ye...

Sesi bermaaf²an dan bonding time di pagi syawal..
Selamat Hari Raya..Ampunkan kesalahan kami semua..halalkan makan dan minum kami dan moga ikatan kekeluargaan kita kekal utuh dan harmoni.












Family Foto & Pic Berdua

Tak puas lagi bergambar sebelum sesi bermaaf²an tadi, x lengkap rasanya kalau x bergambar family 4 beranak, lagi² dah sedondon ni kan. Time raya ni je pun selalunya dapat amik gambar bersama cantik² sikit..^_^..

Family foto kami 4 beranak..dengan tema sedondon Maroon / Merah Marsala

Jadilah, ada la jugak w/pun anak² bila diajak bergambar mcm² eksperasi muka dia buat..





Ehemm...ehem..tahun ni Mama rasa Mr. Papa rajin melayan Mama bergambar..Tq Papa sbb layankan Mama yg suka bergambar ni..w/pun kadang² kena sound jgk sbb suka bergambar n berkepit dgn hp je..huhu..



Selesai sesi bergambar² kami terus ke agenda jalan beraya / raya pertama wajib blk kg sebelah Abah di Sg. Kantan Kajang w/pun Wan dah xde tp tradisi menziarah keluarga masih lg diteruskan, rumah Wan di Sg Kantan Kakak Abah/Mak Ngah kami duduk jaga..

Orait..next Mama tepek gambar beraya di Sg. Kantan plk...

n3 auto publish

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails