Monday, August 3, 2015

Aidilfitri 2015 | Hari Raya Pertama ~ Bermaafan di Pagi Raya dan Family Foto

Assalammualaikum,

Now kurang sgt dah masa utk Mama berblog, mcm mama pernah story sebelum ni, sejak jd supermom ni..(ehh..ye ke supermom..?, hahha..ala boleh je la..), maksud mama sejak PJJ dgn mr. papa dan mama yg uruskan semua urusan anak² pagi...ptg..siang..malam..dgn anak dah bersekolah penuh ni..terhad sudah waktu utk menghadap blog..huhu, la ni Mama plk baru bertukar Unit..so bz sikit la.

Ok..saje meluah rasa..xde mengena dgn story Aidlfitri..

Bercerita pasal Aidilfitri tahun ni, ceritanya sama je dgn story Aidilfitri sblm² ni jgk. Tahun ni giliran raya pertama di rumah family Mama di Cheras dimana malam raya - raya ke-2 bermalam di Cheras, raya ke-3 bermalam di kg sebelah FIL di Bangi Lama dan raya ke-4 kami bermalam di rumah mertua Mama di Bdr Baru Bangi. Macam biasa jgk w/pun giliran beraya sebelah family Mama, tp kami x berkira sgt..ikut kelapangan waktu kedua² belah family, malam raya tu kami sempat lg singgah kg sebelah MIL di Jenderam Hilir dan raya ke-2 dah berjalan raya sebelah Family Mr. Papa...Itu untungnya kg dekat²..

Tahun ni yang beraya bersama di Cheras - Family Mama, Adik Perempuan Ketiga Mama (single mother skrg), Adik Lelaki ke-4 (satu²nya bujang yg belum berkahwin) dan Adik Bongsu Mama. Adik Kedua beraya dgn Family mertuanya di Melaka dan Adik Lelaki yg kelima di rumah family mertua di Shah Alam.

Pagi raya tu lepas menikmati juadah raya dan solat sunat Aidilfitri, wajib la sesi bermaaf²an dan bergambar satu family kan. Selepas tu kami ke kg. sebelah Abah Mama di Sg. Kantan Kajang dan seterusnya melawat nenek sedara/sedara mara belah Abah yang terdekat dan last destinasi kami ke rumah keluarga Adik Lelaki Mama di Shah Alam melawat baby dia br keluar dari NICU sbb x cukup bulan.

Tak mo cerita panjang²..so layan kan gambar kami di hari raya pertama 2015/ 1 Syawal 1436H. (tgk gambar sampai termuntah ni sbb byk nau gmbar nak tepek kat sini..:p)

Pagi 1 Syawal 1436H bersama Ummi dan Abah.

Family foto yg lengkap semua ada x terambil sbb anak² x bg kerjasama..
Foto lengkap bersama adik beradik pun x teringat plk nak amik..huhu



Family Adik Bongsu bersama Ummi dan Abah


Bersama Family Adik Bongsu Mama @ Ucu Apit Zaquan n Ziqry
Maroon vs Silver..


Isteri kepada Adik Bongsu Mama ni sedang menunggu masa je ni..dah overdue pun sbnrnya time ni..
Baby dia bg ibu beraya sakan dulu..makan ketupat lemang rendang puas² dulu..


Amboi ...kemain sporting bergambar hero 2 orang ni bila dgn Ucu Pit dan acik Linda


Abg dan Adik Wif Mak Yang n Ucu Pit


Me n My Younger Sister @ Mak Yang Zaquan n Ziqry...
Wiwin xde..blk beraya dgn Ayah dia di Kelantan..


Sesi Bermaaf²an dan Bonding Time

Orait kita layan pic bermaaf²an plk la ye...

Sesi bermaaf²an dan bonding time di pagi syawal..
Selamat Hari Raya..Ampunkan kesalahan kami semua..halalkan makan dan minum kami dan moga ikatan kekeluargaan kita kekal utuh dan harmoni.












Family Foto & Pic Berdua

Tak puas lagi bergambar sebelum sesi bermaaf²an tadi, x lengkap rasanya kalau x bergambar family 4 beranak, lagi² dah sedondon ni kan. Time raya ni je pun selalunya dapat amik gambar bersama cantik² sikit..^_^..

Family foto kami 4 beranak..dengan tema sedondon Maroon / Merah Marsala

Jadilah, ada la jugak w/pun anak² bila diajak bergambar mcm² eksperasi muka dia buat..





Ehemm...ehem..tahun ni Mama rasa Mr. Papa rajin melayan Mama bergambar..Tq Papa sbb layankan Mama yg suka bergambar ni..w/pun kadang² kena sound jgk sbb suka bergambar n berkepit dgn hp je..huhu..



Selesai sesi bergambar² kami terus ke agenda jalan beraya / raya pertama wajib blk kg sebelah Abah di Sg. Kantan Kajang w/pun Wan dah xde tp tradisi menziarah keluarga masih lg diteruskan, rumah Wan di Sg Kantan Kakak Abah/Mak Ngah kami duduk jaga..

Orait..next Mama tepek gambar beraya di Sg. Kantan plk...

n3 auto publish

Peringatan: Ini adalah blog peribadi....kisah sy dan keluarga sy..anda dilarang sama sekali untuk cuba copy² gambar² peribadi di dalam blog ini okey!!!

2 comments:

  1. byknye gambar raya ...kami je takd e gambar raya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..time raya la dapat bergambar sakan mcm ni eima w/pun anak² ikut mood nak bergambar..

      la ye ke..xpelah eima xdpt bergambar pun yg penting raya dapat disambut dgn insan² tersayang kan...

      Delete

♥Terima Kasih Sudi Baca & Komen Di Blog Sweetmama♥

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails